Anda di halaman 1dari 2

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.10 KATA TUGAS

1.10.1 PENGENALAN

Definisi
Merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama atau suku kata beberapa
perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Akronim tergolong dalam jenis kata tunggal, iaitu perkataan yang diterbitkan hasil daripada
penggabungan dan penyingkatan beberapa perkataan.
Bentuk singkatan terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

1.10.2 PEMBENTUKAN AKRONIM

Proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas.


Cara pembentukan adalah melalui proses penggabungan dan pembentukan kata nama bagi melahirkan
bentuk baharuyang lebih ringkas.
Pembentukan akronim biasanya digunakan sebagai kata nama khas dan proses pembentukannya agak
longgar.

1.10.3 JENIS AKRONIM

Dalam buku Tatabahasa Dewan, akronim boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu berdasarkan kepada
percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim tersebut iaitu :

a) Kata akronim cantuman huruf awal perkataan


Percantuman huruf-huruf awal dari suku kata dan kebanyakannya terdiri daripada nama-nama khas
tertentu, contohnya :
 KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
 BPR : Badan Pencegah Rasuah
 BTP : Bahagian Teknologi Pendidikan

b) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan
Terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan berdasarkan sebutan yang
sedap tanpa urutan, contohnya :
 Perhilitan : Perlindungan Hidupan Liat dan Taman Negara
 Proton : Perusahaan Otomobil Nasional

c) Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan


Akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan, contohnya :
 Tadika : taman didikan kanak-kanak
 Pawagam : panggung wayang gambar
 Kugiran : kumpulan gitar rancak

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

d) Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan
berikutnya
Akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan
awal perkataan lain, contohnya :
 Jentolak : jentera tolak
 Debunga : debu bunga
 Purata : pukul rata
 Halaju : hala laju

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai