Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SK NANGA TEBAT 2014

















SK Nanga Tebat
Ulu Skrang,
Engkilili Lubok Antu,
95900 SRI AMAN




PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA TEBAT
21-22 Oktober 2014

1.0 Pengenalan
Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan
Unit Ko-kurikulum SK Nanga Tebat. Program ini disertai oleh semua pelajar
SK Nanga Tebat. Ia juga akan diadakan di kawasan sekolah SK Nanga Tebat . Aktiviti
ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib
menyertai aktiviti ko-kurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 Matlamat
Matlamat kem ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin
yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun
dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat
diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan
dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar
dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara
yang mampan.



3.0 Objektif
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.


4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 21- 22 Oktober iaitu pada hari Selasa dan Rabu
4.2 Dilaksanakan selama 1 malam 2 hari.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang/malam
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1






5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana SK Nanga Tebat.
5.1 Kawasan kem dengan bentuk muka bumi berbeza yang terdekat dari sekolah.
5.2 Keadaan tanah yang landai dan persekitaran yang sederhana.
5.3 Kawasan untuk kem yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.
5.4 Kedudukan berdekatan dengan kawasan kediaman tetapi sedikit jauh dari kawasan
tumpuan orang luar.
5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN

Kem Kepimpinan ini akan dirasmikan oleh Guru Besar SK Nanga Tebat dalam Majlis
Perasmian Penutup Kem Kepimpinan Unit Beruniform Siri 1/2014.
Ia akan berlangsung di perkarangan dewan yang disediakan berdekatan dengan tapak
kem. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana Tuan Guru Besar
akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 17 orang
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.2 Jumlah guru sekolah/ : 17 orang Staff




8.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Abdul Karim(Guru Besar Sk Nanga Tebat)

Naib Pengerusi : En. Entinggi Migat (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Siti Yuhanis

Bendahari : En. Aden Tabid Nasib Ila

Penyelaras Aktiviti : En. Zainol Ripin

Fasilitator : En. Muyan Alu

Jawatankuasa Kerja
AJK Makanan : Pn. Helen Linai

AJK Kerohanian dan Moral : En. Singka Edang

AJK Hadiah dan Sijil : Pn. Jacqualine Leman

AJK Disiplin : En.Johin Juti

AJK Peralatan : En. Jakwind Natau

AJK Siaraya : En. Zainol Ripin
En. Jakwind Natau

AJK Aktiviti/Program : Pn. Suhada
En. Muyan Alu

AJK Kebajikan : En. Zainol Ripin


9.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
Makanan dan Minuman Peserta Kem
1 Minum Pagi A 17 orang X RM 3.00 RM 51.00
2 Minum Pagi B 17 orang X RM 3.00 RM 51.00
3 Makan Tengah Hari 17 orang X RM 6.00 RM 102.00
4 Minum Petang 17 orang X RM 3.00 RM 51.00
5 Makan Malam 17 orang X RM 6.00 RM 102.00
Jumlah RM 357.00

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
Makanan dan Minuman Fasilitator serta Guru-guru
1 Minum Pagi 17 orang X RM 3.00 RM 51.00
2 Makan Tengah Hari 17 orang X RM 8.00 RM 136.00
3 Minum Petang 17 orang X RM 3.00 RM 51.00
4. Makan Malam 17 orang X RM 8.00 RM 136.00
Jumlah RM 374.00













10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti
perkhemahan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Disediakan oleh, Disahkan oleh,




. ..................................................
(En. Zainol Ripin) (En.Entinggi Migat
Penyelaras Program, Penolong Kanan Kokurikulum,
Kepimpinan Unit Beruniform SK Nanga Tebat

Anda mungkin juga menyukai