Anda di halaman 1dari 22

Islam adalah agama fitrah iaitu agama Allah yang mencipta manusia semulajadinya untuk

menerima Islam sebagai Agama yang benar tanpa membuat sebarang pindaan atau tambahan.
Manusia secara semulajadinya memerlukan agama dan Islam adalah agama yang menyelamatkan
manusia daripada penyembahan berhala. Fokusnya ialah mentauhidkan Allah. Allah s.w.t
berfirman bermaksud:
Sesungguhnya agama yang diredai Allah ialah Islam
Pengenalan
Perbahasan tentang konsep Pendidikan Islam dikaitkan konsep ilmu yang dianggap
istimewa dalam Islam. Mohd. Kamal Hassan, Faisal Othman dan Razali Nawawi ( 1992 )
menegaskan bahawa dalam Islam tidak dikenal konsep sekular seperti yang difahami dan
dihayati dalam falsafah barat. Dalam Islam, pendidikan sebagai alat melaksanakan tujuan hidup
seperti yang digariskan oleh Allah s.w.t bersifat sepadu dengan ilmu al-Quran dan al-sunnah
menjadi paksi pada orientasi pendidikan dan kehidupan. Mereka menegaskan bahawa dalam
kebulatan dan kesatuan ilmu-ilmu itu, akidah Islam menjadi pusat yang menentukan orientasi,
kaedah dan matlamat ilmu-ilmu lain kerana ilmu-ilmu ini membicarakan soal-soal yang yang
terpenting dalam kehidupan manusia. Selain itu, Pendidikan Islam merangkumi pendidikan
formal dan tidak fomal atau dengan kata lain, pendidikan sepanjang hayat. Sesuai dengan sifat
Islam yang sesuai sepanjang masa dan di sebarang tempat, Pendidikan Islam dianggap bersifat
responsif kepada perubahan dan kemajuan hidup manusia.
Memandangkan objektif dalam Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menjadikan tauhid sebagai asas dalam melayari
bahtera kehidupan, sukatan pelajaran atau kurikulum yang menjurus pada memenuhi objektif
berkenaan perlu digubal dengan baik. Mohd Kamal Hassan et al ., (1992 : 43 ) memberikan
contoh bagaimana pada zaman kegemilangan tamadun dan kebudayaan Islam, kurikulum
Pendidikan Islam meliputi antaranya Syariat (pengajian hukum seperti Fikah, Tafsir, dan Ilmu
Hadis), Adabiyat (pengajian kesusasteraan seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Insyak dan Literatur
Sejarah), Riyadiyat (pengajian ilmu kemahiran seperti Astronomi, Ukur, Metafizika, Sains,
Kedoktoran dan Kimia). Manifestasi daripada kuriklum yang dilaksanakan telah melahirkan
tokoh tokoh ilmuan Islam yang bukan sahaja menguasai ilmu agama tetapi juga menjadi jaguh
dalam lapangan ilmu lapangan hidup yang lain.
Perbincangan
Pendidikan Akidah Di Malaysia
Di Malaysia, pendidikan akidah diajar daripada peringkat rendah sehingga peringkat
tinggi dalam kurikulum Pendidikan Islam. Pendidikan akidah diperkenalkan daripada peringkat
prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, sekolah rendah bagi
kanak-kanak berumur 7 sehingga 12 tahun, sekolah menengah daripada umur 13 sehingga 17
tahun, sekolah menengah tinggi daripada 18 sehingga 19 tahun dan di peringkat universiti 20
sehingga 24 tahun.
Bagi setengah pelajar yang cemerlang, mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat pra-
universiti atau matrikulasi selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah
menengah. Sesetengah yang lain pula melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma di kolej-
kolej swasta ataupun universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus diploma selepas
SPM. Bagi pelajar Islam, mereka juga perlu mengikuti pendidikan Islam di mana Pendidikan
Akidah adalah sebahagian daripada kurikulum yang wajib dipelajari. Disini bagaimanapun,
hanya membincangkan isi kandungan pendidikan akidah yang melibatkan kanak-kanak daripada
umur 4 sehingga 15 tahun, meliputi isi kandungan pendidikan akidah pada peringkat prasekolah,
sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja.
Pendidikan Akidah Untuk Kanak-Kanak Prasekolah
Sebagaimana yang kita telah ketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM,2001)
melalui Pusat Perkembangan Kurikulum merangka Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(http://www.ppk.kpm.my/semakan semula kokurikulum/sukatan pelajaran semak.htm) sebagai
rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua tadika di seluruh Malaysia.
Terdapat enam kompenan penting dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu:
1. Bahasa dan komunikasi meliputi kurikulum bahasa Melayu, cina, Tamil dan Inggeris.
2. Perkembangan kognitif.
3. kerohanian dan Moral.
4. Perkembangan sosioemosi.
5. Perkembangan fizikal.
6. Perkembangan kreativiti dan estetika.
Di bawah kompenan kerohanian dan moral terdapat satu kurikulum Pendidikan Islam untuk
kanak Islam dan kedua kurikulum pendidikan Moral untuk kanak-kanak bukan Islam.
Kurikulum Pendidikan Islam merangkumi aspek keimanan, kemanusian, kemasyarakatan dan
tatanegaraan. Tumpuan khusus adalah kepada:
Pembentukan akidah dan bimbingan asas fardu ain.
Pemupukan amalan fardu ain dan fardu kifayah yang dituntut oleh syariah Islam.
Penyuburan adab dan dan akhlak Islamiah ke dalam diri kanak-kanak berteraskan
kepada Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik.
Pengenalan kepada asas Bahasa Al-Quran dan Surah-surah pendek seperti juzuk
Amma.
Pengenalan tulisan jawi.
Kurikulum pendidikan mempunyai objektif khusus yang mana ia membolehkan murid atau
kanak-kanak yang mengikutinya dapat :
Menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan dan keislaman
Mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur
Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah S.A.W dan berusaha mencontohinya
Mengamalkan adab dan akhlak mulia
Mengenali al-Quran- bahasa dan hurufnya, dan;
Menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian.
Kandungan pendidikan akidah yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Islam prasekolah
kebangsaan meliputi perkara-perkara berikut, seperti mengikuti rukun iman: beriman kepada
Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada
hari akhirat dan beriman kepada qadak dan qadar.
Dengan mempelajari isi kandungan pendidikan akidah ini, membolehkan kanak-kanak
menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan. Inilah hasil pembelajaran akidah secara umum
menurut kurikulum pendidikan prasekolah kebangsaan. Secara terperinci, dengan mempelajari
rukun iman, murid dapat menyebut enam rukun iman itu. Kanak-kanak di ajar satu persatu
supaya dapat menyebutnya. Bagi sifat wajib bagi Allah termasuklah wujud, melihat, mendengar,
mengetahui, menyayangi dan mengasihi, pemaaf dan pengampun, berkuasa, adil dan bijaksana.
Kanak-kanak juga di ajar menyebut perkara yang menjadi suruhan, tegahan Allah serta
menghafaz, menyatakan, mengamalkan zikrullah dan menyebut nama-nama 25 rasul.
Objektif Pendidikan Akidah Prasekolah
Kurikulum Pendidikan Islam membolehkan murid menyebut dan menyatakan asas-asas
keimanan dan keislaman, mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur,
mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW, dan berusaha mencontohinya, mengamalkan adab
dan akhlak yang mulia, mengenali Al-Quran seperti bahasa dan hurufnya dan menghafaz dengan
makna beberapa surah pendek dan doa harian.
Pendidikan Akidah Untuk Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia
Menurut buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam (KPM, 2002) bagi kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah di bawah kementerian Pendidikan Malaysia, Kandungan sukatan
pelajaran Pendidikan Akidah yang terkandung dalam asas Ulum Syariyyah untuk kanak-kanak
si sekolah rendah dari darjah satu sehingga darjah enam iaitu murid-murid yang berumur tujuh
hingga dua belas tahun.
Menurut buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam (KPM,1995) pendidikan
akidah pada peringkat rendah bertujuan menanam keimanan di kalangan murid melalui akidah
Islam. Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan akidah ialah dengan pendekatan aqli
dengan menggunakan contoh dari benda maujudyang hampir dengan murid.(KPM, 1995)
sebagai contoh, bagi murid tahun satu, pendidikan akidah bertujuan supaya murid yakin dan
percaya kepada Allah dan Rasul. Sukatan pelajaran pada meyakini dua kalimah syahadah
bermula dengan melafazkan dan memahami ucapan itu. Aktiviti yang dijalankan dalam mendidik
murid dengan kalimah syahadah ialah murid-murid yang dikehendaki mendengar lafaz dua
kalimah syahadah, mendengar sambil mengikut sebutan dengan mahir, berlatih melafaz dan
menghafaz dua kalimah syahadah. Seterusnya menerang maksud dua kalimah syahadah dan
melatih tubi melafazkan dua kalimah syahadah.

Kajian ini merupakan kajian bersama di antara Bahagian.Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan dengan Bahagian. Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan. Objektif utamanya
ialah untuk mengetahui cara-cara guru mata pelajaran Pendidikan. Agama.Ieslam mengajar mata
pelajaran tersebut di sekolah-sekolah rendah; sejauh mana penyeliaan terhadap pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran tersebut dijalankan; dan melihat masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru-guru agama dalam pengajaran merek
Kajian Kajian Mengenai Sekolah Rendah

Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui peranan pentadbir sekolah dalam
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan usaha-
usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan amalan keagamaan di kalangan
murid-murid Islam. Seramai 313 orang guru besar dan 779 orang guru mata pelajaran Pendidikan
Agama Islam di Semenanjung Malaysia telah dipilih menjadi sampel kajian ini. Sekolah-sekolah
sampel telah dipilih dari negeri-negeri Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Johor. Soal selidik dan senarai temubual tidak berstruktur
telah digunakan untuk memungut data kajian ini. Temubual telah dijalankan ke atas guru besar
dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam di dua puluh empat sekolah yang telah di
pilih menjalankan kelas percubaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Data kajian telah dianalisis
secara kuantitatif dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi, khi-
kuasa dua, ujian-t dan analisis varians. Di antara dapatan-dapatan penting kajian ini ialah pada
keseluruhannya guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam lemah dalam kemahiran
menulis dan bertutur dalam Bahasa Arab dan aktiviti meningkatkan profesionalisme keguruan
pula kurang dititiberatkan oleh guru-guru agama terutamanya di kalangan guru-guru wanita.
Hampir kesemua guru agama menjadikan buku teks dan buku Panduan Khas Agama
Islam terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai bahan panduan pengajaran mereka.
Hanya lebih kurang 50 peratus sahaja daripada mereka yang selalu menyediakan sendiri alat
bantuan mengajar, mengadakan latihan amali dalam aspek-aspek keibadahan dan aktiviti
pemulihan; dan lebih daripada 90 peratus guru-guru agama pula jarang-jarang melatih murid-
murid merujuk buku-buku agama di perpustakaan atau dari sumber-sumber lain. Mengenai
masalah pengajaran pula, di antara masalah utamanya ialah sukatan pelajaran yang terlalu luas,
peruntukan masa tidak mencukupi, dan tidak adanya alat bantuan mengajar atau alat yang
digunakan tidak memuaskan. Sebahagian besar guru berpendapat bahawa latihan ikhtisas yang
mereka terima tidak mencukupi dankursus dalam latihan tidak dapat menandingi perkembangan
baru dalam bidang teknologi pendidikan.Bilangan guru-guru agama yang menerima penyeliaan
dalam pengajaran mereka pula terlalu kecil dan guru-guru agama sangat memerlukan penyeliaan
terutamanya dari pihak-pihak yang berwibawa dalam mata pelajaran berkenaan. Pada
keseluruhannya peranan pentadbir sekolah dalam meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Agama Islam dan meningkatkan amalan-amalan keagamaan di
kalangan murid-murid adalah memuaskan.
Pendidikan Akidah untuk pelajar sekolah menengah Malaysia
Bagi peringkat sekolah menengah, pendidikan akidah diajar dalam bidang pembelajaran
Ulum Syariah daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pendidikan peringkat sekolah
menengah terbahagi kepada dua iaitu menengah rendah dan menengah atas. Menurut buku
Sukatan pendidikan Islam (KPM 2002) bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurut Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam yang dimuatkan
dalam buku Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam Tingkatan Satu, daripada sudut isi kandungan pendidikan akidah adalah digubal bagi
melengkapkan murid dengan rukun iman dan rukun Islam. Ianya adalah kesinambungan
daripada pendidikan akidah peringkat sekolah rendah iaitu daripada Kurikulm Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ia bertujuan
melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri; menetap serta kukuh iman dan takwa sebagai
benteng ketahanan diri.(KPM 2002).
Tumpuan utama pada peringkat ini adalah aspek asas akidah menerusi pemantapan iman
dan pemupukan sikap. Bagi mencapai tujuan itu, digariskan perkara yang perlu ada dalam isi
kandung pendidikan akidah perlu meliputi perkara seperti kefahaman konsep dan matlamat,
keupayaan memahami yang abstrak, memahami dalil-dalil naqli, penghayatan nilai tauhid dan
nilai ketuhanan dan aplikasi konsep dan nilai.
Antara kandungan bagi Pendidikan akidah di peringkat menengah ialah ulum Syariyyah.
Sukatan mata pelajaran akidah yang diterapkan kepada pelajar iaitu konsep akidah, asas-asas
akidah Islamiah, akidah berteraskan Rukun Iman dan konsep mukmin dan muslim. Dalil-dalil
berkenaan kewujudan Allah SWT seperti dalil naqli dan dalil aqli. Sifat-sifat Allah SWT
berdasarkan al-Asma al-Husna seperti Al-Wahid, Al-Rahman dan sebagainya. Mengetahui
kesan-kesan beriman terhadap 6 rukun iman seperti beriman kepada malaikat iaitu mengetahui
dari segi hakikat malaikat, tugas-tugas malaikat dan kesan beriman kepada malaikat.
Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan
melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam pendidikan islam adalah
jelas. Ini kerana pendidikan islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan
secara seimbang demi merialisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka
bumi. Saya akan membincangkan serba sedikit mengenai persoalan berkaitan dengan
pemantapan dan penerapan komponen akhlak terkini dalam Malaysia mencapai era globalisasi
khususnya di peringkat prauniversiti atau peringkat sekolah menengah. Beberapa kekuatan dan
kelemahan di peringkat tersebut akan diperhalusi. Sehubungan dengan itu, saya turut
mencadangkan kaedah penyelesaian dan langkah-langkah yang boleh di ambil.
Di Malaysia persoalan pendidikan akhlak diberi perhatian terutamanya dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Untuk merialisasikan hasrat ini, maka pelajar islam diwajibkan
mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam, manakala bagi pelajar yang bukan beragama islam
pula dikehendaki mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral.
Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam di peringkat menengah
Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi perkembangan
Pendidikan Islam di Negara ini. Amnya terdapat tiga jenis sistem Pendidikan Islam di Negara ini.
Setiap jenis tersebut boleh diringkaskan seperti berikut. Jenis pertama merupakan pembelajaran
di rumah guru. Menurut Maimunah, seperti mana dilaporkan oleh Abdullah Ishak (1995),
struktur dan kurikulum Pendidikan Islam di rumah guru pada zaman kerajaan Melayu Melaka
lebih menekankan kepada pengajian membaca al-Quran, di samping ilmu lain yang berkaitan
dengan keagamaan seperti tauhid, fiqah, tasawwuf, sejarah islam dan pengajaran yang
mendatangkan kebaikan.
Selain pendidikan di rumah guru, jenis kedua ialah pengajian di institusi pondok yang
lebih dikenali sebagai pendidikan tradisional dan merupakan satu legacy Pendidikan Islam yang
tertua dan berpengaruh dalam melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlak mulia serta
dapat membimbing masyarakatnya. Sebenarnya istilah pondok berasal daripada perkataan
Arab, funduq yang bermaksud rumah-rumah kecil tempat tinggal, untuk empat hingga lima orang
pelajar bagi setiap buah rumah. Pondok-pondok itu didirikan atas usaha alim ulama dan
masyarakat setempat. Matlamat utama penubuhan institusi pondok ini ialah melahirkan
masyarakat yang dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Justeru,
kurikulum pengajian pondok lebih menumpukan kepada bidang keagamaan dan pengajarannya
lebih bersifat penghafalan dan pemahaman.
Jenis ketiga pula ialah sistem pendidikan berkonsepkan sistem madrasah yang lebih
sistemetik dan formal. Ia merupakan satu alternatif yang menarik perhatian masyarakat Melayu
kerana taraf pelajaran di madrasah adalah tinggi dan kurikulumnya bersifat lebih komprehensif
kerana telah di masukkan beberapa mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Ini sesuai
kerana Kaum Muda ketika itu berpendapat bahawa umat Islam tidak seharusnya mementingkan
akhirat semata-mata, tetapi perlu maju dalam aspek sosioekonomi dan politik agar menjadi umat
yang berdaya saing dan progresif. Pertumbuhan madrasah sesungguhnya bagai cendawan,
disebabkan anggapan bahawa sistem pondok tidak mampu berkembang mengikut kehendak dan
keperluan dalam kehidupan serba moden, di samping alasan untuk menyaingi pendidikan sekular
yang ditubuhkan oleh pendakwah kristian seperti Sekolah Convent.
Namun begitu, perlu ditegaskan disini bahawa kemunculan madraah tidak melupuskan
atau melemahkan sistem pondok yang telah sedia ada; bersama kedua-duanya ingin
mengukuhkan kedudukan Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Bahkan, kedua-dua sistem pondok
dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara identity Islam pada orang Melayu,
dan menyediakn orang Melayu dengan teras Pendidikan Islam. Sesetengah cendiakawan
berpandangan bahawa intipati institusi pondok untuk masyarakat Melayu boleh diterangkan
sebagai acuan bagi sudut budaya dalam Pendidikan dalam masyarakat Melayu Islam (Azmi Aziz
& Shamsul 2004)
Keutuhan Pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan kehadiran
penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah telah memperkenalkan dasar
pelajaran yang amat menghadkan kurikulum Pendidikan Islam dan mengawal ketat pengajaran
al-Quran. Sekolah Vernakular Melayu telah ditubuhkan. Selain daripada itu, penubuhan MCKK
telah menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang dugunakan di England. Kedatangan
Inggeris sesungguhnya telah memperkenalkan pendidikan sekular kepada orang Melayu.
Tegasnya, pada zaman penjajahan ini menurut Rosnani Hashim 2001, sistem pendidikan
digunakan sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri,
termasuk menyebarluaskan fahaman dan meminggirkan agama.
Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi madrasah (dikenali juga sebagai sekolah
agama atau sekolah Arab) berterusan menghadapi cabaran. Ini kerana Akta Pelajaran 1961 (yang
berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960), yang membawa
perubahan besar dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah memasukkan Pendidikan Agama
Islam sebagai satu mata pelajaran ke dalam kurikulum sekolah kerajaan. Sekaligus keadaan ini
melemahkan kedudukan sistem madrasah, lebih-lebih lagi dasar pendidikan kebangsaan
memberikan gambaran bahawa prospek kerjaya atau jaminan ekonomi adalah lebih baik bagi
kelulusan sekolah kerajaan berbanding dengan lulusan madrasah (Mohd Yunus Noor, 1990)
Kepentingan Pendidikan Agama Islam di sekolah kerajaan diberi penekanan lagi apabila
ia diwajibkan ke atas semua murid Islam dan dimasukkan kedalam jadual waktu rasmi sekolah
pada tahun 1962, dengan masa yang diperuntukkan ialah dua jam seminggu. Dari sudut
kandungan kurikulumnya pula, ia hampir serupa dengan apa yang diamalkan di kebanyakan
Negara Islam. Kurikulumnya mengandungi pengajian al-Quran yang merupakan komponen asas,
di samping hadis dan mata pelajaran tauhid, fiqah, akhlak, tulisan, tata bahasa Arab,
kesusasteraan dan sejarah. Sesungguhnya perlu ditegaskan bahawa Pendidikan Agama Isalm
diadakan di sekolah kerajaan bagi menjamin hala tuju Pendidikan Islam bukan mengenepikan
sistem pondok dan madrasah atau sekolah agama. Demi Pendidikan Islam, semua sistem
pendidikan yang terlibat dengannya ada kelebihan masing-masing dan patut dimanfaatkan oleh
semua pihak.
Sepanjang pelajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam sebelumnya disebut
Pengetahuan Agama Islam, pemantauan tentang keberkesanan mata pelajaran ini sentiasa
diusahakan. Dapatan kajian itu terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran1979, antaranya ialah:
Mutu pelajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah-sekolah sekarang ini
belum lagi mencapai satu peringkat yang diharapkan (perkara 129) Pedidikan Agama Islam
seperti yang dijalankan pada masa ini kurang menitikberatkan aspek-aspek amali sepertimana
yang dijangka dan dikehendaki (perkara 348.3) .
Kurikulum Pendidikan Islam telah dipertingkatkan lagi apabila Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
diperkenalkan. Peningkatannya boleh dilihat dari segi status dan sukatan pelajaran berbanding
Kurikulum Lama Sekolah Menengah Dalam KBSM, Pendidikan Islam terdiri daripada
Pendidikan Islam Teras dan Pendidkan Islam Efektif. Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran
teras terbahagi pula kepada dua bidang iaitu bidang tilawah al-Quran yang menekankan aspek
bacaan, hafazan ayat-ayat, zikir dan doa serta kefahaman ayat-ayat tertentu; dan bidang Ulum
Syariah pula menekankan aqidah, ibadah, sirah dan tamadun Islam serta sifat dan cara hidup
Islam. Dari segi masa pengajaran dan pembelajaran, Pendidikan Islam KBSM juga
memperlihatkan peningkatan iaitu bagi peringkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam
kali seminggu. Bagi peringkat menengah atas pula peruntukan masanya ialah 160 minit atau
empat kali seminggu.
Sistem dan Kurikulum pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Tiada kurikulum yang
berkekalan. Ia sentiasa disemak dan mengalami perubahan. Begitu juga halnya dengan
Pendidikan Islam kerana pada tahu 1996 satu keputusan telah dibuat untuk menyemak kurikulum
mata pelajaran itu. Sekali lagi, pada tahun 1998 kurikulum Pendidikan Islam mengalami
perubahan demi mencapai matlamat yang diinginkan semaksimum mungkin. Ia dibahagikan
kepada tiga komponen iaitu pertama, Tilawah Al-Quran yang menumpukan kepada membaca
dan menghafal ayat-ayat Al-Quran mengikut hokum tajwid, memahami pengertian, pengajaran
dan hikmat serta menghayatinya. Kedua, Ulum Syariah yang menumpukan kepada pemantapan
aqidah, ibadah dan meneladani sirah Rasulullah s.a.w serta Tamadun Islam. Akhir sekali,
Pendidikan Islamiah yang berfokus kepada pembentukan peribadi pelajar kearah tingkah laku
muslim mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim
dalm hubungannya dengan Allah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat, Negara dan alam sekitar.
Setelah kurikulum Pendidikan Islam dilaksanakan selama tiga tahun, suatu semakan telah
dijalankan ke atas Pendidikan Akhlak Islamiah. Beberapa perubahan telah dilakukan yang
melibatkan juga perubahan pada kandungan kurikulum Pendidikan Akhlak Islamiah dan kaedah
penyampaiannya. Komponen itu kini dinamakan sebagai Adab dan Akhlak Islam (AAI) yang
terdiri daripada enam bidang pembelajaran yang mempuyai subbidangnya masing-masing. Dari
sudut stuktur, pembentukan kandungan dalam kurikulum AAI berteraskan kepada empat aspek
hubungan iaitu hubungan dengan diri sendiri, individu lain, alam sekitar dan Negara serta Rasul
dan Pencipta Allah. Manakala dari sudut kaedah penyampaiannya, guru dikehendaki menerapkan
nilai-nilai akhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar. Guru-
guru dikehendaki menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi. Tegasnya , media eletronik dan komunikasi massa telah digunakan
untuk memajukan dan mengembangkan nilai dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ini
bertujuan meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar ketika alam persekolahan dan
apabila kembali ke dalam masyarakat bagi menangani arus globalisasi yang semakin
berkembang pesat.
Pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada
2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkatkan dan mengemaskinikan lagi
pengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapai matlamat
iaitu melahirkan pelajar yang mempuyai ciri-ciri berikut iaitu mantap serta kukuh iman dan fardu
kifayah, sebagai pedoman dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah
bagi memenuhi keperluan dan tanggungjawab ibadah dan berakhlak mulia sebagai pelengkap
diri dan tonggak budaya (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002)
Berdasarkan ciri kandungan AAI dan matlamat Pendidikan Islam di atas, adalah jelas
bahawa selain mempelajari komponen lain dalm Pendidikan Islam adalah diharapkan pengajaran
AAI dapat membentuk pelajar yang mampu mengharungi nilai-nilai luar menerusi iman dan
taqwa yang mantap, sebagaimana dijelaskan adab dan akhlak juga akan dapat mengawal diri
daripada gejala negetif (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002). Ini
bermakna AAI mesti menjadi induk utama kepada nilai-nilai materialisme, sekularisme,
sainstisme. Dengan penuh altruisme ia perlu menggunakan nilai-nilai yang telah diislamisasikan
untuk kesejahteraan masyarakat dan persaudaraan atau manusia sejagat. Begitu juga diharapkan
pelajar yang berakhlak dan beradab boleh bertindak dalam semua keadaan dengan berkesan dan
selamat dari godaan.
Begitu juga, perlu ditegaskan disini bahawa penampilan diri guru di sekolah memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam. Dalam hal ini, guru atau pendidik perlu
bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai-nilai moral dan adab yang baik untuk
diteladani oleh pelajar. Sesungguhnya guru adalah pendakwah yang paling berkesan. Guru-guru
juga perlu untuk tidak hanya menceritakan ideological legend dalam Islam, tetapi membicarakan
model kehidupan dalam dunia yang sebenar. Guru tidak hanya menyampaikan fakta dan
pengetahuan tetapi menajamkan makna kemanusiaan dan teknologi di kalangan pelajar agar
menghadapi cabaran dan menangani zaman globalisasi dengan jayanya.
Pendidikan Akidah Peringkat Universiti IPTA dan IPTS
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia
merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah
menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal
yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada
pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka
Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan
yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah
tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang
pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau
berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan
akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan
agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap
penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat
sekali.
Islam dan ilmu tidak boleh dipisahkn. kedua-duanya saling berkaitan dan menjadi obor
yang menyuluh jalan kebenaran. Sumber utama kepada ilmu dalam Islam ialah al Quran.
Khazanahnya membekalkan panduan kepada kehidupan manusia dan tidak akan habis digali
selagi manusia mempunyai hayat. Puncak proses kejadian, penyelidikan dan pembelajaran
manusia ialah menemui kebenaran mutlak yang mendekatkan diri manusia kepada Yang Maha
Pencipta. Pelbagai disiplin yang mencakupi kehidupan manusia saling berinteraksi bagi
menemukan nilai insaniah dalam diri manusia sehinga membezakan diri mereka dengan makhluk
lain. Proses iniah yang telah diterokai dalam peringkat pendidikan yang dilaluioleh sejarah Islam.
Perkembangan pendidikan tinggi Islam selaras dengan kehendak al Quran yang antara lainnya
ditegaskan oleh Allah s.w.t;
Bacalah dengan nama TuhanMu yang mencipta manusia dari setitis air mani. Bacalah dengan
nama TuhanMu Yang Maha Mulia. Dia mengajar manusia dengan pena. Mengajar apa yang
manusia tidak tahu. ( Surah al Alaq 1-5)
Selain penekanan terhadap konsep keilmuan dan kegunaan pena untuk menyebarkan ilmu yang
menjadi petunjuk kepada jalan kebenaran. Allah s.w.t berfirman:
Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa
tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka satu kumpulan yang mencari ilmu
(tafaqquh fi al din) yang membolehkan mereka memberi peringatan kepada kaumnya
sekembalinya nanti. Mudah-mudahan mereka itu dapat menjaga dirinya. (Al-Quran, Surah al
Taubah:122)
Akidah islam dalam pembangunan modal insan
Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian
yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri
hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan
lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif.
Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu
menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari
keredhaan Allh swt. Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.
Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis
sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah
dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti
dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam
masyarakat.
Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin
kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari
keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat. Melahirkan Insan dan masyarakat
yang teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran
yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan
teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan
menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.
Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan
dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu
masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah
mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai
pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan
mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram.
Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari
pembalasan. Melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di
dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.
Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt
walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana
mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat
sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh
dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman
Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu
mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam
kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang sebenar.
Kesimpulan
Islam memandang betapa pentingnya akhlak untuk membina sesebuah masyarakat yang lengkap
dengan ruh keimanan sebenar dengan adanya keimanan manusia akan menjauhi perbuatan jahat.
Iman atau akidah yang mantap dapat membentuk akhlak mulia dan melahirkan insan cemerlang
dunia dan akhirat. Kesepaduan ilmu juga amat penting dalam membentuk remaja yang
cemerlang akhlak dan perlakuannya. Oleh itu, setiap cabang ilmu perlulah diisi dengan semangat
dan roh keagamaan, akhlak atau nilai murni dan moral supaya terasa terkesannya dalam jiwa
remaja, jiwa yang mantap dan kental sanggup menghadapi apa jua cabaran adalah hasil
daripadadidikan bersepadu akidah dan akhlak serta penyampaian ilmu yang berguna kepada
remaja.
Selaras dengan itu, pihak kerajaan telah menggubal dasar pendidikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1989 bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara.
Berdasarkan kepada Falsafah pendidikan bersepadu ini nilai murni dan kerohanian diserapkan
dalam mata pelajaran. Selain itu juga, sistem pendidikan bersepadu dapat mengatasi masalah
sekularisme di dalam mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Strategi yang
disusun adalah untuk mengwujudkan integrasi beriman kepada Allah, ilmu yang bermanfaat
amal soleh dan akhlak yang mulia.
Oleh yang demikian pendidikan akidah perlu dijadikan teras yang sangat penting bagi peringkat
permulaan pendidikan iaitu awal sepasang suami isteri, kandungan, bayi, kanak-kanak
sehinggalah dewasa, melalui proses inilah pendidikan berasaskan agama Islam adalah sangat
penting untuk membina generasi ummah yang berjaya dunia dan akhirat.
Rujukan
Abdul Salam Muhamad Shukri. 2003. Panduan mengajar akidah kepada kanak-kanak. Pahang :
Penerbit PTS Publications & Distributor SDN.BHD.
Abdullah Muhammad Zin, Zulkifli Abd Ghani, Abdul Ghafar Hj Don. Pendidikan Islam di
Malaysia dari pondok ke Universiti. Cetakan pertama 2005. lembaga Bersekutu
Pemeganag Amanah Pengajian Tinggi Islam Malaysia.
Affendi bin Ismail. 2001. Pengajaran tamadun Islam di ITM: Suatu analisis terhadap persepsi
pelajar non-muslim. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan Basri Awang Mat Dahan, Zawawi Ismail & Muhammad Azhar Zailani. 2005.
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ismail Ahmad. 1994. Horizon Baru dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yahaya Ibrahim. 2004. Etiologi masalah sosial: kajian terhadap remaja di sungai petani, kedah.
Jurnal psikologi dan pembangunan manusia. (No. 20) :
M.Wasiullah Khan. 1989. Pendidikan dan masyarakat dalam dunia Islam. Penerbit: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shahrul Anuar bin Mohamed. 2002. Persepsi pelajar non muslim terhadap agama dan umat Islam
di Uninersiti Multimedia, Melaka. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Fatimah Abd Rahman & Hamiza Ibrahim. 1994. Islam: penyelesaian permasalahan zaman
moden. Penerbit: Institut kefahaman Islam Malaysia.
Dr Kh Didin Hafidhuddin. 2008. Islam Aplilatif. Gema Insani Press. Jakarta.
Ataul Huq Pramanik. 1998. Pembangunan dan Pengagihan dalam Islam. Penerbit Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd Malik Mujahid. 2002. The Concise Collection on Creed and Tauhid. Penerbit: Darussalam
Publishers and Distributor.
Dr Abd Aziz Muhammad As-Salman. 2000. Soal Jawab Aqidah Islam. Darul Numan, Kuala
Lumpur
Haji Abd Hadi Awang. 2006. Muqaddimah Ajdah Muslim. Penerbit : Saujana Media. Kuala
Lumpur.
B. Aisha Lemu. 1997. Islamic Aqidah and Fiqh. Penerbit : Skokis Iqra International Educational
Foudation.
Abd Aziz Ismail. 2006. Ilmu Tauhid Membentuk Peribadi Mukmin. Penerbit : Al-Hidayah
Publisher.

Anda mungkin juga menyukai