tahun.
Psikomotor merupakan suatu kebolehan yang berkaitan dengan kebolehan
mengeluarkan suatu corak berunsur perlakuan dengan persekitaran. Domain
psikomotor terbahagi kepada tiga komponen iaitu kemahiran motor (Motor Abilities),
tugasan fizikal (Physical Task) dan tingkahlaku persepsi motor (Perceptual Motor
Behavior). Kemahiran motor terbahagi kepada dua iaitu motor kasar dan motor
halus. Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan otot-otot kasar manakala
kemahiran motor halus melibatkan pergerakan otot-otot halus.
Bayi berumur 0 sehingga 6 bulan
Perkembangan otot bayi bermula dari atas iaitu kepala dan ke bawah. Pada
peringkat atas, bayi akan mengembang otot- otot leher. Kemudian, bayi akan belajar
mengendalikan tubuh badan dan akhirnya ke otot kaki. Perkembangan fizikal bayi
pada selang tiga bulan akan tamat. Ianya terbahagi kepada dua katagori iaitu
kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor kasar ialah
keupayaan bayi mengawal bahagian anggota mereka menggunakan otot kasar.
Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi bayi melibatkan perbezaan
bahagian anggota badan lain seperti mengangkat, mengambil objek dengan jari
seperti memegang sudu, menyelak helaian buku dan menggunakan crayon untuk
melukis.
Aktiviti psikomotor bayi berumur 0 sehingga 6 bulan
Aktiviti Cara Pelaksanaan Manafaat
Senaman Otot
(0-3 bulan)
- Aktiviti senaman kaki
dan meluruskan kaki.
- Menggerakkan jari bayi.
- Perkembangan motor
kasar pada peringkat
umur bayi ketika ini
dapat dilihat daripada
pergerakan melentur
tegangkan tangan dan
kakinya. Pada peringkat
ini, bayi mampu
menahan lengan sambil
mengangkat dada
dalam kedudukan
meniarap.
- Dapat memberi
kekuatan pada otot
lutut, paha, tangan bayi.
Bermain Merangkak
dan Merayap
(3 bulan)
- Putar lagu dan biarkan
bayi merangkak atau
merayap.
- Biarkan ia
menggerakkan tangan
dan kakinya mengikuti
irama dan ritma muzik.
- Ibu boleh la mengagah
bayi. Bayi pasti ketawa.
- Bagi bayi yang baru
dilahirkan, baringkan
bayi dengan posisi
telentang. Biarkan dia
menggerakkan anggota
tubuhnya mengikuti
iringan muzik tadi.
- Sesuai ketika bayi baru
lahir dan ke atas.
Kaedah ini dapat
melatih seluruh otot dan
alat gerak bayi.
Bermain Sit- Up Bayi
(3-4 bulan)
- Baringkan bayi dalam
posisi telentang.
- Duduklah dihadapannya
- Permainan ini sesuai
dimainkan semasa bayi
berumur 3-4 bulan.
Permainan ini dapat
dan genggam lembut
kedua pergelangan
tangannya, lalu tariklah
sampai dia ada di posisi
duduk. Biarkan bayi
berada dalam keadaan
sebegitu lalu biarkan dia
berbaring lagi.
- Lakukan berulang-ulang
sambil bernyanyi lagu
untuk menarik perhatian
bayi.
melatih seluruh otot dan
sendi terutama di
bahagian atas tubuh
seperti leher, bahu dan
tangan.
Bermain Ayun Kaki
Ibu (4 bulan ke atas)
- Ibu hendaklah berbaring
secara telentang dan
biarkan bayi berbaring
di atas dada. Apabila
keadaannya stabil,
angkat bayi lalu biarkan
lutut dan tulang si ibu
menjadi sandaran untuk
menahan beban tubuh
bayi.
- Apabila bayi sudah
seimbang, pegang
kedua-dua pergelangan
tangan, lalu gerakkan
kaki anda (lihat dalam
gambar). Jika bayi
belum seimbang, tahan
tubuh bayi dengan
memegang sisi tubuh
- Sesuai dilakukan ketika
bayi berusia 4 bulan dan
ke atas. Ini bertujuan
untuk melatih
kemampuan menjaga
keseimbangan serta
mengukuhkan seluruh
otot dan kekuatan kaki
dan tangan.
bayi.
- Berhentilah setelah
Anda melakukan
beberapa set gerakan
mendekat dan menjauh.
Kemudian mendakap
bayi sambil mengatur
nafas. Ini sekaligus
dapat melatih otot perut
ibu agar kembali
tenang.
Bermain Kayuhan
Basikal Di Udara
(0-4 Bulan)
- Letakkan bayi terlentang
di tempat tidur anda
atau lantai beralas kain
yang tebal.
- Pegang kedua kaki bayi
dan gerakkan perlahan
seolah-olah ia sedang
mengayuh basikal.
- Tatap matanya ketika
anda memegang dan
menggerakkan kakinya.
Jika perlu, berbicara
atau bernyanyi untuk
bayi. Nyanyikan lagu
Kring..kringkring ada
basikal, misalnya.
- Seiring dengan
perkembangan
motornya, ia mulai
dapat mengayuh sendiri
- Bayi yang baru
dilahirkan tidak
mempunyai
pemahaman mengenai
tubuhnya sendiri.
Permainan yang
membantu anak
mengayuh kakinya ini
dapat meningkatkan
kesedaran pada
bahagian tubuhnya.
Cara ini membuat bayi
semakin menyenangi
kegiatan yang
melibatkan gerakan
fizikal yang telah
dilakukan.
kedua kakinya.
Berguling Bersama
Bola (Bayi 2-4bulan)
- Angkat bayi, lalu
baringkan dengan posisi
meniarap di atas
sebuah bola besar.
Pastikan tumpuan
berada pada bahagian
bawah perutnya.
Pegang erat-erat tubuh
bayi pada bahagian
ketiak.
- Gerakkan perlahan
tubuh bayi di atas bola
ke kiri, ke kanan, atas
dan bawah. Biarkan ia
merasakan sensasi
gerakan lembut pada
bahagian bawah perut.
- Iringi gerakan dengan
menyanyikan lagu anak-
anak sederhana. Lagu
anak-anak sederhana.
- Berhentilah jika bayi
anda kelihatan letih atau
kehilangan
minat.kaedah ini boleh
dilakukan pada waktu
lain.
- Kaedah ini dapat
seimbangkan tubuh
bayi. Latihan ini berguna
pada usianya
menganjak 2 bulan, iaitu
ketika mulai dapat
mengangkat kepalanya.
Selain itu, dapat
menguatkan otot
kepala, bahu, dan
mengasah keterampilan
menjaga keseimbangan.
- Pegangan anda yang
lembut namun mantap
membuat bayi tidak
perlu merasa takut
tergelincir. Kegiatan ini
sekaligus membuatkan
rasa percaya anak pada
si ibu kerana yakin
dapat dilindungi.
Bayi Bermain
Krincing
(sejak lahir dan ke
- Tiarapkan bayi, biarkan
kepala tegak dan
memandang sekeliling.
- Permainan ini boleh
dilakukan sejak bayi
baru lahir. Aktiviti ini
atas)
- Gerakkan mainan rattle
atau kerincingan dekat
hadapan bayi, dan
biarkan bayi berusaha
meraihnya. Lalu,
jauhkan mainan
daripada bayi.
- Lakukan berulang-ulang
dari pelbagai arah. Bayi
5 bulan biasanya akan
langsung berusaha
menggapai dengan cara
merangkak atau
membalikkan tubuh, dari
posisi meniarap atau
telentang. Alternatif
lain, bayi berada dalam
posisi telentang.
Lakukan gerakan rattle
yang sama, dan biarkan
bayi berupaya
meraihnya.
- Bagi bayi yang berusia
1-2 bulan, kaedah boleh
dilakukan secara
telentang.
untuk melatih seluruh
otot dan yang bergerak
(tangan dan kaki).
Bayi berumur 7 sehingga 12 bulan.
Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai masa
pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu
sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi sudah dikatakan
sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas
pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku.
Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
(Aminah Ayob et al. 2008).
Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan mencantum
skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil daripada kemahiran
ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu
tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. Selain itu juga, kekalan
objek iaitu memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani
Abdullah, 2004).
Aktiviti psikomotor bayi berumur 7 sehingga 12 bulan.
Aktiviti Cara Pelaksanaan Manafaat
Mendengar bunyi dan
muzik pelbagai rentak.
- Bercakap dengan bayi
- Memperkenalkan pelbagai
bunyi dari sumber yang
berlainan.
- Meningkatkan
kebolehan
membezakan
pelbagai bunyi dan
meningkatkan
kepekaan deria
pendengaran.
Bermain alat mainan
mobil.
- Menggalakkan bayi
bermain dengan objek
yang berlaian bentuk dan
warna yang berlainan.
- Memperkenalkan
kepelbagai bauan yang
- Meningkatkan
kebolehan
membezakan
warna dan objek
yang berlainan.
berbeza.
Bercerita
- Membacakan buku
dengan meletakkan bayi di
atas pangkuan bayi.
- Menujukkan buku
bergambar berwarna
(tanpa tulisan) dan
membaca bersama-sama.
- Tunjukkan buku cerita
yang hanya ada gambar
atau lukisan, dan reka
cerita sendiri. Cari peluang
untuk bunyikan bunyi yang
biasa pada pendengaran
kanak-kanak.
- Meningkatkan
kebolehan
mengenali dan
menamakan
anggota badan
serta membezakan
sesuatu objek.
Kanak-Kanak berumur 1 sehingga 2 tahun
Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan, Kanak-
kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang sanitis
kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan
pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta menunjukkan tingkah laku
cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti
bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga cuba mencantumkan dan
mengkoordinasikan pelbagai skema bagi menyelesaikan masalah yang semakin
kompleks ketika mereka menghadapinya. Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan
mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk
memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka
seperti menekan tombol dan memutarkan suis yang mereka gemar untuk
melakukannya.
Aktiviti psikomotor kanak-Kanak berumur 1 sehingga 2 tahun
Aktiviti Cara Pelaksanaan Manafaat
Membaca buku
bergambar
- Gunakan buku cerita
bergambar yang besar
dan berwarna warni
serta mempunyai
tekstur yang berbeza
dan biarkan kanak-
kanak membolak-balik
muka surat.
- Meningkatkan deria
melihat dan
menyentuh.
Bermain dengan
permainan berfungsi
ada dan hilang
Hide and seek
- Biarkan kanak-kanak
melihat pengasuh
bersembunyi dahulu
sehingga mereka
memahami
permainan.
- Meningkatkan
kemahiran
penumpuan dan
kemahiran bahasa.
Penggunaan deria - Sediakan buah-
buahan seperti oren,
jambu merah dan
- Menggalakkan
perkembangan kelima-
lima deria.
hijau, dan anggur.
- Galakkan mereka
melihat, menyentuh
tekstur kulit, menghidu
dan merasabuahan
tersebut.
- Bawa mereka keluar
dan biarkan mereka
mendengar pelbagai
bunyi yang berlainan
yang mempunyai
maksud dalam
kehidupan mereka
contoh dengan bunyi
burung, siren
ambulans, tangisan
kanak-kanak lain dan
sebagainya.
Kanak-kanak berumur 2 sehingga 3 tahun
Kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun telah mengalami perkembangan motor
dimana mereka telah pandai berjalan. Semasa proses berjalan berlaku ia
merupakan proses perkembangan psikomotor kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh
melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok,
membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada
kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-
kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan
mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh
melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju.
Aktiviti psikomotor kanak-Kanak berumur 2 sehingga 3 tahun
Aktiviti Cara Pelaksanaan Manafaat
Berdiri Sebelah Kaki
Untuk Sementara
Waktu
- Berikan arahan kepada
kanak-kanak berdiri dan
mengangkat sebelah
kaki. Kanak-kanak akan
mengangkat kaki yang
tidak dominan
manakala kaki yang
dominan digunakan
untuk bertahan.
Tetapkan masa selama
beberapa saat kepada
kanak-kanak untuk
mereka melakukan
aktiviti ini.
- Aktiviti ini dapat
menguji kecerdasan
motor kasar dan
koordinasi badan.
Apabila berdiri
sebelah kaki, badan
kita tidak akan
seimbang oleh itu
aktiviti ini dapat
menguji kanak-kanak
yang mempunyai
kecerdasan motor
kasar dan
keseimbangan badan.
Menaiki Tangga Tanpa
Bantuan
- Menyuruh kanak-kanak
menaiki tangga
sebanyak beberapa
anak tangga. Kita perlu
menetapkan beberapa
anak tangga yang perlu
di naiki oleh kanak-
kanak supaya dia dapat
mencapai matlamat
yang ditetapkan.
- Aktiviti ini untuk
menguji kemahiran
motor kasar kanak-
kanak. Melalui aktiviti
menaiki tangga ini
kanak-kanak banyak
mengerakkan otot-otot
kaki iaitu pergerakan
motor kasar. Aktiviti ini
diuji kepada kanak-
kanak kerana
kecekapan kanak-
kanak menggunakan
kaki menunjukkan
perkembangan motor
kasar kanak-kanak
yang cepat.
Bermain Lego
- Berikan kanak-kanak
kiub atau lego dan
suruh mereka membina
menara atau jambatan
dengan spontan atau
menunjukkan satu
contoh model kepada
mereka.
- Aktiviti ini untuk
mengkaji kemahiran
dan kecekapan motor
halus kanak-kanak.
- Aktiviti ini untuk
menguji
perkembangan motor
halus kanak-kanak.
Kanak-Kanak berumur 3 sehingga 4 tahun
Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya menerokai
persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal
yang lebih luas dan bebas bergerak. Pada umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak
telah berkeinginaan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan
aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh
membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri
tanpa bantuan orang lain. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk
bulatan, empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis. Begitu juga, kanak-
kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka
mudah ikut urutan dan nama anggota badan.
Aktiviti psikomotor kanak-Kanak berumur 3 sehingga 4 tahun
Aktiviti Cara Pelaksanaan Manafaat
Melukis
- Isi gambar dengan titik
berwarna
menggunakan pensil
warna atau pen mata
halus.
- Celupkan hujung mata
pensil yang tajam itu
dengan cat warna, dan
kemudian letakkan
mata pensil itu secara
perlahan-lahan di atas
kertas untuk membuat
titik. Gunakan pensil
yang berbeza untuk
setiap warna cat. Untuk
membuat titik-titik yang
lebih besar, gunakan
pemadam pada hujung
pensil tersebut.
- Seterusnya isi gambar
dengan pelekat warna.
Ketika gambar selesai,
berdiri dan jarakkan
kedudukan dan lihat
hasilnya.
- Lukisan merupakan
bentuk komunikasi
awal kanak-kanak
sebelum mereka
berupaya untuk
bertutur. Ianya
dijadikan alat
perhubungan yang
berkesan untuk
berinteraksi.
- Melukis merupakan
aktiviti yang mampu
memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak.
Melalui lukisan, kanak-
kanak dapat
meluahkan perasaan
dan emosi selain
dapat membina
kekuatan otot. Aktiviti
sebegini juga dapat
membantu
menajamkan daya
intuisi kanak-kanak.
- Aktiviti melukis dapat
memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa
yang dilihat lalu
dipindahkan semula
dalam bentuk dan
rupa imej yang unik
mengikut tahap
pemahaman mereka.
Melalui aktiviti melukis,
kanak-kanak dapat
meningkatkan daya
sensitiviti pancaindera.
Bermain plastesin
- Membentuk plastesin
menjadi bola
menggunakan kedua
tapak tangan.
- Membentuk plastisin
menjadi biji
menggunakan jari.
- Menggunakan penyepit
membuat pelbagai
corak pada plastisin.
- Memotong plastisin
dengan pisau plastik
bagi menghasilkan
pelbagai bentuk.
- Perkembangan dan
penguasaan
kemahiran motor halus
dengan menggunakan
jari untuk aktiviti
menggentel, menguli,
mencubit dan memicit.
Renang
- Memperkenalkan
kepada kanak-kanak
untuk menahan nafas
mereka dengan
meminta mereka
berlatih meniup
- Pembanguan lanjutan
dalam:
a) Kemahiran motor kasar
dan halus.
b) Refleksi (masa tindak
balas)
gelembung luar kolam
dengan gelembung
sabun.
- Setelah kanak-kanak
telah menguasai
meniup gelembung luar
kolam mereka boleh
mula untuk berlatih
meniup gelembung
dalam air di kolam
renang.
c) Kuasa tumpuan (fokus)
d) Kepintaran /
kecerdasan.
e) Tabiat sosial
f) Interaksi sosial
g) Keyakinan diri
h) Kebebasan
i) Boleh menangani situsi
yang diluar jangka.
Bermain Bola
- Menggerakkan kepala
ke pelbagai arah.
- Menanduk objek
- Membaling objek ke
sasaran.
- Menyambut objek
menggunakan kedua-
dua belah tangan.
- Membaling, menangkap
dan melambung objek
besar dan kecil.
- Melantun dan
menangkap.
- Menguasai kemahiran
manipulatif dan
kemahiran motor
kasar.
- Menguasai kemahiran
koordinasi mata.