Anda di halaman 1dari 10

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

58

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGURUS MASA
MENGGUNAKAN SET KESEMPURNAAN SOLAT BAGI TAHUN 4
RASIONAL SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 1
Oleh :
Ahmad Noor Muhaimi Bin Noor Ley & Anisah Binti Harun
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
closecombat_mike@yahoo.com & anisahharun66@gmail.com
ABSTRAK
Pelaksanaan solat fardhu merupakan satu bentuk disiplin pengurusan
waktu yang baik untuk melihat kemampuan seseorang menguruskan masa
dalam tempoh sehari semalam. Hal ini kerana kelima-lima solat fardhu
mempunyai kerangka masa yang khusus untuk melaksanakannya. Kajian
ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengurus masa murid Tahun
Empat Rasional seperti yang terdapat pada subtopik Pengurusan Diri
dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun
Empat menggunakan Set Kesempurnaan Solat (SKS). Peserta kajian yang
terpilih terdiri daripada lima orang murid yang berada pada tahap lemah
setelah soal selidik Semak Solat Saya (3S) dijalankan bagi keseluruhan
kelas. Data-data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik pra dan
pasca, melalui temu bual dan analisis dokumen (Borang Pantauan Solat
PANTAU). Analisis dapatan kajian ini dilakukan dalam bentuk statistik
mudah dengan menggunakan persembahan berbentuk deskriptif. Dapatan
yang diperoleh menunjukkan berlakunya peningkatan yang positif pada
soal selidik pasca berbanding sewaktu soal selidik pra yang telah
dijalankan sebelum intervensi. Secara kesimpulannya, penggunaan Set
Kesempurnaan Solat (SKS) adalah berkesan dalam meningkatkan
kemahiran mengurus masa dan meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan pengurusan masa dalam kalangan murid.
Kata kunci: Set Kesempurnaan Solat, Kemahiran Mengurus Masa,
Kesedaran, Murid, Lemah, Tahun Empat, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
PENDAHULUAN
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan salah satu mata pelajaran teras
di sekolah rendah. PSK yang diajarkan kepada murid-murid di tahun empat hingga tahun
enam merupakan satu mata pelajaran yang menekankan pengamalan nilai-nilai murni dan
patriotik sebagai tunjang pembinaan warganegara yang dapat berbakti. Menurut Zahazan
Mohamed (2006), seorang ulama dari Universiti Al-Azhar, Mesir bernama Sayyid Sabiq
menyatakan proses pendidikan kanak-kanak ialah usaha membentuk mereka dari segi
jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang
berguna kepada masyarakatnya. Takrifan ini menunjukkan wujudnya kepentingan
pembinaan aspek-aspek luaran dan dalaman individu. Ini kerana Islam itu sendiri
mengandungi satu sistem kehidupan yang jelas dan teratur meliputi setiap ruang lingkup
kehidupan seperti ibadah, muamalat (sistem kewangan), jinayah (perundangan) dan
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
59

munakahat (perkahwinan). Antara contoh bagi ibadah ialah solat yang menjadi kewajipan
untuk ditunaikan lima waktu sehari semalam.
Berdasarkan kepada Laporan Akhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (kini Kementerian Pendidikan Malaysia)
pada tahun 2011 telah mengenalpasti 29 isu-isu yang memerlukan perhatian dan tindakan
sewajarnya. Antaranya ialah memantapkan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi
menangani gejala sosial dan salah laku dalam kalangan murid. Untuk itu pelbagai aktiviti
Pendidikan Islam, dakwah serta aktiviti sivik dan kewarganegaraan akan dirancangkan.
Tambahan bagi itu, menerusi Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020, kementerian telah
memasukkan pelan memperkukuh penghayatan aqidah dan nilai murni sebagai salah satu
pelan yang perlu dilaksanakan. Pelaksanaan penghayatan aqidah ini penting sebagai satu
benteng mengawal tingkah laku murid secara intrinsik. Ibadah merupakan salah satu
daripada dua matlamat penciptaan manusia. Ini berpadukan kepada firman Allah di dalam
Surah Az-Zariyat yang bermaksud :
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
beribadat kepadaku.
(51: Ayat 56)
Wahbah al-Zuhaily (2002) sewaktu menafsirkan ayat di atas menyatakan bahawa
kewajipan beribadah kepada Allah itu adalah berdasarkan kepada kefahaman mengenai
ketuhanan Allah. Jelasnya lagi Allah tidak memerlukan atau berhajatkan apa-apa daripada
hamba-hamba-Nya. Hikmah jin disebut terlebih awal ialah kerana mereka tidak dilihat
orang jadi ibadah mereka tidak dicemari sifat riya, seperti halnya dengan ibadah
manusia.
Menurut Napisah Humni, et.al. (2004) yang menjalankan kajian terhadap
pelaksanaan ibadah solat fardhu dalam kalangan 150 guru pelatih Maktab Perguruan Batu
Lintang mendapati terdapat tiga faktor tertinggi yang mendorong seseorang untuk
menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Faktor-faktor itu ialah kesedaran
diri, mendapat ketenangan dan kedamaian serta iman dan takwa. Dalam kajian yang sama
juga menyatakan bahawa malas dan pengaruh rakan merupakan dua faktor utama yang
menyebabkan seseorang tidak menunaikan solat.
Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kajian Mohd Suhardi Mat Jusoh
(2001) terhadap pengabaian solat dalam kalangan 467 orang remaja di sekolah menengah
di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Menurut beliau seramai 53.2% remaja secara konsisten
mengerjakan solat fardhu manakala bakinya 46.7% tidak konsisten melaksanakannya.
Seramai 77.8% respondan menjawab malas dan sibuk dengan urusan lain sebagai punca
mereka tidak menunaikan solat. Menjelaskan perkara di atas, seorang tokoh pendidikan
dari Syria bernama Abdullah Nasih Ulwan (2004) menyatakan bahawa perasaan cinta,
kasih sayang, belas kasihan dan simpati kedua ibu bapa tidak boleh mengatasi
tanggungjawab dalam menjadikan anak-anak mereka mengenal dan mentaati Allah. Pada
masa yang sama, beliau menggariskan tujuh tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh
seorang pendidik. Salah satu daripada tanggungjawab itu ialah mengajar anak-anak
mengenai ilmu agama. Sebagai kesimpulannya, solat merupakan satu bentuk tuntutan
yang bukan sahaja mampu menjadikan seseorang itu mulia malahan turut berperanan
dalam proses pembentukan disiplin kendiri.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
60

FOKUS KAJIAN
Penyelidik telah menggunakan instrumen soal selidik Semak Solat Saya (3S) dan Analisis
Sembahyang Saya (SAYANG) bersama temu bual tidak berstruktur bersama para guru
mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan j-
QAF. Berdasarkan tinjauan masalah, penyelidik dapat mengenalpasti 2 isu yang berkaitan
dengan masalah ini:
1. Murid-murid tidak dapat menguruskan waktu mereka dengan baik khususnya
dalam pengurusan waktu solat.
2. Murid-murid tidak memiliki motivasi berbentuk intrinsik dan masih bergantung
penuh terhadap motivasi-motivasi berbentuk ekstrinsik dalam melakukan sesuatu
tugasan.
Oleh yang demikian penyelidikan yang dilakukan oleh ini akan mengupas cara dan
strategi berkesan untuk membantu meningkatkan kemahiran menguruskan masa dalam
konteks pelaksanaan solat. Rasional pemilihan solat ialah kerana pelaksanaannya yang
sempurna semalam mencerminkan satu bentuk pengurusan masa yang baik. Ini kerana
setiap insan mempunyai komitmen, cabaran dan halangan tertentu pada setiap hari.
Kebolehan mendisiplinkan diri dengan melaksanakan solat 5 waktu sehari menunjukkan
individu itu mampu menguruskan masa dengan baik. Ini bersesuaian dengan tema
Sayangi Diri yang terkandung di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tahun 4. Diharapkan usaha ini mampu membuka satu dimensi baru
dalam kalangan warga pendidik untuk melihat perkaitan yang boleh berlaku antara
matapelajaran ini dengan ajaran Islam.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian ini dilakukan.
1. Meningkatkan kemahiran mengurus masa dalam kalangan murid dengan
menggunakan Set Kesempurnaan Solat (SKS).
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menepati dan mengurus masa
dengan baik terutama dalam menunaikan solat fardhu.
Persoalan Kajian
1. Adakah penggunaan Set Kesempurnaan Solat (SKS) mampu meningkatkan
kemahiran mengurus masa dalam konteks pelaksanaan solat murid?
2. Adakah tahap kesedaran murid terhadap kepentingan menepati dan menguruskan
masa dengan baik meningkat melalui penggunaan SKS?
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah murid dari tahun 4 Rasional seramai 5 orang yang terdiri
daripada 3 orang lelaki dan 2 orang murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Sultan
Sulaiman 1 Sekolah Berprestasi Tinggi, Kuala Terengganu, Terengganu. Pemilihan
sampel adalah berdasarkan kepada soal selidik Semak Solat Saya (3S) yang telah
dijalankan pada hari Selasa, 2 Julai 2013. Selain itu, pemilihan peserta kajian ini turut
berdasarkan kepada nasihat dan pandangan yang diberikan oleh guru Pendidikan Sivik,
guru j-QAF dan Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam yang turut merangkap guru mata
pelajaran PAI di kelas ini. 2 orang daripada mereka merupakan murid yang melaksanakan
solat paling sedikit berdasarkan kepada 3S. 3 orang lagi dipilih berdasarkan kepada sikap
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
61

mereka yang baik dan berdisiplin di dalam kelas namun tetap tidak mencukupkan waktu
solat mereka.
TINDAKAN
Bagi melaksanakan kajian ini, penyelidik memilih gelung kajian tindakan Kemmis &
McTaggart (1988). Setiap tahap mengandungi empat langkah utama yang berbentuk
gelungan bermula dengan mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.









Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
Merefleks
Kajian yang dilakukan ini adalah bertitik tolak daripada proses refleksi penyelidik
mengenai kekurangan, kelemahan serta masalah yang dihadapi oleh murid-murid di
dalam PdP mereka. Masalah yang telah dikenalpasti ialah mereka tidak dapat
menguruskan masa dengan baik dalam konteks menyempurnakan solat mereka cukup 5
waktu sehari semalam. Penyelidik telah membuat tinjauan dan pengumpulan data awal
bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi murid. Proses ini telah dilaksanakan dalam
bentuk soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Daripada ketiga-tiga instrumen ini,
penyelidik telah mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh mereka. Oleh itu, rawatan atau kaedah yang efektif perlu diambil bagi
mengatasi masalah ini.
Merancang
Penyelidik telah merancang satu kaedah yang dinamakan sebagai Set Kesempurnaan
Solat (SKS) yang menekankan pengurusan waktu bagi pelaksanaan solat dan pemantapan
motivasi dalaman. Bagi menyiapkan set ini, penyelidik telah memuat turun beberapa buah
video, gambar dan kata-kata yang berkaitan daripada beberapa buah laman web. Pada
masa yang sama penyelidik menghasilkan satu borang aku janji untuk dibacakan oleh
peserta kajian. Intervensi yang dijalankan ini dilakukan secara berkumpulan mirip kaedah
Usrah. Penyelidik memainkan peranan sebagai pembimbing dalam mendapatkan
respon daripada peserta kajian.

(1)
MEREFLEKS
(2)
MERANCANG
(3)
BERTINDAK
(4)
MEMERHATI
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
62

Bertindak
Penyelidik kemudiannya memilih kaedah yang dinamakan Set Kesempurnaan Solat
(SKS). Kaedah ini memberikan fokus kepada pengurusan waktu solat murid dan
meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menepati waktu terutama dalam solat
fardhu. Set ini mengandungi 1 set motivasi yang mengandungi satu himpunan video-
video mengenai solat, satu borang aku janji solat, satu borang Semak Solat Saya (3S1)
dan satu borang Pantauan Solat Fardhu.
Dalam melaksanakan proses kajian ini, penyelidik telah menggunakan tiga bentuk
instumen iaitu temu bual iaitu Temu bual Pasca Tindakan (TEPAT) dan Temu bual Pra
Kajian (TAPAK), soal selidik 3S1 dan analisis dokumen Borang Pantauan Solat
(PANTAU). Seterusnya, kaedah ini diperkenalkan kepada peserta kajian seramai 5 orang
dari kelas 4 Rasonal yang telah dipilih melalui senarai semak 3S terdahulu.
Prosedur-prosedur yang dilakukan adalah seperti berikut:
i. Penyelidik menjalankan intervensi set motivasi kepada setiap peserta kajian
secara berkumpulan pada hari yang ingin dikaji.
ii. Temu bual berstruktur (TAPAK) dijalankan untuk mendapatkan pandangan
dan menguji kefahaman peserta kajian mengenai pengurusan masa solat.
iii. Penyelidik mengedarkan Borang Pantauan Solat (PANTAU) untuk diberikan
kepada ibu bapa peserta kajian bagi memantau pelaksanaan solat di rumah.
iv. Penyelidik meminta peserta kajian untuk melengkapkan soal selidik Semak
Solat Saya 1 (3S1).
v. Penyelidik menjalankan sesi temu bual berstruktur (TEPAT) untuk
mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan waktu solat yang telah
dilakukan

Memerhati
Setelah memperoleh data-data menerusi instrumen-instrumen di dalam Set Kesempurnaan
Solat (SKS), penyelidik kemudiannya melaksanakan proses analisis. Analisis yang
dilaksanakan ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan rajah. Bagi soal
selidik, peserta kajian diminta untuk mengisi soal selidik Semak Solat Saya 1 (3S1).
Penggunaan Borang Pantauan Solat (PANTAU) merupakan bukti sokongan kepada
pelaksanaan solat yang telah dicatatkan di dalam 3S1. Temu bual berstruktur TAPAK
dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan dan kefahaman murid
terhadap pengurusan waktu solat. Temu bual berstruktur TEPAT pula dilakukan untuk
mendapatkan maklumat mengenai pengurusan waktu solat yang telah dilaksanakan.
Terdapat tiga gelung yang telah dilaksanakan. Kesemua kitaran mengekalkan prosedur
seperti yang diterangkan di atas. Perubahan dilakukan terhadap intervensi Set Motivasi
Solat. Untuk gelung pertama, penyelidik menggunakan tayangan video secara kaedah
usrah iaitu secara berkumpulan. Untuk gelung kedua, tayangan video itu dilakukan
secara individu bersama peserta kajian. Manakala untuk gelung ketiga, peserta kajian
ditunjukkan video secara individu dengan diberikan satu Buku Motivasi Waktu Solat
(BMW).

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
63

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bahagian ini mengandungi data-data yang diperoleh hasil kajian terhadap 5 orang peserta
kajian. Untuk menjawab persoalan pertama kajian, penyelidik menggunakan data-data
yang diperoleh menerusi soal selidik 3S, PANTAU dan temu bual separa berstruktur
TEPAT. Data yang menunjukkan bilangan solat yang dilaksanakan diperoleh melalui
keempat-empat soal selidik (3S) kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk graf 1.
Tanda bintang menunjukkan bahawa bilangan solat yang dicatatkan di dalam 3S adalah
tepat seperti yang terdapat di dalam PANTAU.

Rajah 1: Dapatan daripada kesemua Soal selidik Semak Solat Saya (3S)
Jadual 1 menunjukkan bilangan solat yang dilaksanakan dan yang dipengaruhi
oleh Set Kesempurnaan Solat (SKS) dalam ketiga-tiga gelung kajian. Solat yang
dipengaruhi SKS diperoleh apabila peserta respondan menyatakan bahawa sebab mereka
solat adalah didorong oleh mana-mana komponan di dalam SKS seperti Set Motivasi
(video dan surat aku janji), soal selidik 3S atau nasihat-nasihat yang terdapat di dalam
temu bual TEPAT.
Jadual 1
Peratus kekerapan SKS mempengaruhi pelaksanaan solat respondan
Peserta
Kajian
Jumlah Solat
Yang Dilaksanakan
Kekerapan Solat
Yang Dipengaruhi SKS (Peratusan)
L1 15 5 (33.33%)
L2 13 5 (38.46%)
L3 11 2 (18.18%)
P1 10 4 (40%)
P2 2 1 (50%)
Berikut merupakan beberapa transkrip temu bual TEPAT yang menunjukkan bahawa
pelaksanaan solat mereka didorong oleh SKS.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
64

Sebab kita insaf. Ada sebab lain? Sebab kita doh janji. Dalam akujanji ada tulis.
Saya ingin berpimpin tangan dengan kedua ibubapa saya ke dalam syurga. (L1 S4 T1)

Tak dop orang suruh? (Respondan angguk). Bakpe (kenapa) gi sendiri? Sebab nanti tu
tinggal dapat dosa. Masuk neraka paling berat sekali. Neraka Sakar. Tahu mana?
Ada dalam video (intervensi set motivasi) cikgu tunjuk.(L2 S2 T3)

Sembahyang Isyak je mayang. Sebab kita duduk rumoh. Ada orang suruh dop? Dop.
Kita mari gop (datang teringat) video hok kita tengok pagi tadi. Kita masuk bilik
pastu mayang ah dulu. Kemudian tengok National Geografi sampai pukul 11. (P2 S5
T1)
Berdasarkan kepada dapatan temu bual tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
penggunaan SKS memberi kesan positif di dalam membantu mendorong peserta kajian
untuk melaksanakan solat disamping dibantu oleh faktor-faktor luar seperti ibu bapa dan
lain-lain.
Untuk menjawab persoalan kedua kajian, penyelidik telah menggunakan data-data yang
diperoleh menerusi temu bual berstruktur TAPAK. Terdapat empat soalan yang
ditanyakan kepada peserta kajian. Setiap soalan mewakili 1 daripada tema-tema ini iaitu
ketepatan waktu, perancangan waktu, dorongan untuk menguruskan waktu dan sikap
terhadap waktu. Berikut merupakan jawapan peserta kajian bagi setiap soalan yang
ditanyakan.
Soalan 1. Adakah kamu boleh solat pada waktunya ?

Rajah 2: Dapatan soalan 1 temu bual TAPAK
Soalan 2. Adakah kamu boleh dahulukan solat sebelum aktiviti lain ?

Rajah 3: Dapatan soalan 2 temu bual TAPAK

0
20
40
60
80
100
120
TAPAK 1 TAPAK 2 TAPAK 3
B
i
l
.

r
e
s
p
o
n
d
a
n

(
%
)
Ya
Tidak

0
20
40
60
80
100
120
TAPAK 1 TAPAK 2 TAPAK 3
B
i
l
.

r
e
s
p
o
n
d
a
n

(
%
)
Ya
Tidak
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
65

Soalan 3. Adakah kamu boleh solat tanpa disuruh ?

Rajah 4: Dapatan soalan 3 temu bual TAPAK
Soalan 4. Adakah kamu boleh mengatasi perasaan malas dalam melaksanakan solat ?

Rajah 5: Dapatan soalan 4 temu bual TAPAK
Menerusi jawapan yang diberikan oleh kesemua peserta kajian, objektif kedua kajian iaitu
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menepati dan mengurus masa dengan baik
terutama dalam menunaikan solat fardhu.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
SKS telah memberikan kesan yang baik kepada majoriti peserta kajian. Meskipun peserta
kajian P2 hanya melaksanakan 2 solat sepanjang tiga gelung yang telah dilakukan, salah
satu daripada solat yang dilaksanakan itu adalah dimotivasikan oleh SKS. Pada masa
yang sama peserta kajian P1 menyatakan bahawa 40% solat yang dilakukan adalah
didorong oleh SKS. Dua dapatan ini memberikan satu keputusan bahawa SKS sebenarnya
telah memberikan impak yang besar dalam diri mereka.
Menurut dapatan yang sama, peserta kajian L1 dan L2 yang masing-masing telah
mencatatkan pelaksanaan solat yang cukup pada kitaran ketiga. Dapatan TEPAT telah
menunjukkan bahawa lebih 1/3 solat yang dilakukan oleh mereka adalah dengan dibantu

0
20
40
60
80
100
120
TAPAK 1 TAPAK 2 TAPAK 3
B
i
l
.

r
e
s
p
o
n
d
a
n

(
%
)
Ya
Tidak
0
20
40
60
80
100
120
TAPAK 1 TAPAK 2 TAPAK 3
B
i
l
.

r
e
s
p
o
n
d
a
n

(
%
)
Ya
Tidak

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
66

dan didorong oleh SKS. Seorang lagi peserta kajian iaitu L3 pula menyatakan bahawa
lebih 1/4 solat yang dilaksanakan adalah dimotivasikan oleh SKS. Berdasarkan kepada
analisis temubual, kebanyakkan solat yang dilaksanakan oleh peserta kajian L3 adalah di
bawah pantauan ibu bapanya. Ibu peserta kajian begitu tegas dalam memastikan peserta
kajian ini melaksanakan solatnya. Namun di sebalik ketegasan itu, masih terdapat
lompong-lompong pengurusan masa solat yang lemah ditunjukkan oleh peserta ini. Oleh
itu, SKS menerusi dapatan yang diberikan mampu menjadi satu alternatif tambahan bagi
membantu para ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka menguasai kemahiran
menguruskan waktu dalam konteks pelaksanaan solat.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Abdullah Fahim (1983) terhadap 240 orang pelajar
dari enam buah sekolah mendapati bahawa tidak ada satu pertalian yang jelas antara
pengetahuan yang cukup terhadap pelaksanaan solat dengan sempurna lima waktu sehari
semalam. Menerusi data yang diperoleh, 99.58% (232 orang) daripada jumlah pelajar
mempunyai pengetahuan tentang solat pada kadar sempurna dan cukup. Namun daripada
jumlah itu, hanya 26.67% (64 orang) yang melaksanakan solat dengan cukup. Kajian
yang sama turut menyatakan bahawa 78.33% (188 orang) pelajar menyatakan bahawa ibu
bapa mereka mengambil berat terhadap pelaksanaan solat mereka. Meskipun terdapat
ramai ibu bapa yang mengambil berat, bilangan murid yang melaksanakan solat dengan
cukup tetap berada pada nisbah yang cukup lemah.
Dalam usaha merungkai persoalan di atas, penyelidik merujuk kepada Muhammad
Muhyidin (2010) yang telah menulis sebuah buku bertajuk Mengapa Terkadang Saya
Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim? Menurut beliau fenomena
individu yang rajin melaksanakan ibadah solat pada satu masa namun menjadi begitu
malas untuk melaksanakannya pada masa yang lain adalah disebabkan oleh faktor naik
dan turunnya keimanan dalam diri seseorang. Menjelaskan lagi hal ini Engku Ahmad
Zaki Engku Alwi (2012) sewaktu menceritakan mengenai perihal naik dan turutnya iman
membawakan dua hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
Iman itu kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, maka hendaklah
kamu perbaharui iman kamu dengan kalimah La Ilaha illallah.
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Iman seseorang boleh menjadi usang dan lusuh seperti usang dan
lusuhnya sehelai pakaian. Maka hendaklah kamu memohon ke hadrat Allah
supaya memperbaharui iman kamu yang ada dalam hatimu.
(Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)
Tambahan bagi itu, Muhammad Soleh al-Munajjid dalam Muhammad Muhyidin (2010)
menyatakan bahawa terdapat 19 tanda lemahnya iman dalam diri seseorang. Salah satu
daripada tandanya ialah merasa malas melakukan amal ibadah serta meremehkannya.
Penyelidik seterusnya mendapati bahawa wujud satu perkaitan yang jelas antara dapatan
kajian ini terhadap pernyataan di atas. Analisis temu bual TEPAT 1, TEPAT 2 dan
TEPAT 3 menunjukkan majoriti penyebab peserta kajian meninggalkan solat adalah
disebabkan perasaan malas dan sikap menangguh-nangguh.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
67

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian yang diperoleh, penggunaan Set
Kesempurnaan Solat (SKS) jelas memberikan kesan dalam usaha meningkatkan
kemahiran mengurus masa dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengurusan masa
khususnya dalam konteks pelaksanaan solat. Untuk cadangan seterusnya, SKS yang
menjadikan solat sebagai alat pengukur boleh juga dijadikan sebagai ujian amali
tambahan kepada pelaksanaan Kem Bestari Solat dan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
untuk melihat momentum pelaksanaan solat dalam kalangan murid selepas mereka lulus
ujian teori dan amali di sekolah.
RUJUKAN
Abdullah Fahim (1984). Amalan Sembahyang Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah
Menengah di Wilayah Persekutuan (Satu Kajian Permulaan). MASA Jurnal Pusat
Penyelidikan Islam Malaysia. 38-49.
Al Quran Tajwid dan Terjemahannya (2009), Beirut: Aliman Establisment
http://www.bharian.com.my/articles/Perbaharuiimantingkatkanibadat_ilmupenget
ahuan/Article/print_html diakses pada 17 Ogos 2013
j-Qaf. Buku Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum
(2004). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mat Jusoh, Mohd Suhardi (2004) Pengabaian solat fardu di kalangan remaja : kajian di
sekolah menengah di sekitar Pasir Puteh, Kelantan Mohd Suhardi Mat
Jusoh. Tesis Sarjana, Universiti Malaya .
Muhammad Muhyidin (2010). Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan
Terkadang Boleh Menjadi Zalim? Batu Caves: Al-Hidayah House Of Publishers
Sdn. Bhd.
Wahbah Mustaffa al-Zuhaily (2002). Tafsir Al-Munir Juz 27. Petaling Jaya: Intel
Multimedia and Publication.
www.dspace.poliku.edu.my/.../Pengamalan%20solat%20.pdf capaian pada 31 Januari
2013
www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul/bcb9.pdf capaian pada 14 Julai 2013
www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/psk.htm capaian pada 31 Januari 2013
www.psychology.about.com/od/mindex/g/motivation-definition.htm capaian pada 31
Januari 2013
Zahazan Mohamed (2006). Anakku Hebat Anakku Soleh.Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.
Bhd.
Roslan Mohamed etc (2012). Wasathiyyah Dalam Akidah. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn. Bhd.