Anda di halaman 1dari 9

Pemarkahan dan Markat

i. Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang
berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang
sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang
lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:

i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,


ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,
iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang
boleh digunakan, dan
iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang
digunakan dalam pemarkahan.
v.
ii. Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah
atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala
menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati
tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi
gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan
sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.

Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian.
Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang
mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran
yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini
merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan.
Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun
diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber
untuk mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat
oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda
adalah “ya” kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah
bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk
memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.

iii. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas
kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara
institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan
diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.

Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi
kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan
pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa

1
pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu,
markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada
kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi
kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi
markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara
terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat
bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

iv. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah
merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul
mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti
bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga
merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa
penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?

Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik,
sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik
semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara
seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas
pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian,
sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

v. Teknik Pemarkahan Ujian Esei

a. Secara Keseluruhan (Holistik)

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan
keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar
itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat
kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya
penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan
kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan
kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.

Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk
tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan
kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini
bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu
jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang
lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.

Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah:

• Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,

2
• Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik
di atas dan prestasi terburuk di bawah,
• Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D
dan sebagainya,
• Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah
dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.

Pemeriksa yang menggunakan skala norminal hendaklah membaca skrip jawapan


pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk
mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa
itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan
sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’,
‘sederhana’ dan ‘lemah’ .

Peraturan memberi markah esei secara holistik:

1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa,


gaya, isi dan susunan)
2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu
untuk mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara
berikut:

• Isi ( 25 markah)
Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan
kematangan fikiran dan baik susunannya.
• Bahasa (15 markah)
Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas.
• Gaya ( 10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang
ditentukan.

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Bil. Esei Cemerlang

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.

2 Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan


dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.
3 Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian
panjangnya.
4 Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan
perbendaharaan kata.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan
sebarang kejanggalan.
6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

3
Bil. Esei baik

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

2 Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik


atau setinggi peringkat ‘cemerlang’.
3 Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak
kurang mantap)
4 Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-
sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit
kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.
6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei sederhana

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci.

2 Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat
sederhana.
3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.

4 Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan


penggunaan perkataan yang salah.
5 Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati
kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.
6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil. Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.

2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.

3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.

4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.

5 Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan


kejanggalan penyampaian isi.
6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan
dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah
sehingga maksimum sebanyak tiga markah.

4
Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif.
Mutu pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta
mahir dalam bidang yang berkenaan. Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam
pemarkahan cara holistik boleh dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan
antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa skrip pelajar- pelajar tersebut.

Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-
unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah
diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan
dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan.
Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa
mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.

Contoh perincian (A) :

Isi 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan


dengan baik)
Bahasa 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan.
Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah).
Gaya 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian
pemerengganan.
Jumlah 100

Contoh (B):
Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan, dan
(b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk
pengajaran tatabahasa.
( 10 markah )
Skim pemarkahan:
(a) dua kelebihan------------2 x 2 ½ = 5 markah
(b) dua kelemahan----------2 x 2 ½ = 5 markah
________
Jumlah 10 markah
________

c. Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan


Bil. Teknik Kebaikan Kelemahan

1 Keseluruhan / 1. Semua aspek penulisan 1. Guru mungkin bersifat bias


Holistik diberikan pertimbangan yang semasa memeriksa.
sama rata. 2. Tiada maklumat diagnostik
2. Dapat menilai kebolehan am yang khusus; oleh itu pelajar
dalam bidang penulisan. tidak dapat melihat di mana
3. Pemeriksaan boleh dibuat kekuatan dan kelemahan
dengan lebih tepat; latihan karangan mereka.
yang banyak boleh dijalankan. 3. Sekiranya pemeriksaan
4. Pelajar bebas menulis Menulis memerlukan ramai guru,

5
esei merupakan suatu kordinasi sukar
kemahiran yang memerlukan dilaksanakan.
gabungan beberapa proses.

2 Perincian / 1. Kesalahan pelajar dapat 1. Dengan mengasingkan


Analitikal diperlihatkan dengan jelas. aspek-aspek yang dinilai,
2. Esei boleh diperiksa hanya kemahiran penulisan seolah-
dengan sekali baca. olah terasing. Penulisan
3. Orang yang kurang mahir bukan lagi merupakan
dalam bidang penulisan boleh paduan beberapa proses
menjalankan tugas secara natural.
pemeriksaan. 2. Pemeriksaan memerlukan
4. Pelajar-pelajar dapat melihat masa yang panjang.
di mana dan apa kelemahan 3. Kebolehan penulisan secara
mereka. keseluruhan sukar dilihat.
4. Mungkin menekankan kepada
‘mencari kesalahan’ drp
‘mencari kekuatan’ esei.

Latihan 3

Setelah anda mengetahui kepentingan pemarkahan dan markat, cuba


fikirkan kepentingan skema pemarkahan bagi sesuatu soalan yang diberikan.

Rubrik

Soalan 1: (30 markah)

ISI (20%) : (6 markah) PMT (50%) : (15 markah)

Tugasan 1 (4 markah)
(5 markah)
A. Sebutan
 Penutur bahasa kedua
1. Dialek  Pengaruh dialek
- pikiak  Pengaruh bahasa pasar
- bah......tu  Guru yang tidak menggunakan bahasa baku
- cigu  Murid yang mempunyai pelbagai latar
- baghu belakang bahasa/dialek
 Mana-mana yang sesuai.
2. Bukan penutur jati.

B. Struktur Ayat

- lama-lama pandailah kau orang


- jawab sajalah itu latihan
- ini cakap banyak pulak
- bolehlah bah.....

6
Tugasan 2 ( 2 markah) (10 markah)
latih tubi pasangan minimal
1. Latih tubi  Menyatakan perkataan yang hampir sama
bunyi dengan perkataan dalam petikan.
 Latih tubi pasangan minimal Contoh: orang-orang
 Latih tubi pemintal lidah  Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara
 Latih tubi tukar ganti individu, kumpulan dan kelas

Latih tubi pasangan pemintal lidah


 Dapat menyenaraikan perkataan yang
bermasalah: [r]
 Proses pengulangan: dari perlahan – semakin
cepat.
 Aktiviti berpasangan, kumpulan dan kelas.

Ayat
 Latih tubi tukar ganti
 Menyediakan rajah tukar ganti : subjek,
predikat.

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah)

 Menyatakan punca berlakunya kesilapan.


 Dapat menjelaskan teknik yang dipilih.
 Mematuhi prinsip teknik latih tubi.

KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah)

 Penggunaan ayat yang gramatis.


 Pemilihan perkataan yang sesuai.
 Kesilapan ejaan yang minimum.

RUBRIK

Soalan 1

Markah / Gred 90-100 80-89 75- 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 40-49 30-39 0-29
A A- 79 B B- C+ C C- D+ D E
Kriteria B+
 Menyata  Dapat  Dapat  Dapat  -0-1 perkataan
kan 4 menyatakan 3 menyatakan menyatakan 2  2 ayat
kesilapan kesilapan 4 perkataan perkataan  kurang tepat
Penguasaan Isi perkataan perkataan.  Dapat  Dapat dan kurang
Kandungan  Dapat  Dapat menyatakan menyatakan 2 jelas.
(20%) menyenarikan menyenaraikan 3 4 perkataan struktur ayat
4 kesilapan kesilapan ayat  Kurang jelas  Dengan jelas
struktur ayat dengan jelas dan dan tepat. dan tepat.
dengan jelas tepat.

7
 dapat  . dapat  Dapat  Dapat  Dapat
menyatakan menyatakan menyatakan menyatakan menyatakan
Kefahaman punca punca berlakunya punca punca punca
Konsep berlakunya kesilapan berlakunya berlakunya berlakunya
(20%) kesilapan  dapata kesilapan kesilapan kesilapan
 dapat menyatakan  Dapat  Dapat  Dapat
menjelaskan teknik yang dipilih menyatakan menyatakan menyatakan
teknik yang  mematuhi teknik yang teknik yang teknik yang
dipilih prinsip dipilih dipilih dipilih
 mematuhi penggunaan  Mematuhi  Mematuhi  Mematuhi
prinsip teknik prinsip prinsip prinsip
penggunaan penerangan penggunaan penggunaan penggunaan
teknik masih jelas. teknik teknik teknik
penerangan Tepat tetapi Kurang tepat Tidak
jelas kurang jelas dan kurang jelas. menjawab
/menjawab
kurang jelas.

Markah /Gred 90-100 80-89 75- 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 40-49 30-39 0-29
A A- 79 B B- C+ C C- D+ D E
Kriteria B+
 dapat  Dapat  Dapat  Dapat  Dapat
menyatakan 5 menyatakan 4 menyatakan menyatakan 2 menyatakan 1
Penguasaan punca punca 3 punca punca punca
Kemahiran berlakunya berlakunya berlakunya berlakunya berlakunya
Proses Berfikir kesilapan kesilapan kesilapan kesilapan. kesilapan
(50%)  dapat  Dapat  Dapat  Dapat memberi  Dapat
memberi 3 memberi 2 memberi 2 2 contoh aktiviti memberi 1
contoh aktiviti contoh aktiviti contoh aktiviti latih tubi contoh aktiviti
latih tubi latih tubi latih tubi pasangan latih tubi
pasangan pasangan pasangan minimal. pasangan
minimal minimal minimal  Dapat memberi minimal
 dapat  Dapat  Dapat contoh latih tubi  Tidak dapat
memberi 2 memberi 2 memberi 2 tukar ganti memberi
contoh latih contoh latih tubi contoh latih  Penerangan contoh
tubi tukar tukar ganti tubi tukar tepat jelas.  Penerangan
ganti  Penerangan ganti kurang tepat
 penerang tepat dan jelas.  Penerangan dan kurang
an jelas dan tepat jelas jelas.
tepat

8
 Persembahan  Persembah  Persembahan  Persembahan  .persembahan
Kemahiran sangat an baik dan kurang yang yang tidak
Komunikasi tersusun dan menarik tersususn memuaskan tersusun
(20%) menarik  Penguasaan dan menarik  Penguasaan  penguasaan
 Penguasaan bahasa baik dan  Penguasaan bahasa dan bahasa dan
bahasa pengelolaan bahasa dan pengelolaan pengelolaan
sangat baik hujah mantap. pengelolaan hujah hujah lemah.
 Pengelolaan hujah kurang memuaskan.
hujah sangat mantap
mantap