Anda di halaman 1dari 18

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

QKU3033
SOSIOLOGI SUKAN DAN PENDIDIKAN
INTERGRASI NASIONAL (PIN)
TAJUK


DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO TELEFON
NITO ANAK TONY D20112055167 014-5841002

KUMPULAN KULIAH: UPSI02

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.ABD.RAHIM BIN MOHD.SHARIFF
TARIKH SERAH: 29 NOVEMBER 2014
PEMARKAHAN





TUGASAN 1
Analisis dunia sosial dalam sukan semasa. Berpandukan kepada teori-teori asas yang diguna
pakai dalam kontek sosiologi sukan yang melibatkan pemerhatian anda dalam sukan popular
di Malaysia. Jelaskan apa yang ada lihat.




PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya
mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam
membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Abd. Rahim
bin Mohd. Shariff kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang
sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.


















KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN

1
2. KONSEP ASAS KESUKANAN 3
2.1 Main
2.2 Permainan
2.3 Sukan


3. TEORI SOSIOLOGI SUKAN 4
3.1 Teori Konflik 4
3.2 Teori Kritis 6
3.3 Teori Fungsionalis 7
3.4 Teori Interaksionis

8
4. KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL 11 - 12
4.1 Penglibatan penonton
4.2 Impak ekonomi
4.3 Penyertaan
4.4 Budaya
4.5 Integrasi kaum


5. KESAN PROSES SOSIALISASI SUKAN 13
5.1 Individu
5.2 Masyarakat


6. KESIMPULAN

14
7. RUJUKAN 15



1.0 PENGENALAN

Sosiologi berasal daripada perkataan Latin iaitu Socius yang bererti kawan atau
teman manakala Logos bererti ilmu pengetahuan. Pertama kali diungkapkan dalam buku
yang berjudul Cours De Philosophie Positive hasil karangan August Comte (1798-
1857). Secara amnya, sosiologi boleh dikatakan sebagai kajian saintifik yang berkaitan
dengan aspek sosial dan budaya individu dalam komuniti dan masyarakat yang
menjelaskan dan menerangkan perkaitan origanisasi sosial manusia.

Selain August Comte, terdapat ramai lagi individu yang mendefinisikan sosiologi
berdasarkan pemahaman dan pemerhatian mereka. Antaranya, Max Weber yang
mengatakan sosiologi ialah ilmu yang mempelajari tentang tindakan sosial atau perilaku
manusia. Paul B. Horton, mendefinisikan konsep sosiologi sebagai ilmu yang
memusatkan penelahaan kehidupan kelompok masyarakat dan produk atau hasil
daripada kelompok kehidupan masyarakat tersebut. Mac Iver, menyatakan bahawa
sosiologi ialah ilmu yang mengkaji tentang hubungan-hubungan yang terjadi dalam
masyarakat.

Sukan pula menurut pendapat Boyle (1963) wujud untuk seluruh masyarakat
malah melaluinya terdapat unsur-unsur status, hubungan ras, perniagaan, reka bentuk,
alat-alat automotif, gaya pemakaian, konsep hero (wira), bahasa, etika dan nilai-nilai
estetika.

Oleh yang demikian, definisi penuh sosiologi sukan ialah bidang kajian yang
mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku
dalam sukan termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu
dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani,
jurulatih, murid, pengurus sukan dan sebagainya. Menurut Encyclopedia of Sociology,
sosiologi sukan ialah sesuatu sistem masyarakat yang mengkaji tentang struktur,
kandungan, perubahan dan perkembangan berdasarkan sukan. Menurut Dr. David L.
Andrew, Ph.D University of Illinois at Ubana-Champaign menyatakan bahawa sosiologi
sukan adalah merekod, mengkaji fenomena sosial yang berkaitan antara fungsi sosial
sukan dalam sains emperikal.
1
Jay J. Coakly, memberikan pendapatnya tentang sosiologi sukan sebagai Unlike
the psychology of sport, the sociology of sport is not directly concerned with issues
related to motivation, perception, cognition, personality, and ships, past social
experiences, and the social settings within which the sport activities occur. On a more
general level it is concerned with the organization of sport itself and how that
organization is created, maintained, and changed by people who have differing interests,
opportunities, and resources.

Kesimpulannya, sosiologi sukan adalah sains sosial yang komprehensif
menyelidik fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami perkembangan dan
perubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang perhubungan di antara
sukan dan fenomena sosial tetapi mengkaji tingkah laku masyarakat di antara manusia
dengan sukan, perhubungan konsep sosial dan struktur, fungsi, dorongan kepada
pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan lalu digunakan untuk mempromosikan
pembangunan sukan dan sosial yang rasional.


















2
2.0 KONSEP ASAS KESUKANAN

2.1 Main

Individu yang bermain secara sedar dan sukarela. Main juga tidak
mempunyai peraturan tertentu yang juga bukan merupakan kerja harian individu
yang terlibat. Main juga merangkumi konsep tidak mempunyai had masa serta
ruang untuk menyekat mereka dan hasilnya bukan berbentuk material atau
kebendaan.

2.2 Permainan

Dikonsepkan sebagai penyertaan individu dalam sesuatu permainan
kerana ada matlamat tertentu seperti prestasi, status atau pengiktirafan tertentu.
Mempunyai unsur organisasi dan pertandingan, mempunyai struktur tertentu
berdasarkan undang-undang formal atau tidak formal. Permainan juga khusus
kepada sesuatu budaya sukan yang disertai oleh individu tersebut.

2.3 Sukan

Tersusun dari segi struktur organisasinya. Sebahagian sukan mempunyai
unsur pertandingan untuk menghasilkan pemenang yang memerlukan kemahiran
perancangan, kemahiran motor atau lakuan motor, strategi dan nasib yang tak
tentu. Sukan juga melihat keupayaan fizikal yang tinggi dan mental yang tinggi
bagi atlet yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang disertai mereka.








3
3.0 TEORI SOSIOLOGI SUKAN

Terdapat empat teori yang diperkenalkan dalam konteks sosiologi sukan iaitu:
(i) Teori Konflik
(ii) Teori Kritis
(iii) Teori Fungsionalis
(iv) Teori Interaksionis

3.1 Teori Konflik

Teori ini berkaitan dengan hubungan sosial yang memiliki sifat-sifat
perbezaan kepentingan ekonomi. Keteraturan sosial yang berasal daripada
beberapa kelompok orang yang mampu menggunakan sumber untuk
mempengaruhi dan memanipulasikan pandangan orang lain untuk menerima
pandangan mereka. Teori konflik ini wujud apabila adanya andaian bahawa
kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan daripada konflik yang boleh
membawa keadaan yang tidak stabil. Perubahan masyarakat merupakan proses
yang terjadi daripada ketegangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu
sendiri.

3.1.1 Teori Konflik dalam Sukan

Konsep teori konflik dalam sukan ialah:
a) Bagaimana atlet menjadi terasing dari dirinya sendiri
b) Bagaimana olahraga digunakan untuk mengalihkan penafian atau
menguasai masyarakat.
c) Pertumbuhan komersial dalam masyarakat
d) Sukan menyumbang kepada kewujudan ketaksamaan sosioekonomi
dalam masyarakat.
e) Sukan mempengaruhi pengkomersialan dan perhubungan sosial
masyarakat.
f) Penggunaan kuasa ekonomi dalam sukan untuk kepentingan peribadi

4
3.1.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori Konflik

Presiden atau jurulatih mempunyai peranan dan tanggungjawab
yang besar dalam hubungan dengan atlet (Corron, 1970; Cratty. 1989;
Thompson, 1992). Berkait dengan teori pengurusan yang menyatakan
bahawa perbezaan status antara presiden dan ahli jawatankuasa yang
lain akan menimbulkan konflik dan wujudnya pandangan yang berbeza.
Persatuan sukan di Malaysia akan diketuai oleh ahli politik. Keadan ini
merugikan perkembangan serta mutu sukan negara. Ketua dalam setiap
organasasi perlu merupakan seseorang yang mahir dalam bidang
tersebut. Adanya pengetahuan tentang bidang tersebut, hala tuju dan
matlamat organasasi sukan tersebut dapat dicapai dengan cara semua
pihak yang terlibat berkerjasama bukannya wujud konflik antara pihak
pengurusan tertinggi dengan barisan jurulatih yang seperti selalu kita
dengar serta lihat di negara kita.

Manakala menurut House (1971), Haouse dan Dessler (1971),
tingkah laku pemimpin mempunyai banyak kesan langsung ke atas
psikologi orang bawahan yang dipercayai mempengaruhi motivasi
sebagai daya pengerak ke arah perolehan dan pencapaian matlamat
organisasi. Ahli politik dan orang kenamaan masih diperlukan untuk
membantu mendapat tajaan dan derma. Sebagai contoh, dalam
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), apabila Presiden FAM, Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah, telah berusaha untuk mendapat penajaan
daripada syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad,
Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Genting dan Adidas. Baginda
sendiri sentiasa memastikan FAM terus memperoleh wang untuk
mentadbir dan mengurus segala perancangan walaupun pernah
kehilangan tajaan bernilai RM30 juta daripada Dunhill selepas larangan
iklan dan tajaan rokok dikuatkuasakan pada tahun 2005.


5
3.2 Teori Kritis
Teori ini telah diperincikan oleh Max Harkheimer (1937) yang
menjelaskan teori kritikal sebagai teori sosial yang menjurus terhadap mengkritik
dan mengubah masyarakat secara keseluruhan. Teori ini lebih memfokus
kepada penjelasan suatu kultur, kuasa dan relasi sosial. Teori ini berdasarkan
keadilan dan keinginan untuk memahami, konfrontasi dan mengubah sistem
eksploitasi dan penindasan dalam kehidupan sosial. Teori ini juga berkaitan
dengan penglibatan seseorang dalam politik.

3.2.1 Teori Kritis dalam Sukan

Konsep Teori Kritis dalam sukan ialah:
a) Olahraga lebih daripada hanya refleksi masyarakat.
b) Melihat bagaimana olahraga mempengaruhi proses masyarakat
mengembangkan dan memelihara ideologi budaya.
c) Sekiranya ingin mengetahui mengenai olahraga, seseorang itu harus
mengetahui konteks sosial dan budaya di mana olahraga itu wujud.

3.2.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori Kritis

Apabila seorang ahli politik terlibat dalam sesebuah Persatuan
sukan, ini akan menyebabkan sukan tersebut sukar untuk bertahan lama
dan terus selesa berada di takuk yang lama tanpa adanya perubahan
yang mampu diiktiraf dunia. Perdana Menteri Kelima Negara, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa penglibatan
ahli politik dalam sukan sememangnya tidak mampu untuk pembangunan
sukan ke landasan sukan yang sebenar. Beliau sendiri telah
mengarahkan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen agar
tidak lagi memegang jawatan dalam persatuan sukan. Keputusan ini
adalah wajar diterapkan dalam sosiologi sukan negara kita kerana
penglibatan ahli politik dalam sukan adalah tidak bersesuaian kerana
mereka sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk pengurursan
persatuan disebabkan oleh faktor kesibukan kerja politik mereka sendiri.
6
3.3 Teori Fungsionalis

Menurut Emile Durkheim (1958-1917), teori ini mengkaji ahli-ahli individu
dalam masyarakat yang dihubungkaitkan antara satu dengan lain oleh minat dan
sikap yang sama. Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada benda,
bahan atau manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat. Masing-masing
sering berhubungkait dan saling membantu. Perubahan dalam satu bahagian
akan mengubah bahagian-bahagian yang lain sehinggalah titik keseimbangan
berlaku.

3.3.1 Teori Fungsionalis dalam Sukan

Konsep Teori Fungsionalis dalam sukan ialah:
a) Penyertaan dalam sukan mempengaruhi kedudukan sosial
b) Menggalakkan integrasi sosial dalam kumpulan, komuniti dan
pasukan.
c) Hubungan antara penglibatan olahraga dan perwatakan yang baik.
d) Penglibatan olahraga dan pencapaian motivasi

3.3.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori
Fungsionalis

Atlet mempunyai motif untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi
seandainya mereka didorong dengan gaya dan tingkah laku kepimpinan
yang berkesan. Begitu juga halnya dengan tingkah laku kepimpinan
jurulatih yang berkesan dapat memuaskan keperluan-keperluan dan
kehendak atlet (Chelladurai, 1990; Singer, 1977). Persatuan sukan yang
berjaya diurus dengan baik, dapat melahirkan atlet bertaraf dunia. Di
negara kita, perkara ini dapat dilihat dalam permainan seperti skuasy dan
bowling padang yang diuruskan dengan baik. Persatuan ini berjaya
apabila kepimpinan persatuan mempunyai pengetahuan tentang sukan
yang mereka uruskan.
7

Misalnya, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid yang merupakan
Presiden Pesekutuan Lawn Bowls Malaysia yang sangat berminat
terhadap bowling padang sehinggakan beliau boleh menulis buku
mengenai bowling padang. Orang seperti inilah yang diperlukan oleh
negara. Mempunyai latar belakang sukan, berminat dan mempunyai
pengalaman pengurusan. Sukan ini berjaya kerana pucuk kepimpinannya
memang layak. Selain daripada itu, Tan Sri Ahmad Sarji juga
memperkenalkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja dan konsep
pengurusan secara objektif yang sering membincangkan, mengenalpasti
dan menyelesaikan masalah mereka sendiri serta menetapkan apa yang
hendak dilakukan dan dicapai dalam persatuan mereka. Hasilnya, sukan
bowling padang menjadi sukan yang berprestij yang juga menjadi
penyumbang utama banyak pingat emas dalam sukan Komanwel.
Contoh lain ialah seperti Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia
(SRAM), Datuk A Sani Karim yang juga berminat terhadap sukan ini.

3.4 Teori Interaksionis

Pengasas bagi teori ini ialah Maz Weber dan Herbert Mead. Menyatakan
bahawa susunan sosial dicipta oleh rakyat ketika mereka berinteraksi antara satu
sama lain. Tujuan manusia atau individu bersama dengan manusia lain adalah
untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Homan (1950), mengatakan
bahawa manusia tidak akan bersama melainkan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Semakin seseorang itu menyatukan dirinya dengan orang lain semakin kuatlah
ikatannya kepada norma dan nilai bersama, semakin mereka menyukai antara
satu sama lain. Proses ini akan memperkukuhkan ikatan kumpulan melalui
perkongsian aktiviti, norma dan nilai.





8
3.4.1 Teori Interaksi dalam Sukan

Konsep Teori Interaksi dalam sukan ialah:
a) Memfokus kepada isu yan berkaitan dengan makna, identiti, relasi
sosial dan subkultur olahraga.
b) Pengalaman seseorang atlet dan bagaimana ia menentukan dan
memberi erti terhadap penglibatannya.
c) Tujuannya adalah untuk membina dan menggambarkan realiti yang
sedia ada dalam benak atlet, pelatih, penonton dan penyokong.


3.4.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori
Interaksi

Kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya diasaskan
oleh kewujudan semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat
yang dikongsi bersama. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak
antara pasukan Perak yang telah menjuarai Piala Malaysia yang pertama
pada abad ke 21 menewaskan pasukan pilhan iaitu Negeri Sembilan.
Kejayaan pasukan Perak membuktikan bahawa kesepaduan serta
semangat berpasukan yang tinggi oleh pemain boleh menghalang segala
cabaran yang datang sebagai mana kata Carron; 1982 iaitu semangat
berpasukan merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan.

Selain daripada itu, kewujudan sekolah sukan merupakan medan
penting untuk melahirkan atlet yang berbakat. Penglibatan agensi seperti
Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) meliputi semua jenis sukan malah
merupakan lubuk untuk melahirkan atlet baru. Jika tiada MSSM maka
tiadalah atlet. Begitulah pentingnya saling kebergantungan antara satu
pihak dengan pihak yang lain.


9
Di samping itu, persatuan sukan seperti MSSM memainkan
peranan penting dalam memastikan pengajaran pendidikan jasmani
mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian. Keadaan ini
merupakan masalah asas yang jika dibiarkan berlarutan maka hancurlah
sukan di Malaysia. Misalnya, kalau tiada kemahiran asas, bagaimana kita
nak menggarap bakat untuk mewakili pasukan negara. Jadi keperluan ini
haruslah diambil perhatian sewajarnya.

Penglibatan ibu bapa pelajar juga amat membantu kejayaan
seorang atlet itu berjaya. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat ibu bapa
sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi jurulatih kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa akan meluangkan waktu petang atau hujung minggu
untuk turun ke sekolah untuk bersama-sama anak mereka berlatih. Malah
pemain dunia sendiri iaitu David Beckham telah meneruskan tradisi di
sekolah anaknya.


















10
4.0 KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

4.1 Penglibatan Penonton

Sukan ialah sesuatu yang menyeronokkan atau hiburan. Kepuasan
diperoleh apabila seseorang itu dapat menonton atlet yang diminati beraksi.
Perasaan menyokong pasukan sendiri atau pasukan yang diminati adalah satu
perasaan yang sukar digambarkan. Sorakan dan sokongan padu mencerminkan
sikap penonton yang beretika. Sorakan penonton akan memotivasikan pasukan
dan dapat meningkatkan keyakinan diri pemain. Penonton yang beretika akan
merasa puas ketika menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan
kesungguhan aksi dan berupaya mengawal diri dan menerima apa jua
keputusan perlawanan sama ada pasukan mereka menang ataupun kalah.

4.2 Impak Ekonomi

Penglibatan seluruh organisasi sosial dalam sukan juga memberikan
impak kepada ekonomi negara. Ia adalah melalui penajaan, pelancongan sukan,
kajian dan penghasilan serta penjualan produk sukan. Pihak yang mempunyai
hak siaran menikmati keuntungan yang berlipat ganda menerusi penjualan
siaran langsung acara sukan. Selain daripada itu, pihak lain juga berpeluang
mendapat keuntungan menerusi penyiaran iklan-iklan bagi produk mahupun
perkhidmatan organisasi mereka,. Sebagai contohnya oleh pihak MILO dan
Telekom Malaysia


4.3 Penyertaan

Individu atau kumpulan atlet yang terlibat secara langsung dalam sukan
yang dipertandingkan bertujuan untuk mendapatkan kepuasan beraksi atau
bertanding. Individu boleh menyertai pelbagai kejohanan sukan dan menyertai
acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan dianjurkan. Semakin banyak
acara yang disertai mempengaruhi kemeriahan kejohanan dan jumlah penonton.
11
4.4 Budaya

Sukan juga boleh meransang individu untuk saling mengenali antara satu
sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan dan sebagainya. Melalui sukan
juga dapat menerapkan sikap saling menghormati antara budaya dengan budaya
yang lain. Penglibatan dalam sukan juga membuka ruang untuk bersosial,
berinteraksi dengan orang lain dan mempelajari budaya serta mengenali
masyarakat lain.


4.5 Integrasi Kaum

Proses integrasi kaum atau juga dikenali sebagai integrasi nasional dapat
dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum. Sebagai contoh
penglibatan murid dalam sesuatu permainan sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri atau negara. Individu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
bersatu padu dan bekerjasama sebagai pasukan untuk menggalas cabaran
negara malah akan mengetepikan perbezaan agama, bangsa dan lain-lain demi
kejayaan pasukan. Melalui ini juga akan mewujudkan perkenalan dan
persahabatan yang menyumbang kepada proses integrasi kaum.












12
5.0 KESAN PROSES SOSIALISASI DALAM SUKAN

5.1 Individu

Apabila seseorang individu sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sosial
dan sukan, seseorang itu akan dapat melihat perubahan dirinya sendiri mahupun
akan dapat dilihat oleh orang sekeliling mereka. Pembentukan watak dapat
dilihat apabila individu lebih tenang, sabar dan cekal dalam menghadapi pelbagai
situasi dalam kehidupan. Individu itu juga akan menjadi lebih yakin dan berani
mencuba perkara baru sepertimana ianya berlaku apabila atlet itu mencuba
sukan baru. Selain daripada itu, kesannya dapat dilihat apabila ia dapat
membentuk sikap dan daya kepimpinan individu khususnya dalam sukan
berpasukan seperti menjadi kapten dalam pasukan bola sepak.

Menjadi seorang atlet untuk negara tentunya akan membanggakan
negara apabila atlet tersebut dapat memenangi pingat untuk negara ataupun
dapat mewakili negara dalam acara sukan berprestij dunia. Penglibatan atlet
akan menaikkan nama negara di mata dunia. Peningkatan tahap kesihatan
secara menyeluruh boleh dicapai menerusi pengetahuan yang dimiliki dan aktiviti
sukan yang dilakukan dengan betul.

5.2 Masyarakat

Menerusi sukan juga akan membantu proses integrasi kaum menerusi
pelaksanaan aktiviti sukan merentasi batasan kaum seperti pembentukan
sebuah pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum, gabungan penonton
pelbagai kaum yang menyokong sebuah pasukan yang sama dan lain-lain.
Selain daripada itu peningkatan sumber kewangan dari segi kutipan cukai serta
kehadiran penyokong pasukan luar dan pelancongan sukan yang mana juga
hubungan politik dapat diperbaiki melalui semangat setia kawan dapat dipupuk
melalui penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.


13
6.0 KESIMPULAN

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan mempunyai kepentingan yang
dari pelbagai segi. Pembangunan sukan yang menyeluruh memerlukan semua pihak
berganding bahu, bekerjasama, saling membantu dan tidak kenal erti putus asa.
Berhentilah menuding jari serta menyalahkan sebelah pihak jika prestasi sukan tidak
mencapai tahap yang diinginkan. Bergerak ke depan dengan mencari punca kegagalan,
negara kita dibanjiri dengan individu yang pakar dalam bidang sains sukan, psikologi
sukan dan kejurulatihan sukan. Dengan kepakaran ini tidak mustahil mutu sukan kita
meningkat dan berada di tahap yang kita banggakan.
Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih serta kehendak atlet itu
sendiri untuk berjaya. Etika dalam sukan memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan seseorang atlet. Pembangunan sukan di Malaysia sangat bergantung kepada
etika setiap pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang sukan.
Kejayaan yang cemerlang dalam bidang sukan akan mengangkat martabat
negara. Contoh yang kita banggakan ialah apabila pasukan badminton lelaki kita
memenangi Piala Thomas pada tahun 1992. Justeru, kerjasama dari semua pihak
amatlah dituntut bagi mencapai matlamat serta memajukan sukan ke peringkat yang
lebih tinggi.













14
RUJUKAN:
Jay J. Coakley (1986). SPORT IN SOCIETY ISSUES AND CONTROVERSIES, What is the
sociology of sport, (TIMES MIRROR/MOSBY COLLEGE PUBLISHING) page 4

Ishak Ramly. (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor:PTS Production

Sosiologi-sukan. Diperoleh pada 01 oktober 2014, daripada
http://anakjelapang10.blogspot.com/2011/07/sosiologi-sukan.html

Sosiologi-sukan. Diperoleh pada 01 oktober 2014, daripada
http://nic1982.blogspot.com/2012/06/penakrifan-sosiologi-sukan.html

Sosiologi-sukan. Diperoleh pada 01 oktober 2014, daripada
http://www.slideshare.net/OswaldJokinol/bab-1-sosiologi-sukan?related=1

















15