Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis


Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam.
Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu.
Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.
Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah
saya cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan
mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita
sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan
disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan
denganku. Kata Tebuan dengan berani.
Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku
akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-
pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu
menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam
lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya
lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

.
Ingat kawan-kawan,
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan
semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai