Anda di halaman 1dari 15

Politik Dan Pentadbiran

GMGA1024

1


Pengenalan
Sistem pemerintahan adalah suatu sistem yang tersusun dan dimiliki oleh suatu negara dalam
mengatur pemerintahannya. Tiap negara tentu memiliki sistem pemerintahan untuk mengatur
negara tersebut. Namun, antara satu negara dengan negara lain tidak selalu memiliki sistem
pemerintahan yang sama. Terdapat beberapa sistem pemerintahan didunia antaranya adalah
Pemerintahan Berparlimen, Berpresiden, Komunis, Monarki dan sebagainya. Apabila
membicarakan tentang sistem pemerintahan Berparlimen dan Berpresiden maka kita harus mengetahui
apakah yang dimaksudkan dengan istilah kerajaan seperti yang ditakrifkan oleh Mary Jane Turner;
Government is made up of political and administration institutions that have the following
powers; they make and enforce low for a group; they decide the goals for the group; and they
distribute rewards and benefits within the group
manakala Peter Wool pula menyatakan bahawa;
Government as that organ of the state which exercises the highest autority so as to provide
security and justice according to laws or custom that allow the rewards of society to be
distributed peacefully
Melalui istilah yang dikemukakan ini, ini bermakna kerajaan itu adalah untuk segolongan rakyat
yang mahukan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang membolehkan sesuatu urusan itu
berjalan dengan lancar dan licin. Bagi Malaysia dan Amerika Syarikat apa yang penting adalah
sistem pemerintahan yang dijalankan itu membolehkan sesebuah negara ditadbir dengan
mengikut cara yang tersendiri. Melalui ini juga sistem pemerintahan antara Malaysia dan
Amerika Syarikat adalah berbeza antara satu sama lain walaupun tidak dinafikan bahawa
terdapat beberapa bahagian atau sebahagian besar sistem pemerintahan Malaysia dan Amerika
Syarikat adalah sama. Perbezaan dan persamaan sistem pemerintahan ini adalah berdasarkan
kepada negara masing-masing, iaitu perlulah diketahui bahawa Malaysia adalah mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen manakala Amerika Syarikat pula adalah sistem demokrasi
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

2


Berpresiden. Daripada sini kita dapat melihat bahawa apa juga yang dilakukan adalah mengikut
sistem ini, Malaysia adalah bekas jajahan Britain dan hampir kesemua sistemnya masih lagi
dipengaruhi oleh sistem Britain manakala Amerika Syarikat pula adalah sebuah jajahan yang
telah bebas sejak lebih 200 tahun yang lalu dan kemerdekaan Amerika Syarikat adalah
berdasarkan kepada kegiatan orang Amerika Syarikat sendiri seperti George Washington, James
Madison, Edmund Randolph, George Mason, Alexander Hamilton dan beberapa orang lagi yang
telah membuat perlembagaan Amerika Syarikat. Manakala Malaysia perlembagaannya dibentuk
oleh orang Barat atau Britain sendiri dan perlembagaan itu sendiri hampir meliputi keseluruhan
kehidupan rakyat Malaysia manakala di Amerika Syarikat perlembagaannya adalah kabur dan
membolehkan ianya boleh ditaksirkan dengan mengikut kemahuan rakyat Amerika Syarikat
sendiri tetapi tidak dengan Malaysia hinggakan hampir setiap tahun ada sahaja perlembagaan
Malaysia yang dipinda. Setakat ini Amerika Syarikat hanya membuat sebanyak 26 pindaan
sahaja sepanjang perlembagaan itu terbentuk dan Bill of Rights adalah pindaan yang dilakukan
untuk kebebasan rakyat Amerika Syarikat dan dibentuk sekali iaitu pada tahun 1791.









Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

3


Perbandingan / Perbezaan
Pemerintahan Berparlimen
Dalam sistem berparlimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen. Negara-
negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Parlimen terdiri
daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-
kurangnya lima tahun sekali. Parlimen (legislature) ialah badan yang mewakili rakyat untuk
membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar
melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi
kepada dua, iaitu dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui
pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara: atau
institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Britain,
India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Singapura,
Denmark dan Sweden mempunyai hanya satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung
oleh pengundi. Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majority kerusi dalam parlimen
akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-
undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk pembangkakng,
boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini dilakukan oleh parti yang
memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen. Setiap rang undang-undang melalui
tiga tahap iaitu bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahli-ahli
parlimen; bacaan kedua, di mana perbahasan umum diadakan; dan bacaan ketiga, di mana rang
undang-undang itu dikaji fasal demi fasal. Selepas diluluskan oleh dewan rakyat, rang undang-
undang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, (dipanggil senat, dewan negara dan
sebagainya) iaitu bagi parlimen yang mempunyai dua dewan. Di senat perbincangan juga
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

4


diadakan di tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat rang undang-undang itu
dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk ditandatangani. Selepas
ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undang-undang.

Oleh kerana kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar, sama ada dalam
bidang pendidikan, pertahanan atau pembangunan ekonomi, maka kabinetlah yang sebenarnya
merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam
perdebatan dan perbincangan tentang sesuatau dasar itu. Tetapi menteri-menteri kabinet bukan
sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerian
yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Sebagai contoh, menteri
pengangkutan bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasar-dasar pengangkutan, beliau juga
yang menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan (atau birokrasi).
Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksana. Badan
perlaksanaan ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam.
Legislatif (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan
undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat. Menteri-
menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang
berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu fusion of power
ataupun satu percantuman kuasa justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem
demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semanagat konsep pengasingan kuasa dalam
teori demokrasi liberal. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang
bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

5


kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi
berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang
kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di negara-negara demokrasi
berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negara-
negara demokrasi berpresiden seperti England, Jerman Barat dan Kanada. Mengikut teori
demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh
ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di
atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim
tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan
daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat
perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satau Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri.
Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini
memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat
menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk
mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang
keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam
menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu.






Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

6


Pemerintahan Berpresiden
Merupakan sebuah sistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan
sebagaimana mengikut corak pemerintahan negara Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini
berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britain.
Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan
ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua
keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik
anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud
lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Presiden
adalah pemegang kuasa ketua eksekutif dan memastikan perjalanan pentadbirannya berjalan
dengan lancar oleh kerana itu Presiden juga memegang kuasa dalam sistem birokrasi negara.
Kabinet di Amerika Syarikat tidak mempunyai banyak kuasa . Ini adalah kerana yang banyak
kuasa adalah Kongres. Presiden sebagai ketua Kabinet, walaupun presiden mempunyai kuasa
veto untuk membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Kongres, tetapi dengan undi
dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yang ada pada
Presiden. Malah Kongres mempunyai kuasa pendakwaan terhadap sesiapa sahaja pemimpin yang
berasalah, termasuk presiden sendiri. Ini dapat dilihat apabila Presiden Andrew Johnson pernah
didakwa oleh Dewan Perwakilan kerana dasar beliau yang bekerjasama dengan bekas kakitangan
negeri-negeri bagi kepentingan politiknya. Presiden Nixon telah disiasat dan diminta meletakkan
jawatan kerana Skandal watergate. Ahli-ahli Kongres diberikan kebebasan untuk
mengemukakan sebarang kenyataan dalam perbahasan yang diadakan. Mereka tidak boleh
ditangkap, kecuali kenyataan mereka boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Meskipun demikian, Mahkamah Agung mempunyai kuasa untuk menyoal Kongres atas dakwaan
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

7


menerima rasuah ataupun terlibat dalam penyelewengan semasa pilihanraya. Kongres juga
mempunyai kuasa untuk menyingkirkan ahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin
dan meragukan. Ini boleh dilakukan dengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada
Kongres. Kongres adalah sama seperti badan perundangan diMalaysia iaitu ialah yang membuat
undang-undang tetapi Kongres yang meluluskan undang-undang tidak berdasarkan parti. Ini
kerana kongres adalah badan yang berasingan daripada institusi presiden . Walaupun Presiden
merupakan ketua perundangan, tetapi Kongres mempunyai kuasa untuk menolak ataupun
menerima sebarang cadangan yang dibawa oleh Presiden . Semua kuasa dipusatkan di tangan
Kongres.














Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

8


Kelebihan / Kebaikan
Pemerintahan Berparlimen
Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan
kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara
dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah kerajaan rakyat, dari rakyat
untuk rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan
siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi adalah merupakan satu
struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan sebuah negara adalah
ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan
oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi
untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih
perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik
dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan
rakyat. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap
semua lapisan masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Kerajaan demokrasi
mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti
pemilihan dalam pengundian awam.



Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

9


Pemerintahan Berpresiden
Sistem pemerintahan ini mewujudkan satu Eksekutif yang stabil dan mantap yang tidak
bergantung kepada kehendak hati badan perundangan. Tempoh jawatan Eksekutif adalah
ditetapkan oleh perlembagaan dan ini memastikan perjalanan kerajaan secara licin dan lancar dan
terus serta dasar dan programnya semasa tempoh itu tanpa apa-apa halangan atau hambatan.
Tambahan pula, satu tempoh yang tertentu memastikan kesinambungan dalam polisi serta
program dan keberkesanan dan kecekapan pentadbiran kerajaan. Pemisahan kuasa antara ketiga-
tiga badan kerajaan yang terdapat dalam bentuk kerajaan ini merupakan satu pelindung yang
berkesan terhadap kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak asasi rakyat. Dalam
bentuk kerajaan ini, kuasa Eksekutif terpusat (centralised) dan terletak di tangan presiden dan
kabinetnya dan ini memudahkan pihak eksekutif merancang, menggubal serta melaksanakan
program awam jangka panjang tanpa halangan atau dengan pantas tanpa campur tangan badan
lain.
Sistem kerajaan ini merupakan bentuk kerajaan perwakilan. Pengundi diberi kuasa dan peluang
untuk memilih seorang ketua eksekutif negara yang paling berpengaruh dan berkuasa.
Memandangkan ia dipilih oleh rakyat jelata, ketua eksekutif perlu mengambil kira atau memberi
perhatian dan pertimbangan yang sewajar kepada kepentingan, kehendak dan hasrat rakyat. Di
bawah sistem pemerintahan berpresiden, pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti pengurusan,
pertahanan, perniagaan, kewangan, keselamatan, teknologi, hubungan antarabangsa dan undang-
undang (termasuk mereka yang terdiri daripada parti pembangkang) boleh dilantik sebagai ahli
kabinet atau sebagai ketua jabatan eksekutif untuk membantu presiden menjalankan tugas serta
tanggungjawabnya secara berkesan. Mereka dianggap sebagai tulang belakang pemerintahan.
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

10


Di bawah sistem politik ini, semangat parti tidak menjadi dominan atau berpengaruh dalam
kerajaan dan lantaran itu merit memainkan perananyang lebih penting daripada hubungan parti.
Bentuk kerajaan ini lebih berkesan semasa keadaan darurat, kemelesetan atau kegawatan
ekonomi. Ini adalah kerana presiden mempunyai kuasa eksekutif yang tertinggi dan ia boleh
mengambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan tanpa merujuk kepada mana-mana
pihak. Sistem kerajaan bercorak presiden adalah lebih sesuai bagi negara-negara di mana
penduduknya terdiri daripada berbilang kaum dengan pelbagai kepentingan, budaya, tradisi dan
sejarah.











Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

11


Kekurangan / Keburukan
Pemerintahan Berparlimen
Pada dasarnya tidak semua negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat
mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Banyak
takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu corak
pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan kehendak tanpa sekatan,
namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah.
Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan
manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waras yang menentukan
sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Bagaimanapun ada juga
berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta
menimbulkan dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Selain itu kebebasan
dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindkan
tersebut. Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu
menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan
berpolitik. Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk
menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana
mementingkan kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka
sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik
Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan atau dikatakan
sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam
pembentukan sebuah negara memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

12


pemerintahan. Demokrasi pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana diadakan
dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan memerintah.

Pemerintahan Berpresiden
Kerajaan berpresiden merupakan sebentuk kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana
eksekutif adalah bebas daripada badan perundangan (iaitu, berada di luar badan perundangan).
Ini bermakna eksekutif tidak tertakluk kepada kawalan atau jagaan badan perundangan. Oleh itu,
Ketua Eksekutif boleh menggunakan kuasanya secara sembarangan semata-mata dan ini
mungkin boleh menjejaskan kepentingan, kehendak dan hasrat rakyat. Satu lagi kelemahan yang
terdapat dalam bentuk kerajaan ini ialah kegagalannya untuk memastikan kerjasama dan harmoni
di antara eksekutif dan badan perundangan. Kebuntuan (stalemate) sering berlaku antara
eksekutif dan Kongres, terutamanya apabila ketua Eksekutif terdiri daripada parti politik yang
tidak mempunyai majoriti di kedua-dua badan perundangan. Keadaan buntu (deadlock) boleh
menjejaskan perjalanan kerajaan secara licin dan lancar. Undang-undang, program dan dasar
awam tidak dapat dilaksanakan seperti terancang dan mengikut kehendak kerajaan / Ketua
Eksekutif kerana penolakannya oleh badan perundangan.
Bentuk kerajaan berpresiden merupakan satu sistem politik yang terlalu ketat dan kaku. Apabila
seseorang presiden dipilih, dia tidak boleh dipecat walaupun rakyat tidak selesa dan tidak
berpuas hati dengan dasar dan pentadbirannya. Dibawah sistem ini, peruntukan perlembagaan
mengenai tempoh jawatan presiden perlu dipatuhi. Presiden hanya boleh diusir melalui
impeachment process, jika ia terlibat dalam perbuatan jenayah. Kuasa veto (pembatalan) yang
dipunyai oleh Presiden (di bawah perlembagaan) merupakan satu lagi kelemahan yang ada pada
Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

13


corak pemerintahan ini. Jika Presiden tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan
oleh Kongres, ia boleh menolaknya dengan menggunakan kuasa veto ini. Ini boleh menimbulkan
masalah politik jika undang-undang yang dianggap sebagai berguna bagi negara oleh
kebanyakan wakil rakyat ditolak. Ini boleh disifatkan sebagai sesuatu yang tidak berdemokratik.
Sistem pemerintahan berpresiden tidak sesuai untuk menjalankan dasar luar negara secara
berkesan. Ini adalah kerana Presiden perlu mendapat sokongan dan kerjasama badan
perundangan untuk mengikat sesuatu perjanjian antarabangsa atau memberi bantuan tentera atau
mengambil tindakan tentera terhadap negara-negara lain. Jika seseorang Presiden dan badan
perundangan selalunya bermusuhan atau bertentangan satu sama lain, pelaksanaan dasar luar
negara akan terjejas.









Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

14


Kesimpulan
Berdasarkan huraian yang dinyatakan tadi bolehlah dinyatakan bahawa sistem demokrasi
berparlimen dan sistem demokrasi berpresiden mempunyai beberapa perbezaan dan beberapa
persamaan dari segi pemerintahan. Perbezaan dan persamaan ini hanyalah sebagai satu proses
untuk mentadbir dan memerintah negara dengan lebih berkesan dan ini membolehkan sesuatu
negara itu aman dan selamat mengikut sistem pemerintahan yang dijalankan. Jadi nyatalah
persamaan dan perbezaan antara demokratik berparlimen dan sistem demokratik berpresiden
adalah semata-mata untuk melicinkan pentadbiran yang dijalankan di negara masing-masing dan
rakyat juga telah menerima kelebihan dan kelemahan kedua dua sistem pentadbiran ini.
Walaupun perbezaan ini agak kurang ketara namun corak pemerintahannya jelas amat berbeza
sama sekali daripada kedua dua sistem pemerintahan ini.









Politik Dan Pentadbiran
GMGA1024

15


Rujukan
1. Hashim Yeop A. Sani, Bagaimana Undang-Undang Kita Diperbuat, Dewan Bahas dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1990
2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, 1991
3. Robert Oconnor, Politics And Structure:Essential At American National Government
(Edisi Kelima), Brooks Publishing Company, California, 1990
4. Abdul Aziz Hussin, Memperkenalkan undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1995
5. Rollin, Bennett Posey, American Government (Edisi Kelima), Littlefield, New Jersey
1964
6. ht t p: / / www. pet er dj ohns on. net / not es BM. ht m
7. http://rentakruai.blogspot.com/2012/07/kelebihan-dan-kelemahan-sistem.html

Beri Nilai