Anda di halaman 1dari 6

Kod Kertas

IKBN.A1.10.05.(T)

Page 1 of 6

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

KATEGORI

A1

DUTI

10.05 : PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN.

TASK

10.05.1 : SHUTDOWN PROCEDUR.


10.05.2 : CABLE SPIKE.

OBJEKTIF
PENCAPAIAN PIAWAI

KERTAS PENERANGAN INI MENERANGKAN KEPADA


PELATIH CARA-CARA SHUTDOWN PROCEDURE BAGI
FEDDER
PILLAR
DAN
CARA-CARA CABLE
SPIKE
DILAKUKAN.

TAJUK

SHUTDOWN PROCEDURE DAN CABLE SPIKE.


KERTAS INI MENERANGKAN KEPADA PELATIH MENGENAI :-

TUJUAN

i.

Shutdown Procedure.

ii.

Cable Spike.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 10 - Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi
1)

Kod Kertas

IKBN.A1.10.05.(T)

Page 2 of 6

TAJUK : KERJA-KERJA PADA KABEL VOLTAN TINGGI.

TUJUAN :
1. Pengawasan Am.
2. Memaku (spike) Kabel Voltan Tinggi.
3. kabel berhampiran yang hidup.

KETERANGAN:
1. Pengawasan Am.
a) Tidak sesiapa dibenarkan menyentuh penebat yang menyalut atau
yang menyokong sebarang pengalir tertakluk kepada Voltan Tinggi
kecuali pengalir itu telah mati atau dibumikan.
b) Sebelum pengeluaran Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja (Orang
Kompetensi) untuk bekerja pada kabel voltan tinggi, orang yang
berkebenaran hendaklah mengenalpasti dengan cara yang diluluskan
bagi kabel dimana kerja akan dijalankan. Kerja ditempatkan kerja
sebenar hendaklah dipaku ( spike ) dengan cara yang diluluskan.
2. Memaku (spike) Kabel Voltan Rendah atau Tinggi.
i.

Alat-alat yang digunakan.

Pepaku kabel ( spike cabel ).

Rod bumi.

Dawai bumi.

Tukul ( 5 ib) dengan pemegang yang panjang.

Pepaku kabel hendaklah dicantumkan dengan berkesan kepada salut kabel ( cable
sheath ) dengan menggunakan dawai sekurang-kurangnya setengah saiz teras
kabel.
ii.

Orang yang bertanggungjawab.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 10 - Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi
1)

Kod Kertas

IKBN.A1.10.05.(T)

Page 3 of 6

Pengujian dan pemakuan mesti dilakukan oleh orang


yang berkebenaran dengan kehadiran penerima Sijil
Kebenaran untuk menjalankan kerja dan hendaklah
disaksikan olehnya dan secara bertulis.
3. Kabel berhampiran yang hidup.
Di mana kerja akan dijalankan pada litar kabel berhampiran dengan litar hidup
yang lain dan pada litar kabel dengan salut logam yang berpenebat
sepenuhnya, pengawasan khas hendaklah diambil untuk menghindarkan bahaya
dari voltan aruhan.

PENGASINGAN KABEL V.R

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 10 - Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi
1)

Kod Kertas

IKBN.A1.10.05.(T)

Page 4 of 6

TUJUAN :
1. Orang-orang yang bertanggungjawab untuk mengasingkan kabel V.R.
2. Pengasingan kabel di papan pengagihan V.R pencawang elektrik.
3. Pengasingan kabel pengguna di peti pembekal.
4. Pengasingan kabel pembekal terus ke sistem sesalur talian atas.
KETERANGAN:
1. Orang-orang yang bertanggungjawab untuk mengasingkan Kabel V.R.
I. Orang yang Berkebenaran.
a) Untuk mengasingkan kabel V.R
b) Untuk mengasingkan V.T.
II. Orang yang berkecekapan.
a) untuk mengasingkan kabel V.R berasaskan arahan yang diberi oleh
orang yang berkebenaran.
b) Untuk mengasingkan kabel V.T berasaskan arahan yang diberikan
oleh orang yang berkebenaran.
2. Pengasingan kabel di papan Pengagihan V.R Pencawang Elektrik.
a) Matikan punca bekalan yang menyambungkan kabel tersebut.
b) Menentukan kabel yang betul untuk diasingkan di papan
Pengagihan V.R pencawang elektrik.
c) Uji kabel dengan Penunjuk Voltan atau dengan Jangka AVO.
Kabel itu mestilah mati.
d) Mengasingkan kabel itu dengan mengeluarkan fius-fius atau
penyambungan (link). Neutral hendaklah dikeluarkan akhir
sekali tetapi dimasukkan awal sekali apabila menghidupkan
kabel itu. Fius-fius atau penyambungan-penyambungan yang
dikeluarkan mestilah disimpan bersama orang itu.
e) Uji kabel itu sekali lagi untuk memastikan ia telah mati.
f) Gantung notis AWAS pada kabel itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 10 - Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi
1)

Kod Kertas

IKBN.A1.10.05.(T)

Page 5 of 6

g) Pergilah ke tempat kerja dan sebelum kerja dikabel itu


dimulai, uji kabel itu dahulu untuk menentukan kabel yang
dibuang fius tadi adalah sama.
h) Discas ( discharge) dan membumikan kabel itu selama 10
saat dengan menggunakan pepaku kabel ( Cable Spike)
3. Pengasingan Kabel Pengguna Di peti Pembekal.

PETI PEMBEKAL
PENGGUNA

KABEL

a) Merujuk daripada gambarajah di atas, sebelum pengasingan kabel dilakukan,


putaran fasa ( Phase Rotation) pengguna mestilah diambil dengan
menggunakan Jangka Putaran fasa dan catit.
b) Matikan punca bekalan yang menyambungkan kabel tersebut.
c) Mengeluarkan fius-fius atau menyambung penyambung di peti untuk
menahan suapbalik (back feed) dari set janarus (jika ada).
d) Gantung notis AWAS pada peti kabel pengguna.
e) Menentukan kabel yang betul untuk diasingkan dipeti pembekal.
f) Uji kabel itu. Ia mestilah mati.
g) Mengasingkan kabel itu dengan mengeluarkan fius-fius atau penyambungpenyambung. Neutral mestilah dikeluarkan diakhir sekali. Fius-fius atau
penyambungan-penyambungan yang dikeluarkan mestilah disimpan bersamsama dengan orang itu.
h) Uji kabel sekali lagi untuk memastikan ia telah mati.
i) Gantung notis AWAS pada kabel itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 10 - Kertas Penerangan
Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi
1)

Kod Kertas

IKBN.A1.10.05.(T)

Page 6 of 6

j) Uji kabel tersebut ditempat kerja untuk memastikan keselamatan. Kabel itu
mestilah mati.
k) Discas ( discharge) dan membumikan kabel itu selama 10 saat dengan
menggunakan pepaku kabel ( Cable Spike)
4. Pengasingan kabel membekal terus ke sistem sesalur talian atas.

Pengasingan bolehlah dibuat pada papan pengagihan V.R di


pencawang elektrik atau di peti pembekal.

Cara-caranya telah disebutkan ( no 2 dan no 3).

Kabel yang membekal ke sistem sesalur talian atas itu bolehlah


dibuktikan mati dengan menguji pengalir-pengalir talian atau servisservis dengan menggunakan penunjuk voltan atau jangka AVO.
Pengalir-pengalir sesalur talian atas hendaklah di discas dan
dibumikan sebelum kerja dimulakan.

Sebab mengapa neutral perlu dikeluarkan di akhir sekali semasa


pengasingan dan dimasukkan dahulu semasa pemasangan kerana :i.

Neutral sebagai discas point kerana faktor keselamatan.

ii.

Jika neutral diabaikan maka elektrik akan mengambil jalan


mudah ketika proses discas dilakukan iaitu melalui badan
kita dan mengakibatkan kejutan elektrik.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 10 - Kertas Penerangan


Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1
2004 (Versi
1)