Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Madrid

Senarai semakSenarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari
segipengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yangdisediakan
adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkahlaku yang dapat diperhatikan,
kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lainberdasarkan keperluan pemerhatian. Ia
memerlukan satu bentuk jadual dan setiappemerhatian yang dapat dilihat hanya akan
dicatat dengan menandakan ( ) ataucara lain.

Rekod
BerterusanCatatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu ataukumpulan
murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan danapa yang dikatakan oleh murid
akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh 5-10 minit.Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang
keupayaan muridbertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu
adapada setiap individu.
c) Anekdot

Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan
kognitif,perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-
aspek kemanusiaan secaramenyeluruh.

Lapor mengikut keutamaan

Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks

Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi

Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematikdan mengandungi
rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama adadari segi sahsiah, perlakuan dan juga
contoh hasil kerja murid.
d) Port Folio

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaianpelajar dalam
satu jangka masa yang dipersetujui.
12

Cikgu Madrid

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan danpenilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untukmencapai kefahaman
dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dankreatif serta pemilihan maklumat dari fakta
dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuandaripada pelbagai
pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang bolehdinilai melalui
bukti-bukti lain.

Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkanperkembangan pelajar dari semasa ke semasa
mengikut kriteria yang telahdipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:1. Porfolio kerja harian2. Portfolio hasil terbaik3. Portfolio
dokumen.
e) Temu bual

Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.

Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakansecara optimum untuk
menjawab persoalan kajian.

Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temubual yang tidak
berstruktur.

Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual,stail, kandungan
dan susunan soalan temu bual.

Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, sertatempoh yang sesuai
dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosananresponden.
13

Cikgu Madrid
f)Soal Selidik

Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.

Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendirioleh pengkaji ataupun
menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soalselidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah
melalui proses pengesahan dandiuji kebolehpercayaannya.

Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersamaresponden. Ini akan
menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.
g)Tugasan
Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masatertentu.Tugasan
hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahamantentang nilai, pemikiran yang
rasional dan pertimbangan.
14


) Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal
REKOD ANEKDOT:
Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggappenting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan
fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas iniakan membantu guru
memahami tentang diri murid berkenaan.Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah
yang menggambarkan
tentangperkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikanmasalah
dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
menulis rekod anekdot ialah:- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.- Mengenal
pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek-perkembangan kanak-kanak, merangkumi
kelebihan dan kekurangan.- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku- Menulis apa yang
dilihat secara objektif - Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa-
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola-interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai