Anda di halaman 1dari 6

KIRTHANA A/P

SIVARAMAN

Disleksia merupakan satu masalah atau disorder
dalam diri seorang kanak-kanak yang telah
menerima Pendidikan Biasa.
Golongan ini tidak memperoleh kemahiran bahasa,
bacaan, menulis, dan ejaan yang setaraf intelek.
(World Federation of Neirology, 1968)
APA ITU DISLEKSIA???

Diterajui oleh Sariah Amin.
Beliau bertindak sebagai presiden persatuan.
Persatuan ini telah ditubuhkan khas untuk
memberikan pendidikan atau pengajaran tanpa
tekanan dan saingan dengan pelajar normal yang
lebih cepat dalam menerima apa yang diajar oleh
guru-guru di dalam kelas.
Persatuan Disleksia
Malaysia

Pusat Disleksia Malaysia (PDM) ditubuhkan pada
tahun 1999 dan terdapat sebanyak 9 buah pusat yang
telah beroperasi.
Salah satu daripadanya terletak di Ampang.
Setiap 5 orang pelajar akan ditempatkan dalam 1
kelas di mana seorang guru akan mengajar 3 subjek
(Bahasa Melayu, English dan Matematik) pada kelas
yang sama setiap hari. Ini bertujuan untuk
menimbulkan kemesraan antara pelajar dan guru
supaya mereka lebih selesa untuk belajar.


Pembelajaran akan difokuskan kepada auditori
(pendengaran), sentuhan dan sebutan.
Kanak-kanak disleksia yang mempunyai masalah
menulis disebabkan masalah motor halus.
Jadi mereka didedahkan dengan permainan
praktikal seperti blok dan tanah liat.


Guru-guru di PDM ini juga akan mengajar pelajar
melalui kaedah blok-blok huruf yang diletakkan di
hadapan mereka dan memberikan penjelasan
tentang perbezaan huruf-huruf tersebut.
Contohnya a dan d, dan p dan b.