Anda di halaman 1dari 15

Enjin pembakaran dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari


Sebuah enjin kereta berwarna.
Enjin pembakaran dalam ialah jenis enjin yang pembakaran bahan api dan pengoksida (biasanya udara)
berlaku dalam ruang terbatas yang dipanggil kebuk pembakaran. Tindakbalas eksotermik ini menghasilkan gas
pada suhu dan tekanan tinggi yang dibenarkan. Enjin pembakaran dalam ditakrifkan dari fungsinya yang
dilakukan oleh gas panas yang berkembang yang bertindak secara langsung untuk menggerakkan bahagian-
bahagian enjin yang pejal.
[1][2][3][4]

Istilah "enjin pembakaran dalam" selalu dipakai untuk memaksudkan enjin yang pembakarannya adalah
sekejap-sekejap, seperti enjin Wankel atau enjin beromboh salingan yang mana terdapat kawalan pergerakan
omboh, engkol, sesondol, atau rod penyambung.
[5]
Namun begitu, enjin pembakaran berterusan seperti enjin
pesawat, kebanyakan roket, dan banyak turbin gas juga dikelaskan sebagai jenis-jenis enjin pembakaran
dalam.
[1][2][3][4]
Ini dibandingkan pula dengan enjin pembakaran luar seperti enjin wap dan enjin Stirling yang
menggunakan kebuk pembakaran berasingan untuk memanaskan bendalir berfungsi yang berasingan, yang
berfungsi dengan menggerakkan omboh atau turbin, misalnya.
Wujudnya bermacam-maca rekabentuk yang berlainan untuk enjin pembakaran dalam, setiap satunya ada
kelebihan dan kelemahan tersendiri. Sungguhpun berbagai-bagai kegunaan, namun enjin pembakaran dalam
berguna khususnya dalam aplikasi bergerak seperti kereta, pesawat, dan juga aplikasi bimbit: kebolehan semua
benda-benda sedemikian menggunakan bahan api yang mampat tenaga (khususnya bahan api fosil) untuk
menghasilkan nisbah kuasa-berat tinggi banyak memberi kelebihannya.
Isi kandungan
1 Operasi
o 1.1 Pembakaran
o 1.2 Proses Pencucuhan Petrol
o 1.3 Proses Pencucuhan Diesel
2 Rujukan
3 Pautan luar
Operasi

Kitaran empat lenjang (atau kitaran Otto)
1. Kemasukan
2. pemampatan
3. kuasa
4. ekzos (exhaust)
Enjin pembakaran dalam 4 lejang mempunyai 4 langkah asas yang berulangan setiap 2 revolusi enjin tersebut :
(1) Lejang masukan/sedutan (2)Lejang mampatan (3) Lejang kuasa (4) Lejang ekzos
1. Lejang masukan : lejang pertama dalam enjin pembakaran dalam juga dikenali sebagai lejang sedutan kerana
piston bergerak ke kedudukan isipadu maksimum (arah menurun di dalam silinder). Hasilnya, aci sesondol
menekan ke bawah pada punca injap dan menyebabkan injap masukan terbuka, dan campuran bahan api
mengewap memasuki kebuk pembakaran. Injap masukan akan tertutup pada akhir lejang ini.
2. Lejang mampatan : Dalam lejang ini, kedua-dua injap adalah tertutup dan piston memulakan pergerakannya
ke kedudukan isipadu minimum (gerakan ke atas di dalam silinder) dan memampatkan campuran bahan api
tersebut. Ketika proses mampatan, tekanan, suhu dan ketumpatan campuran bahan api tersebut meningkat.
3. Lejang kuasa : apabila piston sampai ke satu kedudukan hanya sebelum kedudukan tengah tertinggi (top dead
center), palam pencucuh akan menyalakan campuran bahan api tersebut. Kedudukan di mana bahan api
dinyalakan berbeza-beza mengikut enjin; biasanya ia adalah lebih kurang 10 darjah sebelum kedudukan tengah
tertinggi. Pengembangan gas ini terjadi akibat penyalaan bahan api menghasilkan kuasa yang dipindahkan ke
mekanisme aci engkol.
4. Lejang ekzos : Pada pengakhiran lejang kuasa, lejang ekzos terbuka. Ketika lejang ini, piston akan
memulakan pergerakan ke kedudukan isipadu maksimum. Injap eksoz terbuka membenarkan gas eksoz untuk
lepas daripada silinder. Pada pengakhiran lejang ini, injap ekzos tertutup, injap masukan terbuka, dan turutan ini
akan berulangan pada kitar seterusnya. enjin 4 lejang memerlukan 2 revolusi.
Banyak enjin mempunyai pertindihan langkah berbanding masa; enjin turbin melakukan semua langkah ini
serentak pada bahagian enjin yang berbeza.
Pembakaran
Kesemua enjin pembakaran dalam bergantung kepada pembakaran bahan api kimia, kebiasaannya dengan
oksigen daripada udara (walaupun ia adalah mungkin untuk menyuntik nitrus oksida untuk melakukan lebih
blagi untuk perkara yang sama dan meningkatkan kuasa). Proses pembakaran yang terhasil daripada kuantiti
haba yang tinggi, dan juga penghasilan wap dan karbon dioksida dan bahan kimia lain pada suhu yang sangat
tinggi; suhu yang dicapai ditentukan oleh bahan kimia yang digunakan untuk membentuk bahan api dan
pengoksida (lihat stoikiometri), dan juga faktor pemampatan dan juga faktor lain.
Bahan api yang paling biasa ditemui adalah terdiri daripada hidrokarbon dan diterbitkan daripada bahan api
fosil (petroleum). Bahan api fosil termasuk bahan api diesel, petrol dan gas petroleum, dan juga propana (jarang
digunakan). Dikecualikan untuk komponen penghantaran bahan api, kebanyakan enjin pembakaran dalam yang
direkabentuk untuk kegunaan petrol boleh bergerak dengan menggunakan gas asli atau gas petroleum yang
dicairkan tanpa pengubahsuaian major. Bahan api bio berbentuk cecair dan gas, seperti ethanol dan biodiesel
(satu bentuk bahan api diesel yang dihasilkan daripada hasil tanaman yang menghasilkan trigliserida seperti
minyak soya) boleh juga digunakan. Enjin dengan pengubahsuaian yang bersesuian boleh juga digerakkan
dengan gas hidrogen, gas kayu atau gas arang, serta daripada gas pengeluar yang terhasil daripada biojisim.
Baru-baru ini, eksperimen telah dijalankan menggunakan bahan api berasaskan serbuk pepejal seperti kitar
suntikan magnesium (magnesium injection cycle).
Enjin pembakaran dalam memerlukan pencucuhan kepada campuran tersebut, samada dengan pencucuhan
percikan (CI). Sebelum pengenalan kaedah elektrikal yang boleh dipercayai, tiub panas dan kaedah nyalaan
telah digunakan. Enjin eksperimental dengan pencucuhan laser telah dicipta.
Proses Pencucuhan Petrol
Sistem pencucuhan enjin petrol secara amnya bergantung kepada gabungan bateri asid publum dan gegelung
aruhan untuk menyediakan percikan elektrikb bervoltan tinggi untuk mencucuh campuran petrol-udara di dalam
silinder enjin. Bateri ini akan dicas ketika operasi menggunakan peranti yang menghasilkan elektrik seperti
alternator atau generator dipace oleh enjin. Enjin petrol mengambilan campuran udara dan petrol dan
memampatkan ia hingga tidak melebihi 12.8 bar (1.28 MPa), kemudian menggunakan palam pencucuh untuk
mencucuh campuran tersebut ketika ia dimampatkan oleh kepala piston di dalam setiap silinder. Sementara
enjin pembakaran dalam adalah lebih senang untuk dihidupkan dalam cuaca sejuk berbanding enjin diesel,
mereka masih terdedah kepada masalah menghidupkan enjin dalam keadaan ekstrem. Untuk bertahun-tahun
lamanya, kereta perlu diletakkan di tempat yang panas. Di sesetengah tempat di dunia, minyak disalirkan keluar
dan dipanaskan semalaman dan dikembalikan ke dalam enjin untuk penghidupan sejuk. Pada awal tahun 1950-
an unit petrol Gasifier telah dibangunkan, where part on cold weather starts raw gasoline was diverted to the
unit where part of the gas was burned causing the other part to become a hot vapor sent directly to the intake
valve manifold. Unit ini agak popular sehingga blok pemanas elektrik menjadi piawaian di petrol enjin yang di
jual di kawasan cuaca sejuk.
Proses Pencucuhan Diesel
Enjin diesel dan HCCI - Enjin Pencucuhan mampatan cas homogen (Homogeneous charge compression
ignition) bergantung sepenuhnya kepada haba dan tekanan dihasilkan oleh enjin dan proses pemampatannya
untuk pencucuhan. Tahap pemampatan yang berlaku biasanya sebanyak 2 kali atau lebih daripada enjin petrol.
Enjin diesel mengambil hanya udara, dan sejurus sebelum pemampatan puncak, menyembur sedikit kuantiti
bahan api diesel ke dalam silinder melalui penyuntik bahan api yang membolehkan bahan api tersebut itu untuk
terbakar seta-merta. Enjin jenis HCCI mengambil kedua-dua udara dan bahan api, tetapi terus bergantung
kepada proses pembakaran automatik tanpa bantuan (unaided auto-combustion) akibat tekanan dan haba yang
lebih tinggi. Ini juga menerangkan mengapa diesel dan enjin HCCI adalah lebih terdedah kepada isu
penghidupan-sejuk, walaupun mereka berfungsi sama baik dalam cuaca sejuk selepaskan dihidupkan. Enjin
diesel berkuasa ringan (light duty) dengan suntikan langsung dalam jkereta dan trak ringan menggunakan palam
cahaya (glow plug) yang memanaskan terlebih dahulu kebuk pembakaran sejurus sebelum mula untuk
mengurangkan keadaan tidak-hidup dalam cuaca sejuk. Kebanyakan diesel juga mempunyai bateri dan sistem
mengecas. Walau bagaimanapun, sistem ini adalah sekunder dan ditambah oleh pembuat sebagai satu
kemewahan untuk kemudahan memulakan dan memutarkan bahan api hidup-atau-mati (yang mana juga boleh
dilakukan melalui sebuah suis atau peranti mekanikal), dan untuk mengerakkan komponen elektrikal sampingan
dan aksesori. Kebanyakan enjin baru bergantung kepada unit kawalan enjin elektrikal atau elektronik (ECU)
yang juga akan mengubah proses pembakaran untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan lepasan.
Enjin empat lejang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori
dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk
kepada gerakan omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang
mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan,
mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.
Isi kandungan
1 Kitar Otto
2 Bibliografi
3 Lihat juga
4 Pautan luar
Kitar Otto
Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B. Davidson dan
Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh
jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus
Otto pada 1876.
Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta
penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di
dalam silinder:
1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-
bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan
memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang
mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin
Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam
pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar
sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam
kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada
enjin.
4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar
dari kebuk pembakaran.

Kitar empat lejang (atau kitar Otto)

Kedudukan asal, lejang masukan, dan lejang mampatan.

Pembakaran bahan api, lejang kuasa, dan lejang ekzos.
Komponen Enjin 4 Lejang Dan 2 Lejang


i) Enjin 4 lejang

a. Pengenalan:


Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan
kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu
silender, omboh, rod penghujung, aci engkol dan rod tenaga.

b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:


b (i). Silinder



Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh
kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air
adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam
campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku dan
Bakar merupakan nama bapak aku.



b(ii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Rod
penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada
masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci
engkol.





b(iii.) Aci engkol








Aci-aci buka pintu. Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripada pin engkol
dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol
diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada
injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung
belakangnya disambungkan pada roda tenaga .


b(iv). Roda tenaga




Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan pada hujung aci
engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila
daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan
menggerakankan tali sawat. Roda tenaga yang sudah tidak digunakan lagi boleh juga
digunakan untuk membaling kepala anjing.

b(v). Omboh


Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar
omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk
memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.




c. Proses kitaran enjin 4 lejang









1. Lejang masukan


Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan
pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan
terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder
melalui liang masukan.

2. Lejang mampatan


Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan
memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam
pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin
Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.


3. Lejang kuasa


Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam
pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak
diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut
menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan
seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.

4. Lejang ekzos

Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar
dari kebuk pembakaran.







ii) Enjin 2 lejang

a. Pengenalan

Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh
ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.
b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.





b(i). Omboh


Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar
omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk
memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga
berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil
pembakaran.


b(ii). Silinder


Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh
kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air
adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam
campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.


b(iii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod
penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi
menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.

2(iv). Liang pindah


Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia
berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.

2(v). Liang masukan


Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan
udara memasuki kotak enjin.
vi. Liang ekzos


Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil
pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.

c. Proses kitaran dalam enjin 2 lejang

Lejang masukan dan lejang mampatan :


Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir.
Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi
rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke
dalam

Lejang kuasa dan lejang ekzos :


Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar,
menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah,
menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan
campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah
sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah memaksa
campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran
dan memaksa gas ekzos keluar.

Perbezaan Enjin 4 Lejang dan 2 Lejang


Enjin 2 Lejang


-Satu selinder






-Proses kitaran


1.Masukan dan mampatan untuk proses pertama berlaku serentak


2. Kuasa dan ekzos untuk proses yang kedua berlaku serentak


Tiada bukaan di bahagian tepi enjin kerana enjin 2 lejang tiada injap


Tidak mempunyai batang celup pada kotak engkol kerana enjin 2 lejang tiada takungan
minyak pelincir.


-Mempunyai 3 tiang iaitu tiang masuk, tiang ekzos dan tiang pindah


-Omboh mempunyai pemesong


-Kitaran lengkap aci engkol berpusing sekali






Enjin 4 Lejang


-Satu selinder






-Proses kitaran


1. masukan


2. mampatan


3. kuasa


4.ekzos


-Tidak berlaku serentak untuk setiap proses


-Terdapat dua jenis kedudukan injap, iaitu injap atas dan injap ditepi di mana bagi
enjin yang mempunyai injap ditepi terdapat satu bukaan dibahagian tepi enjin untuk
mengeluarkan injap


-Batang celup di bahagian kotak engkol


-Mempunyai dua saluran iaitu saluran masuk dan ekzos


-Omboh tiada pemesong


-Kitaran lengkap aci engkol berpusing dua kali

Servis
Apabila sistem nyalaan gagal berfungsi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah antaranya
enjin tidak dapat dihidupkan, enjin sukar dapat dihidupkan dan enjin kurang kuasa untuk
menjalankan operasi. Tetapi apabila situasi ini berlaku pada Shahrezat, Shahrezat tidak
mengservis sistem pernyalaan, tetapi menukar tiub tayar kerana tidak berapa peka dengan
keadaan yang dialaminya. Pastikan enjin kenderan dan sistem nyalaan dalam keadaan baik
untuk menjamin operasi enjin berjalan lancar. Sila klik 'Read More'.


Nota penting. Palam pencucuh merupakan satu komponen yang penting dalam sistem
penyalaan kenderaan (enjin petrol). Ia memberi kuasa percikkan api semasa lejang kuasa
(sistem empat lejang) yang memberi kuasa kepada kenderaan untuk bergerak.
Sebelum menservis palam pencucuh, kita perlu mengenal pasti jenis-jenis kerosakan yang
sering berlaku pada palam pencucuh. Setiap palam pencucuh mempunyai jurang (jarak antara
elektrod tengah dan elektrod bumi) yang boleh dilaras semasa memasang palam pencucuh.
Jurang palam pencucuh dilaras dengan membengkokkan sedikit elektrod bumi. Tolok perasa
digunakan bagi memastikan ukuran jurang palam pencucuh yang tepat. Jenisjenis kerosakan
palam pencucuh dan langkah mengatasinya :
1. Dalam Keadaan Normal
Palam pencucuh dengan jurang yang tepat menghasilkan bunga api yang cukup panas
tetapi dalam masa yang sama tidak akan terlepas nyalaan. Jurang yang terlalu sempit
boleh sentiasa membakar campuran udara-bahan api tetapi bunga api yang terhasil
adalah terlalu kecil. Jurang yang terlalu besar pula menghasilkan bunga api yang kuat
tetapi boleh terlepas nyalaan semasa kelajuan enjin tinggi. Palam pencucuh juga boleh
dibuat main bunga api di hari raya. Mereka mengelarnya 'Mercun Plug'.
2. Dipenuhi Kerak Karbon.
Apabila palam pencucuh dipenuhi karbon yang dihasilkan melalui proses pembakaran ia
akan menyebabkan nyalaan api akan berkurang. Palam pencucuh ini masih berfungsi.
Bersihkan palam pencucuh dengan berus sehingga hilang kesan karbon. Kesan karbon
seperti ini lebih banyak terdapat di kawasan celah ketiak Nur Niqman berbanding palam
pencucuh.
3. Berminyak.
Palam pencucuh ini masih boleh digunakan Cuma ia mengurangkan nyalaan api pada
enjin. Bersihkan palam pencucuh dengan merendamnya kedalam minyak kemudian
bersihkan dengan kain sehingga hilang minyak.
4. Diselaputi Abu.
Apabila palam pencucuh diselaputi abu (bukan manusia), ia akan mengurangkan
percikan api. Bersihkan palam pencucuh menggunakan berus.
Cara menservis sistem nyalaan :
Bukak kekempat-empat kabel palam pencucuh pada kedua-dua bahaigian iaitu di
bahagian pengagih dan palam pencucuh terlebih dahulu.
Kemudian susun mengikut panjang kabel iaitu yang kecil sekali bernombor 4 dan
diakhiri kabel yang paling panjang bernombor 1. Kabel paling panjang juga sesuai
digunakan untuk menyebat orang.

Periksa ujung setiap keempat- empat kabel dan pastikan kabel pencucuh dalam keadaan
baik dan tidak pecah atau bocor.
Buka penutup pengagih.

Bersihkan dengan berus penutup pengagih dan dibahagian dalamnya daripada habuk
dan kotoran.

Selepas penutup pengagih dibersihkan, tutup semula penutup pengagih kembali ke asal.
Bukan palam pencucuh menggunakan pembukanya.
Kenalpasti kerosakan palam pencucuh. Jika boleh diservis, serviskan ia dan jika rosak
yang berkekalan, ganti palam pencucuh yang baru.
Cuci palam pencucuh menggunakan berus dan kertas pasir. Kemudian pasangkan
semula palam pencucuh tersebut di tempatnya.

Pasang semula setiap kabel mengikut urutan iaitu 1-3-4-2.
Selepas semua selesai, buat pemeriksaan sekali lagi kedudukan kabel palam pencucuh
bagi mememastikan ia mengikut turutan.

TADAAATA

Anda mungkin juga menyukai