Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Semasa

PANGKOR 2015
Pulau Pangkor merupakan Pulau tercantik di Perak. Dengan purata kehadiran 2500 pengunjung dari luar
Negara dan 15000 pengunjung dari dalam Negara setahun, ianya menunjukkan kematangan Pulau
Pangkor sebagai destinasi pelancongan setanding dengan pulau terkenal dunia.

Apa yang cuba saya ingin jelaskan disini adalah mengenai faktor-faktor yang menyebabkan Pulau
Pangkor menjadi destinasi tumpuan. Bukan hanya kerana keindahan pulaunya semata-mata tetapi
faktor kebersihan pulaunya menjadi salah satu sebab utama kepada perhatian pengunjung. Kredit
kebersihan ini boleh kita berikan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pangkor, yang sentiasa memberikan
perhatian yang utama tentang tahap kebersihan di pulau. Untuk menjadi satu Pulau yang diiktiraf oleh
Persatuan Pelancongan Antarabangsa, faktor kebersihan menjadi asas kepada kriteria untuk pengiktifan
tersebut. Selain itu, bukan hanya pihak Majlis sahaja memberikan tanggungjawab, juga penduduk
tempatan bersama-sama memberikan kerjasama untuk kebersihan Pulau mereka. Inilah adalah hasil
usaha Kerajaan Negeri Perak yang sentiasa memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan
tentang pentingnya kebersihan untuk sumber pendapatan mereka sendiri.

Pangkor yang juga sedang menuju ke penjenamaan baru kearah eco-tourism berhasrat untuk
menggunakan teknologi yang lebih kepada mesra alam. Ini dapat dilihat dari hasil Kerajaan Negeri Perak
yang cuba meng-eksplorasi kaedah peparitan yang menggunakan E-Drain dalam mengurangkan kos
masalah peparitan.

Menurut pengalaman pelancong yang sebelum ini, mereka sangat teruja dengan pelbagai cerita yang
disampaikan oleh penduduk mengenai sejarah pulau pangkor. Cerita-cerita menarik ini telah direka
sendiri oleh penduduk kampung untuk menarik perhatian pelancong seterusnya menyebabkan industri
pelancongan di Pulau Pangkor meningkat.

Apa yang menariknya di Pangkor ini adalah usaha penduduk tempatan sendiri yang cuba untuk
meningkatkan pendapatan mereka menerusi keusahawanan. Apa dapat dilihat daripada penduduk
sekitar, rata-ratanya bekerja sebagai pemandu pelancong. Dengan tertumpunya penglibatan penduduk
sekitar, di harapkan Pulau Pangkor akan menjadi sebuah destinasi tumpuan yang utama di dunia.

Anda mungkin juga menyukai