Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN BAGI KEPERLUAN

PROGRAM HARI BAKAT PERINGKAT ZON 1, 2014




1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk pertimbangan pihak sekolah bagi memohon peruntukan
makanan dan pengangkutan murid-murid SK Nambayan Tambunan yang akan menyertai
pertandingan semasa program hari bakat peringkat Zon 1 yang akan diadakan di SK Kinaluan
Tambunan.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program hari bakat ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang ada pada murid
dan seterusnya mengetengahkan bakat tersebut.

3.0 OBJEKTIF
i. Murid dapat menonjolkan bakat mereka melalui pertandingan yang disertai.
ii. Murid lebih yakin dengan diri sendiri dan berani ketika berhadapan dengan
orang ramai.
iii. Melahirkan murid yang berdaya saing dan menerapkan nilai kerjasama pada
setiap murid dalam pertandingan yang disertai.

4.0 TEMPOH MASA DAN TEMPAT
26 Mei 2014 (Isnin)
SK Kinaluan Tambunan

5.0 BILANGAN PESERTA
60 orang murid





6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil.

Perkara

Unit

Jumlah (RM)

1.

Pengangkutan

RM6.00 (Pergi Balik) x 60 orang murid

RM360.00

2.

Sarapan pagi

RM1.50 x 60 orang murid

RM90.00

3.

Makan Tengahari

RM3.00 x 60 orang murid

RM180.00

Jumlah

RM630.00



Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

(Caysandra W. Dani) (Lainin Gidang) (James Kadau)
Penyelaras UKK PK Pentadbiran Guru Besar
SK Nambayan Tambunan SK Nambayan Tambunan SK Nambayan Tambunan