Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS -SELAMAT DATANG PENGETUA

MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA __________________________________




Mengumumkan ketibaan Yang berusaha , ___________________________,
Pengetua SMK Kampung Gelam ke dalam dewan.

(nyanyian 3 buah lagu dna ikrar)






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, _____________________________________
Pengetua, SMK Kampung Gelam

Yang Dihormati, Tn. Hj Samsuddin bin Abdullah,
Penolong kanan Pentadbiran, SMK Kampung Gelam.

Yang Dihormati, En. Ramlan bin Hassan,
Penolong kanan HEM, SMK Kampung Gelam

Yang Berbahagia, Pn. Rohana binti A.Aziz
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampung Gelam.

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, , kaunselor Sekolah, , rakan-rakan guru,
dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi
meraikan Majlis Sambutan Tuan Pengetua,
______________________________________

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai





Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
SMK KAmpung Gelam menguntum salam.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Kampung Gelam merasa berbesar hati,
mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan Tuan Pengetua dan
semua tetamu jemputan yang hadir ibarat kecil telapak tangan, nyiru kami
tadahkan
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat
doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz
Muhammad Nuri bin Ahmad/ En. Muhammad bin Sidek bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan.

terima kasih Al Fadil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar
tadi.

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan,
lontaran idea dan gagasan.Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan
sukacitanya mempersilakan yang berusaha, __________________________
,Pengetua SMK Kampung Gelam untuk menyampaikan bingkisan kata.
Dipersilakan.

.

Demikian tadi, satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus
membawa mesej dan makna yang kudus dari yang Berbahagia Tuan
Pengetua, pasti menyelinap ke sanubari warga SMK Kampung Gelam.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua
Seterusnya merupakan penyampaian hadiah
_______________________________________________________,

Dengan ini majlis menjemput GPK HEM, En. Ramlan bin Hassan untuk
mengiringi Tuan Pengetua menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua,
________________________________ di atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.




Bagi menyempurnakan majlis ini, Majlis menjemput GPK Pentadbiran, Tn Hj
Samsuddin bin Abdullah bagi menyampaikan cenderamata kepada Tuan
Pengetua, ______________________________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Samsuddin bin Abdullah di
atas kesudian menyampaikan cenderamata tersebut.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu dipenghujung ini untuk mengucapkan selamat datang dan
selamat bertugas kepada yang berbahagia Tuan Pengetua, dan terima kasih
kepada sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.

Para tetamu jemputan dan juga para guru dijemput ke kantin sekolah untuk
menikmati juadah jamuan yang telah disediakan