Anda di halaman 1dari 1

Cari kesalahan dan betulkan kesalahan tersebut.

1. taman negara yang terletak di kuala tahan, pahang darul makmur adalah salah satu
destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai

2. hutan hujan tropika semenanjung malaysia ini dianggarkan telah berusia sekitar 130 juta
tahun

3. taman negara telah menjadi habitat pelbagai spesies hidupan liar, burung , ikan dan juga
serangga

4. bagi mereka yang gemar memerhatikan gerak-geri hidupan liar seperti gajah, harimau
dan lain-lain

5. selain daripada hidupan liar yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk
mengunjungi taman negara ini, keindahan floranya yang pelbagai juga akan memukau
pandangan pengunjung taman ini

6. bunga- bunga orkid liar umpamanya akan kembang mekar di penghujung bulan april
hingga awal mei

7. di waktu ini, warnanya yang pelbagai akan menghiasi keindahan taman di samping
haruman baunya yang memenuhi ruang hutan taman negara

8. bagi penggemar aktiviti lasak pula, terutamanya pendaki gunung, taman negara adalah
tempat yang ideal sekali untuk dikunjungi

9. gunung yang tertinggi sekali di semenanjung malaysia iaitu gunung tahan terletak di sini

10. aktiviti mendaki menjadi lebih mudah kerana perkhidmatan seperti pemandu jalan dan
pengangkut barang sentiasa sudi menghulurkan bantuan kepada para pengunjungnya

Anda mungkin juga menyukai