Anda di halaman 1dari 26

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.

com
Teknik 1K (RM 1,000) 1 Hari Terbongkar !


Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan maklumat yang
tepat dan benar tentang topik yang dikupas. Oleh itu, penulis tidak
bertanggungjawab jika berlaku sebarang perubahan pada maklumat kerana
keadaan semasa, pihak terbabit atau apa saja sebab yang membawa kepada
perubahan tersebut. Dan pihak penulis berusaha sebaik mungkin
memberikan angka yang tepat terhadap sebarang anggaran dan tidak
bertanggungjawab jika mereka yang menggunakan teknik atau panduan
berkenaan dan mendapati hasilnya adalah tidak sama dengan apa yang
penulis telah dakwa dan tulis.







Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com


Nama : Ahmad Mawardi, a.k.a. Mawardee
Tarikh Lahir : 23 Februari 1986
Asal : Dungun, Terengganu.
Tempat Tinggal : Gong Badak, Kuala Terengganu.
Mula Terlibat Perniagaan Internet : Januari 2007
Nama Syarikat : Mawardee Enterprise (001787289-X)
Rekod Pendapatan : RM34,000 Sebulan
Produk : Panduan ClickBank di www.PanduanClickBank.com
Pakej Grafik di www.PakejGrafik.com
Panduan Asas Blog di www.BlogSendiri.com
Buat Duit Dengan Grafik di www.VideoTulisanPro.com
Sasaran : RM 0.5 Juta Pada Jun 2009. Amin.
Purata Pendapatan Bulanan : 4 Angka Sebulan.
Hobi : Bisnes Internet, Design Grafik & Rancang Projek Perniagaan.


















Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Mukaddimah

Ebook ini dihasilkan berdasarkan 3 kajian kes yang benar-benar berlaku
bagaimana mereka berjaya menghasilkan RM1,000 hingga RM17,000 hanya
dengan satu projek sahaja!

Sebenarnya memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ada banyak cara
buat duit dengan grafik.

Tetapi strategi utama yang akan dibongkarkan dalam ebook ini adalah
membantu anda meraih pendapatan yang lumayan bagi setiap tugas, setiap
projek, setiap tempahan mahupun setiap hari. & ianya dikhususkan
kepada 2 cara offline & 1 cara online!

Antara beberapa mindset yang betul atau cara berfikir untuk berjaya adalah
sebagaimana berikut :~

[1] Ikhlas dalam melakukan sebarang kerja. Pentingkan kepuasan
pelanggan, kejujuran dan tidak hanya memikirkan duit semata-mata. Sikap
hanya memikirkan duit hanya akan membuatkan anda melakukan kerja
sekadar melepaskan batuk di tangga. & Pastinya kerja yang dihasilkan
kurang memuaskan. Percayalah saya. Jika anda hanya memikirkan duit,
anda hanya akan buat sambil lewa, tak menjaga kualiti & anda pasti akan
lambat berjaya!

Saya tahu ada di kalangan kita yang mempunyai masalah kewangan atau
mempunyai target untuk mencapai wang besar dalam masa singkat. Nasihat
saya, buat dengan niat ikhlas untuk membantu orang lain, menjaga amanah
dan pastikan anda memberikan yang terbaik dalam segala apa yang anda
lakukan.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Walaupun bunyinya macam biasa, tapi ramai yang tak berjaya
melakukannya. Kan?

[2] Untuk berjaya, anda masih perlukan usaha, cuba dan terus
mencuba serta adakalanya anda perlu bermula dari bawah. Itu adalah
sunnah dalam berniaga. Namun jika kena caranya dan rajin pula orangnya,
pendapatan lumayan boleh dicapai dalam tempoh singkat atau agak singkat.

[3] Fokus. Kurang memiliki perkara ini akan menjejaskan pendapatan anda
& kerja-kerja yang anda jalankan. Selagi anda belum siap dengan kerja yang
anda jalankan, jangan anda buat kerja lain atau cara buat duit yang lain. Ia
hanya akan melambatkan proses anda untuk berjaya. Ingat, walaupun
anda fokus pada 1 cara sahaja daripada ribuan cara-cara buat duit di
internet, anda tetap boleh buat duit dengan lumayan.


Kenapa Kajian Kes?

Kajian kes adalah contoh peristiwa yang benar-benar berlaku. Dan ianya
berlaku bukannya faktor nasib semata-mata, kerana biasanya kajian kes
hanyalah sebahagian kecil daripada peristiwa-peristiwa sama yang berlaku.

Biasanya kajian kes diambil apabila menggunakan sesuatu produk atau
apabila melibatkan sesuatu program yang diikuti.

& untuk dalam ebook ini, saya akan kemukakan 3 strategi yang boleh
digunakan untuk tujuan pendapatan ini.





Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com

Strategi 1 - Servis & Promosi
Offline

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Strategi 1 - Servis & Promosi Offline
Ebook ini akan menekan cara terbaik mendapatkan pendapatan lumayan
dengan menjadikan servis design laman web sebagai servis utama. Dan ia
juga akan menekankan cara promosi yang jarang diperkatakan di internet,
tetapi sangat berkuasa memberikan anda pendapatan yang baik. Insya
Allah.

Kenapa Offline?
Untuk makluman, ebook ini mengajar 3 cara promosi offline.

Saya memilih servis design laman web dengan cara promosi offline
iaitu dalam dunia realiti, adalah kerana beberapa sebab yang sangat kukuh.
Antaranya :

[1] Umumnya mereka yang dijumpai secara offline tidak mempunyai
kepakaran IT atau latarbelakang IT. Cuba tanya datuk anda, mak ayah anda,
keluarga anda, saudara mara anda, adakah mereka mempunyai
pengetahuan yang baik tentang design laman web. Tentunya kebanyakan
mereka tidak akan tahu. Jadi apabila mereka ingin membina laman web,
mereka lebih cenderung mengupah pereka laman web berbanding belajar
sendiri. Inilah peluang hebat anda.

[2] Teknik-teknik ini adalah bertujuan mendapat 4 angka hingga 5 angka
pendapatan bagi setiap tempahan servis design laman web! Jadi
pasaran offline tentunya lebih sesuai jika kena caranya. Ini kerana umumnya
upah membuat laman web professional boleh mencecah 4 hingga 5 angka,
dan jumlah sebesar ini boleh diperolehi jika kena pada sasaran/pasaran yang
betul.

[3] Golongan yang kita akan sasarkan adalah golongan yang BERDUIT, iaitu
mempunyai banyak wang. Ingat, selalunya sebahagian syarikat swasta di
seluruh Malaysia atau badan kerajaan yang memperuntukkan
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
sejumlah wang yang besar untuk pembinaan dan penyelenggaraan laman
web. Jadi, penumpuan kepada servis design adalah antara pilihan terbaik.
Jika di internet kita mengenakan caj beberapa ratus, tetapi dari mereka anda
boleh mendapat sehingga 4 atau 5 angka upah bagi setiap tempahan laman
web atau menukar laman web sedia ada!

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Persediaan-persediaan Dalam Strategi
RM1,000 / 1 Hari

Oleh kerana strategi ini hanya mensasarkan design laman web sebagai
pendekatan untuk membuat duit lumayan, maka sudah tentu anda
memerlukan kepakaran sebagaimana berikut :~

[1] Kemahiran HTML & FTP.
Anda perlu tahu kod HTML sedikit sebanyak dan bagaimana mengeditnya
dengan menggunakan mana-mana perisian sesuai seperti Microsoft
Frontpage, NVU, Dreamweaver atau lain-lain. & Anda perlu tahu bagaimana
mengupload apa-apa fail ke hosting berbayar anda.

Jika anda sudah membeli Panduan Minisite, maka anda sudah mampu
menguasai kemahiran ini dengan baik.

[2] Kemahiran Grafik Photoshop.
Untuk mendesign laman web, anda juga perlu tahu bagaimana menghasilkan
grafik yang baik. Adalah satu ralat yang besar jika anda tak mampu
menghasilkan grafik.

Grafik bertujuan memberikan rupa laman web menjadi hebat dan menarik.
Jika anda sudah membeli Video Tulisan Pro di www.videotulisanpro.com,
maka anda sudah boleh mengorak langkah dalam strategi ini.

[3] Imej Berbayar/ Fotografi Professional.
Jika anda ingin menjaga kualiti grafik anda, anda perlu menggunakan imej
yang professional. Imej yang professional boleh diperolehi samada melalui
laman web storan imej berbayar seperti www.IstockPhoto.com, ataupun
dengan mengambil gambar berkaitan menggunakan kamera professionala
atau dengan menggunakan khidmat fotografi yang professional.
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com

Ini bagi memastikan gambar/ imej yang diletakkan pada design laman web
adalah professional, tidak pecah-pecah gambarnya dan kemas.

[4] Kedai Servis Design Anda.
Untuk tujuan menawarkan perhidmatan design grafik anda, anda perlu
memiliki kedai, tidak kiralah sama ada kedai online mahupun kedai sebenar
untuk tujuan memperkenalkan syarikat atau perkhidmatan anda.

Oleh kerana ebook ini menekankan promosi melalui cara offline (iaitu
promosi dalam dunia sebenar), maka saya sangat-sangat sarankan agar
anda berdaftar nama syraikat anda dengan Pesuruhjaya Syarikat Malaysia.

Letakkan nama yang unik dan mudah diingati, akan memberikan syarikat
anda kelainan berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain.

Antara berikut, syarikat manakah yang mempunyai nama yang lebih unik?

Nama Syarikat A Nama Syarikat B
Design Service (Enterprise) Ezza Creative (Enterprise)
Unique Design (Enterprise) Moola Design (Enterprise)

Jawapannya, nama-nama syarikat pada bahagian B yang lebih unik dan
tersendiri. Ini pasti akan lebih menonjolkan imej syarikat.

[5] Kemahiran kod-kod PHP, Flash dan Javascript.
Dengan kemahiran dan pengetahuan di atas, anda boleh menjadikan laman
web pelanggan anda lebih kompleks dan canggih. Dan bayarannya pasti
tinggi. Ini adalah kemahiran tambahan yang boleh memberikan anda
pulangan sehingga 5 angka pendapatan bagi setiap laman web yang anda
buatkan.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
[6] Fail Dokumen Khas Untuk Mencatat & Merekod
Bagi membolehkan pengurusan kerja anda lebih tersusun dan kemas, anda
perlu mempunyai fail khas atau folder khas dalam komputer anda, bagi
mencatat segala kerja tempahan di samping mencatat tarikh akhir kerja
mesti siap (deadline) dan merekod segala maklumat permintaan pelanggan
agar anda tidak tersalah design.
Anda boleh juga mencatat atas kertas dan dikepilkan dalam satu fail khas
agar boleh dirujuk dengan mudah. Dan boleh sediakan kertas-kertas memo
diletakkan pada board bagi mengelakkan anda terlupa dengan kerja-kerja
yang anda perlu siapkan dalam tempoh masa tertentu.

[7] Perisian Adobe Photoshop & Perisian Frontpage/Dreamwever
Sudah tentu ini keperluan penting yang anda tak boleh ketinggalan.

[8] Kenalpasti Masa Kerja Anda
Anda perlu kenalpasti masa kosong yang anda ada setiap hari, untuk
dijadikan masa untuk anda bekerja. Jika anda hanya ada masa 5 jam setiap
hari untuk bekerja, anda sudah boleh mengagak berapa banyak kerja yang
anda boleh buat sehari, berdasarkan keupayaan semasa anda dalam grafik.

Jadi, anda tidak akan menerima tempahan yang melebihi kemampuan anda.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com


Offline Branding & Promotion

Sebagaimana yang saya telah katakan sebelum ini, strategi ini adalah hanya
secara offline, iaitu dalam dunia realiti. Internet tidak menjadi platform atau
cara utama untuk membuat promosi.

& Sebagaimana yang saya telah perkatakan sebelum ini, perkhidmatan
membuat laman web mempunyai permintaan yang tinggi dalam masyarakat.
& Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan tempahan laman web
professional diperolehi melalui offline.
Saya juga tak nafikan bahawa tempahan membuat laman web juga
diperolehi di internet. Tetapi saya ulang sekali lagi, kecenderungan mendapat
peluang tempahan secara offline lebih lumayan dan besar jika kena caranya.

Cara pertama yang saya akan bongkarkan untuk ebook ini adalah teknik
Offline Branding & Promotion.

Dengan cara promosi melalui offline ini, saya senaraikan cara promosi yang
anda boleh lakukan :~

(1) Buat business card dan berikan kepada orang lain. Ianya lebih
bermakna jika anda berikan kepada mereka yang ada
kecenderungan untuk menempah laman web.
(2) Sebarkan melalui mulut. Jangan malu menyatakan anda adalah
designer secara lisan kepada orang lain. Anda bukannya buat kerja
salah.
(3) Sediakan sticker perniagaan.
(4) Sediakan brochure perniagaan.
(5) Nama Syarikat Yang Unik. Berdaftar Dengan Suruhanjaya
Syarikat-syarikat Malaysia (SSM). Nama syarikat yang unik
akan memudahkan perniagaan dan servis anda diingati dengan
mudah. Jangan daftar nama syarikat sambilewa. Fikir nama
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
syarikat dengan serius jika anda memikirkan kelangsungan
perniagaan anda. Anda boleh juga letakkan nama anda sendiri jika
mahu, sebagai cara branding nama anda sendiri.
(6) Buat Banner Perniagaan. & gantung di jalan-jalan raya. Jika kos
promosi anda besar, anda boleh letakkannya di banyak tempat.
Semakin ringkas banner anda, semakin berkesan menangkap
mata-mata orang yang melihat banner tersebut.
(7) Sediakan Newsletter/Brocure di Jabatan-jabatan Kerajaan
atau Syarikat-syarikat Swasta.
(8) Iklan Di TV, Radio & Suratkhabar Tempatan. Anda akan dapati
perniagaan anda akan berkembang jika anda memilih cara promosi
sebegini.





Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com


Strategi 2 Orang Tengah
Antara Pelanggan & Designer


Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Strategi 2 Orang Tengah Antara
Pelanggan & Designer

Ini adalah teknik yang anda boleh gunakan. Dengan hanya menjadi orang
tengah antara pelanggan dan designer, anda hampir tidak perlu mereka atau
mencipta apa-apa design. Malah jika anda tidak belajar apa-apa pun tentang
grafik, anda tetap boleh buat duit dengan teknik ini.

Berikut adalah rajah ringkas bagaimana ia berfungsi : ~





Designer ANDA Pembeli

Pembeli menyatakan hasrat mendapatkan laman web professional dengan
harga tertentu dan ciri-ciri tertentu.
Kemudian anda memaklumkan kepada designer anda, tanpa anda
mendedahkan nama, harga yang dibayar pembeli & cara hubungi
pembeli tersebut.

Cara ini sangat mudah.

Pembeli bayar anda RM5,000 sebagai contoh.
Anda bayar RM3,000 kepada designer anda.
Anda untung ?
Jawapannya : Anda untung RM2,000 tanpa kerja!

Inilah mudahnya jika anda bekerja sebagai orang tengah.
Jadi sebagai orang tengah ini, anda perlu melalui langkah-langkah
sebagaimana berikut :~
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com

Dapatkan Designer Yang Dipercayai & Komitmen
Tidak dapat tidak, ini adalah insan yang paling penting kerana memberikan
anda untuk bekerja secara rehat. Walaubagaimana pun, jangan terlalu
menzalimi designer ini kelak dengan harga peratusan upah yang terlalu
rendah. Ia hanya akan membawa masalah kepada perniagaan yang anda
jalankan ini kelak.
Contoh sikap zalim adalah, apabila anda mendapat upah sebanyak RM4,000
oleh pelanggan, anda hanya memberikan RM100 kepada designer anda
sebagai upah.

Untuk mendapatkan designer, anda boleh cari di kalangan kawan-kawan
anda yang anda sudah kenali.
Ini kerana biasanya kawan-kawan adalah lebih dipercayai berbanding orang
asing.

Ataupun anda boleh cari sesiapa sahaja di internet yang mempunyai
kepakaran atau bakat dalam seni grafik laman web. Tidak kiralah samada
melalui forum-forum online mahupun melalui mana-mana blog.

Anda jangan bimbang dengan risiko. Saya akan ajar kepada anda bagaimana
anda boleh mengelakkan dan mengurangkan risiko ditipu atau dikhianati oleh
designer anda sendiri. Ini boleh berlaku jika anda tidak berhati-hati dalam
pengurusan perniagaan sebegini.

Menguji Designer Anda
Sebelum memilih, minta testimoni atau sample laman web yang beliau telah
buat. Anda boleh mengesan sama ada beliau betul-betul membuat sesuatu
laman web yang beliau tunjukkan itu benar-benar buatan beliau atau tidak,
dengan beberapa perkara berikut ;~

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
[1] Kenalpasti trademark yang ada pada laman web portfolio yang mereka
hasilkan. Ini bagi memastikan laman web portfolio yang beliau tunjukkan
adalah benar-benar hasil beliau sendiri. Bukannya menunjukkan laman web
rekaan orang lain. Anda perlu berhati-hati agar tak ditipu.

[2] Jika beliau boleh menunjukkan banyak laman web portfolio dalam masa
singkat, ia perkara bagus ~ kita boleh anggap bahawa beliau sudah
mempunyai banyak contoh laman web yang beliau buat sendiri, dan
bukannya dengan baru mencari laman-laman web yang ada di internet untuk
ditunjukkan sebagai bukti palsu. Untuk baru mencari ini, biasanya ia
memakan masa sedikit untuk beliau menunjukkan portfolio beliau. Jika anda
berpuas hati dengan portfolio tersebut, jangan lengahkan masa untuk
menjadikan beliau sebagai designer tetap anda.

[3] Ketahui sejauh mana kepakaran designer anda. Ada designer yang hanya
boleh buat laman web statik. Ada designer yang boleh buat laman web
canggih seperti laman web keahlian, laman web software dan sebagainya. Ini
bagi memastikan apa yang dikehendaki oleh pelanggan kelak memang
mampu dibuat oleh designer anda ini.

[4] Anda perlu maklumkan kepada designer anda bahawa anda berkeinginan
mengupah beliau secara lebih kerap kerana ada saja orang yang akan
berminat menempah laman web melalui anda. Makluman ini sangat penting
bagi memastikan designer anda bersedia dengan tugas tersebut.

[5] Anda boleh menguji designer anda dengan meminta beliau membuat satu
laman web anda. Anda terangkan ciri-ciri yang anda mahu pada laman web
tersebut. Dan lihat sejauh mana dan sehebat mana laman web yang beliau
boleh hasilkan. Bagi mengelakkan anda membayar wang besar untuk proses
menguji ini, anda boleh bersikap jujur kepada designer anda dengan
mengatakan ini adalah proses ujian sahaja.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Nyatakan kepada beliau, jika beliau berjaya dengan ujian ini, anda bersedia
mengupah beliau secara lebih kerap atau lebih konsisten, bergantung kepada
kekerapan projek yang bakal anda perolehi melalui pelanggan-pelanggan
yang menempah melalui anda.

Bagaimana Mendapatkan Projek / Tempahan

Cara pertama adalah dengan mempromosi secara offline. Cara ini saya dah
sebutkan dalam bab cara pertama iaitu promosi offline.

Cara kedua adalah dengan :~
Mendekati mereka yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan atau
syarikat-syarikat swasta.

Jika berdasarkan kajian kes sebenar yang berlaku, si A telah mendekati si B
yang bekerja di jabatan kerajaan. Si A merapatkan hubungan dan berkawan
dengan si B dengan cara mengajak keluar makan, belanja makan, belanja
pergi karaoke dan sebagainya.

Setelah beberapa lama, barulah si A bertanya kepada si B, Eh, kat jabatan
kau tak ada ke yang nak buat laman web? Kalau ada yang perlukan laman
web untuk urusan jabatan kau, aku ada kawan yang boleh buatkan secara
professional. Memang designer yang professional. Ini kad bisnes aku.

Kemudian si B bekerja seperti biasa di jabatan beliau dan dalam masa yang
sama mendapatkan maklumat kalau-kalau ada keperluan laman web. Ini
dibuat tanpa gaji, atas dasar tolong kawan.

Kemudian, setelah berjaya dikenalpasti, pihak jabatan membayar RM17,000
untuk projek laman web tersebut.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Si A menyerahkan projek itu secara diam-diam kepada designer beliau untuk
membuat laman web tersebut,tanpa menyatakan harga sebenar projek
tersebut. Deposit diberikan sebagai ganjaran awal.

Selepas siap, si A dapat RM17,000. 50% diberikan kepada designer beliau.

Ini adalah kes yang benar-benar berlaku.

Dekati Mereka Yang Berada Di Jabatan-Jabatan Kerajaan atau
Syarikat Swasta Yang Stabil
Berkawan tetap berkawan. Bisnes tetap bisnes.
Dalam anda berkawan dengan mereka yang bekerja di jabatan-jabatan
kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang kukuh, anda mestilah bijak
mengorek peluang dengan bertanya kepada mereka tentang peluang ini.

Dan jangan lupa serahkan kad bisnes anda kepada mereka. Pastikan kad
bisnes itu hanya memaparkan servis design yang anda tawarkan. Jangan
terlalu banyak servis atau perniagaan dalam satu kad bisnes, kerana ia
hanya memeningkan kepala mereka.

Bagaimana Menguruskan Sistem Pembayaran
Pastikan wang yang dibayar adalah ke dalam akaun anda sendiri. Lebih
bagus sekiranya ini dibuat bagi memastikan anda mengawal urusan wang
masuk. Ini kerana anda adalah bos. Ini juga bagi menjaga keselamatan.
Tetapi bagi memastikan designer anda tidak berasa ditipu, saya galakkan
anda bayar dahulu deposit kepada beliau sebelum atau ketika beliau
memulakan kerja.

Bagaimana Berbincang Dengan Pelanggan
Jika anda tidak tahu menahu mengenai kerja-kerja design dan teknikal buat
laman web, ajak designer anda bersama-sama dalam perbincangan dengan
pelanggan anda. Cuma, petuanya tidak memberikan designer anda
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
menetapkan harga. Kerana saya yakin beliau hanya akan menetapkan harga
untuk perkhidmatan beliau, tanpa memasukkan keuntungan yang anda
mahu capai juga.

Kadang-kadang pelanggan sendiri akan menetapkan harga, dan harga yang
pelanggan tetapkan adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang anda
sasarkan. Oleh itu, jangan menolak jumlah bayaran tinggi yang ditawarkan
oleh pelanggan anda.

Pastikan anda turut membawa sama nota catatan dan pen untuk tujuan
mencatat segala maklumat perbincangan dan kehendak pelanggan anda,
terutamanya designer anda sendiri. Jangan sampai memalukan diri anda
sendiri kerana tiada persediaan yang cukup sebelum perbincangan tersebut.

Kadangkala ada juga pelanggan yang mahu anda mempersembahkan laman
web yang bakal anda hasilkan selepas perbincangan kali pertama. Oleh itu,
pastikan anda membuat persediaan yang cukup berkenaan dengan laman
web yang bakal dihasilkan, dan biasanya dipersembahkan dengan Microsoft
Powerpoint.

& pastikan anda menjangka jenis-jenis soalan yang bakal ditanya oleh para
pelanggan anda. Biasanya pelanggan yang meminta anda membuat
persembahan, adalah mereka yang menawarkan jumlah bayaran upah yang
sangat tinggi.

Ketika Proses Kerja-kerja Berlangsung
Pastikan anda memantau kerja-kerja membuat laman web yang yang
dilakukan oleh designer anda. Tanya beliau jika memerlukan apa-apa
bantuan, di samping anda perlu memastikan beliau buat kerja. Bukan
bermalas-malasan.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Jangan sampai designer anda bermalas-malasan. Jika tidak, anda yang akan
mendapat nama buruk di mata pelanggan kelak jika kerja tak dapat
disiapkan dalam tempoh yang diberikan.

Jangan lupa, adakalanya wujud designer yang akan mengalah di tengah
jalan, terutamanya mereka yang membuat kerja ini buat pertama kali atau
terutamnya jika mereka hanya membuat kerja ini secara sambilan.

Oleh itu, kesan dari awal samada beliau boleh siapkan mengikut tarikh yang
ditetapkan ataupun tidak. Jika dapat dikesan, cepat-cepat bertindak
berjumpa secara bersemuka dan menyatakan anda mahu menukar dengan
designer yang lain.

Oleh itu, jika anda ada designer yang lain sebagai backup, ia memang idea
bijak yang perlu dilaksanakan sejak dari awal lagi. Ia bertujuan menjadi
pengganti di kala saat-saat kecemasan.


Keberkesanan Strategi Ini
Dengan strategi ini, saya berpeluang berJV dengan seseorang yang
menawarkan kepada saya projek bernilai RM4,000. Dan saya mendapat 50%
daripada keseluruhan projek ini dengan hanya berunding sahaja, tanpa perlu
buat kerja-kerja mendesign yang memenatkan.

Yang penting, jangan lepaskan peluang apabila ada orang bertanya kepada
anda Adakah Anda mampu Buat Laman Web. Katakan Ya dan jangan
bongkarkan siapa designer anda, atau paling penting jangan bagi nombor
contact designer anda kepada pelanggan anda. Kelak akan berlaku peristiwa
apabila pelanggan anda menghubungi designer anda tanpa makluman
kepada anda. Ingat, designer ini adalah aset penting anda jika anda
berhajat menjalankan strategi ini.
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com

Strategi 3 Harga Tinggi +
Affiliate + Antarabangsa

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Strategi 3 Harga Tinggi + Affiliate +
Antarabangsa

Strategi yang terakhir yang anda boleh buat ini, boleh diaplikasi sama ada
untuk servis di internet/online mahupun secara offline.

Ada 2 syarat penting yang anda boleh buat dengan strategi ini adalah :

1. Berani meletakkan harga, walaupun ianya kelihatan cukup tinggi &
mahal.
2. Membuat program affiliate untuk servis design anda.
3. Sasaran anda adalah pelanggan-pelanggan dari luar negara
(antarabangsa).

Berani Meletakkan Harga
Oleh kerana anda ingin menyasarkan pendapatan yang tinggi, jangan takut
meletakkan harga yang tinggi jika anda yakin dengan hasil grafik yang bakal
anda hasilkan.

Sebagai contoh, anda boleh meletakkan harga $399 iai bersamaan RM1,436
(mengikut kadara mata wang ketika ebook ini ditulis).

Dengan cara ini, anda boleh fokus kepada setiap permintaan pelanggan di
samping dapat meningkatkan kualiti grafik dengan cara anda menaikkan
harga tinggi dan mengehadkan jumlah kecil untuk tempahan setiap hari atau
jumlah tempahan setiap minggu.

Pengehadan jumlah tempahan yang boleh ditempah oleh para pelanggan
boleh memberi anda masa yang banyak untuk menjaga kualiti grafik dalam
setiap apa yang anda hasilkan. Anda tak perlu tergesa-gesa dan tamak
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
dengan mengambil terlalu banyak tempahan setiap hari dengan harga
tempahan yang tinggi.

Sebagai contoh, harga servis $399, dan hanya menerima satu tempahan
setiap 2 hari. Anda boleh bekerja dengan selesa menyiapkan satu tempahan
dalam dua hari tanpa tekanan, kerana anda hanya fokus kepada satu design
saja pada satu-satu masa.

Nampakkan kelebihan meletakkan harga yang tinggi? Malah anda akan dapat
rasakan setiap kerja anda adalah berbaloi jika dihasilkan dengan penuh
bersungguh-sungguh.

Sediakan juga borang autoresponder terutamanya jika ada ramai pelanggan
yang termasuk dalam senarai menunggu disebabkan kuota tempahan yang
sentiasa penuh.

Apabila sudah ada kekosongan tempahan, anda maklumkan kepada mailing
list yang menunggu itu melalui sistem autoresponder.

Sistem autoresponder yang terbaik anda boleh gunakan adalah samada
www.Aweber.com. www.GetResponse.com atau www.AutomateYourList.com


Memasang Dengan Program Affiliate
Antara cara untuk cepat mendapat pelanggan adalah dengan memasang
program affiliate pada laman web servis design anda.

Anda boleh mendaftarkan laman web anda dengan Affiliate Network seperti
www.PayDotCom.com.

Apabila anda mendaftarkan servis design anda di sini, ia bermakna anda
bersetuju untuk memberikan sebahagian komisen bagi setiap tempahan
Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
yang berlaku melalui link affiliate mereka-mereka yang mempromosi laman
web servis anda.

Mungkin anda boleh menetapkan 10% hingga 20% sebagai ganjaran affiliate
kepada mereka.

Anda jangan bimbang. Dengan pemberian komisen ini, sekurang-kurangnya
anda tak perlu lagi pening dan penat dengan kerja-kerja pemasaran dan
promosi. Serahkan kepada agen affiliate yang telah pun pakar untuk
membantu anda.

Dari segi pemasangan dan teknikalnya pula, anda jangan bimbang kerana
boleh dikatakan anda tak perlu tahu cara memasang sistem affiliate kerana
laman web PayDotCom.com ini sendiri adalah laman web yang membolehkan
sesiapa sahaja mendaftarkan produk mereka ke dalam sistem affiliate
mereka. Ingat, anda bebas menentukan nilai peratusan komisen kepada para
affiliate anda.

Itulah besarnya peluang anda jika anda berjaya mendaftarkan produk anda
di laman web PayDotCom.Com


Sasarkan Pasaran Antarabangsa
Ia bermaksud anda menyasarkan pelanggan-pelanggan anda dari seluruh
dunia. Ia sangat berbaloi dan berkesan kerana mereka dari luar Negara lebih
cenderung berbelanja berbanding di Malaysia.

Bukanlah saya mngatakan di Malaysia tiada peluang langsung untuk menjana
pendapatan melalui servis design, tapi apa yang saya katakana adalah :~
Kuasa Membeli Di Luar Negara Khususnya Amerika & Eropah Adalah
Sangat Tinggi.

Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Jadi, jika anda menginginkan servis anda dibayar dengan harga yang tinggi,
luar Negara atau pasaran antarabangsa adalah sasaran terbaik anda.

Jika anda ingin memastikan produk anda untuk antarabangsa, pastikan
laman web servis design anda adalah dalam bahasa Inggeris.

Tak perlu salesletter atau surat jualan yang panjang. Yang penting adalah
portfolio atau contoh hasil kerja anda yang cantik, kreatif dan berkualiti di
samping koleksi testimoni atau feedback yang diberikan oleh para pelanggan
anda.

Jika ada bukti kajian kes yang menunjukkan peningkatan jualan dengan
menggunakan servis design anda, ia adalah contoh kajian kes yang mesti
diletakkan pada laman utama web anda.




Rahsia 1K, 1 Hari, Oleh Mawardee di VideoTulisanPro.com
Kesimpulan

Mungkin anda akan menemui bahawa apa yang saya perkatakan dalam
ebook ini kelihatan sempoi. Tapi sebenarnya jika anda baca dengan teliti,
anda akan dapati bahawa setiap patah perkataan yang saya kongsi dalam
ebook ini adalah perkara penting yang anda perlu titikberatkan.

3 strategi yang didedahkan ini diharapkan akan membantu anda memilih
strategi yang terbaik untuk dijadikan sebagai fokus utama perniagaan anda.

Yang penting dalam perniagaan menyediakan servis design ini adalah :

- Kualiti design yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
- Melayan segala kerenah pelanggan anda dan memberikan support
atau sokongan yang terbaik kepada mereka. Manalah tahu kelak
mereka akan menjadi pelanggan tetap anda.
- Sentiasa mementingkan kualiti dan hasil kerja yang siap pada
masanya daripada hanya tamak pada duit. Percayalah pada saya, jika
anda hanya memikirkan duit, anda takkan mampu menghasilkan
kualiti grafik yang power.



Yang Ikhlas,

Mawardee

http://panduanclickbank.com
http://blogsendiri.com

Usahawan Internet Yang Sentiasa Belajar & Sentiasa Bermatlamat Tinggi
Adalah Usahawan Internet Yang Boleh Berjaya Dengan Cemerlang