Anda di halaman 1dari 16

Keberkesanan Komunikasi Kepemimpinan Rukun Tetangga Memberi Kepuasan

Serta Komitmen Dalam Membentuk Perhubungan Dan Perpaduan Masyarakat




Terdapat empat objektif utama dalam kajian ini, iaitu persepsi komuniti setempat terhadap stail
komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan)
Rukun Tetangga.

Keduanya, mengenal pasti dimensi stail komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga yang
paling berkesan mempengaruhi kepuasan dan komitmen (empati, berwawasan, berpasukan
dan perkongsian) komuniti setempat.

Ketiganya, kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam menjana keberkesanan
komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga dari kacamata komuniti setempat.

Keempat, perubahan yang boleh dilakukan bagi memperkasa semangat kerja yang dinamik dan
efektif di kalangan Rukun Tetangga. Kajian ini dijalankan di kalangan komuniti setempat Rukun
Tetangga di seluruh Semenanjung Malaysia. Dalam kajian ini, stail komunikasi kepemimpinan
menjadi angkubah bebas, manakala kepuasan dan komitmen menjadi angkubah bersandar.
Data dalam kajian ini diperolehi daripada 2,716 responden, terdiri daripada komuniti setempat
dalam Rukun Tetangga.

Bagi tujuan penganalisisan data untuk kajian ini, Kaedah Analisis Deskriptif digunakan. Dapatan
kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara stail komunikasi
kepemimpinan bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dengan
kepuasan dan stail komunikasi kepimpinan empati, berwawasan, berpasukan dan perkongsian
dengan komitmen dalam Rukun Tetangga.

Secara keseluruhannya, dari persepktif kepuasan komunikasi kepemimpinan ini mendapati
elemen keterbukaan adalah yang tertinggi. Manakala elemen memberi sokongan merupakan
elemen yang terendah. Secara keseluruhan terhadap keempat-empat aspek, didapati
komitmen, empati merupakan aspek yang tertinggi. Manakala aspek terendah adalah
berpasukan. Persepsi terhadap aktiviti RT, didapati item pendidikan tidak formal merupakan
item tertinggi.

Manakala item terendah adalah rekreasi Tai Chi. Di samping itu,item berjaya menerapkan nilai-
nilai kewarganegaraan merupakan item tertinggi. Manakala item terendah adalah berjaya
mewujudkan rasa kekitaan yang tulen. Di samping itu, hasil kajian ini juga mendapati terdapat
perbezaan persepsi komuniti setempat terhadap stail komunikasi kepemimpinan dalam Rukun
Tetangga berdasarkan faktor jantina, umur, bangsa, jenis kediaman rumah, kelulusan dan juga
penglibatan dalam aktiviti Rukun Tetangga.

Kajian ini seterusnya mencadangkan, pemahaman serta pendedahan terhadap stail komunikasi
kepemimpinan dalam Rukun Tetangga khasnya Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
pada amnya perlu diberikan sama ada melalui bahan bacaan, kursus, latihan, modul stail
komunikasi kepemimpinan dengan meminta pandangan pakar serta konsultan yang bertauliah.
Ini perlu dilakukan serta diselaraskan untuk meningkatkan kepuasan dan komitmen terhadap
projek atau program Rukun Tetangga.

Keberkesanan Komunikasi Dalam Menangani Sesuatu Masalah
Oleh : Abdul Aziz Mohamad Yunus
ziz@angkasa.coop

Program Hari Jeda (J) ANGKASA adalah program yang bertujuan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran para pegawai pelajaran ANGKASA dalam melaksanakan tugas
mereka sebagai pendidik. Ianya juga dijadikan sebagai tempat perbincangan dalam
menyelesaikan masalah di samping dapat bertukar-tukar fikiran.
Pada 6 Julai 2009 di Dewan Serbaguna, ANGKASA telah berlangsungnya majlis perasmian
pembukaan Program Hari J. Fokus kali ini menekankan tentang keberkesanan komunikasi
dalam perhubungan. Dalam membicarakan tentang komunikasi, pelbagai persoalan dapat
diketengahkan kerana ia mempunyai pelbagai cabang yang boleh membawa kepada
perbincangan yang mendalam. Berucap di majlis perasmian oleh Naib Yang Dipertua
ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan
Perkhidmatan (B4P), Hajah Armi Haji Zainudin, beliau menyarankan agar pegawai pelajaran
harus sentiasa diberi pengetahuan dari semasa ke semasa. Ini akan membuatkan mereka
mantap dalam melaksanakan tugas di samping mampu menyampaikan maklumat dengan
lebih cepat dan tepat. Di samping itu, ANGKASA kini ada menjalankan program baru yang
dikenali sebagai Etika Komunikasi Dalam Mesyuarat Agung yang bertujuan memastikan
anggota atau perwakilan koperasi apabila menghadiri mesyuarat agung faham akan etika
dan peradaban mesyuarat. Ia juga amat berguna bagi memastikan perjalanan mesyuarat
agung berjalan dalam keadaan yang lebih kondusif dan berperaturan.
Pegawai Pelajaran dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan maklumat ini kepada
anggota semasa mereka menjalankan tugas memberi penerangan di setiap negeri. Selain
dari itu, program ini juga mengadakan pembentangan kertas kerja oleh jemputan luar.
Antara topik yang dibincangkannya adalah seperti prosedur dan peraturan-peraturan tetap
mesyuarat. Sesi ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) iaitu Hajah Zuraidah Hasni menerangkan tentang perkara di atas dengan
lebih terperinci. Pengurusan Mesyuarat oleh Hajah Hayati Md. Salleh dari Maktab Kerjasama
Malaysia (MKM) dan Peradaban Berkomunikasi Menurut Islam oleh Ustaz Farid Zainal dari
Lembaga Zakat Selangor.
Kesimpulan yang dapat dikatakan ialah program Hari J ini adalah program yang menjurus
kepada latihan dalaman para anggota pegawai pelajaran yang boleh dimanfaatkan oleh
sebilangan pegawai lain yang bukan dari latar belakang pendidikan. Secara keseluruhannya
program ini amat baik dan mencapai matlamatnya.








Keberkesanan Komunikasi dan Hubungannya dengan
Kecemerlangan Organisasi

Keberkesanan Komunikasi dan Hubungannya dengan
Kecemerlangan Organisasi

Pengenalan

Komunikasi adalah instrumen yang amat penting dalam hubungan manusia. Ia
juga merupakan elemen utama yang harus diberi perhatian dalam sesuatu
organisasi.
Sistem komunikasi yang cekap dan tidak terlalu formal dalam sesebuah
organisasi amat penting dalam membina hubungan anatara pihak majikan
dengan pekerjanya atau pihak pengurusan atasan dengan pekerja
bawahannya. Komunikasi yang baik antara kedua-dua pihak dapat
mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan atasan dengan pekerjanya
disamping dapat memastikan maklumat yang ingin disampaikan oleh ke dua-
dua pihak tepat dan dapat diaplikasikan dengan baik dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diamanahkan.
Tujuan komunikasi dalam sesuatu organisasi adalah berbeza-beza dan berlaku
kepada semua lapisan pekerja bermula daripada pengurusan atasan,
pertengahan dan pekerja bawahan.


Permasalahan Dalam Komunikasi

Komunikasi memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju sesuatu
organisasi. Ianya berfungsi sebagai penggerak organisasi dan agen yang
dapat meningkatkan motivasi di kalangan pekerja terutama pekerja
bawahannya. Banyak berlaku pihak pengurusan atasan tidak menyedari
tentang kepentingan elemen komunikasi yang baik amat diperlukan dalam
melaksanakan sesuatu dasar atau perancangan yang telah ditetapkan oleh
setiap organisasi. Komunikasi boleh juga menjadi agen penyatu yang dapat
mengeratkan hubungan pekerja dalam sesuatu organisasi. Hubungan yang
baik antara pekerja dapat menentukan iklim dan halatuju yang ingin
dilaksanakan oleh organisasi terbabit.
Pada hari ni didadapati masih lagi banyak pihak pengurusan atasan tidak
menitikberatkan elemen komunikasi dalam menetukan kejayaan yang ingin
dicapai oleh organisasinya. Masih lagi terdapat anggapan daripada pihak
pengurusan atasan bahawa komunikasi bukanlah satu masalah yang besar
yang perlu diberi penekanan dimana golongan pengurusan sebegini
menganggap hanya kemahiran intelektual dan keupayaan merancang seorang
kakitangan sahaja yang dapat menentukan kejayaan organisasasinya.
Keadaan ini akan mengakibatkan semakin hari kemungkinan akan berlaku
secara perlahan-lahan suasana yang tidak harmoni, kekeliruan, dan salah
faham antara pihak pengurusan atasan dengan kakitangan bawahannya
disebabkan mesej yang cuba disampaikan tidak mencapai matlamat seperti
yang dikehendaki.

Masalah salah faham yang wujud di kalangan pekerja inilah yang boleh
mengakibatkan peranan oraganisasi tersebut tidak mencapai matlamat seperti
dikehendaki. Ini juga boleh mengakibatkan prestasi pekerja akan merosot dan
boleh member kesan yang ketara kepada sesuatu organisasi. Ini mungkin
disebabkan arahan yang diterima oleh pekerja tersebut tentang tugas yang
harus dilaksanakan oleh mereka tidak begitu jelas disamping tiadanya elemen
galakan dan motivasi yang wujud di kalangan pengurusan atasan.
Ketidakyakinan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan boleh
mengakibatkan penurunan motivasi untuk melaksanakan tugasan tersebut. Ini
boleh mewujudkan ketidakpuasan bekerja di dalam diri individu yang terlibat. Ini
menunujukkan komunikasi memainkan peranan penting dalam menentukan
kepuasan bekerja dan kepuasan bekerja pula akan mencorakkkan kejayaan
dalam sesuatu organisasi Ke dua-dua ini mesti diberi perhatian yang serius
bagi memastikan matlamat dan dasar organisasi dapat dicapai sebaik mungkin.
Justeru itu, pihak pengurusan atasan hendaklah mengambil langkah proaktif
dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan tidak meletakkkan ego
individu sebagai penghalang komunikasi dengan pekerja bawahannya.
Kemampuan pihak atasan menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan
maklumbalas yang tepat terhadap dasar dan matlamat organisasi atau sasaran
kerja yang ingin dilaksanakan kepada pekerja bawahannya dapat mewujudkan
suasana dan persekitaran yang produktif dan meningkatkan motivasi di
kalangan pekerjanya.

Ketua-ketua di jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan kerja-kerja sosial
seperti jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan,Jjabatan
Penerangan, Jabatan Pembangunan Wanita dan lain-lain agensi yang terlibat
secara langsung dengan kerja-kerja social seharusnya mengambil kira elemen
komukasi dalam perancangan organisasi atau jabatan yang diterajuinya. Dalam
usaha untuk meningkatkan dan memastikan agar para pekerja terus berpuas
hati dengan system komunikasi yang ada, Pihak pengurusan mestilah
memastikan amalan komuni kasi hendaklah secara terbuka dan tidak terlalu
formal terutama dalam mengendalikan kerja-kerja social.
Dalam hal ini pihak pengurusan atasan seharusnya lebih terbuka dan bersedia
mendengar pendapat dan maklumbalas, cadangan dan permasalah yang
dihadapi oleh pekerjanya. Komunikasi dan perjumpaan yang sering diadakan
dapat mengelakkan berlakunya konflik dan salah faham dikalangan pekerja dan
seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara pengurusan atasan dengan
kakitangan bawahannya dan ini sudah tentu dapat meningkatkan motivasi dan
semangat untuk bekerja di kalangan kakitangan bawahannya.




Komunikasi
Posted on September 9, 2008
5

QAMARUL ARIFIN BIN ABDULLAH


PENDAHULUAN
APA ITU KOMUNIKASI
Terdapat pelbagai tafsiran dan andaian mengenai definisi dan interpretasi kepada aktiviti komunikasi.
Secara ringkasnya, komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melalui pemahaman yang sama di
antara dua atau lebih pihak yang terlibat. Berdasarkan definisi ringkas tersebut, dapatlah dirangkumkan
bahawa komunikasi adalahproses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain
melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Pada umumnya, aktiviti komunikasi
dilakukan dengan secara lisan yang dapat difahami oleh penyampai juga penerima maklumat. Apabila
tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih dapat dilakukan dengan
menggunakan gerakan bahasa tubuh, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat
bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal atau bahasa isyarat.
Manusia berkomunikasi untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi
manusia termasuk bahasa tubuh, bicara, tulisan, gesture, dan broadcasting dan ia boleh dibahagikan
kepada komunikasiinteraktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan
perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain akan tetapi, komunikasi hanya
akan efektif apabila maklumat dan idea yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan dan difahami seperti
mana yang ingin disampaikan oleh penyampai maklumat oleh penerima maklumat tersebut.
Menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam usaha mewujudkan
kondisi dan situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan. Komunikasi yang
berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan
difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita
ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.
KOMPONEN KOMUNIKASI
Komponen komunikasi merupakan perkara asas dan penting bagi memastikan proses dan aktiviti
komunikasi berlangsung dengan berkesan. Komponen-komponen tersebut antara lain sebagai berikut.
Pengirim / penyampai maklumat (sender) adalah pihak yang menyampaikan maklumat dan idea kepada
orang lain.
Penerima maklumat (receiver) adalah pihak yang menerimamaklumat dan idea dari pihak lain.
Maklumat atau idea (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak kepada
pihak lain.
Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan maklumat yang disampaikannya.
PROSES KOMUNIKASI
Secara ringkas, proses komunikasi dapat digambarkan seperti berikut.
1 Penyampai maklumat yang berkomunikasi dengan orang lain menyampaikan suatu maklumat
kepada orang yang dimaksudkan. Maklumat yang disampaikan itu biasanya disampaikan dalam
bentuk bahasa ataupun simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.
2 Maklumat (Message) itu disampaikan atau dibawa melalui suatu media atau saluran baik secara
langsung maupun tidak langsung. Penerima (receiver) akan menerima maklumat yang disampaikan
dan menerjemahkan isi maklumat yang diterimanya itu ke dalam bahasa yang difahami oleh kedua
pihak.
3. Penerima (receiver) perlu memberikan tindak balas (feedback) atau tanggapan atas maklumat
yang dikirimkan kepadanya, bagi memastikan sama ada proses penyampaian maklumat itu berkesan
atau tidak.
Satu Model Ringkas Proses Komunikasi
Mewujudkan Idea
Apakah yang ingin disampaikan ?
Membuat Enkod
Menukarkan idea atau apa yang ingin disampaikan
ke dalam bentuk perkataan, carta atau simbol yang sesuai
Menyampaikan mesej
Memilih saluran mesej.

Menerima







Penerima akan menerima mesej yang disampaikan.

Dekod

Penerima cuba memahami mesej.
Pemahaman hanya dalam minda penerima.

Penerimaan
Penerima bertindak balas menerima atau menolak mesej
yangdisampaikan.

Menggunakan
Penerima menggunakan apa yang
disampaikan melalui mesej seperti yang difahaminya.

Maklum Balas

Maklum balas ini boleh diberi oleh penerima mesej dalam bentuk lisan, tulisan atau tindakan.
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
Kemahiran komunikasi merupakan satu aktiviti yang sangat penting kerana komunikasi adalah kehidupan
yang diperlukan oleh manusia dari saat dilahirkan hinggalah di saat kematian yang bertujuan untuk
menyedarkan orang lain tentang kewujudan kita. Menurut Harrel seseorang yang mempunyai keupayaan
yang tinggi dalam berkomunikasi mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya dalam kerjayanya
berbanding mereka yang tidak menguasai ilmu komunikasi.








Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), kemahiran menyuarakan pendapat mempunyai tahap
kepentingan yang tinggi tetapi kita perlu memahami apakah maksud komunikasi, kepentingan, langkah
dan teknik-teknik yang membolehkan kita menguasai komunikasi dengan cemerlang. Hal ini berlaku
kerana komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat penting dalam usaha untuk menyampaikan
idea dan maklumat kepada orang lain disamping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia.
Merujuk kepada buku yang bertajuk Emotional I ntelligence kecerdasan sahaja tidak mampu untuk
menjamin kejayaan seseorang itu dalam hidup kerana kecerdasan itu perlulah disertai dengan kemantapan
emosi (Emotional Quotient ) atas rasional keupayaan individu dalam mengawal emosinya dan emosi
orang lain merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi.
Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain
berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu
menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 10% kesan
berlaku dalam proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi
ditentukan oleh bahasa tubuh iaitu bukan lisan.
MODEL KOMUNIKASI
Sepertimana yang telah diketahui dan difahami terdapat enam unsur utama yang memainkan peranan
penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, maklumat atau mesej, saluran, penerima maklumat,
maklum balas terhadap maklumat yang disampaikan dan juga gangguan terhadap maklumat yang
disampaikan. Komunikasi yang berjaya dan berkesan dapat dilakukan apabila maklumat yang
disampaikan oleh sumber dan penerimaan maklumat oleh penerima berjaya difahami sepertimana yang
diinginkan oleh penyampai tanpa mengambil kira medium apa yang digunakan untuk memastikan
maklumat dan idea itu berjaya disampaikan. Sekiranya tahap kefahaman yang tinggi diperoleh daripada
proses komunikasi maka model yang digunakan akan membantu para pengamal untuk
mengaplikasikannya.
Model secara sederhana membawa maksud gambaran yang dirancang untuk mewakili kenyataan.
Menurut kenyataan Runyon, (1977:57) model didefinisikan sebagai a replica of the phenomena it
attempts to explain. Manakala Burch Dan Strater (1974:117) pula menggambarkan model sebagai a
verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a precise manner. Fisher
(1978:64) an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or
properties or components of that phenomenon that is being modeled.
Model Komunikasi membawa maksud gambaran yang sederhana dari proses komunikasi yang
memperlihatkan kaitan antara satu komponen komunikasi dengan komponen lainnya. Sarjana komunikasi
berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka penting dalam memperihalkan unsur yang terlibat
dalam sesuatu fenomenologi atau hubungan sebab dan akibat (causal relationship ). Dalam erti kata yang
lain, model adalah satu gambaran teoritas dan satu struktur yang terdiri daripada simbol dan peraturan
yang sepatutnya yang akan memadankan dengan satu struktur atau proses yang wujud.
FUNGSI MODEL
Pengaplikasian dan pengeksploitasian terhadap penggunaan model komunikasi merupakan langkah yang
efektif kerana model-model komunikasi yang wujud mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses
dan aktiviti komunikasi yang berlaku. Antara fungsi kewujudan model komunikasi ini termasuklah
menjadi medium perantara yang mempermudah kefahaman terhadap sumbangan elemen-elemen dalam
sesebuah proses komunikasi.
Selain itu model komunikasi juga merupakan satu medium perantara yang mempunyai keupayaan yang
tinggi dalam memberi pengertian dan kefahaman terhadap proses komunikasi yang berlaku sama ada
proses komunikasi itu berlaku secara sehala seperti model komunikasi Lasswell, Shannon,
Weaver dan Berlo mahupun dua hala.
Model komunikasi yang wujud juga berperanan sebagai panduan kepada proses penyelidikan dan kajian
dalam komunikasi disamping menjadi medium yang terbaik dalam memerihalkan sumbangan elemen-
elemen penting yang wujud dalam mempengaruhi dan menentukan keberkesanan sesuatu proses
mahupun aktiviti komunikasi yang berlaku.
MODEL SCHRAMM
Wilbur Schraumn memberikan model proses komunikasi yang mempunyai perbezaan dengan dua model
komunikasi sebelumnya. Melalui model ini beliau memperlihatkan tentang peri pentingnya peranan
pengalaman dalam memastikan sesuatu proses komunikasi itu berjaya dilakukan dengan berkesan.
Menurut beliau persamaan lapangan dan pengalaman yang wujud dalam diri penghantar atau penerima
maklumat seperti pengalaman lepas, tahap pengetahuan, persekitaran dan situasi semasa akan membentuk
rangsangan kepada proses komunikasi yang berkesan. Bidang pengalaman inilah yang akan menentukan
sama ada maklumat atau pesanan yang dikirimkan oleh penyampai ditreima oleh penerima maklumat
sama dan sesuai atau tidak dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh penyampai maklumat.
Menurut beliau disebabkan setiap orang mempunyai lapangan pengalaman tersendiri, maka jika tidak ada
persamaan dalam bidang pengalaman, bahasa yang sama, latar belakang yang sama, kebudayaan yang
sama maka terdapat kemungkinan maklumat yang diterima oleh penerima maklumat tidak dapat
diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh si penyampai dan ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa persamaan lapangan pengalaman menjadi agen yang akan memberi rangsangan
kepada proses komunikasi dalam menentukan sama ada interaksi itu berkesan atau sebaliknya.

ISYARAT
Lapangan Pengalaman
SUMBER / enkod



Raja
h :
Mod
el
Schr
am
m
Lap
anga
n
Pen
gala
man
yang
satu
arah
( Ruben, 1988 )
Contoh situasi 1 :
Seorang Pensyarah sedang menggambarkan bagaimana proses membuat keputusan dalam organisasi
kepada pelajar-pelajarnya yang mengikut kursus Komunikasi Pengurusan. Gambaran bagi pelajarnya
yang pernah mempunyai pengalaman bekerja mungkin membayangkan keadaan masyuarat yang pernah
mereka hadapi. Berkemungkinan pengalaman yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah itu berbeza dan
berlainan. Situasi ini akan menyebabkan pelajar bersifat pasif dan ianya hanya memberi kesan kepada
kelancaran komunikasi antara pelajar dengan penyarah berkenaan
Contoh situasi 2 :
Dua orang pelajar sedang berinteraksi mengenai pengalaman mereka semasa bersekolah. Mereka
menceritakan bagaimana pengalaman mereka dimarahi oleh guru ketika berkhemah di kawasan hutan.
Kedua-dua pelajar ini dapat berinteraksi dengan berkesan kerana mereka mempunyai pengalaman yang
sama ketika berhadapan dengan situasi lepas




Dekoder /
Destinasi





Lapangan
Pengalaman

Berdasarkan kepada dua model Schramm terdahulu, beliau memperkenalkan unsur maklum balas dan
penglibatan peranan antara dua manusia dalam proses komunikasi. Mengikut Schramm, tidak semestinya
setiap usaha komunikasi bermula dengan seorang sumber menghantar mesej kepada sesuatu destinasi lain
tetapi penerima juga bertindak sebagai sumber apabila memberi tindak balas atau maklum balas kepada
sumber permulaan yang telah disampaikan kepada mereka.
Lantaran menyedari kepentingan maklum balas dalam memastikan sama ada proses komunikasi itu
berkesan atau tidak maka Schrammtelah menyempurnakan model komunikasi ini menjadi model dua
arah. Maklum balas daripada penerima penting kerana ia akan menceritakan kepada kita bagaimana
pesanan atau maklumat yang disampaikan oleh penyampai diinterpretasikan oleh mereka yang menerima
maklumat tersebut. Apabila penerima telah menerima maklumat dan mesej yang disampaikan dan
memberi maklum balas terhadap apa yang telah diterima maka secara tidak langsung si penerima itu akan
mengambil alih peranan si penyampai maklumat sehingga proses komunikasi yang berlaku bukan lagi
komunikasi satu arah tetapi merupakan proses komunikasi yang berbentuk kitaran dan lingkaran. Hal ini
berlaku kerana , setiap individu yang terlibat dalam sesuatu aktiviti komunikasi itu boleh dipandang
sebagai penyampai atau penerima maklumat. Proses komunikasi yang berlaku ini boleh dikatakan
berkesan apabila wujudnya persamaan lapangan rujukan atau persamaan dalam proses penafsiran makna (
enkod dan dekod isyarat yang diterima). Gambar rajah di bawah ini akan menunjukkan bagaimana Model
Schramm dikatakan sebagai model komunikasi dua hala.

DEKODER
PENAFSIRAN
ENKODER


MESEJ


MESEJ
<![if mso & !supportInlineShapes & supportFields]> SHAPE \*
MERGEFORMAT <![endif]>
ENKODER
PENAFSIRAN
DEKODER
<![if mso & !supportInlineShapes &
supportFields]> <![endif]>
Model Schramm ( Penafsiran Makna) yang berbentuk Sirkuler
PENGGUNAAN MODEL SCHRAMM (LAPANGAN PENGALAMAN) DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Bagi memastikan maklumat atau ilmu yang ingin disampaikan kepada para pelajar berjaya diterima
dengan berkesan, maka guru-guru hendaklah memikirkan tentang beberapa aspek penting yang
mempunyai perkaitan secara langsung dengan pengalaman atau ilmu yang telah dimiliki oleh pelajar
antaranya termasuklah pengalaman lepas, ilmu yang dimiliki, tahap penguasaan bahasa, perkembangan
umur, latar belakang pelajar dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana, Model Komunikasi Schramm
memberi penekanan penting terhadap peranan pengalaman dalam proses komunikasi yang dilakukan
kerana pengalaman yang berbeza di antara penyampai maklumat iaitu guru dan penerima maklumat iaitu
pelajar berbeza dan mengganggu proses interpretasi maklumat yang diterima.Perbezaan ini secara tidak
langsung menyebabkan maklumat yang cuba disampaikan oleh penyampai maklumat itu gagal
diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh guru.
Bahasa merupakan salah satu daripada entiti penting yang mempunyai pengaruh yang cukup tinggi dalam
memastikan sama ada proses komunikasi itu berkesan ataupun tidak. Hal ini bertepatan dengan pendapat
dan kenyataan Barton (1994) yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa lisan mempunyai kekuatan
tersendiri untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut buku Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Dr Roselan Baki ) pelajar mempunyai tahap
penguasaan bahasa yang berbeza mengikut peringkat umur masing-masing termasuklah perbendaharaan
kata dan kemahiran dalam melakukan interaksi lisan. Memandangkan guru merupakan pihak yang
mempunyai keupayaan mengajar yang tinggi maka mereka cuba untuk menyampaikan maklumat dan
ilmu dengan cepat dan menyeluruh. Namun disebabkan wujudnya perbezaan yang ketara dalam
penguasaan kemahiran lisan dan berbahasa dalam kalangan pelajar mengikut umur mereka maka
kecekapan berbahasa perlu dipraktikkan oleh guru. Dalam erti kata yang lain, guru haruslah
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar sesuai dengan keupayaan yang mereka miliki.
Contohnya, dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar darjah 3, guru-guru haruslah menggunakan
bahasa yang ringan dan mudah difahami bukannya menggunakan bahasa atau perkataan yang terlalu
tinggi dan bombastik kerana penggunaan bahasa yang tinggi tidak difahami oleh pelajar itu
memandangkan pengalaman dan penguasaan berbahasa mereka masih rendah.
Selain aspek penggunaan bahasa, guru-guru juga perlulah memberi perhatian khusus terhadap pemilihan
bahan pengajaran yang akan dijadikan sumber pembelajaran pelajar. Hal ini berlaku kerana maklumat
yang cuba disampaikan kepada para pelajar perlulah sesuai dengan tahap perkembangan psikologi dan
minda mereka. Sebagai contoh, pelaja-pelajar yang berada dalam jurusan sastera dan kemanusiaan adalah
bereza dengan pelajar-pelajar yang berada dalam jurusan sains mahupun kejuruteraan. Justeru, formula-
formula dan istilah sains gagal untuk dinterpretasikan dengan tepat oleh pelajar sastera kerana mereka
tidak mempunyai pengalaman terhadap penggunaan formula dan istilah tersebut dalam mempraktikkan
ilmu sastera. Lantaran menyedari bahawa terdapatnya perbezaan yang ketara dalam pengalaman ilmu
yang dimiliki maka bahan pengajaran yang digunakan perlulah bersesuaian dengan ilmu yang dimiliki
oleh mereka. Maka, secara tuntasnya bahan pengajaran yang memberi fokus terhadap sastera dan
kesenian juga tidak dapat difahami oleh pelajar yang mengambil jurusan sains mahupun kejuruteraan
kerana mereka berada dalam kelompok yang berbeza dari segi keilmuan dan juga bidang.Sekiranya
perkara sebegini berlaku maka komunikasi yang berlaku adalah tidak berkesan kerana akan wujud
kemungkinan para pelajar tidak dapat melakukan proses interpretasi maklumat seperti mana yang
diinginkan oleh penyampai.
Aspek seterusnya yang menjadi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut model Schramm
ialah perkembangan umur pelajar itu. Hal ini turut menjadi satu faktor penting dalam komunikasi kerana
ia akan mempengaruhi tahap pemahaman pelajar terhadap apa yang cuba disampaikan kepada mereka.
Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah rendah yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang politik, pemerintahan dan sebagainya maka guru-guru perlulah berhati-hati dalam menyampaikan
maklumat kepada mereka. Bolehdikatakan pelajar-pelajar di peringkat rendah tidak mempunyai
pengalaman dan ilmu dalam bidang politik dan pemerintahan Negara yang kompleks. Maka maklumat
yang berbentuk pemerintahan tidak sesuai untuk disampaikan kepada mereka kerana proses pemahaman
dan penaakulan minda mereka terhadap maklumat yang disampaikan akan mengalami percanggahan
dengan apa yang cuba disampaikan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dan tidak dapat
menggambarkan bagaimana sebenarnya perkara itu beroperasi dan berlangsung. Kondisi ini merupaka
situasi yang akan menyebabkan maklumat yang cuba disampaikan kepada mereka tidak dapat
diinterpretasikan seperti mana yang ingin digambarkan oleh penyampai. Lantaran itu, kerajaan telah
memperkenalkan Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah
dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mengawal dan menjadi panduan terhadap
guru dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Latar belakang pelajar juga perlu diambil kira dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah berjaya dilakukan dengan berkesan. Keadaan ini merupakan situasi penting yang perlu
diberi perhatian khusus oleh guru yang mengajar bagi mempermudah aktiviti pengajaran dalam keadaan
yang lebih baik dan cemerlang. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang lahir dalam kondisi dan kelompok
masyarakat di kampung dan pedalaman lebih mudah memahami maklumat yang disampaikan oleh guru
kepada mereka sekiranya maklumat itu mempunyai pertalian dan perikatan yang hampir dengan
kehidupan dan budaya mereka di kampung seperti ilmu berkaitan ladang, kebun, hutan dan sebagainya
kerana unsur-unsur tersebut berkait rapat dengan pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang
membesar di kawasan tersebut sebaliknya jika guru-guru tidak memberi perhatian terhadap latar belakng
pelajar tersebut dan cuba untuk menyampaikan maklumat berkaitan keadaan hidup di bandaraya Kuala
Lumpur yang penuh dengan kesesakan dan kehidupan metropolitan maka akan wujud masalah yang
cukup besar dalam membantu pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ini untuk menggambarkan
bagaimana sebenarnya keadaan yang cuba disampaikan oleh guru kerana mereka tidak mempunyai
pengalaman tersebut.
MODEL SCHRAMM (PENAFSIRAN MAKNA) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
Bagi mengaplikasikan model ini dalam pengajaran dan pembelajaran, kita perlu memahami bahawa
maklum balas daripada penerimaan maklumat itu penting bagi memastikan proses komunikasi itu
berkesan atau pun tidak.Justeru, maklum balas atau tindak balas pelajar terhadap maklumat yang telah
disampaikan perlu untuk dititik beratkan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Lantaran menyedari hakikat ini,terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru
sepanjang proses pengajaran berlangsung yang akan memperlihatkan wujudnya interaksi dan komunikasi
dua hala iaitu guru dan pelajar masing-masing boleh mengambil peranan sebagai penyampai maklumat
dan bukan sekadar menjadi penerima sahaja.
Kaedah pertama yang boleh diselaraskan seperti yang terdapat dalam Model Schramm ialah teknik soal
jawab. Di peringkat awal guru perlu bertindak sebagai penyampai maklumat dengan menghuraikan idea
yang cuba disampaikan dalam keadaan terbaik dan sesuai dengan pengalaman pelajar itu. Selepas selesai.
Guru boleh melontarkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan apa yang telah disampaikan kepada
pelajar dan melakukan penilaian terhadap apa yang telah difahami oleh mereka dan adakah pelajar itu
berjaya menginterpretasikan maklumat yang disampaikan itu seperti mana yang diharapkan. Melalui
teknik ini guru dapat menilai tahap keberkesanan penyampaian maklumat yang berlaku sama ada ia
berkesan atau pun tidak.
Selain itu guru juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain seperti mengarahkan pelajar
yang bertindak sebagai penerima maklumat itu supay berubah peranan sebagai penyampai maklumat iaitu
memberi tugasan kepada pelajar dalam bentuk kumpulan dengan mengarahkan mereka untuk
menghuraikan dan melakukan penerangan kepada kelas tentang tahap pemahaman mereka dalam
menginterpretasikan maklumat dan ilmu yang telah disampaikan kepada mereka dalam bentuk
pembentangan. Kaedah dan teknik sebegini juga membolehkan guru melakukan penilaian terhadap
pemahaman pelajar setelah guru selesai menyampaikan maklumat lalu membuat rumusan sama ada
komunikasi itu berkesan atau tidak, sesuai atau tidak dengan pengalaman dan perkembangan pelajar dan
sebagainya.
Walaubagaimanapun, bagi memastikan maklum balas atau tindak balas antara guru dan pelajar berlaku
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu mempraktikkan beberapa
perkara asas dan penting bagi memastikan keadaan kelas berada dalam keadaan terkawal dan pengajaran
dan pembelajaran berlaku dalam kondisi aktif bukan pasif. Justeru bagi memastikan keadaan kelas aktif
dan terkawal teknik-teknik penyoalan, penggiliran, insiasi, pencungkilan, dan sebagainya. Malahan guru
perlu untuk memastikan teknik yang cuba digunakan perlulah bersandarkan kepada pengalaman pelajar
agar gangguan seperti percanggahan pentakrifan maklumat tidak berlaku dalam proses penyampain
maklumat.
KESIMPULAN
Berdasarkan penghuraian dan kupasan yang telah dilakukan dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan
model komunikasi banyak dikembangkan dengan penambahan elemen komunikasi yang akhirnya
bertindak sebagai pemangkin kepada proses komunikasi yang lebih berkesan. Di samping itu
, komunikasi yang wujud antara manusia bukan sahaja memntingkan kepada penyaluran maklumat atau
mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain malah turut menitikberatkan unsur pengalaman,
maklum balas, pengarauh budaya dan persekitaran dan sebaginya seperti mana yang telah digambarkan
dalam Model Komunikasi Schramm. Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjaya dilakukan melalui interaksi dan komunikasi yang berkesan maka setiap aspek yang telah
diperincikan dalam model Schramm perlu untuk diberi perhatian yang menyeluruh oleh guru-guru bagi
melakukan aktiviti pengajaran yang lebih berjaya dan sempurna. Tanpa persediaan yang lengkap tentang
tahap pengalaman pelajar, penguasaan bahasa dan latar belakang pelajar, di samping memberi penekanan
khusus terhadap peranan maklum balas pelajar maka pelbagai bentuk masalah terhadap penyampaian
maklumat akan berlaku yang akhirnya akan menggagalkan proses komunikasi berkesan dalam sesebuah
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
DAFTAR RUJUK
1. Drs. Jalaluddin Rakhmat M. SC, Metode Penelitian Komunikasi : Dilengkapi Contoh Analisis
Statistik. Bandung Pt Remaja Rosdakarya 1999.
2. Zulkifli Yusof, Sukarkah Komunikasi Anda ? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala
Lumpur,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 2000
3. Dr. Roselan Baki, Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia
4. A. Fanar Syukri Berita Sorotan Bulletin Buku Tamu : Rambu-rambu Berkomunikasi Tokyo, Ketua
Divisi Publikasi ISTECS-Japan, Universiti Of Electo- Communications
(UEC) afanars@fedu.uec.ac.jp 2003

Anda mungkin juga menyukai