Anda di halaman 1dari 1

Konsep ibadah

Ibadah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat,
menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Menurut istilah syarak ibadah ialah taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah
swt mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah
Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir
hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.

Ketundukan di dalam konsep ibadah ialah menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan
segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar
terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan
dan kekerdilan diri sendiri.

Manakala kecintaan di dalam konsep ibadah pula ialah kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari
rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-
nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan
kesempurnaan Allah.Di antara keutamaan ibadah bahwasanya ibadah mensucikan jiwa dan
membersihkannya, dan mengangkatnya ke derajat tertinggi menuju kesempurnaan manusiawi.

Menurut Mok Soon Sang (1988), guru ialah orang yang berperanan sebagai tenaga pengajar
dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik
darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran
dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
Selain itu, guru juga bertindak sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah,
menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.

Guru berperanan sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta
membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada
pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.