Anda di halaman 1dari 1

RPH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3

Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan


Tahun : 3 Pintar, 3 Nurani
Tarikh : 2 Januari 2013 (Rabu)
Masa : 2.30-3.00(3P), 4.20-4.50(3N)
Tema : Hargailah kesihatan
Topik : Kenali anggota seksual
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.1, 1.1.2
Bahan Bantu Mengajar:
EMK : Kreativiti dan nilai murni
OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;
1. Menyatakan kesemua anggota yang berkaitan dengan seksual
2. Menyatakan 3 kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual
3. Menyatakan 3 langkah menjaga kebersihan anggota seksual

Aktiviti:
Langkah 1- Murid dan guru bercerita pengalaman tentang bayi berkaitan anggota kelamin. Sesi
soal-jawab secara lisan
Langkah 2- murid memerhatikan gambar yang dilukis oleh guru dan menanyakan pemahaman
mereka mengenai anggota seksual.
Langkah 3- murid membincangkan kepentingan dan langkah-langkah menjaga kebersihan
anggota seksual dengan bantuan guru.
Langkah 4- murid menulis nota didalam buku tulis.
Langkah 5- murid dinilai berdasarkan soal-jawab secara lisan dan buku tulis. Murid membuat
imbasan semula tentang topik hari ini.

REFLEKSI:
Pengajaran dan pembelajaran murid tidak dapat mencapai objektif sepenuhnya kerana murid
masih belum mendapat buku teks Pendidikan Kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai