PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG CEMERLANG Menerajui Kecemerlangan Keberhasilan Kerja, Melangkau Jangkaan Kecemerlangan Organisasi Melalui Transformasi Dan Kreativiti
Ruj Kami : JPS(W)/PPDBET(UPA)153/06/07/13/01Jld.2(60) Tarikh : 30 September 2014
Guru Besar, SK/ SJK Pejabat Pendidikan Daerah Betong
Tuan/Puan
PENGEMASKINIAN JUSTIFIKASI DATA LINUS SARINGAN 1 BAGI TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak sekolah dimohon untuk mengemaskini data LINUS2.0 saringan 1 dalam bentuk softcopy menggunakan tapak yang telah disediakan di dalam CD yang dilampirkan dan mengembalikan salinan softcopy tersebut kepada Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Betong (u.p En. Abang Johari Abang Robil) pada atau sebelum 2 Oktober 2014.
3. Perkara-perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
Justifikasi ketidakhadiran murid perlu dijelaskan dengan terperinci berapa hari murid itu tidak hadir. Justifikasi murid tidak menguasai K1-K2 dan K3-K12 perlu dijelaskan dengan terperinci sebab murid tersebut tidak menguasai.
4. Sebarang pertanyaan atau kemuyskilan berhubung perkara di atas, sila hubungi atau berurusan dengan En. Abang Johari bin Abang Robil di talian 0198490904
Sokongan dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Salam hormat.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Saya yang menurut perintah,
SAPAWI BIN MAHDI Pegawai Pendidikan Daerah Betong Pejabat Pendidikan Daerah Betong
s.k : i. Fail Timbul Pegawai Pendidikan Daerah Betong ii. Unit Pengurusan Akademik (LINUS) SM/AJ/LINUS
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi PPD Betong Sebagai Peneraju Kecemerlangan PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG CEMERLANG Menerajui Kecemerlangan Keberhasilan Kerja, Melangkau Jangkaan Kecemerlangan Organisasi Melalui Transformasi Dan Kreativiti