Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

1.1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat utama sebelum


seseorang pelajar diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma.
Setiap pelajar dari semua institusi pengajian tinggi awam atau swasta
khususnya pelajar Politeknik di Malaysia mestilah menjalani latihan industri
selama satu semester bagi mendedahkan pelajar dengan suasana alam
pekerjaan sebenar serta berbeza dari alam pembelajaran di politeknik.

Politeknik Sultanah Bahiyah juga melaksanakan program ini sama


sepert mana – mana institusi pengajian tinggi lain. Setiap pelajar diwajibkan
menjalani latihan industri di mana bagi pelajar peringkat Sijil pada semester
3 dan peringkat Diploma pada semester 4 bagi memenuhi syarat yang
ditetapkan.

Program latihan industri telah diberi tanggungjawab sepenuhnya


kepada unit latihan industri menempat, melawat serta menilai para pelajar
yang menjalani latihan industri ini. Pelajar juga dapat menanam sifat
amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, jujur dan memberi komitmen

1
yang baik terhadap kerja yang dilaksanakan dengan mematuhi peraturan –
peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga mutu dan disiplin pelajar.

Bagi penempatan pelajar dalam menjalani latihan industri ini , pihak


Politeknik telah melakukan melalui dua cara yang berkesan iaitu
penempatan di bawah bidang kuasa Politeknik (unit latihan industri) dan
penempatan di bawah bidang kuasa pelajar sendiri. Pihak Politeknik
bekerjasama dengan firma - dan syarikat - syarikat untuk menempatkan
pelajar semasa latihan industri bergantung pada kekosongan tempat yang
ada. Bagi pelajar yang telah mempunyai pilihan syarikat tersendiri untuk
latihan industri, mereka boleh memilih cara penempatan pelajar yang kedua
tetap harus berurusan sendiri dengan pihak syarikat tersebut.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai


sebuah negara maju maka tenaga – tenaga mahir yang berpotensi tinggi
dan berprakmatik diperlukan dalam bidang perniagaan bagi menangkis
dunia global dan IT yang semakin canggih sejajar dengan kecanggihan
teknologi dan peredaran masa yang cekap.

2
1.1.2 Objektif Latihan Industri

Selain daripada pembelajaran di dalam kelas, setiap pelajar politeknik


perlu menjalani latihan praktikal untuk mempelbagaikan lagi kaedah
pembelajaran supaya dapat terdedah kepada dunia luar selain di institusi.
Pelajar akan memperolehi pelbagai pengalaman yang tidak akan diperolehi
di dalam kelas. Disamping menambah pengetahuan mengenai kursus yang
dambil di institusi, pelajar akan dapat merasai suasana alam pekerjaan.
Ketika menjalani latihan industri,pelajar akan dberi pendedahan awal di alam
pekerjaan yang melibatkan disiplin semasa menjalani latihan. Personaliti
dan tingkah laku yang ditonjolkan semasa menjalani latihan tersebut dapat
menggambarkan diri pelajar sebenarnya dalam melakukan sesuatu
pekerjaan atau menurut sesuatu arahan.

Setiap pelajar Politeknik Sultanah Bahiyah perlu manjalani latihan


industri bagi memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Sijil/ Diploma
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Secara am,

3
1.1.3 Objektif Laporan

Pelajar diwajibkan menghadiri takliamat disiplin dan prosedur menulis


buku laporan Latihan Industri. Taklimat ini adalah bagi memneri panduan
kepada pelajar tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalani
latihan di firma. Pelajar juga dimaklumkan tentang cara – cara untuk menulis
buku laporsn harian dan buku Laporan Latihan Industri yang wajib
disediakan oleh setiap pelajar Politeknik sebagai syarat untuk menamatkan
Latihan Industri dan memasuki semester yang berikutnya. Laporan ini
merupak salah satu daripada kriteria penilaian kepada para pelajar yang
menjalani Latihan Industri tersebut.

Penulisan buku harian adalah salah satu syarat untuk lulus Latihan
Industri. Markah untuk buku harian (log) adalah 20% daripada keseluruhan
markah Latihan Industri. Oleh itu, pelajar diwajibkan menulis buku log setiap
hari dan mendapatkan tandatangan penyelia untuk semakan dan
pengesahan. Buku log harian hendaklah dibawa, ditulis dikemaskini pada
setiap hari bekerja dan diserahkan kepada pensyarah yang membuat
lawatan penyeliaan untuk disemak dan diperiksa. Selepas tamat latihan,
buku ini hendaklah diserahkan bersama – sama buku Laporan Latihan
Industri bagi tujuan penilaian.

Perkara – perkara yang boleh ditulis dalam buku log ialah:


 Kerja – kerja teknikal yang dilakukan oleh pelajar sendiri.
 Kerja – kerja yang dilihat oleh pelajar (kerja yang dilakukan oleh
pekerja firma).
 Kerja – kerja yang didengar oleh pelajar ( penerangan yang diberikan
oleh pekerja firma).

Bagi kerja yang dilakukan sendiri oleh pelajar, hendaklah ditulis


setipa langkah yang dilakukan dari mula hingga akhir dengan
terperinci. Setiap penerangan hendaklah sebaik – baiknya dibantu
dengan lakaran gambarajah yang berkaitan. Bagi sesetengah kerja
yang berbahaya dan memerlukan kemahiran yang tinggi, pihak firma
tidak seharusnya membenarkan pelajar melakukannya. Pelajar hanya

4
boleh melihat dan memerhati sahaja kerja – kerja tersebut dilakukan
oleh juruteknik – juruteknik firma berkenaan yang sudah mahir dan
berpengalaman.

Oleh itu, pelajar hendaklah memerhati dengan teliti setiap


langkah yang dilakukan oleh juruteknik tersebut untuk membolehkan
pelajar memahami dan mengenali proses yang terdapat di firma
walaupun tidak dapat melakukannya sendiri. Jadi, setiap
pemerhatian yang dilakukan oleh pelajar tersebut dianggap sebagai
suatu pengalaman untuk mendapatkan pengalaman dan
pengetahuan melalui pemerhatian. Selain itu, pihak organisasi hanya
boleh memberi penerangan sahaja apabila melibatkan kerja – kerja
yang terlalu bahaya dan komplikated untuk pelajar lakukan sendiri.
Penerangan yang diberikan hendaklah pelajar catit dan fahami untuk
pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari ketika latihan.

Secara keseluruhan, objektif utama Laporan Latihan Industri


ini adalah untuk para pelajar merekodkan maklumat dan ilmu yang
telah dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri. Buku ini juga
bertujuan untuk mencatat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehi sepanjang tempoh program itu dijalankan oleh pelajar.
Disamping itu, buku ini juga boleh disimpan sebagai rujukan di masa
depan kelak apabila pelajar melangkah ke alam pekerjaan yang
sebenar. Segala kemahiran yang dipelajari semasa menjalani latihan
juga boleh dipraktikkan. Dengan adanya buku laporan harian (log)
pelajar akan lebih mudah mengolah bahan yang telah ditulis di
dalamnya kepada penulisan buku laporan rasmi yang lengkap
setelah tamat temph Latihan Industri.

5
6