Anda di halaman 1dari 9

Forum 1

Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD (D20102047009)


Date posted : 15 Oct 2012 11:31:58 AM
(3 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kebanyakan murid yang tidak boleh membaca atau lemah membaca dan menulis ialah kerana
asas awal membaca dan menulisnya lemah di peringkat K-3 (pra sekolah ke Tahun 3) sekolah
rendah. Untuk memperbaiki kelemahan ini, asas membaca dan menulis hendaklah dibina di
peringkat awal ini.
Langkah pertama dalam pengajaran awal 2M, terutama untuk memulih murid yang bermasalah
2M, ialah untuk mengenal pasti di manakah atau di tahap manakah seseorang murid itu boleh
2M atau tidak boleh 2M.
Ujian Diagnostik KBGK 2M ialah ujian untuk menguji tahap kemahiran awal membaca dan
menulis Bahasa Melayu. Kedua-dua kemahiran membaca dan menulis itu saling berkaitan. Walau
bagaimanapun, kedua-dua kemahiran ini berbeza sedikit.(Isahak Haron,1990 an). Dengan
mengguna ujian Diagnostik KBGK 2m ini kita dapat menaksir dengan lebih tepat dan jelas aras
kebolehan seseorang murid membaca dan menulis.
Kelebihan atau kekuatan yang ada pada ujian diagnostic ini ialah guru boleh mengesan secara
spesifik pada aras manakah murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis, dan pada
aras manakah murid belum boleh membaca dan menulis dan perlu diberi bantuan secara
spesifik. Hasil Ujian ini akan membantu guru untuk memberi bimbingan dan latihan spesifik
untuk memulih dan meningkatkan kebolehan murid membaca dan menulis.Selain daripada
itu,pemeringkatan aras ujian diognastik yang terkandung dalam KBGK ini membolehkan guru
mengesan serta membantu murid-murid pada tahap kemahiran masing-masing.









Forum 2

Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD (D20102047009)
Date posted : 15 Oct 2012 11:36:22 AM
(3 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kajian menunjukkan kanak-kanak atau murid yang kerap mendengar buku dibaca kepada
mereka oleh ibu bapa di rumah mempunyai tabiat untuk membaca sendiri. Kanak-kanak pada
umur dua tiga tahun sudah mula suka dengan buku, memegang buku dan melihat gambar-
gambar dalam buku: gambar pelbagai jenis haiwan, benda-benda seperti alat permainan, dan
gambar watak-watak yang mereka pernah lihat di TV. Menurut Profesor Dr.Isahak Haron,salah
satu pendekatan penting untuk menggalak murid membaca ialah dengan menyediakan koleksi
buku berbagai-bagai aras atau tahap kepayahannya. Murid akan dengan sendiri cuba memilih
dan membaca buku yang mereka sendiri boleh membaca sendiri.
Saya berpendapat,bentuk bahan bacaan atau judul buku yang sesuai dengan kanak-kanak untuk
dibaca secara mekanis adalah seperti:
**Buku atau bahan bacaan mestilah sesuai dengan kanak-kanak terutama dari segi
penggunaan tatabahasa,kosakata, dan perbendaharaan kata.
**Aras bahasa yang sesuai juga perlu diambilkira agar bahan bacaan mudah difahami oleh kanak-
kanak.
**Saiz cetakan tulisan (fon) juga perlu sesuai dengan kanak-kanak.
**Gambar atau ilustrasi muka hadapan buku dan dalam buku perlulah mempunyai saiz yang
sesuai,cantik,menarik,berwarna-warni supaya ianya dapat menarik minat kanak-kanak untuk
terus membaca buku-buku tersebut.
Sekian,terimakasih.








Re : forunm 2 15 Nov 2012 01:03:32 PM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
04 Nov
2012
01:40:39
AM
Reply To : HASLINDA BINTI THOMAS

Attachment : No File Attach



Assalamualaikum dan berjumpa kembali di arena forum cikgu,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu perhatian ibubapa serta bahan bacaan yang
sesuai akan dapat mengembangkan lagi kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.
Ibubapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca serta
meningkatkan kemahiran penguasaan kanak-kanak dalam bacaan.Sebagai tambahan,bahan
bacaan yang dipilih untuk kanak-kanak samada oleh ibubapa mahupun guru haruslah
bersesuaian dengan kanak-kanak.Antara bahan bacaan yang perlu diambilkira oleh ibubapa
dan juga guru adalah,bahan bacaan haruslah mempunyai fon yang besar,selain mengandungi
gambar atau ilustrasi yang cantik,besar,bewarna-warni.Bukan itu sahaja,laras bahasa yang
digunakan haruslah mudah dibaca dan difahami oleh kanak-kanak













Re : FORUM 2 15 Oct 2012 11:56:19 AM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
14 Oct
2012
11:04:27
PM
Reply To : NOOR AIME BINTI SAMBILAN

Attachment : No File Attach



Assalamualaikum dan salam sejahtera cikgu,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu itu.Izinkan saya menambah sedikit.
Selain daripada bahan bacaan mestilah yang berwarna-warni dan dapat menarik minat
mereka seperti tulisan huruf yang besar dan mempunyai gambar yang pelbagai dan mudah
difahami,kita juga perlu mengambil kira dari pelbagai sudut positif lain.Seperti contoh,bahan
bacaan yang dipilih mestilah sesuai dari segi aras iaitu aras bahasa yang sesuai perlu
diambilkira agar bahan bacaan mudah difahami oleh kanak-kanak.Selain daripada itu ,saiz
cetakan tulisan (fon) juga perlu sesuai dengan kanak-kanak.Bukan itu sahaja,gambar atau
ilustrasi muka hadapan buku dan dalam buku perlulah mempunyai saiz yang
sesuai,cantik,menarik,berwarna-warni supaya ianya dapat menarik minat kanak-kanak untuk
terus membaca buku-buku tersebut.


Re : Forum 2 15 Oct 2012 11:43:42 AM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
14 Oct
2012
09:01:04
AM
Reply To :
NOR ADYANI BINTI MOHAMED
SALIM

Attachment : No File Attach



Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi cikgu Adyani,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu itu.Izinkan saya menambah sedikit.Pendapat
saya,bentuk bahan bacaan atau judul buku yang kita pilih haruslah juga mengambilkira dari
pelbagai aspek lain seperti buku atau bahan bacaan mestilah sesuai dengan kanak-kanak
terutama dari segi penggunaan tatabahasa,kosa kata dan perbendaharaan kata. Ini adalah
kerana tujuan pembacaan buku-buku ini adalah bagi mempertingkatkan perbendaharaan kata
serta kosa kata dikalangan murid-murid terutama pada peringkat umur 4-6 tahun.

Re : Re : Forum 2 15 Nov 2012 01:13:18 PM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
12 Oct
2012
11:46:19
PM
Reply To : YUSLINDA BT YA'AKUB

Attachment : No File Attach



Assalamualaikum dan salam perkenalan cikgu Yuslinda,
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa dengan banyak membaca
membolehkan kanak-kanak tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti
pada tempat-tempat berhenti yang betul. Kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran bahasa
dalam mata-mata pelajaran yang lain.
Pendek kata,melalui bacaan mekanis,kanak-kanak sudah boleh mengenal tanda baca
dalam bahan bacaan seperti tanda koma,noktah dan sebagainya.Oleh itu,sebagai ibubapa
mahupun guru haruslah mengambil peranan penting dalam memilih bahan bacaan atau judul
buku yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak agar bahan bacaan ini menjadi
pencetus kepada tahap pembacaan kanak-kanak secara maksimum









Forum 4

Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD (D20102047009)
Date posted : 15 Nov 2012 12:35:01 PM
(0 read/s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kanak-kanak mempunyai naluri semulajadi yang mendorong mereka mencari sesuatu
yang menarik dan dapat memikat hati mereka.Seperti contoh,melalui pembacaan buku-buku
cerita dan juga puisi.Sebagai guru,kita bukan sahaja perlu mengambilkira pencapaian objektif
pembelajaran pada hari-hari tersebut,tetapi guru juga perlu mengambilkira kandungan atau isi
cerita disamping bentuk bahasa yang digunakan di dalam buku-buku cerita atau puisi yang
hendak dibacakan kepada kanak-kanak.Banyak perkara yang perlu diambil kira oleh guru dalam
mengaplikasikan kaedah dan teknik menggunakan buku cerita atau puisi.Antaranya,bahan atau
bentuk bahasa perlulah ringkas dan mudah difahami malah dibaca oleh kanak-kanak itu
sendiri.Selain daripada itu,warna atau illustasi/gambar perlu menarik dan cantik kerana warna
serta ilustrasi gambar sebegini menjadi satu tarikan kepada kanak-kanak itu sendiri untuk
menerokainya selain menarik minat mereka untuk terus membaca buku atau bahan bacaan
tersebut.



Re : Forum 4 15 Nov 2012 12:44:35 PM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
14 Nov
2012
06:46:25
PM
Reply To : SAMSIAH BINTI ARBAIN

Attachment : No File Attach



Assalamualalaikum dan salam sejahtera cikgu,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu itu.Memang hakikatnya pengajaran awal
membaca akan menjadi kurang berkesan jika tidak disesuaikan dengan kaedah dan teknik
pengajaran yang betul dan menarik. Lebih-lebih lagi apabila kita berhadapan dengan kanak-
kanak pada peringkat umur awal 4+ dan 5+.Ini adalah kerana,kanak-kanak pada peringkat
umur ini,mempunyai tahap penumpuan yang terbatas dan tidak bertahan lama.Ditambah lagi
dengan kaedah pengajaran yang membosankan akan menjadikan keadaan ini bertambah
terjejas.Oleh itu,seseorang guru haruslah lebih kreatif dalam meneroka kaedah dan teknik
yang bersesuaian dengan kanak-kanak.Dalam menggunakan buku cerita atau puisi
misalnya,guru perlu mencari bahan(buku cerita) yang sesuai seperti mempunyai tulisan(fon)
yang besar,gambar-gambar atau ilustrasi yang cantik, bewarna-warni dan menarik.Selain
daripada itu,aras bahasa yang digunakan haruslah mudah dan ringkas supaya mudah difahami
oleh kanak-kanak.

Re : Re : Forum 4 15 Nov 2012 01:27:41 PM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
02 Nov
2012
05:08:58
PM
Reply To : Norimah Binti Hussin

Attachment : No File Attach



Assalamualaikum dan salam sejahtera cikgu,
Saya bersetuju dengan pendapat dan pendangan cikgu itu.Memang benar, buku
bergambar ialah bahan bacaan khusus untuk kanak-kanak di peringkat awal pembacaan.
Gambar dan ilustrasi berperanan sebagai media utama menyampaikan konsep atau cerita
sedangkan teks pula hanya merupakan unsur sokongan kepada gambar atau ilustrasi. Gambar
dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas berbanding teks.
Sebagai tambahan, mungkin pada peringkat pertama atau peringkat percubaan,guru
memilih bahan bacaan yang mempunyai aras yang mudah kepada yang senang,namun
pemilihan buku cerita dan puisi ini boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut
perkembangan murid-murid.Ianya adalah merupakan satu manafaat dan kelebihan kepada
guru dan murid-murid lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang sudah boleh
membaca.Dalam pemilihan bahan bacaan ini,guru juga perlu mengambilkira tahap
perkembangan dan kebolehan setiap kanak-kanak yang berbeza-beza diantara satu sama lain.







Re : Re : Forum 4 15 Nov 2012 12:54:08 PM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
02 Nov
2012
03:37:51
AM
Reply To : Norimah Binti Hussin

Attachment : No File Attach



Assalamualaikum dan salam perkenalan cikgu,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu itu bahawa Kanak-kanak pada peringkat
prasekolah belum lagi mempunyai fikiran yang kritis untuk memahami sebab dan akibat atau
cara dan tujuan. Pengetahuan mereka tentang kenyataan adalah sangat sederhana. Buku-buku
untuk peringkat umur ini harus mengandungi teks yang pendek, penuh dengan aksi mudah
yang menuju kepada kesimpulan yang memuaskan. Ia juga harus mempunyai perkaitan
dengan dunia sehariannya agar dapat membantu mereka memahami dan
menginterpretasikan dunia sekelilingnya.
Izinkan saya menambah sedikit,dalam pemilihan kandungan cerita dan bentuk bahasa
bahan bacaan(buku cerita,puisi) ini,guru juga perlu mengambilkira laras bahasa yang
digunakan.Mungkin pada peringkat pertama atau peringkat percubaan,guru memilih bahan
bacaan yang mempunyai aras yang mudah kepada yang senang,namun pemilihan buku cerita
dan puisi ini boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan murid-
murid.Selain daripada itu,guru juga perlu menekankan nilai-nilai murni yang boleh kanak-
kanak pelajari daripada bahan bacaan mereka.

Re : Re : bincangkan kandungan cerita dan bentuk
bahasa yang sesuai untuk melaksanakan kaedah
menggunakan cerita dan puisi
15 Nov 2012 01:34:51 PM
Posted By : MASANIAH BINTI AHMAD
03 Nov
2012
01:18:43
PM
Reply To : Linda Bt Masdan

Attachment : No File Attach


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan cikgu itu.Untuk menjadikan sesi
pengajaran itu lebih bermakna dan menarik minat kanak-kanak, guru boleh menggunakan
bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat kanak-kanak terhadap cerita yang
hendak disampaikan.Selain menggunakan bahan bacaan(buku cerita/puisi),guru boleh
mempelbagaikan kaedah seperti lakonan dan simulasi.Kaedah lakonan dan simulasi ini
mendatangkan banyak kelebihan kepada kanak-kanak dari segi menambahkan
perbendaharaan kata,tatabahasa dan kosa kata kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai