Dengan segala hormatnya, saya ingin menjemput tuan/puan atau wakil untuk menjayakan satu sesi perjumpaan antara guru kelas dan ibu bapa atau penjaga murid tahun 4. Perkara ini adalah salah satu dari agenda dalam pelaksanaan SARANA IBU BAPA.
1. Perjumpaan ini akan berlansung seperti ketetapan berikut : Tarikh : 10 Mac 2014 Hari : Isnin Masa : 4.30 ptg Tempat : Kelas Tahun 4 Mutiara.
2. Agenda perjumpaan : a. Suai kenal b. Keceriaan kelas c. Permasalahan yang dihadapi murid d. Hal-hal lain.
Saya berharap, pihak tuan/puan dapat meluangkan sedikit masa bagi menjayakan sesi perjumpaan ini. Kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang Benar,
(Kamal Sufiyan Bin Mustafa Kamal) Guru Kelas Tahun 4 Mutiara.
s.k Fail Timbul s.k YDP PIBG SK Sebako
Dokumen Serupa dengan Surat Jemputan Perjumpaan Ibu Bapa