Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN BUKU TEKS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PENGENALAN
Buku Teks ialah buku yang digunakan
sebagai bahan asas utama mengenai mata
pelajaran yang tertentu.
Di Malaysia buku teks memuatkan perkara
seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun
Negara, Masyarakat Penyayang dan
Wawasan 2020.
Buku teks ditulis berdasarkan kehendak
Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP).
Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif,
organisasi kandungan serta strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan
objektif dan organisasi kandungan mengikut
tahun persekolahan.
Penulisan buku teks juga dikehendaki
menepati keperluan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
PROSES PENERBITAN
HAK CIPTA
Hak cipta adalah hak ekslusif yang diberi
kepada pemilik bahan berhak cipta bagi
tempoh tertentu (Seksyen 13 (1). Akta Hak
Cipta 1987).

BUKU TEKS HAK CIPTA DIPEGANG OLEH
KERAJAAN
Terdapat buku teks untuk beberapa mata
pelajaran, kerajaan, melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia, memegang hak cipta
pada setiap buku tersebut.
Urusan kawalan dan sebarang tindakan
berhubung kawalan dan pengurusan hak
ciptanya diserah kepada Penerbit atau
kontraktor, dengan persetujuan kerajaan.
Segala pendapatan yang diterima
berkaitan dengan perlesenan hak cipta
adalah milik bersama, kerajaan dan
penerbit.
BUKU TEKS HAK CIPTA DIPEGANG OLEH
KONTRAKTOR ATAU PENERBIT
Hak cipta pada setiap edisi buku yang
diterbitkan terletak pada kontraktor atau
penerbit berkenaan.
Kawalan dan tindakan berkaitan kawalan
dan hak pengurusan hak cipta terletak
kepada penerbit sepenuhnya. Segala
pendapatan yang diterima berkaitan dengan
perlesenan hak cipta adalah milik penerbit.
BAHAN GRAFIK BUKU TEKS
Menyampaikan kandungan teks (konsep/fakta)
Membantu memahami teks
Mengukuhkan pemahaman teks
Melengkapkan teks
Memberi maklumat tambahan
Memudahkan pelajar mengingati konsep/fakta
penting
Merangsang pemikiran pelajar dalam
pembelajaran
Memberi nilai estetika

CONTOH GRAFIK BUKU TEKS

Anda mungkin juga menyukai