Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS TEKS SYAIR

Syair
Maksud
Dewa pun duduk ia bercerita,
Asal mulanya dapat sengsara,
Oleh disakitkan saudara,
Setahun sudah di dalam penjara.

Dewa bercerita tentang mereka
yang dikhianati oleh saudara
mereka lalu dipenjarakan selama
setahun.

Sekalian habis diceritakan,
Suatu tidak dilindungkan,
Terlalu belas naga mendengarkan,
Diambil gemalanya lalu diberikan.

Setelah habis dewa dua beradik
bercerita, naga berasa kasihan
mendengar cerita tersebut lalu
memberikan batu geliga saktinya
kepada mereka.

Ambillah tuan muda bestari,
Gemala ini nenek memberi,
Harganya itu tujuh buah negeri,
Apa kehendak keluar sendiri.

Naga menerangkan kepada dewa
dua beradik, batu geliga sakti ini
sangat bernilai kerana mampu
menunaikan sebarang hajat hati
dan tujuan empunya diri.

Jikalau orang terkena bisa,
Airnya sapukan beri berasa,
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,
Dengan seketika beroleh sentosa.

Batu geliga sakti itu dapat merawat
sebarang penyakit dan memberi
ketenangan jiwa dengan Tuhan
yang Esa.

Atau cucuku hendak berperang,
Di dalam gua keluarlah orang,
Beribu keti keluarlah orang,
Dua belas hulubalang yang garang-garang.

Jika hendak berperang, batu geliga
sakti boleh menyediakan tentera
beserta dengan hulubalangnya.
Setelah dewa mendengarkan kata,
Terlalu suka di dalamnya cita,
Lalu bermohon keduanya serta,
Menuju jalan tanahnya rata.
Setelah mendengar kata-kata naga
itu, dewa dua beradik berasa
sangat gembira lalu memohon diri
untuk beredar dari situ dan
meneruskan perjalanan mereka.

Berjalan ia berdua bersaudara,
Mengikut pantai tepi segara,
Siang dan malam tiada antara,
Terus ke negeri Inderanegara.

Kedua-dua bersaudara itu
menyusuri pantai tanpa mengira
siang dan malam untuk menuju ke
sebuah negeri bernama
Inderanegara.
Setelah sudah paginya hari,
Sampailah ia ke hujung negeri,
Bertemulah rumah sebuah berdiri,
Rumah kebayan orang yang bahari.

Apabila tiba pagi hari, dewa dua
bersaudara akhirnya tiba ke hujung
negeri dan bertemu rumah nenek
kebayan.


Tema:
Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).
Persoalan:
Setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan.
Prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan
dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti.
Bentuk:
Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris.
Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
Rima akhir tetap a,a,a,a.


Gaya Bahasa Contoh
Inversi Setahun sudah di dalam penjara. (R1,B4)
Sinkof Dewa pun duduk ia bercerita, (R1,B1)
Kata Ganda Dua belas hulubalang yang garang-garang. (R5,B4))

Unsur Bunyi Contoh
Asonansi Apa kehendak keluar sendiri. (R3,B4)
Aliterasi Berjalan ia berdua bersaudara, (R7,B1)

Nilai:
Keberanian: Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk
mendapatkan gemala sakti.
Kesetiaan: Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan
mereka.
Kasih sayang: Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah
dikhianati oleh saudara mereka.


Pengajaran:


Kita haruslah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkati.








Nama:.. Kelas:..
Syair Mendapat Gemala Naga
Soalan :
1. Apakah kelebihan Batu Gemala Naga?
2. Siapakah yang memberikan Batu Gemala Naga?
3. Kenapakah kedua-dua saudara sangat gembira?
4. Berapa lama mereka dalam penjara ?
5. Bagaimanakah dua bersaudara boleh sampai ke negeri Inderanegara?
6. Jika anda mendapat Batu Gemala Naga, apakah yang akan anda lakukan?

Jawapan:

1..

2. .

3. .,

4.

5.

6.

Anda mungkin juga menyukai