Anda di halaman 1dari 17

REKABENTUK PENYELIDIKAN

(KUANTITATIF DAN
KUALITATIF)
Rekabentuk Penyelidikan
Kuantitatif
Eksperimen (True Experiment)
Eksperimen kuasi (Quasi-Experiment)
Korelasi (Correlational)
Tinjauan (Survey)
Rekabentuk Penyelidikan
Kualitatif
Ethnografi (Ethnography)
Grounded Theory
Fenomenologi (Phenomenology)
Biografi (Biography)
Kajian Kes (Case Study)


EKSPERIMEN
Partisipan ditentukan secara rawak kepada dua
atau lebih keadaan rawatan
Pembolehubah (pembolehubah-pembolehubah)
adalah dimanipulasi
Paling baik dalam mengkaji perhubungan sebab-
akibat
Data adalah dalam bentuk nombor dan dikumpul
melalui ujian, pentaksiran prestasi, pemerhatian
das
Terdapat beberapa rekabentuk mengikut bilangan
dan keadaan rawatan, kumpulan
(eksperimen/kawalan)
Soalan Kajian
Adakah dengan menambah
persembahan berbentuk grafik
kepada teks meningkatkan
pemahaman tentang konsep?

Eksperimen kuasi
Partisipan dalam kumpulan sedia ada
dibanding dengan dua atau lebih keadaan
rawatan
Penentuan kepada rawatan tidak secara
rawak
Pembolehubah (pembolehubah-
pembolehubah) bebas adalah dimanipulasi
Kerap diguna untuk menilai program
berbentuk intervensi (ch: program
matematik atau bacaan)
Data selalunya terdiri daripada skor ujian
yang dikira sebelum dan selepas intervensi
Soalan Kajian
Apakah kesan instruksi satu-sama-
satu ke atas kelancaran membaca
kanak-kanak?

Korelasi
Asosiasi antara dua atau lebih pembolehubah
kuantitatif dikaji
Tiada cubaan untuk memanipulasi sebarang
pembolehubah
Kerap digunakan untuk meneroka perhubungan
sedia ada dan membuat ramalan
Dapatan korelasi tidak menunjukkan hubungan
sebab-akibat
Menunjukkan arah dan kekuatan pertalian antara
pembolehubah
Data adalah berbentuk numerik dan biasanya
dikumpul melalui ujian dan skala
Berguna untuk tujuan pemilihan/kemasukan
Scatter Plot

0
20
40
60
80
100
0 20 40 60 80 100
Mathematics Achievement
R
e
a
d
i
n
g

A
c
h
i
e
v
e
m
e
n
t
Soalan Kajian
Bagaimanakah pengetahuan
perbendaharaan kata berkait dengan
fahaman bacaan?
Pelajar manakah yang besar
kemungkinan memerlukan bantuan
tambahan dalam pengajaran bacaan?
Tinjauan
Maklumat dikumpul untuk membuat inferen
dan/atau menjelaskan ciri-ciri kelompok
dengan bertanya soalan
Kerap melibatkan penggunaan metod
persampelan probabilistik dalam memilih
partisipan
Alat pengumpulan data termasuk soalan
anika pilihan, senari semak, skala, ranking,
soalselidik, temubual
Beberapa rekabentuk tinjauan yang kerap
dijalankan adalah seperti Kajian Cross-
Sectional, Kajian Longitudinal, Kajian
Trend
Soalan kajian
Berapa kerap dan mengapa pelajar-
pelajar Tahun 6 menonton siri kartun
The Simpson setiap minggu?

Ethnografi
Istilah ethnografi bermaksud portrait of a people
kajian deskriptif tentang budaya dan manusia
menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok manusia,
bagaimana mereka bertingkahlaku, berinteraksi antara satu
sama lain.
bertujuan untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif,
motivasi dan bagaimana perkara-perkara ini berkembang dan
berubah mengikut masa dan situasi.
participant observation, yang biasanya menggunakan teknik
pemerhatian, temubual (sama ada temubual secara formal
atau tidak formal), analisis dokumen, penelitian sejarah
hidup dan penulisan diari.
interpretasi data sosio-budaya daripada perspektif subjek
kajian. menggunakan bahasa dan istilah setempat untuk
menjelaskan sesuatu fenomena.

Grounded Theory
diperkenalkan oleh ahli Sosiologi Glaser dan Strauss pada tahun
1967
penekanannya kepada pembinaan teori. teori substantif
(substantive theory) yang mempunyai ciri-ciri spesifik serta
praktikal dalam situasi dunia sebenar. Teori substantif
mengandungi kategori-kategori, ciri-ciri dan hipotesis yang dibina
melalui data yang dikumpulkan, bukan yang ditentukan di awal kajian
untuk diuji kebenarannya.
Ciri-ciri utama pendekatan ini ialah perbandingan data dengan
kategori-kategori yang timbul melalui pengumpulan dan analisis data
secara serentak dan persampelan teoretikal pelbagai kumpulan
untuk memaksimakan persamaan dan perbezaan maklumat.
Kaedah perbandingan konstan (constant comparative method)
dalam menganalisis data sering digunakan dengan membandingkan
sesuatu kategori, segmen, dan dimensi fenomena yang dikaji.

Fenomenologi
bermaksud kajian tentang sesuatu fenomena. Merupakan satu
kerangka teori yang menekankan bagaimana pengalaman harian
mempengaruhi dan membentuk perlakuan manusia.
mengkaji dan menjelaskan makna pengalaman manusia melalui
deskripsi yang mendalam tentang sesuatu konsep atau fenomena
yang dikaji
pendekatan ini melibatkan kajian ke atas sebilangan kecil subjek
dalam satu tempoh masa yang lama dan menyeluruh untuk membina
pola dan perhubungan makna.
Matlamat pendekatan fenomenologi ini adalah untuk memahami
subjek kajian melalui pandangan atau perspektif mereka.
Perspektif itu terbentuk melalui struktur kesedarannya
(consciousness) yang aktif memberi makna kepada sesuatu perkara
yang dialami dalam kehidupan seharian. Manusia sentiasa membuat
refleksi terhadap apa yang mereka lakukan.
Biografi
Merupakan kajian ke atas individu dan pengalamannya sebagaimana yang
diceritakan kepada penyelidik atau yang boleh didapati daripada
dokumen tertentu atau bahan-bahan arkib.
Penulisan biografi termasuklah biografi individu, autobiografi, sejarah
hidup dan sejarah lisan
Biografi - cerita tentang riwayat hidup individu ditulis oleh orang lain
berdasarkan dokumen dan rekod arkib (Denzin, 1989).
Autobiografi - kisah hidup yang ditulis sendiri oleh penulis tentang
dirinya
Sejarah hidup - pendekatan yang terdapat dalam sains sosial dan
antropologi di mana penyelidik melaporkan sejarah hidup individu dan
bagaimana ia menggambarkan tema-tema budaya sesuatu masyarakat,
tema-tema personal, tema institusi dan sejarah sosial
Sejarah lisan - pendekatan mengumpulkan pengalaman peribadi individu
atau beberapa individu tentang sesuatu peristiwa, sebab-sebab serta
kesannya

Kajian Kes
Kajian kes kualitatif biasanya dijalankan sebab penyelidik
berminat untuk meneroka, membuat interpretasi dan
mendapat pemahaman yang mendalam tentang sesuatu kes,
bukan untuk menguji sesuatu hipotesis.
Apa dia kes? Stake (1994, 1995), The case study is an
integrated system. The case could be a child. It could be a
classroom of children. An innovative program may be a case.
All the schools in Sweden can be a case.the case is specific,
a complex, functioning thing (ms. 2). Sistem yang bersepadu
serta boleh berfungsi dalam ruang sempadan tertentu,
Ia boleh dicirikan sebagai partikularistik, deskriptif dan
heuristik (Merriam, 2001).
kesukaran untuk membuat generalisasi, Ini adalah disebabkan
sesuatu kes itu adalah spesifik, unik dan kontekstual
kajian kes boleh menggunakan pelbagai metod yang sesuai
sama ada pendekatan kualitatif mahupun pendekatan
kuantitatif.

Anda mungkin juga menyukai