Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah bahawa jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling
rumah kita sama ada di depan , belakang , kiri ataupun kanan dan merupakan orang pertama yang
membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.Berdasarkan pendapat tokoh di atas telah
menjelaskan bahawa semangat kejiranan merupakan elamen penting dalam hidup bermasyarakat
terutamanya nusa tercinta kita Malaysia yang mempunyai anak watan berbilang kaum. Pada
zaman dahulu , hubungan sesama jiran sangat rapat bagai isi dengan kuku dan hidup sanda-
menyandar seperti aur dengan tebing.Kini, hubungan sesama jiran renggang bagai enau dalam
belukar , melepaskan pucuk masing-masing.Rata-rata kehidupan masyarakat khususnya di kota-
kota metropolitan lebih bersifat nafsi ataupun individualistik.Oleh sebab taraf hidup manusia
semakin meningkat ,setiap ahli keluarga sibuk dengan kerjaya masing- masing mencari rezeki
untuk menampung kehendak atau keperluan mereka.Oleh itu,mereka tidak mempunyai peluang
untuk bertembung dengan jiran merek. Fenomena ini telah menyebabkan semangat kejiranan dan
altruism dalam kalangan warga Malaysia mulai sirna.Paradigma ini sering menjadi polemik
utama dan meniti di bibir ke bibir rakyat.Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu
diambil untuk menghidupkan kembali semangat kejiranan?Oleh itu, setiap persoalan yang
berkaitan dengan langkah pragmatik bagi menyuburkan demangat kejiranan akan dikaji dengan
teliti sehingga ke akar umbi.
Setiap penyakit ada penawarnya,setiap masalah ada penyelesainya.Oleh itu, minhaj utama
untuk menghidupkan kembali semangat kejiranan ialah pihak kerajaan boleh menjalankan
kempen-kempen semangat kejiranan di peringkat kebangsaan sehingga ke pelosok negara.Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen-kempen tersebut dapat memberi lebih banyak kesedaran
kepada rakyat bahawa betapa penting semangat kejiranan dalam kejiranan dalam kehidupan
kita.Seterusnya semangat perpaduan dan bersatu padu dapat ditanam dalam kalangan rakyat
Malaysia yang bercorak dengan pelbagai kaum. Tamsilnya, proklamasi Perdana Menteri, Dato
Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu 1Malaysia sangat menekankan semangat perpaduan antara
kaum di Malaysia. Usaha sama sebegini yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam
institusi masyarakat bagi . mencetuskan semangat kejiranan yang utuh.Sebagai payung pelindung
rakyat, pihak kerajaan haruslah menjalankan kempen kejiranan dengan berterusan dan janganlah
hangat-hangat tahi ayam sahaja. Impaknya, semangat kejiranan dapat ditingkatkan. Jelaslah
bahawa, kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk
memupuk semangat kejiranan.
Tiada gunung yang tidak boleh didaki,tiada lurah yang tidak boleh dituruni,tiada perkara
yang tidak boleh diselesaikan jika tiada usaha yang berterusan.Dengan ini,pihak media massa
memikul obligasi yang signifikan untuk menyebarkan kebaikan semangat kejiranan dengan
pelbagai kaedah. Media cetak misalnya boleh menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan
semangat kejiranan. Media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan
menarik tentang kejiranan.Fenomena ini berlaku kerana, berita dan isu semasa yang disiarkan
oleh media massa lebih mudah menarik perhatian orang ramai terutamanya generasi muda. Biar
kita mengambil contoh usaha Majalah 3 ,iaitu program dokumentari di TV3 telah menyiarkan
Colour of Malaysia yang menunjukkan keistimewaan nusa tercinta kita yang berbilang kaum.
Dengan adanya cara ini, pelbagai maklumat dan berita tentang semangat kejiranan boleh
disampaikan dengan cepat dan mudah.Sebagai sayap kiri negara, pihak media massa haruslah
mempromosikan maklumat tentang semangat kejiranan supaya semangat kejiranan dapat
disebarkan daripada bandar hingga ke kampung.Sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat
kejiranan yang diibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah dapat dihidup kembali
melalui media massa.
Uslub seterusnya untuk menghidupkan kembali semangat kejiranan ialah masyarakat
setempat perlulah mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini berlaku kerana jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukanDengan
berbuat demikian,mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali
gus membolehkan seseorang itu mengenal latar belakang jiran mereka supaya hubungan mereka
menjadi lebih dekat.Situasi ini bertepat dengan peribahasa tak kenal maka tak cinta. Menurut
laporan majalah The Times di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia
merupakan antara aktiviti yang terbaik di dunia.Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan tempat tinggal mereka, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat mengeratkan
hubungan antara jiran.Sebagai rakyat,kita haruslah aktif melibatkan diri dalam aktiviti gotong-
royong yang diadakan di taman sendiri.Impaknya,semangat kejiranan dapat disemai di jiwa
kita.Pendek kata, masyarakat setempat perlulah mengadakan aktiviti gotong-royong supaya
semangat kejiranan dapat dihidupkan kembali.
Bergerak ke jendela lain, penduduk setempat hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah
terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Melalui saluran tersebut, ikatan silaturahim dapat
dibentuk secara langsung semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat dapat
diperkukuhkan.Langkah bijaksana ini diibaratkan serampan dua mata . Melalui rumah terbuka ini,
semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah.Contoh yang boleh kita diketengahkan tentang
sambutan majlis rumah terbuka ialah sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas,
Deepavali dan sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan.Dengan inisiatif ini, jiran dapat
bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat.Sebagai jiran, kita haruslah
menraihkan sambutan perayaan bersama jiran yang berkaum lain.Implikasinya,perpaduan antara
kaum dapat ditingkatkan . Tidak bersangkal lagi bahawa, majlis rumah terbuka mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Yang bulat tidak boleh bergolek,yang pipih tidak datang melayang.Usaha demi usahayang
diambil memang berjaya menghidup kembali semangat kejiranan kerana kejayaaan ada sering
datang berani bertindak,langkah berikutan ialah ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya
ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama
dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan
yang serba kekurangan.Sebagai analoginya, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke
hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan.Melalui perbuatan tersebut, sifat kasih
sayang dapat dibentuk dan sikap mementingkan diri yang diibaratkan enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing dapat dibuang sejauh-jauhnya. Jadi, melalui lawatan
kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan
secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang.Sebagai jiran,
kita mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga dan bersikap
menjaga kain tepi tehadap hal jiran.Intihannya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-
mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.

Sebagai penutup bicara, semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk
melahirkan masyarakat yang prihatin dan membentuk perpaduan kaum. Oleh itu,kita perlu
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi, sikap
mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal Jika hal ini
dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara.
Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Jadi, untuk
mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada
jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan
kita. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita
sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan
dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan.Dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap
masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara
supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.