Anda di halaman 1dari 3

MISKONSEPSI SIFAR (0)

[ Sekali imbas, soalan ini semacam mudah tetapi sebenarnya soalan ini menuntut
kita berfikir lebih jauh. Perbincangan kita ini pula semestinya berfokuskan di
sekolah rendah dan berorientasikan murid.]
Sifar (0) ciptaan ahli falsafah matematik Arab Abu Abdullah Muhammad Ibn
Musa Al Khawarizmi merupakan angka dan simbol matematik yang sangat
berguna. Sifar bersifat sebagai angka bila ditulis untuk mewakili nilai digit dan nilai
tempat. Sifar adalah simbol dinamakan "kosong" bila melambangkan bilangan
objek 'tiada' atau 'tidak berisi' seperti tin yang kosong atau bakul yang ktidak
berisi. Dalam pengajaran-pembelajaran melibatkan sifar guru berhadapan
dengan masalah miskonsepsi dan kecuaian di kalangan murid. Miskonsepsi
melibatkan sifar(0) ini merentas ktajuk Sistem Nombor dan Operasi, Nombor
Perpuluhan, Wang, Masa, Ukuran hingga ke Statistik.
Miskonsepsi
Miskonsepsi bermaksud pengertian yang salah terhadap konsep dan fakta di
kalangan murid.
i) Kesilapan Sistematik dan Kesilapan rawak
Kesilapan Sistematik adalah kesilapan yang berulang-ulang dilakukan oleh
murid. Kesilapan rawak pula adalah kesilapan yang dilakukan oleh murid tertentu
secara tidak tetap. Kedua-dua corak kesilapan miskonsepsi ini berlaku kerana
murid tidak tahu yang mereka melakukan kesilapan. Murid menyelesaikan soalan
mengikut kefahaman sedia ada di mana kefahaman sedia ada mereka itu
sebenarnya salah konsep.
Contohnya: Murid mungkin melakukan kesilapan berulang-ulang seperti ( 9060 -
5234 = 4234) di mana mereka menganggap (4-0, 2-0) dan bukannya ( 0-4, 0-2 )
ii) Kefahaman yang kabur terhadap istilah dan bahasa Matematik. Sebagai
contoh, murid menulis nombor 4 206 dalam perkataan sebagai Empat Ribu Dua
Ratus Kosong Enam atau Empat Ribu Dua Puluh Enam. Di samping itu, ada murid
gagal menyelesaikan soalan situasi (masalah harian) yang melibatkan istilah
matematik.
ii) Pemahaman yang lemah terhadap fakta asas, contohnya, Untuk soalan
4002X4 murid memberi jawapan 12448. Murid salah konsep ( 4x0=4).
iii) Sebahagian besar murid mempunyai kelemahan dalam komputasi atau
pengiraan. sebagai contohnya, murid akan beri jawaban 404107 untuk soalan
4024 + 283.
iv) Kesukaran mengikuti peraturan alogritma, contohnya bila murid dikendaki
melaksanakan operasi bahagi yang memerlukan kiraan panjang secara
lazim. Contohnya, jalan kiraan untuk 42053 4 tidak tepat kerana murid
terganggu dengan angka sifar.
v) Murid gagal membuat perkaitan yang betul. Contohnya, murid gagal
menyelesaikan ( 5 000 218 ) yang melibatkan pengumpulan semula kerana
tidak dapat membuat perkaitan nilai digit dan nilai tempat.
Kesilapan Cuai
Kesilapan ini berpunca daripada kecuaian atau kelalaian murid dan berlaku
sekali-sekala. Pada asasnya, murid kefahaman konsep sedia ada yang betul dan
dapat menguasai operasi tetapi melakukan kesilapan pada masa-masa tertentu.
Punca Miskonsepsi dan Kecuaian.
Miskonsepsi mungkin berlaku kerana murid kurang konsentrasi atau tiada
tumpuan semasa proses PdP atau murid kurang berminat terhadap Matematik.
Ada murid juga memilih untuk berdiam diri walaupun mereka tidak faham
tentang sesuatu konsep. Selain itu penyampaian guru kurang jelas tentang
sesuatu konsep. Kecuaian pula mungkin berlaku kerana gangguan persekitaran,
emosi yang kurang stabil, murid kurang sihat dan keinginan murid untuk
menyelesaikan latihan dengan cepat hingga tersalah kira. Ini kebanyakannya
berlaku di kalangan murid Tahap II.
Cadangan Penyelesaian.
i) Konsep sifar sebagai angka 0 (zero) dan konsep kosong sebagai tiada
(empty) harus dikuasai oleh murid sejak prasekolah lagi. Namun, ada guru tidak
menekankan konsep ini dan tidak menyedari bahawa ini adalah miskonsepsi
awal di kalangan murid.
ii) Refleksi PdP bukan sekadar wajib direkodkan tetapi juga berfungsi sebagai
punca kuasa untuk membuat tindakan susulan. Refleksi berguna untuk
menyelesaikan masalah miskonsepsi di kalangan guna. Secara prinsipnya, murid
yang melakukan kesilapan sistematik atau kesilapan rawak secara berterusan
selagi tidak ada pihak yang memperbetulkan konsep sedia ada mereka.
iii) Untuk memperkukuhkan kefahaman konsep, bahan bantu mengajar yang
terpilih seperti media teknologi pengajaran, benda maujud, gambar dan illustrasi
digunakan dalam PdP. Bahan PdP yang terpilih sangat berkesan dalam
pengajaran melibatkan sifar(0).
iv) Teknik penyampaian guru juga harus dikaji dengan mengambilkira tahap
penerimaan murid dan teori-teori pengajaran. Semua guru pernah mempelajari
sekurang-kurangnya 10 kemahiran makro pengajaran tetapi tidak semua guru
mengamalkan kemahiran-kemahiran tersebut. Pengajaran Konstructive juga
adalah salah satu teknik yang sesuai diamalkan untuk mengurangkan
miskonsepsi murid.
v) Jika berlaku miskonsepsi tegar maka kita guru patut membuat kajian tindakan
terhadap murid tersebut, mengenalpasti punca secara ilmiah dan seterusnya
mencari jalan penyelesaian masalah miskonsepsi.
vi) Guru juga sentiasa melakukan diagnostik miskonsepsi murid. Diagnostik ini
dapat membantu murid dengan strategi-strategi yang lebih halus. Dalam masa
yang sama, ini dapat menggalakan guru supaya sentiasa peka terhadap
kesilapan murid.
vii) Motivasi gemar matematik juga patut dijalankan.
Kesimpulan
Menurut (Ginsburg, 1977), miskonsepsi adalah hasil daripada apa telah
diajarkan dan diserap oleh murid. Jika murid tidak tahu bahawa konsep yg
diperturunkan kepada mereka adalah tidak logik dan salah, maka dari sudut
pemikiran mereka, mereka akan memikirkan konsep tersebut itu sesuai dan
benar.Lantaran itu, murid akan melakukan kesilapan sistematik secara berterusan
selagi tidak ada pihak yang memperbetulkan konsep sedia ada mereka. Dalam
hal ini, guru diperlukan. Dari sudut kepakaran, guru yang mahir dalam operasi-
operasi asas matematik tidak semestinya perihatin dan dapat `melihat' kesilapan
algoritma yang digunakan oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai