Anda di halaman 1dari 4

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEK KEB SEKENDI 45200


SABAK BERNAM SELANGOR

KERTAS CADANGAN PROGRAM
AKTIVITI MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013


1.0 PENGENALAN

Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah.Perpustakaan salah satu daripada
cabang unit yang membentuk pusat sumber . Oleh itu murid-murid perlu mengenali dan
sentiasa mendampingi pusat sumber sekolah .Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai
kaitan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber sempena minggu pusat sumber
sekolah 2013.Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan
ilmu akan dilaksanakan di peringkat sekolah.Kempen membaca telah dijadikan sebagai agenda
tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat
dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya terutamanya di kalangan warga SKS.

2.0 NAMA PROGRAM

Aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah 2014


3.0 ANJURAN

Unit Pusat Sumber Sekolah


4.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang cakna akan bidang pembacaan . Di dalam literasi maklumat juga
seseorang harus berupaya mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang terdiri daripada
sumber-sumber primer, skuder dan tertiari bagi memudahkan skop pencarian maklumat
dengan menggunakan strategi pencarian maklumat yang tepat.


5.0 VISI
Ilmu Membangunkan Tamadun


6.0 MISI
Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat


7.0 TEMA

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

8.0 OBJEKTIF

Diharapkan murid-murid dapat :
1. Mengenal Pusat Sumber dengan lebih dekat lagi
2. Meminati dan memcintai buku
3. Menarik penyertaan murid dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi
menyuburkan minat membaca.
4. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan
membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya
5. Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai
kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas.
6. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada
masa kini dan akan datang
7. Merapatkan warga SKS dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan
rakyat Malaysia.
8. Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan , pemikir
dan kreatif.

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN

9.1 Tarikh 22.4.2014 hingga 25.4.2014
9.2 Tarikh kemuncak 26.4.2014

10.0 TEMPAT

Kelas dan Anjung Ilmu

11.0 STARTEGI PELAKSANAAN

11.1 Tulisan Cantik Tahap 1
11.2 Membuat Sinopsis Tahap 2
11.3 Pertandingan teka silang kata tahap 1 &2
11.4 Bercerita Tahap1&2
11.5 Membaca Pantun tahap 1
11.6 Mendeklamasikan Sajak Tahap 2

12.0 TENTATIF PROGRAM

( SILA RUJUK LAMPIRAN )

13.0 SASARAN

Murid SKS tahap 1 & 2

14.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Penasihat : Tuan Haji Abu Hassan B Abu Bakar
Pengerusi : Pn Siti Ambariati bt mahfuz
Naib Pengerusi : Syarifuddin b Abdan
Setiausaha : Pn Musinah bt Yusa
Bendahari : Pn Hjh Kamariah bt Utoh

AJK : Pn Rohani bt Sidek
Pn Norazah bt Mohammad
En Abdul Rahman b Idris
Pn Maslinda bt Hj Taib


15.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN

Hadiah : RM 94.50

16.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen dari semua pihak diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya . Semoga jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan puan memdapat
balasan dan keredhaan daripada Allah S.W.T . Diharapkan melalui aktiviti yang dijalankan akan dapat
meningkatkan pengetahuan murid dan menimbulkan minat mereka untuk mengunjungi Pusat
Sumber sekolah.



Disediakan oleh : Disahkan oleh:



(MUSINAH BT YUSA ) (PN SITI AMBARIATI MAHFUZ)
Penyelaras PSS Pen Kanan Pentadbiran
Aktiviti Minggu PSS SKS

Anda mungkin juga menyukai