Anda di halaman 1dari 29

MODEL TERAPI REALITI GLASSER

Asas utama kepada model ini ialah perilaku atau


tingkah laku yang baik hasil daripadakeputusan yang
baik atau bijak. Ini bermaksud setiap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individuberasaskan pilihan yang dibuat.
Pilihan yang dibuat individu berdasarkan keperluan-
keperluan asasmereka.

Keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah
rasa dipunyai dan disayangi,mempunyai kuasa dan
kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersukaria.
Kurikulum danpengajaran mesti berfokuskan keperluan
asas ini.

Glasser juga memfokuskan lebih kepada perbincangan
kelas, di mana ia bermaksud membinadisiplin kelas.
William Glasser menegaskan timbang rasa akan
mendatangkan nilai yang serius ataupenting. Rasa kasih
sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah
yang demokratik denganguru yang prihatin dan
mengambil berat tentang kebajikan muridMurid-murid
adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka
mempunyai tingkah laku yangsendiri dan mereka boleh
mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya, pemilihan
yang baik akanmendatangkan hasil yang bagus,
sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk
akanmendatangkan kesan yang buruk.

Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru
hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya
membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga
sebaik-baiknya menerangkan segalakesan dan akibat
yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan
mereka, sama ada baik ataupunburuk.Akibat daripada
pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh
kesan dan akibat yangbaik mahupun buruk. Mereka
juga perlu bertanggungjawab ke atasnya.

Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap
semua murid-muridnya.Guru sepatutnyatidak boleh
menerima segala keburukan yang dilakukan oleh
muridnya.Seterusnya, murid-murid juga perlu
bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang
mungkin terjadi hasil daripadatingkah laku mereka.
Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling
untuk membantuindividu meneroka kemahuan diri.

KEKUATAN TERAPI REALITI
Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan
dalam bentukkaunseling, misalnya kaunseling kanak-
kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalamperkahwinan,
keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd
Mansur (1993).Kenyataan ini disokong oleh James C.
Hansen (1990) yang mengatakan ;


although now used with a variety of clients in a number
of different settings.Reality Therapy originally used in
the treatment of office patients, mental hospital patients,
and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glaciers
work with juvenileoffenders grew out of this years of
work at the venture school for girls of theCalofornia
Youth Authority.

Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan
secara konkrit, jelas danrealistik di mana ia boleh
menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya
apabilakontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan
klien. Terapi realiti juga mempunyaipelan induk yang
dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh
klien denganbantuan kaunselor sebagai panduan bagi
penyelesaian masalah.Terapi ini telah memberikan
kebebasan kepada klien untuk berfikir secara
rasional,menilai , menentukan dan membuat keputusan
sendiri.
Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang
pendek untuk membantu klienkalau dibandingkan
dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan
pemusataninsan.

Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis
yang menyokongkelebihan-kelebihan terapi ini. Di
antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakanbahawa
pendekatan terapi realiti sebagai
stimulates active mental processes
..Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti
sebagai terapi jangka pendek dansesuai dalam seting di
sekolah dan selanjutnya

reality therapy is a short-term treatment that has been
widely used inschools, institutions and correctional
settings. It is a fairly simple therapeutic approach and
can be mastered withaut length training and supervision
.
Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289)
mengatakan bahawa terapi realiti

applicable to many different populations; effective with
certain disorders;concertinas; short-term; centralized
training center; promotes responsibility and freedom
without blaming; stresses here and now; integrates
control theory
.

KELEMAHAN TERAPI REALITI
Walaupun pada dasarnya, teori pilihan (choice
theory) nampak mudahdilaksanakan setelah membuat
bacaan yang mencukupi, namun begitu sebenarnyaia
tidak semudah begitu. Kelemahan teori ini nampak
dengan jelas ekoran terdapatahli terapis yang
mengamalkan terapi realiti tanpa pemahaman yang
dalam tentangprinsip-prinsip terapi berkenaan.
Kebanyakan seminar-seminar terapi realitidikendalikan
dalam bentuk konsep membantu diri self-help
bukannya dalam bentukklinikal. Ini menyebabkan ramai
terapis pendekatan terapi realiti kurangberpengalaman
dalam bentuk klinikal tetapi bertindak memberi bantuan
berdasarkanlebih kepada pengetahuan. Adalah lebih
tepat jika dikatakan kelemahan tersebutbukan berpunca
daripada teori berkenaan tetapi berpunca dari
pengamal-pengamalyang kurang pemahaman tentang
terapi berkenaan.Satu lagi kekurangan terapi realiti ialah
unsur-unsur masa lampau tidak diberiperhatian
langsung. Mengikut beberapa pengkritik terapi realiti
menyatakan unsur-unsur seperti masa lampau klien
amat penting untuk mengetahui latar
belakangpermasalahan yang dihadapi pada masa kini.
Selain itu, terapi realiti cenderung hanya memfokuskan
kepada tingkahlakusemasa tetapi seseorang manusia
adalah unik dan bertindak dengan secaramenyeluruh
termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan
sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan terapi ini
mempunyai keupayaan yang terbatas.
6
.0
MODEL DISIPLIN YANG BOLEH DIMANFAATKAN
DALAM P&P
Melalui perbincangan yang telah kami lakukan, kami
sepakat memilih ModelDisiplin Teori Realiti dalam
Kaunseling oleh William glasser dan juga Model Disiplin
Asertif Canter. Jika dilihat berdasarkan ciri-ciri kedua
model ini, kita dapat lihatperbezaan yang ketara dan
keduanya begitu kontra sekali dimana William Glasser
lebih cenderung untuk bermain secara psikologi
manakala Canter lebih menekankanketegasan dalam
pengawalan kelas. Pun begitu, tidak menjadi masalah
untukdigabungkan kedua-dua model kerana keduanya
bergerak seiringan.Melihatkan Model Terapi Realiti oleh
William Glasser dikaitkan dengan TeoriKawalan dan
Teori Pilihan. Pada tahun 1970an, Glasser
mengutarakan teori kawalanyang menyatakan
K
ita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita
lakukanadalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita
pada waktu tersebut
.. Namun,pada tahun 1986, Glasser telah ubah nama
teori kawalan kepada teori pilihan. Teoripilihan
menyatakan
Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa
yang terjadi dalam diri manusia diluahkan dari dalam diri
kepada tingkah laku dan perbuatan
.
Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik
darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa
bosan atau tidak berpuas hati dengan jangkaan guru di
dalam bilik darjah, keadaan yang menyebabkan murid-
murid gagal memenuhi keperluan-keperluan asas
mereka di sekolah.

(Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel, 2008. Siri
Pendidikan Guru,Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku)
Oleh itu, berpandukan pernyataan di atas, kita dapat
lihat pelajar sukamembuat bising di dalam kelas akibat
daripada perasaan bosan atau tidak berpuashati
dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah. Pelajar
mungkin kekurangankeperluan-keperluan asas iaitu
rasa dipunyai dan disayangi serta keperluan
untukbersuka ria menyebabkan mereka membuat bising
di dalam kelas.Terdapat beberapa kaedah atau strategi
yang boleh digunakan untukmengatasi masalah pelajar
yang suka membuat bising seperti tidak berminat
untukbelajar. Sebagai seorang guru, guru tersebut perlu
mempelbagaikan strategi dankaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid. Guru juga
perlumemikirkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
murid-murid dan pada masa yangsama meningkatkan
tahap pembelajaran mereka seperti kaedah
bermain,sumbangsaran, main peranan, kolaboratif dan
sebagainya. Aktiviti pengajaran danpembelajaran dan
persekitaran bilik darjah yang sama dan berulang-ulang
harusdielakkan bagi mengelakkan rasa kebosanan
dalam kalangan pelajar. Ini disebabkanapabila pelajar
berasa bosan dan tidak berminat terhadap pengajaran
danpembelajaran guru, mereka mula memikirkan aktiviti
yang lebih menyeronokkan iaitumembuat bising dalam
bilik darjah.
Menurut Glasser, kurikulum perlu dirangka untuk
memenuhi keperluanmurid, iaitu murid dapat
menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya
denganberkesan dan bukan hanya untuk lulus
peperiksaan.(Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel,
2008. Siri Pendidikan Guru,Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku, m/s: 100)
Oleh itu, guru perlu merancang kurikulum yang berkualiti
dengan mengambilkira semua aspek seperti minat dan
kebolehan pelajar. Perbincangan danpengajaran yang
berpusatkan murid patut digunakan semasa pengajaran
danpembelajaran dijalankan. Bagi pelajar yang suka
membuat bising seperti kurangberminat dalam
pelajaran, seseorang guru boleh menyuruh mereka
menerangkansebab bahan yang dipelajari oleh mereka
itu berguna dan menarik minat merekaserta bagaimana
dan di mana boleh mengaplikasikan ilmu tersebut.
Dengan itu,pelajar tersebut akan memberi perhatian
semasa dalam kelas kerana mereka rasadipunyai dan
mempunyai kuasa atau kawalan dalam bilik darjah.
Lantaran itu, secaratidak langsung, pelajar tidak akan
membuat bising dalam kelas dan sentiasamenumpukan
perhatian dalam pembelajaran dan pengajaran dalam
kelas. Jadi,masalah tingkah laku akan berkurang.

Selain itu, bagi pelajar yang membuat bising semasa
guru mengajar, kaedahtime-out iaitu (beri masa kepada
pelajar untuk bersendirian dan memikirkan
semulakesalahan yang telah dilakukan) tetapi jangan
dalam bentuk ugutan juga bolehdigunakan sebagai satu
kaedah untuk membantu menyelesaikan masalah
muridmembuat bising dan tidak menumpukan perhatian
di dalam kelas serta menganggurakan kelas yang lain.
Guru boleh meminta pelajar untuk berada di belakang
ataupunhadapan kelas apabila melakukan sesuatu
kesalahan iaitu membuat bising dalamkelas walaupun
setelah beberapa ditegur dan diberi amaran. Apabila
pelajar sudahsedar akan kesalahannya dan berhenti
membuat bising, maka guru perlu memanggilpelajar
kembali semula ke tempat duduk. Justeru, guru perlu
meningkatkan carapertanyaannya. Sebagai contoh,
Apa yang kamu lakukan
? adalah lebih berkesandaripada
Mengapa kamu lakukan perbuatan itu
?.Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, dalam
terapi ini Glasser telahmenggariskan satu pelan
pengurusan bilik darjah yang terdiri daripada 10
langkah.Langkah pertama, apabila pelajar membuat
bising, guru perlu mengambil masamemikirkan tingkah
laku pelajar bagi mengetahui adakah guru menjadi
penyebabberlakunya pelajar membuat bising seperti
tidak berminat untuk belajar. Inibermaksud seseorang
guru perlu membuat analisis tingkah laku murid
tersebut.

Langkah kedua, guru perlu menentukan cara untuk
menguruskan tingkah lakumurid berdasarkan
pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama
padamasa lepas. Sekiranya strategi yang digunakan
kurang berkesan, hapuskan sahaja.Contohnya,
sekiranya strategi berpusatkan guru kurang sesuai,
maka ia harusdigantikan dengan strategi berpusatkan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya
langkah ketiga, guru boleh mengatasi masalah tingkah
laku yangberlaku di dalam kelas dengan 2 cara iaitu sesi
pengajaran dan pembelajaran yangrelevan dan menarik
serta membina hubungan baik dengan pelajar.
Contohnya,seseorang guru harus membimbing dan
mamahami cara untuk memotivasikanpelajar dengan
memberikan perhatian dan menarik minat pelajar untuk
belajar. Guruharus banyak menghabiskan masa dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti yangmenyeronokkan dan
membantu pelajar apabila perlu. Guru juga perlu
meluangkanmasa untuk berbincang dengan pelajar
tentang topik-topik yang diajar dan mengenalpasti
bahagian-bahagian yang menarik minat mereka.
Dengan ini, seorang gurudapat membina hubungan
yang baik dengan muridnya.Langkah keempat adalah
guru perlu bertanyakan kepada murid Apa yangkamu
lakukan? daripada bertanyakan
Mengapa kamu lakukan perkara tersebut
?bagi mengelakkan murid menjadi bingung. Apabila
murid menyedari apa yangdilakukannya itu salah, maka
dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut
dantidak mengulanginya. Contohnya, guru boleh
bertanyakan kepada pelajar yangmembuat bising iaitu
Apa yang kamu lakukan dalam kelas
? Maka, pelajar tersebutakan mula menyedari bahawa
dia telah melakukan kesalahan iaitu membuat
bisingdalam kelas dan mengubah tingkah laku tersebut.

Langkah kelima, guru harus membuat perbincangan
dengan murid tersebut.Tanyakan soalan seperti
Adakah apa yang yang anda lakukan melanggar
peraturan
?,
Apakah yang sepatutnya anda lakukan
?. Soalan-soalan ini amatpenting bagi murid membuat
penilaian yang berunsurkan nilai berhubung denganapa
yang telah lakukan iaitu membuat bising dalam kelas.
Selagi mereka tidakmenyedari kesalahan mereka,
mereka tetap diberikan konsekuen yang
berkaitan.Murid-murid akan disuruh membuat perjanjian
untuk mengubah tingkah lakumereka kepada yang lebih
baik merupakan langkah keenam. Langkah yang
bolehdilakukan oleh guru adalah dengan bertanyakan
pelajar perkara yang bolehdilakukan olehnya untuk
menolong pelajar yang membuat bising dalam
kelas.Selepas perjanjian dan akibat daripada tingkah
laku telah dipersetujui, pelajar bolehlah diminta untuk
menandatangani perjanjian tingkah laku yang
telahdipersetujui. Contohnya, bagi pelajar yang
membuat bising dalam kelas, merekadikehendaki
membayar RM1 sebagai tabung kelas sekiranya mereka
tidakmengubah tingkah laku tersebut. Oleh itu,
sekiranya pelajar melanggar perjanjianyang telah dibuat
dengan bantuan guru mereka akan berupaya
menyelesaikan salahlaku dengan cara yang paling baik
tetapi bukan secara mendenda. Tujuan utamaadalah
supaya pelajar boleh menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaransemula dan tidak mengganggu rakan
sekelas lain.

Ketujuh, jika tidak berkesan, murid perlu diasingkan
dengan menggunakankaedah time-out yang dilakukan
dalam kelas. Ketika ini murid tidak boleh terlibatdalam
aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya
atau membuatperjanjian yang baru.

Di samping itu, guru harus meneruskan langkah kelapan
iaitu jika tidak berhasil,murid tersebut perlu diberi kelas
tahanan. Dicadangkan guru yang menyelia
kelastahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan
menjadi pilihan murid yangditahan. Contohnya, guru
perlu mempertahankan pelajar yang membuat
bisingdalam kelas supaya dia tidak dapat balik awal
seperti pelajar lain. Maka, lama-kelamaan, pelajar
tersebut akan takut dan cuba mengubah tingkah
lakunya yangtidak baik.Apabila pelajar tersebut tidak
dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dandigantung
persekolahan selama sehari. Ini merupakan langkah
kesembilan yangperlu dilakukan oleh Cikgu Hashim.
Contohnya, guru boleh memberitahu ibu bapasupaya
mereka dapat mengambil tindakan segera demi
mengubah tingkah lakupelajar.Langkah terakhir iaitu
langkah kesepuluh adalah pelajar perlulah tinggal
dirumah atau dirujuk kepada agensi yang dapat
mengendalikan masalah dankehendak pelajar kerana
mereka berupaya untuk memberi bantuan professional.

Model satu lagi yang sesuai digunakan untuk mengatasi
masalah yang timbulbagi pelajar yang bising itu adalah
menggunakan Model Disiplin Asertif Canter.Model ini
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini danpenerimaan pelajar terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan. ModelDisiplin Asertif
Canter adalah diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter
pada tahun1976. Model ini menekankan bahawa gaya
respon seseorang guru boleh bersifatasertif, tidak asertif
serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi
amarandan menyatakan hukuman kepada pelajar jika
melakukan sesuatu salah laku. Sifattidak asertif pula
meminta guru untuk memarahi dengan nada tegas dan
memintapelajar menghentikan perbuatan tersebut. Dan
terakhirnya, bersifat agresif pulaberlaku apabila guru
bercakap nada yang paling tegas dan hampir
melaksanakanhukuman kepada murid. Model ini lebih
menunjukkan bahawa guru bersikapauthoritarian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam situasi ini,
guru haruslah membantu beberapa pelajar tersebut
supayaberkelakuan baik. Guru perlu menentukan
peraturan-peraturan kawalan murid. Antara strategi
yang sesuai digunakan adalah strategi berpusatkan
murid.
Menurut Lee Canter, guru mempunyai hak untuk
menentukan danmengamalkan peraturan dan
mengarahkan murid untuk mematuhinya.(Haliza
Hamzah, Joey Nesamalar Samuel, 2008. Siri
Pendidikan Guru,Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku)
Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang dapatmembantu pelajar memilih
tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat.
Untukmencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-
keperluan guru dan pelajar perlu
antara satu sama lain dan seterusnya melancarkan lagi
proses pengajaran danpembelajaran di dalam
kelas.Untuk mengelak sebarang masalah yang timbul
ketika sesi pengajarandijalankan, guru boleh
menggunakan teknik mengamalkan sikap asertif
padaperingkat permulaan. Pada kali pertama
memulakan kelas tersebut, guru perlumenyatakan
terlebih dahulu peraturan-peraturan yang dikehendaki
olehnya. Guru juga perlu mengingatkan murid yang lain
untuk menyatakan peraturan bahawa setiapmurid perlu
senyap dan tumpukan sepenuh perhatian ketika sesi
pengajarandijalankan. Cara yang terbaik adalah
menjelaskan kemahuan sebagai seorang gurukelas
untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Murid
diterangkan akibat-akibatyang munasabah sekiranya
mereka melanggar peraturan yang
ditetapkan.Penjelasan dari guru diterangkan secara
perbincangan dan bukanya berbentukancaman. Dengan
itu, guru boleh membantu muridnya membentuk tingkah
laku yangdapat membawa kepada kejayaan.Guru yang
asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau
terlampautegas. Seorang guru berwibawa haruslah
memastikan peraturan-peraturan yangperlu dipatuhi dan
pada yang sama mengambil berat dan bertindak adil
terhadapsemua pelajar. Guru boleh menggalakkan
kerjasama dan membantu murid dalamsesi pengajaran
dijalankan. Murid yang suka membuat bising
berkemungkinan tidakminat dalam belajar disebabkan
tidak faham dengan isi penyampaian dari
seseorangcikgu. Selain itu, guru boleh memberikan
tugasan yang sesuai dengan kemampuanmurid-murid
tersebut dengan melibatkan kerjasama antara
kumpulan. Sesipengajaran yang konsisten, adil dan
boleh memenuhi kehendak murid dapatmembina
pembelajaran yang tenang.Canter turut mencadangkan
guru-guru perlu membuat perancangan disiplinsecara
bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas
peraturan dan rutin,pengiktirafan dan akibat daripada
salah laku
.
Guru haruslah menyatakan peraturandengan jelas
tetang tingkah laku yang diingin daripada murid. Guru
perlumeggunakan teknik pengiktirafan untuk
meningkatkan konsep kendiri dan keyakinandiri murid.
Hal ini sebagai penggalak kepada tingkah laku yang
diingin dan bolehmembina persekitaran pembelajaran
yang positif. Guru boleh menggunakan caraseperti
memberi galakan untuk murid yang suka membuat
bising dengan aktiviti

kelas yang menyenangkan. Jika mereka telah berjaya
menyelesaikan aktivititersebut, guru boleh memberi
pengiktirafan seperti memberi komen positif
ataumemaklumkan tingkah laku yang baik kepada ibu
bapa murid tersebut.Tetapi, Canter juga turut
menegaskan matlamat tindakan pembetulan
harusdilakukan agar dapat memberikan keadilan
kepada semua murid dan tindakan yangdilakukan perlu
konsisten. Oleh itu, guru perlu memberitahu kepada
murid yang sukamembuat bising bahawa tingkah
lakunya bercanggah dengan peraturan yangditetapkan
dan pembetulan perlu dilaksanakan jika murid tersebut
masih membuatbising. Guru perlu menangani masalah
ini dengan tenang dan pantas. Guru bolehmenggunakan
teknik hierarki tindakan pembetulan Canter. Setiap
tindakanpembetulan atau akibat dalam hierarki akan
semakin serius daripada sebelumnya.Bagi murid yang
suka membuat bising, guru boleh memberi amaran yang
pertamakepada murid tersebut. Kali kedua atau ketiga,
guru boleh menggunakan cara
timeout
. Kali keempat atau kelima kesalahan yang dilakukan
oleh murid tersebutharuslah dimaklumkan kepada ibu
bapanya. Dan kesalahan yang semakin seriusdan
berterusan, murid tersebut dikehendaki berjumpa
dengan guru besar atau pihakberkuasa.Di samping itu,
guru boleh menggunakan sistem kad warna untuk
menunjukkankesalahan murid. Canter menekankan
untuk mendapatkan pengurusan disiplin yangberkesan,
guru harus mengajar dan membimbing murid tentang
pelan pengurusandisiplin yang dibentuk. Antara
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guruadalah
memberi penerangan mengenai peraturan dan
menunjukkan caraperlaksanaannya. Seterusnya semak
kefahaman murid dan memaklumkan tentangganjaran
atau tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Untuk
menjelaskankepada murid, guru boleh membuat kaedah
main peranan untuk menerangkanperaturan, ganjaran
dan tindakan pembetulan.Bagi murid yang telah
menunjukkan tingkah laku yang diingini seperti
tidakmembuat bising dan menumpukan perhatian
semasa sesi pengajaran, guru bolehmemberi
peneguhan dengan memuji atau memberi motivasi
kepadanya. Berikanpeluang kepada pelajar yang suka
menimbulkan masalah untuk meluahkanperasaan
mereka. Mereka mungkin melakukan perbuatan
sedemikian mungkindisebabkan tekanan atau faktor
luar.

Selain itu, guru boleh menegur murid yang membuat
bising secara individu.Seorang guru boleh
mengingatkan tentang tingkah laku yang telah
ditunjukkan danakibat-akibat yang akan diterima. Guru
perlu bertenang dan tujukkan memahamiperasaan
murid serta elakkan daripada bertelagah dengan murid
kerana berperanansebagai guru kelas kepadanya.Bagi
murid yang masih suka membuat bising semasa
pengajaran dijalankanwalaupun pelbagai teknik yang
telah digunakan, maka guru perlu memberi
perhatiandan pertimbangan yang secukupnya. Guru
perlu memberikan usaha yang lebih untukmenangani
masalah murid tersebut. Murid-murid jenis ini
menunjukkan kelakuandisruptif, senang memberontak
dan tidak bermotivasi. Oleh itu, sebagai guru kelasyang
berpengalaman baru, guru boleh cuba mendekati murid
tersebut dan cubamendapat kepercayaan mereka.
Seterusnya, berikan perhatian dan keperluan
yangbersesuaian dengan murid tersebut. Cari
penyelesaian yang berkesan danberkomunikasi lebih
kerap dengan murid-murid tersebut
Seperti yang telah kita sedia maklum, terdapat pelbagai
model disiplin yangditawarkan oleh para pemikir dan
juga sarjana barat yang boleh diguna pakai dalamsistem
pendidikan di sekolah. Namun begitu, bukan semuanya
boleh di terima pakaioleh budaya dan juga kesesuaian
iklim masyarakat di Malaysia. Jadi, menyedariakan
hakikat itu terdapat lima model yang kami tekankan
dalam EDU3104 iaituModel Teknik Modifikasi Tingkah
Laku Skinner, Model Displin Asertif Canter, Model
Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok
Kounin dan juga Model TeoriRealiti Dalam Kaunseling;
William Glasser.Setiap model yang dibincangkan
mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Danbukan
setiap model boleh diaplikasikan secra serentak di
dalam kelas. Model yangingin diguna pakai oleh guru
perlulah bersesuaian mengikut situasi dan guru
tidakseharusnya berfokus kepada satu model sahaja.
Guru perlu bersikap mencapahdalam menguruskan dan
mengendalikan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajarandi dalam bilik darjah. Jika guru
menggunakan pendekatan atau teknik yang
serupa,murid-murid barangkali akan merasa jemu atau
bosan. Begitu juga jika gurumenggunakan cara yang
sama bagi mendisiplinkan murid-murid, mereka
berpotensiuntuk tidak mematuhi arahan guru mereka.
Sebagai contoh, jika seorang guru kekalmemberikan
peneguhan yang negatif dek kerana kenakalan
muridnya murid tersebutakan lebih cenderung untuk
mengulangi perkara atau kesalahan yang sama. Hal
inikerana jika peneguhan negatif diberikan berulang-
ulang kali, murid tersebut akanmenyimpan perasaan
dendam ataupun memberontak dan tidak mustahil jika
muridberkenaan tidak akan mengendahkan amaran
yang diberikan oleh guru.
Situasi : Ali tidak menganggu rakannya semasa di
dalam kelas, gurunyamenegur Ali dengan bahasa yang
kasar dan memanggil Ali sebagai budak
j
ahat
.
Setiap kali Ali mengulang perbuatannya, guru tersebut
akanmemanggilnya budak
j
ahat
.
Kesan : Ali merasakan dirinya
j
ahat dan dia tidak perlu mendengar arahanatau nasihat
dari gurunya
.

Jadi, guru perlu peka mengenai perilaku murid-murid
sebelum mengenakan apa-apa jua tindakan. Dalam
pelbagai situasi yang berbeza, guru boleh
menggunakanmodel-model disiplin yang berbeza.
Jangan tertumpu pada satu model sahaja
keranakemungkinan cara yang digunakan akan hilang
kesan jika ianya tidak efektif.

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, guru
berkenaan; Puan Rohanimenggunakan pelbagai
pendekatan dan juga hampir kesemua model
disiplindigunakan. Setelah kami menyemak semula
senarai semak mengenai model yangdigunakan, beliau
lebih cenderung menggunakan Model Akibat Logikal
Dreikurs dan juga Model Teori Realiti Dalam
Kaunseling; William Glasser. Walaupun begitu,
guruberkenaan juga mempelbagaikan pendekatan
disiplin sepanjang kelas tersebut. Danapa yang telah
kami lihat, pengawalan ke atas kelas tersebut sangat
berjaya keranamurid-murid mendengar arahan yang
diberikan dan melakukannya. Mereka jugabegitu
gembira dan selesa dengan kelas yang dikendalikan
oleh Cikgu Rohani.Dapat disimpulkan bahawa objektif
pengajaran dan pembelajaran Cikgu Rohanitelah
tercapai dengan jayanya.Melalui tugasan yang diberi
kali ini, guru pelatih telah didedahkan
dengankepelbagaian model disiplin yang ada yang
boleh dipraktiukkan di sekolah. Bukan itusahaja, model-
model disiplin yang diperkenalkan juga merupakan
salah satu buahfikiran bagi guru pelatih untuk
mengaplikasikannya dalam mengawal kelas semasa
disekolah kelak. Model disiplin dan juga kawalan kelas
mempunyai hubungan yangrapat dan salin berkaitan.
Begitu juga dengan kaedah, teknik dan strategi
seseorangguru itu dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kesemua
ini saling bergantung antara satu sama lain dalam
mewujudkan suasanapembelajaran yang kondusif dan
menarik. Jadi kepentingan mempelajari model-model ini
adalah sebagai pelengkap ilmu bagi seseorang guru
pelatih untukmenghadapi profesion perguruan yang kian
mencabar. Sesungguhnyamemanusiakan manusia
bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Oleh
yangdemikian, para guru pelatih harus bersiap siaga
dengan segala ilmu di dada dantimbalah sebanyak
selagi berada dalam dunia pendidikan. Moga kelak gur-
gurupelatih menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan
terbilang di dunia dan jugaakhirat.

8
.0
BIBLIOGRAFI
Amdun Hussain (1995).
K
amus Pelajar
: Cetakan Kedua Belas. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel (2008).
Pengurusan Bilik Darjah danTingkah Laku.
Terbitan Pertama. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.Mok Song Sang (2010).
Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
TerbitanPertama. Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.Mok Song Sang (2009).
Perkembangan
K
anak-kanak.
Terbitan Kedua. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.Sharifah Alwiah Alsagoff (1983).
Ilmu Pendidikan Pedagogi
. Kuala Lumpur:Heinamann Educational Book (Asia)
LTD




disampaikan oleh guru tersebut. Guru perlu mengambil
kira pelbagai aspek yangdiutamakan iaitu aspek minat,
kebolehan dan perkembangan murid supaya
merekaakan menumpukan kepada aktiviti yang ingin
disampaikan oleh guru. Setiap aktivitiyang
dirancangkanmestilah mencabar serta mampu untuk
menjana idea dan mindamurid-murid. Salah laku
daripada murid akan berlaku jika guru gagal
menyediakanpengajaran yang menyeronokkan dan
menarik minat mereka untuk belajar
denganbersungguh-sungguh.Namun begitu, model
Kuonin ini dilihat tidak meberi kesan yang
mendalamterhadap masalah disiplin yang berlaku.
Pendekatan model ini tidak meliputi sistempengurusan
bilik darjah yang sepenuhnya dan masalah disiplin akan
tetap berlakuwalaupun pelbagai pendekatan telah
dilakukan. Hal ini mungkin seseorang murid itudidorong
oleh masalah dalaman mereka sendiri sama ada
keluarga,latar belakang,personaliti ataupun masalah
luar sekolah.
3.5
MODEL TERAPI REALITI GLASSER
Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua
psikatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah
institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California
untuk merawatgadis-gadis yang rosak moral dan
melanggar peraturan atau undang-undang. Dalamtahun
1961, Glasser menghasilkan bukunya yangpertama iaitu
Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas
kepada teknik dan konsep terapi realiti. Istilahrealiti
terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser
dalam manuskripnyayang bertajuk Reality
Therapy.Dalam model disiplin Terapi Realiti yang telah
dikemukakan oleh WilliamGlasser, beliau telah
memperkenalkan Teori Pilihan (Choice Theory).
Beliaumenambahbaik yeori yang terdahulu dengan
memasukkan elemen-keperluan asas,kualititi dan
kreativiti. Antara keperluan-keperluan asas tersebut
adalah kasih sayang,mempunyai kuasa dan kawalan,
kebebasan, dan keseronokan. Salah laku danmasalah
disiplin yang timbul di dalam bilik darjah serta
persekitaran sekolah berlakuakibat murid-murid gagal
memenuhi empat keperluan asas tersebut. Untuk itu,
guruperlu memastikan bahawa keperluan-keperluan ini
perlu difokuskan dalammenjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Selain itu, Glasser berpegang kepada tingkah laku yang
baik hasil daripadakeputusan yang baik dan bijak.
Beliau memfokuskan lebih kepada perbincangankelas,
di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. Glaser
menegaskan timbangrasa akan mendatangkan nilai
yang serius dan penting. Murid-murid memiliki
tingkahlaku yang rasional dan mereka boleh mengawal
tingkah laku mereka. Seterusnya,pemilihan yang baik
akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya
pemilihanpemilihan keputusan yang buruk akan
mendatangkan kesan yang buruk kepadaseseorang
murid tersebut,Bagi mendapatkan hasil tingkah laku
yang baik, guru hendaklah sentiasamembantu murid-
muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik.
Guru jugasebaik-baiknya menerangkan segala kesan
dan akibat yang mungkin daripada kesanpemilihan
tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk. Akibat
daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan
diikuti oleh kesandan akibat yang baik mahupun buruk.
Mereka juga perlu bertanggungjawab keatasnya. Guru
hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua
murid-

muridnya.Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala
keburukan yang dilakukanoleh muridnya. Seterusnya,
murid-murid juga perku bertanggungjawab
danmernerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil
daripada tingkah laku merekasendiri.Penguruusan
Displin Bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai
asaspengurusan displin yang kukuh. Oleh itu, guru
harus mengambil langkah untukmerancang satu bentuk
pengurusan displin bilik darjah yang berkesan, iaitu
sesuaidengan persekitaran bilik darjah masing-masing.
Teori-teori yang telah dibincangkandi atas boleh menjadi
panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan
yangsesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah
masing-masing. Guru juga harusbijak menilai dan
membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi
sendiri.Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan
bilik darjah ditambah denganpengalaman yang ada
akan membantu guru mensistesis satu pengurusan
yangkondusif untuk kegunaan senditi di dalam bilik
darjah masing-masing.




















Melakukan sesuatu yang buruk kepada guru atau rakan
lain walaupun pada luarannya murid ini kelihatan
bersetuju dengan dendaan yg dikenakan guru.
3. Reverse psychology
-teknik utk modifikasikan t/l negatif kpd positif.
-teknik ini memerlukan kemahiran guru utk memahami
psikologi murid berkenaan, serta mengenali sikap
pandangan dan pemikiran dalamannya.tujuannya utk
menginsafkan murid sekaligus membuang t/l negatif dan
bentuk t/l yg positif

4.shaping
-proses pembentukan t/l yg diingini melalui beberapa
peneguhan yg diberi secara beransur-ansur kepada
tindak balas yg diharapkan.teknik ini perlu digunakan
apabila murid tidak melakukan dengan sendiri t/l yg
diingini.

5.kontrak (lisan dan bertulis)
-buat kontrak secara formal dgn guru besar dapat
meyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan
berat sekiranya dia melakukan kesalahan seperti yg
dinyatakan dalam perjanjian.

Anda mungkin juga menyukai