Anda di halaman 1dari 2

Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan

kemahiran pedagogi saya ke arah kemenjadian insan guru yang profesional. Strategi
pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka
berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat (2005), pecahan boleh didefinisikan
sebagai bahagian yang sudah dipisahkan (dan sebagainya) daripada sesuatu yang lain
atau lengkap. Dalam erti kata lain, pecahan ialah sesuatu nombor yang mewakili suatu
bahagian daripada keseluruhan. (Tee Hock Tian, 2010). Topik pecahan merupakan salah
satu topik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang melibatkan perwakilan.
Pecahan merupakan suatu nombor yang mewakilkan sebahagian tertentu daripada
keseluruhan dan setiap bahagian pecahan haruslah mempunyai saiz yang sama besar
atau nilai. Menurut Bezuk & Cramer (1989), belajar tentang pecahan merupakan salah
satu tugas yang sukar bagi murid sekolah rendah dan menengah. Keputusan daripada
Penilaian Kemajuan Pendidikan (NAEP) kali ketiga menunjukkan kurangnya kefahaman
mengenai pecahan oleh kanak-kanak berusia 9, 13 dan 17 tahun. Di Malaysia, walaupun
konsep pecahan telah didedahkan kepada murid tahun satu namun penggunaan bahan
konkrit dan manipulatif tidak diaplikasikan sepenuhnya oleh guru.
Penggunaan model bergambar, lipatan kertas dan lakonan merupakan bahan manipulatif
yang dapat membantu murid memahami konsep asas pecahan secara mendalam. Bezuk
& Cramer (1989) menyatakan bahawa penggunaan bahan manipulatif adalah amat
penting dalam membina kefahaman murid tentang idea-idea pecahan. Bahan manipulatif
membantu murid membina gambaran mental yang membolehkan mereka untuk
melakukan tugasan pecahan dengan bermakna. Oleh itu, bahan manipulatif hendaklah
digunakan pada setiap peringkat kanak-kanak untuk memperkenalkan semua komponen
kurikulum berkenaan pecahan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengariskan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran matematik sekolah rendah menggalakkan penggunaan mempelbagaikan
kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar
serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis
dan kreatif, inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi.


Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid. Guru perlu menyediakan bahan manipulatif yang dapat memberi
kesan kepada murid sewaktu mereka berinteraksi dengan bahan. Aktiviti murid dengan
bahan hendaklah dirancang dengan teratur dan terkawal agar menjadi satu pengalaman
yang bermakna bagi murid.











.