Anda di halaman 1dari 2

Pemeriksaan Pagi

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta


kawasan perkhemahan perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri
yang mesti dipupuk di kalangan Pengakap Kanak-kanak. Oleh yang demikian
adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan
oleh beberapa orang pemimpin Pengakap yang mengadakan lawatan ke
setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi.
Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:
Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
Susun atur barang dan peralatan kumpulan
Pakaian yang dibawa
Gajet yang dibawa
Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan
peralata perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum
pemeriksaan pagi.
2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang
bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.
3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli Pengakap berdiri
sebaris mengikut system patrol iaitu ketua patrol berada di kanan
sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua
patrol.
4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol
berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.
5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya.
Seperti Patrol Mawar Sedia, sebelum pemimpin berada di pintu
gerbang patrol itu.
6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol
bergerak ke hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri
kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat laporan: Kami Patrol Mawar
seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.
7. Manakala penolong ketua patrol dan kuater master akan keluar baris
sejurus selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin.
Kemudian kembali ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan.
8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta
kebenaran menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: Kami Patrol
Mawar seramai 20 orang mengucapkan ribuan terima kasih dan
meminta kebenaran menjalankan tugas lain, tuan.
9. Maka selesailah Pemeriksaan pagi, selepas pemimpin keluar daripada
pintu gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.


Gambar rajah di atas menunjukkan pemimpin membuat pemeriksaan
barisan.

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan anggota perkhemahan
semasa pemeriksaan pagi.