Anda di halaman 1dari 70

INVENTORI GAYA BERCINTA

Pentafsiran Umum IGB


Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi yang
diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominant untuk
diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki;
Cinta Persahabatan Storage
Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara
mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak
menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya
ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan
untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang
panjang. Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya
perasaan cinta.

Cinta Romantis Eros
Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang
sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan
perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan
pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama.
Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk
hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat
tinggi nilainya.
Cinta Permainan - Ludus
Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan
tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam
sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya
melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya
ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya
mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah
perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya
ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat
hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra
terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan
tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

Cinta Logikal Pragma
Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari
pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan
yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah
ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya
sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang
dikehendakinya.

Cinta Pengorbanan Agape
Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf.
Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang
dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini
juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza
personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan
rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup
melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka
rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya
mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Cinta Kepunyaan Mania
Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin
bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan
bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri
sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki
dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini
sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.



INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau
tret-tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan
Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan
dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya
IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau
mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi,
Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal,
Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala
penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek
Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama
20 hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa
yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan
dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti
kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang
mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau
mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan
profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan
teliti dan hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan
baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala
penipuan. Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item.
Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan Ya yang perlu
dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor
maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya
ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada
1% dan 10/10 tukar kepada 99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti
tersebut dan tiada manusia yang sempurna personalitinya.
Andaian Asas Pentafsiran Profil IPS
Menurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu
tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar
pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh
berubah.







Pentafsiran Profil IPS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran
skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut;
Agresif Skor Tinggi (70-99%)




Skor Sederhana (40-70%)



Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah seorang individu yang
agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam
kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain
bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting
ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Menunjukkan
anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai
ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya
menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati
dan perasaan orang lain anda jaga.
Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam
kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain
memanipulasi diri dan perasaan anda.
Analitikal Skor Tinggi (70-99%)



Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif
kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain,
diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat
pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
Skor Sederhana (40-70%)


Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah
sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di
tahap sederhana.
Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau
tidak berminat dengan perkara-perkara yang
memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah
individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan
orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.
Autonomi Skor Tinggi (70-99%)


Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya
dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan
menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap
sederhana
Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang
lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.
Bersandar Skor Tinggi (70-99%)





Skor Sederhana (40-70%)

Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang
lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda
selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat
daripada orang lain terutama yang individu
mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain
menunjukkan arah yang harus anda tuju.
Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap
sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka
berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan
melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak
bergantung kepada orang lain.
Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%)


Skor Sederhana (40-70%)


Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda
suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di
samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.
Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri
sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda
adalah sederhana.
Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau
tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi
dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam
kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi
kerja bersendirian atau satu sama satu.
Intelektual Skor Tinggi (70-99%)



Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi
cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas
dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas
dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di
tahap sederhana.
Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga
perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih
berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang
berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang
dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.
Introvert Skor Tinggi (70-99%)



Skor Sederhana (40-70%)


Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial
dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda
berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting
kerja bersendirian atau satu sama satu.
Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap
sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu
rendah.
Menunjukkan anda adalah individu yang suka
melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan
suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah
seorang yang sosial.
Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%)




Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi
yang dapat memberikan peluang-peluang untuk
pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada
perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang
baru. Anda adalah seorang yang adventures.
Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di
tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi
pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa
dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman
baru.
Ketahanan Skor Tinggi (70-99%)




Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda
akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah
dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan.
Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap
sederhana.
Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari
fizikal, mental dan emosi. Anda mudah
mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai,
cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-
kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.
Kritik Diri Skor Tinggi (70-99%)








Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang
tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu
merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap
apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia
telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu
yang mendapat skor antara 60% hingga 70%
dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling
individu. Sementara, individu yang mendapat skor
lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
kaunseling individu.
Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi
dan psikologinya
Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan
yang bersalah adalah orang lain.
Mengawal Skor Tinggi (70-99%)





Skor Sederhana (40-70%)


Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka
mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka
memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih
kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti
Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera,
Ahli politik dan lain-lain.
Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan
anda adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah
setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan
lain-lain.
Menolong Skor Tinggi (70-99%)




Skor Sederhana (40-70%)
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah
setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan
lain-lain.

Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap

Skor Rendah (1-40%)
sederhana
Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi
dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan
kepada diri sendiri.
Sokongan Skor Tinggi (70-99%)




Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat
simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait
personaliti menolong menunjukkan anda adalah
individu yang sangat mementingkan diri.
Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap
sederhana.
Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara
emosi kepada orang lain
Struktur Skor Tinggi (70-99%)




Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada
perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci.
Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang
memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan
berulang-ulang.
Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda
beradadi tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti
yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.
Pencapaian Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang sangat


Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)
bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai
sesuatu matlamat.
Menunjukkan motivasi anda berada di tahap
sederhana.
Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan
tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa
dalam kerjayanya.
Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam
menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung
untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang
diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan
telah dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.








INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR

Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck.
Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947
melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang askar yang
neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan faktor Ekstrovert
(E).
Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12
mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keadaan
yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi / Introversi yang
mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12
termasuk dalam keadaan yang introvert.
Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenalpasti
bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical
Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi
personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item.
Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang
dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) telah dihasilkan. MPI mengukur dua
faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah
menjadi Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan
beberapa perubahan telah dibuat dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality
Inventory.

Pentadbiran Inventori Personaliti JEPI
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan
ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan
dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja.
Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh
calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPI
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan
hati-hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.

Pentafsiran Profil JEPI
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.
Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti dalam
Rajah berikut;


















Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPI
Nota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan oleh
Hippocrates.
Sanquine - Blood (darah)
Phlegmatik - Phlegm (Kahak)
Kolerik - Bile (Hempedu)
Muram Mudah Tersinggung
Cemas Gelisah
Bimbang Agresif
Tidak Fleksibel atau Rigid Ghairah
Pendiam Mudah Berubah
Tidak Peramah Impulsif
Pesimis Optimistik
Tenang Aktif
Kuadran I Kuadran II

Kuadran III Kuadran IV

Pasif Peramah
Berhati-hati Gemar Bercakap
Bertimbang Rasa Responsif
Tenang Bebas
Terkawal Kepimpinan
Jujur Bersemangat
Boleh Diharapkan Selesa
MELANKOLIK KOLERIK
PHLEGMATIK SANGUINE
Melankolik - Black Bile (Hempedu Hitam)
** Kuadran terbaik ialah SANQUINE.
Personaliti Melankolik Kuadran I
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak
peramah, pesimis dan nampak tenang.
Personaliti Kolerik Kuadran II
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah
berubah, impulsif, optimistik dan aktif.
Personaliti Phlegmatik Kuadran III
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal,
jujur, boleh diharapkan dan tenteram.
Personaliti Sanguine Kuadran IV
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas,
kepimpinan, bersemangat, dan selesa.


INVENTORI PERSONALITI WARNA
Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai
format jawapan Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam
alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti
Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat
ukuran ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam
Kaunseling untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra
Malaysia, Terengganu.
Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk
mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas,
Hijau, Biru dan Jingga.

Pentadbiran Inventori Personaliti Warna IPW
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan
ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan
dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja.
Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh
calon yang mengambil ujian.



Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna IPW
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati..

Pentafsiran Profil Inventori Personaliti Warna IPW
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien
anda. Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun jenis
personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominant individu.
Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut.






























PENTAFSIRAN KHUSUS
INVENTORI PERSONALITI WARNA - IPW


Boleh Dipercayai Berdasarkan Teori
Keibubapaan Ingin Tahu
Bertanggungjawab Kompleks
Ikut Peraturan Falsafah
Adat resam Panjang Akal
Tradisional Tenang
Konservatif Sabar
Sistematik Berpengetahuan





Romantis Tidak Suka Peraturan
Harmoni Adventures
Tulin Spontan
Kerjasama Gopoh Gapah
Unik Berani
Berseni Suka Pertandingan
Empati Bahaya Tetapi Seronok
Setia Berkemahiran

PERATURAN FIKIRAN


PERASAAN KEBEBASAN
EMAS
JINGGA BIRU
HIJAU
Personaliti Emas
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh
dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh
perhatian.
Kata kunci utama: Peraturan dan Bertanggungjawab
Ciri-ciri Diri
Mengikut peraturan dan menghormati
pihak berkuasa
Sangat bertanggungjawab
Taat, boleh diharap dan sentiasa
bersedia
Tahu apa yang baik dan buruk dalam
kehidupan
Bersifat teliti dan wajar
Menepati masa
Mahu dianggap sebagai orang yang
berguna
Setia, stabil, ada peraturan dan
sistematik
Menghargai hidup berkeluarga, tradisi
dan rumah tangga
Mengekalkan adat resam
Bersifat konkrit
Ciri-ciri di Tempat Kerja
Menjaga kestabilan, menyusun atur
atau mengorganisasikan tempat kerja
Berkebolehan untuk mengendalikan
urusan yang perlu perincian.
Sanggup nekerja keras
Prinsip bekerja dulu baru bermain
Kerja mengikut peraturan,
bekerjasama dan mengikut
kebiasaan.
Dapat menyesuaikan diri dengan
mudah

Personaliti Hijau
Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam
menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep,
berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan
sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.
Kata kunci utama: Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.
Ciri-ciri Diri
Cekap dan berkebolehan menjalankan
tugas dengan sempurna.
Bersifat ingin mengetahui, berminat
tentang konsep, gagasan, tanggapan dan
idea.
analitikal, investigatif dan hipotetikal
Mempunyai pengetahuan yang luas
berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir
dan panjang akal
Mempunyai sikap yang tenang dan
sabar, berprinsip dan jujur.
Mempunyai falsafah dan memerlukan
penjelasan dan jawapan.
Pemikiran yang lebih matang daripada
umur sebenar
Ciri-ciri di Tempat Kerja
pemikir konsep yang bebas.
kerja itu adalah suatu permainan.
Sering menghadapi cabaran tugas
dengan tenang.
suka mereka cipta model, meneroka
idea, atau membina sistem bagi
memenuhi keinginan untuk
menonjolkan pembaharuan.
setelah menyempurnakan sesuatu
idea, saya suka beralih ke projek lain
dan membiarkan orang lain menjaga
dan mengendali projek yang lama.

Personaliti Biru
Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami
perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi
inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.
Kata kunci utama: Romantis serta Sukakan Keharmonian.
Ciri-ciri Diri
mudah bersimpati, berperibadi, dan
selalu mencari makna dalam kehidupan.
Inginkan perhubungan yang mesra dan
mengasihani
berkebolehan untuk menyelami
perasaan dan pemikiran orang lain.
Bersedia dan sanggup memberi
penjelasan untuk memberikan
penerangan.
Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.
Mudah terasa dan lemah lembut.
suka berkarya dan memberi ilham dan
puitis
romantis, bersemangat, gembira dan
imaginative
Ciri-ciri di Tempat Kerja
mempunyai dorongan yang kuat
untuk mempengaruhi orang lain
supaya mereka menikmati hidup
yang lebih bermakna.
bekerja dalam bidang seni,
komnikasi, pendidikan, dan
profesion menolong orang lain.
mahir dalam memberi motivasi dan
berinteraksi dengan orang lain.

suka membelai dan membantu orang
lain.
Personaliti Jingga
Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada
pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment,
berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan,
berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan
berkemahiran.
Kata kunci utama: Suka Mengembara atau Adventurous.
Ciri-ciri Diri
Bertindak secara spontan, suka
berjenaka, pandai dan menawan
Menganggap hidup sebagai satu
permainan.
Cergas, giat dan pandai menggunakan
kesempatan yang ada.
Sukakan keseronokan dan sesuatu yang
memberangsangkan.
Sukakan aktiviti yang bercorak
persaingan.
Tabah menghadapi sesuatu dan tidak
gentar.
Kadang kala mengambil tindakan yang
Ciri-ciri di Tempat Kerja
Sering bosan dan gelisah jika dapat
kerja yang berstruktur, rigid dan
mengikut rutin.
Berpuas hati dalam kerja yang
memberikan kebebasan, dapat
menggunakan koordinasi fizikal, dan
alatan.
seorang perfomer yang semula jadi.
sifat suka bersaing dan inginkan
kegembiraan atau keseronokan.
Suka bekerja yang melibatkan fizikal


tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan
boleh menimbulkan kesan yang
mendalam.
Seorang yang realistik, tidak
dipengaruhi sentiment dan berfikiran
terbuka.
Gemar kepada pengalaman yang luar
biasa iaitu berbahaya tetapi
menyeronokkan.












SKALA KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)
Skala Konsep Kendiri Tennessee atau singkatannya TSCS adalah alat yang boleh digunakan
untuk mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Alat ukuran ini telah
dibina oleh William H. Fitts pada tahun 1965. alat ukuran TSCS mempunyai 100 item yang
terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert
lima mata. Alat ukuran yang sama boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis.
Perbezaan antara keduanya adalah daripada segi permarkatan. Stensil pemarkatan untuk tujuan
kaunseling dan diagnosis adalah berbeza antara satu sama lain.
Alat ukuran TSCS untuk tujuan kaunseling dapat mengenal pasti 8 komponen yang
membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri,
Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.
Ia juga mempunyai segala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri.

Pentadbiran Skala Konsep Kendiri Tennessee TSCS
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini
perlu diselesaikan dalam 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang
selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala
arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang
mengambil ujian.


Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil TSCS
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Pentafsiran Profil TSCS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien.
Pentafsiran profil TSCS boleh dilakukan secara individu dan berkelompok. Markah yang
diperolehi hendaklah dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual.
Skor min adalah skor yang setara dengan Skor T dan Skor Persentil 50. pentafsiran skor yang
diperolehi berhubung dengan skala-skala berkenaan seperti berikut:
1) Kritik Diri Skor min untuk subskala Kritikan-Diri ialah 36. umumnya, skor di
bawah min adalah dianggap baik kerana ia menggambarkan individu
stabil daripada segi psikologi. Skor yang berada di atas min dianggap
kurang baik atau tidak baik kerana ia dikaitkan dengan individu yang
kurang stabil daripada segi psikologinya. Ia ini juga dikaitkan
dengan konflik rendah diri. Bahagian ini memberi gambaran sejauh
mana individu menerangkan kelemahan atau kekurangan dirinya
berdasarkan kenyataan-kenyataan yang biasanya diakui oleh
kebanyakan individu.
2) Jumlah Skor Skor min untuk skala TSCS secara keseluruhan ialah 348. skala ini
menjelaskan konsep kendiri secara keseluruhan tanpa melihat kepada
komponen-komponen yang membentuk konsep kendiri. Skor di atas
min bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah
positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti konsep kendiri
individu secara keseluruhannya adalah negatif atau rendah.
3) Identiti
Kendiri
Skor min untuk subskala ini ialah 127. Skor di atas min bererti
identiti individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti
identiti kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah
berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang
Siapa DiriKu. Di sini, individu akan memberikan gambaran tentang
identiti dirinya atau bagaimana ia melihat dirinya.
4) Kepuasan
Kendiri
Skor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di atas min bererti
kepuasan kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah
min bererti kepuasan kendiri individu adalah negatif atau rendah.
Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang
menerangkan bagaimana perasaan individu terhadap dirinya sendiri.
Secara umum, bahagian ini akan mencerminkan tahap penerimaan
individu terhadap dirinya dan setakat mana individu berpuas hati
tentang dirinya.
5) Kendiri
Tingkah Laku
Skor min untuk subskala ini ialah 115. Skor di atas min bererti
tingkah laku kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di
bawah min menunjukkan kendiri tingkah laku individu adalah negatif
atau rendah. Subskala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-
pernyataan yang menerangkan tentang Inilah kelakuan saya atau
cara saya bertindak. Ia memberi gambaran tentang persepsi individu
terhadap perlakuannya dan bagaimana dirinya berfungsi.
6) Kendiri Fizikal Skor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di atas min bererti kendiri
fizikal individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti
kendiri fizikal individu adalah negatif atau rendah. Dalam bahagian
ini, individu memberikan pandangannya tentang keadaan tubuh
badannya, keadaan kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti
dan kemahiran-kemahiran yang dimilikinya.
7) Kendiri Moral
dan Etika
Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min menunjukkan
kendiri moral dan etika individu adalah positif atau tinggi. Skor di
bawah min pula bererti kendiri moral dan etika individu adalah
negatif atau rendah. Bahagian ini memberi gambaran kendiri
individu daripada sudut moral dan susila. Ia menyentuh soal harga
diri, perhubungan dengan tuhan, perasaan sebagai orang baik atau
orang jahat dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap
penglibatannya dalam agama yang dianutinya.
8) Kendiri
Peribadi
Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi
gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi.
Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif
atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-
pernyataan yang dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu
iaitu perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak
berkait dengan tubuh badan atau perhubungannya dengan orang lain.
Misalnya, Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah
miliki sekarang ini.
9) Kendiri
Keluarga
Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi
gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi.
Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif
atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-
pernyataan yang dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu
iaitu perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak
berkait dengan tubuh badan atau perhubungannya dengan orang lain.
Misalnya, Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah
miliki sekarang ini.
10) Kendiri Sosial Skor min untuk subskala ini ialah 68. Skor di atas min menunjukkan
kendiri sosial individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min
menggambarkan bahawa kendiri sosial individu adalah negatif atau
rendah.







VARIABILITY
Jumlah V / Total V Jumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu
bahagian dengan bahagian yang lain.
Skor min ialah 48. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna 8
komponen yang membentuk keseluruhan konsep kendiri individu adalah
pelbagai daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep
kendiri yang lain. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep
kendiri individu adalah seimbang daripada satu bahagian konsep kendiri
ke satu bahagian konsep kendiri yang lain.
Jumlah Lajur V
atau Column Total
V
Variasi antara lajur atau column. Skor tinggi menunjukkan wujudnya
kepelbagaian skor yang berkaitan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan
Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.
Skor min ialah 29. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud
kepelbagaian berkaitan dengan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan
Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Skor
rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep-konsep kendiri ini berada
dalam keadaan seimbang.
Jumlah Baris V
atau Row Total V
Variasi merentas baris atau row. Skor tinggi menunjukkan wujudnya
kepelbagaian skor yang berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan
Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri.
Skor min ialah 19. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud
kepelbagaian berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan
Tingkah Laku Kendiri. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti
konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.
Sebaran D Skor min ialah 120. Skor tinggi iaitu skor di atas min menerangkan
individu sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau
kenyataan-kenyataan mengenai dirinya. Skor ini mempunyai kaitan
dengan kesahan jawapan individu yang menjawab ujian. Skor rendah
iaitu skor di bawah min pula menerangkan bahawa individu kurang atau
tidak sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau
kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan dirinya.











SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY /
MOONEY PROBLEM CHECK LIST (MPCL)
Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk mempunyai satu
kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi oleh para remaja. Pada
tahun 1941 dan 1942, edisi pertama yang merangkumi tiga borang untuk bidang pendidikan telah
diterbitkan buat pertama kalinya. Prosedurnya adalah mudah di mana klien hanya perlu
membaca sepintas lalu item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang
dinyatakan dan membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan
masalah yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhirnya.
Alat ini sesuai digunakan bagi mengenal pasti masala-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar
sekolah, pelajar kolej dan juga golongan dewasa.
Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-
masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan
dibahagikan kepada 11 kategori yang mana setiap kategori mengandungi 20 item. Antara
kategori masakah tersebut ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan,
pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan
kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran. Penggunaan alat ini adalah bertujuan
sebagai persediaan kepada temubual dalam sesi kaunseling. Selain itu, alat ini juga boleh
digunakan sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan
tindakan serta sebagai asas kepada pembentukan kelompok bimbingan dan program orientasi.



Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini
perlu diselesaikan dalam 30 hingga 45 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang
selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala
arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang
mengambil ujian.
Terdapat 3 langkah yang perlu diikuti oleh calon. Pertama, calon dikehendaki membaca senarai
masalah yang diberi dengan teliti. Kemudian gariskan masalah yang dirasakan menganggu calon
dan tandakan [ / ] di ruangan Masalah Tahap 1. Setelah selesai, semak semula masalah-masalah
yang telah ditandakan [ / ] dan pilih mana-mana masalah yang dirasakan benar-benar menganggu
dan tandakan masalah-masalah ini dengan memberi tanda [ // ] di ruangan Masalah Tahap 2.
Yang terakhir calon dikehendaki menjawab soalan-soalan rumusan di akhir borang.
Seterusnya calon dikehendaki mengira kekerapan item yang ditanda [ / ] dan [//] mengikut
kategori soalan yang telah ditetapkan dan mengisi borang jawapan dibawah.

Kekerapan yang
ditanda
Bil. Kategori masalah Susunan item [/] [//]
1 Kesihatan dan fizikal 1-10 111-120
2 Kewangan dan kehidupan 11-20 121-130
3 Kegiatan sosial dan hiburan 21-30 131-140
4 Perkhawinan dan seks 31-40 141-150
5 Perhubungan sosial dan Psikologikal 41-50 151-160
6 Masalah Psikologikal 51-60 161-170
7 Masalah Moral dan Agama 61-70 171-180
8 Masalah Keluarga dan Rumahtangga 71-80 181-190
9 Masalah Akademik dan Kerjaya 81-90 191-200
10 Masalah Penyesuaian dalam kerja 91-100 201-210
11 Masalah Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran
101-110 211-220


Pentafsiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)
Setelah calon/pelajar menandai masalah-masalah yang dirasakan menganggu kehidupannya,
guru atau kaunselor perlu meneliti item-item yang ditandakan dan megenal pasti masalah-
masalah yang terlalu menganggu kehidupan pelajar atau calon tersebut. Kategori yang paling
banyak ditanda dengan [ // ] boleh diklafikasikan sebagai masalah utama yang mengganggu klien
atau pelajar tersebut. Bagi kaunselor, borang ini boleh digunakan untuk tujuan sesi kaunseling.
Bagi guru, borang ini dapat membantu guru untuk menolong pelajar menyelesaikan atau
meringkan masalah yang ditanggung pelajar.





DEPRESSION, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)
Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun
1995. Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan
dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diaptasikan kepada
Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas digunakan
di premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai pengesanan awal
kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan komunikasi. Bagi kaunselor,
alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk jika diperlukan. DASS
digunakan untuk mengesan tahap depression (kemurungan), anxiety (kebimbangan) dan stress
(tekanan).
DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala
pemarkahan 0 menggambarkan penyataan yang tidak lansung menggambarkan keadaan klien. 1
mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah 2
menggambarkan penyataan yang banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan 3,
mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya.
Pentadbiran Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-
kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam
borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon juga diingatkan
untuk tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam menjawab sesutau penyataan tersebut.
Calon dikehendaki menandai setiap penyataan antara 0-3. Setelah selesai menjawab, calon
dikendaki memindahkan markah kedalam borang jawapan mengikut nombor-nombor penyataan
/ item yang telah diberikan. Depression mewakili item 3, 5, 10, 13, 16, 17 dan 21. Manakala
Anxiety mewakili item 2, 4, 7, 9, 15, 19 dan 20. Stress pula mewakili item 1, 6, 8, 11, 12, 14 dan
18. Kemudian, calon dikehendaki untuk menjumlahkan item-item tersebut.
Interpretasi Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)
`Terdapat dua cara interpretasi DASS boleh dilakukan. Yang pertama penetapan wajaran
dibahagikan kepada 5 tahap wajaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk/akut dan sangat akut.
Yang kedua penetapan wajaran dibahagikan kepada tiga tahap wajaran iaitu simptopm ringan,
simptom sederhana dan imptom akut
1. Penetapan wajaran DASS (lima tahap wajaran)
Tahap Wajaran Depression Anxiety Stress
NORMAL 0-5 0-4 0-7
RINGAN 6-7 5-6 8-9
SEDERHANA 8-10 7-8 10-13
TERUK/AKUT 11-14 9-10 14-17
SANGAT AKUT 15+ 11+ 18+

Interpretasi Ringkas
NORMAL Kehidupan yang selesa
RINGAN Sihat
SEDERHANA Harus mencari pengetahuan mengenai pengurusan mental
TERUK/AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor untuk mengurus
kesihatan mental dengan lebih positif
SANGAT AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor serta merujuk kepada
psikiatris jika perlu.

2. Penetapan wajaran DASS (tiga tahap wajaran)





Stress
Simptom ringan (0-7) Mengalami simptom ringan dalam membangkitkan
situasi tidak relaks rasa gementar yang normal serta
permakanan yang biasa, rasa meradang yang tidak
berlarutan dan menunjukkan sedikit kurang kesabaran
Simptom Sederhana (8-14) Mengalami situasi kurang bertenang, gementar dan
berdebar-debar yang sederhana, kadang-kadang
meradang tidak tentu arah dan kurang bersabar serta
cepat bertindak yang agresif
Simptom Akut (15-21) Tidak tenteram dn mengalami gangguan emosi dan
pemikiran, debaran jantung yang kencang, berperasaan
marah dan kemungkinan agresif.



Anxiety
Simptom ringan (0-4) Perasaan bimbang yang tiba-tiba tetapi masih terkawal,
rasa ketegangan otot-otot dan mengalami pemikiran
bimbang terhadap sesuatu pengalaman lampau.
Simptom Sederhana (5-12) Perasaan risau dan takut datang secara tiba-tiba.
Regangan otot-otot yang sederhana serta keletihan.
Peristiwa dan pengalaman lalu yang
menakutkan/bimbangkan semakin terasa dan
memerlukan masa agak panjang untuk meredakannya.
Simptom Akut (13-21) Mempunyai simptom kemimbangan yang akut. Ada
kalanya wujud masalah kekejangan otot. Serta illusi
dan delusi mulai menganggu pemikiran dan emosi.






Depression
Simptom ringan (0-7) Simpton ringan terhadap emosi dan pemikiran yang
tiada tempat memohon belas, dysphoria (rasa sedih)
yang tiba-tiba , kurang berinteraksi, kurang melibatkan
diri , hilang rasa seronok (abhendonia) dan sendi-sendi
terasa lengai/kaku(inertia)
Simptom Sederhana (8-14) Pemikiran dan emosi mulai tidak seimbang tapi masih
terkawal. Dysphoria yang sederhana dan mungkin
menangis, kurang berinteraksi dan menyendiri
keseronokan yang terenggut dan badan terasa
lengai/kaku jika dilayani perasaan dan emosi sedih.
Simptom Akut (15-21) Simptom akut terhadap emosi sedih yang terlalu berat
untuk diluahkan. Memerlukan rawatan dan tindakan
susulan. Menyendiri dan psikosomatif yang hebat jika
tidak dirawat.




INVENTORI PENGURUSAN STRESS
Stress adalah tindakbalas fizikal, emosi, dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau
tuntutan. Inventori Pengurusan Stress mengandungi 24 item yang berkaitan dengan kehidupan
seharian. Calon dikehendaki menilai setakat mana item-item tersebut benar tetang diri calon.
Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap seseorang dalam mengurus atau menghadapi
masalah-masalah dalam kehidupan serta meihat adakah masalah-masalah tersebut boleh
menyebabkan stress dalam kehidupannya.
Skala pemarkahan yang digunakan dalam Inventori Pengurusan Stress ini adalah five-point
Likert-scale berdasarkan julat antara 1-5. Nombor 1 adalah bagi pernyataan yang menunjukkan
sangat tidak setuju. 2 mewakili pernyataan yang menunjukkan kurang setuju. 3 menujukkan
pernyataan yang neutral.4 mewakili pernyataan yang menunjukkan setuju dan 5 menunjukkan
pernyataan yangsangat setuju.

Pentadbiran Inventori Pengurusan Stress
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-
kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam
borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki
menanda satu skala sahaja bagi setiap pernyataan yang dirasakan paling benar tentang dirinya.
Kemudian, setelah selesai, calon dikehendaki mencampuur semua markah bagi item-item
tersebut berdasarkan skala pemarkahan yang diberikan.

Interpretasi Ringkas Inventori Pengurusan Stress
Skor Huraian
24 50 Melakukan dengan baik
Calon boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang
baik
51 75 Bagus sekiranya anda mencegah
Calon boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik
pengurusan stres yang berkesan
76 100 Calon bakal menghadapi stress
Calon perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan
mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres
101 120 Calon sedang menghadapi stress
Calon perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup. Calon juga
dimestikan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Jika perlu,
calon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti kaunselor.







SOAL SELIDIK GAYA KEPIMPINAN
Kepimpinan ialah satu kegiatan atau snei mempengaruhi orang lain agar mahu
bekerjasama yang didasarkan pada kemampuan ornag tersebut dalam mencapai tujuan-tujuan
yang diinginkan kelompok. Kepimpinan juga adalah kemampuan seseorang mempengaruhi dan
memotivasi orang lain untuk melakukan sesuatu sesuai tujuan bersama. Kepimpinan meliputi
proses mempengaruhi dalam menentukan tujuan organisasi, memotivasi perilaku pengikut untuk
mencapai tujuan, mempengaruhi untuk memperbaiki kelompok dan budayanya. Kepimpinan
adalah berdasarkan tiga teori utama iaitu teori sifat (traits theory of leadership), teori tingkahlaku
(behavioural theory) dan teori kontigensi (contingency theory).
Teori sifat menerangkan bahawa manusia mewarisi sifat-sifat tertentu iaitu sebagai
pemimpin dalam menjalankan fungsi kepimpinan. Teori tingkahlaku pula menerangkan
bagaimana sikap kepimpinan itu harus dan boleh dibentuk dan dididik. Manakala, teori
kontigensi pula memfokuskan kepada gaya kepimpinan yang paling sesuai untuk situasi tertentu.
Teori ini juga turut merumuskan bahawa tiada gaya kepimpinan yang terbaik dalam segala
situasi.
Soal selidik Gaya Kepimpinan ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepimpinan
seseorang individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil sifat-sifat kepimpinan dalam
diri seseorang serta kecekapannya untuk memimpin. Soal selidik ini juga bertujuan untuk
menerapkan kebolehan meneraju, merancang, menggerak, dan mempengaruhi seseorang ke arah
kebaikan dan positif serta menggalakkan individu melaksanakan sesuatu dengan berlandaskan
visi yang jelas serta mempertimbangkan segala risiko. Inventori Kepimpinan Informasi ini
mengandungi 90 item yang mewakili 9 konstruk utama tantang gaya kepimpianan iaitu Strategic
Leadership (STR), Tranformational Leadership (TRN), Visisoner Leadership (VIS),
Charismatic Leadership (CHR), Empathy Leadership (EMP), Moral Leadership (MRL),
Services Leadership (SVR), Enterprising Leadership (ENT), dan Innovative Leadership (INO).
Setiap konstruk mempunyai 10 iteam. Soal selidik mengandungi dua pilihan jawapan sahaja iaitu
Ya atau Tidak sahaja.

Pentadbiran Soal Selidik Gaya Kepimpinan
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-
kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam
borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki
memilih satu jawapan sahaja samada Ya atau Tidak sahaja. Kemudian calon dikehendaki
mengira bilangan yang bertanda Ya sahaja dan mengisi jumlah tersebut menhikut kategori
yang telah disediakan di dalam borang jawapan. Kemudian calon dikehendaki mengira peratusan
(%) setiap kategori. Formulanya adalah :

Ya


Sebagai contoh:
% =


= 70%
Kemudian, calon dikehendaki membina garaf mengikut peratusan setiap kategori.



Intepretasi Soal-selidik Gaya Kepimpinan
Bagi interpretasi gaya kepimpinan, calon boleh melihat gaya kepimpinan mana yang mempunyai
peratus yang paling tinggi dan itu menunjukkan gaya kepimpinan yang paling dominan kepada
dirinya. Interpretasi ini dapat dibahagikan kepada 3 skala pemarhan utama iaitu 1-40%
merupakan tahap rendah, 41-70% merupakan tahap pembangunan dan 71-100% merupakan
tahap cemerlang.

Bil. Gaya Kepimpinan Huraian
1. Strategik Leadership (STR)
- Focus decision maker
- Bijak merancang masa depan
- Bersifat Proaktif dan pragmatik
- Fokus kepada kaedah sinergi
- Tekun dalam berusaha tetapi mudah sensitif
- Terkadang ingin menjadi perfect dan sempurna
2. Tranformational Leadership
(TRN)
- Developmental decision
maker
- Berupaya mengubah secara drastik
- Tumpuan kepada the whole
- Fokus kepada penampilan bakat
- Optimis dan yakin diri
3. Visioner Leadership (VIS) - Berfikiran terbuka dan bebas
- Logical decision maker - Idea dan jangka panjang yang luas
- Sanggup menghadapi risiko
- Orientasi masa depan
- Persekitaran dan peluang unsur perubahan yang
utama.
4. Charismatic Leadership (CHR)
- Supportive coach
- Wibawa/watak pemimpin semulajadi
- Berupaya mengolah corak kepimpinan
- Mempunyai kuasa mutlak dan berpengaruh
- Energetic dan berdaya juang
- Orientasi Here and Now
- Fikiran yang beragenda
5. Emphaty Leadership (EMP)
- Adaptable problem solvers
- Emosi , fikiran dan tindakan yang tenang
- Orientasi budi bicara, boleh dibawa berbincang.
- Berperikemanusiaan
- Mengharap sokongan untuk bertindak
- Fleksibel dalam membuat keputusan
- Fokus kepada kebajikan dan nilai
6. Moral Leadership (MRL)
- Value base decision maker
- Pemikiran dan tindakan melambangkan
nilai/kualiti individu
- Orientasi kepada integriti
- Menjaga imej dan penampilan
- Sering memikirkan orang lain / orang yang
dipimpin
- Sebagai model / suri teladan
7. Service Leadership (SVR)
- Management setting
- Pemikiran dan tindakan berasaskan kepentingan
/ bidang tugas
- Rigid dengan prosedur dan rutin
- Pemantauan dan follow-up senjata kejayaan
- Berupaya memisahkan kepentingan peribadi
dengan kepimpinan
- Orientasi akur perintah dan arahan
- Fokus kepada disiplin dan tatatertib
- Utamakan hasil
8. Enterprising Leadership (ENT) - Tindakan berasaskan kepentingan dan manfaat
diri dan orang lain
- Fokus kepada sesuatu
- Hasil dan produk diutamakan
- Memerlukan sokongan dan dorongan orang lain
- Mudah dipengaruhi oleh situasi yang memberi
faedah kepada diri
- Berupaya memenuhi kehendak orang yang
dipimpinnya
9. Innovative Leadership (INO)
- Creativity maker
- Tindakan yang tersusun dan berperancangan
- Orientasikan kepada sesuatu yang baru
- Berupaya mencetuskan idea dan pemikiran yang
berbeza
- Kritikal dan prihatin
- Energetik dan selalu bersemangat
- Jati diri yang tinggi
- Pengalaman merupakan kunci kejayaan

INVENTORI PERSONALITI PLUS
Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada
Florence Littauers Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself.
Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori
Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil
keupayaan strengths profile dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan weaknesses
profil. Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personality
iaitu choleric, melancholy, sanguine dan phlegmatic.
Pentadbiran InventoriPersonaliti Plus
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10
hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi
dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu
menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya
dan bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan
spontan adalah jawapan yang terbaik.
Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang
menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti
perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan
diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab
dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut.
Kemudian, calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari
Profil Personaliti kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan
bahawa susunan perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama.
Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah
jawapan bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua
kekuatan dan kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah
yang paling tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan
melihat markah kedua tertinggi.
Interpretasi Inventori Personaliti Plus
1. Popular Sanguine
Popular Sanguine (Burung
Merak)
Unsur alam: tanah
Maksud :bermuka merah
Motto Fun, Fun, Fun
Kerjaya Jurujual, hiburan, public speaking
Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan
perhatian
Sifat: ekstrovert, peramah,
optimis
Kata Kunci: Fun, Excitement
Kekuatan Promoters, enthusiastic, creative, high
energy, sentiasa bersedia
Kekurangan Pelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak
menentu, mudah ubah fikiran
Pakaian Stylish, flamboyant, coloutrful
Perkara yang
tidak disukai
Tidak dapat bergembira, facts and figures,
bersendirian
Realiti Pergi kursus sorang-sorang, balik
kursus 5 orang;
Suka hadiah walaupun kecil tetapi
sangat gembira, sebulan tak habis
cerita;
Spontan boleh gantikan pengacara
majlis walaupun short notice;
Pelupa lupa park kereta, lupa letak
pen-drive ; banyak buang masa
mencari;
Mudah ubah fikiran- pagi lain,
petang lain.

2. Perfect Melancholic
Perfect Melancholic (Burung Motto Lets get the facts and figures
Hantu)
Unsur alam: angin
Maksud :sayu, murung, hiba,
sugul yang sempurna
Sifat: introvert, pemikir,
pesimis
Kata Kunci: why, graphs,
charts, research

Kerjaya Accountant, engineer, research
Suara Soft & polite
Kekuatan Organized, planners, accurate, persistent,
follow through, romantic, loyalty
Kekurangan Over analytical, hard to please, lonely, suka
merajuk
Pakaian Formal, conservative
Perkara yang
tidak disukai
Pushy people, no facts, being late
Realiti Sidai baju teratur, ikut sistem;
mula yang besar dahulu baru , baru
sidai yang kecil-kecil;
Lipat baju pun sama, lipat kain
dulu, kemudian baju, seluar, seluar
dalam, akhirnya nasi lemak kat atas
sekali; jadi piramid.
Cara picit ubat gigi kena picit di
bawah dulu, mesti ikut peraturan.
Menonton filem - beremosi, nangis
dulu sebelum pelakonnya menangis.

3. Powerful Choleric
Pwerful Choleric (Burung
Helang)
Unsur alam: api
Maksud :cepat marah, lekas
meradang, sangat kuat,
berkuasa
Sifat: ekstrovert, pelaksana,
optimis
Kata Kunci: money, power,
control, to the point, gila
kerja
Motto Gets out of my way
Kerjaya CEO, attorney, airline pilot
Suara Forceful with volume
Kekuatan Focused, goal oriented, intense, berdikari,
bakat kepimpinan
Kekurangan Ego, domineering, unteachable, impatient,
short tempered, tiada tolernsi, kurang
fleksibel
Pakaian Dress for success
Perkara yang
tidak disukai
Indecision, chit-chat, losing control

4. Peaceful Phlegmatic
Peaceful phlegmatic (Burung
Merpati)
Unsur alam: air
Maksud :air yang tenang dan
dingin, dingin kepala,
berdarah dingin
Sifat: introvert, pemerhati,
pesimis
Kata Kunci: team, together,
Motto Lets be friends
Kerjaya Teacher, nurse, counselor
Suara Soft and gentle
Kekuatan Dependable, team player, patient,
supportive, nurturing, calm, good listener
Kekurangan Over sensitive, followers, not goal oriented
Pakaian Casual and comfortable
Perkara yang
tidak disukai
Pushy people, bullies, conflict
relationship, family



EMOTIONAL QUOTIENT

Emotional Quotient (EQ) diperkenalkan oleh Peter Salovey dan John D. Mayer pada
tahun 1990. Mayer (197) dalam bukunya Emotional Development and Emotional Intelligence
mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk menakul emosi yag terbahagi kepada
empat perkara iaitu mempersepsi emosi; menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami
emosidan mengurus emosi. Menurut Goleman, kecerdasan emsosi merujuk kepada keupayaan
seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai
motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan dengan
mesra dan baik.
Emotional Quotient (EQ) adalah bertujuan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi serta
mengenal pasti emosi diri sendiri. Didalam EQ, terdapat lima domain utama yang diberi
perhatian. Domain-domain tersebut ialah Self Awareness (menyedari emosi kendiri), Self
Regulation (mengawal emosi kendiri), Self Motivation (motivasi kendiri), Emphaty (empati) dan
Social Skill (kemahiran sosial).
Ujian Emotional Quotient ini mengandungi 50 item dan 5 konstruk utama iaitu kesedaran
kendiri, pengurusan masa, motivasi diri, empati dan hubungan interpersonal. Ujian ini didatangi
dengan 3 pilihan jawapan iaitu Ya, Adakalanya, dan Tidak.



Pentadbiran Ujian Emotional Quotient
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap
dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah
mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah
disediakan di dalam borang soalan. Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang
telah diberikan. Skala markat tersebut adalah YA:2, ADAKALANYA:1, dan TIDAK:0. Setiap
jawapan hendaklah dimasukkan markat skala. Sebagai contoh; Saya boleh mengawal perasaan
marah saya dalam sebarang situasi: Ya maka dimasukkan (2).
Untuk pengiraan markah, calon dikehendaki mengira markah bagi item yang bertanda
yadan adakalanya sahaja. Kiraan markah hendaklah dicampur mengikut lajur dari atas ke
bawah seperti yang terdapat didalam boring jawapan.
Interpretasi Ujian Emotional Quotient
Skala pemarkahan bagi Emotional Quotient adalah seperti berikut
Skor Jumlah Tahap
0 5 Rendah
6 15 Sederhana
16 20 Tinggi




Berikut merupakan interpretasi bagi 5 konstruk utama yang terdapat dalam emotional quotient:
Konstruk Huraian
1. Kesedaran Kendiri - Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang
mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman
mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya.
- Goleman (1999): Mempunyai penilaian yang realistik
tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh.
- Weisenger (1998): kesedaran kendiri ialah kebolehan
memantau diri, menguasai tindakan dan tindak balas
kearah sesuatu matlamat.
2. Pengurusan Emosi - Mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya
mengganggu dalam menyelesaikan tugasan.
- Berhemah dan menangguhkan sementara perasaan untuk
memuaskan hati dalam mengejar matlamat, dan cepat
pulih daripada tekanan emosi (Goleman 1999).
- Weisenger (1998): kawalan kendiri ialah memahami
emosi terbabit dan menggunakan emosi tadi secara positif
untuk mengawal keadaan.
3. Motivasi Diri - Adalah dengan menggunakan kehendak utama hati dalam
menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai
tujuan.
- Membantu dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-
sungguh untuk memperbaiki diri, dan tetap tabah apabila
menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999).
- Menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai
sesuatu matlamat atau menyelesaikan sesuatu tugasan,
projek dan lain-lain.
4. Empati - Boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau
memahami sudut pandangan orang lain.
- Boleh mencetus dan menyuburkan kemesraan dan
keserasian dengan individu yang pelbagai latarbelakang
(Goleman 1999).
- Melihat sesuatu daripada sudut pandangan seseorang,
memahami paradigma mereka dan juga memahami
perasaan mereka sepenuhnya secara emosional dan juga
intelektual.
5. Perhubungan - Dapat mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam
Interpersonal perhubungan.
- Mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
matlamatnya serta mahir memujuk dan memimpin
- Berunding dan menyelesaikan konflik untuk mewujudkan
kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).


MULTIPLE INTELLIGENCE TEST / UJIAN KECERDASAN PELBAGAI
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983)
menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences):
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara
semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-
ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa
setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah
dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain.
Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah
atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh
dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Bagi inventori kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) ini mengandungi 50 item yang disertai
dengan jawapan berasaskan Likert-scale berdasarkan julat 1-5. Kesemua item-item ini diwakili
oleh 10 konstruk yang berbeza iaitu verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, logik-
matematik, visual-ruang, kinestatik, musik, naturalis, moral, dan spiritual. Setiap konstruk
mewakili 5 item. Pilihan jawapan bagi ujian kecerdasan pelbagai ini mempunyai 5 pilihan
jawapan iaitu 1. Tidak pernah; 2. Sekali-sekala; 3. Kadang-kadang; 4. Sering kali; dan 5. Setiap
kali.
Pentadbiran Multiple Intelligence Test
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10
hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi
dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang telah diberikan. Skala markat
tersebut adalah TIDAK PERNAH:1, SEKALI-SEKALA:2, KADANG-KADANG:3, SERING
KALI:4, dan SETIAP KALI:5. Kemudian, calon dikehendaki memindahkan markah kedalam
jawapan mengikut nombor item yang telah ditetapkan. Kesemua markah hendaklah dicampur
mengikut kategori seperti yang terdapt didalam borang jawapan. Seterusnya, calon dikehendaki
mengenalpasti tiga kategori kecerdasan yang mendapat markah yang paling tinggi.

Interpretasi multiple Intelligence Test
Jenis Kecerdasan Sifat Diri Kerjaya yang Sesuai
Verbal Linguistik

- Suka membaca, menulis dan bercerita
- Penggunaan tatabahasa yang baik
*Guru
*Pemberita
- Mencipta puisi dan cerita
- Bermain dengan kata-kata, teka-teki
dan berpuisi
- bertutur dan menulis dengan bahasa
yang baik
*Peguam
*Penceramah
*Pegawai perhubungan
*Jurujual
*Perunding
Interpersonal/
Sosial Emosi
- Suka berkawan
- Bekerjasama dalam kumpulan
- Memahami dan memotivasikan orang
lain
- peka terhadap orang lain dan mampu
berinteraksi secara berkesan
- Keprihatinan terhadap keperluan orang
lain
*Guru
*Jurulatih
*Fasilitator
*Mentor
*Kaunselor
*Ahli politik
*Ketua masyarakat
*Jurujual
*Pekerja sukarela
Intrapersonal - Tahu kekuatan & kelemahan diri
- menggunakan pengetahuan sebagai
panduan membuat keputusan &
menetapkan matlamat
- mampu mengawal perasaan sendiri
- belajar melalui pemerhatian &
mendengar dengan teliti
- menggunakan pemikiran
metakognisis
*Ahli Psikologi
*Ahli Falsafah
*Novelis
*kaunselor
*guru
Logik-Matematik - menangani masalah secara logik
- mengenal & menyelesaikan masalah
yang memerlukan penakulan
- suka bekerja dengan nombor &
menganalisi situasi
- menunjukan ketepatan dalam
menyelesaikan masalah
*ahli matematik
*akauntan
*juruwang
*jurutera
*ahli fizik
*pengurus bank
*doctor
Visual-Ruang - Berfikir dalam 3 dimensi, peka
berkaitan objek dalam ruang
- Baca peta
- Suka terhadap susunan gambar
(jigsaw puzzle/teka kata)
- Lukis /warna lukisan 3-D
* Arkitek
* Pereka grafik
* Perancang Bandar
* Hiasan dalaman
* Kartunis

Muzikal - Peka kepada bunyi bukan hanya lisan
tetapi termasuk melodi dan nada rima
- D engar dan bermain muzik
- Menyanyi dan menari
- Boleh bekerja sambil mendengar lagu
- Mengubah lagu
- Pengubah lagu
- Penyanyi
- Penerbit
- Penari
- Konduktor
- Guru muzik
Naturalis - Mudah melihat perkaitan pola dalam
alam tumbuhan dan haiwan. Peka
terhadap alam sekitar
- Menghargai dan meminati alam
- Petani
- Pendaki gunung
- Permal cuaca
- Ahli ekologi
sekitar
- Suka Mermerhati
- Ahli zoology
- Nelayan
Kinestatik - Berkomunikasi dengan gerak badan
yang sesuai bagi menyampaikan mesej
secara berkesan.
- Berminat dengan aktiviti sukan dan
fizikal yang cergas
- Guna bahasa badan
- Suka menari dan berlakon
- Ahli sukan
- Penari
- Mekanik
Moral dan Etika - Pengamal disiplin diri yang patuh
kepada undang-undang.
- Sering menegakkan kebenaran dan
keadilan serta jujur
- Menunjukkan komitmen terhadap isu-
isu moral
- Berani menegakkan kebenaran dan
keadilan
- Jujur, yakin, dan mempunyai integrity
diri yang tinggi
- Peguam
- Pemimpin agama
- Ahli falsafah
- Pakar undang-undang
- Kaunselor
- Guru agama dan
moral
Spiritual - Sentiasa mencari kebenaran dan erti
kehidupan.keupayaan menghubungkan
manusia dengan pencipta dan mampu
menghubungkaitkan jasad dan roh
- Ahli falsafah
- Ulama
- Pendakwah
- Memahami kewujudan tuhan.
- Mencari hubungan manusia dan tuhan.
- Mencari keseimbangan antara fikiran,
jasad, roh @ semangat dan
persekitaran.




Penerangan yang lebih jelas tentang lapan jenis kecerdasan adlah seperti berikut:
1. Verbal-
Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna
perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh
berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap
pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk
merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan
ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui
pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita,
penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik.

2. Logik-
Matematik


Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat
perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan,
boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah
berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini
menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli
matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak
dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana
pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang
nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah
penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.
Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara
komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang
tinggi.

3. Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan
ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh
membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka
juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan
warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan
gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek
kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera,
pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai
kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

4. Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan
untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang
yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek
dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar.
Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan
serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka
berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi,
permainan, main peranan dan membina model. Pelakon,
pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta
mempunyai kecerdasan kinestetik.
5. Muzik


Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran
mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang
mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif
kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang
mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada
yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap
bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan
muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan
suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan
muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor
muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

6. Interpersonal



Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh
bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau
tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan
ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan
sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran
interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa
membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid
yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih
berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan
sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah
pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor,
doktor, jururawat dan pekerja sosial.

7. Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,
hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri
sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal
perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai
keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri,
mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh
berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan
mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih
suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen
pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.
Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah
penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

8. Naturalis


Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-
tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput
rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar
yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan..
Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih
berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi,
petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung,
ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis
yang tinggi.







PROFIL PERSONALITI TAJMA (PPT-R)

Profil Personaliti TAJMA (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina
untuk mengukurdimensi personaliti seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 tret
personaliti diri yang diukur menerusi 83 item. Profil personaliti ini telah diperkenalkan oleh
Mohd. Tajudin Ninggal. Skala pemarkahan profil ini adalah berdasarkan Likert-scale yang
didatangkan dengan 3 pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar.

Pentadbiran Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 15
hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi
dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Berdasarkan tiga pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar,
calon dikehendaki menanda hanya satu jawapan yang pertama sekali terlintas di fikiran selepas
membaca pernyataan tersebut. Bagi pemarkahan, calon dikehendaki mengisi markah/nilai bagi
setiap item di borang jawapan yang telah disediakan. Nilai bagi setiap jawapan adalah seperti
berikut;


Skala Nilai
A Sangat Benar 2
B Benar 1
C Tidak Benar 0

Kemudian, calon dikehendaki mencampur semua nilai yang diberikan mengikut kategori
seperti yang telah disediakan didalam borang jawapan.

Interpretasi Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)










INVENTORI TAHAP STRESS
Inventori Tahap Stress ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap stress yang dialami
oleh seseorang individu. Inventori ini juga diguna untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi
tentang stress yang dialami serta adakah individu tersebut boleh mengawal stress tersebut atau
tidak. Inventori ini terdapat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Inventori Tahap Stress ini terdiri daripada 20 item yang diwakili oleh 4 konstruk utama
iaitu Stress Master, Stress Expert, Stress Novice dan Stress Out. Skala pemarkahan bagi inventori
ini pula adalah menggunakan kaedah Likert-scale berdasarkan julat markah antara 1-5. 1
mewakili jawapan Kerap, 2 untuk Selalu, 3 untuk Kadang-kadang, 4 pula untuk Jarang-jarang
dan 5 untuk Tidak Pernah.
Pentadbiran Inventori Tahap Stress
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap
dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah
mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah
disediakan di dalam borang soalan.
Calon dikehendaki mengisi markah antara 1 hingga 5 yang menggambarkan situasi
berkenaan bertepatan dengan apa yang dialami calon didalam kotak yang telah disediakan.
Kemudian, calon dikehendaki mencampur kesemua markah bagi 20 item tersebut. Tahap stress
boleh dikenalpasti berdasarkan jadual berikut.


Markah Tahap Stress
20 35 Stress Master
36 49 Stress Expert
50 75 Stress Novice
76 100 Stressed Out

Interpretasi Inventori Tahap Stress
Stress Master Individu yang berada pada tahap ini merupakan seorang yang pandai dan
tahu bagaimana untuk berhadapan dengan stress. Dia juga boleh menguasai
teknik mengatasi stres dengan baik.
Stress Expert Individu yang berada pada tahap ini tahu bagaimana untuk mengatasi
stress. Tetapi, kadang kala, dia juga tetap mengalami stress atas beberapa
perkara. Walaubagimanapun, stress tersebut tidak mengganggu
kehidupannya.
Stress Novice Individu yang berada pada tahap stress novice masih mampu mengawal
stress namun hanya sebentar.
Stressed Out Individu yang berada pada tahap ini telah mengalami stress yang agak
kritikal. Individu ini langsung tidak tahu bagaimana untuk mengatasi stress
dan stress ini juga mengganggu kehidupannya.