Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU

17500 TANAH MERAH


KELANTAN

KERTAS CADANGAN
PROGRAM IMAM CILIK
2014



ANJURAN:
GURU-GURU PELATIH
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
DAN
IPG KAMPUS KOTA BHARU



DENGAN KERJASAMA:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN j-QAF
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU



TARIKH:
PADA 23 RAMADHAN 1435H 21 JULAI 2014


TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SAIDINA OMAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU
1.0 PENDAHULUAN

Ilmu yang di dasari asas kefahaman yang jelas serta penghayatan yang
mendalam akan membuahkan amal yang bermanfaat. Maka dengan ini, guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah mengambil inisiatif bagi
mengadakan Program Imam Cilik untuk pengisian kerohanian murid-murid di samping
mewujudkan kerjasama yang utuh di antara mereka khususnya dalam mempraktikkan
amalan- amalan yang mulia.

Islam sebagai agama yang syumul, merangkumi pelbagai aspek dalam
kehidupan dari segi syariat, akidah dan ibadat serta sebagainya. Islam adalah agama
yang merangkumi banyak makna dalam kehidupan yang membawa umatnya ke arah
kecemerlangan. Laungan seruan azan sering menyebut marilah menuju kepada
kejayaan. Maka dengannya umat Islam sepatutnya menjadi umat yang berjaya dalam
semua aspek kehidupan yang disempurnakan dengan titah perintah beserta panduan
dari Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan kepada manusia.

Program Imam Cilik tahun 2014 yang bakal diadakan ini merupakan pengisian
aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramadan agar dapat mempertingkatkan kualiti serta
pengisiannya. Harapan tinggi daripada pihak kami agar program ini bakal memberi
kesan yang lebih mendalam terhadap murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Panau
dalam aspek pemupukan nilai-nilai keagamaan yang lebih praktikal dalam kehidupan
seharian. Penganjuran Program Imam Cilik 2014 ini juga bakal mencerminkan imej
sekolah sebagai sebuah sekolah yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti
kerohanian untuk manfaat warganya.








2.0 OBJEKTIF

i) Memberikan pendedahan kepada murid untuk mempraktikkan Islam sebagai
satu cara hidup.
ii) Melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat melalui penghayatan nilai
keislaman.
iii) Menghidupkan biah soleh dan solehah dalam kalangan warga sekolah.
iv) Memberi gambaran tentang konsep kebudayaan yang bertepatan dengan
kehendak syariat Islam.
v) Memberi pendedahan terhadap ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari
tentang agama Islam dengan lebih mendalam.

3.0 MATLAMAT
Mewujudkan suasana keislaman dalam kalangan murid melalui aktiviti yang
berlandaskan syariat Islam bagi melahirkan insan yang soleh dan solehah.


4.0 ANJURAN

Guru-guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam
dan j-QAF Sekolah Kebangsaan Bukit Panau

5.0 TARIKH PROGRAM

23 Ramadhan 1435H / 21 Julai 2014

6.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan Terbuka Saidina Omar Sekolah Kebangsaan Bukit Panau

7.0 SASARAN PESERTA

Melibatkan semua murid SK Bukit Panau dari tahun 1 hingga tahun 6
8.0 AKTIVITI PROGRAM

Pertandingan Tilawah
Pertandingan Azan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL AKTIVITI BUTIRAN JUMLAH(RM)
















HADIAH (HAMPER) :


i. Pertandingan tilawah










ii. Pertandingan azan







(Muslimin)
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga
(Muslimat)
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga



i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga






RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00

RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00



RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00

JUMLAH

RM180.00




10.0 SUMBER PERBELANJAAN

10.1 PERUNTUKAN KOPERASI SEKOLAH


BIL AKTIVITI BUTIRAN JUMLAH(RM)
















HADIAH (HAMPER) :


i. Pertandingan tilawah











ii. Pertandingan azan






(Muslimin)
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga
(Muslimat)
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga




iv. Johan
v. Naib Johan
vi. Ketiga







RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00

RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00




RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00


JUMLAH

RM180.00





11.0 AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM IMAM CILIK



12.0 TENTATIF PROGRAM (21 JULAI 2014)




MASA

AKTIVITI

7.30 pagi

Ketibaan pihak pentadbir, para guru dan murid.

7.40 pagi

Bacaan doa

7.45 pagi

Ucapan Guru Besar

8.00 pagi

Pertandingan azan

9.00 pagi

Pertandingan tilawah

10.00 pagi

P&P berjalan seperti biasa









TARIKH/HARI AKTIVITI TEMPAT MASA


21 JULAI 2014
ISNIN

PERTANDINGAN AZAN

DEWAN TERBUKA

7.45-8.45
PAGI


PERTANDINGAN TILAWAH

DEWAN TERBUKA

9.00-10.30
PAGI
13.0 SENARAI JAWATANKUASA PENGELOLA

Penaung : Puan Rohani Binti Ismail

Penasihat : Puan Hjh. Kamsiah Bt. Hj Harun

Tim. Pengerusi I : Encik Zahari Bin Ismail

Tim. Pengerusi II : Encik Mohd Nor Bin Hassan

Penyelaras : Puan Che Rohaizan Bt. Che Shaffaii

Setiausaha I : Puan Norfarahin binti Abd Rahman

Setiausaha II : Puan Fatin Amalina Binti Abd Aziz

Bendahari : Puan Fazilah Bt Awang

AJK : Puan Nurul Diyanah Binti Mohd Radzi
Cik Sufiah Binti Abdul Kadir
Cik Umi Nur Khursiah Binti Kamaruddin
Cik Norhanani Binti Abdul Halim
Cik Wan Hafizah Binti Wan Abdul Rahim
Cik Nur Fatin Izni Binti Ibrahim Mohamad Arif
Guru-guru Pendidikan Islam
Guru JQAF
Guru KAFA




14.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM

AJK TEKNIKAL DAN PERSIAPAN TEMPAT
PuanFatin Amalina Binti Abd Aziz
PuanNorfarahin Binti Abd Rahman

AJK PUBLISITI & MULTIMEDIA
Cik Umi Nur Khursiah Binti Kamaruddin
Cik Norhanani Binti Abdul Halim

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
Puan Nurul Diyanah Binti Mohd Radzi
Cik Sufiah Binti Abdul Kadir

AJK TUGAS-TUGAS KHAS
Cik Nur Fatin Izni Binti Ibrahim Mohamad Arif
Cik Wan Hafizah Binti Wan Abdul Rahim

15.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM IMAM CILIK

PERTANDINGAN TILAWAH
Ustaz Mohd Fazli Bin Jusoh (Taranum)
Encik Othman Bin Mat Jali (Fasahah)
Puan Azizah Bt Razak (Tajwid)

PERTANDINGAN AZAN
Ustaz Wan Mohd Hafiz Bin Wan Abdullah (Suara)
Ustaz Nor Azlam Bin Ab Rahman (Lagu)
Puan Azlina Bt. Che Amat (Fasahah)


16.0 PENUTUP


Sesungguhnya Program Imam Cilik yang akan dianjurkan ini diharapkan dapat
memberi kesedaran kepada murid agar mengekalkan Islam sebagai cara hidup yang
indah di samping menerapkan nilai-nilai Islam itu sendiri dalam diri mereka melalui
pengisian aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Selain itu, kebolehan dan keterampilan murid akan dapat dicungkil dan diserlah
melalui penglibatan mereka dalam program ini. Peluang dan pendedahan kepada murid
untuk mengaplikasi pengetahuan serta pengalaman sedia ada dalam pengalaman baru
yang bakal diperoleh ini amat baik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran untuk
persediaan pada masa akan datang.

Melalui kerjasama daripada semua pihak, maka Program Imam Cilik tahun ini
diharap dapat diadakan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang dan
ditetapkan. Semoga program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan
kemesraan dalam seluruh kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu bersama warga SK
Bukit Panau.





Disediakan oleh,


.................................................
(NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN)
Setiausaha I,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Disemak oleh,


......................................................
(CHE ROHAIZAN BINTI CHE SHAFFAII)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Bukit Panau.




Disahkan dan diluluskan oleh,


.............................................
(PUAN ROHANI BINTI ISMAIL)
Guru Besar,
SK Bukit Panau.

Bahawasanya dengan ini saya *Meluluskan/Tidak Meluluskan
program dalam kertas kerja ini.


Ulasan :


Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai