Anda di halaman 1dari 5

Ketibaan

Tetamu
Jemputan
Seiring madah pantun bersambut,
Dalam senyum penghidang tamu,
Mesra berdakap kasih terpaut,
Persilakan tamu sambut dipintu.

Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia
Encik Mohamad bin Lin
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak
diiringi oleh
Yang Berusaha
Encik Ismail bin Talib
Pengurus Kanan Alliance Management, Bank Islam dan
Dan Yang Dihormati,
Encik Abdul Jabar bin Abdul Kahar
Penceramah Jemputan.
Nyanyian
Lagu
Negaraku dan
IPTARku
Gemilang
Warga dewan diminta untuk berdiri tegak bagi menghormati lagu Negaraku dan
IPTARKU GEMILANG
Cue:selepas nyanyian

Hadirin hadirat dipersilakan duduk.
Kata Aluan
Pengacara
Majlis








Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Yang Berbahagia
Encik Mohamad bin Lin
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak









Yang Berusaha,
Encik Ismail bin Talib
Pengurus Kanan Alliance Management, Bank Islam
Yang Dihormati,
Encik Abdul Jabar bin Abdul Kahar,
Penceramah jemputan,
Para pensyarah, guru-guru pelatih serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Selamat datang ke Ceramah Intergriti Dalam Pekerjaan Bidang Pendidikan 2014.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan ................................... dari..................................
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin amin Yarobbalalamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
itu tadi.
Ucapan Aluan
Timbalan
Pengarah
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada
Yang Berbahagia
Encik Mohd bin Lin
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd bin Lin
Di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Ucapan Encik
Ismail
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Ismail bin Talib, Pengurus
Kanan Alliance Management, Bank Islam, untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Ismail bin Talib di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Menjemput
Penceramah
Baiklah, tanpa membuang masa, majlis akan diteruskan dengan sesi ceramah
khas yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita pada hari ini.
Tak kenal, maka tak cinta.
Molek kiranya saya memperkenalkan penceramah kita.
Beliau merupakan selebriti astro Program Imam Muda. Nama penuh beliau adalah
Abdul Jabbar bin Abdul Kahar. Nama timangan beliau Jabar. Dilahirkan pada 30
Januari 1984 di Kajang Selangor dan berusia 29 tahun. Masih muda orangnya
namun sudah pun berkahwin. Sudah tentu ramai gadis-gadis di sini kecewa
mendenga statusnya. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Al-Madinah
International Universiti dan bekerja sebagai penolong pensyarah. Bersukan,
membaca, mengemaskini blog dan melakukan aktiviti lasak merupakan hobi
beliau.
Majlis dengan ini mempersilakan Imam Muda Jabar untuk menyampaikan
ceramah beliau. Dipersilakan.
Penyampaian
Cenderahati
Majlis akan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu
jemputan kita. Dengan ini, majlis menjemput Encik Mohd bin Lin, Timbalan
Pengarah, IPGKTAR untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kita.
Dijemput, Encik Ismail bin Talib, Pengurus Kanan Alliance Management Bank
Islam,
Seterusnya dijemput, Imam Muda Jabar, atau Encik Abdul Jabar bin Abdul Kahar,
Penceramah jemputan kita.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd bin Lin di atas
kesudian menyampaikan cenderhati sebentar tadi.
Kata aluan
penutup dari
Pengerusi
Majlis
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Hadirin dan hadirat sekalian,
kita telah pun berada di hujung acara.
Sekalung apresiasi buat yang sudi hadir bagi menyempurnakan majlis pada hari
ini.

Dikesempatan ini juga, ribuan kemaafan dipohon andai ada salah dan silap
sepanjang Majlis ini berlangsung.
Jemputan ke
bilik teratai
dan
pengumuman
keberangkatan
pulang tetamu
jemputan
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dijemput semua tetamu V.I.P dan para pensyarah
untuk menjamu selera di Bilik Teratai.

Mengumumkan keberangkatan pulang
Yang Berbahagia
Encik Mohamad bin Lin
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak
Yang Berusaha,
Encik Ismail bin Talib
Pengurus Kanan Alliance Management, Bank Islam
Yang Dihormati,
Encik Abdul Jabbar bin Abdul Kahar,
Penceramah jemputan, dan
Para pensyarah
Yang jauh diingati,
Yang dekat disayangi,
Terima kasih daun keladi.

Dengan ini berakhirlah Ceramah Intergriti Dalam Pekerjaan Bidang Pendidikan
2014

Anda mungkin juga menyukai