Anda di halaman 1dari 12

1

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4


PKBS 2 TAHUN 2014


KERTAS 1 MASA : 1 Jam


Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D.
Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling
tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan
pada kertas jawapan.

Soalan 1 - 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Daud membantu Encik Mani menukar tayar keretanya yang
_________ .
A. tangkas
B. bocor
C. riuh
D. kusut

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.





2 Beberapa ahli pengakap sedang _________ khemah di hutan.
A. membuat
B. mendirikan
C. menghiaskan
D. mengadakan


3 Kami sekeluarga __________ hidangan tengah hari di ruang makan pada
setiap hari Sabtu.
A. menikmati
2

B. menjamu
C. menelan
D. membina

4 Para penonton __________ apabila pasukan bola baling sekolah mereka
menang dalam pertandingan.
A. riuh-rendah
B. lintang-pukang
C. bersorak-sorai
D. kelam-kabut

5 Rambut Siew Min ________ apabila tamat perlawanan bola jaring.
A. calar-balar
B. compang-camping
C. resah-gelisah
D. kusut-masai

6 Pasukan pengakap _________ kaki di padang sekolah.
A. berjalan
B. berkhemah
C. berkawad
D. berubah

7 Guru Besar berpesan kepada murid-murid __________ berhati-hati semasa
menaiki dan menuruni tangga.
A. supaya
B. jika
C. apabila
D. untuk

8 Pengawas yang bertugas memastikan murid-murid tidak berebut-rebut
_________ membeli makanan di kantin.
A. agar
B. untuk
C. apabila
D. jika


9 Pelajar-pelajar diminta supaya __________ syarat dan undang-undang
yang ditetapkan apabila bermain di padang sekolah.
A. melanggar
B. melintas
C. mendengar
D. mematuhi


3

10 Mohan sedang meneliti brosur __________ memahami pandan
keselamatan penggunaan elektrik.
A. kalau
B. untuk
C. apabila
D. supaya


11 Kawan-kawan mengucapkan tahniah __________ Siew Min kerana
__________ telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir
tahun ini.
A. kepadadia
B. untukdia
C. kepadabeliau
D. daripadabaginda



12 ___________ kah pertandingan bercerita peringkat daerah akan
diadakan? tanya Khairul kepada Cikgu Lim.
a. Siapa
b. Bagaimana
c. Bila
d. Berapa


14 ___________kah rahsia kejayaan kamu, Siew Min? tanya Cikgu
Chong kepada Siew Min.
A. Siapakah
B. Apakah
C. Bilakah
D. Bagaimanakah

15 Pertandinag menulis karangan peringkat sekolah akan diadakan
__________ minggu depan.
A. dari
B. pada
C. daripada
D. kepada

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

4



16 Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di
tepi pantai itu.
A. nian
B. terlalu
C. paling
D. agak

17 "Pertandingan bola baling akan diadakan ___________ pukul 8:00 pagi
_________ pukul 11:00 pagi. kata Azana kepada kawan-kawannya.
A. dari hingga
B. daripada kepada
C. dari pada
D. daripada hingga

18 Abang Mohan _________. Dia mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaannya.
A. berani macam harimau
B. pantas seperti petir
C. cerdik seperti kancil
D. tajam seperti batu

19 Guru disiplin di sekolah saya ______ tetapi baik.
A. garang seperti singa
B. lambat seperti kura-kura
C. bulat seperti bola
D. panas seperti api



Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

5



20 Pelbagai jenis ________ disediakan sempena jamuan Hari Lahir
Kai Chun.
A. riuh-rendah
B. lauk-pauk
C. kelam-kabut
D. batu-batan

21 Alif disaman kerana memandu keretanya dengan laju di jalan raya.
Perkataan seerti bagi laju ialah
A. lambat
B. pantas
C. luas
D. jauh

22 Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi
itu akan dimulakan pada pukul 12.30 tengah hari.
Perkataan berlawan bagi dimulakan ialah
A. dihentikan
B. disampaikan
C. dipadamkan
D. disatukan

23 Apabila Cikgu Rosman masuk ke dalam kelas, murid-murid pun
mengeluarkan buku Bahasa Melayu ________.
A. setiap
B. kedua
C. seluruh
D. masing-masing

24 ________ pelajar dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersih.
A. setiap
B. segala
C. sebahagian
D. separuh




6






Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 I Kai Chun meletakkan cawan dan pinggan di dalam besen yang
disediakan.
II Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak-anak
dalam.
III Ayah melarang Siew Min mandi di sungai yang dalam
itu.
IV Hakimi disukai oleh kawan-kawannya kerana pengetahuannya
tentang Sains agak dalam.

A. I sahaja
B. I dan III
C. III dan IV
D. I, III dan IV

26 I Dia tidak dapat buku pintu pagar rumahnya.
II Saya membeli dua buku sabun mandi dari kedai runcit
itu.
III Buku cerita itu saya pinjam dari perpustakaan.
IV Buku saya yang menelefon kamu tadi.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. I. III dan IV


Soalan 27
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

27 Siapakah yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah dalam
mesyuarat itu nanti?

A. Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah akan diadakan pada hari
Sabtu.
B. Encik Kamarul yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah
mesyuarat itu nanti.
C. Encik Kamarul akan mempengerusikan mesyuarat Persatuan Bulan
Sabit Merah itu nanti.
D. Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah telah dibatalkan.
7


28 Apakah yang dilakukan oleh Encik Danish?

A. Beliau sedang membelah buah kelapa muda.
B. Ya, beliau sedang menjolok buah kelapa muda itu.
C. Tidak, beliau sedang mengikat buah kelapa muda itu.
D. Tangannya sakit digigit beruk.

Soalan 29
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

29 Majlis perkahwinan adik Dylan akan berlangsung pada hari Ahad ini.
a. Bilakah majlis perkahwinan adik Dylan akan berlangsung?
b. Di manakah majlis perkahwinan adik Dylan akan diadakan?
c. Siapakah yang akan hadir pada majlis perkahwinan adik Dylan?
d. Bagaimanakah suasana majlis perkahwinan adik Dylan pada hari itu?



Soalan 30 hingga Soalan 31
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

30 A. Adik, di manakah letaknya kedai roti!
B. Adik di manakah letaknya Kedai Roti?
C. Adik, di manakah letaknya kedai roti?
D. Adik! Di manakah letaknya kedai roti?


31 A. Sekolah saya terletak di Jalan persisiran Perling.
E. Sekolah saya terletak di Jalan Persisiran Perling!
F. Sekolah saya terletak di Jalan Persisiran Perling.
G. Sekolah saya terletak di jalan Persisiran Perling.



Soalan 32 hingga Soalan 33
Pilih ayat yang betul.

32 A. Badannya berbau seperti bunga supaya baru tadi dia mandi.
B. Manaf tidak pernah berputus asa sambil dia selalu gagal dalam
peperiksaan.
C. Para pemandu haruslah mematuhi mengatur jalan raya.
D. Kerusi yang cantik itu diperbuat dari buluh.

33 I Encik Mohan selalu memberi sumbangan kepada golongan miskin.
II Ketiga-tiga anak Encik Ahmad ialah doktor.
III Sui Mei menyanyikan lagu itu dengan sekali cantik.
8

IV Kami harus mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru.
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

34 Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis
anugerah kecemerlangan akan diadakan esok.
A. taman
B. kantin
C. dewan
D. kedai

35 __________ yang ditunggang oleh abang tersadai di tepi jalan kerana
kerosakan enjin.
A. Bas
B. Basikal
C. Kereta
D. Motosikal

Soalan 36 berdasarkan gambar di bawah.




36 Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A. jejentik
B. lelabah
C. riang-riang
D. umang-umang

37 Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal
kepada anak kesayangannya.
A. A Pilot
B. C Darlie
C. B Rolex
D. D Satria

38 Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena
sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
9

A. Hari Ibu
B. Hari Guru
C. Hari Bapa
D. Hari Pekerja

39 _______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin
menentang_________, kata ketua pasukan kepada sahabatnya.
A. Awak mereka
B. Kita mereka
C. Anda aku
D. Awak saya

40 Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________
ingin belajar dalam suasana yang ceria.
A. Mereka
B. Kita
C. Kalian
D. Kamu

41 Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di
hospital.
a. dia
b. kalian
c. baginda
d. beliau

42 Suriati tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
A. apa apa
B. mana mana
C. bila bila
D. siapa siapa

43 Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah
menjawab soalan itu.
A. mana mana
B. bila bila
C. apa apa
D. siapa siapa

44 Mereka bersahabat___________sejak kecil lagi.
A. intim
B. baik
C. mesra
D. rapat

45 Kuih itu memang_________tetapi terlalu_________ .
10

A. enak ... pahit
B. sedap ... hanyir
C. lazat ... manis
D. cantik ... payau

46 ________, kamu telah terpilih sebagai ketua pengawas!
A. Amboi
B. Aduhai
C. Syabas
D. Nah

Soalan 47 berdasarkan gambar di bawah

47 Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
A. sangat
B. nian
C. benar
D. sekali

Soalan 48 hingga 52
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Batu Pahat, 10 Ogos Sebuah rumah dua tingkat telah musnah akibat kebakaran
yang berlaku pada pukul 3:00 petang semalam.

Kebakaran yang berlaku ini disebabkan oleh seorang budak yang berumur
10 tahun bermain mancis di dalam rumah. Ketika kejadian, ibu dan bapa budak
itu berada di Shah Alam. Kebakaran tersebut telah menyebabkan mangsa
sekeluarga kehilangan tempat tinggal. Budak tersebut telah dihantar ke hospital.

Api yang merebak dengan cepat mangakibatkan mangsa kebakaran tidak
sempat menyelamatkan harta benda mereka. Oleh sebab itu, jumlah kerugian
dianggarkan mencecah lima puluh ribu ringgit.


48 Di manakah kebakaran ini berlaku?
a. Johor Bahru
b. Batu Pahat
c. Seri Kembangan
d. Shah Alam

11


49 Bilakah kebakaran ini berlaku?
a. 15 Ogos.
b. 10 Ogos.
c. 9 Ogos
d. 7 Ogos.


50 Penyataan berikut adalah benar tentang petikan kecuali
A. Ketika kejadian, ibu dan bapa budak itu berada di Klang.
B. Kebakaran yang berlaku ini disebabkan oleh seorang budak yang
berumur 10 tahun bermain mancis di dalam rumah.
C. Budak tersebut telah dihantar ke hospital.
D. Jumlah kerugian dianggarkan mencecah lima puluh ribu ringgit.

51 Perkataan dihantardalam petikan bermaksud
A. dihalau
B. dibawa
C. digantung
D. ditebang

52 Siapakah yang tidak sempat menyelamatkan harta benda dalam kebakaran
tersebut?
a. Mangsa kebakaran
b. Pihak polis
c. Pihak bomba
d. Jiran


Soalan 53 hingga 57
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

18, Jalan Batu,
Taman Naga Satu,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

15 April 2014.

Menemui saudara Janang yang kini berada di Kuching, Sarawak. Semoga
saudara sekeluarga dalam keadda sihat sejahtera.

Saudara,

Apa khabar, saudara? Saya sihat di sini. Mula-mula, saya ingin memohon maaf
kerana tidak memberitahu tentang perpindahan saya ke Seri Kembangan. Saya
berpindah ke sini kerana bapa saya ditugaskan di Balai Polis Daerah Sepang.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengundang saudara sekeluarga ke
12

rumah baharu saya. Saya berharap saudara dapat meluangkan masa bersama
saya setelah sekian lama.

Akhirnya, saya juga sangat rindu akan rakan-rakan sekalian. Tolong sampaikan
salam saya kepada mereka.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Siew Mei


53 Siapakah penerima surat ini?
A. Siew Mei
B. Janang
C. Bapa Siew Mei
D. Rakan-rakan Janang

54 Mengapakah penulis memohon maaf?
A. Penulis sangat rindu akan rakan-rakannya.
B. Penulis tidak dapat meluangkan masa bersama rakan-rakannya.
C. Penulis tidak memberitahu tentang perpindahannya.
D. Bapa penulis ditugaskan di Balai Polis Daerah Sepang.


55 Perkataan mengundang dalam petikan bermaksud
a. menghalau
b. mencari
c. menjemput
d. memanggil

56 Mengapakah penulis berpindah ke tempat baru?
a. Rumah penulis tidak berdinding.
b. Bapa penulis ditugaskan di Balai Polis Daerah Sepang.
c. Jiran penulis baik hati.
d. Penulis ingin berjumpa dengan polis.

57 Apakah harapan penulis?
a. Penulis ditugaskan di Balai Polis di Kuching, Sarawak.
b. Penulis melawat kawannya di Seri Kembangan.
c. Bapa Janang dipindahkan ke tempat kerja yang baru.
d. Janang dapat meluangkan masa bersamanya.

Anda mungkin juga menyukai