Anda di halaman 1dari 6

Plot Intelektual.

Penulisan ini merupakan cadangan dan ulasan jurnal Gaya


Kepimpinan Pengetua Wanita Dan Hubungannya Dengan Tahap Motivasi
Guru Sekolah Menengah yang merupakan hasil kajian dari Norhannah Ramli
dan Jamaliah Abdul Hamid. Ia diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006)
53-69. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap
gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap
motivasi guru-guru di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor.
Pengkaji berpendapat kajian ini penting disebabkan bilangan guru wanita dan
pengetua wanita telah melebihi jumlah guru lelaki dan pengetua lelaki.
Keupayaan mereka menjalankan tugas kepimpinan di sekolah mungkin
diragui oleh guru-guru bawahan, terutama guru-guru lelaki. Pengkaji juga
berpendapat disebabkan oleh berlakunya keraguan, ini akan memberi kesan
terhadap kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Menurut Langer &
Baris-Schacter (2003), pengetua wanita juga berhadapan dengan cabaran
peribadi, iaitu espektasi masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa
dikaitkan dengan sifat penyayang.
Selain itu, pengetua wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi
dualism dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan
menghadapi tugas dan tanggungjwab mengurus rumah tangga (Langer &
Boris-Schacter 2003). Pengkaji juga berpendapat wanita juga seringkali
dianggap mengalami halangan, gagal menyelesaikan masalah dan pembuat
keputusan yang tidak cekap. Selain itu juga, wanita dianggap tidak adil, kerap
disalahertikan kerana dikatakan membuat keputusan berdasarkan emosi dan
sentiment. Baron (1987), mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh
lelaki kerana tidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti
berikut : (1) Wanita tidak begitu yakin, (2) Wanita mempunyai kurang
pengaruh atau kuasa, (3) Wanita kurang bijak berurusan, (4) Wanita Kadang-
kadang terlalu mendesak.
Justeru pengkaji menyedari cabaran yang dihadapi oleh pengetua wanita,
pengkaji mengambil inisiatif mengkaji apakah tahap gaya kepimpinan yang
mampu diketengahkan oleh pemimpin wanita dalam situasi sekolah mereka.
Dengan ini pengkaji akan mengenal pasti sejauh mana gaya kepimpinan
pengetua wanita yang mengamalkan dimensi struktur tugas dan timbang rasa
dapat mempengaruhi motivasi guru-guru di sekolah.
Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Abdul Ghani Abdullah (2006)
iaitu Aliran pertambahan bilangan pengurus wanita di peringkat sekolah tidak
dapat diketepikan lagi kerana data Kementerian Pelajaran Malaysia (2003)
mendapati seramai 26 peratus daripada 8832 orang pengurus sekolah
(pengetua dan guru besar) adalah wanita. Keupayaan pengurus wanita
memperlihat iltizam yang tinggi dalam membawa keluar tanggapan tradisi
kepada leading professional dan menggerak tahap motivasi serta potensi
warga sekolah lebih terselah apabila data yang sama turut melaporkan
bahawa empat daripada sembilan orang pengetua cemerlang yang dilantik
terdiri daripada wanita.
Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan dilakukan secara tinjauan
dengan menggunakan kaedah soal selidik The Reader Behavior Description
Questionnaire (LBDQ) dan A Questionnaire Measure of Individual
Differences in Achieving Tendency (QMAT). Seramai 203 orang responden
yang terdiri daripada tujuh buah sekolah menengah di Kajang, Selangor.
Responden yang dipilih oleh pengkaji berdasarkan sampel rawak mudah
supaya setiap guru mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam
kajian. Populasi ini hanya melibatkan guru, tidak termasuk Guru Penolong
Kanan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan
KoKurikulum, Penyelia Petang dan Ketua Bidang.
Pengkaji dapat menyatakan dengan jelas dapatan kajian beliau iaitu hasil
daripada kajian ini, pengkaji dapati, walaupun gaya kepimpinan pengetua
wanita berdasarkan dimensi struktur tugas lebih dominan berbanding dimensi
timbang rasa, namun kedua-duanya berada di tahap agak memuaskan
sahaja. Aspek tahap motivasi pula, didapati tahap motivasi guru-guru
terhadap tugas adalah ditahap agak memuaskan. Kajian ini juga mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi guru terhadap
gaya kepimpinan pengetua berdasarkan faktor-faktor demografi guru. Begitu
juga dengan persepsi guru terhadap tahap motivasi guru, tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor-faktor demografi guru, kecuali
faktor umur. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap motivasi guru dengan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan
pengetua wanita. Ini mengesahkan bahawa semakin tinggi persepsi guru
terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, maka semakin meningkat tahap
motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan dan andaian umum
yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua wanita memang
mempengaruhi tahap motivasi keja guru. Penulis dapat menyatakan dengan
jelas hasil dapatan kajian. Hasil kajian yang telah diperolehi mengenai
kepimpinan pengetua wanita tidak boleh dipandang rendah lagi; Gaya
kepimpinan pengetua Wanita lebih berstruktur dan memuaskan. Di dalam
konteks pendidikan, gaya kepimpinan pengetua amat penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah sekolah.
Organisasi Artikel. Susunan artikel ini disusun dengan rapi dan teratur. Oleh
yang demikian, ini telah memudahkan saya mencari jawapan-jawapan bagi
persoalan-persoalan di atas. Saya juga dapati kajian ini mempunyai logik dan
kestabilan dari permulaan jurnal iaitu abstrak sehinggalah kepada
kesimpulannya. Mengenai kajian soalan kajian, Pengkaji ada menyatakan
persoalan kajian di bahagian abstrak tetapi hanya secara umum tidak spesifik
seperti dinyatakan di bahagian dapatan kajian.Selain itu, pengkaji ada
menyatakan dengan jelas apa yang hendak dikaji di bahagian abstrak,
dihuraikan dengan lebih terperinci dibahagian pengenalan.
Pengkaji ada menyatakan bahawa kajian ini merupakan bidang yang penting
untuk dikaji kerana kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada
bagaimana pengetua dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa.
Dalam konteks kepengetuaan di Malaysia, setiap pengetua semestinya
mempunyai kebolehan untuk menginterprestasi perubahan dan menggunakan
gaya kepimpinan tertentu dalam memotivasikan guru serta kakitangan ke arah
perubahan tersebut. Menyedari cabaran yang dihadapi oleh pemimpin wanita,
pengkaji mengakaji apakah tahap gaya kepimpinan yang mampu
diketengahkan oleh pemimpin wanita dalam situasi sesebuah sekolah
meraka.
Tinjauan Literatur. Mengenai tinjauan literatur, pengkaji tidak memfokuskan
secara khusus. Walau bagaimanapun pengakaji telah mengaitkan tujuan
kajiannya dengan tinjauan literatur untuk memperkukuhkan lagi hasil dapatan
kajian pengkaji.
Selain itu, penulis turut menyenaraikan kajian literatur yang lepas. Dalam
kajian ini pengkaji telah meninjau kajian oleh Hussine (1998), Kamal Arifin
(2003), Khadijah (1999) dan Abd Latif (2003), telah mendapati motivasi guru
mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepimpinan, tetapi kajian
mereka tidak mengambil kira faktor jantina pemimpin. Kajian Baron (1987)
yang dirujuk oleh pengkaji, mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh
lelaki kerana tidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti
berikut: (1) Wanita tidak begitu yakin, (2) Wanita mempunyai kurang pengaruh
atau kuasa, (3) Wanita kurang bijak berurusan, dan (4) Wanita kadang-
kadang terlalu mendesak.
Pemerhatian saya mengenai penulisan ini, pengkaji memfokuskan kepada
kedua-duanya iaitu idea dan juga dapatan kajian yang lepas. Teori-teori yang
dinyatakan di dalam jurnal ini juga mencukupi bagi menyokong idea dan
dapatan kajian pengkaji. Soalan kajian di dalam jurnal ini juga mempunyai
kaitan dengan teori-teori yang telah dinyatakan oleh pengkaji bagi menyokong
kajian beliau.
Metodologi Kajian. Pengkaji ada menyatakan dengan jelas mengenai
strategi kajiannya. Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif yang berdasarkan
sampel rawak mudah. Kaedah soal selidik telah dipilih untuk mengumpul data
daripada responden. Soal selidik dalam kajian ini mengandungi tiga bahagian.
Bahagian A ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang iaitu
ciri-ciri demografi guru, iaitu umur, taraf pendidikan tertinggi, tempoh kerjaya
dalam perguruan dan tempoh mengajar di sekolah. Bahagian B ialah soal
selidik bagi mengukur gaya kepimpinan pengetua wanita yang mengandungi
45 item, di mana pengkaji telah menggunakan instrumen The Leader
Behavior Description Questionnaire (LBDQ) yang dibentuk oleh Universiti
Ohio (Halpin 1966). Bahagian C, adalah soal selidik bagi mengukur tahap
motivasi guru yang dibentuk daripada A Questionnaire Measure of Individual
Difference in Achieving Tendency (QMAT) oleh Mehrabian dan Bank (1978).
Kajian rintis juga telah dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan item soal
selidik boleh dipercayai dan ada keesahannya.
Di dalam kajian ini, Pengkaji telah menyatakan dengan jelas mengenai
sampel kajian yang dikaji iaitu populasi seramai 280 orang guru yang terdiri
daripada tujuh buah sekolah menengah yang dipimpin oleh pengetua wanita
di Kajang, Selangor.
Berhubung dengan kaedah kajian, Pengkaji ada menerangkan justifikasi
kaedah yang telah dijalankan secara jelas dan terperinci, di mana di dalam
kaedah kajian ini pengkaji membahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
rekabentuk kajian, instrumen kajian dan sampel kajian. Pada pandangan
saya, kaedah kajian yang dinyatakan di dalam jurnal ini adalah mencukupi.
Dapatan Kajian. Hasil daripada jurnal yang dirujuk didapati pengkaji ada
menyatakan permulaan kajian di mana 280 set soal selidik yang telah
diedarkan, hanya 203 set soal selidik iaitu (72.5%) yang diterima semula
daripada responden. Ini menyatakan di dalam Jadual 1 iaitu maklumat
demografi responden.
Pada pendapat saya, hasil kajian adalah logik kerana setiap hasil kajian
didapati mempunyai hubungkait yang tepat dengan objektif kajian. Penulis
juga ada menyatakan data yang dianalisis di dalam jadual mengikut ujian
yang telah digunakan dan disusun rapi bagi memudahkan penulis
menerangkan hasil kajian yang telah diperolehi. Jadual yang yang disertakan
oleh pengkaji adalah memadai dengan hasil kajian yang dikaji. Format jadual
yang digunakan adalah bertepatan dengan format kajian yang sebenar.
Dapatan kajian ini diukur melalui dua demensi iaitu (1) Dimensi struktur tugas
dan (2) Dimensi timbang rasa. Dua dimensi ini ialah ingin melihat gaya
kepimpinan pengetua wanita. Penemuan kajian mendapati gaya kepimpinan
pengetua wanita berdasarkan dimensi struktur tugas secara keseluruhannya
berada pada tahap agak memuaskan dengan min=2.97. Menurut pengkaji
gaya kepimpinan pengetua wanita dalam situasi dimensi ini diukur
berdasarkan persepsi responden guru tentang cara pengetua wanita
menstruktur dan mendefinisikan peraturannya dan peraturan pekerjanya
kearah mencapai matlamat. Bagaimanapun, analisis item menunjukkan
bahawa guru-guru lebih kerap melihat pengetua wanita melaksanakan
struktur yang berkaitan dengan pengawasan disiplin guru, tetapi tidak
semestinya kepada tugas-tugas rasmi yang lain, khususnya dalam bidang
pencerapan. Ini menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi
bahawa pengetua menitikberatkan disiplin guru.
Dapatan kajian daripada dimensi timbang rasa, mendapati gaya kepimpinan
pengetua wanita secara keseluruhannya juga berada pada tahap agak
memuaskan dengan min=2.59. Menurut pengkaji gaya kepimpinan pengetua
wanita dalam dimensi ini diukur berdasarkan persepsi responden guru tentang
cara pengetua wanita menunjukkan persahabatan, saling menghormati, saling
mempercayai dan jalin hubungan yang mesra antara pemimpin dan
pekerjanya. Di sini pengkaji dapat menunjukkan walaupun bahawa pengetua
wanita didapati mesra, bertanggungjawab dan bersedia berubah, namun
mereka dilihat kurang berusaha untuk berbincang dengan guru-guru tentang
keputusan yang perlu diambil. Jelas disini, gaya kepimpinan pengetua wanita
bagi dimensi ini timbang rasa dilihat lebih cenderung kepada kemesraan,
tetapi tidak semestinya kearah penglibatan kakitangan.
Manakala dari segi persepsi guru terhadap tahap motivasi guru, pengkaji
dapat menunjukkan secara keseluruhannya berada pada tahap agak
memuaskan dengan min = 2.90. Ini bermaksud bahawa guru-guru bekerja
bukan kerana terpaksa. Mereka juga berminat untuk belajar kemahiran baru
serta sanggup bekerja keras dan juga dengan rela hati walaupun tanpa
arahan daripada pengetua.
Hasil ANOVA sehala menunjukkan perbezaan persepsi guru terhadap gaya
kepimpinan pengetua wanita adalah sperti berikut; (1) Tidak terdapat
perbezaan persepsi yang signifikan antara guru berlainan umur terhadap gaya
kepimpinan pengetua wanita. (2) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang
signifikan antara guru berlainan taraf pendidikan terhadap gaya kepimpinan
pengetua wanita. (3) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan
antara guru berbeza penglaman mengajar terhadap gaya kepimpinan
pengetua wanita.
Sekali lagi pengkaji menggunakan ANOVA sehala bagi melihat perbezaan
tahap motivasi guru berdasarkan faktor-faktor demografi guru seperti berikut;
(1) Terdapat perbezaan tahap motivasi guru yang signifikan antara guru
berlainan umur. (2) Tahap mptivasi guru berbeza secara signifikan hanya
mengikut umur guru. Sementara, faktor-faktor demografi lain seperti taraf
pendidikan, pengalaman mengajar dan tempoh mengajar, tahap motivasi
mereka adalah sama sahaja.
Oleh kerana terdapat perbezaan tahap motivasi guru yang signifikan mengikut
umur, maka ujian Post Hoc Sceffe telah dijalankan. Keputusannya ialah
terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi guru hanya terdapat
antara guru yang berumur 31 hingga 35 tahun dan guru-guru yang berumur
kurang daripada 30 tahun. Bagaimanapun, guru-guru yang berumur 31 hingga
35 tahun mempunyai tahap motovasi yang lebih tinggi. Faktor kematangan
umur mungkin adalah faktor yang mempengaruhi tahap motivasi dan
komitmen seseorang guru.
Dapatan kajian juga menunjukkan kolerasi positif yang signifikan, tetapi lemah
antara tahap motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita. Ini
bermakna walaupun tahap motivasi guru dipengaruhi oleh persepsi mereka
terhadap gaya kepimpinan pengetua mereka, tetapi hubungan ini adalah
rendah. Mungkin terdapat pelbagai faktor lain yang turut mempengaruhi
hubungan antara kepimpinan pengetua wanita dan tahap motivasi guru.
Perbincangan. Penulis telah berjaya menghasilkan kajian ini dengan
menyatakan hasil kajian pengkaji dengan tepat dan jelas. Data yang telah
dikaji juga merupakan data yang sebenar diperolehi daripada kajian pengkaji
dan data itu telah dianalisis mengikut objektif kajian yang dikehendaki.
Pengkaji juga telah berjaya menghuraikan dapatan kajian pengkaji dengan
teliti dan terperinci dan ada kesamaan dengan kajian daripada penulis lain.
Kesimpulannya penulis mendapati persepsi terhadap kepimpinan pengetua
wanita di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor agak memuaskan
dan lebih cenderung terhadap timbang rasa. Kajian ilmiah lain juga telah
mendapat hasil dapatan yang sama terhadap pengetua lelaki dan wanita (Gan
Pei Ling, 2003). Pengkaji berpendapat andaian bahawa wujudnya perbezaan
dalam gaya kepimpinan wanita mungkin tidak tepat. Hasil kajian pengkaji juga
mendapati bahawa kebanyakkan guru berpersepsi bahawa pengetua lebih
banyak menitikberatkan pengawasan didiplin guru daripda melakukan
kepimpinan pengajaran. Ini selari dengan kajian Jones dan Webber (2001)
iaitu gaya kepimpinan pengetua yang lebih kerap mengawal daripada
memberi bimbingan professional. Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji ialah
faktor kepimpinan wanita merupakan hanya salah satu daripda beberapa
faktor lain yang mempengaruhi tahap motovasi guru.
Kesimpulan. Pengkaji telah berjaya menghasilkan penulisan yang baik. Gaya
penulisan jurnal ini adalah jelas, tepat dan teratur. Pengkaji juga
menggunakan bahasa yang mudah difahami bagi menyampaikan idea-idea
dengan ringkas dan padat. Penulisan pengkaji juga menggunakan
tatabahasa, tanda bacaan dan mengikut format penulisan yang betul.
Penstrukturan ayat juga begitu baik.
Pada pendapat saya, menjadi pengetua, khasnya di sekolah merupakan hak
semua orang, hak-hak itu tidak boleh dibatasi oleh jantina. Kemampuan dan
kecekapan pemimpin adalah diambil kira daripada bagaimana pemimpin itu
mampu mempengaruhi orang lain untuk meningkatkan organisasinya.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Norhannan Rami & Jamaliah Abdul Hamid
(2006), tentang Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya
denganTahap Motivasi Guru Sekolah Menengah telah membuktikan dengan
hasil dapatannya bahawa hasil kajian telah menunjukkan korelasi positif yang
signifikan, tetapi lemah antara tahap motivasi guru dengan gaya kepimpinan
pengetua wanita, iaitu r= .22, p <.05. Ini bermakna walaupun tahap motivasi
guru dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
mereka, tetapi hubungan ini adalah rendah.
Kerana Keberksanan dalam sebuah kepemimpinan, bukan disebabkan jantina
atau laki-laki, tetapi lebih pada bagaimana seorang pengetua memainkan
kecakapannya dari segala aspek, seperti komunikasi, serta langkah-langkah
dalam memotivasi warga organisasinya.

Anda mungkin juga menyukai