Anda di halaman 1dari 14

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. TAKRIF JIHAD 3
4. JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM 4,5
5, JIHAD DENGAN SENJATA 6
6 KEFAHAMAN JIHAD DIMALAYSIA 7,8
7. JIHAD SEBAGAI SEORANG PELAJAR 9
8. KESIMPULAN 10
9. RUJUKAN 11
10. LAMPIRAN 12

1
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dengan limpah rahmatnya dapat kami menyiapkan folio bagi
subjek pendidikan islam bagi sem 2 ini.Pengertian jihad merupakan tajuk yang kami
dapat dan kami cuba sedaya upaya untuk mengolah pengertian jihad ini bagi
mewujudkan kefahaman kepada semua pihak

Di ucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah Nurul Adha kerana benyak memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan folio pendidikan islam ini.

Diharapakan dengan terhasilnya folio ini dapat memberi pengertian dan kefahaman
kepada setiap pembacanya dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian

2
PENDAHULUAN

Jihad!!!!!....apakah kita semua tahu mengenai jihad ,kaum muslimin dan muslimat
dimuka bumi ALLAH ini,kita hanya tahu mengenai peperangan yang berlaku di zaman
RASULLALLAH SAW, itulah persepsi umat islam zaman sekarang,walhal pengertian
jihad itu sangat besar di dalam kehidupan seharian,

Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa
Kebangsaan. Fanatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu
masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap
Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan
dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata.
Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat
kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah
atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari
bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad
membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan
Islam.

Setiap perkara yang dilakukan dijalan islam ianya adalah jihad,hatta seorang ibu yang
meninggal kerana melahirkan anak.Perkataan jihad tidak boleh hanya disempitkan
dengan mata pedang atau senjata.setiap perkara yang dijalankan kerana untuk
mensyiarkan islam di muka bumi ianya adalah jihad,walaubagaimanapun jihad yang

3
dilakukan oleh nabi MUHAMMAD (SAW) adalah merupakan sebenar benar
jihad....amin

TAKRIF JIHAD

Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” yang bererti keberatan
dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan
tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal,
iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan
rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau
mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu
pengetahuan dan sebagainya.

Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, iaitu merangkumi semua
aspek daya dan tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi
musuh-musuhnya demi untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran.
“Musuh-musuh” yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dalaman manusia
iaitu Syaitan berupa manusia dan juga Jins yang kerap menggoda nafsu manusia
dalam bentuk zahir ataupun batin.

Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai


ayat. Di antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh

4
melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu,
menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran,
pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.

JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM

Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad,


Pertama; Jihad Agung iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan.
Kedua; Jihad Kecil , iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan
hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad
dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.)
dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati
dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan
terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada
perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan
perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat
dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah
Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar
terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah
semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad
melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu,

Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama
ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan.

5
Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak
melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini
hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang
bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk
luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T.,
tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia
masih terkongkong oleh nafsunya sendiri.

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan


adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang
dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa
beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi
setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T.
Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam
aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan
perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

6
JIHAD DENGAN SENJATA

Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada


peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknya
supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan
penganut agama lain, kecuali kedudukan Islam terinaya atau terancam. Firman Allah
S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan


orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang menceroboh”.

Firman Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan


penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka
(mencapai kemenangan)”.

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan
sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan
Kami adalah Allah”.

Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan menggunakan
senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang jelas seperti

7
kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari tanah air
kita yang dicinta

KEFAHAMAN JIHAD DI MALAYSIA

Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama ada
secara sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut
pengertian yang amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar.
Mereka yang terpengaruh itu sering kali terperangkap dengan gerak saraf secara halus
oleh musuh-musuh Islam atau mereka yang menjadi kuda tunggangan musuh-musuh
Islam dengan tujuan untuk menghuruharakan atau menggugat negara yang setabil,
aman dan sejahtera.

Dari tinjauan yang telah dibuat melalui akhbar dan media massa didapati mereka yang
terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil
mengenai pengertian sebenar tentang istilah ‘jihad’ atau mereka berpegang pengertian
ini secara menyeleweng.

Kedapatan juga mereka yang terlibat dengan gerakan jihad ini terpengaruh dengan
gerakan jihad yang berlaku di luar negara seperti di Palastine, Bosnia dan sebagainya.
Mereka menganggap suasana di luar negara yang menindas dan membunuh orang-
orang Islam di sana adalah sama keadaannya dengan Malaysia yang mendesak
mereka atau menuntut mereka untuk berjihad. Tanggapan atau perbandingan mereka
amat jauh terpesong dengan ajaran Islam yang menyuruh mereka berjihad kerana di
Malaysia tidak ada suruhan membunuh orang-orang Islam yang lain dan pihak
pemerintah senantiasa menggalakkan berjihad dalam ertikata yang lebih luas.

Satu lagi bukti pegangan salah oleh mereka yang terjebak dengan apa yang dinamakan
gerkan jihad di Malaysia ialah kepercayaan dan pegangan mereka bahawa Malaysia
bukan sebuah negara Islam. Kepercayaan yang mereka pegang ini hasil daripada
didikan dan momokan yang begitu lama oleh pihak-pihak tertentu yang membentuk

8
minda serta keimanan mereka bahawa gerakan perlu dibuat untuk menubuhkan
sebuah negara Islam mengikut acuan dan impian mereka.

Kepercayaan dan pegangan mereka ternyata salah dari segi siasah dan keputusan-
keputusan serta pengiktirafan dunia Islam yang meletakkan Malaysia adalah sebagai
sebuah negara Islam. Pengiktirafan tersebut bukan sahaja terbatas oleh dunia Islam
tetapi ia juga diiktiraf oleh ulamak-ulamak di negara ini yang tergolong daripada
mereka yang tidak ada kepentingan tertentu yang mengisytiharkan bahawa Malaysia
adalah sebagai sebuah negara Islam yang telah memenuhi syarat dan kriteria yang
dikehendaki oleh para fuqaha’ (ahli-ahli fiqah) yang mu’tabar.

Dari itu gerakan jihad untuk menentang Kerajaan sekarang ini adalah tidak benar dan
salah dari segi syarak serta kehendak-kehendak Islam. Ini adalah kerana pemerintah
yang ada sekarang sentiasa berusaha dan telah terbukti memajukan Islam.

JIHAD SEBAGAI SEORANG PELAJAR

9
Sebagai seorang pelajar muslim ,kita juga berada dalam keadaan berjihad,di jalan
ALLAH,segala dugaan sebagai seorang pelajar kita tempohi dengan sabar akan
membuahkan hasil yang baik

Dengan ini secara tidak langsung apa yang kita pelajari akan dipraktikan di dalam
kehidupan seharian yang mendatang,kekuatan islam dapat didokong oleh pelajar yang
benar benar tanamkan semangat jihad di dalam kehidupan mereka

KESIMPULAN

Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa beberapa jihad yang penting
hendaklah diutamakan seperti jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad menuntut
ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, masalah gejala sosial
dan sebagainya.
Gerakan jihad bersenjata bagi memerangi Kerajaan pada masa ini tidak menepati
syarat dan tidak langsung mengikut kehendak-kehendak Islam.

10
Waktu yang aman dan sejahtera yang ada pada kita hendaklah diisi dan seterusnya
memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kemiskinan,
kejahilan dan penyakit serta membanteras penyakit-penyakit sosial.

Kewajipan dan tanggungjawab juga terletak dibahu kita semua bagi menjaga
kesejahteraan negara dari kekacauan dan huruhara serta mempertahankan kesucian
agama kita dari mereka yang cuba untuk menyelewengkannya dari tuntutan yang
sebenar.

LAMPIRAN

Jihad sebagai pelajar

11
12
Jihad dimedan peperangan

RUJUKAN

Buku Tamadun Islam STPM

13
Darul iman blog spot

Jihad mengikut perspektif islam jilid 3 m/s 78

14