Anda di halaman 1dari 13

771204115412 HBML 1103

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN


HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


Nama : ROHANA BT MOHD ZALI
No. Kad Pengenalan : 771204-11-5412
Nombor Matrik :771204115412001
Nombor Telefon : 019 9563172
Alamat E-mail : rohanamohdzali@ymail.com
Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER MEI 2014


771204115412 HBML 1103


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

2.0 Definisi dan Konsep Peribahasa Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu
3.0 Ciri Ciri Kepentingan Peribahasa Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu
a. Elemen penting kemahiran berbahasa
b. Membentuk jati diri melalui penerapan nilai-nilai murni
c. Imej intelektualiti penutur Bahasa
4.0 Strategi Dan Teknik Mengajar Bahasa Melayu Menggunakan
Peribahasa
4.1 Strategi pengajaran Peribahasa Dalam Bahasa Melayu

4.2 Teknik Pengajaran Peribahasa Bahasa Melayu

5.0 Penutup

6.0 Rujukan





771204115412 HBML 1103


1.0 Pengenalan

Penulisan merupakan satu cara berkomunikasi yang berbentuk grafik. Ini telah diperkatakan
oleh Juriah Long ,et.al,1990. Penulisan bukan sahaja disampaikan melalui tulisan di atas
sekeping kertas, tetapi boleh disampaikan melalui gambarajah dan beberapa jenis penulisan
seperti cerpen, novel , karangan, sajak dan puisi.Proses penulisan melibatkan penggunaan minda
seperti berfikir, menaakul,menyusun dan mengolah idea sebelum menjadi sebuah karya. Di
sekolah rendah, murid tahun 4 telah diperkenalkan penulisan Bahasa Melayu bertujuan agar
murid-murid mampu mengolah idea berdasarkan tajuk di dalam sesuatu karangan. Dengan ini,
murid-muird dapat mengembangkan daya pemikiran serta memperkaayakan lagi ilmu yang
dipelajari.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penggunaaan peribahasa
khususnya dalam membina karangan adalah penting untuk melengkapkan kemahiran menulis
seseorang murid. Ini kerana, peribahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti simpulan Bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan. Penggunaan Bahasa yang gramatis dan penuh
bermakna membantu murid-muird mengindahkan lagi karangan mereka. Oleh demikian, melalui
peribahasa , kita mampu mengungkapkan falsafah mendalam tentang aspek ketamadunan,
pemikiran, ethos dan moral bangsa melayu . Ini dibuktikan oleh Abdul Samad Idris tahun 2009.
Menurut Rahman Shaari pula (1993) berpendapat bahawa peribahasa dianggap sama
pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran Bahasa melayu. Ini kerana prinsip
peribahasa adalah hidup dan berkembang seiring dengan perkembangan bahasa secara
keseluruhannya. Oleh itu, peribahasa melayu wajar diberi pengajaran di setiap peringkat
persekolahan sebagai suatu kelangsungan kepada perkembangan tersebut. Sesungguhnya
peribahasa melayu adalah satu elemen yang penting dalam berkemahiran berbahasa. Sekiranya
kemahiran ini diteliti dengan kebolehan pelajar dalam menggunakan peribahasa untuk aktiviti
seharian akan menjadi lebih indah dan bermutu. Hasilnya pelajar dapat menghasilkan karangan
peribahasa dengan mudah dan tepat.


771204115412 HBML 1103

2.0 Definisi dan Konsep Peribahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Peribahasa ialah rangkaian-rangkaian perkataan yang tetap, tersimpul dan terbeku
dengan susunan khas . Peribahasa melayu pula adalah salah satu daripada jelmaan intelektualiti
penutur Bahasa melayu. Ia diungkap melalui idea, rasa dan buah fikiran yang lebih terserlah
maknanya.
Konsep peribahasa menurut Zaba ( 1965 ) ialah susunan kata yang pendek tetapi
mempunyai makna yang luas dan sedap didengar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu,
penggunaan peribahasa sangat sesuai sebagai pendahuluan untuk sebuah karangan. Ini kerana ,
peribahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti perumpamaan dan simpulan Bahasa yang
mampu menarik perhatian pembaca mahupun pemeriksa kertas peperiksaan. Malah, penggunaan
di dalam isi-isi penting sesuatu karangan dapat membantu mengembangkan ayat-ayat agar lebih
gramatis serta meyakinkan pembaca. Sebagai contoh , seperti kacang lupakan kulit. Penggunaan
kacang di dalam peribahasa tersebut dapat difahami bahawa kecantikan kacang terpelihara
disebalik kulitnya yagng kasar diluar serta kotor dengan tanah. Selain itu, penggunaan peribahasa
dalam Bahasa melayu dapat membantu membina minda murid agar lebih kreatif dan menarik.
Menurut Luqman Ariffin & Abu Khair Atan ( 2009 ), peribahasa didefinisikan sebagai
mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan
realiti kehidupan dengan gerak laku manusia serta alam sekeliling. Berdasarkan realiti kehidupan
insan-insan terdahulu membuat pemerhatian yang lebih tajam untuk membuat perumpamaan.
Bahasa yang digunakan agak keras dan boleh menyinggung perasaan seseorang. Sebagai
contoh, penggunaan bagai kerbau dicucuk hidung, yang menggambarkan seorang suami hanya
mengikut apa sahaja yang diperkatakan oleh isterinya. Penggunaan peribahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran sebenarnya dapat membantu murid-murid memperkayakan kosa kata serta
mengindahkan lagi penulisan mereka. Setelah sesuatu peribahasa dikupas dengan mendalam,
secara tidak langsung membanru murid mengembangkan idea lebih kreatif dalam mengolah ayat.
Manakala menurut G. Soosai ( 2009 ) pula, peribahasa bermaksud Bahasa halus yang
mengandungi kata-kata sindiran tajam lebih berkesan melekat di dalam jiwa. Ayat-ayat yang
digunakan tajam dan sinis terutama kata-kata sindiran sebenarnya memberi sebuah pengajaran
yang sangat berharga. Walaupun menggunakan kata kata sindiran yang tajam dan
menyakitkan hati tetapi ia memberi peringatan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada
771204115412 HBML 1103

masa akan datang. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, Penggunaan ayat ayat sinis dan tajam
amatlah sesuai digunakan dalam latihan penulisan terutama karangan yang berbentuk fakta,
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Contoh penggunaan peribahasa yang sesuai ialah siapa
yang memakan cili akan terasa pedas. Memberi maksud siapa yang melakukannya dia kan terasa.
Maka tidak hairanlah pemeriksa akan tertarik untuk membaca karangan yang memasukkan
penggunaan peribahasa dalam penulisan . Begitu juga bagi penulisan jurnal atau esei sudah pasti
menarik minat pembaca.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 ) pula menakrifkan peribahasa ialah ayat
atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan pengertian tertentu. Setiap peribahasa
digubah mengikut susunan yang tetap dan indah serta mudah difahami kerana ia dicipta
berkaitan dengan benda hidup disekeliling kita. Sebagai contoh, kerana nila setitik,rosak susu
sebalanga. Peribahasa ini bermaksud hanya seorang yang melakukan kesalahan semua dalam
kumpulan tersebut turut dipersalahkan. Penggunaan ayat yang menarik dan mengandungi
peribahasa yang tersirat sama ada sindiran mahupun nasihat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu akan membantu murid menghasilkan ayat yang
menarik untuk di baca















771204115412 HBML 1103

3.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU

a. Elemen penting kemahiran berbahasa

Peribahasa merupakan cerminan watak bangsa dan keterampilan pengguna Bahasa.Ini
kerana dalam peribahasa mempunyai makna tersirat yang cukup mendalam dan tepat sehingga
membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan
peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam
proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan seharian. Sejajar dengan itu, peribahasa
digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik atau buruk
untuk mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat. Dalam pengajaran Bahasa melayu
penggunaan peribahasa tidak dilupakan kerana mempunyai skop tertentu di dalam topik yang di
ajar. Contohnya membina ayat berdasarkan peribahasa di dalam penulisan seperti karangan yang
terdapat dalam nilai-nilai murni seperti di dalam format kertas soalan peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ).

Di antara ciri-ciri kepentingan pengajaran peribahasa Bahasa melayu ialah membantu
murid menghasilkan karya penulisan yang baik seperti membina karangan. Guru perlu mengajar
murid bagaimana untuk membina sebuah karangan yang baik. Dengan bantuan peribahasa,
sesuatu karangan bukan sahaja mampu menarik minat pembaca dan mampu menegaskan maksud
yang ingin disampaikan di dalam karangan. Sebagai contoh, murid akan menggunakan
peribahasa pada pendahuluan penulisannya dengan mengaitkan tajuk yang diberi. Malah
penggunaan peribahasa dapat membantu murid menjelaskan sesuatu peristiwa dengan mudah
berdasarkan kesesuaian tajuk karangan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayu bagi murid tahun 6 di
sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dan berupaya untuk berkembang.
Pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan keupayaan berbahasa di
kalangan murid. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya
murid-murid memuatkan peribahasa yang tepat dan sesuai.

771204115412 HBML 1103

b. Membentuk jati diri bangsa melalui penerapan nilai-nilai murni

Ciri yang kedua untuk membantu murid-murid tahun 6 dalam pengajaran peribahasa
Bahasa Melayu ialah membentuk jati diri bangsa serta mengamalkan nilai-nilai murni. Melalui
pengajaran peribahasa, murid dapat menjaga tingkah laku dan disiplin yang baik ketika berada
di sekolah atau luar sekolah. Sebagai seorang guru, kita perlulah memulakan langkah pengajaran
berkaitan dengan penggunaan peribahasa di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
khususnya.Oleh itu,murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam
peribahasa dalam menjalani kehidupan sehariannya. Sebagai contoh, penggunaan
peribahasa,Bagai aur dengan tebing dan bagai isi dengan kuku. Daripada peribahasa tersebut,
permuafakatan antara satu sama lain amat penting untuk keharmonian hidup bermasyarakat.
Guru perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam peribahasa ketika pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas supaya murid dapat mengaplikasikan pembelajarannya ketika di
luar kelas.
Pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum, maka wajarlah peribahasa melayu diberi
perhatian dalam pendidikan Bahasa melayu agar dapat mencapai ketrampilan berbahasa dan
ketepatan dalam berkomunikasi.

c. Imej Intelektualiti Penutur Bahasa

Peribahasa Melayu adalah salah satu daripada jelmaan intelektualiti dan penutur Bahasa.
Ia diungkap menerusi Bahasa yang indah dan tersusun untuk membolehkan idea dan
ungkapannya terserlah dan bernakna. Pengajaran dan pembelajaran peribahasa Bahasa melayu
dapat memperkayakan lagi kosa kata murid-murid tahun 6. Kosa kata bukan sahaja penting
dalam pertuturan lisan, malah ia juga penting dalam penulisan dan tatabahasa. Ini disebabkan
peribahasa terdiri daripada pelbagai jenis dan murid dapat menambah aset mereka dalam
penggunaan kosa kata. Ini dapat dibuktikan dalam Kamus Dewan iaitu lebih 270 ribu patah
perkataan yang membentuk himpunan kosa kata atau perbendaharaan kata Bahasa melayu.
Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti membina ayat melaui peribahasa seperti dengar guruh
di langit, air di tempayan dicurahkan. Secara tidak langsung dapat menambah kosa kata murid-
murid yang sedia ada.
771204115412 HBML 1103

Selain itu, pengajaran peribahasa dalam Bahasa melayu penting untuk memahirkan
murid-murid dalam penggunaan ayat-ayat Bahasa melayu yang menarik dan gramatis. Ini
disebabkan peribahasa itu sendiri bermaksud rangkai kata yang mempunyai ayat yang
tersusun.Maka, melalui pengajaran peribahasa terutama dalam penulisan akan melatih diri
mereka menggunakan rangkai kata atau ayat yann betul. Contohnya mencari peribahasa yang
sesuai dengan ayat yang diberikan iaitu hubungan adik beradik tidak boleh dipisahkan walaupun
berlaku pergaduhan seperti air yang dicincang tidak akan putus. Jelas menunjukkan bahawa
murid dapat memberi gambaran dalam berbahasa untuk menyamai maksud yat yang sesuai
dengan peribahasa yang digunakan. Dengan adanya ciri-ciri dinyatakan tadi, sudah pasti
kepentingan pengajaran peribahasa dalam Bahasa Melayu berjaya dilaksanakan oleh seorang
guru yang mengajar pengajaran Bahasa Melayu tahun 6.


4.0 STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR KARANGAN BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN PERIBAHASA

4.1 Strategi pengajaran Peribahasa Dalam Bahasa Melayu

Banyak teori pendekatan yang telah digunakan oleh ramai ahli penyelidik dan pendidikan
boleh digunakan dalam pengajaran peribahasaa melayu. Pendekatan pengajaran yang dipilih
mestilah bersesuaian dengan kandungan objektif pengajaran yang disertakan dengan kaedah,
teknik dan bahan yang sejajajar dengan pendekatan digunakan. Pengisian pengajaran dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik pasti dapat meransang dan membantu
meningkatkan pemahaman tentang sesuatu konsep peribahasa. Oleh itu, peribahasa melayu amat
wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan sebagai suatu kelangsungan kepada
perkembangan tersebut. Ini dapat dibuktikan oleh Koh Boh Boon ( 1982 ) Peribahasa Melayu
seharusnya diajar kepada murid di sekolah supaya mereka dapat menikmati dan menghayati
keindahannya, malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan
halus.
Terdapat pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan
oleh guru mengajar menggunakan peribahasa. Antaranya ialah penyerapan. Penyerapan
771204115412 HBML 1103

mengandungi mata pelajaran lain untuk diserapkan unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni
berdasarkan peribahasa yang dipelajari. Biasanya guru akan menerapkan unsur-unsur berkaitan
dengan kehidupan seharian seperti masa itu emas. Dengan ini guru akan mengaitkan dengan
mata pelajaran sains dan matematik.
Strategi seterusnya iaitu aktiviti pengayaan juga penting dalam pengajaran Bahasa
melayu. Dengan penggunaan strategi ini, murid daapat menambah pengetahuan tentang
peribahasa serta mengaplikasikan peribahasa dalam banyak perkara yang dilakukan seharian.
Situasi di dalam kelas berbeza beza aras kebolehannya. Murid pandai akan menyiapkan dahulu
tugasan yang diberi. Dengan ini, strategi pengayaan memainkan peranan di mana guru
dikehendaki memberi latihan yang berbeza aras bagi membantu murid menyiapkan tugasan
peribahasa.

Selain itu, strategi penilaian juga penting di dalam pengajaran peribahasa. Strategi ini
boleh digunakan secara berterusan sepanjang sessi pengajaran dan pembelajaran. Sememangnya
strategi ini dapat membantu guru menentukan sama ada objektif pembelajaran dapat dicapai oleh
guru dan memastikan tindakan susulan dilaksanakan agar dapat mengetahui kelemahan murid-
murid. Selain itu, lembaran kerja berkaitan peribahasa juga perlu disediakan oleh guru sebagai
aktiviti pengukuhan untuk menilai objektif pengajaran tercapai. Dengan penggunaan strategi di
atas, saya percaya murid-murid tahun 6 akan meminati karangan penulisan peribahasa dan
mengarang dengan baik.

4.3 Teknik Pengajaran Peribahasa Bahasa Melayu

Teknik ialah pendekatan yang sesuai dalam membina kecekapan berbahasa murid
disamping dapat menarik minat dan perhatian murid. Pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran di dalam mata pelajaran Bahasa melayu yang menarik boleh dijalanakan di dalam
kelas. Ia terpulang kepada kebijaksaan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran supaya ia menjadi lebih menarik serta berkesan.
a. Teknik Bercerita
771204115412 HBML 1103

Teknik bercerita adalah satu pendekatan yang dapat membantu guru meningkatkan
penguasaan murid-murid terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis .
Melalui teknik ini, guru hanya perlu menggunakan peribahasa yang sesuai dengan tajuk ,
kemudian menggunakan nama murid di dalam kelas sebagai watak.Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara juga memainkan peranan
penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Di
samping itu, guru akan menerapkan nilai-niai murni di dalam cerita yang disampaikan. Guru
juga boleh menggunakan gambar atau kad-kad ayat sebagai bahan bantu mengajar (BBM ),
selain menggunakan bahan maujud atau objek-objek. Setelah selesai . guru akan meminta murid
menulis beberapa pengajaran dan nilai-nilai murni yang diperoleh melalui cerita guru ,
seterusnya meminta murid membaca hasil penulisannya.

b. Teknik Drama

Teknik drama merupakan salah satu pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang
menarik dan tidak membosankan. Pendekatan ini adalah ragam pembelajaran sebagai alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Melalui teknik ini, murid-murid akan dibahagikan kumpulan yang
terdiri daripada beberapa orang murid. Mereka akan diberi satu tajuk yang diambil daripada
peribahasa, kemudian murid akan mencari maksud peribahasa tersebut. Selepas itu, murid
murid akan membina dialog untuk melakonkan watak tersebut, Teknik ini lebih memberi
penghayatan dan keberkesanan kepada murid kerana ia melakonkan watak berdasarkan maksud
peribahasa yang telah diberikan oleh guru.

c. Teknik Perbincangan

Salah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
peribahasa ialah teknik perbincangan. Pendekatan ini seringkali digunakan oleh guru kerana ia
melibatkan semua murid yang berada di dalam kelas. Melalui teknik ini, murid-murid
berpeluang memberi idea untuk dikongsi, malah dapat mempertajamkan minda serta melatih
mereka bercakap dengan mengelaurkan isi dan idea yang bernas. Guru akan membahagikan
murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan tajuk peribahasa yang
771204115412 HBML 1103

diberikan dan meminta mereka membincangkan maksud peribahasa, membina ayat daripada
peribahasa tersebut serta menyenaraikan nilai-nilai murni yang sesuai. Kemudian akan
membentangkan hasil perbincangan mereka di depan kumpulan lain. Dengan ini, murid dapat
berkongsi idea dan pendapat serta banyak ilmu yang diperolehi melalui hasil perbincangan tadi.
Seterusnya, mereka dapat menghasilkan penulisan tentag tajuk peribahasa yang dibincangkan
dengan baik dan bernas.

d. Teknik Soal Jawab

Selain itu, teknik soal jawab judga boleh digunakan dalam sessi pengajaran dan
pembelajaran peribahasa. Teknik ini sama seperti teknik perbincangan dan sangat popular
digunakan oleh guru. Teknik ini boleh dikategorikan sebagai lagenda diantara teknik-teknik yang
lain. Walaupun teknik ini dianggap paling mudah, namun ia berupaya mewujudkan interaksi dua
hala murid dan guru dengan labih berkesan. Pendekatan ini bertujuan untuk mengesan kemahiran
berbahasa dikalangan murid-murid bagi merangsang mereka berfikir secara kreatif, inovatif,
logik dan kritis. Melalui teknik ini, guru akan bertanya kepada murid dengan menyebut nama
murit tersebut agar tidak timbul situasi tiada murid yang menjawab solan dikemukakan. Soalan
yang diberikan oleh guru mestilah berkaitan isi pelajaran di ajar, contohnya berkaitan peribahasa
di ajar pada hari itu dan murid akan memberi tindak balas yang sewajarnya.











771204115412 HBML 1103

5.0 Penutup
Peribahasa Bahasa melayu merupakan salah satu elemen penting dalam bidang penulisan
sama ada di sekolah rendah, menengah, media massa ataupun media cetak. Peribahasa melayu
adalah satu susunan bahasa yang menarik, indah, berlapik dan memiliki ciri kehalusan budi
pekerti pencipta dan penuturnya. Peribahasa melayu umpama mandi budaya melayu yang
seharusnya dijadikan gula-gula mulut setiap orang yang bertutur dalam Bahasa melayu.
Pemikiran dan Falsafah bangsa melayu mengungkapkan penggunaan Bahasa seperti
bersumberkan alam flora, alam fauna dan alam semesta bagi menyampaikan teladan,
perbandingan, pengajaran, sejarah, nilai dan peraturan hidup. Hal ini diperkukuhkan lagi
dengan agama islam menjadi paksi serta landasan kepada pemikiran dan kebudayaan bangsa
melayu.
Pengajaran peribahasa Bahasa melayu dikalangan murid-murid adalah penting kerana ia
merupakan alat yang dapat membantu mereka dalam bidang penulisan Bahasa melayu. Malah,
penggunaan peribahasa dapat membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaannya dalam
Bahasa melayu. . Pengajaran peribahasa dalam sessi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
melayu berdasarkan strategi-strategi dan teknik tertentu sudah pasti dapat membantu guru dalam
menyampaikan peribahasa sebagai salah satu cabang yang perlu dikuasai. Bidang penulisan di
kalangan murid tahun 6 memerlukan huraian fakta yang jelas agar elemen yang digunakan
dapat menyokong fakta serta mengindahkan lagi Bahasa yang digunakan.
Sehubungan dengan itu, penelitian terhadap peribahasa melayu telah dapat menjawab
bahawa Bahasa tidak menentukan kebudayaan tetapi menentukan pola pemikiran bangsa melayu.
Justeru itu, penggunaan peribahasa amat penting dalam era globalisasi masyarakat hari ini untuk
memartabatkan Bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Apa yang lebih penting lagi,
pengajaran peribahasa kepada generasi muda akan dapat memastikan warisan bangsa tidak terus
dilupakan. Mereka juga boleh dedahkan dengan falsafah pemikiran dan moral bangsa melayu
untuk dijadikan pedoman hidup. Secara langsung , hasrat Negara menerusi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan keperibadian yang
mampu direalisasikan pada masa hadapan.
( 2839 patah perkataan )
771204115412 HBML 1103

6.0 Rujukan

A.Khaled Mat Nor (2008).Peribahasa SPM.Selanagor : Person Malaysia Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain. (2004 ), Kamus Istimewa Peribahasa Mealyu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan ( 2002 ), Koleksi Terindah Peribahasa Melayu.Pahang : PTS Publications &
Discibutor Sdn.Bhd

Asmah Haji Omar ( 2008 ),Ensiklopedia Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

http://penyair .wordpress.comhttp://chaimestm,blogspot.com/2009/08/peribahasa-melayu-
spm,html

Dr Ali Mahmod, Mashudi Bahari, Lokman Abd wahid (2011 ), HBML 1103
Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.Selangor : Meteor Doc . Sdn. Bhd.

Ishak Ramly ( 1990 ), Perkembangan peribahasa Dalam Bahasa melayu: Jurnal Dewan Bahasa
Januari 1990, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaaka


Zainal Abidin Bin Ahmad ( Zaba ) (1962 ), Ilmu Mengarang Melayu.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai