Anda di halaman 1dari 3

PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SMK ALMA BUKIT MERTAJAM


TAHUN 2011

LAPORAN PROGRAM TUTOR P.MORAL

DISEDIAKAN OLEH :
Pn Puvaneswari Vadivelloo
Guru Pend. Moral Ting.5

PROGRAM TUTOR PEND. MORAL


Program ini dijalankan sejak tahun 2010. Perjalanan program ini
dikendalikan oleh Pn Puvaneswari Vadivelloo yang merupakan pemeriksa
kertas SPM PM. Program ini diadakan setiap kali program bacaan yasin
diadakan.
Objektif program :
1. membolehkan murid berbincang dengan pasangan rakan untuk
menentukan nilai yang paling tepat untuk soalan yang diberi.
2. memberi peluang kepada setiap murid untuk mengemukakan jawapan
mengikut skema.
3. memberi pendedahan kepada murid mengenai cara penulisan skema
jawapan yang paling tepat mengikut kehendak soalan.
4. membentuk keyakinan pada murid mengenai pilihan nilai dan contoh
yang bersesuaian bagi soalan yang diberi.

Pelaksaan program :
1. Calon-calon PM SPM akan dikumpul di PSS SMK Alma pada waktu majlis
bacaan yassin.
2. Guru pembimbing akan mengedarkan kertas soalan-soalan percubaan
dari negeri-negeri lain untuk dibincang bersama pasangan. Calon akan
berbincang dan menentukan nilai bagi setiap soalan.
3. Guru pembimbing akan mengadakan perbincangan secara terbuka
dimana setiap pasangan diwajibkan untuk memberi jawapan.
4. Guru akan membuat catatan dan konklusi terhadap jawapan yang
diberi sebelum menjelaskan jawapan mengikut skema.

Keberkesanan program :
Melalui program ini murid telah :
1. mahir dengan cara penulisan jawapan mengikut skema.
2. didedahkan kepada banyak soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri
lain.

3. berani memberi jawapan dengan pandangan sendiri.


4. jelas dengan pembahagian dan peruntukan markah bagi setiap kategori
soalan.
5. mahir dalam menghuraikan penerangan dan contoh.

Kekangan program :
1. Kehadiran murid mendukacitakan terutamanya dari bulan September
Oktober.
2. Kehadiran calon pendidikan khas menyukarkan guru pembimbing untuk
mengadakan perjalanan program yang smooth.

Program ini telah menampakkan kejayaan dan panitia Pend. Moral


berharap untuk meneruskan program ini pada tahun-tahun akan datang.