Anda di halaman 1dari 10

Ceramah Motivasi Sinar UPSR 2012 (Kertas Kerja)

Untuk pelajar PISMP yang bakal menjalani Internship kelak,


projek anda amatlah penting dan mempengaruhi markah anda.
Di sini saya kongsikan contoh kertas kerja ceramah motivasi
UPSR yang telah kami laksanakan pada hari Isnin lepas.
Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat.=)









2.0 PENGENALAN
Program Motivasi Sinar UPSR Achieve Your Target ini merupakan sebuah program yang
dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Program yang dijalankan ini digunakan sebagai alat perangsang dan
kesediaan untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Program ini akan melibatkan
penceramah yang terdiri daripada guru-guru yang cemerlang dalam UPSR serta seorang
pensyarah yang berpengalaman dalam menyampaikan ceramah motivasi. Diharapkan agar
matlamat sekolah dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat
direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi mencapai impian untuk
menjulangi Sarawak.

3.0 DEFINISI MOTIVASI
Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak
mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan
seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang
mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan
dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Menurut Kimble, et
al (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan
memberikan tenaga bagi tingkah laku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri
seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan.

4.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk :
1. Memberi pendedahan awal tentang teknik belajar yang betul kepada pelajar.
2. Memberi motivasi agar diri pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3. Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran.
4. Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya
dipikul sebagai pelajar.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM
5.1 Perancangan
Kami telah merancang program ini pada minggu pertama kami menjalankan
program internship di SK Pati. Sebelum merancang, kami turut sempat berbincang
dengan mentor kami, iaitu Guru Besar SK Pati (Cikgu Salbiah binti Samsudin) serta
Cikgu Ishak bin Ner. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan
memberi persetujuan kepada kami untuk menjalankan program ini.
Seterusnya, kami menjalankan sesi mesyuarat bersama guru-guru dan staf SK
Pati bagi merangka atur cara program motivasi ini serta berbincang mengenai proses
perlaksanaan program. Oleh yang demikian, kami telah mengambil keputusan untuk
manjalankan program motivasi ini dalam tempoh masa terdekat memandangkan
peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi.
5.2 Strategi Pelaksanaan Program
Persediaan awal
5.2.1 Membentuk jawatankuasa program dengan melibatkan semua guru dan staf SK
Pati.
5.2.2 Membincangkan tajuk program yang sesuai mengikut tema.
5.2.3 Membuat keputusan untuk memilih tajuk berkaitan dengan program yang bakal
dijalankan. Oleh yang demikian, tajuk program yang dipersetujui ialah Achieve
Your Target.
5.2.4 Mengenal pasti individu atau pihak yang perlu dihubungi untuk mendapatkan
kebenaran bertulis. Antara pihak yang perlu dihubungi ialah:
Mentor program
5.2.1.1 Guru besar
5.2.1.2 Pegawai Pelajaran Daerah Serian
5.2.1.3 Pihak Penganjur
5.2.1.4 Pihak PIBG
5.2.1.5 Penceramah jemputan
5.2.1.6 Pihak-Pihak Yang Terlibat
5.2.1.7 Pihak Penyediaan Makanan Serta Minuman
5.2.5 Mendapatkan nasihat daripada mentor tentang proses pelaksanaan.
5.2.6 Membahagikan tugas kepada setiap AJK.

5.3 Jawatankuasa Program Motivasi Sinar Upsr
5.3.1 Ahli Jawatankuasa Induk
Penasihat : Puan Salbiah binti Samsudin
Pengerusi : Herma Julianny Henry
Naib Pengerusi : Fazlin Latifah binti Ramdani
Setiausaha : Rex Scott ak Walter
Bendahari : Jhowiezacheus ak John
Ahli-ahli : 1. Semua Guru SK. Pati
2. Guru Pengiring
2.1 SK Samarahan Estate
2.2 SK Lubok Antu/Reban
2.3 SK Plaman Baki/Menaul
3. Staf Sokongan SK. Pati

5.3.2 Ahli Jawatankuasa Kecil
Pengacara Majlis : Jhowiezacheus ak John
Fazlin Latifah binti Ramdani

Bacaan Doa : Ustaz Kharuanuar Bin Che Yusoff

Peralatan Dan Siaraya : Rex Scott ak Walter
Encik Soegerol Bin Markosen
Encik Azlan Bin Karim
Ustaz Kharuanuar Bin Che Yusoff
Encik Sahah Bin Samu

Buku Program : Herma Julianny Henry
Fazlin Latifah binti Ramdani

Persiapan Dewan : Jhowiezacheus ak John
Fazlin Latifah binti Ramdani
Rex Scott ak Walter
Herma Julianny Henry
Encik Sahah bin Samu
Puan Salina binti Boh
Ustazah Norjihan binti Rupni
Encik Ishak bin Ner

Pendaftaran : Herma Julianny Henry
Ustazah Maimon binti Mu
Ustazah Rozina Binti Hamdi

Makanan : Fazlin Latifah binti Ramdani
Puan Rogayah Binti Awang Said
Puan Nur Khairunnisa Abdullah
Puan Ethel ak George Gore
Puan Dayang Lati Binti Awang Seri-ee
Puan Sorati A/P Mursini

Sijil Dan Cenderamata : Herma Julianny Henry
Puan Ponimah Binti Rohim
Cik Winna Anak Tarut
Fotografi Dan Laporan : Jhowiezacheus ak John
Encik Ishak bin Ner

Kebersihan : Rex Scott ak Walter
Encik Soegerol Bin Markosen
Encik Azlan Bin Karim
Puan Noorshela Abdullah
Puan Ong Chiew Choo
Cik Rozina Binti Ibrahim
Puan Atifah Binti Dadu
Puan Puziah Binti Dadu

Keselamatan : Jhowiezacheus ak John
Ustazah Maimon Binti Mu
Encik Ulis Bin Pari
Encik Poniman

Jemputan : Rex Scott ak Walter
Puan Zainon Binti Zailani
Puan Ponimah Binti Rohim
Cik Winna Anak Tarut

Perhubungan : Puan Zainon Binti Zailani (013-8206673)
Puan Rogayah Binti Awg Said
(No. Telefon Sekolah 082-895391)

5.4 Senarai Perasmi Program Dan Penceramah
Perasmian : Puan Salbiah binti Samsudin
(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pati)
Penangguhan : Encik Ahmad Ribut bin Sahari
(YDP Sekolah Kebangsaan Pati)
Penceramah : (1) Bahasa Inggeris :
Puan Suzy ak Richard
(Sekolah Kebangsaan Lubok Antu/ Reban)
(2) Bahasa Malaysia :
Encik Kamal bin Seli
(Sekolah Kebangsaan St. Philip Bugu)
(3) Sains :
Encik Andrew ak Modul
(Sekolah Kebangsaan Krusen)
(4) Matematik :
Encik Pelias Pog ak Meuk
(PPD Serian)
(5) Ceramah Khas :
Jhowiezacheus ak John
Fazlin Latifah binti Ramdani
Rex Scott ak Walter
Herma Julianny Henry

5.5 Pelaksanaan Program
5.5.1 Ketetapan Program
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
:
:
:
:
02 Julai 2012
Isnin
0715 1530
Sekolah Kebangsaan Pati, Serian.

5.5.2 Aturcara Program
0715 0730 : Pendaftaran Peserta
0730 0800 : Nyanyian Lagu Negaraku dan
Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa
Upacara Perasmian
0800 0900 : Ceramah 1 Bahasa Inggeris
0900 1000 : Ceramah 2 Bahasa Malaysia
1000 1030 : Rehat
1030 1130 : Ceramah 3 Matematik
1130 1230 : Ceramah 4 Sains
1230 1300 : Merarau, solat
1300 1400 : Aktiviti selingan
1400 1500 : Ceramah Motivasi Khas
1500 1530 : Majlis penutupan
1530 1600 : Minum petang


5.6 Perincian Pelaksanaan Aktiviti Program
Masa Pengisian Tindakan
0715
0730
Pendaftaran Peserta Herma Julianny Henry
Puan Ethel ak George Gore
Ustazah Maimon binti Mu
0730
0800
Nyanyian Lagu Negaraku dan
Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa
Upacara Perasmian
AJK Peralatan dan Siaraya

Ustaz Kharuanuar Bin Che Yusoff

0800
0900
Ceramah 1 Bahasa Inggeris Puan Ethel ak George Gore
Jhowiezacheus ak John
0900
1000
Ceramah 2 Bahasa Malaysia Puan Rogayah Binti Awang Said
Herma Julianny Henry
1000
1030
Rehat Semua pihak yang terlibat
1030
1130
Ceramah 3 Matematik Puan Nur Khairunnisa Abdullah
Fazlin Latifah binti Ramdani
1130
1230
Ceramah 4 Sains Encik Soegerol Bin Markosen
Rex Scott ak Walter
1230 Merarau, solat Semua pihak yang terlibat
1300
1300
1400
Aktiviti selingan Jhowiezacheus ak John
Fazlin Latifah binti Ramdani
Rex Scott ak Walter
Herma Julianny Henry
1400
1500
Ceramah Khas Jhowiezacheus ak John
Fazlin Latifah binti Ramdani
Rex Scott ak Walter
Herma Julianny Henry
1500
1530
Majlis penutupan AJK Persiapan Dewan
1530
1600
Minum petang AJK Makanan

6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 22 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pati
6.2 Sekolah Jemputan :
6.2.1 5 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate
6.2.2 5 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Lubok Antu/ Reban
6.2.3 5 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Plaman Baki/ Menaul

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS

A. Anggaran Perbelanjaan Makanan
Bil. Makanan Kuantiti
Harga Seunit
(RM)
Jumlah (RM)
1. Minum Pagi 45 1.50 67.50
2. Makan Tengahari 45 6.00 270.00
3. Minum Petang 45 1.50 67.50
JUMLAH RM 405.00

B. Anggaran Perbelanjaan Lain
Bil. Perkara Kuantiti
Harga
Seunit (RM)
Jumlah
(RM)
1.




Peralatan :-
1.1 Alat Tulis
1.2 Fail Poket
1.3 Tanda Nama
1.4 Sijil

37
37
37
37

1.00
0.70
1.20
1.00

37.00
25.90
44.00
37.00
2.

Penceramah :-
2.1 Saguhati

4

50.00

200.00
3. Perbelanjaan Kontigensi

200.00
JUMLAH RM 543.90
JUMLAH KESELURUHAN : A + B = RM 948.90

8.0 PENUTUP
Diharap agar program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan. Dalam pada itu,
diharap program ini akan memberikan input yang berguna kepada para pelajar yang
menyertai program ini bagi menghadapi peperiksaan UPSR serta menjadi pelajar yang
cemerlang. Semoga segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai
positif dan amalan terbaik kepada pelajar. Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan
pelaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya
kepada para pelajar yang akan menghadapi UPSR 2012.

Disediakan oleh :
............................................................
(HERMA JULIANNY HENRY)
Pengerusi Program Motivasi
SK Pati, Serian
Disokong oleh :
............................................................
(PUAN SALBIAH BINTI SAMSUDIN)
Guru Besar
SK Pati, Serian