4.4 KLAUSA
Definisi
Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat
1.Contoh di atas dapat menyatakan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri dari subjek dan
predikat.
2.Subjek bagi klausa di atas ialah dia, pakaiannya dan mereka.
3.Predikat bagi klausa di atas ialah datang, basah dan berehat.
Jika klausa di atas disebut dengan intonasi yang betul, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan,
klausa tersebut boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap seperti contoh di bawah :
Dia tidak datang.
Pakaiannya basah.
Mereka berehat.
Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
a) klausa bebas
klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap
b) klausa tak bebas
klausa yang tidak boleh berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009