Anda di halaman 1dari 10

Asas-asas Syariah

Hak-hak dan bahagiannya yang empat


Hak-hak Allah
Hak-hak diri
Hak-hak para hamba
Hak-hak seluruh makhluk
Syariah alam yang kekal
Asas-Asas Syariah

Manusia itu hadir ke dunia dengan dibekalkan dengan pelbagai
kelengkapan berupa kuasa-kuasa yang mana setiap satunya menuntut
untuk digunakan dengan sebaiknya.

Terdapat banyak kuasa yang dibekalkan dan salah satunya ialah kuasa
untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Dan untuk menggunakan kuasa-kuasa tersebut, Allah kurniakan perantara-
perantara yang akan membantu pelaksanaannya, seperti tubuh badan kita,
akal fikiran, haiwan, tumbuhan, sumber-sumber alam yang lain di sekitar
kita.


Dunia ini Allah jadikan untuk manusia supaya ia dapat dimanfaati. Oleh itu,
disinilah datangnya syariah Allah untuk memastikan manusia itu dapat
melaksanakan keperluan dan kuasa-kuasa tersebut, mendapatkan manfaat
sepenuhnya daripada apa yang telah Allah sediakan di dunia ini namun
semestinya tanpa memudaratkan manusia-manusia lain dan juga perantara-
perantara yang lain.

Pada segi manfaat dan mudarat, syariah meletakkan bahawa hendaklah
kita menanggung mudarat yang kecil untuk manfaat yang besar dan
hendaklah kita meninggalkan manfaat yang ringan untuk mengelakkan
mudarat yang besar.

Namun, jika dilihat kembali, penglihatan manusia itu terbatas dan tidak
mungkin ia mengetahui keseluruhan akan yang mana satu manfaat dan
mana satu mudarat. Maka, disinilah Allah Yang Maha Alim menetapkan
peraturan-peraturan yang benar dan sempurna untuk rujukan manusia
Hak-Hak Dan bahagiannya yang empat
Bagi setiap manusia, ada 4 hak yang mana telah menjadi
kewajipan bagi setiap muslim untuk betul-betul mengenalinya
dan menunaikannya dengan ikhlas,amanah dan benar. Hak-hak
tersebut ialah:
1- Hak-hak Allah
2- Hak-hak peribadi
3- Hak-hak hamba
4- Hak-hak yang di bawah kekuasaannya di dunia ini iaitu
sesuatu yang dapat digunakan untuk mendapat manfaat

Hak-Hak Allah
Apakah dia hak-hak Allah yang wajib kita laksanakan?
Yang pertama: Beriman kepadanya, tidak menyekutukan-Nya dengan
apa pun. Hak ini tertunai apabila kita beriman dengan kalimah tauhid
La ilaha illa Allah dengan sebenar-benarnya
Yang kedua: Mengakui sepenuhnya akan kebenaran dan petunjuk yang
datang daripada-Nya iaitu yang disampaikan melalui Rasulullah saw.
Yang ketiga: Ditaati. Hak ini tertunai apabila kita kita mengikut undang-
undang yang telah ditetapkan Allah.
Yang keempat: Dipertuan. Wajib ke atas setiap manusia untuk
menunaikan segala yang diwajibkan-Nya .

Hak-hak diri

Manusia itu menzalimi dirinya sendiri lebih banyak daripada
menzalimi orang lain.
Manusia mudah tunduk pada nafsu syahwatnya. Ia tidak peduli
akan bencana yang akan menimpanya jika ia tunduk pada
nafsunya.
"Pada dirimu ada hak ke atas mu". Manusia dilarang melakukan
sesuatu yang boleh membinasakan dirinya; kesihatannya,
akhlaknya, kekuatan akalnya dan jiwanya.
Manusia disuruh untuk bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk
kesejahteraan hidup.
Manusia juga tidak disuruh untuk meninggalkan dunia, sebaliknya
banyak manfaat di bumi ini diciptakan untuk kegunaan manusia
untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.


Hak-hak para hamba
Dalam menunaikan hak-hak diri, seseorang itu perlu juga pastikan ia
melakukannya tanpa menyentuh hak-hak hamba Allah yang lain.
Sebagai contoh, manusia tidak boleh mencuri untuk memenuhi nafsunya kerana
dengan mencuri, ia telah menzalimi hak orang lain.
Syariat telah mengharamkan perbuatan merampas, mencuri, rasuah, khianat, riba,
berdusta, mengumpat, menghasut dan sebagainya, kerana perbuatan-perbuatan
tersebut menindas dan menimbulkan mudarat pada orang lain.
Diizinkan kepada umat Islam untuk menuntut ilmu sains dan sastera dari orang-
orang bukan Muslim. Tetapi umat Islam ditegah meniru tatacara kehidupan
mereka.


Hak-hak para hamba
Sesungguhnya sesuatu umat itu tidak akan meniru umat
lainnya melainkan jika ia mengiktiraf kehinaan dan
kelemahan dirinya sendiri, serta mengiktiraf kehandalan
dan keagungan umat lain. Ini adalah serendah-rendah
perhambaan.
Umat Islam dilarang untuk memperlakukan kaum bukan
Muslim dengan cara perkauman dan pandangan yang
sempit.
Sesungguhnya, tiada suatu perbuatan yang ditunjukkan
oleh seorang Muslim melainkan akan menjadi contoh dan
diteladani berkenaan akhlak yang baik.


DiizinkanNya manusia mengendalikan makhlukNya yang lain dan
menundukkannya dengan kekuatannya, serta mengambil manfaat
daripadanya.

Tetapi manusia juga perlu memerhatikan hak-hak makhluk tersebut.

Manusia tidak dibenarkan menyeksa makhluk lain atau memberi
mudarat kepadanya.

Selain haiwan, manusia juga tidak dibenarkan membinasakan tumbuh-
tumbuhan tanpa keperluan, serta memusnahkan dan membazirkan
sesuatu yang tidak hidup, seperti air.


Syariat alam yang kekal
Manusia dengan manusia tidak dibezakan melainkan
dengan aqidah dan amal.
Islam diturunkan kepada sekalian makhluk tanpa
mengira bangsa, keturunan mahupun kedudukan
geografi.
Syariat Islam adalah kekal, disusun atas fitrah manusia.
Disebabkan fitrah manusia itu kekal sepanjang zaman,
wajarlah jika undang-undang yang disusun diatasnya
tetap kekal sepanjang zaman

Anda mungkin juga menyukai