Anda di halaman 1dari 1

Karangan Contoh

Pada cuti sekolah yang lepas,saya bersama-sama dengan keluarga saya


pergi berkelah di Huta Liput Lata Rek, Kelantan.

Jaraknya perjalanan ke tapak perkelahan kira-kira 30 minit daripada Bandar
Kuala Krai, Kelantan dengan menaiki kereta dari rumah kami.Sebaik sahaja
sampai,orang sudah ramai berada di sana.Kebetulan pada hari tersebut ialah cuti
sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara kali yang ke 54 tahun.

Kenderaan pula tidak diletakkan secara teratur.Agak lama juga ayah mencari
tempat sesuai untuk meletak kereta,akhirnya baru terjumpa suatu lokasi yang
selesa di bawah sebatang pohon yang rendang.

Hatiku melonjak-lonjak hendak terjun ke dalam takungan air pada longgokan
batu-batan.Tetapi ibu menegah bimbang akan keselamatan saya serta meminta
saya ditemankan oleh ayah.Oleh hal yang demikian,saya tidak jadi berenang
renang dalam air yang sejuk dan menyegarkan itu.

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Apabila ayah sudah siap
mengemaskan barang-barang yang kami bawa,dia pun mengajak kami turun
sama ke dalam air.'Jangan pergi jauh ke depan.Kalau terjadi sesuatu nanti,ayah
juga yang susah,'nasihat ayah sambil membawa adik kecil kami bermain air.

Tiba-tiba,suasana menjadi kecoh.Seorang kanak-kanak lelaki berumur kira-
kira 9 tahun menjerit-jerit meminta pertolongan.Tanpa berlengah lagi,saya terus
berenang ke arah budak tadi dan menariknya ke tepian kolam air.Ia tercungap-
cungap menarik nafas.Beberapa minit kemudian,dia pun sedarkan diri.Ibunya
yang sejak tadi tercari-cari akan anaknya segeradatang menghampiri , saya
lalu mengucapkan terima kasih kepada saya sekeluarga.

Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa berkelah bersama-
sama keluarga pada cuti yang lepas.Ingatan dapat menyelamatkan seorang
kanak-kanak daripada mati lemas tempoh hari masih segar dalam benak saya
hingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai