Anda di halaman 1dari 13

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1




FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2014

HBML3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :





HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

2


ISI KANDUNGAN
.

1.0 Pendahuluan. 3

2.0 Definisi dan konsep tatabahasa wacana dalam pengajaran
penulisan karangan peringkat sekolah rendah. 4

3.0 Strategi pengajaran wacana penulisan karangan peringkat
sekolah rendah. 5

4.0 Ciri-ciri dan kepentingan mengaplikasikan wacana dalam
penulisan karangan. 8
5.0 Aplikasi penulisan wacana yang berbentuk fakta di peringkat sekolah 9-13

6.0 Penutup. f 14

7.0 Rujukan. 15










HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3

1.0 Pendahuluan.
Penulisan adalah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh
penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang
disampaikan itu perlulah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik
penulisan yang sesuai.
Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) membahagikan penulisan kepada
tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih mudah
difahami, penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis.
Dalam penulisan juga beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh guru dalam usaha
untuk mempertingkatkan kemahiran menulis dalam karangan pelajar.
Menurut Kamarudin Husin (1988), penulisan murid boleh dipertingkatkan dan menyarankan
tiga peringkat strategi penulisan iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. Konsep
pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan sekolah rendah mempunyai beberapa tujuan.
Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau
tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita,
penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman formal atau tidak formal.
Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu
berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman
tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan
catatan. Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar,
pengalaman atau cerita, jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi
dan peribahasa.





HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4

2.0 Definisi dan konsep tatabahasa wacana dalam penulisan karangan.
Tatabahasa dalam Bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis.
Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu adalah morfem.
Morfem dibahagikan lagi kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat atau
imbuhan (Nik Safiah Karim et al., 2004).
Morfem bebas boleh berdiri sendiri dan mempunyai maknanya sendiri, manakala morfem
terikat atau imbuhan adalah berbentuk imbuhan , seperti mem, per, kan, ber. Morfem terikat
juga tidak mempunyai makna, tetapi mengandungi fungsi tatabahasa atau nahu yang boleh
mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat. Morfem terikat atau imbuhan
terbahagi kepada empat kategori iaitu, imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan
dan imbuhan apitan. Sintaksis pula adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu, sintaksis juga mengkaji proses pembinaan
ayat serta hukum-hukum yang menentukan tatacara perkataan disusun dalam ayat. Ayat
adalah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Wacana adalah keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan,
percakapan,perbincangan atau pertukaran idea secara lisan dan Kesatuan fikiran yang utuh,
sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan, Kamus Dewan Edisi Keempat. Wacana ialah
keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur
luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan
berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi, Asmah Haji Omar 1986.
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia
dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti
Kridalaksana,1982). Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan
fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada
tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat, Teks Pra-U STPM. Kajian Bahasa
mengatakan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada
ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan
perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.Wacana ialah unit bahasa
yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana
HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

5

sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan,
satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat
yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk
sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa
maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta
percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit
bahasa yang melebihi batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya
yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana
adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut
beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Di dalam tatabahasa, wacana
ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki. Kesimpulannya, Wacana
ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,
bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan
dan perkembangan fikiran yang berturutan.


3.0 Strategi pengajaran wacana penulisan karangan peringkat sekolah
rendah.

Strategi ini amat berkait rapat dengan tatacara atau prosedur pengajaran yang perlu
diasimilasikan dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran wacana dalam penulisan dalam
kalangan murid. Strategi pengajaran penulisan yang berkesan akan memberikan impak
kepada keupayaan murid untuk menghasilkan penulisan yang baik dan gramatis. Terdapat
beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan
yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan (Kamarudin Hj. Husin, 1988), iaitu
menyarankan tiga peringkat strategi penulisan seperti berikut:



HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

6

Tiga Peringkat Strategi Penulisan:

a. Peringkat Sebelum Penulisan.
Fahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan berformat).
Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.
Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Terdapat
pelbagai cara untuk mencatat isi. Antaranya adalah dengan menggunakan konsep peta
minda dan penomboran.
Memilih tajuk atau soalan. Baca dan fahami setiap tajuk atau soalan yang diberi.
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Pastikan memilih
soalan atau tajuk yang benar-benar boleh dikuasai. Selain itu, memahami benar-benar kata
kunci atau kehendak soalan.

b. Peringkat Semasa Penulisan.
Menulis berdasarkan isi atau kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan). Pastikan
ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan dalam setiap pendahuluan agar
pembaca dengan mudah memahami apa yang ditulis oleh pelajar.
Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
Pelajar perlulah mematuhi penggunaan sistem ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata, dan
wacana yang betul dan sesuai.
Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta
contohnya. Pastikan kohesi dan koheran setiap ayat dalam penulisan dengan menggunakan
penanda wacana yang betul.
Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan keseluruhan
penulisan.
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu
satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

7

Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

c. Peringkat Selepas Penulisan.
Murid perlu baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak
pelbagai perkara, iaitu:
(I) Format
(II) Isi / Huraian
(III) Struktur Ayat
(IV) Ejaan
(V) Tanda Baca
(VI) Perbendaharaan Kata
Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan
Menyemak karangan
Setelah selesai menulis karangan hendaklah menyemak bagi memastikan jika ada
tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur
ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan itu.








HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

8

4.0 Ciri-ciri dan kepentingan mengaplikasikan wacana dalam penulisan
karangan.
Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu yang
sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang berada di
sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya mahir
menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang pelajar
menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau menghasilkan
sesebuah penulisan yang kritis dan puitis.
Wacana bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu
dipelajari dan dikuasai. Latihan yang berterusan sama ada bertulis mahupun pembacaan perlu
ditekankan kepada pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat
menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara
gading dan ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Bahasa adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga menggambarkan status
seseorang . Penggunaan kata yang sempurna dan baik secara lisan mahu pun tulisan
menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami. Penggunaan kata dan wacana dalam
ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap setanding
dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Menurut Abdullah Hassan (1987:412) , pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau
andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu
pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara
bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal
bahasa itu.




HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

9

5.0 Aplikasi penulisan wacana yang berbentuk fakta di peringkat sekolah
rendah.

Berikut menerangkan aplikasi kemahiran wacana penulisan sekolah rendah. Tajuk atau
Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran, dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(KBKK)
Tajuk atau Objektif Kemahiran Media Pengajaran KBKK
Penulisan: Fakta
Murid boleh:
(i) Memberikan
pendapat dan
menyusun isi
mengikut
turutan serta
dapat menulis
semula
dengan baik
1.16 Menjawab soalan
tentang isi sesuatu
bahan
1.49 Menyatakan
pendapat yang
bernas dalam
perbincangan
3.35 Menulis semula
maklumat
yang diterima
dengan teratur
3.40 Menulis karangan
dalam
bentuk prosa




Menjana idea
Menyusun
mengikut
keutamaan
Penulisan:
Menyambung cerita
Murid boleh:
(i) Menulis
tentang tajuk
yang diberikan.
1.16 Menyoal untuk
mendapatkan
maklumat
2.26 Memberikan
pendapat tentang
sesuatu pernyataan yang
diketahui
atau dibaca
3.28 Menulis kesudahan
cerita




saran

mengikut urutan
HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

10

Penulisan: Biografi
Murid boleh:
(i) Memberikan
pendapat
dalam
perbincangan
serta dapat
menulis
tentang tajuk
yang diberi
1.26 Menjawab soalan
tentang isi sesuatu
cerita
1.16 Menyoal untuk
mendapatkan
maklumat
2.20 Menyatakan
maklumat penting
dalam bahan
bacaan
3.32 Mencatatkan isi
penting daripada
bahan yang dibaca
atau
diperdengarkan
3.40 Menulis bentuk prosa


r Tokoh
Menjana minda
Menyusun
mengikut urutan
Penulisan: Surat
kiriman tidak rasmi
Murid boleh:
(i) Membaca,
menghayati
dan memberi
pendapat
serta
menjawab
latihan
penulisan
dengan betul
1.37 Melaporkan
sesuatu peristiwa
yang didengar atau
dilihat dengan
betul dan ringkas
1.19 Menyoal mengikut
urutan dalam cerita
atau bahan bacaan
2.15 Membaca rangkai
kata, ayat dan
perenggan
2.19 Menyatakan
maklumat penting
dalam bahan
bacaan
3.35 Menulis semula
maklumat yang diterima
:
Surat rasmi dan
surat tidak
rasmi


Membandingkan
perbezaan

kesimpulan
HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

11

dengan
teratur
Penulisan: Surat
kiriman tidak rasmi
Murid boleh:
(i) Membezakan
antara surat
kiriman tidak
rasmi dengan
surat kiriman
rasmi
(ii) Memahami
peta minda
dan menulis
tentang tajuk
yang
diberikan
1.16 Menyoal untuk
mendapatkan
maklumat
2.15 Membaca rangkai
kata, ayat dan
perenggan
2.26 Memberikan
pendapat tentang
sesuatu pernyataan
yang dibaca
berpandukan peta
minda
3.45 Menulis surat
kiriman mengikut
format
Bahan edaran
Kad perkataan
Transparensi:
Bahan bacaan.


pendapat












HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

12

6.0 Kesimpulan.

Dapatlah dikatakan bahawa mengajar penulisan karangan adalah suatu proses yang lengkap
dan memberikan kemahiran kepada pelajar untuk menggunakan penulisan karangan sebagai
suatu proses percambahan pemikiran yang berkesan. Sebagai salah seorang guru Bahasa
Melayu, perlulah sentiasa memikirkan strategi dan teknik yang bersesuaian untuk mengajar
penulisan karangan, khususnya dalam aspek tatabahasa wacana penulisan karangan.
Dalam pengajaran penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun pendekatan yang
paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan topik
penulisan yang hendak diajar. Kemahiran tatabahasa wacana dan penulisan pelbagai bentuk
perenggan pendahuluan juga haruslah dititikberatkan.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa mengajarkan penulisan karangan adalah suatu
proses yang lengkap dan memberikan kemahiran kepada pelajar untuk menggunakan
penulisan karangan sebagai suatu proses percambahan pemikiran yang berkesan.

7.0 Rujukan.

http://jaafar2026.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.html
http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/strategi.htm
http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-mengajar.html
http://pgsrkent08.edublogs.org/files/2009/12/Kemahiran-Menulis.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/2473/5/BAB_2.pdf
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/67-87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdf
Goay Teck Chong, ChooSay Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

13

Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), Bahasa
Melayu Kertas 1&2 teks dan rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai