Anda di halaman 1dari 18

AHMAD IZZUDEEN BIN SHUKOR

AININA BINTI ABDUL ILAH


HUMAIRA BINTI AMER
APA ITU PROFESION?
Pekerjaan yang khusus di mana ia
dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan
tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan
khusus dalam bidang berkenaan.
Contoh: keguruan, peguaman, akauntan,
perubatan, kaunseling, kejuruteraan, dan
perniagaan.
Suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek,
latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri
untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pendidikan.
Suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai ketulusan dan
latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan
bermoral tinggi, mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya.
Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dll)
sebagaimana yg sewajarnya terdapat pada
atau dilakukan oleh seorang profesional
KUASAI STRATEGI PENGAJARAN
MENGUASAI KEMAHIRAN
PROFESIONAL
SEBAGAI PEMUDAHCARA
BERKEMAHIRAN MENGURUS BILIK
DARJAH
SEBAGAI PENGAMAL BUDAYA
ILMU
SEBAGAI PEMBENTUK NILAI
AMANAH, DEDIKASI, KOMITED
PADA TUGAS DAN SANGGUP
BERKORBAN MASA DAN TENAGA
UNTUK MURID
BERKEBOLEHAN MEWUJUDKAN
DAN MEMOTIVASIKAN MURID
PEKA TERHADAP PERKEMBANGAN
DALAM BIDANG PENDIDIKAN
MENGAMALKAN PENGAJARAN
YANG EFEKTIF
Para guru perlulah memahami dan
menggunakan strategi pengajaran yang
bervariasi untuk mendorong perkembangan
berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, dan
keterampilan muridnya.
Guru perlu mengadaptasi strategi pengajaran
yang sesuai dengan topik dan kumpulan murid
mereka.
Bagi memastikan startegi pengajaran sesuai,
guru perlulah memahami aspek gaya
pembelajaran yang berbeza antara murid serta
tahap kecerdasan pelbagai yang sesuai dengan
pembelajaran murid.
Memainkan peranan guru sebagai pemudahcara
yang berkesan dengan memberi bimbingan,
motivasi dan menggerakkan murid dalam
kelasnya agar menjalani serta mengikuti aktiviti
pembalajaran yang dilaksanakan.
Sebagai langkah menarik minat murid, guru perlu
memastikan penggunaan startegi pengajaran
berpusatkan murid dan berpusatkan bahan belajar
supaya murid terus kekal motivasi untuk mengikuti
proses pembelajaran.
Antara kemahiran profesional yang harus dimiliki
seseorang guru adalah kemahiran berfikir.
Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional
berfikir dapat dilihat apabila berjaya menggunakan
akal untuk menyelesaikan masalah.
Disamping itu juga, seseorang guru yang
profesional juga harus mahir dalam penyusunan
maklumat, konsepatau idea.
Kemahiran ini diperlukan untuk menghasilkan
suatu yang baharu terutamanya dalam kaedah
dan penggunaan bahan pengajaran selain perlu
peka kepada keperluan semasa yang sesuai
dengan kehendak murid.
Kemahiran ini memerlukan guru untuk mengurus
biluk darjah antaranya menanda rekod
kedatangan murid setiap hari,mengutip yuran
yang dikenakan, menyemak keadaan fizikal bilik
darjah dan sebagainya.
Guru harus menyediakan dan menguruskan
peraturan-peraturan yang terdapat dalam
sesebuah bilik darjah.
Bagi menggalakkan murid-murid mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan dalam sesebuah
bilik darjah, guru boleh memberi ganjaran atau
hukuman yang setimpal sekiranya murid
melanggar peraturan bilik darjah.
Bertindak sebagai role model kepada murid.
Menurut Ragbir Kaur(2007), guru harus
membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak
yang mulia dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi.
Nilai-nilai yang diterapkan ialah moral, agama,
instrumental dan sebagainya.
Maka dengan itu, guru harus mempunyai sifat dan
kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik
dan murni supaya dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna.
Guru perlu memahami bagaimana murid belajar
dan berkembang agar dapat menyediakan
pengalaman belajar yang akan membantu
perkembangan JERIS.
Guru yang profesional akan peka terhadap inisiatif
pendidikan yang terkini dan akan selalu mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan
terkini bagi mengemaskini pengetahuan dan
kemahiran PdP mereka.
Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru
hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai
kemahiran menggunakan internet untuk
memperoleh maklumat tentang perkembangan
pedagogi pengajaran masa kini.
Ia secara tidak langsung bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan guru terhadap
penggunaan ICT melalui program SLE (Smart
Learning Environment).
Penekanan terhadap sikap dan penampilan guru
itu sendiri terhadap konsep ilmu.
Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin
supaya dapat menyebarkan ilmu kepada murid-
murid bagi melahirkan insan dan warganegara
yang berilmu.
Dalam era transformasi pendidikan, guru
hendaklah menghasilkan murid dalam semua
aspek JERIS bagi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa.
Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan
budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati,
berkarya, memberi idea dalam sumbangsaran,
dan bertukar fikiran sera mencari pengalaman
baharu (Ragbir Kaur,2007).
Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi
kriteris utama dan harus dipupuk dalam diri
supaya menjadi teladan begi murid-murid untuk
mencontohinya.
Budaya ilmu dalam kalangan guru dan murid
adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang
terkandung dalamFPK iaitu bagi melahirkan
generasi yang mencintai ilmu pengetahuan da
seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam
amalan pendidikan seumur hidup.
Guru menggunakan pemahaman perilaku dan
motivasi individu mahupun kelompok untuk
mencipta situasi belajar yang mendorong interaksi
sosial secara positif, keterlibatan yang aktif dalam
belajar, dan motivasi diri yang tinggi dalam
kalangan murid mereka.
Kejayaan mewujudkan motivasi hanya boleh
dilakukan jika guru berkenaan mempunyai
keterampilan komunikasi yang tinggi.
Guru boleh menggunakan komunikasi
verbal,nonverbal, dan media yang efektif untuk
mengembangkan penyelidikan,kolaborasi, dan
interaksi yang saling membantu dan seterusnya
pemangkin kepada kejayaan didalam kelas.
Pengajaran yang efektif perlulah melibatkan
elemen pengajaran dari segi
perancangan,perlaksanaan, dan penilaian
pengajaran.
Guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih
startegi PdP yang sesuai kerana ini merupakan
suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti PdP.
Kemahiran guru dalam penguasaan kaedah dan
teknik mengajar untuk menyampaikan isi
pelajaran dengan cara yang berkesan, penting
kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai menjamin keberkesanan pengajaran
serta oencapaian objektifnya secara optimum.

Anda mungkin juga menyukai