Anda di halaman 1dari 94

BAB IV

HASIL KAJIAN




4.0 Pengenalan




Perbincangan dalam bab ini ditumpukan kepada dapatan-dapatan yang diperoleh, iaitu
yang berkenaan dengan:-


1) Guru

2) Pelajar

3) Pengaruh dialek

4) Faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek




4.1 Guru




Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan wakaf
raja yang terlibat dalam kajian ini berjumlah enam orang. Mereka mengajar Bahasa
Melayu, dan berketurunan Melayu, yang terdiri daripada 16.6% lelaki dan 83.4%
perempuan (lihat Jadual 1).








31



Jadual 1. Taburan Guru Berasaskan Jantina




Jantina Bil %

Lelaki 1 16.6
Perempuan 5 83.4

Jumlah 6 100






Dapatan ini membuktikan bahawa berbanding dengan sedekad yang lalu,
pentabir khususnya guru besar sekolah lebih berkeyakinan kepada guru perempuan
daripada guru lelaki untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Pada tahun 1989, guru
perempuan yang mengajar Bahasa Melayu ialah 33.3 % (Nik Hassan Basri, 1989: 43)
tetapi hari ini dapatan kajian ini membuktikan peratusnya telah meningkat, iaitu 83.4 %
ialah guru perempuan. Selain itu, daripada data yang telah dikumpulkan, didapati
100% guru yang dikaji ialah guru-guru terlatih, iaitu lepasan universiti (lihat Jadual 2).


Jadual 2. Taburan Guru Mengikut Kelulusan

Kelulusan Bil %

Universiti 6 100
Maktab Perguruan - -
Yang lain - -

Jumlah 6 100






32






Kajian ini juga mendapati bahawa guru-guru yang dikaji mempunyai
pengalaman mengajar melebihi daripada lima tahun, iaitu yang sama lamanya dengan
pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Didapati sejumlah 33.3%
daripada guru-guru yang dikaji itu mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu, antara lima hingga sembilan tahun, iaitu pengalaman yang paling
minimum antara responden tersebut. Sejumlah 50% lagi mempunyai pengalaman
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu antara 10-14 tahun dan selebihnya yang
terakhir iaitu sejumlah 16.7% lagi mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu yang paling maksimum melebihi 15 tahun (lihat Jadual 3).


Jadual 3. Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar

Mata Pelajaran Bahasa Melayu




Pengalaman Bil %

15 tahun ke atas 1 16.7
10 14 tahun 3 50
5-9 tahun 2 33.3
4 tahun ke bawah - -

Jumlah 6 100











33



Di samping itu juga didapati bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu, iaitu yang menjadi responden untuk kajian ini pernah mengikuti
kursus dalam perkhidmatan. Sejumlah 83.3% daripada guru tersebut mempunyai
latihan khas dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, dan sejumlah 16.7%
lagi tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam Perkhidmatan bagi mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu, KBSM (lihat Jadual 4).


Jadual 4. Kursus Dalam Perkhidmatan Bagi

Guru-guru Bahasa Melayu




Kekerapan Bil %

Pernah 5 83.3
Tidak pernah 1 16.7

Jumlah 6 100






Hal ini bermakna segelintir guru yang tidak pernah mengikuti kursus dalam
perkhidmatan itu bukanlah bermakna mereka selama-lamanya tidak akan diberi
peluang menjalani kursus dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, sampai masanya
mereka akan diminta mengikuti kursus bahasa Melayu sama ada kursus 14 Minggu
atau kursus perguruan khas satu tahun. Lantaran itu juga didapati bahawa sejumlah
100% daripada guru-guru tersebut telah mengikuti kursus Dalam Perkhidmatan.





34



Kursus tersebut ialah Kursus Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi
tingkatan masing-masing. Guru yang terlibat dengan kursus tersebut telah menyatakan
bahawa 50-75 % daripada cadangan-cadangan baru yang diikuti oleh mereka itu akan
dapat dipraktikkan di sekolah (lihat Jadual 5).


Jadual 5. Peratusan Cadangan Baru Yang Dapat Dijalankan oleh

Guru Yang Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan




Peratus Dapat Dipraktikkan Bil %

Dapat dipraktikkan 76 100% - -
Dapat dipraktikkan 50-75% 6 100
Dapat dipraktikkan 25-49% - -
Dapat dipraktikkan 1-24%. - -
Tidak dapat dipraktikkan - -

Jumlah 6 100






Kenyataan guru yang terlibat itu seolah-olah menggambarkan bahawa ada
sebanyak 25 % daripada cadangan-cadangan baru yang disediakan bagi kursus dalam
Perkhidmatan untuk Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah itu tidak dapat
dijalankannya di sekolah yang dikaji. Masalah yang dialaminya itu sudah tentu sedikit
sebanyak berkait juga dengan jumlah waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu





35



yang dibebankan kepadanya kerana ditambah dengan bilangan pelajar yang terlalu
ramai di dalam kelas. seterusnya didapati setiap orang guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu itu mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan jumlah
waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam seminggu juga banyak iaitu 24
waktu.


Setelah dikemukakan soalan-soalan tentang Falsafah Pendidikan Negara dan
tentang matlamat dan objektif sukatan Pelajaran KBSR bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, kesemua guru tersebut mengakui bahawa mereka tahu tentang hal tersebut
(lihat Jadual 6).


Jadual 6. Taburan Pengetahuan Guru-guru Tentang Matlamat dan

Objektif KBSR dan Falsafah Pendidikan Negara



Pengetahuan Bil %

Ya (tahu) 6 100
Tidak tahu - -

Jumlah 6 100




Berkaitan dengan jumlah waktu mengajar Bahasa Melayu (BM) di kalangan
guru yang dikaji, didapati jumlah waktu mengajar bagi setiap orang guru dalam
seminggu berbeza-beza. Terdapat 16 % iaitu seorang daripada mereka mengajar
Bahasa Melayu sebanyak 20 waktu dalam seminggu. Sejumlah 66.8 % lagi ialah 12


36



waktu dalam seminggu, sementara 16 % ialah yang selainnya, iaitu sebanyak 24 waktu
dalam seminggu (lihat Jadual 7).


Jadual 7. Jumlah Waktu Mengajar Mata Pelajaran

Bahasa Melayu dalam Seminggu




Waktu Seminggu Bil %

20 waktu 1 16.6
16 waktu - -
12 waktu 4 66.8
8 waktu - -
4 waktu - -
Yang lainnya 1 16.6

Jumlah 6 100






Kajian ini juga mendapati bahawa jumlah waktu mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu yang begitu banyak dalam seminggu bagi seseorang guru Bahasa
Melayu boleh mempengaruhi pembelajaran dan penguasaan bahasa di kalangan
pelajarnya. Masalah itu menjadi lebih ketara lagi sekiranya guru-guru Bahasa Melayu
dibebankan dengan jumlah bilangan pelajar yang ramai. Data yang diperolehi
mengemukakan bahawa guru-guru yang dikaji menghadapi masalah kerana bilangan





37



pelajar yang ramai iaitu melebihi 40 orang. Sejumlah 50% daripada guru-guru mata
pelajaran Bahasa Melayu mempunyai bilangan pelajar yang berjumlah 40 hingga 79
orang. Sejumlah 33.3% daripada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
mempunyai bilangan pelajar jauh lebih ramai, iaitu 80 hingga 119 orang, dan baki
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, iaitu 16.7% lagi mempunyai
bilangan pelajar seramai 39 orang ke bawah (lihat Jadual 8).


Jadual 8. Bilangan Pelajar Yang Diajar oleh Guru-guru

Yang Mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu




Bilangan Pelajar Bil %

120 orang ke atas - -
80-119 orang 2 33.3
40-79 orang 3 50
39 orang ke bawah 1 16.7

Jumlah 6 100






4.1.1 Penggunaan Bahasa Guru Di Sekolah




Dalam kajian ini didapati penggunaan Bahasa Melayu Baku (BMB) di kalangan guru
semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain di dalam bilik





38



darjah amatlah terhad. Kesemua guru yang menjadi responden mengakui bahawa
mereka menggunakan campuran bahasa mengakui bahawa mereka menggunakan
campuran Bahasa Melayu Baku (BMB) dan Dialek Kelantan (DK), terutama dalam
pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (lihat Jadual 9) dan mata pelajaran lain
(lihat Jadual 10).


Jadual 9. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan
dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Bahasa Bil %

BMB Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 6 100
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 6 100






Jadual 10. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang

Digunakan dalam Pengajaran Mata Pelajaran lain

Bahasa Bil %

BMB Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 6 100
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 6 100






39






Selain itu, kesemua 100% guru tersebut juga mengakui bahawa mereka
menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan, apabila
berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar, terutama di dalam bilik darjah (lihat
Jadual 11), dan di luar bilik darjah (lihat Jadual 12).


Jadual 11. Bahasa Yang Digunakan Apabila Berkomuikasi

Dengan Pelajar Di Dalam Bilik Darjah

Bilangan Pelajar Bil %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 6 100
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 6 100






Jadual 12. Bahasa Yang Digunakan Apabila Berkomunikasi

Dengan Pelajar Di Luar Bilik Darjah

Bilangan Pelajar Bil %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 5 83.3
DK Sepenuhnya 1 16.7

Jumlah 6 100






40






Mengikut pendapat pelajar-pelajar pula, keadaan penggunaan Bahasa Melayu
Baku di kalangan guru, baik semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu atau
mata pelajaran lain, mahupun di luar masa pengajarannya adalah terhad. Didapati
100% daripada pelajar berpendapat bahawa guru-guru mata pelajaran Bahasa Malayu
dan mata pelajaran lain menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek
Kelantan, terutamanya dalam masa pengajaran mereka (lihat Jadual 13 dan Jadual 14).


Jadual 13. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang
Digunakan oleh Guru Bahasa Melayu Semasa Mengajar


Bilangan Pelajar Bil %

BM Sepenuhnya 40 40
Campuran BMB & DK 60 60
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 100 100






Dapatan membuktikan bahawa sejumlah 40% responden daripada pelajar-
pelajar tersebut berpendapat bahawa guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya semasa mengajar Bahasa Melayu. Hal
ini bermakna sebilangan kecil sahaja guru Bahasa Melayu yang memakai Bahasa





41



Melayu Baku dalam pengajaran mereka. Kalaulah guru subjek Bahasa Melayu sendiri
tidak memakai dan menggunakan bahasa Melayu Baku dalam pengajaran mereka,
sudah tentu andaian terhadap guru bukan subjek Bahasa Melayu akan lebih ketara lagi
untuk tidak memakai Bahasa Melayu Baku dalam pengajaran mereka. Kenyataan itu
jelas terbukti apabila sejumlah 100% pelajar berpendapat bahawa bahasa yang
digunakan oleh guru mata pelajaran lain ialah campuran Bahasa Melayu Baku dan
Dialek Kelantan (Lihat Jadual 14).


Jadual 14. Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang

Digunakan Guru Subjek Lain Semasa Mengajar




Bilangan Pelajar Bil %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 100 100
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 100 100






Berdasarkan keterangan di dalam Jadual 9 hingga 14 tersebut dapatlah
disimpulkan bahawa guru-guru yang terlibat dengan kajian ini mempunyai
kecenderungan untuk menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek
Kelantan, baik semasa berinteraksi dengan pelajar di luar bilik darjah mahupun semasa





42



mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain di dalam bilik darjah.
Berasaskan pandangan pelajar itu hal ini juga bermakna sikap sebilangan guru yang
mengajar subjek Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain seolah-olah tidak
mengendahkan hasrat kerajaan bagi mencapai visi dan misi negara. Malahan mereka
itu terus bersikap dingin terhadap kepentingan penggunaan Bahasa Melayu Baku di
sekolah yang dikaji. Kesimpulan ini bertepatan dengan dapatan yang diperoleh iaitu
sejumlah 50% daripada guru-guru tersebut mengakui bahawa Bahasa Melayu Baku
ialah bahasa yang paling berkesan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu,
sementara separuh lagi iaitu sejumlah 50% daripada guru-guru tersebut berpendapat
bahawa campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan ialah bahasa yang paling
berkesan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (lihat Jadual 15).


Jadual 15. Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Paling

Berkesan Untuk Mengajar Bahasa Melayu




Bilangan Pelajar Bil %

BM Sepenuhnya 3 50
Campuran BMB & DK 3 50
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 6 100











43



Dapatan seperti yang digambarkan dalam Jadual 15 itu bagaimanapun bukanlah
bermakna guru-guru yang mengajar di Kelantan itu semuanya memulau penggunaan
Bahasa Melayu Baku dalam pengajaran mereka. Cuma yang bersikap demikian
hanyalah separuh daripada mereka. Mereka itu tentu mempunyai alasan sendiri kenapa
penggunaan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya dalam pengajaran mereka itu
diketepikan. Sehubungan dengan itu, di dalam kajian ini didapati sejumlah 16.7 %
daripada guru-guru tersebut memberi alasan bahawa pelajar kurang faham sepenuhnya,
sekiranya bahasa yang digunakan dalam pengajaran ialah Bahasa Melayu Baku
sepenuhnya, sedangkan 83.7% daripada guru-guru yang dikaji mempunyai pendapat
yang sebaliknya, iaitu pelajar akan faham sepenuhnya, jika guru mata pelajaran Bahasa
Melayu menggunakan Bahasa Melayu Baku dalam pengajarannya (lihat Jadual 16).


Jadual 16. Taburan Pendapat Guru Tentang Pemahaman Pelajar, Jika Guru
Menggunakan Bahasa Melayu Baku Dalam Pengajarannya


Bilangan Pelajar Bil %

Faham Sepenuhnya 5 83.3
Kurang Faham 1 16.7
Tidak Faham Langsung - -

Jumlah 6 100











44



Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut yang berkaitan dengan bahasa
yang digunakan oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang tersebut dapatlah
disimpulkan bahawa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku Sepenuhnya
sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran, sebaliknya mereka menggunakan campuran
Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan. Keadaan ini terjadi kerana sikap guru yang
berpendapat campuran BMB dan DK ialah bahasa yang paling berkesan untuk
pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah.


Tentang Bahasa Melayu Baku yang digunakan oleh guru-guru dalam
pengajaran, didapati 80% daripada pelajar-pelajar tersebut mengakui bahawa
penggunaan Bahasa Melayu Baku oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran
itu difahami oleh mereka dan 20% lagi menyatakan yang sebaliknya (lihat Jadual 17).


Jadual 17. Taburan Pendapat Pelajar tentang Pemahaman Mereka, Jika
Guru Menggunakan Bahasa Melayu Baku Dalam Pengajarannya


Bilangan Pelajar Bil %

BM Sepenuhnya 80 80
Campuran BMB & DK 20 20
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 100 100









45



4.2 Pelajar




Kesemua pelajar yang dikaji ialah pelajar Tingkatan IV, yang terdiri daripada 50 %
lelaki dan 50 % perempuan. (lihat Jadual 18).


Jadual 18. Taburan Pelajar Mengikut Jantina

Jantina Bil %

Lelaki 50 50
Perempuan 50 50

Jumlah 100 100






Hal itu bermakna jumlah pelajar yang menjadi responden kajian ini, khususnya
dari segi jantina sama banyak bilangannya. Selain itu, daripada data yang dikumpul,
didapati 100% pelajar dikaji ialah bangsa Melayu (lihat Jadual 19).


Jadual 19. Taburan Pelajar Mengikut Keturunan

Bangsa Bil %

Melayu 100 100
Cina - -
India - -

Jumlah 6 100






46






Bilangan pelajar Melayu di Kelantan mengatasi bilangan kaum-kaum lain
kerana tiada kaum lain yang menjadi responden. Kajian ini juga mendapati bahawa
kesemua responden, iaitu 100% pelajar yang dikaji tinggal bersama-sama keluarga
mereka, sama ada tinggal dengan ibu bapa atau penjaga (lihat Jadual 20).


Jadual 20. Taburan Mengikut Tempat Tinggal




Tempat Tinggal Bil %

Asrama - -
Kediaman ibu bapa/penjaga 100 100

Jumlah 100 100






Dapatan ini membayangkan bahawa tempat tinggal pelajar adalah di sekitar
kawasan sekolah iaitu di Tanah Merah kerana tidak seorang pun yang menjadi
responden kajian ini menginap di asrama walaupun sekolah yang dikaji ialah sekolah
yang berasrama. Walau bagaimanapun, hal itu bukan bermakna pelajar-pelajar itu tidak
berminat tinggal di asrama. Kemungkinan itu asrama yang disediakan itu khusus untuk
pelajar yang berjauhan tempat tinggalnya dari sekolah. Selain itu, didapati 80%
daripada pelajar-pelajar tersebut mengakui tinggal di kawasan luar bandar dan 20%
lagi mengesahkan mereka tinggal di bandar (lihat Jadual 21).





47



Jadual 21. Taburan Pelajar Mengikut Kawasan Tempat Tinggal




Kawasan Bil %

Bandar 20 20
Luar Bandar 80 80

Jumlah 100 100






Setelah ditinjau pendapat pelajar-pelajar tersebut tentang pekerjaan tetap bapa
atau penjaga pelajar-pelajar, didapati 30% bekerja dengan swasta atau kakitangan
kerajaan, 10% sebagai peniaga; 40% sebagai penoreh getah, petani dan nelayan; dan
20% lagi bekerja dalam pekerjaan yang lain (lihat Jadual 22).


Jadual 22. Taburan Pekerjaan Tetap Bapa atau Penjaga Pelajar




Jenis Pekerjaan Bil %

Kakitangan kerajaan / swasta 30 30
Peniaga 10 10
Petani/penoreh getah / 40 40
nelayan 20 20
Yang lain - -

Jumlah 100 100






48






Merujuk pekerjaan ibu pula, didapati 20% bekerja dengan swasta atau kakitangan
kerajaa / /,n yang lain 80 % sebagai suri rumah (lihat Jadual 23).


Jadual 23.Taburan Pekerjaan Tetap Ibu Pelajar




Jenis pekerjaan Bil. %

Kakitangan Kerajaan / Swasta 20 20
Suri rumah 80 80

Jumlah 100 100






Apabila ditinjau pendapat pelajar tentang latar belakang atau taraf pendidikan
bapa atau penjaga mereka, didapati bahawa bapa atau penjaga yang di Kelantan tidak
memperoleh pendidikan yang tinggi. Malahan rata-rata daripada mereka hanya
berpeluang belajar di peringkat sederhana. Hal ini kerana dapatan menunjukkan
bahawa 10 % daripada responden menyatakan bapa atau penjaga mereka tidak pernah
bersekolah, 30% hanya bersekolah rendah, 50% bersekolah menengah, 0 %
berkelulusan maktab, 10 % lepasan univesiti dan yang lainnya 0 %, iaitu termasuk
yang meninggal dunia (lihat Jadual 24).










49






Jadual 24.Taburan Taraf Pendidikan Bapa Atau Penjaga Pelajar




Taraf Pendidikan Bil. %

Tidak Bersekolah 10 10
Sekolah Rendah 30 30
Sekolah Menengah 50 50
Maktab - -
Universiti 10 10
Yang lainnya - -

Jumlah 100 100






Apabila ditinjau pula tentang taraf pendidikan ibu mereka, didapati 10 %
daripada pelajar-pelajar yang tersebut menyatakan ibu mereka tidak pernah bersekolah;
30 % bersekolah rendah sahaja; 60 % bersekolah menengah, 0 % maktab atau
universiti, dan 0 % lagi yang lainnya, iaitu termasuk yang mati (lihat Jadual 25).


Keterangan-keterangan tersebut membuktikan sebilangan kecil, ialah 10%
daripada bapa atau penjaga dan ibu pelajar tersebut buta huruf. Hal ini bermakna
bahawa di Kelantan masih kedapatan ibu atau bapa yang tidak tahu membaca.
Malahan, hal itu membayangkan bahawa masalah buta huruf di kalangan sebilangan





50



orang Melayu dalam masyarakat yang mendiami negeri Kelantan dalam era ini harus
ditangani segera oleh kerajaan, seperti mengadakan semula dewasa suatu masa dahulu.
Hal ini membukti bahawa program kelas dewasa suatu masa dahulu harus dibuka
semula.


Jadual 25. Taburan Taraf Pendidikan Ibu Pelajar




Taraf Pendidikan Bil. %

Tidak Bersekolah 10 10
Sekolah Rendah 30 30
Sekolah Menengah 60 60
Maktab - -
Universiti - -
Yang lain-lain - -

Jumlah 100 100






Oleh sebab terdapatnya sebilangan kecil ibu bapa atau penjaga pelajar yang
buta huruf kerana tidak pernah bersekolah serta taraf pendidikan mereka yang rendah
itu membayangkan satu kesimpulan bahawa keadaan itu boleh menimbulkan implikasi
tertentu ke atas sikap dan minat mereka terhadap penggunaan bahasa Melayu Baku di
kalangan anak mereka, iaitu pelajar-pelajar yang dikaji khasnya untuk menerima





51



pendedahan yang meluas terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah di Malaysia.


4.2.1 Penggunaan Bahasa Pelajar




Daripada data yang dikumpulkan, didapati penggunaan Bahasa Melayu Baku di
kalangan pelajar yang dikaji amatlah terhad, sedangkan penggunaan Dialek Kelantan
amat ketara di kalangan mereka, iaitu apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan
seseorang yang lain. Kesemua pelajar yang menjadi responden mengakui bahasa yang
digunakan oleh mereka ialah Dialek Kelantan, iaitu apabila berkomunikasi dengan
keluarga (lihat Jadual 26).


Jadual 26 : Bahasa Yang Digunakan Apabila Bercakap Dengan Keluarga




Bahasa Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK - -
DK Sepenuhnya 100 100

Jumlah 100 100














52






Malahan, responden kajian ini mengakui bahawa dalam kehidupan mereka
sehari-hari, bahasa yang digunakan oleh mereka semasa berinteraksi atau berbual
dengan kawan-kawan ialah Dialek Kelantan (lihat Jadual 27).


Jadual 27.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang

Digunakan Apabila Bercakap Dengan Kawan-kawan




Bahasa Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK - -
DK Sepenuhnya 100 100
Yang lain-lain - -

Jumlah 100 100






Demikian juga apabila bercakap-cakap atau berhubung dengan orang-orang
dewasa, mereka akan menggunakan Dialek Kelantan. Ini bermakna Dialek Kelantan
ialah bahasa penggunaan sehari-hari dalam kehidupan pelajar (lihat Jadual 28).













53



Jadual 28. Bahasa Yang Digunakan Oleh Pelajar Apabila

Bercakap Dengan Orang-orang Di Sekitar

Bahasa Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK - -
DK Sepenuhnya 100 100

Jumlah 100 100



Apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan guru mata pelajaran Bahasa
Melayu, didapati 20% daripada pelajar tersebut menggunakan Dialek Kelantan, dan
80% lagi menggunakan campuran Bahasa Malaysia Baku dan Dialek Kelantan (lihat
Jadual 29).


Jadual 29.Taburan Pendapat Pelajar tentang Bahasa Yang Digunakannya
Apabila Bercakap Dengan Guru Bahasa Melayu


Bahasa Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 80 80
DK Sepenuhnya 20 20
Yang lainnya - -

Jumlah 100 100






54






Namun demikian, keadaan ini agak berbeza sedikit apabila pelaja-pelajar
tersebut berinteraksi atau berkomunikasi dengan guru mata pelajaran lain kerana data
yang dikumpulkan mendapati 70% daripada pelajar-pelajar yang berkenaan
menggunakan Dialek Kelantan, iaitu apabila bercakap dengan guru mata pelajaran
yang lain, dan 30% lagi menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek
Kelantan.Keadaan ini berlaku kerana pelajar-pelajar sudah biasa dengan dialeknya.
Kesan daripada pengaruh dialek tersebut menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam suasana yang hambar tanpa penggunaan bahasa baku
sepenuhnya (lihat Jadual 30).


Jadual 30.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Bahasa Yang Digunakan
Apabila Bercakap Dengan Guru Mata Pelajaran Lain


Bahasa Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 30 30
DK Sepenuhnya 70 70
Yang lainnya - -

Jumlah 100 100











55



Mengikut pendapat guru-guru pula, bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar
yang dikaji, apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan mereka, baik di luar atau
di dalam bilik darjah tidaklah berbeza. Daripada data yang dikumpulkan melalui enam
orang guru yang dijadikan informan, didapati sebanyak 100% guru tersebut
berpendapat bahawa pelajar-pelajar menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan
Dialek Kelantan, apabila bercakap dengan mereka, baik di dalam bilik darjah mahupun
di luar bilik darjah (lihat Jadual 31).


Jadual 31. Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan Pelajar
Apabila Bercakap Dengan Guru Di Dalam Atau Luar Bilik Darjah


Bahasa Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK 6 100
DK Sepenuhnya - -

Jumlah 6 100






Apabila ditinjau pendapat guru tentang bahasa yang digunakan oleh pelajar-
pelajar semasa pelajaran lisan Bahasa Malaysia, didapati sebanyak 100% guru tersebut
berpendapat bahawa pelajar-pelajar masih menggunakan campuran Bahasa Melayu
Baku dan Dialek Kelantan. Hal ini bermakna para pelajar tidak langsung berasa





56



bersalah atau berasa serba salah untuk berkomunikasi dengan guru, walaupun waktu
berlangsungnya komunikasi itu ialah waktu pembelajaran bahasa Melayu di dalam
bilik darjah secara formal. (lihat Jadual 32).





Jadual 32.Taburan Pendapat Guru Tentang Bahasa Yang Digunakan
oleh Pelajar-Pelajar Semasa Pelajaran Lisan Bahasa Melayu


Waktu Pembelajaran Bil. %

BM Sepenuhnya - -
Campuran BMB & DK - -
DK Sepenuhnya 6 100

Jumlah 6 100






Daripada keterangan-keterangan informan tersebut dapatlah disimpulkan
bahawa bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut semasa berinteraksi atau
berkomunikasi dengan guru baik di dalam atau di luar bilik darjah ialah campuran
Bahasa Melyu Baku dan Dialek Kelantan, tetapi apabila bercakap atau berhubung
dengan pihak-pihak lain, seperti dengan keluarga, kawan-kawan dan orang-orang
dewasa, mereka menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya. Penggunaan Dialek
Kelantan atau campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan di kalangan pelajar





57



baik semasa berhubung dengan guru mahupun dengan pihak-pihak lain tentunya boleh
menimbulkan kesan yang negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran lisan
Bahasa Melayu Baku di sekolah. Keterangan tersebut juga membuktikan bahawa
pelajar-pelajar yang dikaji didapati tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku dalam
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, sebaliknya mereka menggunakan
campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan.


Apabila ditanya pendapat pelajar-pelajar yang menjadi responden sama ada
mereka digalakkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu atau tidak untuk
menggunakan Bahasa Melayu Baku ketika berkomunikasi di dalam kelas, didapati
sebanyak 100% pelajar tersebut berpendapat guru Bahasa Melayu menggalakkan
mereka, berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Baku (lihat Jadual 33).


Jadual 33. Pendapat Pelajar Sama Ada Mereka Digalakkan Oleh
Guru Bahasa Melayu Atau Tidak Untuk Bertutur Dalam
Bahasa Melayu Baku Di Dalam Darjah


Dorongan Guru Bil. %

Ya (Ada) 100 100
Tidak ada - -

Jumlah 100 100









58






Apabila ditanya pendapat pelajar-pelajar yang dikaji tentang galakan guru mata
pelajaran lain untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku apabila berada sama ada di
dalam atau di luar kelas, didapati 80 % daripada pelajar-pelajar tersebut mengakui
mereka digalakkan oleh guru mata pelajaran lain untuk berkomunikasi dengan Bahasa
Melayu Baku sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, dan 20% lagi mengatakan
guru mata pelajaran lain tidak menyuarakan hasrat yang tersebut (lihat Jadual 34).


Jadual 34. Taburan Pendapat Pelajar Sama Ada Mereka Digalakkan Oleh Guru
Mata Pelajaran Lain Atau Tidak Untuk Bertutur Dalam Bahasa
Melayu Baku Baik Semasa Di Dalam Ataupun Di Luar Kelas


Dorongan Guru Bil. %

Ya (Ada) 80 80
Tidak ada 20 20

Jumlah 100 100






Berbeza pula situasi apabila persoalan tersebut dikemukakan pula kepada guru-
guru yang dikaji, didapati sebanyak 100% guru-guru tersebut menyatakan mereka
menggalakkan dan mengingatkan pelajar agar menggunakan Bahasa Melayu Baku
baik semasa berkomunikasi di dalam atau di luar bilik darjah (lihat Jadual 35).





59






Jadual 35. Pendapat Guru Waima Pelajar Digalakkan Atau Tidak

Menggunakan Bahasa Melayu Baku




Dorongan Guru Bil. %

Ya (Ada) 6 100
Tidak ada - -

Jumlah 6 100






4.3 Pengaruh Dialek




Melalui kajian yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar didapati Dialek Kelantan yang
dimiliki oleh mereka mempengaruhi atau mengganggui pembelajaran lisan Bahasa
Melayu, dari segi sebutan, intonasi, dan ayat. Dalam kajian ini pengkaji hanya
memberi tumpuan kepada pengaruh dialek ke atas sebutan, intonasi dan ayat. Pengkaji
tidak mengkajinya dengan terperinci, terutamanya aspek-aspek penggunaan imbuhan
dan ayat pelajar-pelajar.
















60






4.3.1 Sebutan




Apabila dianalisis sebutan atau cara mengucapkan perkataan-perkataan tertentu oleh
pelajar-pelajar tersebut, didapati cara sebutan mereka dalam Bahasa Melayu Baku
dipengaruhi atau diganggui oleh cara sebutan Dialek Kelantan. Pengaruh sebutan ini
akan dibincangkan berdasarkan penyebaran vokal dan konsonan tertentu dalam Dialek
Kelantan.


4.3.1.1 Vokal




i. Fonem vokal / a / pada suku kata terbuka di akhir kata disebut sebagai /
/. Contohnya:


Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Sana disebut sebagai [ san ]
Saya disebut sebagai [ saj ]
Pada disebut sebagai [pad ]
Kata disebut sebagai [kat ]
Kerana disebut sebagai [ kan ]
Terima disebut sebagai [ tim ]
Raya disebut sebagai [ a ]




61



Selama disebut sebagai [ slam ]
Bahawa disebut sebagai [ bahaw ]
Telinga disebut sebagai [ tli ]
Seterusnya disebut sebagai [ stuh ]
Beberapa disebut sebagai [ bbap ]
Lemaknya disebut sebagai [ lmk ]
Menderita disebut sebagai [ mndit ]
Padanya disebut sebagai [ pad ]
Membawa disebut sebagai [ mmbaw ]
Kepada disebut sebagai [ kpad ]
Nampaknya disebut sebagai [ nap? ]
Berdua disebut sebagai [ bduw ]



ii. Fonem vokal / a / pada suku kata tertutup di hujung kata sebelum
konsonan / k / dan / h / sesebut sebagai / /. Contohnya:-


Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Tidak disebut sebagai [ tid? ]
Rumah disebut sebagai [ umh ]
Lemak disebut sebagai [ lm? ]
Sekolah disebut sebagai [ sklh ]
Melengahkan disebut sebagai [ mlehk ]




62



Nampaknya disebut sebagai [ nap? ]
Asmanirah disebut sebagai [ asmanih ]
Kubiskah disebut sebagai [ kubihkh ]
Aminah disebut sebagai [ aminh ]
Awak disebut sebagai [ aw? ]



iii. Fonem vokal / i / pada suku kata tertutup hujung kata sebelum konsonan

/ b / dan / h / disebut sebagai / e
/. Contohnya:


Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Kasih disebut sebagai [ kaseh ]
Balik disebut sebagai [ bale? ]
Nasib disebut sebagai [ nase? ]
Sembelihkan disebut sebagai [ smlehk ]



iv. Fonem vokal / u / pada suku kata tertutup di hujung kata sebelum
konsonan / t /, / k /, / h / dan / r / disebut sebagai / o /.

Contohnya:-












63



Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Seluruh disebut sebagai [ sluoh ]
Mengikut disebut sebagai [ miko? ]
Perut disebut sebagai [ po? ]
Sungguh disebut sebagai [ suoh ]
Subur disebut sebagai [ subo ]
Tepuk-tepuk disebut sebagai [ tpo?- tpo? ]



4.3.1.2 Konsonan




i. Fonem konsonan / p /, / b / dan / t / pada suku kata terbuka di
akhir kata disebut sebagai / ? / .Contohnya:


Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Umat disebut sebagai [ uma? ]
Harap disebut sebagai [ aa? ]
Minit disebut sebagai [ mene? ]
Ubat disebut sebagai [ ba? ]
Firasat disebut sebagai [ piasa?]
Mengikut disebut sebagai [ miko?]






64



Nasib disebut sebagai [ nase?]
Perut disebut sebagai [ pu?]
Rumput disebut sebagai [ upu? ]
Melihat disebut sebagai [ mliha? ]
Penat disebut sebagai [ pna? ]
Setiap disebut sebagai [ stia? ]
Bercakap disebut sebagai [ baka? ]



ii. Fonem konsonan / s / pada suku kata tertutup di tengah kata disebut
sebagai / h /. Contohnya:


Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Seterusnya disebut sebagai [ stuh ]
Dipanaskan disebut sebagai [ dipanahk ]
Kubiskah disebut sebagai [ kubihkh ]



iii. Fonem konsonan / r / pada suku kata terbuka di akhir kata dihilangkan.
Contohnya:-


Bahasa Melayu Baku Dielak Kelantan




Subur disebut sebagai [ subo ]




65



Lapar disebut sebagai [ lapa ]
Benar disebut sebagai [ bna ]
Segar disebut sebagai [ sga ]
Nombor disebut sebagai [ nombo ]
Sayur disebut sebagai [ sao ]



iv. Fonem konsonan / / pada suku kata terbuka di akhir kata, iaitu / -i # /,
/ -e # /, /-a # /, dan /-u # / dihilangkan dan digantikan dengan vokal
nasal / /, / / /, dan / /. Contohnya:




Bahasa Melayu Baku Dialek Kelantan




Daging disebut sebagai [ dag ]
Bunting disebut sebagai [ but ]
Gunting disebut sebagai [ gut ]
Baling disebut sebagai [ bal ]
Paling disebut sebagai [ pal ]
Lempeng disebut sebagai [ lp ]
Samseng disebut sebagai [ sams ]
Malang disebut sebagai ]
Sayang disebut sebagai ]
Kandang disebut sebagai ]
Pulang disebut sebagai




66



Burung disebut sebagai [ bu ]




4.3.2 Intonasi




Kajian ini mendapati bahawa Dialek Kelantan mempengaruhi atau mengganggui
intonasi pengucapan informan dalam pertuturan Bahasa Melayu mereka. Dapatan ini
selaras dengan pengakuan yang dibuat sendiri oleh guru-guru yang dikaji. Kira-kira
kesemua responden kajian ini atau sejumlah 100% guru tersebut berpendapat bahawa
pelajar-pelajar menghadapi masalah sebutan, intonasi dan kelancaran dalam menguasai
Bahasa Melayu Baku kerana pengaruh Dialek (lihat Jadual 36).


Jadual 36.Taburan Pendapat Tentang Masalah Sebutan, Intonasi dan
KelancaranYang Dihadapi oleh Pelajar Dalam Menguasai
Bahasa Melayu Baku Kerana Pengaruh Dialek


Masalah Bil %

Ya (Ada) 6 6
Tidak ada - -

Jumlah 6 100














67



Mengikut guru-guru tersebut, masalah yang kerap diperhatikan apabila pelajar-
pelajar tersebut bertutur pada masa pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu
ialah pertuturan yang menggunakan sebutan dan intonasi mengikut nada atau lagu
Dialek Kelantan. Malahan, mereka berpendapat bahawa ujaran atau sebutan yang
dilafazkan oleh para pelajar di sekolah yang dikaji ialah sebutan bahasa yang
dipengaruhi oleh Dialek Kelantan. Selaras dengan pandangan itu, kajian ini mendapati
bahawa kesemua 100% guru tersebut berpendapat bahawa pelajar-pelajar
menggunakan sebutan dan intonasi Dialek Kelantan apabila mereka berinteraksi atau
berkomunikasi dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu (lihat Jadual 37).


Jadual 37.Pendapat Guru Tentang Pertuturan Yang Menggunakan Intonasi
Dialek Kelantan Oleh Pelajar Semasa Pelajaran Lisan Bahasa Melayu


Pengaruh Dialek Kelantan Bil. %

Ya (Ada) 6 100
Tidak ada - -

Jumlah 6 100






Didapati kesemua 100% guru tersebut mengakui bahawa Dialek Kelantan yang
digunakan oleh pelajar-pelajarnya seharian mempengaruhi intonasi atau lagu Bahasa
Melayu Baku yang betul dan baik, iaitu yang berdasarkan sifat-sifat intonasi yang biasa





68



digunakan oleh orang-orang Melayu yang terpelajar apabila mereka bertutur dalam
situasi-situasi rasmi (lihat Jadual 38).


Jadual 38.Pendapat Guru Tentang Pengaruh Dialek Kelantan Di kalangan
Pelajar Mempengaruhi Pembelajaran Lisan Bahasa Melayu Baku.


Pengaruh Dialek Bil. %

Ya (Ada) 6 100
Tidak ada - -

Jumlah 6 100






Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
Dialek Kelantan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar yang dikaji mempengaruhi proses
pembelajaran lisan Bahasa Melayu, terutamanya dari segi sebutan dan intonasi.


4.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Dialek.




Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor yang menyebabkan Dialek Kelantan
digunakan secara meluas di kalangan pelajar Tingkatan IV dalam pengajaran dan
pembelajaran lisan Bahasa Melayu ialah:-








69



1. Kebiasaaan pelajar menuturkan dialeknya.

2. Ibu bapa atau penjaga

3. Guru

4. Masyarakat sekitar




4.4.1 Kebiasaan Pelajar Menuturkan Dialeknya




Punca utama yang menyebabkan meluasnya penggunaan Dialek Kelantan di kalangan
pelajar yang dikaji adalah kerana kebiasaan mereka menuturkan Dialek Kelantan.


Hasil kajian membuktikan bahawa pelajar-pelajar tersebut menghadapi masalah
untuk berkomunikasi dengan berkesan di dalam bilik darjah kerana konteks bahasa
yang dihadapi oleh mereka di sekolah berbeza dengan konteks bahasa di rumah dan di
luar bilik darjah. Didapati sebanyak 100% pelajar tersebut mengakui bahasa yang biasa
digunakan di rumah ialah Dialek Kelantan. Mereka menggunakan Dialek Kelantan
untuk berkomunikasi dengan keluarga di rumah. Selain itu, Dialek Kelantan juga
menjadi alat perhubungan bagi pelajar tersebut untuk berkomunikasi dengan kawan-
kawan dan dengan masyarakat sekitar, seperti orang-orang dewasa dan sebagainya.
Mereka berasa mudah atau senang bertutur dalam Dialek Kelantan kerana sudah biasa
dengannya. Oleh itu, kebiasaan atau kelaziman menggunakan Dialek Kelantan dalam
situasi yang tersebut mempengaruhi mereka menggunakannya apabila berkomunikasi
di dalam bilik darjah baik dengan kawan-kawan mahupun guru-guru. Akibatnya
mereka berasa sukar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Jadi untuk mengatasi


70



masalah tersebut bertutur dengan menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran
Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan. Apabila ditinjau pendapat guru tentang
bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar baik di dalam ataupun di luar bilik darjah,
didapati 100% guru tersebut mengakui bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar
ialah campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan.


Kecenderungan pelajar-pelajar tersebut menggunakan Dialek Kelantan
berpunca juga oleh faktor masa dan suasana, buktinya pelajar-palajar sering di kelilingi
oleh masyarakat-manyarakat yang sememangnya menuturkan dialek Kelantan. Pelajar-
pelajar tersebut mempunyai masa yang terhad. Dalam kehidupan sehari-hari, mereka
lebih banyak menghabiskan masa di luar bilik darjah, jika dibandingkan dengan
suasana dan masa pembelajaran yang formal di dalam bilik darjah. Oleh itu, peluang
untuk mereka berinteraksi atau berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu
Baku adalah terlalu pendek.


Kebiasaan pelajar-pelajar tersebut bertutur Dialek Kelantan tidak patut disalah
tafsir atau bias jika mereka berasa sangat bangga terhadap Dialek Kelantan. Pada
keseluruhannya, kesemua pelajar atau 100 % daripada responden yang dikaji tersebut
menyatakan mereka sangat bangga dengan Dialek Kelantan. (lihat Jadual 39).













71






Jadual 39.Taburan Sikap Pelajar Terhadap Dialek Kelantan




Sikap Bil. %

Ya (Bangga) 100 100
Tidak bangga - -

Jumlah 100 100






Walaupun pelajar-pelajar tersebut sangat bangga dengan Dialek Kelantan tetapi
tidak pula bererti mereka tidak suka dengan Bahasa Melayu Baku. Malahan, kesemua
atau 100% pelajar-pelajar tersebut berpendapat Bahasa Melayu Baku penting dalam
aktiviti pelajaran Lisan Bahasa Melayu (lihat Jadual 40).


Jadual 40. Pendapat Pelajar Tentang Pentingnya Penggunaan

BMB Dalam Aktiviti Lisan Bahasa Melayu




Pentingnya BMB Bil. %

Ya 100 100
Tidak - -

Jumlah 100 100








72



Hal ini bermakna pelajar bersedia untuk belajar Bahasa Melayu Baku dan
implikasinya mereka tidak menolak penggunaannya di sekolah. Di samping itu, kajian
ini mendapati bahawa 70% daripada pelajar tersebut mengakui mereka sering
diperdengarkan rakaman sebutan Bahasa Melayu Baku pada waktu-waktu tertentu
sahaja semasa berada di sekolah dan 30% lagi menafikan hal tersebut (lihat Jadual 41).


Jadual 41. Pendapat Pelajar Tentang Keseringan

Mendengar Rakaman Sebutan Di Sekolah




Penggunaan BMB Bil. %

Ya 70 70
Tidak 30 30

Jumlah 100 100






Walaupun sebilangan daripada mereka menafikan penggunaan bahan
pengajaran daripada bahan rakaman sebutan baku, ini tidaklah pula bermakna guru
langsung mengabaikan penggunaan bahan pengajaran yang sedemikian. Selain itu,
apabila ditinjau pendapat pelajar-pelajar tersebut tentang kepentingan Dialek Kelantan
dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu, didapati sebanyak 40% daripada pelajar
tersebut berpendapat Dialek Kelantan tidak penting dalam pembelajaran lisan Bahasa








73



Melayu dan 60% lagi mengatakan Dialek Kelantan penting dalam pembelajaran lisan
Bahasa Melayu (lihat Jadual 42).


Jadual 42. Pendapat Pelajar Tentang Kepentingan Dialek Kelantan

Dalam Pembelajaran Lisan Bahasa Melayu

Pentingnya DK Bil. %

Ya 40 40
Tidak 60 60

Jumlah 100 100






Apabila ditanya pelajar-pelajar tentang penggunaan Dialek Kelantan dalam
mata pelajaran lisan Bahasa Melayu, didapati 30% daripada mereka mengakui
menggunakan Dialek Kelantan dalam aktiviti pelajaran Lisan Bahasa Melayu, dan
70% lagi menafikannya (lihat jadual 43).


Jadual 43. Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Dialek

Kelantan Semasa Aktiviti Pelajaran Lisan

Penggunaan DK Bil. %

Ya 30 30
Tidak 70 70

Jumlah 100 100






74






Sikap pelajar-pelajar tersebut terhadap pelajaran Bahasa Melayu juga
merupakan faktor yang mempengaruhi penggunaan dialek.


Didapati sebilangan besar daripada pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai
sikap yang positif terhadap penggunaan perpustakaan sekolah untuk mendalami mata
pelajaran Bahasa Melayu. Sejumlah 20% daripada pelajar tersebut tidak pernah
menggunakan perpustakaan untuk mendalami mata pelajaran Bahasa Melayu. Cuma
10% sahaja yang selalu menggunakannya, dan 70% lagi mengatakan mereka
menggunakan pada keadaan atau masa tertentu sahaja (lihat Jadual 44).


Jadual 44.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan

Perpustakaan Bagi Mendalami Bahasa Melayu Baku




Kekerapan Bil. %

Selalu 10 10
Kadang-kadang 70 70
Tidak pernah 20 20

Jumlah 100 100






75






Sikap yang negatif terhadap penggunaan perpustakaan di kalangan pelajar yang
tersebut boleh mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu mereka. Sikap itu
membayangkan mereka kurang meminati Bahasa Melayu. Apabila ditinjau pendapat
mereka tentang minat mereka terhadap pembacaan surat khabar berbahasa Melayu,
didapati sebanyak 70% daripada mereka mengatakan mereka jarang-jarang membaca
surat khabar, dan 30% lagi mengatakan mereka membaca surat khabar setiap hari.
Bahagian yang paling diminati ialah bahagian hiburan (lihat Jadual 45 dan 46).


Jadual 45.Pendapat Pelajar Tentang Pembacaan

Surat Khabar Berbahasa Melayu




Kekerapan Bil. %

Tiap-tiap hari 30 30
Kadang-kadang 70 70
Tidak pernah - -

Jumlah 100 100






Hal ini bermakna sebilangan besar pelajar masih tidak terdedah kepada
pembacaan akhbar. Malah itu, membayangkan bahawa ibu bapa atau penjaga mereka
tidak membawa pulang akhbar ke rumah atau tidak membeli akhbar. Hal tersebut





76



bersesuaian dapatan sebelum ini bahawa sebilangan ibu bapa pelajar buta huruf.
sekiranya ibu bapa atau penjaga itu buta huruf, jadi mereka tidak membeli surat khabar
kerana surat khabar tidak berfaedah kepada mereka. Ini bermakna anak mereka tidak
terdedah dengan pembacaan akhbar. Namun hal itu tidak pula bermakna mereka tidak
pernah melihat akhbar kerana biasanya akhbar lama menjadi bahan bungkusan seperti
bungkusan nasi belauk dan sebagainya. Ini bermakna baik ibu bapa atau penjaga
mahupun anak mereka akan hanya terdedah dengan surat khabar terpakai. Oleh itu
bersesuaianlah jikalau ada pelajar yang menyatakan bahawa ruang akhbar yang
diminati ialah ruangan hiburan (lihat Jadual 46).


Jadual 46. Pendapat Pelajar Tentang Ruangan

Akhbar Yang Diminati




Ruangan Bil. %

Hiburan 60 60
Komik 30 30
Rencana Pengarang - -
Yang Lain 10 10

Jumlah 100 100














77



Keterangan-keterangan tersebut membuktikan bahawa sikap dan minat mereka
terhadap memajukan diri dalam Bahasa Melayu Baku tetap ada. Hal ini bersesuaian
dengan pendapat mereka yang sebilangan besar daripadanya, iaitu 80% mengatakan
mereka berminat dengan cara sebutan, dan cara bacaan seperti dalam rancangan Warta
Berita, dan 20% lagi tidak berminat dengan hal tersebut (lihat Jadual 47).


Jadual 47.Taburan Pendapat Pelajar Tentang Cara Sebutan

Atau Bacaan Dalam Bacaan Berita Televisyen




Sikap Bil. %

Berminat 80 80
Tidak berminat 20 20

Jumlah 100 100






Bahkan, mereka juga mengakui bahawa guru mata pelajaran Bahasa Melayu
memberikan galakan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Didapati sebanyak
98% daripada mereka mengatakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu memberi
galakan tersebut dan 10% lagi mendakwa yang sebaliknya (lhat Jadual 48).













78






Jadual 48. Pendapat Pelajar Tentang Penggunaan Sebutan

Bahasa Melayu Baku Kerana Dorongan Guru BM




Dorongan Guru BM Bil. %

Ya 90 90
Tidak 10 10

Jumlah 100 100






Berdasarkan kepada data yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa minat
yang kuat dan sikap yang positif terhadap Bahasa Melayu Baku di kalangan pelajar
yang dikaji tidak akan menghasilkan sesuatu yang positif terhadap penguasaan Bahasa
Melayu Baku sekiranya latihan yang serius secara lisan tidak dipraktikkan. Oleh itu,
pelajar-pelajar hendaklah digalakkan, untuk menggunakan Bahasa Melayu Baku di
sekolah, baik di dalam atau di luar bilik darjah. Dengan adanya latihan lisan yang
terancang sudah pasti pengaruh dialek di kalangan pelajar dapat diatasi, sekalipun tidak
sepenuhnya 100%.
















79



4.4.2 Ibu bapa Atau Penjaga




Kajian ini juga mendapati bahawa pendidikan dan latar belakang ibu bapa atau penjaga
juga menjadi salah satu daripada faktor-faktor penggunaan dialek oleh pelajar-pelajar
dalam pembelajaran mereka.


Apabila ditinjau pendapat pelajar tentang hal yang tersebut, didapati sebilangan
kecil, iaitu 10% bapa atau penjaga dan 10% ibu pelajar tidak pernah bersekolah (lihat
Jadual 24 dan 25). Hal ini menyebabkan mereka buta huruf. Biasanya ibu bapa atau
penjaga pelajar yang sedemikian tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu Baku.
Keadaan inilah yang menimbulkan implikasi tertentu ke atas sikap dan minat mereka
terhadap penggunaan Bahasa Melayu di kalangan anak mereka. Mereka itu tidak
sepatutnya dipersalahkan jikalau keadaan tersebut boleh membantutkan peluang anak-
anak mereka, untuk menerima pendedahan yang meluas terhadap Bahasa Melayu
Baku.


Pendedahan penggunaan Bahasa Melayu baku juga tidak berlaku kepada anak-
anak yang ibu bapa atau penjaga mereka hanya bersekolah rendah, atau bersekolah
hanya setakat peringkat menengah atau lepasan maktab atau univesiti kerana dapatan
sebelum ini membuktikan bahawa ibu bapa atau penjaga responden yang dikaji
mengakui bahawa mereka tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu Baku
sepenuhnya dalam pertuturan mereka seharian baik di rumah, di tempat kerja, di pasar
mahupun di tempat-tempat lain. Biasanya mereka menggunakan Dialek Kelantan


80



untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Bahkan apabila bercakap dengan
seseorang yang bukan daripada ahli keluarganya, mereka akan bertutur dalam Dialek
Kelantan kerana bertutur dalam Bahasa Melayu Baku akan dianggap pelik, luar biasa,
susah, aneh, mengada-ngada atau sombong. Mereka juga akan berasa sukar dan susah
untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Keadaan inilah yang menimbulkan
pelbagai implikasi terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku di kalangan anak
mereka. Bahkan, keadaan tersebut boleh membantutkan peluang anak-anak mereka
untuk menerima pendedahan yang meluas terhadap Bahasa Melayu Baku.


Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pelajar-pelajar yang dikaji yang
datangnya daripada keluarga yang kurang berpendidikan tersebut akan mengalami
pendedahan yang sedikit terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku.


4.4.3 Guru




Kajian ini juga mendapati bahawa guru juga adalah antara punca yang menyebabkan
pelajar-pelajar yang dikaji cenderung menggunakan Dialek Kelantan baik di dalam
atau di luar bilik darjah. Didapati kesemua 100% guru yang dikaji mengakui campuran
Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan digunakan semasa menyampaikan pelajaran
kepada pelajar-pelajar atau semasa berkomunikasi dengan pelajar baik semasa di
dalam atau di luar bilik darjah (lihat Jadual 9, 10, 11 dan 12). Guru-guru tersebut
menggunakan campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan adalah kerana
majoriti daripada pelajar berpendapat bahawa cara sedemikian ialah cara yang paling


81



berkesan untuk pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (lihat Jadual 14), dan cara
tersebut juga lebih berkesan untuk pemahaman pelajar (lihat Jadual 15), di samping
menyenangkan mereka dalam proses penerimaan pelajaran. Lebih-lebih lagi mereka
lebih senang dan selesa dengan Dialek Kelantan. Selain itu, terdapat sebilangan kecil,
iaitu 33.3% daripada guru-guru tersebut berpendapat bahawa Dialek Kelantan memberi
kesan positif terhadap pengajarannya, dan 66.7% lagi menolak dakwaan itu (lihat
Jadual 49).


Jadual 49. Pendapat Guru Tentang Pengaruh Dialek
Memberi Kesan Positif Terhadap Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Kesan Bil. %

Positif 2 33.3
Negatif 4 66.7

Jumlah 6 100






Oleh sebab ada guru yang mempunyai sikap yang positif tentang penggunaan
Dialek Kelantan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa itulah maka
menjadi faktor penguat kepada pengguanan dialek di kalangan pelajar. Masalah itu jika
berterusan atau diatasi dengan segera akan menghalang pelajar untuk menguasai aspek





82



lisan, khususnya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku. Walau bagaimanapun,
guru yang bersikap sedemikian tentu mempunyai alasannya sendiri mengapa mereka
bersetuju penggunaan dialek dalam bilik darjah.


Daripada data diperoleh mendapati bahawa sebilangan kecil guru yang bersikap
demikian menganggap Dialek Kelantan memberi kesan positif dalam pengajarannya
mempunyai alasan yang tersendiri, iaitu penggunaan dialek dalam pembelajaran akan
membantu pelajar untuk berasa lebih faham, lebih yakin, lebih berani dan lebih aktif.
Didapati sebanyak 33.3% daripada guru-guru tersebut berpendapat penggunaan Dialek
Kelantan membantu pelajarnya dalam pelajaran Bahasa Melayu, 66.7% lagi tidak
menyetujuinya (lihat Jadual 50).


Jadual 50. Pendapat Guru Tentang Penggunaan Dialek

Membantu Pelajar Dalam Pembelajaran




Keberkesanan Bil. %

Ya 2 33.3
Tidak 4 66.7

Jumlah 6 100














83



Walaupun guru-guru tersebut didapati tidak tegas dalam penggunaan Bahasa
Melayu Baku baik semasa di dalam atau di luar bilik darjah tetapi mereka sentiasa
menasihati pelajar agar menggunakan Bahasa Melayu Baku dalam pembelajaran.
Kajian ini mendapati ada keanehan apabila pelajar disuruh bertutur dalam Bahasa
Melayu Baku sedangkan di pihak guru pula ada antara mereka tidak menggunakannya.
Hal ini bermakna guru-guru tersebut wajar diibaratkan bagai ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Walau bagaimanapun, mereka tidak menentang penggunaan Bahasa
Melayu Baku di sekolah, malahan kesemuanya mengakui bahawa mereka
menggalakkan pelajar mereka menggunakan sebutan baku dalam kelas. Sebagai bukti
kajian ini mendapati kesemua 100% guru tersebut mengakui mereka memberi nasihat
agar pelajar-pelajar menggunakan Bahasa Melayu Baku (lihat Jadual 51).


Jadual 51.Taburan Guru Yang Menasihati Pelajar

Menggunakan Bahasa Melayu Baku




Nasihat Bil. %

Ya 6 100
Tidak - -

Jumlah 6 100














84



Walau bagaimanapun, nasihat yang telah disampaikan oleh guru agar para
pelajarnya menggunakan sebutan Bahasa Melayu baku semasa proses pengajaran dan
pembelajaran itu amat besar maknanya. Malahan hal itu membayangkan bahawa guru
telah berusaha dan bersikap positif ke arah menjayakan penggunaan dan pemakaian
Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi hasil kajian ini juga mendapati bahawa ada juga
guru yang membiarkan pelajar-pelajarnya bebas menggunakan dialek dengan meluas
semasa dalam bilik darjah itu merupakan punca berlakunya penggunaan dialek dengan
meluas di kalangan pelajar. Hal ini kerana didapati kesemua 100% guru tersebut
berpendapat pelajarnya senang berkomunikasi dalam dialeknya. (lihat Jadual 52).


Jadual 52. Pendapat Guru Tentang Keselesaan

Pelajar Berkomunikasi Dalam Dialeknya




Pelajar Seronok Bil. %

Ya 100 100
Tidak - -

Jumlah 100 100






Dalam hal tersebut, didapati guru-guru yang dikaji mempunyai sikap toleransi
terhadap penggunaan Bahasa Melayu Baku kerana membiarkan Dialek Kelantan
digunakan sehingga ke dalam bilik darjah. Didapati kesemua 100% guru tersebut





85



membiarkan situasi itu terjadi kerana berpendapat bahawa pelajar-pelajar sukar
bertutur Bahasa Melayu Baku (lihat Jadual 53).


Jadual 53.Taburan Pendapat Guru Tentang Masalah

Pelajar Untuk Bertutur Bahasa Melayu Baku




Timbul Masalah Bil. %

Ya 6 100
Tidak - -

Jumlah 6 100






Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut dapatlah disimpulkan penggunaan
Dialek Kelantan atau campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialak Kelantan oleh guru
dalam pengajarannya mempunyai tujuan tertentu, iaitu guru lebih senang bertutur
Dialek Kelantan dan berasa sukar berkomunikasi atau berinteraksi dalam Bahasa
Melayu baku di samping untuk menimbulkan perhubungan yang baik dalam
pengajarannya. Usaha guru itu, berfaedah untuk jangka masa pendek sahaja, tetapi
untuk jangka masa panjang, matlamat dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia
supaya Bahasa Melayu Baku digunakan sepenuhnya di dalam bilik darjah mungkin
tidak akan tercapai.








86






4.4.4 Masyarakat Sekitar




Masyarakat sekitar yang melingkungi pelajar-pelajar yang dikaji merupakan antara
penyumbang atau salah satu punca yang menyebabkan pelajar-pelajar yang dikaji itu
cenderung menggunakan Dialek Kelantan baik di dalam atau di luar bilik darjah.
Masyarakat sekitar pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat umur, lapisan
dan golongan. Mereka itu bekerja dalan pelbagai jenis pekerjaan. Mereka mempunyai
pelbagai kebolehan dan kepandaian. Mereka itu terdiri daripada pelbagai taraf
pendidikan, pelbagai kebudayaan dan kepercayaan, pelbagai fahaman politik, pelbagai
keturunan dan yang sebagainya lagi. Umumnya, mereka menggunakan Dialek
Kelantan sepenuhnya apabila berinteraksi atau berkomunikasi. Oleh sebab sudah biasa
dan amat senang bertutur dalam Dialek Kelantan mereka mendapati pertuturan dalam
Bahasa Melayu Baku ialah cara pertuturan yang aneh. Dengan demikian mereka berasa
amat sukar bertutur Bahasa Melayu Baku. Sebilangan besar daripada mereka
berpendapat bahawa bertutur dalam bahasa yang lain daripada Dialek Kelantan
dianggap ganjil, mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk. Ini menyebabkan pelajar yang
dikaji berasa malu untuk bertutur Bahasa Melayu Baku.


Oleh itu, Dialek Kelantan yang digunakan oleh masyarakat sekitar sehari-hari
mempengaruhi pelajar-pelajar tersebut dalam pertuturannya.








87






BAB V






KESIMPULAN KAJIAN




5.1 Kesimpulan




Maklumat penting tentang pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu Baku di
kalangan pelajar Melayu telah dapat dipaparkan oleh kajian ini, iaitu di kalangan
pelajar yang bertutur Dialek Kelantan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Dialek
Kelantan di kalangan mereka mempengaruhi atau mengganggui proses pengajaran dan
pembelajaran lisan Bahasa Melayu. Mereka telah menggunakan Dialek Kelantan
secara meluas baik di dalam atau di luar bilik darjah, apabila berinteraksi atau
berkomunikasi. Mereka merasakan Dialek Kelantan ialah alat perhubungan yang
berkesan untuk berkomunikasi kerana sudah biasa dan berasa senang
menggunakannya. Mereka mendapati pertuturan secara sebutan Bahasa Melayu Baku
ialah cara pertuturan yang luar biasa, aneh dan pelik. Mereka berasa amat sukar
bertutur Bahasa Melayu Baku dan menganggap bertutur bahasa selain Dialek Kelantan
dianggap pelik, ganjil, mengada-ngada atau menunjuk-nunjuk oleh anggota keluarga,
kawan-kawan, orang-orang dewasa dan masyarakat sekeliling. Mereka berasa malu
untuk bertutur Bahasa Melayu baik di dalam atau di luar bilik darjah.





88



Kekerapan menggunakan Dialek Kelantan di kalangan pelajar ini juga diakui
oleh guru-guru Bahasa Melayu sendiri. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
berpendapat bahawa pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila bercakap
dengan guru baik semasa berada di dalam atau di luar bilik darjah.


Kekerapan menggunakan Dialek Kelantan di kalangan pelajar ini juga diakui
oleh guru-guru Bahasa Melayu sendiri. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
berpendapat bahawa pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila bercakap
dengan guru baik semasa berada di dalam atau di luar bilik darjah.


Keadaan tersebut, iaitu pengaruh dialek dalam pengajaran dan pembelajaran
lisan Bahasa Melayu ini ditambahluaskan lagi oleh guru mata pelajaran lisan Bahasa
Melayu itu sendiri. Hal ini diakui sendiri oleh guru tersebut bahawa mereka
menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek
Kelantan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan pelajar baik di dalam situasi
formal seperti di dalam bilik darjah mahupun di dalam situasi tidak formal seperti d
iluar bilik darjah. Mereka merasakan bahasa campuran ialah bahasa yang paling
berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan untuk
pemahaman pelajar, di samping untuk menyenangkan mereka kerana mereka ialah
penutur Dialek Kelantan. Mereka berasa kurang lancar dan sukar bertutur Bahasa
Melayu Baku. Malahan dapatan kajian membuktikan pengakuan pelajar bahawa
pelajar sukar bertutur Bahasa Melayu Baku. Selain itu, dapatan mendapati bahawa
pelajar-pelajar berpendapat bahawa guru-guru menggunakan bahasa campuran, iaitu


89



campuran Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila mengajar pelajaran
Bahasa Melayu dan apabila mereka bercakap dengan pelajar-pelajar di luar bilik
darjah.


Berkenaan dengan Bahasa Melayu Baku, pelajar-pelajar tersebut suka kerana
mereka sedar bahawa Bahasa melayu Baku itu ialah bahasa pengantar yang penting di
sekolah. Hal ini diakui apabila 100% pelajar-pelajar tersebut menyatakan mereka suka
Bahasa Melayu Baku kerana Bahasa Melayu Baku penting dalam pelajaran lisan
Bahasa Melayu. Mereka juga mengakui bahawa mereka menggunakan bahasa
campuran, iaitu Bahasa Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila berinteraksi dengan
guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan guru mata pelajaran yang lain semasa di
dalam bilik darjah.


Kalau dilihat dari segi pengaruh dialek, didapati cara sebutan pelajar-pelajar
tersebut dalam Bahasa Melayu Baku dipengaruhi oleh cara sebutan Dialek Kelantan.
Umpamanya fonem konso -
- - -
/, dan / /. Contohnya untuk perkataan daging dalam Bahasa Melayu Baku

disebut

] dan burung dalam

Bahasa Melayu Baku disebut sebagai [ bu ].









90



Faktor-faktor yang menyebabkan Dialek Kelantan digunakan secara meluas di
kalangan pelajar tersebut disebabkan oleh pelajar sendiri, ibu bapa atau penjaga, guru
dan masyarakat sekitar. Hasil kajian ini membuktikan pelajar-pelajar tersebut
menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan berkesan di dalam bilik darjah
kerana konteks bahasa yang dihadapi oleh mereka di sekolah berbeza dengan konteks
bahasa di rumah atau di luar bilik darjah. Mereka menggunakan Dialek Kelantan untuk
bercakap dengan keluarga di rumah, dengan kawan-kawan, orang-orang dewasa atau
dengan masyarakat sekitar kerana Dialek Kelantan ialah bahasa seharian mereka.
Mereka tidak mendapat pendedahan yang luas daripada ibu bapa atau penjaga terhadap
penggunaan Bahasa Melayu Baku kerana mereka menggunakan Dialek Kelantan
sebagai alat perhubungan seharian.


Demikianlah juga dengan faktor guru kerana di sekolah, baik semasa di dalam
atau di luar bilik darjah, guru menggunakan bahasa campuran, iaitu campuran Bahasa
Melayu Baku dan Dialek Kelantan apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar. Faktor
terakhir ialah faktor masyarakat sekitar. Masyarakat sekitar menggunakan Dialek
Kelantan sepenuhnya apabila bertutur dengan pelajar-pelajar. Dengan itu faktor-faktor
tersebut mempengaruhi pelajar-pelajar menggunakan Dialek Kelantan apabila
berkomunikasi baik di dalam situasi formal di dalam bilik darjah mahupun di dalam
situasi yang tidak formal seperti di luar bilik darjah.











91






5.2 Cadangan




Untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu berdasarkan kepada hasil kajian dan

kesimpulan tersebut, yang berikut ini dikemukakan cadangan-cadangannya;




i. Guru-guru Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang lain hendaklah
menggunakan Bahasa Melayu Baku semasa menyampaikan pelajarannya di
sekolah. Dialek tidak boleh digunakan di sekolah. Semua guru mesti sedar
bahawa bahasa mereka akan dijadikan model yang diikuti oleh pelajar-pelajar
untuk bertutur Bahasa Melayu Baku;


ii. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa diingatkan, digalakkan dan ditegaskan oleh
guru-guru atau pihak sekolah untuk menggunakan Bahasa Melayu Baku
sepenuhnya di sekolah, waima di dalam situasi formal seperti di dalam bilik
darjah atau di dalam situasi yang tidak formal seperti di luar bilik darjah;


iii. Pihak sekolah menengah seperti Pengetua atau Guru Besar mestilah bersikap
tegas pada masa menjalankan usaha pengawalan terhadap penggunaan sebutan
Bahasa Melayu Baku secara serius baik di kalangan pelajar mahupun di
kalangan guru. Pihak sekolah hendaklah menyedarkan pelajar-pelajar supaya
menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya baik secara lisan mahupun





92



secara tulisan kerana dengan cara inilah mereka dapat mencapai kecekapan

dalam Bahasa Melayu Baku;




iv. Pihak Jabatan Pendidikan Daerah atau Nazir Sekolah hendaklah membuat
lawatan dari semasa ke semasa dan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar
mengamalkan Bahasa Melayu Baku di sekolah-sekolah;


v. Guru-guru hendaklah menggunakan alat bantu mengajar dengan banyak supaya
pengajarannya berkesan;


vi. Pihak latihan perguruan hendaklah memastikan aspek latihan bertutur
dimasukkan ke dalam kurikulum latihan perguruan kerana setiap guru perlu
fasih dan lancar bertutur Bahasa Melayu Baku. Guru-guru yang dilatih khusus
dalam bidang pengajaran Bahasa Melayu perlu disediakan secukupnya untuk
mengajar Bahasa Melayu Baku di sekolah dengan lebih berkesan.


vii. Kursus dalam Perkhidmatan perlu diperbanyakkan dan dibuka luas kepada
semua guru baik yang tidak mendapat latihan khusus dalam pengajaran Bahasa
Melayu Baku, tetapi diminta mengajar Bahasa Melayu mahupun yang sudah
mendapat latihan khusus dalam pengajaran Bahasa Melayu Baku kerana cara
tersebut boleh melengkapkan guru-guru tersebut dengan pengetahuan Bahasa
Melayu Baku yang mutakhir, lengkap dan mendalam yang seterusnya
membolehkannya mengajar dengan penuh yakin dan berkesan.


93






viii. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menyediakan jumlah
waktu yang cukup untuk latihan lisan bagi pelajar-pelajar menguasai Bahasa
Melayu Baku dengan sebaik-baiknya.


Sebagai rumusannya, dapatlah disimpulkan bahawa bagi mencapai tahap
pelajar-pelajar boleh menguasai Bahasa Melayu Baku dengan baik dan sempurna,
maka pelajar, ibu bapa atau penjaga, guru atau pihak sekolah, pihak latihan perguruan
dan kurikulum, dan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah bekerjasama dalam
menjayakan perkara tersebut dan pencapaian bahasa baku di kalangan pelajar.






































94






BIBLIOGRAFI




Abdul Aziz Abdul Talib. 1988. Aspek-aspek Fonologi Dalam Pengajaran Dalam
Pengujian Bahasa Malaysia: Apakah Yang Perlu Diajar Dan Dinilai. Dewan
Bahasa . Jilid 33 Bilangan 5 (Mei) : 350-365.


___________ . 1989. Aspek Sebutan Dan Intonansi Dalam Pertuturan. Pelita
Bahasa. Jilid 1 Bilangan 7 (September) : 40-41.


Abdul Hamid Mahmood. 1971. Fonem Dialek Kelantan. Latihan Ilmiah. Kuala
Lumpur:
Universiti Malaya.


____________. 1977. Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Puskaka.


____________ . 1982 a. Ciri-Ciri Dialek Kelantan Yang Mempengaruhi Penguasaan
Bahasa Malaysia Standard (Bahagian 1). Dewan Bahasa. Jilid 26 Bilangan 5
(Mei) : 339 345.


____________ . 1982 b. Ciri-Ciri Dialek Kelantan Yang Mempengaruhi Penguasaan
Bahasa Malaysia Standard ( Bahagian 2). Dewan Bahasa. Jilid 26 Bilangan 6
(Jun):396-407.


Abdul Kadir Ahmad. 1984. Pengajaran Lisan Di Sekolah: Penekanan Cara
Praktik. Kuala Lumpur: Limma Enterprise Sdn. Bhd.


Ahmad Mahdzan Ayob. 1985. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ajid Che Kob. 1977 . Dialek Geografi Pasir Mas: Fonologi Dan Leksikal.
Disertasi M. A. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.




95




_________________. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.


Arbak Othman. 1985. Pengajaran lwn. Pendidikan Bahasa Satu Perspektif Dalam
Perancangan Kurikulum. Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Bahasa
dan Sastera Dalam Pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur ( 9 11 April).


Asmah Haji Omar. 1978. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Malysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


_____________.1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.


Asraf Wahab. 1981. Suatu Segi Pandangan tentang Tatabahasa. Dewan Bahasa.
Jilid 25 Bilangan 1 ( Januari) : 4 - 12.


Ayatrohaeidi. 1979. Dialektologi : Sebuah Pengantar. Jakarta: Pusat Pembinaan
dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.


Berwick, E.J.M.. 1953. Some Kelantan Bird Names in Kedah. JMBRAS. MB 26
(1): 140 144.


Brown, J.T. , dan Husin Dollah. 1988. Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan /
/. Dewan Bahasa. Jilid 24 Bilangan 8 (Ogos) : 4 12.


Farid M Onn. 1980. Perubahan Bahasa Dan Kajian Dialek: Satu Pendekatan
Generatif. Dewan Bahasa. Jilid 24 Bilangan 8 (Ogos) : 4 12.


_____________, dan Ajid Che Kob. 1981. Pengaruh Bahasa Daerah dalam Proses
Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu.
Monograph No.5. Faculty Of Social Sciences and Humanities. Universiti
Kebangsaan Malaysia.






96




Fauziah Binti Abdul Rahman. 1987. Pengaruh Dialek Kelantan terhadap Penguasaan
Bahasa Malaysia Pelajar-pelajar Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Di Sebuah
Sekolah Daerah Kota Bharui. Latihan Ilmiah. Serdang : Universiti Pertanian
Malaysia.


Hamim Hj. Ab. Rahim. 1987. Gangguan Dialek Kelantan Dalam Pembelajaran Dan
Pengajaran Bahasa: Analisis Kajian Di Sekolah-sekolah Di Daerah Kota
Bharu. Latihan Ilmiah . Serdang : Universiti Pertanian Malaysia.


Hashim Musa. 1971. Pengantar Ciri-Ciri Prosodi Dan Intonasi Serta pengwujudan
Ciri-Ciri Itu Di Dalam Dialek Kelantan Yang Dituturkan Di Pasir Mas.
Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Husin Dollah. 1983. Fonologi Dialek Melayu Kelantan Di Mukim Demit. Latihan
Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Ismail Hussein. 1973. Malay Dialects In The Malay Peninsular. Nusantara. Jilid
3 Bilangan 1 ( Januari) : 69 97.


Juriah Long dan Zainal Abidin Ahmad. 1985. Keberkesanan Penggunaan Bahasa
Malaysia Dalam Komunikasi Lisan: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah
Rendah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Besar Bahasa Indonesia (Cetakan Kesepuluh Edisi II). 1999. Jakarta: Balai

Pustaka.


Kamus Dewan Edisi Ketiga (Cetakan Ketujuh). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Mohd Pakhrudee Hj. Yusoff. 1982. Beberapa Aspek sintaksis Dialek Kelantan: Satu
Kajian Permulaan Di daerah Banggu. Latihan Ilmiah. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.


Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir. 1989. Pengaruh Dialek Kelantan Di Kalangan






97



PelajarTingkatan II Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan Bahasa
Malaysia: Satu Tinjauan Khusus Di Sebuah Sekolah Menengah. Latihan
Ilmiah. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.


Nik Safiah Hj. Abdul Karim. 1965 . Loghat Kelantan : Suatu Cerakinan Kajibunyi
Bahasa. Disertasi M. A .. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.



________________. 1966. Loghat Kelantan Huraian Fonologi Dan Catatan Pendek
Mengenai Sifat-Sifat Umumnya . Dewan Bahasa . Jilid 10 Bilangan 6 ( Jun) :
258 264.


_______________. 1967. Meninjau Beberapa Aspek Fonologi Loghat Kelantan
. Dewan Bahasa . Jilid 11 Bilangan 8 ( Ogos) 357 362 .


_______________. 1981 . Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Normah binti Mohamad . 1986 . Pengaruh Dialek Dalam Penguasaan Lisan Bahasa
Malaysia Standard : satu kajian Ke Atas Murid murid Tingkatan Empat Di
Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak . Latihan Ilmiah . Serdang :
Universiti Pertanian Malaysia.


Parizah binti Sidek . 1987 . Pengaruh Dialek Kedah Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu : Kajian
Kes Di Sekolah Seri Mahawangsa. Latihan Ilmiah. Serdang : Universiti
Pertanian Malaysia .


Pei , M. A . , dan Frank gaynor . 1960 . A Dictionary of Linguistics. London : Peter
Owen Publishing Co . .


Robins, R . H. . 1912 . General Linguistics : An Introductory Survey . London :
Logmans Linguistic Library.


Sturrock , A . J . . 1912 . Some Notes On The Kelantan Dialects And Some





98



Comparisons With The Dialects of Perak And Central Pahang . JMBRAS. No .
62 (December) : 1 7.


Sukri Ariffin. 1983 . Masalah Bahasa Pengantar Dialek Kelantan / Dialek Standard
Di Darjah 1, 2 dan 3 Di Sekolah sekolah Rendah Di Negeri Kelantan.
Latihan Ilmiah . Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.


Teoh Boon Seong dan Yeoh Chiang Kee. 1985 . Fonem Nasal Dan Dialek
Kelantan. Dewan Bahasa. Jilid 29 Bilangan 8 ( Ogos) : 592 597.

Zulkifli Mohd Yaman . 1983 . Penggunaan Dialek Dalam Penguasaan Bahasa
Malaysia Standard Di Kalangan Pelajar Melayu Di Kelantan : Kajian Kes Di
Pasir Mas . Latihan Ilmiah . Bangi . Universiti Kebnagsaan Malaysia.












































99



LAMPIRAN A

FAKULTI BAHASA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM, PERAK.


SOAL SELIDIK


Kepada,

Guru-guru


Kertas soal selidik ini diberikan kepada anda, bertujuan untuk meninjau perihal
yang berkaitan denganm penggunaan dialek dan pengaruhnya di kalangan para pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu.

Arahan:


Pilihlah jawapan yang paling sesuai bagi anda dan isikan jawapan itu dengan cara
menandakan ( ) di dalam petak atau ruangan yang tersedia, yang bertentangan dengan
soalan-soalan ataupun berilah pendapat atau pandangan anda yang jujur dan ikhlas
pada ruangan-ruangan yang tersedia, jika diminta atau dikehendaki oleh soalan. Nama
anda tidak perlu ditulis dan kesemua jawapan anda dirahsiakan.


Atas kerjasama yang anda berikan dalam hal ini , saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Nik Rubiah binti Nik Mustapha,

Program Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Melayu

Universiti Pendidikan Sultan Idris .









100











Arahan: Tandakan () di dalam petak atau ruangan jawapan yang sesuai.


Dialek Kelantan (DK) dan Bahasa Melayu Baku (BMB)


Bahagian A. Butir-butir Diri.


1. Jantina

Lelaki ( )
Perempuan ( )


2. Bangsa

Malayu ( )
Cina ( )
India ( )
Jika yang lain, nyatakan_______________________


3. Kelulusan
Maktab Perguruan ( )
Universiti ( )
Jika yang lain, nyatakan:______________________
4. Pengalaman mengajar
15 tahun ke atas ( )
10-14 tahun ( )
5-9 tahun ( )
4 tahun ke bawah ( )




101





5. Pengalaman mengajar Bahasa Melayu

15 tahun ke atas ( )
10 14 tahun ( )
5 9 tahun ( )
4 tahun ke bawah ( )


6. Adakah anda mendapat latihan khas atau pernahkah anda mengikuti kursus
Dalam Perkihdmatan bagai mengajar Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak pernah ( )

Jika Ya, naayatakan nama kursus tersebut_______________


7. Adakah anda mnedapat pendedahan melalui kursus, seminar dan sebagainya
tentang cara mengajar Bahasa Melayu bagi KBSM?
Ya ( )
Tidak ( )

JikaYa, nyatakan namanya:___________________________


8. Tahukah anda tentang Falsafah Pendidikan negara matlamat dan objektif
sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


9. Agaknya kalau ditanya secara lisan tentang Falsafah Pendidikan Negara,
bolehkah anda jelaskan secara kasar tentang konsepnya?
Ya ( )
Tidak ( )






102



10. Seandainya , anda pernah mengikuti kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-

guru Bahasa Melayu dapatkah anda praktikkan beberapa cadangan atau teknik-
teknik baru yang anda perolehi daripada kursus yang anda hadiri itu?
Dapat dipraktikkan 76 100% ( )
Dapat dipraktikkan 50 75% ( )
Dapat dipraktikkan 25 49% ( )
Dapat dipraktikkan 1 24% ( )
Tidak dapat dipraktikkan ( )


11. Jumlah waktu mengajar Bahasa Melayu seminggu?

20 waktu ( )
16 waktu ( )
12 waktu ( )
6 waktu ( )
4 waktu. ( )

Jika yang lain, nyatakan________________________


12. Bilangan murid yang anda ajar bagi pelajaran Bahasa Melayu?

12 orang ke atas ( )
80 119 orang ( )
40 79 orang ( )
39 orang ke bawah ( )
Jika yang lain nyatakan:______________________




Bahagian B : Latar Belakang Kebahasaan


13. Bahasa yang anda gunakan semasa mengajar Bahasa Melayu?

Bahasa Melayu Baku sepenuhnya. ( )
Campuran BMB dan DK ( )




103



DK sepenuhnya ( )


14. Bahasa yang anda gunakan semasa mengajar mata pelajaran lain?

Bahasa Melayu Baku sepenuhnya. ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya. ( )


15. Adakah anda berpendapat bahawa para pelajar semasa boleh memahami
pengajaran anda sepenuhnya, seandainya anda menggunakan BMB?
Faham sepenuhnya ( )
Kurang faham sepenuhnya ( )
Tidak faham langsung. ( )


16. Pada pendapat anda, patutkah para guru menggunakan BMB sepenuhnya dalam
pengajaran?
Patut ( )
Tidak patut ( )


17. Bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan pelajar semasa di luar bilik

darjah?

Bahasa Melayu Baku (BMB) ( )
Bahasa campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


18. Adakah para pelajar menggunakan dialek semasa aktiviti pengajaran lisan

Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )








104



19. Adakah para pelajar menggunakan dialek semasa semasa berinteraksi di dalam

bilik darjah?
Ya ( )
Tidak ( )
20. Berdasarkan pengalaman anda, benarkah aspek lisan Bahasa Melayu

dipengaruhi oleh dialek?
Ya ( )
Tidak ( )


21. Daripada pengalaman anda, aspek manakah yang paling ketara dipengaruhi
oleh dialek?
Lisan ( )
Penulisan ( )

Jika yang lain, nyatakan:______________________________


22. Pendapat anda tentang sikap pelajar terhadap pelajaran lisan dan sebutan baku
Bahasa Melayu?
Sangat memuaskan ( )
Sederhana ( )
Dingin ( )


23. Pendapat anda tentang sikap murid bukan Melayu terhadap pelajaran lisan dan
sebutan baku Bahasa Melayu?
Sangat memuaskan ( )
Sederhana ( )
Dingin ( )


24. Seandainya, murid anda menjawab soalan anda menggunakan dialeknya,
apakah tindakan anda?
Membetulkan sebutannya ke dalam BMB ( )





105



Membiarkannya tanpa teguran ( )
Memarahinya ( )
Jika yang lain, nyatakan:________________________________


25. Nyatakan berapa kerapkah anda menggunakan campuran BMB dan DK ,

apabila berkomunikasi dengan murid di dalam kelas?
Setiap masa ( )
Kadang-kadang ( )
Tidak pernah. ( )


26. Pada pendapat anda, andakah murid anda seronok berkomunikasi dalam

dialeknya?
Ya ( )
Tidak ( )
Jika yang lain, nyatakan:_______________________________


27. Pada pendapat anda, adakah murid anda menghadapi masalah untuk

berkomunikasi dalam BMB di dalam bilik darjah?
Ya ( )
Tidak ( )
Jika ya, nyatakan alasannya:______________________________


28. Pernahkah anda, anda mengingatkan murid agar menggunakan BMB ?

Ya ( )
Tidak ( )

Jika yang lain, nyatakan:_______________________________


29. Adakah penggunaan dialek itu dapat membantu murid dalam pelajaran lisan
Bahasa Melayu?
Ya ( )





106



Tidak ( )


30. Pada pendapat anda, bolehkah murid anda memahami pengajaran anda,

seandainya anda menggunakan campuran dialek dan BMB?

Faham sepenuhnya ( )
Kurang faham ( )
Tidak faham langsung ( )


31. Pada pendapat anda, bolehkah pengaruh dialek di kalangan murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu dihapuskan?

Ya ( )
Tidak ( )
Jika Ya atau Tidak , nyatakan alasannya:_____________________


32. Pada pendapat anda, adakah pengaruh dialek memberi kesan positif terhadap

pengajaran anda?
Ya ( )
Tidak ( )


33. Adakah pengaruh dialek di kalangan murid, mempengaruhi pembelajaran lisan
Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


34. Pada pendapat anda, bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar apabila

bercakap dengan anda di dalam billik darjah , ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )






107



35. Bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar apabila bercakap dengan anda di

luar bilik darjah?
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


36. Pada pendapat anda, bahasa manakah yang paling berkesan untuk mengajar

Bahasa Melayu?
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya. ( )


37. Bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan pelajar-pelajar di dalam

bilik darjah ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


38. Bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan murid-murid di luar bilik

darjah?

BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


39. Pada pendapat anda, adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah sebutan dalam

pelajaran lisan Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )








108



40. Pada pendapat anda, adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah intonasi

dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


41. Pada pendapat anda, adakah pelajar-pelajar menghadapi masalah kelancaran
dalam pembelajaran lisan Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


42. Pada pendapat anda, adakah masalah-masalah sebutan intonasi dan kelancaran
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam menguasai BMB itu disebabkan oleh
pengaruh dialek?
Ya ( )
Tidak ( )


43. Pada pendapat anda, apakah sikap pelajar-pelajar terhadap kepentingan Bahasa

Melayu?
Amat penting ( )
Penting ( )
Kurang penting ( )
Tidak penting ( )


44. Pada pendapat anda, bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar apabila
berkomunikasi sesama pelajar-pelajar di dalam bilik darjah ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )








109



45. Pada pendapat anda, bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar apabila

berkomunikasi sesama pelajar-pelajar di luar bilik darjah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMb dan DK ( )
DK sepenuhnya. ( )
























































110





LAMPI RAN B
FAKULTI BAHASA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM, PERAK.


SOAL SELIDIK


Kepada,

Pelajar-pelajar yang dikasihi.


Soal selidik ini diberikan kepada anda, bertujuan untuk meninjau penggunaan dialek
dan pengaruhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran BahasaaMelayu.

Soal selidik ini penting untuk anda, kawan-kawan dan sekolah anda serta masa
depan rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk menjayakan soal selidik ini, kerjasama anda
adalah sangat diperlukan dan dihargai.

Arahan.

Turuti dan patuhi arahan-arahan yang berikut ini.

1. Bacalah soalan-soalan yang terdapat di dalam buku ini dengan tenang dan
jawablah kesemuanya dengan sabar dan jujur.
2. Pililhlah jawapan yang paling sesuai dan isikannya dengan menandakan( ) di
dalam petak atau ruangan yang tersedia, yang bertentangan dengan soalan-
soalan , ataupun

3. Berilah pendapat atau pandangan anda yang jujur dan ikhlas pada ruangan-
ruangan yang tersedia, jika diminta atau dikehendaki oleh soalan.

Atas kerjasama yang anda berikan dalam hal ini, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga.






111





KANDUNGAN SOAL SELIDIK


Arahan : Bagi jawapan yang anda pilih, tandakan ) ( pada ruangan atau petak
tersedia.

Bahagian A: Butir-Butir Peribadi


1. Jantina

Lelaki ( )
Perempuan ( )


2. Bangsa

Melayu ( )
Cina ( )
India ( )
Jika yang lain, nyatakan:__________________________


3. Tempat tinggal
Asrama ( )
Kediaman ibu bapa / penjaga ( )


4. Kawasan tempat tinggal

Bandar ( )
Luar Bandar ( )
5. Pekerjaaan tetap bapa / penjaga
Guru ( )
Kakitangan kerajaan / swasta ( )
Peniaga ( )




112



Petani/penoreh getah/ nelayan ( )
Jika yang lain, nyatakan:______________________
6. Pekerjaan tetap ibu
Guru ( )
Kakitangan kerajaan / swasta ( )
Peniaga ( )
Petani/ penoreh getah ( )
Suri rumah ( )
Jika yang lain, nyatakan:__________________________
7. Pendidikan bapa / penjaga
Tidak bersekolah ( )
Sekolah rendah ( )
Sekolah menengah ( )
Maktab ( )
Universiti ( )
Jika yang lain, nyatakan:______________________________
8. Pendidikan ibu.
Tidak bersekolah ( )
Sekolah rendah ( )
Sekolah menengah ( )
Maktab ( )
Universiti ( )
Jika yang lain, nyatakan:______________________________













113



Bahagian B : Latar Belakang Kebahasaan.


9. Apabila bercakap dengan ibu bapa / penjaga/ sanak saudara, bahasa yang anda

gunakan ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


10. Apabila bercakap dengan kawan-kawan, bahasa yang anda gunakan ialah

BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


11. Apabila bercakap dengan orang dewasa, bahasa yang anda gunakan ialah

BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


12. Apabila bercakap dengan guru Bahasa Melayu, bahasa yang anda gunakan

ialah

BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


13. Apabila bercakap dengan guru mata pelajaran lain, bahasa yang anda gunakan

ialah

BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )






114



14. Adakah anda berasa senang bertutur / bercakap dalam Dialek Kelantan?

Ya ( )
Tidak ( )


15. Adakah anda berasa sukar bertutur / bercakap dalam Bahasa Melayu Baku?

Ya ( )
Tidak ( )


16. Adakah anda berasa senang / bercakap dengan cara mencampuradukkan Dialek

Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku ?
Ya ( )
Tidak ( )


17. Adakah guru bahasa Melayu menggalakkan para pelajar (termasuklah anda)
bertutur / bercakap dalam Bahasa Melayu Baku di dalam kelas ?
Ada ( )
Tiada ( )


18. Adakah guru mata pelajaran lain menggalakkan para pelajar bertutur / bercakap

dalam Bahasa Melayu Baku di dalam kelas ?
Ada ( )
Tiada ( )


19. Adakah penggunaan Bahasa Melayu Baku itu mustahak dalam aktiviti
pelajaran lisan Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


20. Adakah penggunaan Dialek Kelantan itu dapat membantu anda dalam pelajaran
lisan Bahasa Melayu?



115



Ya ( )
Tidak ( )


21. Pernahkah anda menggunakan Dialek Kelantan semasa aktiviti pelajaran lisan
Bahasa Melayu.
Ya ( )
Tidak ( )


22. Pernahkah guru Bahasa Melayu yang mengajar anda menggunakan Dialek

Kelantan dalam aktiviti pelajaran lisan Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


23. Pernahkah guru mata pelajaran lain menggunakan Dialek Kelantan semasa
mengajar di dalam kelas anda?
Pernah ( )
Tidak pernah ( )


24. Pernahkah guru Bahasa Melayu bercakap, berbual, bersoal jawab, bercerita,

berbincang dan sebagainya dalam Dialek Kelantan semasa mengajar di dalam

kelas anda?
Pernah ( )
Tidak pernah ( )


25. Adakah cara guru Bahasa Melayu yang mencampurkan Dialek Kelantan

dengan Bahasa Melayu Baku akan memudahkan anda dalam pelajaran lisan

Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )






116



26. Adakah penggunaan Dialek Kelantan oleh guru Bahasa Melayu dan guru mata

pelajaran lain memberi pengaruh baik (positif) kepada kefahaman anda
terhadap pelajaran Bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )


27. Adakah anda bersetuju, Guru Bahasa Melayu mencari jalan senang dalam

pengajaran melalui penggunaan Dialek Kelantan dan campuran Bahasa Melayu
Baku semasa mengajar anda dan ada kepentingan peribadinya di dalam itu?
Ya ( )
Tidak ( )


28. Bilakah anda menggunakan Bahasa Melayu Baku?

a) Semasa di sekolah

Ya ( )
Tidak ( )
b) Jika yang lain, Nyatakan:__________________________


29. Adakah anda menyedari perbezaan antara Dialek Kelantan dengan Bahasa
Melayu Baku?
Ya ( )
Tidak ( )


30. Adakah anda faham sepenuhnya, sekiranya guru Bahasa Melayu yang mengajar
anda, menggunakan Bahasa Melayu Baku semasa mengajar?
Ya ( )
Tidak ( )
31. Adakah anda bangga dengan Dialek Kelantan?
Ya ( )




117



Tidak ( )


Bahagian C: Pembelajaran Bahasa Melayu


32. Pernahkah anda meminta bantuan ibu bapa / penjaga/ keluarga tentang latihan

pelajaran Bahasa Melayu di rumah?
Selalu ( )
Kadang-kadang ( )
Tidak Pernah ( )


33. Pernahkah anda menggunakan perpustakaan untuk mendalami mata pelajaran

Bahasa Melayu?
Selalu ( )
Kadang-kadang ( )
Tidak Pernah ( )


34. Pernahkah anda membaca surat khabar berbahasa Melayu

Tiap-tiap hari ( )
Kadang-kadang ( )
Tidak pernah ( )


35. Ruangan akhbar yang anda minati:

Hiburan ( )
Komik ( )
Rencana pengarang ( )

Jika yang lain, nayakan:_______________________


36. Terdapatkah alat-alat berikut di rumah anda?

Radio sahaja ( )
Televisyen Sahaja ( )




118



Radio dan Televisyen ( )
Tiada Radio dan Televisyen ( )
Jika jawapan lain daripada yang tersebut, nyatakan:____________


37. Selalukah anda mengikuti rancangan radio dan televisyen?

Selalu ( )
Kadang-kadang ( )
Tidak Pernah ( )


38. Rancangan radio dan televisyen yang anda minati?

Berita ( )
Hiburan ( )
Pendidikan ( )

Jika yang lain, nyatakan:____________________________


39. Benarkah anda berminat dengan cara sebutan (pengucapan) dan bacaan
pembaca berita seperti yang terdapat pada rangkaian TV3 dan NTV7?
Ya ( )
Tidak ( )

Jika yang lain, nyatakan:_____________________________


40. Benarkah guru Bahasa Melayu menghendaki anda bercakap, berbual, bersoal
jawab, bercerita, mendeklamasikan sajak, membaca puisi (pantun/syair),
berbincang atau membaca sebarang teks dengan sebutan baku seperti yang
dilakukan oleh pembaca Berita di TV3 dan NTV 7?
Ya ( )
Tidak ( )


41. Adakah anda melibatkan diri dalam aktiviti berikut:

a) Memasuki Persatuan Bahasa Melayu





119



Ya ( )
Tidak ( )
b) Mengikuti rancangan radio dan Televisyen Pendidikan di sekolah.

Ya ( )
Tidak ( )


42. Bentuk bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan guru-guru di

dalam bilik darjah ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


43. Bentuk bahasa yang anda gunakan apabila bercakap dengan guru-guru di luar

bilik darjah ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


44. Pada pendapat anda, bentuk manakah yang digunakan oleh guru-guru semasa

mengajar?
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


45. Pernahkah semasa mengajar, guru anda mengggunakan campuran BMB dan

DK?

Ya ( )
Tidak ( )








120



46. Benarkah guru bahasa, tidak pernah menggunakan campuran BMB dan DK

dalam pengajaran bahasa Melayu?
Ya ( )
Tidak ( )
47. Apabila bercakap dengan pelajar di dalam kelas, bahasa yang digunakan oleh

guru Bahasa Melayu ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


48. Apabila bercakap dengan pelajar, di luar bilik darjah , bahasa yang digunakan

oleh guru Bahasa Melayu ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


49. Pada pendapat anda, bahasa yang paling berkesan yang patut digunakan oleh

guru Bahasa Melayu semasa mengajar ialah
BMB sepenuhnya ( )
Campuran BMB dan DK ( )
DK sepenuhnya ( )


50. Adakah BMB itu sukar anda tuturkan?

Ya ( )
Tidak ( )















121





LAMPI RAN C


Aktiviti Lisan Yang Dirakamkan




Percakapan Telefon:






Ring ringring..ring.ring


Murid : Assalamualaikum, siapa yang bercakap?
Panggilan : Itukah rumah Puan Lisas?
Murid : Puan Lisas Abdul Kubiskah?
Panggilan : Ya, Puan Lisas Abdul Kubis. Puan Lisaskah yang bercakap itu?
Murid : Bukan. Yang ini Nik Noraishah Noraihan, anak Puan Lisas Abdul
Kubis.
Panggilan : Oh, Puan Lisas Abdul Kubis ada di rumah?
Murid : Ibu tidak ada. Dia pergi ke balai polis. Siapa yang bercakap di sana ?
Panggilan : Nazirah yang bercakap, kawan ibu awak.
Murid : Ada pesan apa-apa pada ibu, makcik?
Panggilan : Biarlah makcik cakap dengan ibu sendiri. Bila ibu pulang, suruhlah dia
telefon pada makcik.
Murid : Berapakah nombor telefon makcik?
Panggilan : 012-6897730.
Murid : Baiklah makcik. Nanti, akan saya beritahu ibu.
Panggilan : Terima kasih Nik Noraishah.
Murid : Sama-sama.






122



LAMPI RAN D


Melakonkan Dialog Mengikut Watak


Peladang : (bercakap dengan kerbau)

Ah, kerbau aku ini letih nampaknya, kasihan!

Engkau berdua tentulah penat.

(menggosokkan badan kerbau). Marilah ke sungai, sayang!

Engkau boleh mandi. Selepas itu, tentulah engkau akan segar semula.

(membawa kerbau ke sungai .)

Hah! Segar, bukan? Mari, mari balik ke kandang.

Nanti, akan kuberikan rumput hijau yang segar.

Biri-biri : Aku benci melihat kerbau itu. Tuan aku sayang benar padanya. Setiap hari,

kerbau itu akan dimandikannya di sungai, digosok badannya, ditepuk-tepuk,

dipuji dan diberi rumput hijau yang subur. Malang sungguh nasibku. Perut

aku selalu lapar. Nasib malanglah aku.

Bomoh : Mengikut firasat saya, kerbau encik ini sakit. Saya syorkan encik tidak

melengahkan dan membiarkan kerbau ini menderita kesakitan. Ubat yang

paling baik ialah lemak biri-biri. Cadangan saya, encik sembelihkan sahaja

biri-biri encik itu dan ambillah lemaknya. Kemudian, lemak itu, eloklah

dipanaskan beberapa minit dan seterusnya disapukan pada telinga kerbau

itu.


Aktiviti lisan : Pengumuman (Ucapan)


Harap ambil perhatian. Guru tingkatan kita menghendaki saya memaklumkan
anda sekalian bahawa pada minggu hadapan, kita akan bercuti selama seminggu kerana
seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sekolah akan dibuka
semula pada hari Ahad, tanggal 23 Februari 2003. Sekian sahaja dan terima kasih.






123