Anda di halaman 1dari 74

42 PANDUAN CARA BUAT WANG

MS SURIA MARKETING ANDA MAMPU MENGUBANYA

42 PANDUAN CARA BUAT WANG

(No1)
5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan

1.Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda
lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu
kejayaan atau kegagalan seseorang.

Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu
lakukan, jika anda mahukan kejayaan.

Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja ˘ apa juga yang anda buat,
anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi
seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda
bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan
berkata kepada diri anda sendiri ˆ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang
aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini˜.

Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap
itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.

Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda
untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas
meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis ˆSIKAP˜. Apabila
anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah
berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran
positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.

Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih
mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga
pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan ˆSaya mahu
menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka
!˜. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

2. Ambil tindakan
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea
bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang
hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka
beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.

Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu
membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu
mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah
lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya ˘ BUAT SAHAJA.

Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea
bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut.
Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90%
daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan,
anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan

Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu
diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa ˆ belajar pandai-pandai dan dapatkan
1
kerja yang baik˜. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita
disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!

80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes
sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan
kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan
risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang
saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan
menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan


Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu
dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang
penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda
yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika
terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea ˘ tuliskan.


Jika anda mempunyai masalah ˘ tuliskan.

Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh
berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat
diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda
pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian


Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti
mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk
mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai
orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata ˆimpian aku ialah
untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun˜ tetapi apabila anda tanyakan bagaimana
untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang,
kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka
pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan
seminggu.

Saya harap 5 strategi diatas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan
cepat.
(No2)
100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh
semua orang . anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda
seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya
anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan komitmen yang
bersungguh-dungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada
orang yang berada disekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik
yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu
memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi
sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan
kegagalan sentiasa bermain difikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu
bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu
memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan
anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat
2
perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh
usaha anda . sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan
gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amata mustahil bagi
kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati juga
merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ` guru ´ yang amat bernilai
kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa
membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tida gunanya
usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu
penting didalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian


besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan
memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali.
Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan
dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer
perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor talipon bagi memudahkan
mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks,
komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di
mana anda boleh menjalankan perniagaan anda secara meluas tanpa sempadan.

Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi
meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga
merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang
agak murah . kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh
dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus
, surat menyurat, talipon, faks, email, internet dan sebagainya.

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh
memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak
mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang
melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.

Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan
lebih cepat lagi. salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta
tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail
order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. di bawah ini disenaraikan
sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah
anda.

Juru runding perniagaan


Perkhidmatan simpan kira
Syarikat ( akaun )
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle
( kitar semula )
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
3
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman /
Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan/jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru tari
Guru kompang
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan
Guru sulaman/mengait
Guru musik
Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab talipon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Multi level marketing
Jualan secara parti dirumah
Menjual melalui talipon
Perkhidmatan talipon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Menyewakan peralatan musik
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang , lencana
Menjual cenderahati
4
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan perliharaan
Melukis pelan rumah/bangunan
Menulis buku/menulis skrip drama
Menulis novel / cerita seram / remaja
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas.
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Komedi
Penterjemah
Proofreading
Editor

(No3)
BAGAIMANA 100,000 ORANG BOLEH MEMBERI RM10 KEPADA ANDA

Tidak! Ianya bukan seperti yang anda fikirkan. Walaupun tajuknya agak
kontroversi, ianya sebenarnya adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan.

ANDA BOLEH MENDAPAT WANG DENGAN MEMBERI DISKET KOMPUTER SECARA PERCUMA

Dalam file ebook-Rahsia Dan Petua Kejayaan ini terdapat pelbagai tajuk bisnes.
Oleh itu apa yang anda perlu lakukan ialah membuat salinan 25 laporan yang anda
rasa paling terbaik dan save kan kedalam satu disket.

RM10 DISKET PERCUMA!!

Jika satu laporan berharga RM10, jadi 25 laporan ialah RM250! Ini bermakna anda
boleh menjual satu disket pada harga RM100 jika anda mahu. Walaupun begitu
terdapat satu cara yang lebih bagus dan lebih menguntungkan. Cara paling cepat
untuk mendapatkan wang ialah dengan memberikan disket tersebut secara percuma!!!

TEMPAH IKLAN

Cara untuk mencari mereka yang berminat ialah dengan menempah iklan
diakhbar-akhbar yang terkemuka. Tempah iklan yang ditulis begini:

PERCUMA 25 CARA BUAT DUIT DARI RUMAH!


MUDAH DAN MENGUNTUNGKAN! TANPA MODAL!
UNTUK DISKET PERCUMA POSKAN RM10 UNTUK
KOS PENGHANTARAN KEPADA : ALAMAT ANDA

MENDAPAT TEMPAHAN

Apabila anda mendapat tempahan, anda hanya perlu membuat salinan disket tersebut
dan maklumat ini dan poskan kepada mereka. Dengan disket berharga RM1 dan kos
penghantaran 50 sen, keuntungan anda ialah RM8.50!!
5
Oleh kerana ianya percuma, ramai yang akan menjawab iklan anda. Simpan nama dan
alamat mereka untuk kegunaan program-program anda yang lain.

Teruskan menempah iklan sehingga pesanan anda mencecah 100,000 atau RM1 juta
dibank!
Ianya mungkin mengambil masa tetapi tidak mustahil!!

(No4) BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH,


BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak
kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer
telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya
setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk
kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh
menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan
komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan
berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh menafaatkan computer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara
halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti
dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak
seperti memperlajari perkara lain.

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi
bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami
telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap
bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada
kami.

Komputer anda mungkin akan menjadi ˆlombong emas˜ kepada anda selepas ini. Jika
selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar
ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai
maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu
dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan
dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini
disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer
anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara
berperingkat ˘ peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan
lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga
beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang
diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu
peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda
dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang
melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara
sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk
melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi
pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.
Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui
komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang
diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan
6
berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)

Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw,
Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan
mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka
bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh
menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan
ˆbagaimana untuk melakukan sesuatu˜, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli,
menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk
pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada
dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli
belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda
boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan
perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada
komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui
akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda.
Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web
dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)

Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor
talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat
syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui
cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan
melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada
pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian,
mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun
dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui
pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda


boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian
talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak
diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika
pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang
mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian
bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan
lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga
RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil
sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda
sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di
kaunter-kaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih
penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan
yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan
semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga
boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu
mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10
atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH

Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka
7
anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer
dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai
pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit
pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda
boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada
komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari
perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti
penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN ˆBAGAIMANA UNTUK˜

Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan
setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan
kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang
melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini
tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau
tajuk.

Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis
tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk
menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada
mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan
ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika
anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu
didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam
mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda
sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun
menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui
cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga
melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya.
Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

(No5)
Bagaimana ˆMencetak Wang˜ Secara Sah!

Terdapat satu jenis produk yang merupakan produk paling sempurna untuk pemasaran
terus atau gayapos. Anda sungguh bertuah kerana anda boleh belajar membuat
produk yang murah, mudah dan dikawal dengan mudah!

Cetak wang anda setiap hari

Seperti yang anda ketahui, mencetak wang ringgit palsu merupakan satu kesalahan
yang besar. Anda boleh disumbatkan kedalam penjara jika didapati bersalah
melakukan jenayah ini. Hanya kerajaan sahaja yang dibenarkan mencetak wang
sebanyak mana yang mereka mahu.

Walau bagaimana pun, anda boleh membuat sebaliknya, secara sah: Menukarkan
kertas biasa kepada produk maklumat yang boleh dijual. Apakah dia produk
maklumat? Ianya adalah buku, manual, laporan kecil seperti ini dan sebagainya.
Atau juga video, kaset, disket atau CD bermaklumat. Atau kaset rakaman yang
orang boleh dengar tanpa memerlukan kos pengeluaran yang tinggi.

Apa yang anda perlukan untuk menceburkan diri dalam bisnes ini ialah maklumat
yang diperlukan oleh orang dan satu cara supaya orang lain boleh mendapatkannya,
8
contohnya kertas fotostat. Hari ini, komputer peribadi dapat memudahkan lagi
tugas anda untuk menyediakan produk maklumat ini, tetapi anda juga boleh
menggunakan mesin taip lama untuk menyediakan produk tersebut.

Anda jangan terkejut jika saya katakan produk maklumat adalah satu bisnes yang
cukup menguntungkan. Pasaran untuk produk ini cukup luas dan oleh kerana skopnya
begitu luas anda mempunyai pesaing yang kurang. Jadi peluang untuk anda berjaya
dalam bisnes ini adalah cukup cerah.

Kebanyakan produk ini berkisar tentang hobi dan minat dimasa lapang. Contohnya,
Patti Carlson berjuta dollar melalui bukunya yang bertajuk ˆBagaimana Bermain
Piano Dengan Senang˜ yang dijualnya melalui televisen di Amerika Syarikat.
Baru-baru ini pula, Robert Laughlin menjual satu kursus belajar dirumah
bertajuk ˆ Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan Anda Dengan Piano- Hanya 3 Jam. Atau
ˆ100 Resepi Lazat Hawai Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah˜ adalah satu buku kecil
yang diiklankan dan dijual melalui iklan kecil di majalah wanita dan tabloid.

Produk maklumat juga menjadi tarikan dalam bisnes dan pekerjaan. Joe Sabah
berjaya menjual ribuan bukunya yang bertajuk ˆBagaimana Mendapat Kerja Yang Anda
Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda˜ dengan menjadi tetamu dalam siaran radio. Ia
juga merangkumi topik seperti kesihatan dan senaman, perlindungan diri dan
keluarga, pelancongan, kecantikan dan fesyen.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

Topik yang perlu anda tulis mestilah sesuatu yang anda tahu atau mempunyai
pengalaman tentangnya. Jika tidak anda boleh membuat kajian mengenai topik yang
anda rasakan mempunyai potensi untuk dijual.

John Smith merupakan seorang penceramah professional yang mempunyai pengalaman


dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan jualan. Beliau juga mengetahui bagaimana
untuk mendapat tempahan yang banyak daripada orang ramai. Dengan pengalaman yang
ada ini, beliau menulis 4 mukasurat laporan istimewa dalam beberapa topik yang
dikhususkan untuk penceramah-penceramah;

Bagaimana Mencari Pasaran Baru Untuk Bisnes Ceramah Anda


Bagaimana Menulis Surat Ringkas Supaya Organisasi Menelefon Anda Dengan Segera
Bagaimana Menggandakan Pendapatan Anda Dengan Menjual Produk Ceramah
17 Kesalahan Besar Dilakukan Penceramah Keatas Brosur Dan Kaset Demo

Bukan itu sahaja tetapi terdapat lebih kurang 20 topik yang beliau boleh tulis
daripada subjek CERAMAH sahaja! Laporan ini beliau jual dengan harga dari $3
hingga $15 setiap satu. Setiap satu hanya bebrapa mukasurat dan tidak lebih
daripada 10 mukasurat sahaja. Beliau juga menjalankan percetakan atas
permintaan; bermakna beliau tidak mencetak dengan banyak atau membuat simpanan
stok. Beliau menyimpan salinan asli disatu fail dan, apabila ada pesanan keatas
sesuatu topik, pergi fotostat dikedai fotostat yang berdekatan, masukan kedalam
sampul surat dan poskan sahaja. Melalui bisnes kecil ini sahaja yang disasarkan
kepada lebih kurang 2000 penceramah , menghasilkan lebih kurang $11,000 sebulan!
Ada yang memesan satu, dua atau sepuluh. Satu laporan yang dijual sebanyak $3
hanya bermodal sebanyak 40 sen otostat dan 20 sen untuk diposkan. Daripada
$11,000, hampir keseluruhannya adalah keuntungan!

Jika anda mahu memulakan karier dalam bisnes gayapos, anda boleh mencontohi
teknik yang telah dilakukan oleh John Smith. Dengan menggunakan kertas dan
dakwat, beliau mempunyai satu cara paling mudah ˆmencetak wangnya sendiri˜.
Jangan membazirkan masa anda dengan menunggu sehingga bertahun lamanya untuk
menulis produk informasi ini, kemudian mencetak dengan banyaknya dan kemudian
termangu kerana tiada siapa yang mahu membelinya.

Berfikir dengan bijak, siapkan beberapa topik daripada subjek yang anda minati.
Sediakan yang salinan asal dan fotostat setiap kali jika anda pesanan. Bukankah
ini cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan? Selamat Mencuba.
9
(No6)
Rahsia Menjadi Orang Cemerlang Dalam Hidup?
Berikut ini adalah beberapa tips yang dipetik daripada seminar Dr. Fadzilah
Kamsah, pakar motivasi terkenal.
TATACARA MAKAN & MINUM
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.InsyaAllah, Allah lipat
gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur,
otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha kearah
itu (ada semangat) dikeesokan harinya.
3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah mengikut
Sunnah dan dapat pahala dan juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C
dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi
adalah hampir hilang zatnya.
4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas
15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air
dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh
minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas,
perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.
5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan
sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab bagi yg
tengah study (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang
faham dan ingat lebih kurang 2 jam selepas makan, jadi jika makan pada 8:30pm,
lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga
jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan
pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tak tidur dalam
kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
TATACARA DI BILIK AIR

1.Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat
batu karang
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila
mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .

TATACARA DIDIK ANAK


1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur
mengiring ke kanan sebab jantung(yg terletak sebelah kiri) akan lebih
"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan
berkembang dengan baik.
2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif or hyper-aktif, kurang (atau jangan)
pakaikan baju warna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak
tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI


1.Amalkan apa-apa yangg baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau
lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat and
kalau tidak, ilmu itu akan mati.
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik.
Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam


TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

10
(No7)
BAGAIMANA MENUKAR RM250 MENJADI RM15,000 DALAM MASA 60 HARI DIRUMAH

Tajuk diatas sungguh menarik sekali. Ia merupakan satu rahsia bagaimana


menjadikan wang anda berkembang dengan cepat dan selamat tanpa perlu menanggung
apa-apa risiko. Anda boleh menukarkan wang sebanyak RM250 dan menajdikannya
hingga RM15,000 dalam masa 60 hari dengan menggunakan satu rahsia dan yeknik
yang mudah menarik. Kaedah ini merupakan satu pendekatan perniagaan yang mudah
dimana anda tidak perlu menemui sesiapa pun.

Anda boleh bekerja dengan tenang dan selesa dirumah tanpa sebarang gangguan.
Anda hanya perlu menggunakan sedikit masa sahaja untuk menjalankan usaha ini.
Tiada kaedah lain yang lebih menarik dan mudah daripada ini. Ianya bukanlah satu
perjudian atau pun satu pelaburan dalam saham atau pun satu system gandaan wang
atau sekim cepat kaya. Lupakan semua perkara yang mengarut ini.

BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH BERLAKU

Anda hanya perlu melaburkan sejumlah wang yang dimaksudkan itu untuk membuat
iklan diakhbar atau majalah dan memberitahu ramai orang bahawa anda mempunyai
ˆsesuatu˜ yang bernilai dan sangat penting untuk mereka (pembaca). Sebagaimana
yang kita semua ketahui, pembaca akhbar dan majalah merupakan golongan pembaca
yang berbagai. Sebahagian daripada mereka mungkin terdiri daripada golongan
pelajar, remaja, golongan pekerja, pesara dan sebagainya. Tujuan mereka membaca
akhbar pula berlainan.

Ada yang suka membaca berita semasa, berita sensasi, perniagaan, mencari peluang
kerja, memiliki hobi, mencari peluang perniagaan, mencari peluang pinjaman wnag
dan bermacam-macam lagi kategori pembaca. Disini terdapat ruang untuk mencari
wang dengan banyaknya setiap hari. Bagi mereka yang inovatif dan berfikiran
kreatif sudah tentu akan dapat melihat berbagai peluang didalamnya. Anda boleh
membuat iklan apa sahaja. Sama ada ianya dalam bentuk perkhidmatan atau pun
perniagaan sebenar. Saya akan mengajar anda akan memberitahu ˆRAHSIA˜ untuk
mendapatkan wang yang bayak daripada iklan ini.

MILIKI RAHSIA INI SEKARANG!

Sejak 8 tahun lalu saya telah menggunakan rahsia ini dimana pada ketika itu saya
masih lagi bujang dan baru mengalami satu keaibin dalam hidup. Saya gagal dalam
perniagaan, tiada wang, banyak hutang dan saya juga telah ditinggalkan oleh
tuning kerana kerana kejadian tersebut. Saya telah menemui satu rahsia unik pada
satu hari sewaktu saya sedang membaca majalah terbitan luar negeri. RAHSIANYA
ialah : MENULIS, MENERBITKAN PANDUAN ˆBAGAIMANA UNTUK˜ secara pos. Seperti
panduan yang anda sedang baca ini juga, ianya merupakan satu rahsia yang boleh
membawa kesan kejayaan dan kekayaan kepada anda jika digunakan dengan betul.

Saya tidak pernah memahami dan mengetahui apa-apa tentang penulisan, penerbitan
dan pengiklanan. Malah saya tiada sijil, diploma atau ijazah tertentu didalam
ketiga-tiga bidang ini. Sebaliknya saya hanyalah lulusan sekolah menengah
setakat tingkatan 3 sahaja dan memegang sijil rendah pelajaran yang mungkin
tiada nilainya pada masa sekarang. Dengan rasa serba kekurangan saya mempelajari
semua rahsia dan teknik ini melalui sebuah buku yang saya beli melalui pesanan
pos dari luar negara. Walaupun tidak begitu memahami satu amsa dahulu tetapi
sekarang saya sudah mahir dan berjaya memperolehi pendapatan yang sangat
lumayan.

CARA MENJADIKAN RM100-RM250 KEPADA RM15,000 DALAM MASA 60 HARI

Apa yang perlu dilakukan untuk memperolehi pendapatan seperti diatas ialah
dengan membuat usaha seperti diterangkan dimuka surat sebelum ini. Anda mungkin
11
perlu melaburkan wang sebanyak RM100-RM250 untukmembuat beberapa siri iklan
(4-10). Anda boleh membuat iklan sekali sahaja dahulu tetapi ianya tidak begitu
berkesan kerana tidak ramai pembaca yang melihat iklan anda lebih-lebih lagi
jika ianya bersaiz kecil. Kebanyakan pendatang baru dalam bidang ini menganggap
dengan hanya membuat iklan sekali dua ianya boleh menghasilkan pendapatan yang
banyak dengan segera.

Perkara seperti ini tidak akan berlaku kerana jika anda sering kali dilihat oleh
orang barulah mereka dapat mengenali anda dan menyakini anda. Itulah yang
berlaku, mungkin anda juga akan mendapat surat pertanyaan yang agak banyak
daripada pembaca iklan anda tetapi pada masa yang sama mereka juga mengirim
surat kepada berpuluh-puluh pengiklan yang lain. Jadi jika anda menjual produk
yang sama dengan orang lain pada harga yang berbeza-beza ini boleh meragukan
mereka. Atau pun pengiklan lain mempunyai produk dan cara penyampaian yang jauh
lebih menyakinkan maka anda akan ketinggalan.

Jika anda membuat iklan dengan kos RM100 untuk 4 kali iklan (contoh) dan anda
menjual produk adna dengan harga RM20. Kemudian anda mendapat 15 pesanan, ini
bermakna anda mendapat RM300 kemudian anda laburkan semula wang tersebut untuk
terus membuat iklan. Katakan selepas itu anda akan mendapat RM1,200 maka anda
perlu melaburkan semula sebahagian daripadanya.

Begitulah proses seterusnya sehinggalah anda boleh memperolehi pendapatan


sehingga RM15,000 dalam masa 2 bulan ataupun 60 hari. Perkara ini boleh dan
telah saya lakukan, ianya memang menarik dan menakjubkan sekali berbanding
dengan kaedah lain untuk mencari wang. Sekarang mungkin giliran anda pula
menikmati pendapatan sedemikian.

CARA UNTUK MENJADI KAYA

Anda boleh mencipta kejayaan dan kekayaan dengan menjalankan perniagaan yang
mudah dirumah tanpa perlu menjejaskan kerjaya semasa atau kerjaya asal anda
sehinggalah merasa yakin jika anda mahu berhenti kerja. Perniagaan ini juga amat
sesuai dijalankan oleh para suri rumah tangga atau pada pesara. Anda boleh
mempelajari kaedah ini secara berperingkat-peringkat.

MENGHASILKAN BUKU PANDUAN/LAPORAN BERNILAI $$$$

Anda boleh menghasilkan buku atau panduan mengenai apa sahaja tajuk dalam bentuk
laporan mudah yang ditulis dalam beberapa muka surat sahaja. Ianya mungkin
mengenai perkara yang anda sukai, hobui, kerjaya, pelajaran, masakan dan
sebagainya hatta mengenai ˆmasa lapang˜ yang terbuang begitu sahaja. Apa yang
perlu dilakukan ialah memberikan sesuatu tajuk yang menarik minat ramai orang
yang akan membacanya. Contohnya seperti menanam bunga, anda boleh membuat tajuk
begini ˆ RAHSIA MEMPEROLEHI WANG LUMAYAN DIMASA LAPANG˜ Anda boleh menceritakan
mengenai hobi menanam bunga dan menjual bunga, hobi menjahit dan mengambil upah
menjahit baju, hobi memasak dan menjual resepi atau menjual makanan.

Apa yang penting ialah fokaskan apa sahaja tajuk, kemudian fikirkan bagaimana
tajuk-tajuk tersebut boleh diolah supaya ia kelihatan seperti dapat menghasilkan
wang, Bagi mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif sudah tentu akan dapat
memikirkan idea yang baik. Sebagaimana saya pernah lakukan diwaktu awal saya
membabitkan diri dalam bidang ini. Saya hanya menulis panduan sebanyak 4
mukasurat mengenai cara memperolehi wang mengguankan kamera. Caranya ialah saya
mencari idea ˘ idea tersebut didalam majalah dan buku-buku kemudian saya
terjemahkan dan olah semula. Anda boleh menaipkannya dengan mesin taip biasa
atau pun mengupah kawan-kawan anda yang memiliki komputer untuk menaipkannya.
Anda boleh menjual panduan anda dengan harga antara RM5 hingga RM20 sebuah
kerana ianya hak anda. Anda boleh menjual laporan/panduan anda dengan membuat
iklan diakhbar dan majalah.

MENGGUNAKAN MAJALAH / AKHBAR

12
Banyak akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan iklan dengan mengenakan
bayaran yang berpatutan. Ianya boleh menjadi satu peluang yang begitu
menguntungkan sekali keapda anda untuk sepanjang hayat anda. Mungkin anda hanya
dikenakan bayaran diantara RM20 hingga RM80 bagi sekali keluaran, tetapi jika
anda memiliki produk/laporan yang menarik maka ianya akan lebih memudahkan
perniagaan anda kelak.

Cara membuat iklan boleh anda pelajari sedikit demi sedikit, dimana dengan
menggunakan proses ini secara berterusan ia akan menjadikan anda mahir dan
menambahkan lagi pengetahuan anda kelak. Mungkin iklan anda yang pertama hanya
berharga RM20 ˘RM50 dan daripadanya anda hanya akan mendapat pulangan beberapa
ratus ringgit jika produk anda itu baik.

Selepas itu yang perlu dilakukan ialah melaburkan semula separuh pendapatan anda
itu untuk membuat iklan yang lebih besar atau membuat iklan didalam beberapa
penerbitan yang lain lagi. Dengan itu anda akan memperolehi pulangan yang lebih
besar lagi yang jumlahnya mungkin beribu-ribu ringgit.

Jangan cepat berpuashati dengan usaha anda itu, untuk berjaya didalam bidang ini
dan memperolehi pendapatan yang berterusan anda mestilah membuat iklan secara
berterusan. Kebanyakan usahawan yang menceburi bidang ini akan gagal jika mereka
lekas berpuashati dan tidak mahu membuat kajian serta tidak membaiki gaya dan
cara mereka membuat iklan. Mereka hanya meniru atau menciplak produk orang lain
secara bulat-bulat sahaja.

Mungkin ada orang lain yang menjual produk yang sama dengan harga yang lebih
murah maka jualan anda boleh merosot, tetapi jika produk tersebut memang milik
anda sepenuhnya anda akan mempunyai banyak kelebihan.

Dengan emmbuat iklan yang berterusan dan konsisten anda akan membuat kerja yang
berterusan yang mana ianya juga akan menghasilkan pendapatan berterusan yang
amat lumayan.

(No8)
CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH

Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan , Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu

DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa
anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan
bekerja dirumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra
tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.

SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?

Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

*Untuk membesarkan anak


Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka
kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai
untuk membesarkan anak mereka.

*Bayaran jagaan anak tinggi


Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan
anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak
menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang.

*Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa
yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya
untuk mendapatkan wang tambahan.
13
*Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi

Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan
dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.

*Cacat. Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah.

KEBAIKAN

Bagi mereka yang terkurung didalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah
mungkin menajdi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi
terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja dirumah. Berikut ini mungkin merupakan
beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja dirumah.

*Menjimatkan kos. Tidak perlu kepejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang
untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan
tengahari diluar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi
berbelanja untuk pakaian bekerja.

*Menjimatkan masa. Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ketempat
kerja. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain
yang lebih bermanafaat.

*Bekerja mengikut keperluan sendiri. Jika anda bukan pencari nafkah utama,
kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil temapahan yang sesuai dengan
masa anda untuk keluarga.

*Anjal. Bekerja dirumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia
sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah
waktu anjal bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan dirumah. Jika kerja
anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh
anak-anak kesekolah dengan berbasikal.

*Ahli keluarga boleh membantu.


Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan
membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha
keluarga.

KEBURUKAN
Bagaimana pun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang
dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah
beberapa konta bekerja dari rumah.

*Boleh menjejaskan kehidupan keluarga. Untuk melakukan kerja anda perlu


berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan
kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang
mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan
keluarga.

* Anda mungkin terganggu.


Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja
sambilan anda dirumah.

*Kerja mungkin memakan masa.


Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia
mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai
kokot kedalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak
sepadan.

*Anda boleh kehilangan wang. Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan
sempurna,jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat
sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi , mungkin tidak
14
mendapat permintaan yang baik.

Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan
baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi
lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi
permintaan untuk produk anda.

APAKAH JENIS KERJA?


Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang dari
rumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang
anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan
sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah

*Melakukan kerja lama anda dirumah. Sebagai contoh jika anda seorang bekas
kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja
dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk
melakukan kerja yang sama dirumah.

Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara,
mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa
dan memperolehi pendapatan tambahan.

*Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan. Jika anda sukakan


anak-anak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh
menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh.

*Memastikan hobi anda mendapat bayaran. Jika hobi anda membuat kuih, membel
aikan , mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan computer dan
sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan

*Menyewakan bilik. Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia
tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati
terhadap mereka sebagai penyewa.

*Bekerja untuk orang lain. Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan
dawai kokot, melipat kotak barangan, mengulung wayar untuk barangan elektronik
mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri.

Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah


seperti ini.

Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang
tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan dirumah. Ada sesetengah
daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar
berfungsi dengan baik.

Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang
memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.

MELAKSANAKANNYA
Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan
untuk mendapatkan wang tambahan.
*Modal. Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan
banyak wang. Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek anda mengkin
perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan
untuk menjimatkan masa.

Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil
bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukan
perabut dibilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas
kelengkapan perabot.

*Pengiklanan. Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual.
15
Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda.
Risalah ini boleh dimasukkan kedalam kotak surat atau diletakkan pada pengelap
cermin kereta.

Risalah ini juga boleh diletakkan ditempat strategik seperti pasaraya


tempatan yang popular. Sebagai alternative, anda boleh mendapatkan pekedai untuk
mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai
mengambil komisen bagi setiap jualan.

Untuk mendapatkan permintaan anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang
dan pejabat.

Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja dipejabat atau kilang,
anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan
daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.

KOS YANG DIPERLUKAN

Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang
pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi
perkhidmatan atau produk yang sama.

Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan
lebih atau kurang yang boleh anda kenakan.

Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga
itu dan berapa banyakkah jualah yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.

Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap
dan kos berubah.

Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan dimana
anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masih
perlu membayarnya.

Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai
contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda.

Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistic daripada apa yang boleh
hasilkan dan dijual dalam tahun pertama.

Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong
daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan.

Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk
mengurangkan kosnya?

Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh
memperolehi keuntungan dirumah.

ˆOrang yang lemah menunggu datangnya kesempatan, orang yang kuat membuat
kesempatan˜

Untuk bekerja dan mencari wang dirumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan
iulmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha
anda.

Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang
lain, daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku
tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya.

Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga
16
usdah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan
banyak peluang.

Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga
akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan
kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda.

Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah
banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkan
pulangan lumayan.

BERIKUT INI ADALAH IDEA PERNIAGAAN DIRUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN

PERKHIDMATAN

*Menyimpan akaun
*Memelihara binatang
*Mengasuh bayi
*Taska
*Menajda keluarga tua
*Katering
*Mencuci pakaian
*Hiburan & lawak
*Konsultan computer
*Kurier
*Desktop publishing
*Gardening services
*Dandanan
*Mengecat dan hias rumah
*Image konsultant
*Dobi
*handuman
*Perancang parti /majlis
*Membuat frame gambar
*Memasang tali raket
*Menyewa dan menjaga bunga
*Pool maintenance
*Seminar organizer
*Khidmat kesetiausahan
*Juru gambar video

MENGAJAR

*Silk screening
*Menyusun bunga
*Kegunaan herba
*Menjahit
*Menyulam
*Kecantikan
*Memasak
*Kelahiran anak
*Muzik
*Tuisyen
*Pensyarah sambilan

MENULIS
*Buku
*Artikel majalah
*Puisi
*Penulisan umum
*Kelas penulisan
*Program
*Pelan perniagaan
17
(No9)
Formula RM200 Setiap Hari Tanpa Perlu Keluar Rumah

Saya akan membongkar satu rahsia bagaimana anda boleh memperoleh RM200 sehari
atau lebih dengan menggunakan formula iklaneka. Caranya mudah sahaja, lakukan
seperti berikut:

1. Anda tempah rampai iklan diakhbar-akhbar harian, mingguan atau majalah


seperti
Mingguan Perdana, Bacaria, Mingguan Misteri dan sebagainya.

Iklan tersebut ditulis begini :

2. Apabila anda mendapat pesanan, anda poskan salinan formula ini bersama
dengan 6 cara buat wang yang disertakan.

3. Teruskan menempah iklan diakhbar dan sudah pasti setiap hari anda akan
menerima sehingga RM200 sehari di peti pos anda tanpa perlu untuk keluar rumah!

SELAMAT MENCUBA!

(No10)
RM100 SEJAM DENGAN MENGGUNAKAN PICKUP ATAU VAN

Jika anda menyukai kereta dan lebih suka memandu hanya untuk apa-apa perkara
pun, anda boleh menjadikan minat anda itu kepada peluang mencari wang yang
berasaskan kereta dan sentiasa berada dijalanraya. Anda boleh menggabungkan
kedua perkara tersebut didalam satu lingkungan.

Dimana mempunyai pengalaman dan boleh mencipta kaedah baru, mencari wang kepada
diri anda . Untuk jenis perniagaan yang boleh dikendalikan secara solo atau
sendirian didalam lingkungan kenderaan bermotor. Van atau pickup seringkali
boleh dijadikan sebagai kenderaan pilihan untuk memulakannya.

Ianya boleh digunakan untuk jarak jauh, mempunyai ruang kargo yang luas, mudah
dipandu. Pilihan utama yang perlu difikirkan ialah dari segi kuasa dan juga
saiz, kos penyelenggaraan dan membaik pulih serta serba guna. Dengan menggunakan
van atau pun pickup, anda boleh menggunakannya bagi tujuan perniagaan seperti
khidmat bantuan menukar minyak enjin dan penyelenggaraan mudah secara bergerak
untuk kereta dan lain-lain. Banyak pengguna dan pemilik kereta yang mementingkan
mutu sama ada bagi mereka yang tinggal di desa atau pun di bandar atau di
pinggir bandar.

Perkhidmatan seperti ini akan menjadi popular dengan cepat kerana pengguna tidak
perlu bersusah payah ke sana kemari untuk mencari bengkel membaik pulih. Jika
anda sukakan kanak-kanak anda boleh menjadikan kenderaan anda sebagai studio
gambar bergerak. Apa kata idea mengenai tukang kunci/ pembuat kunci bergerak.
Orang yang tertinggal kunci rumah dan kereta atau kenderaan lain boleh
memerlukan perkhidmatan anda.

Jika anda menyediakan perkhidmatan pantas dan boleh dihubungi dengan segera,
anda boleh menjadi terkenal dengan cepat dan akan menjadi pilihan pelanggan,
orang ramai, jabatan polis dan juga pusat membeli belah. Selain itu ramai orang
yang sanggup membayar wang bagi menukar minyak enjin dan menapis minyak tanpa
perlu pergi ke pusat penyelenggaraan yang jauh dan mungkin kosnya lebuh mahal
daripada yang anda tawarkan.
18
Dan bergantung pula kepada minat dan pengetahuan yang ada, anda boleh bermula
daripada memberi perkhidmatan ringan, penyelenggaraan, menukar minyak enjin,
filter, menukar tayar, tuning enjin, rahsianya ialah menawarkan kepada pelanggan
seberapa banyak kemudahan dan perkhidmatan yang anda ketahui dan mampu lakukan
dengan baik.

Memungut dan membuang bahan sisa adalah juga satu perkhidmatan yang baik dan
berdaya maju. Di dalam kawasan tempat tinggal di sesebuah daerah selalunya
mempunyai bahan buangan dari sampah sarap hinggalah bahan-bahan lain. Banyak
sampah sarap dan bahan sisa yang perlu dilupuskan setiap hari.

Hubungu pihak kontraktor , perkhidmatan sewaan pangsapuri, pihak pemaju


landskap, pemaju kondominium bagi mendapatkan perkhidmatan membuang bahan sisa
seperti sampah sarap dan sebagainya. Walau bagaimana pun fikirlah dua tiga kali
jika anda ditawarkan untuk membuang bahan sisa yang diragui eperti sisa toksik.
Anda akan mengundang risiko jika anda mengambil tugas terebut dan anda juga
berkemungkinan akan didenda dengan jumlah besar jika anda ditangkap.

Atau ada pengaduan dari pihak awam dan mungkin akan dipenjarakan jika anda
didapati membuang sisa toksik secara haram. Dalam pada itu anda mungkin boleh
juga mendapat wang tambahan lain sekiranya bahan buangan yang masih diguna atau
dikitar semula.

Contohnya perabut yang dibuang mungkin hanya mengalami kerosakan kecil, anda
boleh membaikinya dan menjualnya semula dengan harga murah. Ia diperolehi secara
percuma, kisahlah jika anda hanya mendapat sedikit wang. Begitu juga dengan
barangan elektrik , plastik, kotak kertas, botol-botol, besi-besi dan
akhbar-akhbar lama.

Semuanya boleh menjadi wang dan boleh diperolehi secara percuma. Mungkin juga
anda boleh mendapat tugas-tugas membuang sisa bahan buangan dari bahan-bahan
pembinaa, anda boleh menemui papan lapis, kayu, papan, batu bata dan sebagainya.
Mungkin juga anda meminati fotografi dan juga kamera.

Mengapa tidak menjadi jurugambar bergerak ? Anda boleh menjual kemahiran anda
dengan menawarkan khidmat gambar perkahwinan, parti, sukan, dan juga lain-lain
peristiwa menarik . Mungkin juga anda sukakan bermacam-macam perkara, jadi
dengan itu anda boleh kombinasikan idea anda itu mengikut kesesuaian. Anda akan
dapati yang anda boleh memperolehi banyak wang dengan melakukan apa yang anda
gemari, tanpa arahan boss kecuali diri anda sendiri. Selamat mencuba !

(No11)
MEMPEROLEHI SEHINGGA RM750 SEHARI DENGAN MEMBACA IKLAN DIAKHBAR

Adakah anda tahu bahawa anda boleh memperolehi wang yang banyak dengan membaca
iklan rampaian atau klasifikasi didalam akhbar harian ? Dengan membuat dan
melakukan pemerhatian yang betul dan tepat kepada iklan-iklan tersebut akan
menjadikan anda lebih cekap mengenai siapakah yang mahu menjual barang-barang
mereka ˘ seperti perkakasan, barang antik, kereta, rumah dan apa sahaja.

Dan anda juga akan menemui siapakah yang mahu membeli barang-barang seperti itu.
Rahsia pendapatan yang lumayan ini ialah dengan menggunakan iklan-iklan pendek
tersebut sebagai satu peluang untuk mencari dan menemukan diantara pihak yang
mahu menjual kepada pihak yang mahu membeli atau sebaliknya.

Rahsianya ialah dengan membuat tindakan yang cepat; dan anda mestilah bersedia
untuk menghubungkan diantara pembeli dan pihak penjual sebelum mereka sendiri
bertemu diantara satu sama lain tanpa bantuan daripada anda.

19
Jika anda berasa seronok dan gembira untuk melakukan perkara ini, ia merupakan
satu peluang yang sungguh MENAKJUBKAN. Bekerja didalam bidang ini seolah-olah
melakukan pekerjaan sebagai seorang penyiasat persendirian.
Tetapi anda bekerja untuk mendapatkan klu (bayangan) mengenai apa yang orang
miliki, ataupun apa yang mereka mahu. Selalunya perkara agak rumit untuk
dijalankan pada peringkat awal kerana anda tidak mempunyai pengetahuan didalam
perkara ini.

Anda perlu belajar dan berlatih setiap hari untuk menceburi bidang ini. Tetapkan
didalam fikiran anda bahawa setiap kali anda mengaturkan perjanjian, anda sedang
membina reputasi anda sendiri sebagai seorang yang pakar mengenai perkara
tersebut.

Akhirnya anda akan mempunyai kerjaya yang stabil dengan mempunyai pelanggan yang
sentiasa berada didalam pasaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau
perkhidmatan. Keuntungan yang anda perolehi dengan mengaturkan jualan diantara
pelanggan tersebut mungkin ada yang tinggi dan mungkin ada yang rendah, semuanya
bergantung kepada jenis barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dan diperlukan.
Walau bagaimana pun, ia akan memberikan aliran wang tunai segera kepada anda.

Apabila mereka telah mengenali anda, orang-orang ini akan menemui anda terlebih
dahulu sebagai pilihan utama, untuk mencari barang-barang atau perkhidmatan yang
mereka perlukan. Perkhidmatan yang anda tawarkan akan menjadi jalan pintas
kepada proses masa dan ianya sangat berkesan bagi pengiklanan seperti ini.

Membuat kontek adalah perkara utama dan penting didalam perkara ini, dan dengan
mengetahui atau mengenali individu tertentu akan memudahkan anda berurusan
dengan kedua belah pihak ini. Ini akan memasukkan wang ke dalam poket anda
dengan lebih cepat lagi.

Untuk perkhidmatan anda itu, anda boleh mengenakan bayaran pengaturan sebagai
upahuntuk usaha anda itu. Dengan itu, anda tidak akan terlepas peluang menerima
bayaran apabila bayaran bertukar tangan. Anda boleh mengambil upah terlebih
dahulu atau menerima bayaran pendahuluan (deposit). Anda perlu mengaturkan semua
urusan pertemuan diantara pihak penjual dan pembeli, dan anda sudah boleh
menerima bayarannya. Jika anda banyak berjalan keluar kawasan, pelajarilah iklan
klasifikasi walau kemana anda pergi .

Anda mungkin akan menemui barangan yang mempunyai nilai jualan yang besar di
kawasan tersebut. Jika anda tidak boleh mengaturkan pertemuan diantara kedua
pihak kerana disebabkan jarak yang jauh,anda mungkin boleh membeli barangan
tersebut dengan harga yang murah dan menjualnya semula dengan harga yang mana
anda boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi ia harus sesuai dengan harga
barangan sama ada ia masih baik, berkualiti ataupun tidak. Anda boleh
memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan cara ini.

Kami mengetahui individu yang telah sangat berjaya menggunakan kaedah ini hingga
beliau mampu hidup mewah dan memiliki kereta Mercedes dari model terkini (lampu
bulat) . mengapa tidak mencubanya mulai sekarang. Anda boleh belajar secara
kecil dan ia tidak perlukan modal kerana anda hanya perlukan kontek dan bijak
bercakap serta sedikit wang untuk perbelanjaan sendiri.

(No12)
PRODUK RAHSIA YANG BOLEH MEMBERI KEKAYAAN DIDALAM URUSNIAGA POS

Setiap hari semakin ramai orang melibatkan diri di dalam industri PERNIAGAAN
SECARA POS (MAIL ORDER), sama ada mereka memulakan perniagaan mereka sendiri
ataupun terlibat dengan syarikat urusniaga lain dan berharap boleh menjadi kaya
. Pada masa yang sama ramai juga yang menyerah kalah kerana mereka boleh
mendapat keuntungan di dalam industri mail order ini .
20
Rahsianya dan penyelesaiannya sangat mudah, jika anda tidak mempunyai produk
atau barangan yang betul dan baik dan mengetahui cara untuk mempromosikannya
dengan baik, sudah pasti anda akan gagal sebelum anda memulakannya lagi ! Semua
orang yang terlibat di dalam urusniaga pos membuat jualan dengan menggunakan
pengiklanan.

Mereka , sebahagian besarnya memang mencari kaeah yang membolehkan diri mereka
menyelesaikan masalah kewangan semasa, umpamanya pendapatan yang kecil dan tidak
mencukupi . Ada juga yang menyimpan cita-cita untuk menjadi kaya dengan cepat .
Dalam keadaan ekonomi mereka sendiri yang gawat, kebanyakan orang menjual dan
mempromosikan pelan atau sekim yang memang sukar dipercayai boleh memberikan
kekayaan.

Menjual idea atau pelan yang boleh menjadikan seseorang memperolehi pendapatan
tambahan tanpa perlu bekerja ataupun boleh menjadi kaya dengan cepat adalah satu
perniagaan yang bernilai berbilion dollar setahun . Kebanyakan pembeli pelan ini
akan kecewa, tetapi keinginan dan cita-cita mereka untuk mencari lebih banyak
wang tidak akan luntur.

Mereka akan terus mencari pelan dan program yang lain dan idea baru yang boleh
memenuhi impian mereka. Jika anda benar-benar faham dengan apa yang saya
maksudkan sehingga kini, barulah anda boleh memahami sekarang bahawa ` produk
rahsia ´ yang boleh menjadikan anda kaya ialah kaedah dan panduan bagaimana
untuk membuat sesuatu yang menerangkan secara lebih lanjut lagi.

Anda boleh menghasilkan dan mencari panduan yang menerangkan secara lanjut
bagaimana sesuatu kaedah atau pelan itu boleh memberikan penyelesaian dan
kejayaan kepada mereka dan juga bagaimana ianya boleh memberikan keuntungan
kepada mereka. Dalam keadaan yang paling mudah untuk diterangkan ialah , artikal
ataupun buku yang akan memberitahu orang lain bagaimana mereka boleh mendapat
faedah dan keuntungan . Ini kerana cara yang dimaksudkan ini akan memberi
penerangan secara lebih lengkap bagaimana untuk memulakan , menjalankan dan
menjayakan perniagaan yang menguntungkan.
Ada orang yang membeli buku mengenai Bagaimana Untuk Berjaya didalam urusniaga
pos dan telah diberitahu oleh penulis buku cara mudah tetapi tidak diberitahu
bagaimana untuk mengembangkan perniagaan, menggandakan modal dan iklan daripada
yang kecil hingga menjadi besar. Bagaimana untuk membina empayar perniagaan
anda. Perkara utama yang tidak harus dilupakan ialah, kenyataannya bagaimana
anda perlukan masa dan melaburkan semula sebahagian wang keuntungan anda untuk
membina perniagaan yang berjaya. Selain wang dan masa ia juga perlukan
kesungguhan dan ketekunan.

Anda tidak boleh menjadi kaya seperti mana mengharapkan sesuatu yang jatuh dari
langit . Inilah perkara yang tidak difahami oleh ramai orang yang telah
menyebabkan mereka jatuh dan gagal dalam perniagaan ini.
Mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan mempunyai daya juang serta
kesabaran untuk membina perniagaan yang tinggi. Ini bukan satu kaedah judi atau
seperti menang loteri. Inilah sebenarnya ` produk RAHSIA ´ yang anda boleh jual
dan menjadi kaya dengan menjualnya.

Semua orang mahu menjadi kaya ˘ kebanyakan orang mahu cara dan jalan ringkas
tetapi tidak mengetahui ` RAHSIA DALAMAN SEBENAR ´ untuk menjadi menjadikan
pelan tersebut berjaya serta menguntungkan, dan hasilnya pula ia boleh
menjadikan orang lain mendapatkan maklumat daripada mereka. Pada pendapat dan
cadangan saya, anda boleh memulakan perniagaan dengan menjual maklumat, report
perniagaan yang berjaya.

Report atau laporan seperti hanya dijual dalam beberapa muka surat dan distaple
tetapi dapat menarik ribuan pembaca . Katakan anda membuat iklan klasifikasi
kecil dan menjual maklumat ini dengan harga RM30 dan boleh menjual sebanyak 200
naskah, anda dapat RM6,000. Kosnya hanya tidak sampai dua ringgit. Dari wang
tersebut anda boleh menjual 3 ribu naskah, anda dapat RM90,000. Hanya dengan
21
satu laporan !

(No13)
RAHSIA BAGAIMANA MEMENUHI PETI SURAT ANDA DENGAN WANG SETIAP HARI

RAHSIA bagaimana memenuhi peti surat anda dengan wang setiap hari ataupun wang
akan DIHANTAR hingga dihadapan pintu rumah anda oleh posmen. Mungkin anda tidak
pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan
menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di
rumah di mana mungkin ianya akan melebihi pendapatan atau gaji anda sekarang.

Malah untuk mendapatkan wang di rumah dengan kaedah ini juga kerana anda tidak
perlu meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja kerana ianya boleh dilakukan
hanya dengan beberapa jam sahaja dalam seminggu. Anda mungkin hanya memerlukan
masa selama 1 hingga 2 jam seminggu sahaja dan ia sudah memadai. Mungkin ini
adalah salah satu cara cara yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah
.

Baiklah tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya.
Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi
keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak
anda, apa yang penting anda mahu mempelajari cara mudah ini untuk mencari wang
tambahan. Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya ,
tetapi agak asing bagi mereka yang selama ini hanya tahu bekerja dengan orang
lain sahaja atau makan gaji.

Istilah ini boleh dikatakan, makan dulu baru dapat gaji. Tetapi dengan kaedah
perniagaan ini anda boleh menerima wang setiap hari yang jumlahnya boleh anda
tentukan sendiri. Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya
mungkin beratus-ratus tetapi kami hanya ingin menerangkan SATU KAEDAH yang
paling mudah.

Rahsianya ialah menjual melalui POS. Memang banyak sekali barang yang boleh
dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian
, lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer.
Tetapi kami ingin menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja
di sini. Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos.
apakah maklumat bercetak ?

Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia. Kerana
semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran,
masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi .
Seperti panduan yang anda baca sekarang, ia juga merupakan satu maklumat yang
mana anda sanggup ` membayar ´ untuk memilikinya.

Ianya hanya perlu ditulis sama ada anda mendapatkan kisah, cerita, kaedah ini
melalui saudara mara, pembacaan ataupun dengan membuat penyrlidikan sendiri,
yang penting maklumat yang anda ada itu memang menarik untuk dibaca. Dengan itu
ia boleh diulang cetak dan dijual kepada orang lain dengan harga yang lumayan.
Maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya berupa sebuah buku ataupun majalah
juga akhbar.

Maklumat tersebut mungkin hanya berasal daripada satu perkataan sahaja. Mungkin
perkataan tersebut amat bermakna untuk membuat hidup seseorang menjadi bertambah
baik, bahagia, dan berjaya . Contoh perkataan keramat ialah WANG, RAHSIA,
BERJAYA. Dengan perkataan WANG ini anda boleh menghuraikan cara-cara memperolehi
banyak wang.

Sesiapa sahaja yang berakal akan menjadi amat sensitif dengan perkataan seperti
ini. Kita hidup di dunia yang mana didiami juga oleh berjuta-juta manusia yang
22
mempunyai berbagai keperluan dan keinginan bahkan jika boleh semua yang ada mahu
dimiliki. Sekarang anda boleh belajar bagaiman anda boleh meukar keinginan
pengetahuan anda menjadi wang . Tanpa keinginan senua perkara atau benda tidak
boleh dicipta.

Jika anda ada pengetahuan tertentu contohnya seperti menaip, menjahit,


menyanyi, memasak, berniaga, berceramah, menulis, mengajar, memandu, bermain
alat musik, berlakun dan macam-macam-macam lagi. Untuk menuliskan perkara
tersebut di sini mungkin memerlukan berpuluh-puluh helai kertas. Cuba KENAL
PASTI apa yang anda ketahui dan minati :

Buat sedikit penyelidikan dan tuliskan di atas kertas, kumpulkan maklumat


berkaitan dan jika anda sudah berpuashati bolehlah anda taipkannya dengan kemas
. jika tidak mempunyai komputer atau meisn taip cubalah mendapatkan khidmat ini
daripada kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh mendapat khidmat percuma daripada
mereka. Berikan tajuk menarik menggunakan perkataan seperti RAHSIA, HEBAT,
PELUANG, WANG dan sebagainya. Anda mungkin seorang ibu, atau surirumah dan anda
boleh bercakap mengenai teknik menjaga bayi, petua-petua kesihatan, masakan atau
cara menggubah bunga-bungaan.

Semua orang memang ada SESUATU yang mereka tahu . Kita hanya perlu menggunakan
apa yang telah kita ada sahaja itupun sudah mencukupi. Kita selalunya hanya
mencari-cari di luar tetapi tidak di dalam diri sendiri. Jika anda sudah
menyiapkan tulisan anda itu, ia sudah boleh dicetak sama ada dengan cara
fotokopi dan sebagainya. Anda perlu faham di dunia ini memang terdapat ramai
orang yang mempunyai keinginan dan minat yang sama seperti kita.

Oleh itu, kita boleh menjadi pembekal maklumat kepada mereka dengan menjual
maklumat yang kita ada. Maklumat anda itu mungkin ada hanya 2 muka surat sahaja
. Itu tidak menjadi hal yang penting maklumat anda itu berguna kepada mereka.
Anda boleh menjual dengan harga 10 atau 20 ringgit, itu hak anda. Anda boleh
menentukan sendiri nilainya. Untuk menjual maklumat anda tidak sukar kerana anda
boleh mengiklankannya di dalam akhbar atau majalah tempatan.

Modalnya juga kecil hanya antara 20 hingga 100 ringgit untuk sekali iklan. Jika
anda mahu menceburi perniagaan ini secara serius anda hanya perlu mendaftarkan
perniagaan anda dengan pejabat pendaftar perniagaan dan dikenakan bayaran
sebanyak RM50 sahaja . cari nama perniagaan yang menarik dan sesuai , buka akaun
bank, buat iklan , sediakan katalog jualan yang menyenaraikan harga jualan
(panduan) maklumat anda itu. Balas dengan segera.

Pelajari sedikit demi sedikit, jika anda tekun akhirnya anda boleh berjaya.
Iklankan secara berterusan (gandakan iklan) . Laburkan semula wang anda untuk
membuat lebih banyak iklan . Jika anda menyewa peti surat ianya akan dipenuhi
dengan surat dan juga pesanan yang mengandungi wang, begitu juga jika anda
menggunakan alamat rumah, posmen akan menghantar semua surat-surat sehingga di
depan pintu rumah anda dan sebahagiannya pula merupakan pesanan untuk meklumat
yang mengandungi wang pos, cek, wang tunai yang mana jumlahnya mungkin sehingga
beribu ringgit sehari.

Jika anda banyak membuat iklan sudah tentu pesanan yang akan anda terima juga
akan berterusan dan semakin meningkat dan banyak. Sanggupkah anda membiarkan
wang yang begitu banyak terlepas begitu sahaja setiap hari apatah lagi keadaan
sekarang dimana anda sudah tahu cara untuk mendapatkannya. Itulah cara untuk
menukar atau pun menjadikan peti surat anda dipenuhi wang setiap hari. Mengapa
tidak mahu mencubanya sekarang ?

(No14)
CARA MEMPEROLEHI RM1,500 SEMINGGU DI RUMAH HAMPIR TIDAK PERLU MELAKUKAN
PEKERJAAN
23
Adakah anda percaya ada cara untuk memperolehi wang di rumah dan hampir tidak
perlu membuat kerja ? Ya ! memang ada caranya dan ramai yang sudah melakukannya.
Ia bukan perkara baru dan pelik jika tahu caranya. Kami juga melakukan perkara
yang tersebut dengan memperolehi pendapatan yang lumayan.

Anda akan mendapati bahawa ianya benar-benar memberikan keselesaan dari segi
kewangan dan juga masa berbanding apa yang sedang anda alami sekarang.
Kebanyakan orang terpaksa bekerja selama 8 hingga 10 jam setiap hari . dan
memperolehi pendapatan yang hanya mencukupi untuk diri sendiri sahaja tanpa
dapat menikmati kemewahan seperti yang diidamkan oleh ramai orang.

Sekarang anda akan mengetahui bahawa ada cara untuk memperolehi pendapatan
tambahan secara sampingan ataupun sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah
dimana anda boleh memperolehi sehingga beberapa ratus atau pun ribu ringgit
setiap bulan demi bulan dan tahun demi tahun .
Cara paling mudah yang dimaksudkan ialah dengan menjalankan satu usaha niaga
secara pos dengan menjual bahan-bahan bercetak yang boleh anda tulis sendiri
ataupun anda beli daripada orang lain yang mempunyai kebenaran untuk mencetak
semula (reprint rights).

Atau anda boleh mendapatkan bahan-bahan didalam bahasa Inggeris kemudian


menterjemahkannya sendiri. Bahan cetak yang dimaksudkan bukanlah semestinya
sebuah buku yang tebal sehingga berpuluh hingga beratus muka surat isinya. Anda
boleh menjual sesuatu bahan berupa laporan ataupun panduan cara-cara untuk
meningkatkan mutu diri, meningkatkan sumber kewangan, meningkatkan kecantikan,
meningkatkan gaya hidup, pergaulan, cara-cara mendapatkan pekerjaan, cara untuk
menjadi penyanyi, cara untuk menjadi kaya, cara menjahit, menanam bunga yang
lebat dan bermacam-macam topik lain yang boleh difikirkan.

Untuk mencari bahan tidaklah sesusah mana jika anda seorang yang membaca buku,
majalah dan akhbar dimana anda boleh mengutip rencana dan berita mengenai
kejayaan seseorang didalam sesuatu bidang kehidupan. Banyak sekali bahan yang
boleh diperolehi secara percuma itu kemudian ianya boleh memberikan pendapatan
yang lumayan sekali kepada anda sepanjang hayat anda. Contohnya mudah, lihat
kepada diri anda sendiri jika anda mempunyai kebolehan membuat bahan kraf dari
gubahan bunga atau apa sahaja anda boleh menulis cara-cara tersebut.

Anda boleh menerbitkan panduan anda dalam satu atau dua muka surat sahaja dan
menjualnya dengan harga sebanyak RM5 hingga RM10 senaskah. Orang akan sanggup
membayar harga yang ditawarkan asalkan sahaja mereka dapat ` maklumat ´ Yang
mereka ingini. Mereka tidak akan bercakap mengenai harga jika apa yang mereka
perolehi itu boleh membantu diri mereka dan keluarga mereka dimasa hadapan.
Orang hanya perlukan maklumat sahaja dan tugas anda ialah menyediakan maklumat
kepada mereka yang memerlukannya.

Jika anda sudah mempunyai bahan-bahan tersebut langkah berikutnya ialah anda
perlu mencari cara dan kaedah untuk memasarkannya pula. Bahan-bahan bercetak
seperti itu memang mudah untuk dipasarkannya jika anda tahu caranya. Sekarang
anda boleh belajar bagaimana anda boleh mengedarkan bahan terbitan anda itu
dengan meluas dan banyaknya. Caranya ialah dengan membuat iklan (hebahan) supaya
ianya diketahui ramai. Ia seperti juga menguji pasaran. Dapatkan majalah dan
akhbar yang mempunyai ruangan khas untuk membuat iklan kecil setiap hari dan
minggu. Hubungi mereka sama ada pergi terus ke pejabat atau menalipon mereka.

Tanyakan cara untuk membuat iklan, bayaran yang dikenakan dan lain-lain perkara
lagi. Perhatikan iklan-iklan lain juga, lihat cara mereka membuat iklan dan
pelajari perkataan yang digunakan. Ada juga syarikat akhbar yang menyediakan
borang-borang khas untuk menempah iklan . Yang penting, hubungi mereka !
Dapatkan maklumat yang mencukupi sebelum anda membuat iklan. Iklan-iklan seperti
ini tidaklah mahal, ianya hanya diantara RM20 hingga RM80 sahaja untuk sekali
mengiklan.

24
Jika anda sudah bersedia untuk mengiklan jangan pula anda lupa untuk menetapkan
tarikh bila masa patut anda membuat iklan. Untuk memperolehi banyak wang anda
perlu mencuba dan terus mencuba . Bukannya dengan hanya membuat iklan sekali
anda menunggu wang dengan banyak datang dengan sepenuh harapan.

Anda mestilah sentiasa kerap membuat iklan sekurang-kurangnya sekali seminggu


bukannya hanya didalam akhbar sahaja sebaliknya didalam beberapa akhbar. Semakin
banyak dimasukkan iklan didalam banyak akhbar semakin banyak orang menatapnya
dan semakin kerap ianya diiklankan semakin percaya dan tertarik mereka untuk
menghubungi anda. Itulah kehebatan iklan anda. Cara ini merupakan kaedah terbaik
untuk mengiklankan bahan-bahan terbitan anda. Anda boleh memulakan daripada
kecil dan meningkat hingga besar dimana mungkin anda memerlukan pekerja membantu
anda kelak.

Anda boleh melakukan pekerjaan ini sampai bila-bila pun yang anda inginkan.
Jangan lupa , sebelum anda mengirimkan produk anda kepada pelanggan, terlebih
dahulu hendaklah anda menyediakan surat jualanataupun katalog yang menyenaraikan
bahan-bahan terbitan anda dan tawarkan kepada mereka. Didalam katalog ini anda
hendaklah menyenaraikan produk anda dan menerangkan secara ringkas perihal
produk anda dan kelebihan/keuntungan faedah jika memiliki panduan anda.

Jangan lupa memberikan harga yang anda jual dan sertakan tawaran istimewa. Jika
didalam seminggu anda ada membuat iklan didalam 2-3 penerbitan akhbar dan anda
memperolehi surat pertanyaan sebanya 300 pucuk setiap minggu dan anda menjual
panduan berharga RM30, anda hanya perlu menjual sebanyak 50 naskah seminggu.

Ini tidak susah untuk dilakukan jika anda mempunyai panduan yang menarik dan
diperlukan oleh ramai orang. Jika anda mempunyai 4 buah panduan dan boleh
menjual secara purata 200 naskah seminggu, maka dalam seminggu sahaja anda boleh
memperolehi pendapatan sebanyak RM6,000 . Sebulan RM24,000, setahun RM288,000.
Ini boleh anda lakukan jika anda membuat promosi iklan anda secara meluas
didalam banyak penerbitan. Dan anda boleh mengupah jiran-jiran anda untuk
menyusun katalog dan semua kerja kecuali bahagian iklan.

Dan dengan cara itu anda seolah-olah langsung tidak bekerja. Saya juga membuat
perkara yang sama seperti ini. Sekarang saya punyai banyak masa lapang dan
memperolehi pendapatan yang sangat lumayan setiap bulan. Anda juga boleh !
Bertindaklah mulai sekarang jika anda inginkanpendapatan yang lumayan ! .

Peluang sentiasa ada jika anda mahu melihat kehadapan secara positif

(No15)
RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT

Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANAY DARI RUMAH? Ya sudah tentu
memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang
mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa
setelah anda mengetahuinya.

Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan
cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun infomasi
yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan
maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan infomasi yang akan
membantu mengubah kehidupan mereka.

Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikan sewaktu ekonomi sesebuah
Negara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi
merundum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan
yang paling baik sekali untuk memulakannya.

25
Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan didalam hidup
mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka
melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak
sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka
tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa.

Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk
memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan
alat-alat komuniasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alat
kelui, mesin faks, mesin menjawab telefon otomatik, computer, email, internet,
mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan
pekerjaan.

Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa
perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara
sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan
betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan
yang amat lumayan.

Pendapatan anda boleh melebih gaji anda. Kami akan menunjukkan caranya dan ia
boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFOMASI atau
MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan
perkara.

Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan
pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari
segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau
bagaimanapun kami akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari
dengan maklumat 4 muka surat yang bertaip.

INFOMASI adalah satu abhan yang semula jadi wujud didalam kehidupan manusia.
Tanpa infomasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah
zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi
global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi computer pada masa ini.

Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin uas menggunakan teknologi
untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika anda sesiapa diantara anda mengatakan
yang anda tidak mengetahui apa itu infomasi, sesunggunya mereka sudah tidak
mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.

Infomasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran,


ilmu pengetahuan, gossip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu
infomasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah
taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan,
nilai moral dan sebagainya.

Infomasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah
gunakan. Sekarang kami akan mengatakan INFOMASI MEMBUAT WANG yangboleh membantu
anda meningkatkan taraf kewangan anda dan mampu mengubah taraf kehidupan anda
supaya menjadi lebih baik lagi dimasa akan dating.

Setiap hari kita akan berdepan dengan INFOMASI / MAKLUMAT baru didalam kehidupan
dan setiap hari pula kita akan menjadi semakin bijak, dewasa melalui penerimaan
dan penyampaian maklumat tersebut. Sekarang anda akan diajar bagaimana MENUKAR
INFOMASI BIASA MENJADI WANG YANG LUMAYAN.

Hanya dengan menggunakan beberapa cara dan teknik anda boleh menghasilkan wang
yang amat lumayan melalui maklumat-maklumat tersebut yang berada disekeliling
anda. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui pembacaan anda
contohnya melalui laporan-laporan seperti ini dimana anda ingin mengetahui
cara-cara memperolehi wang hanya dari rumah.

Anda boleh membaca akhbar-akhbar, majalah perniagaan dan kewangan. Menghadiri


26
kursus dan seminar keusahawanan. Bagi orang yang kreatif dan bijaksana mereka
dapat menjadikan sesuatu perkara dan isu itu untuk mendapatkan wang. Untuk
mencari wang bermakna anda mestilah tahu mencari peluang dimana dan apa yang
diperlukan oleh orang ramai.

Contohnya jika mereka mahu mencuci pakaian dengan bersih, anda perlu menawarkan
SABUN PENCUCI BERKUASA. Untuk mencari wang dengan cara mudah memang ada caranya,
tetapi jika anda hanya melihat dari segi MAKAN GAJI ia amatlah mustahil. Anda
tidak boleh melakukan lebih daripada apa yang diperuntukkan kepada anda sesuai
dengan gaji yang dibayar.

Tetapi jika anda melihat dari segi PERNIAGAAN ia memang terbuka dengan luas.
Anda hanya perlu mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka dan jual kepada
mereka dengan harga yang berpatutan sesuai dengan berapa pentingnya INFOMASI
tersebut. Mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan maklumat
tersebut boleh membantu mereka.

Contohnya jika anda menemui seorang yang mempunyai penyakit kencing manis dan
anda mempunyai ubat dan penawar untuk penyakit tersebut yang membolehkan dirinya
sembuh seperti sediakala selepas mengambil penawar yang anda berikan. Sudah
tentu orang tersebut akan sanggup membayar berapa sahaja harga penawar tersebut
asalkan dirinya terselamat daroipada penderitaan akibat penyakit kencing manis.

Itulah kesimpulan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada sesuatu masalah
dan kejadian. Semua perniagaan adalah sebagai memenuhi keperluan sahaja.
Keperluan manusia tidak terbatas. Jika anda menawarkan sebuah televisen kepada
orang buta ia bukanlah satu perkara yang tidak begitu tepat.

Tetapi jika anda memberikan atau menjual sejenis alat bantuan sensor yang boleh
menolong memudahkan pergerakan mereka sudah tentu ia sangat bermanafaat dan anda
boleh menjual dengan kuantiti yang banyak dimasa hadapan. Jika anda mahu
memperolehi banyak wang dengan menjual maklumat , anda haruslah memilih maklumat
yang sesuai atau pun mengolah sesuatu maklumat supaya ia dapat menepati
ciri-ciri yang diperlukan.

Sekarang kami hanya akan menerangkan mengenai maklumat yang sangat-sangat


diperlukan oleh hampir kepada semua orang. Maklumat tersebut ialah cara untuk
MENAMBAH WANG MENJADI KAYA, HIDUP SENANG dan yang seumpamanya.

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini? MUDAH SAHAJA banyak perkara telah
berada disekeliling kira sehak sekian lama tetapi kita tidak begitu menyedari
bahawa ia boleh ditukar menjadi wang. Contohnya jika anda memiliki computer.
Tahukah anda bahawa computer boleh menjadi alat membuat duit atau menjadi
lombong emas jika digunakan dengan betul dengan perisian-perisian tertentu.

Anda boleh membuat KAD JEMPUTAN DLL, MENULIS SURAT, BORANG MEMBUAT KATALOG
JUALAN, MEMBUAT SURAT BERITA, PENGIKLANAN, MEMBUAT GRAFIK KOMPUTER, MEMBUAT
HALAMAN WEB, MENGAJAR KOMPUTER, MENGAJAR MENGGUNAKAN PERISIAN, MENYUNTING
GAMBAR, MELUKIS PELAN RUMAH, MENYEWAKAN HALAMAN WEB, EMEL, MENJADI BROKER
MAKLUMAT (ALAMAT JABATAN KERAJAAN DLL).

Dan bermacam-macam perkara lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan computer
dan anda boleh menerima pulangan yang begitu lumayan sekali setiap bulan. Jangan
jadikan computer anda sebagai hiasan dan ditinggalkan berdebu atau sekadar untuk
bermain games sahaja. Ini baru mengenai computer sahaja. Jika anda mempunyai
kamera dan tahu banyak perkara mengenai fotografi, anda boleh mengajar atau
mengadakan kursus fotografi.

Mengadakan kelab fotografi dikawasan anda, menulis surat berita mengenai


fotografi, mengadakan kursus fotografi secara pos dari rumah, mengambil gambar
pengantin, gambar bayi, pelajar-pelajar sekolah, emmbuka studio dan sebagainya.
Jika anda mempunyai rumah sendiri, anda boleh menyewakan bilik kepada orang lain
untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh mengadakan keals tuisyen, menjalankan
27
kursus atau belajar kemahiran untuk sebarang perkara seperti jahitan, masakan,
Andaman, muzik, tarian dan lain-lain. Jika anda mempunyai mesin faks, boleh
digunakan sebagai alat dan tawarkan kepada orang lain untuk menggunakan faks
anda dengan mengenakan sedikit bayaran diantara RM1 sehingga Rm10 bergantung
kepada jarak dan kawasan yang dikirimkan.

Semuanya boleh diubah menjadi wang jika anda mempunuai daya kreativiti dan
inovasi.Untuk mendapatkannya anda perlu banyak membaca dan mengkaji disekitar
kawasan tempat tinggal anda. Untuk berjaya anda perlu menjadi LAIN DARIPADA YANG
LAIN. Bermakna anda tidak hanya mengikuti apa yang orang lain lakukan sahaja
tanpa memperbaharui atau berinovasi. Sebenarnya memang banyak sekali cara untuk
mencari wang dirumah jika anda mahu memikirkannya dan melaksanakannya.

Disini kami sekali lagi mahu memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi hingga
lebih RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL MAKLUMAT 4 MUKA SURAT. Pertama sekali yang
anda mesti lakukan ialah mencari bahan untuk ditulis dan diolah supaya boleh
menjadi sebuah bahan cetak seperti laporan yang sedang anda baca ini. Setelah
anda dapat mengenal pasti bahan yang anda inginkan, mulakanlah membuat kajian
dan menulisnya secara rambang sedikit demi sedikit.

Kemudian anda boleh simpan dahulu dan sambung kemudian untuk menulisnya. Idea
biasanya tidak dating dalam keadaan kita sedang penat dan tidak tenang. Ada
kalanya setelah kita keluar berjalan-jalan dan berbual-bual dengan orang lain
kita akan mendapat idea berkaitan perkara yang mahu ditulis.

Caranya ialah hendaklah cepat-cepat dicatatkan apa yang terlintas didalam


fikiran anda. Contohnya jika anda berjalan-jalan dibandar dan terlihat orang
membaiki kasut, menjual tisu, rokok, ejen jualan langsung, penjual kuih, cendol,
pengutip sisa buangan untuk dikitar seperti tin minuman, kotak, plastic dan
lain-lain.

Dengan idea tersebut anda boleh menulis mengenai cara mencari wang yang senang
dan tidak perlu modal yang banyak. Jika anda pernah bergaul dengan orang yang
menjalankan perniagaan MLM atau jualan langsung, anda boleh menulis mengenai
cara untuk menjadi jutawan melalui jualan langsung.

Jika ada tanah terbiar, anda boleh menulis mengenai cara mencari wang
melaluinya. Contohnya dengan menyewakan tanah, menjadikan kawasan reaksi,
memancing, model untuk mengambil gambar. Pendek kata anda boleh menulis mengenai
apa sahaja perkara dan topic dan fikirkan tentang bagaimana sesuatu itu boleh
menghasilkan wang. Ini akan dapat menarik minat ramai orang.

Contohnya dengan menulis panduan membuat bunga straw, panduan belajar piano,
gitar, computer, kamera, seni kraf, menanam bunga, memasak, mengambil gambar
video dan lain-lain lagi. Setelah anda siap menulis panduan-panduan seperti ini,
ia hendaklah dijual dengan cara mengiklankannya diakhbar dan majalah dengan
meluas jika anda mempunyai modal yang cukup.

Atau anda boleh iklankan didalam satu atau dua penerbitan dahulu jika tidak
cukup wang. Jika satu panduan anda jual dengan harga RM20 dans etiap hari anda
menerima hanya 10 pesanan, maka RM200 sudah menjadi miliki anda setiap hari.
Jika anda menjual beberapa panduan maka gandakan sahaja pendapatan yang boleh
anda perolehi dengan hanya menjual panduan berupa maklumat yang tebalnya hanya 1
hingga 5 mukasurat. Contohnya seperti panduan ini sendiri. Dan bukan mustahil
anda akan tersenyum untuk menyimpan wang dibank kelak.

Inilah cara yang kami maksudkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan yang
lumayan dirumah hanya dengan menjual maklumat mudah berupa panduan-panduan dan
laporan-laporan. Untuk menjadi penulis bukannya susah asalkan anda mahu mencuba
dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan mutu tulisan anda.

Begitu jugalah yang berlaku kepada penulis. Saya tidak bersekolah tinggi dan
hanya mempunyai sijil SRP. Saya tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan
28
mengenai dunia penulisan langsung kerana pekerjaan yang saya lakukan dulu
semuanya kerja kasar seperti pemandu jentolak, burh kilang papan, peniaga nasi
lemak dan peniaga makanan.

Saya juga tidak tahu langsung menggunakan komputer dan tidak faham bahasa
inggeris. Tetapi semuanya BOLEH DILAKUKAN dengan berkat keazaman dan tidak
pernah putus asa. Saya belajar bahasa inggeris dengan membaca akhbar dan
menggunakan kamus. Belajar menulis hanya dengan tulisan tangan, kertas dan pen,
hasilnya hanyalah tulisan yang tidak tersusun, bercleatu dan sukar difahami.

Walaupun ada kritikan, komplen tetapi saya tidak putus asa dan terus baiki hail
tulisan saya dan selama bertahun-tahun akhirnya saya semakin mahir menulis dan
mendapat idea sendiri seperti sekarang ini. Kemudian saya membaca buku-buku
mengenai computer yang kebanyakkanya dalam bahasa inggeris.

Saya gunakan kamus, bertanya kepada kawan-kawan dan akhirnya saya mampu membeli
computer sendiri dan mahir menggunakannya. Sekarang saya sudah mempunyai dua
buah computer lengkap dengan akses internet dan ia membudahkan saya mencari
bahan secara percuma.

Apa yang saya ada ialah TEKAD UNTUK HIDUP SENANG DISAMPING BERUSAHA TANPA JEMU.
Dan sekarang saya bekerja tidak lebih 10 jam seminggu dengan memiliki pendapatan
antara RM200 hingga RM2,450 sehari. Ya.. ada kalanya banyak dan ada kalanya
kurang tetapi pendapatan saya memang sungguh lumayan.

Jika saya bekerja dengan orang lain mungkin saya tidak akan hidup dalam keadaan
selesa seperti sekarang. Semua orang memang boleh menggunakan cara ini walaupun
tidak mempunyai asas langsung. Saya juga begitu, hanya KEMAHUAN DAN KETEKUNAN
SERTA KESABARAN sahaja jalan untuk mencapai kejayaan. WANG dan modal adalah
perkara kedua.

Pengetahuan boleh dicari tetapi KEMAHUAN, KETEKUNAN DAN KESABARAN perlu dibina
sendiri untuk mencapi impian anda. Untuk hidup senang JUAL IDEA ANDA. Jangan
jual diri atau harga diri anda sebagai mana anda bekerja sekarang ini. Diri anda
boleh letih tetapi idea tidak boleh letih dan ia semakin bertambah. LAKUKAN
SEKARANG!

(No16)
MEMULAKAN PERNIAGAAN POS DARIPADA ASAS

Ramai orang yang memberitahu anda bahawa ˆtiada rahsia˜ lagi untuk membuat wang
yang banyak melalui urusniaga pos. Orang yang sama juga sebenarnya akan
mentertawakan anda dan mengatakan anda bodoh kerana membuang masa dengan
mengejar pelangi yang tidak wujud sebenarnya. Tetapi jangan anda percaya kepada
mereka, atau pun dengan cakap mereka itu.

Peluang untuk menjadi kaya sebenarnya berada hanya dalam lingkungan impian anda
sendiri. Sama ada ianya melalui jualan produk anda atau pun melalui perkhidmatan
yang anda tawarkan ˘ ianya memang hebat sekali! Jika anda mempunyai idea sama
ada ianya produk atau pun perkhidmatan, maka sekarang telah tiba masanya untuk
menjayakannya melalui jualan secara pos.

Anda sememangnya boleh memulakan urusniaga anda hanya dari ˆmeja makan didapur
rumah anda˜ dan menjadikannya satu perniagaan yang bernilai berjuta-juta
ringgit orang lain sudah pun melakukannya dan ada yang sedang melakukan perkara
ini sekarang .. dan sekarang adalah giliran anda untuk menikmati sebahagian
daripada ˆkek yang enak˜ ini. Sebagaimana perniagaan lain yang menguntungkan
prosedur untuk membuat keuntungan melalui pos memang mempunyai peraturan dan
kaedahnya yang tersendiri.

29
Pelajari cara-cara dan peraturannya, selidiki, adjust dan sesuaikan dengan
keadaan anda ˘ buat pelan pemasaran anda dan laksanakannya berterusan ..
tekun.. sabar.. dan lihat kaedah pemasran orang lain. Berterusan meningkatkan
mutu produk dan perkhidmatan anda, dan dengan kesungguhan dan kegigihan anda
boleh menjadi jutawan dengan usaha anda sendiri Dan kemudian anda boleh
melihat dibelakang bahu anda siapa yang mentertaakan anda dulu dan mugkin anda
boleh membantu mereka dengan cara lain.

Pegetahuan, dan kebolehan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik,


adalahkunci asa kepada kejayaan anda. Anda mesti tahu tahap ketinggian yang anda
mahu capai, tahu dan faham cara untuk mencapai tahap ketinggian yang anda mahu
capai, tahu dan faham cara untuk mencapai tahap ketinggian tersebut, kemudian
lakukan usaha anda dengan tekun dan jujur kearah mencapai tahap yang anda
inginkan itu. Peraturan untuk mencapai kejayaan dalam urusniaga pos adalah
berkaitan dengan perkara berikut :

1) Menyelidiki pasaran
2) Menggunakan senarai pelanggan, pemasaran yang betul
3) Membuat follow up kepada pelanggan.. jika anda tahu bagaimana dan
mengapa tentang teknik ini

Penyelidikan pasaran haruslah dibuat berdasarkan produk yang betul,


mengenalpasti bakal pembeli anda dan supaya anda dapat mempastikan produk anda
kelak akan dapat membantu golongan tersebut. Pemilihan produk adalah perkara
asas dan merupakan langkah paling utama. Cuba anda berhenti sebentar dan
fkkirkan ˘ lihat disekiling anda ˘ dan cuba dengar tentang apa yang banyak orang
perkatakan (isu-isu).

Apa yang menjadi topik utama manusia. Pada masa sekarang ini apa yang selalu
didengar ialah mengenai perkara seperti berikuit : Bagaimana saya boleh
mendapatkan pekerjaan Bagaimana untuk membuat kertas kerja Di mana ada
pekerjaam.. dan dengan pemikiran sebegini yang berada didalam diri setiap orang.

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebanrnya ialah mendengar mengenai apa
yang dikehendaki oleh orang ramai, kemudian cuba penuhi kehendak mereka. Anda
boleh melakukan perkara ni dengan memperuntukkan sedikit masa untuk membuat
penyelidikan tentang sesuatu subjek. Kunjungilah perpustakaan-perpustakaan
disekitar tempat anda, temuramah beberapa orang dengan roang yang telah berjaya
memenuhi cita-cita dan impian mereka. Aturkan pengalaman-pengalaman peribadi
mereka itu dan tuliskanlah ia supaya boleh menjadi panduan-panduan.

Rahsia untuk membina kekayaan sebenar ialah dengan mempunyai kebolehan


mengeluarkan produk dan kemudian ianya boleh dikeluarkan dengan banyaknya pada
bila-bila masa dengan kos yang murah beberapa sen sahaja dan menjualnya dengan
harga beberapa ringgit atau puluh ringgit. Ramai orang yang abgus tidak dapat
memahami langkah-langkah ini kerana mereka memahami waktu dan kehendak orang
ramai dan kehendak dirinya sendiri.. sebagai contoh, jika anda mengendalikan
seminar ˆcara untuk mencari kerja yang sesuai˜ disekitar tempat tinggal anda,
dengan tujuan untuk membantu mereka mendapatkan kerja, anda tanpa dirahui akan
memperolehi keuntungan dengan cepat. Tetapi anda perlu memperuntukkan masa
dengan begitu komited untuk berseminar.

Walaupun anda boleh mendapat wang dengan banyak tetapi anda sendiri terpaksa
mengorbankan masa berharga anda untuk menikmati kekayaan dan melakukan apa yang
anda suka lakukan, jika anda menjadi kaya. Hanya ada satu sahaja cara untuk
menyelesaikan masalah anda itu iaitu dengan mengupah orang lain untuk melakukan
sebahagian daripada tugasan anda tetapi dengan berbuat begitu anda akan terpaksa
membayar gaji dan ini akan mengurangkan keuntungan anda pula.

Tetapi sebenarnya masih ada cara lain lagi yang lebih berkesan untuk anda
memperolehi keuntungan yang lumayan dan sekaligus menikmati kehidupan yang
selesa, tanpa tekanan kerja, ada wang dan boleh menggunakannya. Caranya ialah
dengan menajdi penulis secara bebas dengan mengeluarkan produk anda sendiri yang
30
boleh diulang keluarannya dengan banyak dengan kos yang masih lagi murah.

Cuba lihat cara ini, anda ambil masa selama satu bulan untuk membuat kajian,
mencari bahan dan menulis panduan-panduan anda yang kosnya hanya lebih kurang
RM1 senaskah jika dikeluarkan/dicetak dengan jumlah yang banyak. Anda menjual
panduan-panduan anda itu dengan harga RM20 senaskah, dan dalam masa 3 tahun,
katakan anda jual tiga ratus ribu naskah dan jumlahnya ialah RM6,000,000.00
untuk kerja penyelidikan dan penulisan selama satu bulan sahaja!

Jadi tulislah sesuatu ˆyang orang mahu˜, inilah sahaja caranya untuk anda pergi
lebih jauh untuk mencapai cita-cita anda bebas daripada masalah kewangan. Tetapi
anda haruslah berhati-hati, anda mestilah membuat kerja penyelidikan terlebih
dahulu dan pastikan apa yang anda tuliskan itu merupakan ˆperkara˜ yang akan
menjadi rebutan ramai orang dan mereka sanggup membelinya.

Dengar apa yang orang mahukan, kemudian berikan kepada mereka ini merupakan
sebahagian penyelidikan pasaran yang penting dan mesti anda lakukan. Dengan
mendengar seruan ˆmeminta bantuan˜, dan anda boleh memenuhinya, anda bukan hanya
akan dapat menemui produk yang betul. Anda juga akan dapat menemui pelanggan
yang betul. Jangan cuba mempengaruhi orang dengan sesuatu yang mereka tidak
suka.

Apabila anda telah menemui produk yang dirasakan dapat memenuhi keperluan
pelanggan untuk membelinya, anda haruslah memperuntukkan masa untuk menulis
mencari idea dan membuat flyer, catalog, surat promosi jualan untuk produk anda
itu pula. Ianya perlu ditunjukkan kepada bakal pelanggan yang berpotensi. Dan
yang penting sekali ialah surat jualan anda itu biarlah kelihatan
menarik/professional dan berupaya untuk menjual produk anda seterusnya.

Gunakanlah kertas dan cetakan yang bermutu sebagai persembahan terbaik didalam
penyampaian mesej penjualan anda itu. Sembahkan apa yang telah anda katakana,
tetapi tidak perlu memberitahu siapa diri anda, apakah kualiti anda untuk
menulis panduan tersebut, atau pun berapa banyak masa yang anda habiskan untuk
projek tersebut. Tetapi apa yang lebih penting ialah tekankan apa faedah yang
akan diperolehi oleh mereka jika membeli dan memiliki panduan anda itu. Sebagai
contoh sebuah syarikat kereta tidak membuat iklan dengan menceritakan bagaimana
mereka membuat kereta tersebut ˘ dibuat oleh para jurutera yang berkelayakan
tinggi. Atau pun jika anda masuk kedalam bilik pameran kereta, anda tidak akan
bertemu dengan pelanggan yang menyepak tayar kereta untuk menguji samada ianya
selamat ataupun tidak.

Sebenarnya kereta baru dapat dijual dengan perasaan dan IMEJ bakal pembeli yang
duduk dikerusi empok dan selesa dan dengan memaparkan kehebatan mereka dan akan
dilihat oleh sahabat dan jiran mereka. Untuk mendapat faedah daripada cara
penjualan anda ialah dengan cara menulis surat jualan (katalog) dengan berkesan,
membuat design catalog anda dengan menarik, memaparkan produk dan perkhidmatan
yang memang diingini oleh pelanggan.

Inilah rahsia untuk memperolehi pendapatan yang lumayan didalam urusniaga pos.
Anda boleh mendapat idea untuk menulis catalog/surat jualan anda melalui
berbagai cara. Mungkin pada peringkat awak anda tidak begitu mengetahui
cara-cara menulis dengan berkesan. Ini memang perkara biasa bagi sesiapa pun.
Anda mungkin boleh mendapat idea melalui pembacaan, melihat catalog-katalog
orang lain, membaca buku mengenai cara-cara menulis catalog atau pun anda boleh
meniru daripada bahan yang anda boleh perolehi melalui artikel-artikel
perniagaan.

Seterusnya anda harus mempunyai produk yang berkaitan secara berisi, ini akan
membolehkan anda akan dapat menjual produk-produk lain selepas berjaya menjual
produk yang pertama. Caranya ialah dengan membuat satu catalog jualan yang
menyenaraikan beberapa buah lagi panduan/laporan yang ada kaitan dengan panduan
pertama yang anda telah jual. Seterusnya jika anda telahg mulai memperolehi
pesanan, anda perlulah segera membalas dan mengirimkan pesanan tersebut.
31
Dengan menyertakan catalog lain yang berkaitan produk pertama, anda akan dapat
membuat jualan berganda. Cara lain untuk memasarkan produk anda ialah dengan
cara menggunakan senarai pelanggan khusus dalam produk yang anda mahu
perkenalkan. Anda boleh mencari syarikat-syarikat yang menyewakan senarai nama,
tetapi awas! Anda perlu berhati-hati kerana senarai nama yang sudah lama tidak
begitu berkesan. Pastikan anda hanya menyewa senarai nama terbaru sahaja. Jika
anda sudah lama anda juga boleh mempunyai senarai nama anda sendiri dan
menyewakannya pula kepada orang lain dan ia boleh memberikan keuntungan yang
lumayan.

Senarai nama yang baik (yang pernah membeli) daripada anda boleh dijual antara
RM95 hingga RM250 bagi 1000 nama. Jika anda ada 3000 nama dan dalam sebulan anda
boleh menyewakan kepada 20 orang. Katakan anda mengenakan kadar hanya RM150 bagi
1000 nama dan anda boleh mencari pelanggan seramai 20 orang sebulan yang menyewa
3000 nama. Anda boleh memperolehi RM9,000 SEBULAN!! Sungguh lumayan dan anda
tidak perlu bersusah payah pun. Jika anda mempunyai produk lain yang dijual,
bayangkan berapa pendapatan anda sebulan?

Begitulah caranya anda boleh berjaya ˘ ianya mudah & ringkas, cara mudah untuk
berjaya melalui urusniaga pos daripada peringkat permulaan, asas lagi. Inilah
asasnya ˘ rahsia bagaimana orang lain melakukannya dan bagaimana anda juga boleh
melakukannya. Aturkan urusan anda, ikuti pertunjuk yang diberi dan anda akan
berjaya. Dan ingat produk paling baik ialah jenis panduan `bagaimana untuk..˜
dimana orang mahu belajar dan sanggup membayar untuknya. Mudah, cuba fahami
kaedahnya, letakkan diri anda untuk berjaya .. mungkin tahun depan anda boleh
menjadi JUTAWAN!!

(No17)
TEKNIK (RAHSIA) MENJUAL BUKU MELALUI POS YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN

Jumlah buku yang dijual melalui pos oleh usahawan pos kecil-kecilan semakin
meningkat jumlahnya setiap tahun. Jumlah jualan setiap tahun bagi tempoh lima
tahun lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus . Kaedah baru yang
digunakan telah menjadikan peningkatan yang luarbiasa daripada sebelumnya. Salah
satu cara yang digunakan untuk menawarkan banyak koleksi buku ialah dengan
menggunakan mini katalog, yakni dengan memasukkan katalog tersebut didalam
pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan.

Mini katalog biasanya kertas saiz A4 ataupun 81/2 kali 11 inci yang kemudian
dilipat dua atau pun tiga lalu dimasukkan kedalam sampul surat yang berisi
pesanan buku yang diminta oleh pembeli. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam
majalah ataupun akhbar yang dijual oleh pengedar.

Ataupun ianya juga boleh diedarkan terus kepada pelanggan melalui pos dengan
membuat iklan-iklan terlebih dahulu. Semua kaedah ini memang sangat
menguntungkan untuk dilaksanakan. Mini katlog anda harus mempunyai 1,2,atau 3
muka surat. Dimuka surat pertama anda hanya perlu menerangkan serba sedikit
mengenai buku-buku yang anda tawarkan, ceritakan tajuk dan faedah yang boleh
diperolehi jika membaca dan membeli buku tersebut.

Dimuka surat kedua anda boleh menyenaraikan tajuk buku dan juga harga-harganya.
Seterusnya dimuka surat berikutnya, letakkan pula borang pesanan dan cara-cara
untuk membuat bayaran dan pesanan. Sertakan nama dan alamat surat menyurat.
Setiap senarai yang ditawarkan hendaklah disertakan keterangan pendek supaya
pembaca boleh memahami dan mendapat faedah.

Katalog mini anda itu hendaklah dibuat dengan kemas dan bertaip menggunakan
bentuk tulisan dan saiz yang menarik, jika boleh sertakan juga gambar-gambar
32
grafik yang menarik. Bagi setiap helai adalah lebih baik jika dicetak dengan
warna yang berlainan. Dalam satu penyelidikan yang telah dibuat tidak lama
dahulu mendapati, katalog yang dicetak dengan kertas bermutu akan dapat
menambahkan lagi hasil jualan buku anda.

Syarikat-syarikat besar yang menawarkan katalog yang telah disediakan oleh


mereka sendiri. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut : PREMIER
PUBLISHERS of Fort Worth, Texas USA dan WILSHIRE BOOKS di N.Hollywood,
CALIFORNIA,USA , atau anda boleh menghubungi ICEMALL BOOKSTORE di
Http:/www.icemall.com. Tulis surat kepada mereka atau menghubungi melalui
internet dengan menyatakan keinginan anda untuk menjadi pengedar mereka.

(No18)
RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN

Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada
minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat.
Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang
anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda
perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan
selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering
bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan
pekerjaan-pekerjaan tersebut . mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan
jiwa dan minat mereka.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai
sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan.
Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah
anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga,
anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar
untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.

Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda
boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan
secara langsung. Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh
mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan,
mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit,
mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan,
mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir. Jika anda meminati bidang
pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan
seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.

Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video
mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika
anda seorang juruletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas
tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus
peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto,
anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.

Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program
lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancungan. Jika anda
seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan
sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan
berhemah. Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang
perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus
perniagaan dan sebagainya.

33
Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah,
mengajar melukis pelan dan lain-lain. Jika anda seorang akauntan , anda boleh
mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil. Jika anda seorang
peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang
guaman. Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas
vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya. Apa yang mahu anda
lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud didalam diri sendiri.

Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi
dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang
perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu,anda masih
mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan
menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak
secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba
tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang
tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk
memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar
dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak
cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh
dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu
(7-8 tahun) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah
kerugian besar dalam saham dan perniagaan.
Ketika itu umur saya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi .
saya banyak terdedah didalam dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah
bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah saya sanggup
bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah
tertipu dalam pasaran hadapan dan semua simpanan dari penat lelah habis begitu
sahaja. Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja, saya telah memikirkan
cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing
dan luarbiasa tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu
idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ` THE LAZY WAY TO A MILLIONS ´.

Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal
iaitu lebih daripada seratus ringgit, abhakan halangan yang paling besar saya
tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi saya mahu mencuba, dan setelah selesai
membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi
iaitu fotografi. Saya pun mencari bahan menulis tip-tip atau panduan mencari
wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak
4-5 muka surat sahaja dan menjualnya secara pos.

Percubaan tersebut telah mendapat sambutan yang agak baik juga dan dari situlah
saya telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan
pengalaman saya selama beberapa tahun sekarang saya sudah mahir untuk menulis
mengenai berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya.
Malah saya boleh menulis beberapa panduan setebal 2 hingga 10 muka surat dalam
masa beberapa jam sahaja . panduan ini sendiri saya tulis dengan hanya mengambil
masa kurang dari dua jam .

Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ini sudah memadai.
Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dalam
sebulan. Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap
bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak
melakukan sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang
lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea
saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. untuk menulis
bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan
menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis diata meja makan di
rumah saya menggunakan komputer buku (note book computer) . dulu semasa saya
tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.
34
Setelah saya mampu membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer
melalui buku-buku, kerja-kerja menulis telah menjadi semakin mudah dan saya
boleh melakikannya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun belum menjadi jutawan
tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan
yang hebat ini kelak. BERTINDAKLAH SEKARANG !!

(No19)
MEMPEROLEHI RM1,200 SEMINGGU MENGEDARKAN RISALAH KEPADA ORANG GEMUK

Risalah yang dimaksudkan ialah mengenai pelan asas untuk diet . Kita semua tahu
bagaimana orang yang sering mencari kaedah menguruskan badan melalui diet yang
betul.
Acapkali berlaku ialah apabila mereka telah mencuba selama seminggu dan jika
tidak mendatangkan hasil, mereka akan berhenti melakukannya dan mencari kaedah
lain.

Sebenarnya anda boleh mendapat keuntungan daripada situasi ini. Hanya dengan
memberikan pelan untuk diet ini secara percuma dan mengenakan sedikit bayaran
untuk pengiriman atau pengeposan sahaja anda boleh mendapat keuntungan
beribu-ribu ringgit sebulan .

Cara yang paling mudah ialah anda mengedarkan risalah yang mengandungi pelan
atau rancangan diet yang telah anda kaji sendiri atau melalui buku-buku
kesihatan. Ada seorang yang kami kenali telah memperolehi pendapatan sebanyak
RM42,000 bagi setiap 1,000 risalah yang diedarkannya.

Cara yang terbaik untuk mendapatkan pembeli ialah dengan mendapatkannya melalui
iklan . Anda sendiri boleh membuat iklan yang mudah dan murah melalui
iklaneka/rampai iklan diakhbar harian atau mingguan. Ini adalah satu-satunya
rahsia dan teknik pemasaran yang paling berkesan sekali.

Ini kerana beratus ribu naskah diedarkan setiap minggu dan bulan, dengan itu
ianya dapat menjadi tumpuan kepada jutaan pembaca setiap hari, minggu, dan bulan
sampai bila-bila pun. Walaupun anda memperolehi respon pembaca yang kecil ianya
boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Untuk membuat iklan anda sendiri, cubalah belajar melalui iklan-iklan orang lain
yang dipaparkan diakhbar setiap hari dan bulan. Cuba dapatkan naskah-naskah
sebelumnya dan lihat bagaimana mereka membuat iklan secara konsisten dan
berterusan. Tandakan iklan-iklan tersebut dan sudah tentu iklan-iklan seperti
itu boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan kepada anda.

Buat dan reka iklan anda sendiri. Ianya haruslah nampak senang dan mudah. Ini
kerana tujuan anda ialah supaya pembaca mahu membeli pelan diet mudah yang anda
tawarkan itu tanpa perlu mengalami kesan diet yang keras dan menyusahkan.

Jangan sampai anda jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang tahu
serba serbi. Sains pemakanan adalah satu bidang yang sangat luas dan juga satu
bidang yang cukup kompleks. Dengan menyuruh orang melakukan pelan diet yang
keterlaluan dan radikal boleh menyebabkan mereka serius.

Ada orang yang boleh terbunuh jika mereka melakukannya dengan menggabungkan
berbagai pelan dalam keinginan mereka yang sangat dalam untuk menguruskan badan.
Oleh itu berhati-hatilah dan jangan jadikan diri anda seperti seorang pakar
pemakanan yang sangat arif.

Kebanyakan orang biasanya hanya mahukan sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan,
oleh itu berikanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadikan setiap saranan
anda itu masuk akal. Letakkan didalam fikiran bahawa kebanyakan orang, kuantiti
35
makanan yang mereka makan adalah satu isu yang sangat penting.

Semua orang yang mahu mengurangkan berat badan mestilah mengurangkan dan
memotong sedikit makanan yang mereka makan setiap hari. Mereka mungkin mahu
mengurangkan beberapa makanan yang diambil setiap hari. Kerajaan juga telah
memberitahu dan menyebarkan berita seperti ini.

Dengan mengurangkan beberapa makanan yang diamalkan selalu sebelumnya ia akan


dapat mengurangkan kadar kolesterol dan dalam tubuh hingga 30%. Dapatkan pelan
pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang dijalankan.

Kemudian anda boleh mencipta menu anda sendiri berdasarkan cara pengambilan
makanan yang dicadangkan itu. Dengan itu ia akan memberikan pelan diet yang
sesuai, mudah dan selamat untuk digunakan dan diamalkan.

Dengan mencipta pelan diet yang mudah dan selamat ini kemudian anda
menggabungkannya pula dengan membuat pendedahan dan pemasaran melalui
iklan-iklan diakhbar setiap hari, minggu dan bulan sepanjang hayat anda.

(No20)
RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV

Adakah anda seronok menonton televisyen ? Mahukah anda menggunakan televisyen


anda sebagai alat mencari wang ? salah satu caranya ialah dengan menjadikan
rancangan membeli-belah di rumah sebagai landasan anda untuk mencari wang.
Dengan penelitian dan kajian yang baik mengenai pasaran tempatan (di kawasan
tempat tinggal anda) untuk mencari pasaran bagi produk yang luas.

Akhirnya anda akan mendapati bahawa rancangan membeli-belah di rumah memang


memberikan peluang yang hebat. Anda boleh membeli produk-produk tersebut dan
menjualnya semula kepada pengguna tempatan atau kawan-kawan anda. Anda juga
boleh menjadi orang tengah dan mendapat keuntungan melalui urusniaga itu.

Katakan sebuah produk untuk kegunaan rumah itu berharga RM50, anda mencari
pasaran dan membuat pesanan secara pos bagi jumlah yang banyak kemudian anda
menjualnya dengan harga RM80. Setiap satu anda akan mendapat untung sebanyak
RM30. Ini adalah contoh termudah yang boleh dilakukan . Satu cara lagi untuk
mencari wang hanya dengan rancangan infomericals yang keudara dan anda boleh
memohon untuk menjadi hos atau penyampai atau juruhebah untuk rancangan
pengiklanan.

Anda mungkin boleh menghubungi salah sebuah stesen televisyen tersebut.


Rancangan televisyen dan penyiaran adalah merupakan satu industri yang sangat
kompetitif pada masa sekarang. Disebabkan wang pengguna dan pengiklan adalah
merupakan satu perkara penting yang perlu difikirkan di dalam penyusunan program
jualan barang melalui rancangan televisyen , ia harus dilakukan dengan
berhati-hati.

Persaingan yang ada di dalam industri ini juga telah memberikan peluang yang
sangat besar kepada dunia perniagaan. Jika anda boleh melakukan sesuatu
kebaikan, contohnya dengan menjadikan jumlah penonton rancangan TV untuk produk
tersebut meningkat sudah tentu anda boleh menjadi terkenal. Anda akan dicari
serta ditawarkan peluang yang baik, atau anda boleh menjadi orang tengah
(broker). Anda boleh menerima tawaran dengan mengikat kontrak dan sebagainya.

Anda juga boleh menjadi broker yang berperanan untuk mencari pasaran mengetahui
pasaran pelanggan anda. Broker juga berperanan menghubungkan pihak pengiklan
dengan pihak pengusaha stesyen televisyen. Peranan broker sebagai orang tengah
adalah penting lebih-lebih lagi apabila beliau telah biasa berurusan dan ini
boleh memberikan komisen yang baik kepada pihak broker yang dibayar oleh pihak
36
pengusaha stesyen dan juga pihak pengiklan.

Stesyen penyiaran merupakan satu industri yang sangat kompetitif dan kadar
bayaran untuk iklan juga sangat besar dan berbeza-beza diantara satu dengan yang
lain. Seringkali terjadi di mana sebuah stesyen penyiaran tidak mempunyai
pegawai pemasaran yang mana boleh menjadi sumber pendapatan yang memang
menguntungkan.

Sebagai seorang broker adalah menjadi tugas anda untuk mencari pasaran baru dan
membantu stesyen penyiaran anda. Apabila berurusan dengan pelanggan anda
(pengiklan), anda perlu menerangkan dan memberitahu bagaimana anda boleh
menjimatkan kos mereka sama ada dalam bentuk wang atau pun masa dengan
menggunakan kaedah khusus yang anda ketahui.

Ini kerana bajet pelanggan anda sudah tentu terhad, mereka hanya akan
membelanjakan wang kepada perkara yang lebih efektif sahaja. Mereka hanya akan
lebih berminat dan tertarik kepada perkara yang boleh menambahkan wang mereka
sahaja. Peranan sebagai seorang broker adalah untuk membantu mereka membuat
keputusan penting ini

(No21)
Teknik Pelaburan Strategik Cara Jutawan

Teknik ini biasa digunakan oleh jutawan dalam mengandakan wang mereka. Terdapat
3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.

Prinsip Pertama:

Lebih cepat anda menyimpan lebih senang

Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan
(RM1,200 setahun) akan mengumpul RM349,000 apabila beliau berumur 65 tahun (
faedah sebanyak 8% setahun)? Jika beliau bertangguh selama setahun, ˆkerugian˜
sebanyak RM27,800. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang
sebanyak RM120,000 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga
10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM200,000! Dengan RM100 sebulan,
jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM12,000 tetapi kekayaan yang hilang
ialah RM200,000.

Ini adalah satu impak daripada faedah kompund iaitu wang yang dilaburkan akan
dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4,
8, 16, 32, 64, 128. 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan
beranak.

Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika
anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini, kerajaan telah
menyediakan ASN, ASB, Wawasan 2020 dan sebagainya untuk anda mula menyimpan.

Prinsip Kedua:

Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan

Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15
tahun. Jumlah ialah RM75,000. yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35,
sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas
anak-anaknya bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 55 hingga 65.

Semasa berumur 65 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi


RM750,000! ˘ 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan
yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM75,000, walaupun
37
kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama. Perbezaannya ialah bukan berapa banyak
yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat. Kesimpulannya ialah kita
perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!

Prinsip Ketiga:

Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan
anda

Nampaknya seperti membingungkan, tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan


besar untuk menjadi kaya. Dinegara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa
sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak
daripada orang lain.

Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan
menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan. Contohnya
satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan
berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan dibank, menjadi RM7,500
setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah
RM594,000.

Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi


mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau
RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul
dibank ialah hanya RM198,000.

Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh
professional dan jutawan. Bincangkan bersama-sama keluarga anda dan saya harap
anda dapat menyimpan secepat mungkin!

(No22)
25 LANGKAH MEMBINA KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN SECARA POS

Berikut ini dinyatakan langkah-langkah terbaik dan hasil daripada kajian dan
juga pengalaman pakar-pakar usahawan secara pos diseluruh dunia. Anda boleh
mengikuti kaedah yang diberikan disamping anda membuat kajian dan juga ujian
untuk mendapatkan pengalaman dan kaedah yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil
yang terbaik didalam sebarang usaha ialah dengan melalui proses CUBA dan GAGAL.
Setelah mendapat satu kegagalan jika kita dapat mengatasi masalah yang
berbangkit yang menyebabkan kegagalan tersebut sudah tentu kita akan mengetahui
kelemahan tersebut.

Dengan itu kita menjadi lebih baik, bijak dan boleh dengan mudah mengatasi
masalah tersebut. Pengalaman tersebutakan memajukan lagi perniagaan kita
walaupun ianya diusahakan secara kecil pada peringkat awal ini. Selamat mencuba
dan cubalah dengan sungguh-sungguh supaya hasilnya adalah yang terbaik.

1. Bacalah semua subjek dan perkara mengenai perniagaan gayapos dan


gunakanlah segala pengetahuan tersbut untuk membina perniagaan anda itu.
2. Pada peringkat awal adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan ini
secara sambilan terlebih dahulu sehinggalah andasudah mulai memperolehi
keuntungan sebenar. Kemudian kembangkanlah perniagaan anda itu sehinggalah anda
boleh menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa.
3. Anda mestilah tekun melakukan kerjaya baru anda itu sehinggalah anda
berjaya memperolehi pendapatan. Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba
dan melakukannya sehingga berjaya. Jadikan halangan dan kegagalan terdahulu
sebagai batu loncatan untuk membina kejayaan.
4. Belilah barang keperluan stationery seperi resit-resit, bil-bil, rubber
stamp, adhesive label, letter head, sampul surat dan jika mampu beli sbeuah
38
mesin taip atau computer. Ini dapat mengahsilkan satu kerja yang bermutu dan
lebih professional.
5. Rancanglah tempat atau kawasan untuk anda beroperasi supaya ianya mudah
dilakukan. Contohnya seperti alamat untuk urusan pos supaya ianya boleh berjalan
lancer dan mudah dihubungi.
6. Binalah perniagaan anda yang berhubung kait dengan cara meningkatkan
sumber kewangan, atau money- making plan. Bacalah mengenai cara pengiklanan dan
pengurusan dan segala maklumat berkaitan dengan akedah ini supaya ia dapat
membantu anda memperolehi pulangan yang lumayan. Berikan perkhidmatan yang
terbaik dan berikan kepada pelanggan anda pilihan yang terbaik sekali.
7. Pilihlah produk atau perkhidmatan yang menarik minat dan hati anda dan
yang mempunyai permintaan yang tinggi. Produk yang paling baik untuk dijual
secara pos ialah berupa maklumat berkaitan masalah meningkat sumber kewangan.
8. Periksalah bahan-bahan bercetak yang boleh anda beli, pastikan anda
boleh mendapat bahan bercetak yang boleh dicetak dan dijual semula. Dengan itu
anda boleh mencetaknya semula dan menjualnya tanpa menghadapi masalah bekalan.
Ini adalah cara terbaik untuk menjalankan dan memulakan perniagaan secara pos.
9. Pastikan pesanan daripada pelanggananda boleh berikan tepat pada masanya
dengan kualiti yang terbaik dan mereka cukup berpuashati dengan perkhidmatan
anda.
10. Tawarkan kepada pelanggan anda beberapa produk susulan selepas mereka
membeli produk yang pertama dan kirimkan surat jualan ataupun catalog yang
bermutu kepada mereka.
11. Tawarkan kepada pelanggan anda JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN untuk
produk-produk yang tidak diberikan tawaran istimewa atau tidak diberikan harga
potongan.
12. Gunakan bahan bercetak yang bermutu, jangan gunakan catalog dan surat
jualan yang fotokopi dengan kabur dan kotor. Bahan bagi sesuatu produk yang anda
jual akan memberikan kesan terus atau reflect kepada anda sendiri sebagai
usahawan.
13. Sentiasalah rekodkan barang-barang yang anda gunakan, begitu juga dengan
iklan-iklan yang anda siarkan. Rekodkan yang mana satutelah menghasilkan jualan
yang baik dan yang mana pula tidak menghasilkan jualan yang sepatutnya. Dengan
itu jika ada masalah anda boleh membuat perubahan dengan mudah.
14. Didalam iklan yang anda siarkan, gunakanlah perkataan MAKLUMAT PERCUMA-
untuk keterangan lanjut sila berikan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri
dan sebagainya yang boleh membantu jualan produk anda. Jangan meminta bayaran
melebihi RM1 atau RM2 bagi iklan sekecil 1x2 inci yang anda buat.
15. Buatlah seberapa banyak iklan didalam beberapa banyak penerbitan seperti
akhbar atau majalah yang anda ketahui jumlah edarannya melebihi 10,000 naskah
setiap kali.
16. Tukarlah penerbitan yang tidak berkesan supaya anda boleh mencapai
sasaran jumlah pembaca yang besar untuk melihat iklan anda.
17. Gunakanlah idea yang diberikan oleh pembekal kerana iklan-iklan mereka
ditulis dan dihasilkan oleh pakar didalam bidang iklan.
18. Jangan menulis sebarang iklan sebelum anda mengkaji sepenuhnya, dan
sebelum anda mengetahui subjeknya. Sebaiknya anda belajar dan kajilah mengenai
iklan dari pesaing atau pengiklan lain.
19. Jangan bimbang dan takut untuk mendapatkan bantuan dari pakar penulis
iklan atau professional yang mengetahui cara untuk meningkatkan pesanan.
20. Kebanyakkan surat jualan atau pun catalog yang disertakan borang pesanan
dan menawarkan produk yang berharga sekitar RM20 kebawah akan menghasilkan
jualan yang lebih baik.
21. Buat iklan anda didalam penerbitan yang mana para pembacanya mempunyai
minat untuk membaca iklan-iklan seperti yang anda siarkan.
22. Jika anda mempunyai kadar kiriman melebihi 300 pucuk surat , anda boleh
memohon permit untuk bulk mailing atau franking dipejabat-pejabat pos.
23. hantarkan pesanan kepada pelanggan anda dengan segera. Paling minima
dalam masa kurang daripada 15 hari. Dan mestilah menggunakan kadar bayaran pos
yang betul.
24. Beritahu kepada pelanggan anda jika pesanan mereka terpaksa dihantar
lewat kerana msalah bekalan dan sebagainya.
25. Jadilah peniaga yang jujur, jika ada pesanan yang dikembalikan semula
39
berikan wang mereka semula.

Perkara-perkara yang disenaraikan diatas adalah merupakan kaedah yang boleh


membantu meningkatkan pendapatan anda dengan lebih drastik lagi. Anda tidak
perlu mempelajari kaedah perniagaan yang begitu kompleks dan rumit seperti
kaedah pengurusan korporat. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang yang begitu
banyak untuk mengaji pekerja, menyewa premis perniagaan (kedai) atau menyewa
pejabat untuk menjalan pernigaan secara pos anda.

Anda boleh melakukan kerja-kerja ini dirumah, boleh dilakukan dibilik tidur,
didapur rumah anda atau dimana-mana sudut rumah anda. Anda boleh melakukannya
dengan selesa, anda boleh menikmati keseronokkan hidup sebenar dengan masa
lapang yang banyak disamping pendapatan yang lumayan.

Perniagaan menjual maklumat secara pos memang sangat menguntungkan. Jika anda
mempunyai hanya satu produk seperti laporan atau panduan, dan jika dilakukan
secara terus menerus dan tetap ianya boleh menghasilkan pendapatan minima
sebanyak RM3,000 sebulan.

Kami pasti anda boleh melakukannya dan boleh menjadi seorang yang berjaya dan
kreatif. Nasihat kami ialah jika anda suda berkemampuan belilah sbeuah computer
untuk meningkatkan lagi pengurusan dan kerja anda. Sekian dari kami, selamat
maju jaya dan salam bahagia.

(No23)
100 CARA UNTUK MENJADI BOSS SENDIRI

Jadi anda sekarang mahu bekerja dna menjadi boss kepada diri sendiri !!
Mungkin anda sudah merasa penat dan letih bekerja dengan orang lain dan mereka
tidak faham tugas-tugas yang anda lakukan ataupun anda telah bosan dan letih
kerana terpaksa berdepan dengan masalah lalulintas yang sesak setiap hari
sewaktu pergi dan pulang daripada kerja. Ayaupun anda sudah muak dengan suasana
politik di pejabat dimana ada budaya ampu dan tukang kipas, dengki mendengki .

Ataupun anda memang sudah yakin dengan diri sendiri yang anda boleh berdikari
dan memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada gaji atau pendapatan
yang anda terima sekarang ini.
Atau anda sudah bosan bekerja dengan orang lain, mahu menikmati kehidupan yang
jauh lebih baik dan mewah dan mahu melakukan kerja ˘kerja tambahan diwaktu
lapang anda ataupun anda hanya mahu menambahkan pendapatan keluarga anda dan
tidak mahu mengabaikan anak-anak anda.

Walau apa pun alasan yang anda berikan, dengan bekerja sendiri dan menjadi boss
kepada diri sendiri ia boleh memberikan pulangan yang lebih baik kepada diri
anda dan keluarga serta boleh meningkatkan harga diri anda juga. Ianya akan
memberikan hasil yang lumayan jika anda dapat menjalankan idea-idea perniagaan
yang baik dan tepat. Apakah jenis perniagaan yang boleh menepati IDEA ? Biasanya
sebarang idea boleh berjaya jikalau mempunyai dan menepati kriteria seperti
berikut ini ;

 Sesuatu yang anda ketahui dan anda boleh melakukannya dengan
baik
 Sesuatu yang anda SUKA untuk melakukannya dan tidak kisah jika
sentiasa melakukannya setiap hari
 Sesuatu yang mempunyai ruang yang luas untuk dipromosikan
 Sesuatu yang boleh dijual pada harga yang boleh mengatasi harga
kos pengeluaran anda dan juga menghasilkan keuntungan yang lumayan kepada anda .
 Sesuatu yang anda boleh lakukan dengan menggunakan modal yang
kecil ataupun modal yang mencukupi dan sesuai seperti yang anda rancangkan.
40
Jikalau anda masih belum lagi menemui cara-cara keusahawanan, mungkin anda boleh
melihat dan menggunakan salah satu daripada kaedah dan cara seperti yang
disenaraikan di bawah ini. Ada yang boleh memulakan urusniaga mereka di rumah
dengan menggunakan kaedah berikut dan ada pula yang masih lagi tidak mengetahui
cara untuk memulakan usaha mereka.
Kebanyakannya boleh dijadikan perniagaan sepenuh masa, dan sebahagian
daripadanya pula boleh digunakan untuk menambahkan lagi jumlah jenis perniagaan
yang sedia ada. Semuanya boleh digunakan sebagai cara untuk mencari wang yang
boleh dilakukan di rumah jikalau anda mengetahui cara untuk menjalankan
perniagaan melalui idea-idea yang telah diberikan itu. Dan jika and boleh
mencari kaedah pemasaran dan boleh memasarkannya dengan teratur.
Perhatikan idea-idea perniagaan seperti berikut :

Penasihat pertanian
Membaiki peralatan elektrikKonsultan komputer
Membaiki basikal
Penasihat pengurusan
Penulis pelan perniagaan
Kontraktor
Penasihat kejuruteraan
Konsultan alam sekitar
Konsultan fanchise
Penasihat kesihatan
Perunding imej
Perunding pakar
Perunding kejayaan
Perunding sumbermanusia
Perunding antarabangsa
Perunding pemsaran
Perunding perubatan
Perunding mutu
Perunding cara
Perunding produk
Perunding peruncitan
Perunding proposal kontrakKerajaan
Perunding keselamatan
Perunding latihan
Perunding audit utiliti
Perunding pengurusan Berisiko
Kartunis
Pendandan rambut
Kolumnis
Handy man servis
Pengurus artis
Pengurus jualan

(No24)
BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM1000 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA!

Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea
untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular. Salah satu peluang
lumayan ialah menjadi jurugambar bebas. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh
anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.

Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya.
Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah
menghasilkan gambar yang tidak jelas. Anda juga memerlukan lampu spotlight dan
stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda. Tidak perlu membeli
peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti
gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat ˘ ianya tidak
41
memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu
berikan dalam bisnes ini. Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda
boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri. Jika anda
hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000
sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej. Jika
anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi
RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda. Ianya bergantung kepada
satu perkara, kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang
berkualiti. Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup
memuaskan.

Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan
kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap.
Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.

Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja
yang dilakukan. Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir,
katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki. Apabila
anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan
sudah pasti beliau akan kembali semula 1) kerana beliau percaya dengan kejujuran
anda 2) kerana jika anda berkata boleh bermakna anda boleh buat.

IKLANKAN KERJA ANDA PADA PORTFOLIO

Buat portfolio iaitu iklan kerja anda pada satu kertas yang berwarna dan hitam
putih bersaiz 8x10 untuk ditunjukkan pada bakal pelanggan anda. Portfolio yang
bagus mestilah diisikan dengan gambar/slides bersaiz 35mm. Tayangkan pada kad
bersaiz 8.5x11 yang disalut dengan plastik yang boleh diisikan sebanyak 20
slides.

Apabila anda sudah berpuas hati dengan portfolio anda, telefon agensi
pengiklanan dan tunjukkan kepada pengarah artis mutu kerja yang anda boleh
lakukan. Buat temujanji dengan kedai-kedai butik dan kedai-kedai fesyen di pusat
membeli belah. Jangan lupa untuk berjumpa dengan industri dan kilang-kilang yang
mungkin akan menggunakan khidmat anda.

Bersedia untuk menunjukkan portfolio anda pada setiap masa. Setiap orang adalah
bakal pelanggan dan anda tidak tahu bilakan masanya anda akan berjumpa mereka.
Bawa portfolio anda dalam kereta pada setiap masa. Jika anda berbangga dengan
kerja anda, tunjukkan!

TAHU BAGAIMANA HENDAK MELETAKKAN HARGA

Perkara utama yang perlu diingat ialah anda menjalankan bisnes bukanlah untuk
memberikan dengan percuma. Anda mesti tahu apakah harga yang patut diletakkan
yang bersesuaian dengan mutu kerja anda.

Anda mungkin telah menjimatkan sedikit kos apabila bergerak secara sampingan
tanpa perlu membayar sewa studio dan membayar gaji pekerja, tetapi anda mestilah
tahu harga yang sepatutnya supaya anda boleh membayar kos dan usaha anda
mendapat pulangan sewajarnya.

Dua cara untuk mendapatkan upah 1) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap kerja
˘ iaitu mengikut jumlah filem yang digunakan 2) Anda boleh meletakkan harga bagi
setiap jam yang setimpal dengan kerja dan bakat anda. Harga ini tidak termasuk
kos filem, mencuci dan sebagainya.

BUAT RM50,000 SETAHUN BEKERJA SATU HARI SEMINGGU

Samada ekonomi baik atau tidak- pasti akan ada orang yang berkahwin dan kerja
untuk jurugambar bebas.
42
Iklan dari mulut ke mulut adalah alat pemasaran yang terbaik walau apa pun
produk yang anda jual. Ianya akan menjadi semakin cepat jika anda mengambil
gambar pengantin dan meletakan harga RM1000 bagi setiap gambar untuk kedua-dua
keluarga, gambar dinding dan album istimewa untuk pengantin. Kemudian apabila
mereka menjemput kawan-kawan untuk melihat, disinilah saham anda akan mula
meningkat.

Anda juga boleh menunjukkan hasil kerja anda kepada kedai bunga dan kedai-kedai
pengantin, butik dan katering yang terlibat secara langsung dengan perkahwinan.

Hanya beritahu kepada mereka bahawa anda berbesar hati untuk memperkenalkan
bisnes mereka kepada orang ramai dan minta mereka membuat perkara yang sama.

MELETAKKAN HARGA

Pastikan bahawa pengantin faham bagaimana anda meletakkan harga dan apa yang
mereka akan dapat sebagai pulangan. Beberapa cara yang boleh anda lakukan:

1. Tawarkan pakej penuh daripada majlis berinai, berzanji, berarak ,


bersanding dan makan damai.
2. Majlis bersanding dan makan damai sahaja
3. Majlis bersanding sahaja
Untuk perhatian anda, majlis perkahwinan adalah lubuk duit bagi jurugambar
bebas. Biasanya jurugambar meletakkan harga RM500 paling murah untuk mengambil
gambar sebanyak 5 gulung filem. Jika anda mendapat dua tempahan pada caj yang
minima setiap minggu , anda boleh memperoleh RM52,000 setahun. Bagi pakej penuh
, anda boleh mendapat sehingga RM100,000 setahun! Ianya hanya bekerja sehari
seminggu! Cuba bayangkan berapakah yang anda perolehi jika anda bekerja secara
sepenuh masa!

KERJA-KERJA LAIN YANG BOLEH DIAMBIL

Antara beberapa kerja yang boleh difikirkan oleh setiap jurugambar bebas:
1. Mengambil gamabr budak-budak sekolah, tadika dan sebagainya.
2. Pelajar universiti/kolej yang mengambil ijazah atau diploma.
3. Agen-agen hartanah
4. Agensi-agensi pengiklanan
5. Potret keluarga
6. Potret binatang peliharan
7. Acara-acara sukan
8. Gambar potret kanak-kanak

(No25)
BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM5,000 SEMINGGU HANYA BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN

Seminar dan workshop pada hari ini adalah merupakan satu cara utama bagi orang
dewasa untuk belajar, yang mana ianya merupakan satu sistem pembelajaran yang
mempunyai kaedah seperti mana pembelajaran akademik.Kaedah mudah dan pendek ini
memberikan dan menghidangkan maklumat yang sangat berkesan dan efisien. Anda
boleh menajalankan seminar mengenai sebarang subjek .

Dengan bayaran untuk menghadiri seminar tidak kurang daripada RM20 seorang,
ianya menjanjikan peluang membuat duit yang sangat besar. Kebiasannya bayaran
dikenakan adalah diantara RM50 hingga RM500 seorang.
Ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM3500 seorang, bergantung kepada
jenis seminar yang dianjurkan. Dan dalam melaksanakan seminar ini anda boleh
memperolehi pendapatan beberapa ribu ringgit sehari., dengan margin keuntungan
melebihi dua puluh peratus atau lebih.
Apa yang anda perlukan ialah talipon, mesin taip, cabinet untuk file, dan
43
sedikit borang dan juga alat-alat tulis. Jikalau anda boleh menarik minat ramai
orang anda boleh menjual atau mengenakan bayaran sebanyak RM500 seorang untuk
seminar yang akan anda jalankan. Mungkin ia lebih mudah daripada menjual seminar
yang berharga RM50.

Bayaran untuk sesuatu seminar tidak terbatas tetapi dua pertiga diantaranya
adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM500. Dengan pengurusan yang tepat, anda
boleh meletakkan harga setinggi yang anda rasa boleh anda lakukan.

Dan jangan lupa kaji selidik yang perlu dilakukan suapaya penyertaan tidak
berkurangan kerana peningkatan harga yang anda lakukan. Dan jangan meletakkan
harga yang terlalu rendah kerana kos yang diperlukan mungkin tinggi, jika begitu
anda akan menghadapi masalah besar pula nanti.

Pengiklanan utama anda adalah melalui pemasaran terus dan secara pos. Direct
respons marketing adalah termasuk urusan pos ters, yang mana ia memberikan
motivasi dengan cepat kepada pembaca. Contoh paling baik mengenai direct mail
marketing ialah Uji Kata Reader´s Digest.

Tempat atau dewan untuk seminar yang akan anda jalankan mestilah mempunyai
unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan selesa. Anda boleh memilih untuk
menyewa dewan yang besar dan mewah tetapi tidka mempunyai peserta yang ramai
ayau anda boleh menyewa dewan kecil tetapi selesa dan ia akan dipenuhi peserta.
Kawasan tersebut tidaklah perlu terlalu fancy/menarik tetapi biarlah ia mudah
ditemui, selesa dan selamat.
Panjang seminar yang akan anda jalankan haruslah berdasarkan kandungan yang
boleh anda sediakan. Jangan terlalu memanjangkan seminar anda sehingga
membuatkan peserta terpaksa menunggu sehingga ke waktu malam.

Untuk mendapatkan seminar yang sesuai panjangnya, anda perlu mengira jumlah
perbelanjaan yang perlu dibayar untuk menyewa dewan , nota, makanan dan
lain-lain. Kiralah jumlah bagi program setengah hari dan juga satu hari.

Anda mungkin akan menemui bahwa anda boleh menyampaikan mesej yang lebih
berkesan dalam program selama setengah hari. Ia juga akan dapat memotong kos dan
meningkatkan keuntungan anda.

Biasanya kos untuk sewa dewan atau bilik bergantung kepada jumlah jam yang
digunakan termasuk penyediaan peralatan seperti skrin, TV, projector slide dan
sebagainya. Salah satu risiko didalam perniagaan seminar ini ialah anda mesti
menempah dewan atau bilik lebih awal sebelum anda tahu jumlah peserta yang akan
menyertai seminar anda.

Pastikan jika anda menempah dewan, anda tahu tarikh untuk membatalkan tempahan
atau mengesahkannya. Anda mahukan supaya peserta-peserta seminar anda
meninggalkan boilik seminar dengan perasan puas dan memperolehi sesuatu yang
amat berharga dan sekurang-kurangnya mereka juga rasa puas memperolehi perkara
berharga dan juga rsa terhibur dengan penyampaian ceramah diselang seli jenaka.

Adakah anda akan mendapat kos yang setimpal dan berpatutan jika anda mengupah
penceramah? Pada peringkat awal kerjaya anda ini anda mungkin mahu menyampaikan
sendiri ceramah anda, bukan hanya ia boleh mengurangkan kos, tetapi anda akan
dapat mengetahui apa yang boleh berkesan dan apa yang tidak begitu berkesan.

Penceramah yang bagus mempunyai penguasaan maklumat yang bagus dan memberi kesan
yang sungguh baik kepada peserta. Cara persembahan yang sangat baik dan
berkesan. Untuk contoh topic, anda boleh memberikan tunjuk ajar kepada peserta
bagaimana untuk membuka perniagaan sendiri, menjalankan seminar, membuat
pinjaman dan juga apa sahaja topic-topik menarik yang boleh anda fikirkan.

Dan juga melalui kaji selidik yang anda jalankan, anda boleh memberitahu peserta
mengenai pengalaman anda sendiri dan memberi mereka contoh terdekat didalam
bidang tersebut.
44
Sasrkan juga sekiranya peserta mahukan program lanjutan atau anda mengalakkan
mereka memberitahu orang lain mengenai seminar anda dengan itu anda akan
mendapat iklan secara percuma. Jika seminar yang diberikan itu berkesan sudah
pasti ia akan menjadi sebutan.

Akhirnya sesuatu seminar itu seharusnya memberikan satu suasana yang indah dan
menyeronokkan dan satu proses pembelajaran yang berkesan dengan itu ia akan
dapat menarik minat lebih ramai peserta pada masa akan datang.

Anda boleh mendapat wang tambahan lagi diakhir sesi program dengan menjua disket
computer, CD ROM, buku-buku, kaset-kaset, video dan juga barang yang berkaitan
dengan seminar itu.

Jualan seperti itu boleh memberikan peningkatan penambahan sehingga lebih tiga
puluh peratus lagi kepada anda. Kerjaya dibidang ini adalah sangat menguntungkan
dan ramai yang berjaya membina kejayaan mereka dalam masa hanya beberapa tahun
sahaja dan telah memperolehi pulangan sangat lumayan.
(No26)
BAGAIMANA MENJADI KAYA CARA SENANG

Terdapat pelbagai cara mudah dan cepat untuk menjadi kaya, dan menjadi sesuatu
yang agak pelik mengapa ramai yang tidak mengambil peluang yang terhidang
didepan mata. Apabila anda memikirkan secara halus, perkara yang diperlukan
untuk sesorang menjadi kaya ialah satu pandangan yang jauh dan tenaga untuk
menjalankan bisnes tersebut.

Salah satu cara yang paling senang untuk mencari kekayaan, dan satu cara yang
selalu digunakan oleh mereka yang bijak ialah memberikan kepakaran, peralatan
atau modal untuk sesuatu perniagaan yang menyakinkan. Biasanya anda membeli
saham sebagai rakan kongsi- kemudian apabila bines sudah berkembang anda
pastinya mendapat habuan yang setimpal.

Perkara yang bagusnya tentang cara ini ialah anda boleh membuat perkara yang
sama, sebanyak yang boleh. Anda boleh mulakan misalan dengan memberikan khidmat
pemasaran atau penjualan untuk satu perniagaan kecil ˘ kemudian apabila bisnes
tersebut mula berkembang dan pendapatan yang anda perolehi digunakan untuk
laburkan kesatu bisnes lain pula, dan lakukan sehingga anda mempunyai 25 jenis
perniagaan. Jika satu bisnes anda memperoleh RM400 sebulan daripada 25 jenis
bisnes, pendapatan anda boleh mencecah RM10,000 sebulan! Sebagai permulaan ini
adalah satu jumlah yang agak banyak!

Cuba lihat sekeliling tempat anda ˘ dengan tumpuan sepenuhnya anda akan dapati
beberapa ratus bisnes kecil-kecilan yang boleh berkembang dengan pertolongan
daripada anda.

Kebanyakkan bisnes mahukan dan mengalu-alukan khidmat pemasaran, promosi, iklan


dan pembantu jualan. Dengan sedikit kajiselidik anda akan dapati bahawa
kehadiran anda amat diperlukan untuk memajukan bisnes mereka.

Biasanya anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa dan berbincang dengan tuan
punya kedai berkenaan beberapa idea yang dapat menggandakan perniagaan mereka.
Dengan cara ini sudah pasti mereka tidak sabar untuk berjumpa anda.

Sebagai persediaan, pastikan anda menulis idea anda diatas kertas. Ketengahkan
idea anda, kos yang diperlukan dan faedah yang akan diperolehi.

Kemudian apabila anda sampai untuk berjumpa, pastikan anda nampak dan dilihat
sebagai seorang bisness man yang terkenal. Beberapa ketika bercerita kosong
sebelum anda mulakan proposal anda.

Pentingnya ialah anda perlu memberitahu kepada tauke bisnes tersebut bahawa anda
boleh meningkatkan bisnes mereka dengan tukar 10 hingga 20 % saham syarikat
45
tersebut yang tidak begitu seberapa. Sudah tentu jika mereka tidak mahu
memberikan saham anda cadangkan supaya anda menjadi konsultant sahaja.

Hampir semua bisnes mahukan pertolongan dari segenap segi. Tuanpunya bisnes
sudah tentu sibuk menguruskan bisnes mereka ˘ dan merasakan bahawa mereka tidak
mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan semuanya, menyebabkan banyak perkara
penting yang dibiarkan. Ini akan menyebabkan bisnes mereka menjadi merosot ,
lebih kurang 60% akan menutup perniagaan mereka atau menjualnya kepada orang
lain.

Satu lagi cara lain untuk anda memasuki bisnes sesorang ialah dengan memberi
pinjaman kewangan. Jika anda mempunyai modal RM10 atau RM15 ribu dengan mudahnya
anda boleh menembusi bisnes mereka. Pastikan anda meneliti terlebih dahulu
potensi bisnes tersebut dan apabila melihat ianya bakal berkembang dengan
memerlukan sedikit modal, anda perlu pantas mendapatkannya.

Anda boleh memilih banyak bisnes yang demikian dengan hanya perlu menyiarkan
iklan yang berikut :

BISNES EKSKUTIF MENCARI RAKAN


KONGSI PERNIAGAAN SEBAGAI RAKAN
KONGSI ATAU SUNTIKAN MODAL.
TEL: XXXXXX
Ramai yang telah berkecimpung dalam bisnes ini setiap hari tanpa memerlukan
modal permulaan yang besar. Apa yang penting ialah anda perlu bertindak pantas,
jika dilakukan dengan sebaiknya anda pasti boleh menjadi kaya!

(No27)
Bagaimana Menjadi Seorang Yang Kreatif

Kreativiti bukanlah hanya untuk artis-artis sahaja. Ia menjadi bagai batu


lonjatan untuk kejayaan seseorang dalam segala bidang. Mereka yang tahu
bagaimana menggunakan minda kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan
menjadi seorang yang paling cemerlang dalam kerjaya, membina banyak bisnes yang
menguntungkan dan berjaya menarik ramai kawan-kawan yang bijak pandai.
Setiap orang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri. Malangnya,
mereka tidak belajar bagaimana cara untuk menggunakannya selalu. Daya kreativiti
tersebut tersimpan diminda mereka, tidak diguna pakai setiap hari. Laporan ini
membongkar rahsia bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dan berjaya!

Kebijaksaan : Bagaimana Menggunakannya

ˆYa lah, macamana aku tidak terfikir sebegitu?˜


Bukankah itu yang selalu anda katakan apabila seseorang telah mendapat
jawapan kepada masalah yang agak rumit? Apabila masalah seperti tidak boleh
diselesaikan macam biasa, orang kreatif tidak teragak-agak untuk memikirkan
dengan cara pendekatan yang berbeza.
Contohnya ialah Ulyssess S. Grant. Abraham Lincoln, presiden USA suka
bercerita tentang Grant, semasa zaman kanak-kanaknya suka menggunakan akalnya
untuk mengalahkan anak lembu yang tidak suka sesiapa pun menunggangnya. Anak
lembu tersebut sungguh keras kepala sehingga ia telah dibeli oleh seorang pemain
sarkas, yang menawarkan wang kepada sesiapa sahaja yang berjaya menunggangnya
pada masa yang ditetapkan.
Grant melihat beberapa orang muda yang lebih tua daripadanya dilempar
keatas tanah oleh anak lembu tersebut apabila mereka cuba menunggangnya. Dia
mencuba menaiki badan anak lembu itu dan berjaya bertahan beberapa waktu tetapi
akhirnya terjatuh juga. Kemudian, beliau menggunakan kebijaksaannya. Selepas
mendapat kebenaran untuk mencuba lagi, kali ini beliau akan menyelesaikan
masalah ini daripada sudut yang lain.
Daripada menunggung seperti biasa, dia melompat keatas badan lembu itu
46
dengan terbalik, iaitu memandang kearah ekor dan bukannya kepala. Budak itu
mencengkam perut anak lembu itu dengan kakinya dan memegang ekor lembu tersebut
dengan kedua-dua tangannya. Walau bagaimana cara sekalipun lembu itu mengoncang
dan menghentak, ia tetap tidak dapat menjatuhkan budak itu. Anak lembu itu
berjaya dikalahkan dan Ulysses S. Grant memenangi hadiah. Selepas membesar,
Grant memasuki tentera dan mengetuai battalion serta memenangi perang saudara.

Daripada pengalaman Grant ini telah memberi dua kegunaan penting


kreativiti;
1. Mencari jawapan yang pelik untuk satu masalah yang rumit.
2. Mencetuskan konsep baru.

Lengkapkan diri anda dengan kreativiti


Keyakinan adalah satu kunci kearah kreativiti. Apabila anda tahu bahawa terdapat
satu cara untuk menyelesaikan masalah (walaupun anda belum tahu lagi apa
caranya) anda mendapat semangat untuk mencari jawapannya. Sesorang yang sentiasa
memberikan idea-idea bernas bukanlah lebih kreatif daripada kita semua. Mereka
sebenarnya mempunyai lebih keyakinan.
Bagaimana anda boleh mempunyai keyakinan seperti itu? Dengan mengetahui
bahawa;Terdapat penyelesaian bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara.

Jika berkeyakinan adalah prinsip yang pertama, keduanya pula ialah minda yang
bebas. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell berkata:

Jangan selalu menggunakan jalan awam, pergi dimana orang lain pernah pergi.
Pergi ke suatu tempat yang anda tidak pernah pergi. Anda pasti akan berjumpa
dengan sesuatu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Satu penemuan akan
membawa anda ke satu penemuan yang lain, dan tanpa anda sedari anda mempunyai
sesuatu yang bagus untuk difikirkan. Semua penemuan yang penting adalah berasal
daripada pemikiran.

Minda yang bebas tidak terbelenggu dengan cara yang biasa dilakukan. Walau apa
juga orang lain kata, beliau tahu terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea
bagi setiap perkara, dan dia tidak takut untuk mencuba sebarang bentuk
kemungkinan.

Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti

Terdapat satu cara untuk mempertingkatkan kreativiti anda dalam menyelesaikan


apa juga masalah yang sukar. Mula dengan mengetahui rahsia ini;

Apabila satu masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan cara konvensional,
biasanya itu adalah kerana tiada rantai kaitan (missing link)

Masalah Grant yang tidak dapat bertahan lama diatas anak lembu tadi pada
mulanya kerana tiada tempat untuk berpegang. Itulah dikatakan tiada rantai
kaitan. Oleh itu inilah langkah pertama yang perlu diambil untuk mencari
penyelesaian kepada masalah sukar ialah menentukan apakah dia rantai kaitan yang
tiada. Objektif anda adalah untuk mencari satu perkara, jika ianya wujud akan
menyelesaikan masalah. Jangan bimbang jika pada mulanya anda boleh mengadakan
kaitan tersebut atau tidak. Hanya cari apakah kaitan yang tiada.
Pada tahun 1930s, Aramco, syarikat kerjasama Arab-American Oil Company
memerlukan satu kenderaan yang boleh berjalan diatas padang pasir. Masalahnya
ialah pasir tersebut yang menyebabkan tayar kenderaan tenggelam dan tidak
bergerak. Oleh kerana tiada kajian yang dibuat keatas masalah ini, jurutera
Aramco, Richard Kerr tidak mempunyai data kejuruteraan untuk mereka bentuk tayar
yang dapat mencengkam di atas padang pasir. Jadi, perkara pertama ialah mencari
kaitan yang tiada (missing link) iaitu kurangnya data kejuruteraan.
Langkah kedua ialah mencari jalan untuk mendapatkan data yang sesuai.
Cuba dan salah adalah satu cara tetapi ia mengambil masa yang agak lama. Sedang
beliau mencari idea untuk menyelesaikannya, satu cara ialah dengan meniru unta,
yang tidak mempunyai masalah berjalan diatas padang pasir. Walaupun berat dan
besar, unta tidak mudah untuk tenggelam dipadang pasir.
47
Walaupun idea itu agak gila, cengkaman yang digunakan oleh unta pastinya boleh
digunakan oleh kenderaan. Dia mengukur luas kawasan bukaan kaki unta tersebut
dan mengambil berat unta sekali. Ini memberikan beliau data kejuruteraan untuk
menentukan bentuk dan tekanan tayar yang diperlukan dipadang pasir. Akhirnya
beliau berjaya mencipta tayar yang sesuai digunakan di padang pasir. Tayar yang
dicipta itu masih digunakan sehingga hari ini dipadang pasir oleh
kenderaan-kenderaan komersial.
Teknik Missing Link adalah satu perkara penting yang perlu anda tahu
untuk menyelesaikan apa juga masalah yang timbul. Ia meningkatkan daya
kreativiti anda dalam mencari penyelesaian yang mungkin tidak pernah anda
fikirkan sebelum ini.

Bagaimana mendapat idea kreatif

Kita sudah membicarakan dalam menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan


masalah. Bagaimana menggunakannya untuk mendapat idea pula, yang dapat memberi
kita banyak peluang.
Kebanyakan penemuan terulung didunia ini dijumpai dengan tidak sengaja.
Isaac Newton terkejut apabila sebiji epal terjatuh keatas kepalanya, dimana
kemudiannya telah menyebabkan beliau menemui teori graviti. William H. Mason
pula sedang mencuba untuk mencari cara untuk menanggalkan turpentine daripada
kayu balak. Selepas melawat banyak kawasan pembalakan, dia melihat banyak kayu
yang dibazirkan. Dia mengambil semua kayu-kayu kecil dan disatukan untuk menjadi
sekeping papan yang apabila diberi tekanan tinggi boleh memberikan satu panel
kuat, seperti yang kita dapati hari ini iaitu plywood.
Adalah sesuatu yang biasa satu penemuan dan reka cipta ditemui dengan
cara yang tidak sengaja ini, dan idea yang asal dilupakan untuk meneruskan
projek baru yang lebih menguntungkan.
Ini memberikan kita satu penemuan iaitu idea baru tidak pernah asli. Ia
adalah gabungan dan ubahsuai daripada idea yang lain. Bill Gates tidak mencipta
komputer seperti Steve Jobs (komputer Apple), tetapi menulis software untuk
apple dan kemudian melihat peluangnya lebih cerah jika software itu boleh
digunakan oleh semua jenis komputer. Kini Windows ciptaan beliau digunakan
hampir kesemua komputer didunia ini. Oleh itu mengapa anda perlu bersusah payah
mencipta idea baru, sedangkan idea yang anda perlukan sudah wujud dalam keadaan
yang berbeza? Fikirkan kemungkinan yang ada. Jangan tunggu sehingga anda
mendapat inspirasi untuk mendapat idea kreatif, pada hal anda boleh mencuba idea
yang asal, ubahsuai menjadi satu keperluan yang anda mahukan.

Minda separa-sedar (subconscious) : Berikan anda idea dan penyelesaian

Adalah penting untuk diingatkan bahawa terdapat jawapan bagi setiap


masalah dan idea bagi setiap keperluan. Mungkin anda tidak sedar, bahawa idea
dan jawapan itu mungkin sudah disimpan dalam minda anda.
Para saintis telah membuat kajian dan mendapati terdapat 15 trillion data telah
disimpan dalam minda anda sepanjang hidup. Jika trillion data terdapat disini,
berapa zillion datakah yang boleh diwujudkan dengan kombinasi daripada data-data
tersebut. Dengan potensi ini, kemungkinan terdapat jawapan adalah cukup tinggi.
Itu berita baiknya. Berita tidak baiknya ialah 90 peratus dariapda
maklumat itu tersimpan dalam minda separa-sedar anda, tiada cara mudah untuk
membukanya. Ia terkeluar apabila ia mahu dan tidak pada masa anda sedang sedar
dan mahukannya. Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk mengambil data-data ini
ialah dengan tidur! Banyak idea penting dan penemuan telah dibuat selepas anda
tidur nyenyak. Anda seharusnya tahu bahawa ia datangnya daripada minda
separa-sedar anda.

Bagaimana ia berlaku adalah seperti berikut;

¯ Semasa anda sedang sedar dan berusaha untuk mencari jawapan kepada
masalah anda, minda separa-sedar anda juga sedar akan apa yang anda sedang cari.
¯ Minda separa-sedar anda tidak pernah berehat, walaupun anda sedang
tidur. Ia sentiasa memilih data-data yang tersimpan didalamnya.
¯ Minit, jam atau hari selepas anda berhenti daripada memikirkan masalah
48
tersebut, minda separa-sedar anda akan memberikan jawapan sepintas lalu kepada
anda, Anda tiba-tiba mendapat idea baru, atau jawapan kepada masalah yang rumit
semasa anda sedang membuat perkara lain.

Contohnya Sir Walter Scott mendapat idea baru apabila baru sahaja bangun dari
tidur. Einstein dilaporkan mendapat idea terbaiknya semasa sedang bercukur.
Thomas Edison pula setelah mencuba beberapa kali, akan berhenti selama 24 jam
dan pada masa itu beliau akan menemui idea-idea baru. Mozart pula dikhabarkan
mendapat idea lagunya ketika sedang berdengkur. Apabila bangun, beliau akan
menulis nota lagu tersebut yang beliau dengan semasa tidurnya.
Jangan tersalah anggap, satu perkara perlu diambil perhatian: setiap orang
diatas adalah mereka yang cukup pakar dalam bidang masing-masing. Mereka tidak
menjadi genius dariapda idea yang datang semasa sedang tidur. Minda separa-sedar
hanya memilih maklumat yang telah disimpan beberapa tahun dan melaporkan data
tersebut seperti yang anda mahukan.
Oleh yang demikian, maklumat berharga yang anda perolehi ini perlu anda lakukan
sendiri. Tanpa teknik-teknik ini mungkin idea-idea kreatif anda akan tersimpan
begitu sahaja.

(No28)
BAGAIMANA MEMBUAT WANG MENGGUNAKAN MESIN PENJAWAB TALIPON ANDA ( ANSWERING
MACHINE )

Mesin penjawab talipon otomatik anda atau answering machine boleh digunakan
untuk MEMBUAT LEBIH BANYAK WANG daripada cara lain disepanjang hayat atau usaha
anda . Orang yang tiada mempunyai kemahiran pemasaran di dalam perniagaan juga
telah berjaya dengan menggunakan kaedah mesin penjawab talipon otomatik ini.

Tidak lama dahulu sepasang suami isteri yang masih muda yang berasal daripada
GOSSEL KANSAS, USA telah berjaya menggunakan modal sebanyak tiga ratus dollar (
$300 ) untuk memperolehi keuntungan lebih 3 juta dollar ( US$3,000,000 ) dengan
memasarkan dan menjual maklumat berkaitan cara-cara meningkatkan sumber
kewangan, sama ada didalam bentuk buku , panduan-panduan dan juga
laporan-laporan .

Mereka hanya menggunakanmesin penjawab talipon otomatik. Ini menunjukkan bahawa


ada cara yang lebih mudah dan berkesan bagi memperolehi wang dengan hanya
menggunakan alat atau bahan tertentu. Pasangan ini juga membuktikan bahawa jika
anda ;
Mempunyai :-

1) IDEA YANG BAIK


2) PERCAYA DIRI SENDIRI UNTUK MEREALISASIKAN SESUATU
3) MEMILIKI MOTIVASI DAN KEMAHUAN KUKUH UNTUK BERTINDAK SEKARANG
4) JIKA ANDA TEKUN , ANDA BOLEH BERJAYA!!

Potensi Mencari Wang Yang Tidak Terhad

Potensi mencari wang dengan menggunakan mesin penjawab talipon otomatik adalah
tidak terhad. Jadi bagaimana saya boleh menggunakan mesin penjawab talipon
otomatik saya , dan apa yang patut saya jual ? Satu soalan yang baik !
Kemungkinan untuk berjaya tidak terhad ! ramai orang telah memperolehi wang
dengan menjual maklumat ` Bagaimana Untuk..´´ sama ada ianya dalam bentuk buku
, panduan-panduan, laporan-laporan atau bahan rujukan.

Tajuk-tajuk yang diminati termasuk panduan membuat kerja-kerja di rumah. Panduan


bekerja dengan kerajaan . Membuat wang dengan cara menjadi penulis bebas.
Membuat wang sama ada dengan van atau kenderaan anda dan lain-lain lagi.

49
Bagaimanapun mesin penjawab talipon boleh digunakan sebagai pemangkin iklan
untuk banyak produk dan perkhidmatan yang berbeza. Untuk menjual insurans atau
hartanah, pinjaman perumahan, membaiki dan dekorasi rumah, seminar dan
sebagainya . sebarang jenis restoran perkhidmatan sosial dan 1001 perkhidmatan
lain yang ditawarkan.

Bagaimana ia berfungsi

Iklan rampaian atau iklan jenis murah ada disediakan didalam akhbar harian dan
juga akhbar mingguan. ANDA BOLEH membuat iklan kecil dan murah didalam
akhbar-akhbar ini dengan menawarkan produk atau perkhidmatan anda. Anda boleh
memberikan nombor talipon anda dan pembaca boleh mendengar keterangan mengenai
produk atau perkhidmatan anda melalui ` mesej yang dirakam ´oleh anda sendiri
didalam mesin menjawab talipon otomatik anda itu. Anda boleh menggunakan skrip
yang anda hasilkan atau tulis sendiri dengan baik dan rakamkan dengan
menggunakan suara yang mesra dan bermutu . Rakamkan mesej anda dalam masa 2-3
minit. Di dalam mesej tersebut anda boleh menyuruh pihak pembaca melakukan
perkara seperti berikut:

1) Meninggalkan ( rakamkan nama dan alamat mereka ) dan membuat pesanan


menggunakan C.O.D.
2) Meninggalkan nama dan alamat lengkap mereka untuk diberikan maklumat
lengkap percuma yang lebih lanjut .

Cara keempat yang telah menjadikan ramai orang letih untuk melakukan ialah
dengan membuat pesanan menggunakan bayaran melalui kad kredit. Kebanyakan
pengusaha mengatakan ianya tidak begitu berfungsi dengan baik . ramai orang
tidak suka meninggalkan nombor kad kredit mereka bagi membuat bayaran tanpa
menemui pihak penjual. Kaedah yang terbaik ialah dengan menyuruh pihak pembaca
mendengar `mesej rakaman´ dan terus membuat pesanan setelah mendengar
keterangan yang anda rakamkan.

Mereka boleh terus membuat pesanan sama ada dengan membuat bayaran menggunakan
kiriman wang pos, kiriman wang, Postal Order, Bank Draft, Telegram Money Order,
Express Money Order, cek atau menggunakan COD ( Cash On Delivery ) . jika anda
menawarkan barangan atau perkhidmatan yang harganya tinggi seperti hartanah,
insurans atau pelan pemasaran berperingkat MLM anda sebaiknya perlu mendapatkan
nombor talipon atau alamat pemanggil supaya anda boleh membuat tindakan susulan
.

Jika anda menjual barangan yang harganya rendah contohnya yang berharga sekitar
RM50 contohnya seperti buku, hadiah dan lain-lain, anda boleh menggunakan kaedah
C.O.D. Kaedah ini bermaksud pemanggil akan membuat pesanan dan mereka hanya akan
membayarnya sewaktu mereka menerima barang pesanan daripada posmen atau mereka
boleh membayar di pejabat pos. cara pembayaran yang lain yang boleh dibuat ialah
dengan menggunakan kiriman wang pos / postal order / cek. Mereka boleh membuat
pesanan dengan membuat pembayaran menggunakan kaedah atau cara seperti yang
disebutkan di atas setelah mereka mendengar mesej rakaman mengenai KEBAIKAN DAN
KELEBIHAN PRODUK yang anda mahu jual itu.

Ianya satu cara yang mudah dan sudah pasti boleh difungsikan dengan baik dan
berkesan. Untuk mendapat kesan yang lebih baik lagi anda boleh membuat berbagai
kajian dan percubaan cara jualan melalui rakaman suara di dalam mesin penjawab
talipon anda . hanya dengan menggunakan rakaman suara selama 2-3 minit sahaja,
ia sudah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. MENGAPA KAEDAH INI BOLEH
BERJAYA ? Ini adalah kerana kebanyakan orang yang tidak suka berurusan secara
pos atau surat menyurat biasanya akan lebih suka membuat panggilan talipon
sahaja. Ini adalah kebenaran dan kebiasaan bagi golongan pembaca akhbar. Jadi
mengapa pula anda tidak mahu memulakan usaha ini dengan segera atau melakukannya
sekarang ?.

Baik, biar saya berikan anda beberapa langkah-langkah utama yang boleh anda
ambil bagi merealisasikan kaedah atau idea ini :-
50
1) Cipta atau dapatkan satu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik
minat ramai orang dan mempunyai permintaan yang tinggi.
2) Tuliskan iklan klasifikasi / rampai iklan ( kecil ) bagi menjual
barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu. Rakamkan surat jualan atau
katalog ke dalam mesin penjawab talipon atau answering machine anda .
3) Buat iklan anda di dalam akhbar yang kosnya murah. Berikan nombor
talipon yang anda gunakan dan telah disambungkan kemesin penjawab talipon anda
itu.
4) Pelanggan anda akan melihat anda di akhbar , kemudian mereka akan
menalipon anda , mendengar mesej surat jualan atau katalog anda, kemudian mereka
akan membuat pesanan. Langkah-langkah yang ringkas yang akan memberikan anda
wang yang banyak.

(No29)
CARA PALING MUDAH DAN MURAH MEMULAKAN URUSNIAGA POS

Jika anda masih lagi baru mahu menceburi kerjaya yang boleh dijalankan di rumah
ini anda tidak perlu risau untuk memikirkan bagaimana untuk mencari idea bagi
menerbitkan dan menjual panduan dan bahan bercetak anda sendiri. Sebenarnya
terdapat banyak cara mudah yang boleh anda temui jikalau anda mahu memikirkannya
dengan teliti. Urusniaga pos ini meruoakan satu kerjaya yang menyeronokkan dan
mudah untuk dijalankan kerana ianya tidak memerlukan modal yang banyak, tidak
memerlukan satu sistem perniagaan canggih ala dunia korporat. Malah ianya boleh
dilakukan hanya di rumah tanpa perlu untuk bercakap dan menemui sesiapa pun.
Anda juga tidak perlu untuk memegang sebarang kemahiran dan asas dalam
perniagaan kerana urusniaga ini boleh dipelajari dengan cepat.

Disegi modal pula perniagaan ini boleh dimulaka dengan modal sekecil kurang
daripada RM100 sahaja . Anda tidak perlu menyewa kedai dan lain-lain, malah anda
akan menerima wang setiap hari terus didepan pintu rumah anda. Sama ada ianya
hanya sebanyak RM100, RM300. RM500, RM1000 atau RM2000 SETIAP HARI ianya
bergantung kepada bagaimana anda mengusahakannya.Sesiapa sahaja boleh menceburi
perniagaan ini sama ada yang muda, yang tua, pesara, pelajar, surirumah, ahli
profesional atau mereka yang tinggal di kawasan pendalaman. Sekarang anda akan
diberitahu bagaimana seorang daripada ribuan pembaca ruangan iklan yang
dipaparkan setiap hari akan sentiasa mencari-cari peluang untuk menambahkan
pendapatan.

Cara paling mudah untuk mencari idea ialah dengan ` mengumpulkan nama-nama
pengiklan ´ yang anda sering lihat mereka sentiasa mengiklankan nama syarikat
mereka. Anda mungkin boleh memperolehi 20 hingga 50 nama syarikat-syarikat
tersebut. Susun nama-nama syarikat tersebut dan anda boleh menaipkannya menjadi
satu panduan dengan memberi tajuk menarik contohnya seperti ; 50 PELUANG
MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH .

Atau anda boleh mencari alamat syarikat jualan langsung ataupun nama individu
yang anda kenali yang menjalankan perniagaan jualan langsung. Kumpulkan
nama-nama yang lengkap mengandungi nobor talipon mereka supaya mereka mudah
dihubungi. Jika anda mempunyai senarai nama sebanyak 20 syarikat atau individu
berikan tajuk panduan anda itu seperti ini,; 20 PELUANG PERNIAGAAN SAMBILAN
MUDAH. Langkah berikutnya anda hanya perlu membuat pendedahan perniagaan anda
melalui iklan-iklan kecil di akhbar.

Seperti mana anda membaca iklan-iklan diakhbar, begitulah pula anda perlu
memberitahu ramai orang mengenai apa yang anda jalankan dan lakukan itu. Tidak
ada gunanya anda mempunya produk atau panduan yang hebat tetapianda tidak dapat
menjualnya pula. Biarpun panduan yang anda tuliskan itu hanya beberapa helai
sahaja isinya tetapi ia tetap merupakan satu maklumat yang penting. Anda jangan
lupa bahawa terdapat beribu-ribu orang yang membaca iklan setiao hari yang
51
mencari peluang-peluang.

Pembaca iklan tidak pernah berkurangan , ianya seperti ikan di lautan yang tidak
akan habis kerana sentiasa bertukar ganti . Anda hanya perlu mencari produk yang
sesuai dan didedahkan kepada mereka dengan mengenakan sedikit bayaran untuk
membelinya daripada anda. Dengan itu bermakna anda sudahpun menceburi satu
perniagaan.

PELAJARI BEBERAPA CARA UNTUK MEMBUAT IKLAN YANG MURAH

Anda boleh membuat iklan yang mudah dan murah danh hanya memerlukan modal kecil
sahaja untuk memulakannya . malah jika tiada wang anda boleh meminjam daripada
sesiapa yang anda kenali dengan mudah kerana modalnya sekitar RM100 pada
peringkat awal sudah memadai. Di sini anda akan ditunjukkan kaedah mudah dan
cepat untuk memperolehi wang. Anda boleh membuat iklan begini ;
PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN YANG HEBAT. Keterangan lengkap sila kirimkan
RM2 ataupun RM5 kepada .( nama dan alamat anda ) Untuk iklan seperti ini tidak
semua syarikat akhbar membenarkannya. Oleh itu anda juga boleh mmebuat iklan
seperti ini ; PELUANG PERNIAGAAN DAN MENAMBAHKAN PENDAPATAN CARA MUDAH DAN
MURAH. Untuk keterangan lanjut sila hantarkan sampul surat 4x9 bersetem dan
beralamat sendiri kepada .( nama dan alamat anda).

Jika anda membuat iklan seperti iklan pertama di atas, pembaca iklan akan
mengirimkan wang terus kepada anda tetapi kaedah ini hanya sesuai jika produk
anda berharga RM5 bagi iklan kecil kerana anda tidak dapat menerangkan secara
luas mengenai kelebihan produk anda. Jika anda membuat iklan menggunakan cara
kedua diatas anda akan menerima lebih banyak surat pertanyaan dan anda juga
perlu membuat katalog ataupun surat keterangan ringkas yang menerangkan faedah
yang boleh diperolehi jikalau pembaca memiliki panduan anda itu.

Ini akan menjadikan mereka mahu membeli produk ataupun panduan anda. Berikan
harga istimewa . sediakan borang pesanan dan buat cetakan dengan kemas dan
bermutu supaya kelihatan menarik. Anda boleh meletakkan harga diantara RM10 ˘
RM20 bergantung kepada niat anda. Sekarang anda akan menuju kearah kebebasan
kewanganbuatlah langkah selanjutnya dengan teliti supaya usaha anda akan
berkesan dan berdaya maju.
Semoga berjaya.

(No30)
MEMPEROLEHI RM10,736 DENGAN MENGUTIP BARANG TERPAKAI / LAMA DI RUMAH ANDA

Jika anda menjadi seperti kebanyakan daripada kami, anda mungkin boleh
mengeledah dan mencari sesuatu barang yang sudah lama tersimpan di rumah anda.
Sama ada ianya kepunyaan atau pemberian ibu anda, nenek anda, mak long anda atau
sesiapa sahaja.
Mungkin barangan tersebut sudah lama tersimpan dan berlapuk atau berdebu di
dalam almari, fail dan tempat simpanan barang. Mungkin ibu anda sudah lupa dan
anda terjumpa ` harta ´ tersebut . Apakah maknanya ?
Anda mungkin tertawa dan hampir tidak percaya apabila diberitahu sekarang. Apa
yang dimaksudkan adalah perkara biasa, ianya adalah SEJENIS RESEPI LAMA. Mungkin
resepi kuih-muih, resepi masakan lauk-pauk, makanan tradisional dan sebagainya.
Mungkin selama ini anda berpandangan bahawa benda-benda seperti tidak ada
nilainya atau tiada siapa yang menginginkannya.
Anda mungkin tersilap besar kerana masih ramai orang yang mahu mengetahuinya.
Malah anda boleh pula memperolehi ganjarannya yang lumayan apabila memberitahu
kepada orang lain. Anda boleh memperolehi wang yang sangat banyak dengan
menjualnya.

Mungkin resepi yang anda miliki itu sudah berusia bertahun-tahun, mungkin
berpuluh tahun. Adakah anda tahu bahawa dengan mengiklankannya di tempat yang
52
betul akan menjadikannya seperti goreng pisang panas dimana ramai orang yang
akan membelinya. Dengan hanya membuat iklan kecil di dalam majalah atau akhbar
mingguan ianya boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Majalah untuk wanita dan akhbar mingguan yang luas pengedarannya yang mungkin
berpuluh ribu seminggu atau sebulan boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada
anda jika membuat iklan di dalamnya.
Walaupun hanya satu atau dua peratus sahaja jumlah pembaca yang membelinya
daripada ribuan atau jutaan pembaca ianya sudah boleh menghasilkan pendapatan
yang sangat besar kepada anda.

Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi
dan kemahiran anda boleh ditemui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang
perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu anda masih
mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan
menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak
secara kecil-kecilan sahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba
tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang
tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang, tetapi bukan mustahil untuk
memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar
dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak
cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan , bahkan sebahagiannya boleh
dilakukan denagn jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu
(7-8 tahun) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah
kerugian besar dalam saham dan perniagaan. Ketika itu umur saya baru 27 tahun
dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Saya banyak terdedah di dalam dunia
perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah
perniagaan yang besar. Malah saya sanggup bekerja dalam tempoh yang panjang
untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah tertipu dalam pasaran saham dan semua
simpanan dari penat lelah habis begitu sahaja.
Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja saya telah memikirkan cara untuk
mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luarbiasa
tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu idea setelah
membaca sebuah buku bertajuk ` THE LAZY WAY TO A MILLIONS ´.

Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal
yakni lebih daripada seratus ringgit, bahkan halangan yang paling besar ialah
saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi saya mahu mencuba dan setelah
selesai membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu
hobi saya iaitu fotografi. Saya pun mula mencari bahan untuk menulis tip-tip
atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam
bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja. Saya telah menjuanya secara pos.

Percubaan itu mendapat sambutan yang agak baik juga. Dari situ saya telah
mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman
saya selama beberapa tahun, sekarang saya sudah mahir untuk menulis mengenai
berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah
saya boleh menulis beberapa buah panduan mudah setebal 2 hingga 10 muka surat
dalam masa beberapa jam sahaja. Panduan ini saya tulis dengan hanya mengambil
masa kurang dari dua jam.

Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduania sudah memadai.
Bahkan bukan mustahil untuk mejual sehingga beberapa ratus naskah dlam sebulan.
Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan
memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan
sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk
membuat kerja-kerja tersebut.

Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea
saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. untuk menulis
bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan
53
menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis di atas meja makan di
rumah saya menggunakan sebuah komputer buku (note book computer). Dulu semasa
saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.

Setelah saya mampu untuk membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan
komputer melalui buku-buku kerja, menulis telah menjadi semakin mudah dan saya
boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja.
Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda
juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak.
BERTINDAKLAH SEKARANG !!

(No31)
Syarikat Khas yang akan membayar sebanyak RM100,000 SEBULAN tanpa perlu
melakukan apa-apa ! Sangat mudah sesiapa pun boleh melakukannya !

Baru-baru ini kami telah membuat kajian dan penyiasatan mengenai satu kaedah
kewangan yang begitu mudah untuk dilakukan , yang mana kami tidak pernah
memikirkannya dahulu. Pada dasarnya anda akan menerima bayaran walaupun anda
tidak melakukan apa-apa pekerjaan ! Syarikat yang dimaksudkan ialah pengendalian
sistem talipon berbayar 900# atau 600# .

Kami pasti anda sudah biasa dengan iklan komersal rancangan televisyen yang
menawarkan program ` talian sahabat ´ artis , bolasepak , telekuiz , dan
lain-lain rancangan berbayar .

Beberapa tahun dahulu hanya ada beberapa buah syarikat pengendali rancangan
berbayar seperti ini, tetapi sekarang ianya sudah banyak ditawarkan . Kami telah
meluangkan masa dan banyak bercakap dengan orang-orang yang terlibat dalam
industri talian 900# dan 600# , dan apa yang kami temui adalah sangat
mengejutkan sekali .

Ramai orang yang memperolehi pendapatan lebih dari RM100,000 hanya dengan
memperkenalkan talian ini . Kami telah memperolehi RM28,000 pada bulan pertama
beroperasi . Anda boleh menghubungi syarikat pengendali talian 900# atau 600#
ini dan menyatakan bahawa anda mahu membangunkan atau memulakan talian berbayar
anda sendiri .

Anda akan mendapati kakitangan mereka sangat baik dan bersedia menolong anda .
Mungkin sebahagian daripada mereka adalah sebagai broker yang menjadi orang
tengah yang boleh membantu anda mempromosikan talian khas yang anda minta pada
masa yang sesuai .

Anda akan menjadi ` pembekal maklumat ´ atau information provider (IP) . Orang
ramai akan menalipon nombor yang anda iklankan untuk mengetahui tentang
lagu-lagu , horoskop , sahabat , cerita seram , pelajaran dan maklumat-maklumat
penting terkini .
Anda boleh menawarkan apa-apa sahaja tajuk yang difikirkan sesuai dan boleh
menarik perhatian orang ramai untuk menalipon talian yang anda promosikan .
Sesetengah daripada syarikat pengendali ini sudah mempunyai program-program khas
yang disediakan dan anda hanya perlu memilih sahaja dan memberitahu mereka bila
anda mahu memulakannya .

Pada kebiasaannya anda hanya perlu memperuntukkan masa sebanyak 1 jam sebulan
untuk membuat beberapa buah iklan di dalam beberapa buah syarikat penerbitan
yang mengiklankan talian 600# milik anda .
Secara automatik orang ramai akan menalipon nombor talian anda untuk mendapatkan
pelbagai maklumat yang dikehendaki dengan cepat tanpa melalui cara pos yang agak
lambat.

54
Anda kana mendapat bayaran walaupun daripada mereka yang tidak mempunyai kada
kredit. Inilah salah satu cara mudah dimana anda boleh mendapatkan wang yang
banyak hanya dengan memberikan nombor talipon istimewa anda kepada mereka .
Itulah kelebihan dan kehebatan program ini ! .

Percayalah , kami telah melihat sendiri laporan-laporan di dalam komputer


mengenai orang-orang yang telah memperolehi pendapatan lumayan daripada nombor
talian khas yang istimewa ini . Ianya sungguh hebat !!.
Mulakannya sekarang !

(No32)
MEMBINA KEJAYAAN DENGAN MENYEWAKAN SENARAI NAMA PELANGGAN

Senarai nama pelanggan boleh menjadi satu sumber kekayaan kepada anda jika tahu
menggunakannya . Anda boleh mengumpulkan senarai nama pelanggan dengan mudah
melalui beberapa cara. Mencari wang pada masa sekarang ini telah menjadi semakin
mudah dengan wujudnya beberapa kaedah dan teknologi baru .

Salah satu cara mudah untuk membina perniagaan dan kekayaan ialah dengan
menyewakan senarai nama pelanggan kepada mereka yang berminat. Jika anda tidak
mempunyai nama-nama pelanggan buat masa ini and boleh mula mencarinya dengan
cara mengumpulkannya daripada nama pengiklan-pengiklan di dalam akhbar yang
menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan sambilan.

Cara kedua ialah dengan membuat sendiri iklan-iklan anda dengan tajuk-tajuk yang
difikirkan sesuai. Nama-nama yang sering dikehendaki ialah bagi mereka yang
berminat mencari wang secara sambilan ataupun bagi mereka yang hanya mahu
menambahkan pendapatan secara sambilan di rumah. Anda boleh membuat iklan dengan
modal kecil antara RM20 ˘ RM50 untuk sekali iklan.

Di sini anda akan diberi dua cara bagaimana anda boleh memperolehi wang.
Mula-mula sekali kumpulkan nama-nama syarikat dan susun (taipkan) di atas kertas
saiz A4. Katakanlah anda mempunyai 30 nama syarikat yang menawarkan pekerjaan
sambilan ataupun peluang mencari wang di rumah .

Selepas itu anda buat iklan di akhbar-akhbar dengan menawarkan peluang-peluang


tersebut kepada yang berminat. Iklan anda boleh dibuat seperti : PELUANG
MENAMBAH PENDAPATAN/PEKERJAAN DI RUMAH YANG HEBAT . Keterangan lanjut sila
hantarkan nama dan alamat lengkap dan RM2 atau RM5 ; kepada : Nama dan alamat
lengkap anda . Apabila anda mendapat surat pembaca yang mengirimkan wang,
catatkan dan simpan nama-nama dan alamat lengkap mereka.

Kirimkan kepada mereka senarai nama-nama syarikat yang sudah anda taipkan kepada
mereka , dengan itu and telah memberikan maklumat kepada mereka dan anda
memperolehi bayaran RM2-RM5 bagi khidmat anda itu. Seterusnya kumpulkan
nama-nama pembeli anda itu dan taipkan di atas kertas A4 juga.

Simpan di tempat yang selamat seperti pocket file yang boleh dibeli dengan harga
50 sen satu. Jika anda kerap membuat iklan sudah tentu anda boleh memperolehi
banyak nama dengan cepat. Lakukan seperti mula-mula tadi iaitu taipkan dan
simpan di dalam fail sebagai ` master copy´ . Langkah seterusnya ialah anda
perlu membuat satu surat tawaran, katalog yang menawarkan nama-nama perlanggan
kepada mereka yang berminat khususnya kepada pengendali urusniaga pos ataupun
pengiklan-pengiklan.

Katakanlah setiap kali mengiklan anda akan dapat 40-60 nama, jika 20 kali iklan
anda dapat 800-1200 nama. Pada masa yang sama anda juga telah memperolehi
bayaran untuk maklumat yang mereka kehendaki iaitu jika 800 nama anda dapat
RM1600 ˘ RM2400 jika hanya RM2 jika hanya RM2 maklumat yang anda jual.
Jika RM5 mungkin anda boleh dapat RM4000 ˘ RM6000. Ini jika jumlah pembaca hanya
55
seramai itu. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada respon pembaca dan
berapa kerap anda membuat iklan serta bagaimana cara anda membuat iklan sama ada
ianya berkesan ataupun tidak.

Jika dalam seminggu anda membuat iklan didalam tiga penerbitan dan anda mendapat
150 nama yang menghantar wang sebanyak RM2, maka anda sudah mendapat RM300
seminggu. Jika ditolak kos mungkin sebanyak RM150, anda masih lagi memperolehi
untung sebanyak RM150. Ini hanya dari pembeli anda sahaja, jika anda menyewakan
nama-nama mereka pula anda boleh mendapat keuntungan lain lagi.

Katakanlah anda mempunyai 100 nama pelanggan. Anda boleh membuat pakej tawaran
seperti ini; Untuk 100 nama anda tawarkan harga sebanyak RM20 ( 250 nama ) =
RM50, RM75 dan 1000 nama anda boleh jual dengan harga RM120. Jika satu muka
surat saiz A4 anda boleh muatkan 20 nama dan alamat . Untuk 100 nama anda hanya
perlukan 5 helai kertas sahaja. Jika ada pembeli nama-nama tersebut anda boleh
memilihnya dan pergi ke kedai fotokopi dan membuat salinan mengikut jumlah yang
dikehendaki.

Kos untuk menyalin (fotokopi) biasanya diantara 5 sen hingga 20 sen sahaja bagi
satu muka surat . Jika 100 nama kos anda hanya 25 sen ˘ RM1 sahaja. Jika 1000
nama kos anda hanya dari RM2.50 hingga RM10 sahaja, dan anda boleh menjual dari
RM20 hingga RM120 untuk 100 ˘ 1000 nama . Ianya mudah untuk dilakukan jika
dirancang dengan betul. Semakin kerap anda membuat iklan maka semakin kerap dan
banyak pula pendapatan anda.

Katakanlah dalam seminggu and memperolehi 10 orang pembeli senarai nama yang
menyewa sebanyak 500 nama, pendapatan anda dari situ sahaja sudah RM750 .Jika
ada yang menyewa 100,250.1000 nama,anda boleh kira pendapatan yang bakal
diperolehi nanti. Anda belum kira lagi pendapatan anda dari kaedah yang pertama
tadi, iaitu pemberli panduan senarai nama syarikat yang menawarkan kerja dan
peluang menambahkan pendapatan. Bukan mustahil untuk anda memperolehi pendapatan
daripada RM500 hingga kebeberapa ribu ringgit setiap minggu dan bulan.

Anda boleh menjalankan perniagaan ini sepanjang hayat anda dan mungkin boleh
menjadi kaya kerana memang sudah ramai orang yang sudah menjadi kaya dengan
hanya melakukan kerja-kerja seperti ini. Walau bagaimanapun , kami tidak
bertanggung-jawab diatas jumla wang yang akan anda terima kerana ianya
bergantung kepada cara anda melaksanakan idea ini. Contoh-contoh yang diberikan
adalah mengikut kajian dan fakta yang pernah berlaku sebelum ini.

Begitupun faktor masa ,usaha, kesungguhan, kreativiti juga memainkan peranan


yang penting untuk berjaya dalam perniagaan ini. Kami sudah memberikan idea
terbaik bagaimana anda boleh menjayakan usaha niaga anda sendiri di rumah. Yang
terbaik ialah anda laksanakan sendiri dan sentiasa membuat penyelidikan. Peluang
memang ada yang tinggal hanyalah usaha berterusan anda.
Jika anda mahu berdikari lakukannya sekarang.

(No33)
RAHSIA BAGAIMANA MENULIS IKLAN KLASIFIKASI (RAMPAIAN) YANG MENGUNTUNGKAN

Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi
kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya! Ada satu
cara dimana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang
anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos yang boleh
dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.

Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asa iaitu menulis iklan
klasifikasi yang boleh menguntungkan dimana ianya memang mudah untuk dipelajari.
Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos anda dengan jayanya, anda mestilah
menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian atau pun klasifikasi
56
anda itu.

Pastikan ianya boleh menghasilkan jualan untuk produk atau pun perkhidmatan anda
itu. Jadi apakah yang boleh menarik perhatian pembaca, contohnya ialah anda
mestilah menyatakan apa yang sebenarnya anda mahu nyatakan. Kedua ianya mestilah
menepati kos yang anda mampu untuk melaksanakannya.

Dan yang ketiga, ianya mestilah boleh menghasilkan keinginan, sama ada untuk
pertanyaan sahaja ataupun untuk jualan. Mendapatkan perhatian pembaca dan
menarik mereka membaca iklan anda merupakan objektif utama yang mesti anda
lakukan. Anda mestilah boleh mempastikan bahawa pembaca akan berhenti sebentar
apabila membuka mukasurat yang memaparkan iklan anda itu walaupun ada banyak
iklan-iklan lain dimuka surat yang sama.

Sudah tentu ada sesuatu RAHSIA yang boleh menjadikan setiap pembaca berhenti
seketika apabila menatap iklan anda! Jadi dua atau tiga perkataan pertama yang
anda gunakan merupakan perkara yang paling utama dan ia perlu diberikan
keutamaan dan juga perlukan membuatnya melalui satu keputusan yang tepat. Dalam
banyak pemerhatian dan penyelidikan perkataan-perkataan utama inilah yang sangat
diperlukan untuk menarik perhatian pembaca.

Ianya seperti perkataan PERCUMA, ANDA BOLEH BERJAYA, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI
BANYAK WANG, RAHSIA, PERHATIAN! dan lain-lain perkataan yang boleh menarik
perhatian. tetapi walau apa pun perkataan yang mahu anda gunakan untuk memulakan
iklan anda, anda haruslah juga memikirkan bahawa ia juga mempunyai saingan
dengan banyak lagi iklan-iklan kecil dari syarikat lain dimuka surat yang sama.

Oleh itu melalui perkataan UTAMA anda itu haruslah anda meneruskan perhatian
pembaca dengan memberikan ˆjanji˜ atau pun memberikan faedah yang lebih banyak
lagi yang bakal diterima oleh pembaca. Dalam kata lain, anda mungkin boleh
menggunakan perkataan seperti ini : CARA MEMPEROLEHI WANG YANG BANYAK!

Mudah, kami akan menunjukkan kepada anda caranya. Didalam bahasa iklan yang
professional, anda telah menarik perhatian bakal pembeli anda, dan menarik minat
mereka untuk memiliki produk yang diiklankan. Perkara yang terbaik dalam menulis
iklan klasifikasi ialah cuba menarik minat pembaca mengenai perkara yang
ˆditawarkan˜. Inilah perkara yang menjadikan sesuatu iklan itu sama ada ianya
boleh berjaya ataupun tidak.

Cuba fikirkan mengenai perkara ini ˘ anda telah dapat menarik perhatian pembaca
anda ; anda telah memberitahu mereka bahawa ianya mudah dan senang dan anda
menyuruh mereka melakukan sesuatu. Lepas itu barulah anda meneruskan lagi iklan
anda dengan lebih jauh dengan menawarkan produk anda . Di bahagian ini, para
pembaca akan membandingkan iklan anda dengan iklan-iklan lain yang juga boleh
menarik minat dan perhatian mereka kemudian barulah mereka akan membuat
keputusan untuk memilih yang mana satu untuk mendapatkan maklumat seterusnya
ataupun hanya akan memberi tumpuan kepada iklan yang lebih menarik minat mereka.
Apa yang saya katakan dan maksudkan ialah ` di sinilah ´ tempatnya untuk anda
memasukkan perkataan ` ajaib ´ yang boleh menghasilkan jualan seterusnya.

Jadi sekarang cuba kita baca ayat ini : PEROLEHI WANG YANG BANYAK , MUDAH DAN
SENANG. DIJAMIN ! ianya memang menarik. Sekarang pembaca sudah tertarik dengan
ayat daripada iklan anda itu dan mereka fikir, jangan ketinggalan dan sekarang
adalah masanya untuk anda meminta mereka membuat bayaran .Sekarang ini merupakan
bahagian yang mana menyuruh mereka bertindak didalam iklan anda itu. dI bahagian
inilah anda yang mana perlu menggunakan perkataan perangsang seperti :

TAWARAN TERHAD ! BERTINDAK SEKARANG ˘ TULIS/HUBUNGI HARI INI. HANYA..anda juga


boleh menulis begini : DAPATKAN DENGAN BANYAK ! MUDAH /CEPAT/DIJAMIN ! Tawaran
terhad, kirimkan RM1 kepadaIni merupakan ramuan iklan-iklan yang boleh
memberikan kejayaan yang mana ianya mempunyai unsur seperti :
PERHATIAN-MINAT-KEINGINAN-TINDAKAN.

57
Tanpa memasukkan dan membina empat jenis unsur-unsur ini didalam iklan anda
mustahil untuk anda berjaya dan ianya hanya akan menyebabkan kos anda meningkat
dari segi kewangan tanpa memberikan pulangan langsung. Apa yang baru sahaja kami
beritahu anda ini hanyalah merupakan asasnya sahaja didalam iklan klasifikasi.
Sama ada iklan tersebut untuk ditempatkan didalam penerbitan besar ataupun kecil
yang penting ialah untuk menarik seramai mungkin perhatian pembaca dan bagaimana
mereka mahu membeli produk/laporan atau perkhidmatan anda. Sekarang cuba
perhatikan contoh seperti yang dituliskan dibawah ini. Ia boleh ditulis dengan
menggunakan kaedah asas menulis iklan seperti di bawah :

RAHSIA MEMBUAT WANG ! Bagaimana menulis iklan-iklan yang mneguntungkan . Senang


dan mudah untuk dipelajari, boleh menggandakan atau memberi respon sehingga tiga
kali ganda. Kirimkan RM1 kepada ABC ENTERPRISE. 10 Jalan Sebarang, Cape Town,
Melaka.12000.

Point yang digunakan ialah


1) Anda telah menarik perhatian
2) Anda telah menarik minat mereka
3) Anda telah berjaya membuat mereka tertarik dengan ayat-ayat yang
digunakan yang membuat mereka ingin membeli produk atau perkhidmatan anda.
4) Anda telah berjaya menyuruh mereka bertindak segera

Ianya bukan kerana disebabkan bijak atau sebagai satu helah. Hanya dengan
menggunakan perkara yang asas sahaja keuntungan anda akan segera meningkat
dengan mudah. Salah satu cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana menulis
iklan klasifikasi yang baik ialah mencuba kaedah seperti yang telah kami berikan
diatas.

Belajar menulis menggunakan kaedah tersebut untuk produk atau perkhidmatan yang
anda tawarkan. Lakukannya dengan kerap supaya anda menjadi mahir dan memperolehi
banyak idea. Apabila anda menulis iklan, cuba perbaiki perkataan-perkataan ,
ayat-ayat dan perenggan . Perkara terakhir yang perlu anda ambil perhatian sudah
tentulah mengenai nama dan alamat anda , di mana pembaca akan memberi respon dan
kemana mereka harus mengirimkan pertanyaan dan surat menyurat dan juga bagaimana
mereka mahu mengirimkan wang kepada anda kelak.

Secara amnya dikatakan kelak, para pembaca akan memberikan respon yang lebih
kerap kepada iklan yang mengandungi nama berbanding dengan yang hanya
mengandungi alamat sahaja. Walau bagaimana pun disebabkan iklan klasifikasi
menggunakan bayaran bergantung kepada banyaknya perkataan, ataupun besar ruang
yang digunakan anda boleh menggunakan nama yang ringkas dan pendek sahaja
asalkan ianya mempunyai kaitan dengan iklan anda.

Apa yang penting di sini, ialah agar anda dapat menulis iklan anda dengan
ringkas tetapi dapat menyampaikan maksud anda. Gunakan hanya perkataan pendek,
nama dan ayat-ayat pendek sudah memadai kerana yang penting ialah ` perkara ´
yang anda mahu sampaikan boleh diterima dengan mudah dan jelas.

Begiru juga jika anda menggunakan alamat pejabat pos atau peti surat pejabat
pos. perkara yang paling penting untuk anda memperolehi wang yang lumayan
melalui iklan anda ialah dengan menulisnya secara baik, sentiasa membuat
pembaharuan, penyelidikan dan menjaga kos perbelanjaan untuk iklan anda itu.
Sekarang anda tahu asasnya, tindakan seterusnya adalah bergantung kepada anda.
Untuk emmperolehi wang yang lumayan melalui iklan klasifikasi anda hanya perlu
memperbaiki kaedah yang digunakan dari masa ke semasa.
Sekian, selamat mencuba !

(No34)
RAHSIA MENCIPTA PRODUK YANG MURAH DAN MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN DARI 500% - 3000 %

58
Apakah dia produk yang mudah untuk dibuat atau dicipta dengan hanya menggunakan
kos yang murah tetapi boleh menghasilkan keuntungan atau pulangan yang sangat
tinggi , malah tidak perlu pula menyimpan stok barangan untuk dijual. Bagaimana
untuk memperolehi keuntungan dari 500% hingga 3000% . ia sama juga dengan 5
hingga 30 kaliganda daripada kos pengeluarannya.

Sangat jarang didalam mana-mana perniagaan yang boleh menghasilkan keuntungan


yang tinggi seperti ini. Jika ada pun ianya memerlukan banyak kos sampingan
seperti kos peralatan tenaga kerja kilang, bahan mentah dan sebagainya. Malah
dengan menggunakan sistem atau kaedah ini anda boleh menghasilkan produk anda
sendiri tanpa perlu menggunakan sebarang kos berupa wang dan sebagainya . apa
yang diperlukan hanyalah IDEA atau BUAH FIKIRAN sahaja.

Selain itu anda hanya memerlukan kertas dan juga pen . inilah sahaja bahan-bahan
asas dan utama yang diperlukan untuk menghasilkan produk anda itu nanti.

Apakah produk yang dimaksudkan ?


Produk yang dimaksudkan ialah INFORMASI@MAKLUMAT . Tahukah anda apa itu maklumat
? maklumat adlah perkara yang digunakan dan diperlukan oleh manusia didalam
setiap aspek kehidupan. Tidak ada manusia yang hidup tanpa menggunakan sebarang
maklumat atau informasi di dalam kehidupan mereka seharian . maklumat terbahagi
kepada pelbagai jenis. Ada yang sangat penting , sederhana penting, kurang
penting dan tidak penting.

Jika anda mahu mendapat keuntungan yang tinggi, umpamanya dari 500% hingga
3000%, pilihlah hanya produk INFORMASI yang PENTING sahaja.
INFORMASI atau maklumat yang penting ialah maklumat yang sangat dikehendaki oleh
orang ramai yang mempunyai PASARAN MELUAS. Dengan menawarkan maklumat penting
seperti ini sudah tentu akan memberikan hasil atau pulangan yang tinggi. Itulah
RAHSIA ASAS.

Apakah Dia Maklumat Yang Penting


Maklumat yang penting dan dikehendaki oleh orang ramai ialah maklumat yang boleh
membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang ramai. Umpamanya jika
seseorang itu mempunyai masalah kesihatan , anda perlu menawarkan maklumat yang
boleh membantu mengatasi masalah kesihatan mereka.
Jika seseorang menghadapi masalah mencari pekerjaan , anda perlu menawarkan
cara-cara dan teknik untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan. Begitu juga
jika seseorang itu menghadapi masalah kecantikan, masalah dalam perhubungan
suami isteri dan pelbagai jenis lagi masalah yang dihadapi oleh seseorang.
Maklumat tersebut boleh ditawarkan di dalam berbagai bentuk seperti ubat-ubatan,
kaunseling, dalam bentuk dokumentari atau rencana bergambar ,dalam bentuk
penulisan @ bahan bercetak, dalam bentuk pita kaset, dalam bentuk pita video dan
sebagainya. Untuk mengeluarkan atau menghasilkan sendiri produk sebegini ,
sebaiknya pilihlah cara yang TERMUDAH , TERMURAH DAN SELAMAT.

Apakah dia produk yang mudah, murah dan selamat dan bagaimana cara
menghasilkannya.
Produk yang murah dan mudah untuk dihasilkan ialah dalam bentuk bahan bercetak
dan bertulis. Ia boleh dicetak diatas kertas, disimpan didalam kaset, di dalam
CD ROM, Pita kaset, Pita Video dan lain-lain. Jika dibuat salinan pendua
(fotostat) ia mungkin hanya mengandungi 3 hingga 25 mukasurat. Jika satu muka
surat mencetaknya hanya 5 sen bermakna kos mengeluarkann hanya diantara 15 sen
hingga RM1.25 bagi satu produk.

Jika dalam bentuk DISKET KOMPUTER 3.5´´ , kosnya hanya diantara 50 sen hingga
RM1.20 sahaja. Jika dibuat dalam bentuk CD ROM, kosnya hanya diantara 80 sen
hingga RM5. Jika dalam bentuk kaset, kosnya diantara RM1 hingga RM3.50.jika anda
sudah memiliki MAKLUMAT@INFORMASI yang dimaksudkan , anda tidak perlu menyimpan
sebarang stok dan melonggokkan semua wang anda disitu. Itu cara lama dan
membazir sahaja.

Cara selamat yang lain ialah menggunakan kaedah PRINT ON DEMAND jika dalam
59
bentuk bahan bercetak diatas kertas. Anda hanya perlu menyimpan salinan MASTER
COPY sahaja. Jika dalam bentuk disket komputer anda hanya perlu COPY ON DEMAND
iaitu hanya perlu membuat salinan baru kedalam disket 3.5 inci terus dari cakera
keras atau hard disk drive anda. Jika dalam bentuk CD ROM bentuknya adalah sama
seperti menggunakan disket komputer. Hanya perlu dikeluarkan , dicetak dan
disalin, hanya jika ada permintaan . jadi anda tidak perlu menyimpan stok
apa-apa.
Jika dibuat dalam bentuk pita kaset , anda hanya perlu menyimpan didalam MASTER
TAPE sahaja , kemudian jika ada permintaan, barulah anda boleh menyalin kedalam
pita kaset lain yang masih kosong dengan menggunakan perakam radio kaset di
rumah anda. Pada masa ini hampir smeua orang memiliki perakam radio kaset di
ruman. Jika tidak pernah digunakan, sekarang ia boleh dimanfaatkan untuk
kebaikan anda juga.

Bagaimana Memperolehi Keuntungan 500% hingga 3000%


Ini adalah masa yang sangat dinantikan. Untuk memperolehi keuntungan setinggi
ini peranan yang paling penting sekali dengan meninjau pasaran. Apakah produk
yang telah sedia ada di pasaran. Mampukah produk anda menarik minat orang ramai.
Rahsia utama memperolehi keuntungan tinggi ialah ` Bagaimana cara anda meletak
harga kepada produk anda ´. jika produk anda dihasilkan dengan kos sebanyak RM2.
Anda boleh dan perlu menjualnya dengan harga diantara RM20 hingga RM60 setiap
satu. Jika kos mengeluarkan seperti mencetak , menyalin kedalam disket, menyalin
ke dalam CD ROM kosnya 80 sen bagi sekeping DISKET dan CD ROM ˘W anda boleh
menjual dengan harga yang tinggi sebanyak 10 hingga 30 kali ganda daripada
harganya.
Jika sehari anda boleh menjual 5-10 naskah panduan berupa INFORMASI/MAKLUMAT
yang kosnya hanya 80 sen dan anda menjual dengan harga RM20 ˘ RM30, pendapatan
anda ialah dari RM200 hingga RM300 SEHARI. Itulah kelebihan menjual produk dalam
bentuk INFORMASI@MAKLUMAT. Walaupun jika ada saingan , anda masih selamat kerana
produk anda adalah milik anda dan anda kawal sendiri. Anda boleh keluarkan
sendiri dengan cara yang mudah.

(No35)
BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM100,000 SETAHUN DENGAN MENJADI PENERBIT DI RUMAH DENGAN
MODAL KURANG DARI RM200.

Pada masa sekarang ini , sesiapa sahaja boleh menjadi penulis dan penerbit
sepenuh masa di rumah dan memperolehi pendapatan sehingga lebih RM100,00u
setahun atau lebih RM8,000 setiap bulan.

Anda boleh memulakan perniagaan ini hanya dalam masa lebih kurang 2 minggu
sahaja . Bidang penerbitan dan penulisan merupakan salah satu bidang perniagaan
yang berprestij yang boleh anda ceburi, dan anda akan mendapati bahawa
beribu-ribu orang di seluruh dunia akan membaca idea dan pemikiran anda .

Anda mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kehidupan orang lain dan anda akan
memperolehi banyak sekali faedah di dalam proses tersebut . Dengan teknologi
terkini, Desktop publishing atau penerbitan meja akan menjadi satu cara yang
tidak mustahil untuk dilakukan .

Teknologi komputer telah membolehkan kita untuk menjadi penulis dan menerbitkan
buku-buku , panduan-panduan , resepi masakan dengan cara yang lebih mudah serta
kos yang murah . Masalahnya ialah bukan bagaimana untuk mencetak atau
menerbitkan buku tersebut tetapi yang paling penting ialah bagaimana untuk
mengedarkannya !

Memasarkan Buku Anda

Salah satu cara untuk memudahkan buku anda dapat diedarkan ialah dengan
mengedarkannya sendiri . Apabila pasaran telah anda dapati maka dengan mudah
60
anda boleh mengedarkannya sendiri . Jika anda memasarkan buku anda dengan betul
anda akan dapat menjual untuk selamanya .

Malah ianya membolehkan anda memperolehi pendapatan beribu-ribu ringgit setiap


bulan . Dan setiap buku baru yang anda tulis akan menjadi satu sumber tambahan
yan baru pula . Dan apabila anda telah dapat memulakan usaha ini ianya sukar
dihentikan walaupun anda mahu berbuat demikian .

Bagaimana Saya Memulakan Penerbitan Saya Dengan Modal RM20

Pertama kali saya memulakan bisnes dalam bidang penerbitan ini hanyalah dengan
modal sebanyak RM20 untuk membuat iklan kecil. Apa yang sangat menakjubkan ialah
iklan dan pelaburan kecil ini telah memberikan pulangan sebanyak beberapa ratus
ringgit setiap bulan .

Memang tidak mencukupi untuk menyara hidup tetapi sekurang-kurangnya saya telah
memperolehi dengan usaha kecil sahaja . Saya terus melaburkan semula keuntungan
yang saya perolehi di dalam beberapa iklan lain lagi .

Hasilnya hingga sekarang saya berjaya memperolehi pendapatan beberapa ribu


ringgit setiap bulan , malah jumlah ini jauh lebih besar berbanding pendapatan
saya dimasa lalu di dalam bidang kerja atau perniagaan lain yang pernah diceburi
. Malah ada kalanya saya boleh memperolehi hingga melebihi seribu ringgit sehari
! Tidak mustahil anda juga mampu melakukan yang sedemikian sekiranya anda
mengetahui rahsianya.

Satu Rahsia Yang Patut Anda Ketahui Untuk Berjaya

Salah satu rahsianya ialah anda jangan hanya mengikuti pasaran tetapi biarlah
pasaran yang akan mengikuti kehendak anda . Anda mungkin kena mengetahui dan
memahami sesuatu pasaran , sebagai contoh anda mestilah kena mengambil perhatian
khusus atau memfokuskan kepada apa yang orang ramai minati . Anda mesti berani
mengambil kira apa yang sedang berlaku disekeliling anda.

Menukar idea Anda Menjadi Wang Beribu Ringgit

Walaupun anda tidak tahu menulis anda masih boleh mengupah orang lain untuk
menulis bagi pihak anda . Anda hanya perlu mencari sesuatu topik atau tajuk
sahaja . Saya boleh menunjukkan kepada anda cara untuk menulis sekalipun anda
fikirkan bahawa anda tidak boleh . Anda boleh memiliki buku yang menarik
sebagaimana yang terdapat di kedai-kedai buku dengan kos di bawah RM3 sebuah .
Ianya boleh dijual pada harga dari RM40 ˘ RM90 sebuah . Sudah tentulah mereka
tidak hanya membayar harga buku tersebut tetapi sebaliknya mereka membayar untuk
mendapatkan maklumat tersebut . Keuntungannya sungguh menakjubkan dan sebab
itulah ianya mampu memberikan pulangan yang besar dalam masa yang singkat sahaja
berbanding perniagaan lain .

Sebgai penerbit mungkin sebahagian besar masa anda hanya diperuntukkan untuk
membuat penyelidikan sahaja . Dengan melakukan perkara ini, anda bukan sahaja
akan memperolehi pelajaran dan idea baru tetapi apa yang lebih penting
kerja-kerja anda ini akan menghasilkan pulangan yang amat lumayan sekali apabila
anda edarkan dan jualkannya . Dengan lain perkataan anda akan dibayar sewaktu
anda sedang belajar .

Bukan sahaja pengetahuan anda akan meningkat malah akaun bank anda juga akan
terus meningkat. Anda juga akan merasa seronok kerana maklumat yang anda berikan
itu akan memberikan faedah kepada beribu-ribu orang . Ini hanya sebahagian kecil
usaha anda untuk memajukan dunia ini, dan anda mempunyai peluang untuk menjadi
` SESEORANG ´. K ebanyakan orang tidak tahu bagaimana untuk mencapai
tahap ini, tetapi anda boleh melakukannya .

61
Ia Seperti Satu Permainan

Anda perlu faham bahawa perniagaan ini bukannya hanya untuk dilakukan sekali
sahaja. Ianya boleh dijalankan selama mana anda mahu berada di dalamnya . Ianya
berfungsi dengan menggunakan formula tertentu . Apabila anda telah menemui
kombinasi ini, anda hanya perlu meneruskannya dan terus mempromosikan atau anda
boleh memberikan perniagaan ini kepada orang lain untuk menjalankannya dan anda
hanya menerima royalti (ganjaran) sahaja .

Kebebasan Kewangan Dengan Memiliki Syarikat Penerbitan Sendiri

Untuk memperolehi pendapatan sebnyak RM100,000 setahun anda hanya perlu menjual
sebanyak 41 buah buku seminggu yang berharga RM50. Jangan anda fikir anda mahu
dan boleh melakukannya bermakna anda sedang menuju kearah kejayaan dan
keuntungan sebenar didalam perniagaan penerbitan ini .

Jika dilakukan dengan betul anda boleh memperolehi lebih banyak lagi darpada
RM100,000 setiap tahun . Saya begitu yakin, ianya satu perniagaan yang mudah dan
menyeronokan . Peluang pendapatannya tiada had atau batasan .

(No36)
RAHSIA MEMPEROLEHI RM15,000 DALAM MASA 15 HARI

Menjual produk/perkhidmatan secara pos merupakan satu kaedah dan perniagaan


paling cepat berkembang didunia pada masa sekarang. Dianggarkan pada tahun 1991
sahaja, jualan secara pos berjumlah RM400 billion di Amerika sahaja.
Berjuta-juta orang daripada segenap lapisan hidup dan dari segenap penjuru dunia
menceburi urusniaga pos dan jumlah semakin bertambah setiap hari.

Beberapa orang daripada mereka memperolehi pendapatan sehingga berjuta-juta


ringgit sebahagiannya memperolehi beberapa ribu ringgit dan ada yang memperolehi
pendapatan tambahan beberapa ratus ringgit sebulan.

Dan ada juga yang hanya sekadar mencuba secara main-main hanya memperolehi
beberapa ringgit dan terus kecewa. Perniagaan secara pos telah menarik minat
hamper setiap orang dengan harapan untuk menjadi kaya dengan lebih cepat. Secara
amnya ianya tidak memerlukan peralatan yang rumit, cukup hanya modal yang minima
dan tidak perlukan ruang pejabat yang mahal sewanya.

Urusniaga pos merupakan satu jenis perniagaan yang boleh dijalankan oleh sesiapa
sahaja dari rumah mereka dengan selesa. Mengenai resepi kejayaan didalam
urusniaga pos ini ialah anda hanya perlu memahami apa yang akan anda lakukan.
Ianya bukan satu permainan atau pun satu perkara yang perlu anda lakukan dan
cuba dengan segera.

Ianya merupakan satu jenis perniagaan dan memerlukan satu pemahaman yang baik
mengenai apa benda yang orang mahu beli, mengapa mereka membeli, dan pelan
pemasaran yang boleh membantu anda kearah kejayaan. Untuk menjadi kaya dan
berjaya dalam urusniaga pos ini anda mesti mengetahui selok belok dan pelan
pemasaran.

Oleh itu anda perlu berfikir mengenai produk yang anda mahu jual ˘ siapa yang
mahu membeli ˘ dan mengetahui mengapa mereka membeli, dan program yang akan anda
usahakan untuk menjualnya dan bagaimana mereka mahu membeli produk anda kelak.

Cara paling baik dan ideal untuk menjual produk atau perkhidmatan adalah melalui
cara ini ˘ kerana ia memberikan tarikan kepada ramai orang. Ini disebabkan
maklumat yang dijual akan memberikan pengetahuan dan juga panduan kepada mereka
dan membolehkan mereka menjadi kaya.

62
Pada dasarnya ialah semua orang didunia ini mahu mengetahui cara bagaimana untuk
menjadi kaya ˘ tanpa perlu melaburkan wang, masa dan usaha yang banyak. Jadi
perkara utama yang perlu anda lakukan ialah melakukan sedikit penyelidikan
pemasaran. Cuba lihat dalam semua penerbitan yang memaparkan iklan urusniaga pos
/ peluang perniagaan.

Cuab fikirkan mengapa mereka melakukannya ˘ dan bagaimana mereka melakukannya ˘


kemudian cari formula tentang pelan perniagaan anda supaya anda boleh mengikuti
cara mereka. Dengan maklumat dan panduan untuk cepat membina kekayaan yang anda
miliki dan anda tentu boleh menjadi `prime source´ atau pun mempunyai sumber
utama produk.

Ada 2 cara untuk anda jalankan. Anda boleh menjadi penulis yang akan pening
kepala dengan berbagai karenah dan urusan untuk mencari bahan, atau anda boleh
membeli laporan/panduan/buku yang boleh dicetak dan dijual semula dan anda boleh
menjualnya sebagai milik anda.

Sebagai penulis, anda perlu membuat penyelidikan, menulis,mencetak, pengiklanan


dan memenuhi pesanan. Jika anda menjadi pengedar anda hanya perlu membayar
sekali sahaja, selebihnya anda hanya perlu menumpukan pada usaha penjualan
sahaja. Anda juga masih perlu mengendalikan percetakan, pengiklanan dan memenuhi
pesanan ˘ tetapi anda mempunyai kelebihan untuk memilih dan hanya mengambil
produk yang boleh memberikan wang yang banyak kepada anda.

Seperti kebanyakkan penulis, hanya 10% daripada mereka menghabiskan masa untuk
membuat penyelidikan, menulis dan mengarang. Penulis perlu membuat usaha yang
lebih sedikit berbanding menjadi pengedar dimana mereka hanya perlu menjual
sahaja.

Penyelidikan yang anda jalankan haruslah menjadikan anda mendapat idea yang baik
untuk menjual ˘ apa yang orang mahu beli ˘ dan tajuk apakah yang membolehkan
minat orang membeli untuk mendapat keuntungan. Perkara seterusnya ialah anda
perlu membuat penyelidikan didalam banyak penerbitan khususnya akhbar harian dan
mingguan yang ada menawarkan ruang iklan untuk iklan kecil dan urusniaga pos.

Kebanyakkan pengiklan akan memperolehi keuntungan melalui iklan mereka. Fikirkan


program yang manakah yang mahu anda jalankan dna bagaimana anda boleh
memperolehi wang melaluinya. Iklan yang paling baik ialah yang menawarkan
tawaran percuma ataupun pelan pemasaran untuk mendapatkan wang.

Iklan anda mungkin berbunyi begini : LAPORAN PERCUMA ! ˆ Rahsia dalaman untuk
memiliki empayar perniagaan yang bernilai berjuta-juta ringgit dalam urusniaga
MLM ˆ Hantarkan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri kepada (nama dan
alamat anda)

Dalam membalas surat-surat yang anda terima melalui iklan tersebut, hantarkan
kepada mereka keterangan ringkas sepanjang satu muka surat penuh yang
menerangkan RAHSIA MLM secara ringkas.

Kemudian sediakan `borang pesanan´ dibahagian bawah muka surat tersebut untuk
mereka yang berminat mengenai MLM supaya mereka boleh memesan laporan/panduan
yang mereka ingini dengan harga RM15 atau RM20 untuk RAHSIA lengkap MLM anda
itu. Anda juga boleh menyertakan lain-lain tawaran ˆpanduan/laporan RAHSIA´
didalam surat tersebut supaya mereka boleh membeli panduan yang lain pula.

Pada masa yang sama, anda susun nama dan alamat, taip dan simpankan nama
orang-orang yang menghantar surat pertanyaan, membeli panduan / laporan kewangan
anda itu. Anda sekarang sudah boleh memiliki senarai nama pelanggan yang boleh
digunakan sendiri ataupun boleh disewakan/dijual kepada orang lain khususnya
kepada mereka yang menjalankan urusniaga pos dan menjual sistem kewangan yang
lain.

Anda Boleh memperolehi pendapatan dan keuntungan yang lumayan melalui urusniaga
63
menjual senarai nama pelanggan tersebut. Simpan setem yang anda perolehi
daripada surat-surat tersebut dan anda boleh menjualnya kepada pengumpul koleksi
setem (peminat setem) dengan harga yang tinggi.

Simpan sampul surat yang mempunyai alamat ˆsila kembalikan keapda jika tidak
sampai˜. Jika anda sudah mempunyai satu atau dua ribu koleksi ini, anda boleh
menjualnya kepada syarikat yang mencari senarai nama pelanggan dan memperolehi
bayaran antara RM50 hingga RM200. Cara lain untuk membuat iklan ialah dengan
menawarkan buku atau laporan anda untuk dijual terus melalui iklan tersebut
sendiri. Contohnya seperti berikut : ˆ RAHSIA DALAMAN UNTUK MEMILIKI EMPAYAR
PERNIAGAAN MLM YANG BERNILAI BERJUTA RINGGIT˜ Panduan terbaru yang dinamik
memberikan rahsianya. Kirimkan RM3 kepada (nama dan alamat anda).

Tetapi memang agak sukar untuk menjual sesuatu produk terus melalui iklan kecil
tersebut kerana ia tidak cukup ruang untuk menceritakan semua teknik penjualan.
Tetaopi jika anda mahu membuat jualan melalui iklan kecil, anda haruslah
mengenakan harga yang kurang daripada RM5 untuk produk anda. Produk yang
berharga RM3 akan lebih menarik minat ramai pembeli berbanding yang berharga
tinggi.

Produk yang berharga RM5 mestilah dibuat melalui ruang iklan yang berukuran
sekurang-kurangnya satu inci persegi. Dan produk yang berharga RM20 mestilah
dijual melalui ruang iklan yang berukuran satu muka surat penuh bersaiz A4 atau
8 x 11 inci. Dan proudk yang berharga melebihi RM40 seharusnya dijual melalui
surat jualan yang ditulis dengan lebih professional.

Apabila anda mahu memulakan perniagaan dalam urusniaga pos ini, cuba tumpukan
hanya kepada jenis iklan yang kecil dahulu *klasifikasi /rampaiiklan) ˘ uji
kuasa tarikan iklan anda dan produk anda. Cuba buat analisa, berlatih dan
menulis semula beberapa iklan yang dibuat oleh orang lain dan buat ujian
melaluinya dan buat iklan didalam satu atau dua buah penerbitan sahaja.

Cubalah buat ujian dan kajian sehinggalah anda boleh menempa kejayaan. Dengan
maksud lain jika iklan anda kosnya RM30 dan anda memperolehi untung sebanyak
RM150 ˘ ambil semula RM150 tersebut dan laburkan untuk iklan yang sama itu
dengan lebih kerap lagi, bukan hanya didalam penerbitan yang sama tetapi didalam
beberapa buah penerbitan yang lain lagi.

Gunakan keuntungan yang anda perolehi untuk dilaburkan semula didalam lebih
banyak penerbitan bagi tujuan iklan dan promosi ˘ biar lebih ramai lagi orang
dapat melihat iklan anda itu. Adalah penting diingatkan supaya anda tidak
terlalu berharap supaya anda boleh dapat hidup selesa dengan cepat atau segera
melalui usaha pada peringkat awal ini.

Sebeba itulah ia perlu dijalankan secara sambilan terlebih dahulu sebelum anda
merancang berhenti kerja kecuali anda mempunyai simpanan mencukupi untuk tempoh
3 ˘ 6 bulan. Kejayaan didalam urusniaga pos banyak bergantung kepada pelaburan
yang banyak didalam pengiklanan. Peruntukkan sebanyak RM100 dan buat iklan
didalam penerbitan yang mempunyai edaran yang banyak dan meluas.

Katakana anda memperolehi RM300 daripada pelaburan sebanyak RM100, ambil RM300
tersebut dan laburkan semula untuk tujuan iklan dipenerbitan yang dama dan juga
beberapa penerbitan lain. Dengan itu keuntungan dan perolehan anda akan menjadi
tiga kali ganda, dan terus lakukan begitu dilebih banyak penerbitan lagi.

Dan dengan membuat lebih banyak pendedahan iklan dilebih banyak penerbitan dala
masa enam bulan sahaja anda akan dapat memperolehi pendapatan sehingga boleh
mencecah 5 angka (RM10,000) sebulan. Inilah rahsia mudah untuk menjadi kaya
didalam urusniaga pos melalui kursus mudah ini. Semuga anda akan terus berusaha
dan berjaya.

64
(No37)
CARA MENGELAKKAN KESILAPAN BIASA DIDALAM URUSNIAGA POS

Tidak semua orang yang suka yang suka bekerja sepanjang hidup mereka. Dan
apabila jenis orang seperti ini mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan
secara pos mereka sendiri, mereka tidak mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi
dengan betul dengan pelanggan ataupun pengedar lain. Kelemahan didalam bidang
komunikasi yang utama ini akan menyebabkan mereka akan menutup perniagaan mereka
dengan lebih cepat lagi, dengan lain maksud, tidak boleh berniaga lagi. Di sini
terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu pengurusan anda menjadi lebih cekap
dan berkesan lagi.

1) Alamatkan surat-surat anda dengan kemas dan betul

Anda seharusnya hanya menggunakan sampul surat berukuran 4x9 inci sahaja. Sampul
surat tersebut haruslah mengandungi nama-nama dan alamat lengkap orang yang anda
tujukan surat dan juga alamat dan nama perniagaan anda disebelah atas kiri
sampul surat tersebut. Jikalau surat tersebut tidak sampai kerana bakal
pelanggan anda telah berpindah , sakit ataupun meninggal dunia, maka surat
tersebut akan dapat dikembalikan semula kepada anda oleh pihak pos berpandukan
alamat anda yang tertera . Dengan itu katalog yang ada didalam sampul surat
tersebut masih lagi boleh digunakan.
Anda hanya akan kerugian duit setem sahaja. Walau bagaimana pun cubalah elakkan
daripada menggunakan alamat anda itu ditulis biasa (tangan). Jika anda mampu
bolehlah anda membuat cetakan label ataupun menempah sampul surat yang bercetak
kemas. Gunakan dakwat berwarna hitam adalah lebih kemas dan mudah dibaca .

2) Sertakan nota ataupun surat pengenalan.

Tidak ada lagi yang lebih mendukacitakan apabila anda menerima surat daripada
pelanggan yang membuat pesanan wang, cek, kiriman wang yang tidak menyatakan
apakah barangan yang dikehendakinya
Bagi mereka yang masih baru lagi menceburi bidang urusniaga pos ini tidak
menyedari bahawa terdapat 100 atau mungkin 1000 lagi peniaga yang menawarkan
produk yang hampir sama dan menawarkan harga yang berbeza-beza. Mereka mungkin
juga menawarkan perkidmatan dan harga yang sama seperti anda. Sebagai contoh,
surat untuk cover letter anda mungkin berbunyi begini ;

Kepada ( isikan nama mereka di sini ) : saya telah terbaca iklan anda di dalam (
nama penerbitan ) dan mahu membuat pesanan barangan ( nama barangan yang
dipesan/tawarkan) . Terima kasih kerana perhatian anda. ( nama dan alamat anda
). Surat-surat anda hendaklah ditulis di atas kertas bersaiz A4 ataupun 11x 8 ½
inci dan meletakkan nama dan alamat anda di sebelah atasnya.

Dengan cara ini jika anda memesan barangan dan pembekal tidak terjumpa alamat
anda, mereka masih boleh terbaca surat anda itu.

3) Jangan menunggu surat anda hanya dalam masa dua hari untuk dibalas.
Sebahagian orang yang membaca iklan, kemudian membuat pesanan pada hari isnin
dan menunggu dapat balik pesanan pada hari khamis diminggu yang sama. Ini adalah
amat mustahil boleh berlaku.
Cubalah menjadi rasional kerana untuk mendapat surat biasa anda memerlukan
diantara 3 hingga 10 hari. Kemudian ianya memerlukan pula masa 3 hingga 10 hari
juga untuk kebanyakan pembekal memenuhi pesanan. Tidak semua orang mampu
menawarkan perkhidmatan selama 24 jam sehari , lebih-lebih lagi sekiranya
perniagaan tersebut telah membesar dan menjadi sibuk. Sebahagian daripada kita
mempunyai keluarga yang juga mahu diberikan perhatian. Kita tidak akan
menggunakan semua masa sedar kita untuk bekerja dan memenuhi pesanan pelanggan.
Kita juga perlukan kehidupan sendiri .
Kebanyakan mereka yang masih baru didalam bidang urusniaga pos ini tidak percaya
bahawa terdapat sesetengah pengusaha secara pos memproses kerja mereka di rumah.
Sementara kita tidak mempunyai pekerja yang membantu kita.
65
Kita perlu bersabar apabila mengirimkan pesanan. Ada sesetengah daripada mereka
memberikan masa penghantaran dalam tempoh tertentu. Memiliki dan menjalankan
perniagaan secara pos memang mempunyai keseronokan yang banyak dan tersendiri.
Ianya menarik kerana anda akan menemui ramai jenis orang.
Tetapi ini adalah satu perniagaan yang juga memerlukan perhatian dan kajian.
Jika anda benar-benar serius dan anda tidak mempunyai pejabat sendiri, cubalah
baca buku-buku mengenai urusniaga pos . ianya mempunyai nilai seperti emas.
Selain itu anda boleh mulai mendapat ramai kenalan dan memperolehi ganjaran pula
berupa wang didalam peti surat anda setiap hari. Anda sudah mempunyai
pengetahuan yang diperlukan sekarang. Apa yang perlu dilakukan ialah membuat
PERANCANGAN DAN BERTINDAK SECARA BETUL.

(N038)
BAGAIMANA MENJUAL PRODUK INFORMASI ANDA SEPERTI GORENG PISANG PANAS

Anda boleh mendapatkan jualan yang banyak jika anda mempunyai pelan pemasaran
yang betul dan baik . dengan mempunyai produk yang baik sahaja tidak mencukupi
jika ia tidak boleh dipasarkan dengan cara yang betul dan baik. Bagaimanakah
cara memasarkan produk anda ? anda mestilah mencari kaedah pemasaran yang mudah.
Cara biasa memasarkan atau menjual produk ialah dengan membuka kedai melantik
ejen jualan atau pengedar.

Produk seperti ini tidak perlukan sebuah kedai atau ejen jualan untuk
menjualnya. Ia hanya akan meningkatkan lagi kos kerana adanya orang tengah yang
perlu mengambil keuntungan. Cara mudah , terbaik, selamat ialah dengan menjual
melalui iklan-iklan akhbar harian, akhbar mingguan, internet, jika anda
mempunyai komputer atau tahu menggunakan internet. Jika menjual menggunakan
iklan akhbar, anda hanya perlu memuatkan ke dalam iklan kecil berbaris /
classified / iklan kekotak.

Kosnya murah bagi sekali iklan hanya dalam lingkungan RM35 ˘ RM70 sahaja. Cara
untuk mendapat perhatian pembaca ialah dengan memuatkan iklan anda secara kerap
dan berterusan. Ia boleh meyakinkan pembaca mengenai apa yang ditawarkan.jika
anda memilih pemasaran melalui iklan akhbar, anda MESTILAH memilih menggunakan 2
kaedah berikut ;

PERTAMA ˘ buat iklan, pembaca akan membaca iklan anda dan kemudian menghubungi
anda melalui surat.
KEDUA ˘ anda mesti menyediakan SURAT JUALAN / KATALOG JUALAN yang menceritakan
serba ringkas tetapi padat dan tepat mengenai produk anda. Anda boleh menuli 500
˘ 2000 patah perkataan di dalamnya serta dilengkapi dengan BORANG PESANAN supaya
mereka boleh membuat pesanan.

Ia juga perlu disertakan TAWARAN HARGA , TAWARAN TERHAD dan lain-lain supaya
pembaca boleh bertindak dengan segera. Kaedah DUA LANGKAH adalah paling selamat
kerana anda tidak boleh menjual produk anda terus daripada iklan KECIL BERBARIS
/ KEKOTAK kerana kosnya kecil. Anda juga tidak cukup ruang untuk menerangkan
kelebihan-kelebihan produk anda itu. Dengan kaedah DUA LANGKAH , pembaca akan
mendapat gam
Aran lebih jelas tentang produk anda.

Jika mereka berminat , mereka akan membeli dengan menggunakan BORANG PESANAN
yang disediakan. Anda juga hendaklah memberikan kaedah pembayaran yang mudah.
Seperti menggunakan WANG POS / KIRIMAN WANG / CEK / BANK DRAFT / WANG TUNAI dan
sebagainya. Anda mestilah memberikan kemudahan kepada pelanggan anda. Barulah
uusaha anda boleh berjalan lancar.

Cara kedua yang mudah ialah dengan menjual memalui INTERNET. Anda perlu
menyediakan laman web yang boleh di bina secara percuma di dalam pelayar seperti
Netscape, MSN. Anda juga boleh membina laman web percuma melalui pencari seperti
66
Tripod, Lycos, Yahoo, Go To Com dan banyak lagi ejen pencari.

Selain itu juga anda boleh mendapatkan alamat EMEL yang akan membalas secara
otomatik dalam masa beberapa saat / minit sahaja. Anda hanya perlu mencipta
skrip jualan / katalog jualan di dalam emel tersebut. Jika perlu sertakan juga
alamat laamn web anda kerana laman web mempunyai persembahan yang lebih menarik.
Untuk mendapatkan emel otomatik ini anda boleh mengunjungi laman web
WWW.GETRESPONSE.COM.

Apa yang anda lakukan selepas mempunyai alamat emel otomatik dan laman web anda
itu nanti ialah mempromosikan produk anda dengan memberikan alamat EMEL@LAMAN
WEB anda ke dalam laman-laman web utama di negeri ini atau di luar negeri.
Laman web seperti www.Skli.com dan banyak lagi laman web mana-mana pertubuhan
syarikat dalam dan luar negeri. Untuk membuat iklan ke dalam laman web tersebut
anda hanya perlu memilih ruangan CLASSIFIED.

Di sana biasanya ada disediakan ruang iklan PERCUMA. Anda hany perlu memilih
kategori iklan seperti Small Business, Home Business, Home Worker dan
sebagainya. Kemudian masuk / klik ke ADD Classified . Tuliskan iklan anda di
ddalam ruang yang disediakan. Buat iklan dengan betul, tepat dan menarik.
Setelah selesai anda hanya perlu SUBMIT @ SEND ,kemudian lihat iklan anda dengan
klik Preview. Buat iklan anda setiap minggu dan semak.

Buat iklan anda di seberapa banyak laman web setiap minggu. Jika anda sabar anda
akan mendapat hasilnya . anda juga boleh memberikan alamat laman web atau emel
otomatil melalui iklan-iklan yang anda buat di dalam akhbar . ini bagi
membolehkan pembaca yang memiliki komputer dan internet boleh mendapat jawapan
dengan segera. Ia juga dapat menjimatkan kos stem dan mencetak katalog serta
mengurangkan masa kerja anda.

Bagaimana Produk Anda Boleh Mendapat Sambutan Hangat


Produk anda boleh dijual dengan laris jika anda boleh memasarkannya di dalam
penerbitan dan tempat yang tepat, misalnya jika anda mempunyai Panduan / Laporan
/ Rahsia mengenai cara-cara memancing ikan besar, anda mestilah membuat iklan di
dalam majalah/akhbar yang khusus untuk kaki pancing. Jangan membuat iklan di
dalam majalh Kereta atau majalah Fotografi.

Jika anda mahu menjual buku / panduan / rahsia mencari wang dengan menggunakan
komputer, ia mestilah dijual melalui iklan di dalam majalah Komputer. Jangan
diiklankan di ddlam majalah hiburan. Tetapi jika produk anda itu jenis INFORMASI
UMUM , barulah membuat iklan di dalam akhbar tabloid dan juga harian atau
majalah . untuk mendapat sambutan hangat dan tinggi ia mesti dibuat di tempat
yang betul barulah ia boleh mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Selain itu anda juga perlu mencuba pelbagai kaedah membuat iklan, cara-cara
membuat tajuk iklan adalah sangat penting dan mesti BOLEH MENARIK MINAT RAMAI
PEMBACA. Ia mesti realistic dan tidak berlebih-lebih kemudian isi iklan juga
mestilah baik dan boleh diterima akal dan boleh menarik minat pembaca untuk
menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat .

(No39)
BAGAMANA MENJADIKAN SEBARANG HOBI SEBAGAI PERNIAGAAN SAMBILAN YANG MENGUNTUNGKAN

Jika anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan, cara yang paling baikk
ialah melakukan hanya secara sambilan sahaja terlebih dahulu dan pada masa yang
sama anda masih boleh lagi mengekalkan pekerjaan anda dan memperolehi pendapatan
tetap. Jika anda berminat untuk memperolehi pendapatan berdasarkan harian, anda
tidak perlukan modal wang yang banyak untuk memulakan perniagaan anda itu.

Tidak perlu bimbang kerana anda boleh menggunakan salah satu daripada
67
minat/kecenderungan atau hobi anda sendiri untuk dijadikan asas perniagaan. Dan
anda boleh membesarkan perniagaan anda dalam masa satu hingga tiga tahun
bergantung kepada perancangan anda sendiri.

Dengan itu anda akan mempunyai persediaan cukup untuk berhenti kerja dan menjadi
` boss ´ sendiri. Tidakkkah ini sesuatu yang hebat ? dengan menggunakan hobi
atau minat anda dimasa lalu mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Mengapa ?
kerana bagi setiap pekerjaan dan perniagaan yang anda mahu ceburi dan lakukan
mestilah ianya merupakan sesuatu yang anda suka dan minat untuk melakukan
sesuatu perkara yang anda percayai, sesuatu yang mana anda boleh lakukan
walaupun tidak pasti pulangannya.

Ia akan memberikan anda stamina/tenaga untuk melihat perniagaan anda sejak dari
awal lagi walaupun agak sukar untuk anda melakukannya. Kita semua tentu faham
dan tahu perasaan kita jika melakukan sesuatu perkara dan pekerjaan yang kita
sendiri tidak suka melakukannya. Tidak ada cara untuk kita memberikan perhatian
100% mengenainya kerana kita sendiri tidak yakin dan tidak seronok untuk
melakukannya.

Itulah sebabnya mengapa amat penting untuk melakukan untuk melakukan perkara
yang disukai sama ada ianya untuk menjalankan sebarang perkhidmatan ataupun
menjual barangan yang anda pilih untuk melakukannya. adAkah anda gemar memasak
mulakan perniagaan anda dengan membuat dan menyediakan ` newsletter ´ resepi
masakan untuk orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda itu dan jual
resepi anda dalam bentuk panduan tipis/booklet.

Adakah anda seronok membuat kerja-kerja kraftangan ? anda boleh menjualnya


secara pos ( tetapi pastikan anda mendapatkan keuntungan yang sepadan ). Adakah
anda seronok melakukan kerja-kerja berkaitan dengan kereta ? buat katalog/flyer
yang menerangkan perkhidmatan membaiki motokar yang anda tawarkan.

Adakah anda seronok menjadi penulis ? Tulis satu panduan kecil/booklet seperti
panduan ` bagaimana untuk ´ dan jualkannya melalui pos atau sistem multi level.
Adakah anda suka melakukan dan bekerja didalam bidang komputer program ? Tulis
satu program dan jadikannya sebagai program shareware berkumpulan ataupun anda
boleh menjualkannya secara pos juga kepada mereka yang berminat.

Ya ! apa sahaja yang anda suka dan minat untuk melaksanakannya, dengan mudah
boleh diubah menjadi satu bidang perniagaan secara otomatik. Sesebuah barangan
mungkin hanya sesuai dijual disekitar rumah dan jiran-jiran anda, sementara
banyak barangan lain pula boleh dijual secara meluas secara pos. jika anda maahu
menjual secara pos apa yang perlu dilakukan ialah tulis satu iklan mudah yang
ditaip.

Mulakan iklan anda itu dengan saiz kecil 1 inci, 2-3 inci. Suruh bakal pelanggan
atau pembaca anda mengirimkan setem atau RM1 untuk mendapatkan maklumat lebih
lengkap. Apabila mereka menghantar surat pertanyaan kepada anda, masukkan
katalog keterangan ringkas dan harga produk yang anda jual itu.

Pastikan anda juga ada menyediakan satu borang kecil untuk mereka membuat
pesanan sama ada barangan atau perkhidmatan anda. Sudah tentu juga anda boleh
menyertakan surat penghargaan anda kepada mereka dengan menyatakan bahawa anda
sangat berbesar hati untuk membuat urusniaga dengan mereka dimasa hadapan.

Adakah anda tahu bagaimana kebanyakan peniga hilang peluang perniagaan kerana
mereka tidak menyediakan ` cover letter ´ ini untuk meningkatkan lagi gaya
perniagaan . anda juga perlu mempelajari banyak perkara lain dengan membuat
tinjauan dan pembacaan mengenai perniagaan-perniagaan di rumah yang lain.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya dahulu saya juga telah membaca
berbagai-bagai buku dan melihat serta menyertai berbagai-bagai program mencari
wang atau menambahkan pendapatan .
Ada juga yang membuat iklan satu muka penuh yang menyatakan bagaimana mereka
68
boleh memperolehi wang sehingga satu juta dalam masa yang singkat. Pada
peringkat permulaan anda boleh menjual barangan atau perkhidmatan anda dengan
harga yang murah sehinggalah anda faham dan yakin anda boleh menjual barangan
yang lebih mahal pula.

Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan serta membaca buku yang berkaitan
perkara yang ingin anda ceburi di mana anda boleh mendapatkannya di mana-mana
perpustakaan ataupun anda boleh pergi ke kedai buku dan mencari tajuk yang
berkaitan untuk memberlinya. Ya ! sudah tentu ianya mudah dan ini hanyalah baru
diperingkat permulaan.

Jika ia berkaitan dengan hobi anda, mungkin anda perlu memperuntukkan beberapa
bulan untuk melaksanakannya sehinggalah anda boleh berpuashati dengan keuntungan
yang bakal diterima ekelak. Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan
menghabiskan banyak wang untuknya. Anda pula hanya perlu menghabiskan wang anda
untuk membuat iklan yang mana ianya akan memberikan keuntungan pula kepada anda
disebabkan oleh hobi anda itu dan kerana anda jadikan ia sebagai satu cabang
perniagaan anda.
Selamat Mencuba !

(No40)
MEMPEROLEHI RM100 SEJAM MEMBUAT SALINAN PITA VIDEO / KASET DI RUMAH

Video kaset dan kaset tape pada masa ini sudah menjadi perkara biasa, ia telah
menjadi seperti buku-buku, dan keperluannya sentiasa meningkat bagi perkhidmatan
penyalinan. Perniagaan didalam bidang penyalinan kaset video dan kaset tape
adalah sungguh menggalakkan.

Dunia perniagaan telah mnejadikan penggunaan menyalin kaset tape dan kaset video
meningkat terutamanya untuk konferens, mesyuarat perniagaan, seminar atau
workshop, ceramah ucapan. Anda juga boleh membuat salinan bagi video atau tape
kaset berkenaan promosi jualan.
Dalam perkembangan dunia perniagaan sekarang, secara tidak langsung telah
meningkatkan banyak peluang bagi perkhidmatan penyalinan kaset tape dan kaset
video. Ahli musik juga memerlukan pita/tape bagi tujuan promosi untuk kerja
mereka. Syarikat pelancongan selalunya mahukan rakaman video bagi setiap
perjalanan mereka.
Ibubapa mahukan rakaman gambar untuk diberikan kepada datuk nenek mereka .
Dengan purata lebih 40% penduduk di negara ini memiliki perakam video, maka
terdapat satu pasaran yang luas bagi merakamkan sebarang peristiwa.

Dalam dunia kaset video, format VHS telah menguasai sepenuhnya dunia pasaran
tempatan. Peralatan asas untuk melakukan pekerjaan ini memerlukan pelaburan
beberapa ribu ringgit bagi peralatan yang lengkap. Ini kerana kualiti penyalinan
adalah sangat penting.

Penyalinan pita video dan kaset hanya memerlukan modal sebanyak dua tiga ringgit
bagi setiap unit. Perkhidmatan menyalin pita video boleh ditawarkan pada kadar
lima hingga sepuluh ringgit satu jam. Jika anda mempunyai beberapa buah mesin /
perakam video untuk dioperasikan anda akan dapat lihat bagaimana anda boleh
memperolehi hingga seratus ringgit satu jam.

Walau bagaimanapun cubalah jauhkan diri anda daripada terlibat dengan


kerja-kerja menyalin pita video dan kaset secara haram untuk mana-mana individu
dan intitusi . contohnya seperti filem atau lagu-lagu, jauhkan diri anda
daripada terlibat dengan cetak rompak seperti itu.
Jika anda melakukan kerja-kerja ini dengan gembira, anda mungkin boleh
mendapatkan hak bagi membuat rakaman dalam bentuk yang asli dan kemudian boleh
membuat salinannya . Tetapi dengan cara ini anda mungkin perlukan lebih banyak
peralatan dan menanggung kos yang lebih tinggi serta perlukan kepakaran yang
69
lebih baik.
Dengan itu anda boleh merancang untuk masa depan bagi meningkatkan perniagaan
anda . jika anda tidak memiliki peralatan-peralatan tersebut anda perlu
mengendalikan beberapa tugas dan kerja yang ditawarkan kepada anda.

Anda mungkin boleh menggunakan perkhidmatan broker dan anda hanya mengambil
sebahagian sebagai upah bayaran.
Selamat Mencuba !.

(No41)
Kisah Benar Bagaimana mendapat $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah

Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah pelanggan
anda, maknanya anda tidak mempunyai pelanggan. Mungkin anda tidak begitu faham
dengan pepatah ini tetapi ia begitu penting untuk difikirkan.

Seorang pengusaha gayapos terkenal di Amerika, Kevin Nolan telah melalui


pengalaman pahit ini dan berharap anda dapat mengambil iktibar daripadanya.
Salah satu daripada bisnes gayaposnya, beliau menerbitkan dan menjual buku,
kaset, bulletin dan produk informasi ˘ bisnes, motivasi dan pemasaran; dan
beliau mengalami kerugian yang agak besar daripada satu masalah ini : iaitu
setiap orang MUNGKIN menjadi pelanggannya. Ini menjadikan kos permulaan untuk
mencari dan mendapatkan pelanggan baru amatlah tinggi. Ini juga memerlukan
pelaburan yang agak tinggi dalam mendapatkan setiap pelanggan baru. Beliau
terpaksa menempah ruang iklan yang mahal dalam satu majalah terkenal,
suratkhabar atau television atau menyewa senarai nama pelanggan- beliau lakukan
semuanya tetapi kerana kos dan pelaburan yang terpaksa dilakukan, syarikat
beliau bergerak dengan perlahan.

Tetapi dalam satu daripada bisnesnya, beliau menerbitkan dan memasarkan satu
produk yang cukup tepat kepada para doktor gigi, dimana bisnes ini sungguh
menguntungkan dan kosnya juga agak sedikit jika dibandingkan dengan sebelumnya.
Mengapa? Kerana terdapat lebih kurang 100,000 doktor gigi di Amerika. Nama
mereka sudah tercatit dalam direktori, yellow pages dan senarai nama yang hanya
kosnya satu pertiga daripada penyewa biasa. Majalah yang mereka baca juga
menawarkan kos iklan yang agak berpatutan.

Untuk kes yang pertama tadi, beliau terpaksa melabur dalam menempah iklan hanya
untuk membezakan orang yang berminat dengan produknya daripada orang yang tidak
berminat langsung. Kemudian, barulah beliau boleh melabur dengan lebih agresif
lagi terhadap mereka-mereka yang menunjukkan minat ini. Berbeza dengan kes
kedua, beliau tidak memerlukan pelaburan yang pertama. Setiap doktor gigi
berminat untuk mendapatkan maklumat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Untuk itu nasihat untuk pengusaha gayapos baru ialah untuk mencari dan mengambil
peluang kepada pasaran yang telah sedia ada.

$50,000 Sebulan Bisnes dari Rumah

Ini adalah kisah benar untuk renungan anda bersama. Jeff dan Peggy Paul telah
menjalankan satu bisnes gayapos dan telah rugi dengan teruknya dan menanggung
hutang lebih $200,000.00! Jeff merupakan bekas Perancang Kewangan yang terlatih
dan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan. Selepas menghadiri satu
persidangan gayapos beliau mendapat idea yang bagus!

Dia mempunyai maklumat khas (merancang kewangan keluarga) yang boleh diberikan
kepada pasaran yang sudah ada( mereka yang sudah berkahwain). Selepas mengubah
teknik bungkusan dan iklan maklumatnya beliau menggunakan strategi baru ini.
Pada bulan pertama jualannya meningkat daripada $1000 kepada $13000. Kemudian
menjadi $30,000 dan lebih $50,000 jualan, dalam SEBULAN daripada bisnes gayapos
70
yang beliau lakukan sendiri dari rumah.

Cuba perhatikan: Jeff bukanlah seorang yang pakar iklan yang terlatih atau pakar
pemasaran terus. Dia bukannya ˆsemulajadi˜. Dia berusaha dengan gigih untuk
mendapatkan apa yang perlu. Pentingnya ialah orang muda ini telah mencipta
kebebasan kewangan buat dirinya dengan idea yang saya kongsi bersama anda dalam
laporan ini.

Perkara lain yang perlu diambil kira

Dengan dapat mengelakkan daripada ˆmencari bakal prospek yang layak˜, anda
dapat menjimatkan banyak perbelanjaan, pelaburan modal, ekperimen dan
kekecewaan. Anda mengurangkan risiko yang perlu ditanggung. Dengan menumpukan
kepada pasaran yang sedia ada, anda boleh menggunakan majalah atau suratkhabar
yang murah untuk menempah iklan. Dengan menggunakan pasaran ini juga, anda dapat
menyewa senarai nama yang agak baik dan berkemungkinan tinggi untuk membeli
produk anda. Dengan menulis surat jualan, brosur juga menjadi mudah apabila anda
tahu bagaimana untuk menggunakan bahasa yang sesuai , membicarakan tentang
keperluan,minat , pengalaman dan impian mereka. Akhirnya, produk yang khas juga
boleh diletakkan harga yang tinggi daripada produk awam yang dijual kepada semua
orang.

Harga? Anda memerlukan paling kurang 4x (400%) atau 8x(800%) keuntungan keatas
apa juga produk yang anda mahu jual jika mahu menggunakan akhbar atau majalah.
Jika kosnya RM1.00 anda tidak boleh menjualnya pada RM2.00 untuk membuat
keuntungan. Wang yang anda dapat perlu digunakan untuk terus menempah iklan
sebelum anda betul-betul mendapat pesanan yang banyak.

Nasihat ringkas ini adalah satu pendekatan yang tepat jika anda mahu membuat
wang dalam gayapos. Bukan sahaja RM50,000 sebulan bahkan RM100,000 atau lebih
sebulan adalah tidak mustahil jika produk anda sesuatu yang dicari oleh pasaran
yang sedia ada ˘ pelajar, polis, keluarga, doktor, wanita, kaum ibu, perokok,
penggangur, surirumah.
Fikirkan. Selamat berjaya.

(No42)
TIGA RAHSIA MENCARI WANG YANG BANYAK DIRUMAH

Peluang Membina Kehidupan Yang Lebih Cemerlang

Ramai orang menganggap mencari wang untuk disimpan atau dilaburkan sebagai satu
masalah besar. Tetapi kita patut melihat masalah ini sebagai satu peluang
bukannya sebagai satu halangan. Peluang ini datang dalam tiga bentuk :
1. Mengamalkan tatabiat berjimat cermat
2. Mengurangkan perbelanjaan
3. Menambah pendapatan
Bagi orang- orang yang bermotoivasi, objektif-objektif ini mudah dicapai tanpa
mengira had umur, kemahiran dan kelayakannya. Mari kita kaji satu persatu :

1. Mengamalkan tabiat berjimat cermat

Satu perkara yang amat sukar dilakukan pada mulanya tapi menjadi tabiat baik
dengan mudah ialah dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda bila
sahaja anda menerimanya. Disiplin ini baik kerana ia tidak memberi peluang untuk
anda memboroskannya bila anda mendapatnya.

Sebaiknya wang itu dimasukkan kedalam akuan yang tidak mudah dikeluarkan. Wang
ini sepatutnya disimpan untuk dilaburkan, dan tidak wajar jika ia digunakan
untuk perbelanjaan anda sehari-hari walaupun dalam keadaan terdesak.

71
Mungkin anda tidak setuju dengan cara ini kerana biasanya perbelanjaan anda
melebihi perolehan anda, tetapi anda dinasihatkan agar melakukannya sekarang.

Mungkin anda juga bertanya berapa banyakkah jumlah wang yang perlu disimpan.
Sebaiknya dan dicadangkan agar anda mula menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus
daripada pendapatan yang anda perolehi.

Dalam tempoh yang sekejap, jumlah simpanan wang anda akan menjadi banyak dan ini
akan lebih memberi semangat untuk anda menyimpan dengan jumlah yang lebih banyak
lagi.

2. Mengurangkan perbelanjaan

Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada diantaranya memang
perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil
dan juga membeli pakaian. Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu
tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan
rumah dan ada juga diantaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali
tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara
tersebut.

Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan


perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan yang boleh
dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda. Bukan tidak boleh melancung atau
makan diluar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang
kewangan anda.

Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan


penggunaan gula, dan mengurangkan merokok. Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda
sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Anatara
perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :

Rumah Sewa
Pindah kerumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa
atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa
panjang.

Kad kredit
Bayarlah secepat mungkin unuk mengelakkan bertimbunnya bunga.

Kelengkapan Rumah
Gas, letrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat.
Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada
waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar
puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.

Makanan
Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau
pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal.
Sebalinya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika ditempat
kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan dikantin dan kurangkan makan diluar.
Begitu juga minuman jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda
membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air
yang siap dibancuh.

Pakaian
Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari
terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.

Kereta
Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu
menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa
yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki
72
kereta dan harga kompeonennya.

Percutian
Amalkan pergi bercuti ditempat yang dekat dan lebih murah
perbelanjaannya.

Diatas adalah contoh pengorbanan kecil yang dapat membantu dan menjimatkan
banyak wang anda. Ia tidak akan menjejaskan kualiti hidup anda pada masa
sekarang tetapi memberi banyak faedah untuk kemewahan pada masa hadapan.

3. Menambahkan Pendapatan

Selari dengan usaha berjimat, anda patut menambahkan pendapatan. Usaha menambah
pendapatan nampak sukar tetapi jika anda mahu mencuba ianya tidaklah sesukar
mana.

Tugas pertama bila anda mahu mencari sumber untuk meningkatkan pendapatan ialah
mengenalpasti dengan tepat apakah yang anda suka buat dan anda boleh melakukan
perkara tersebut dengan baik.

Setiap orang mempuinyai kebolehan, biasanya mereka ada satu atau dua kebolehan
utama atau lebih lagi dan beberapa (bakat) kecil. Kebolehan menzahirkan bakat
ini penting untuk memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan anda.

Jika anda mampu menzahirkannya dalam persekitaran perniagaan, sudah tentu ia


boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan. Banyak contoh yang boleh
diberikan. Contohnya jika anda bagus menggunakan tangan, cuba anda fikrikan
membuat kerja sambilan dengan membaiki sesuatu.

Anda juga boleh melakukan kerja plumbing atau berkenaan paip, jam, radio atau
computer. Sekiranya anda minat berkebun, cuba manafaatkan hobi ini dengan
menawarkan khidmat kepada orang lain, seperti emmbuat landskap, menjual
sayur-sayuran kepada orang lain, buah-buahan, beih dan sebagainya juga boleh
mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Sekiranya anda suka bercakap dan berjumpa orang ramai,anda mungkin boleh menjual
sesuatu. Anda boleh melibatkan diri dalam jualan langsung, atau mangajar, atau
menjual insuran. Apa sahaja minat atau kemahiran, jika anda mahir anda boleh
mengajarnya kepada orang lain, sama ada secara bebas atau secara formal.

Jika anda tidak minat untuk menjadi usahawan, anda boleh bekerja tambahan
diorganisasi yang berkaitan dengan hobi dan minat anda. Untuk berjaya memang
sangat penting jika anda membuat sesuatu yang anda suka. Jika tidak sudah tentu
sukar untuk mendapat hasil yang baik, kerana biasanya selepas seharian bekerja
kita akan merasa penat dan letih. Jika selepas itu terpaksa pula membuat sesuatu
kerja tambahan yang tidak disukai sudahtentu kerja tersebut tidak dapat
dilakukan dengan baik dan tidak akan bertahan lama, walau berapa bagus pun
motifnya.

Anda hanya akan berjaya pada kerja-kerja yang anda suka, dimana ia menggunakan
bakat semulajadi anda dan membolehkan anda menyalurkan kearah yang
menguntungkan. Ramai orang yang berfikir hanya sebahagian industri atau sector
sahaja yang menguntungkan, sebenarnya anda boleh berjaya walau dalam apa sahaja
bidang. Ini boleh dibuktikan oleh jutawan-jutawan yang telah mengalaminya.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan idea atau peluang lebih baik cari
dua rakan dan duduk bersama, ambil kertas kosong dan catitkan semua idea yang
difikirkan. Tidak kira walau bagaimana pun idea itu.

Jangan dikritik semua idea yang diberi, selepas itu barulah idea itu ditapis dan
dikaji serta dianalisis sehingga satu penyelesaian dapat diwujudkan. Tidak kira
berapa lama pun masa yang anda ambil, mungkin satu atau dua hari, seminggu dua
atau sebulan dua, asalkan sahaja ianya tidak diperam begitu sahaja. Ini biasa
73
berlaku, kerana bila kita ada idea tetapi tidak membuat sebarang tindakan
akhirnya selepas bertahun-tahun kita tetap berada ditakuk lama.

Yang malang pula ialah apabila ada orang lain yang telah melaksanakan idea yang
pernah kita fikirkan dahulu. Anda juga boleh melakukannya seorang diri, cari
tempat sunyi atau anda bangun diawal pagi selepas solat subuh, anda janganlah
tidur. Ia boleh dilakukan dihujung minggu atau hari cuti. Lupakan masalah
seharian dan tenangkan fikiran, adalah lebih baik bagi anda untuk sembahyang
tahajud ditengah malam. InsyaAllah anda mudah mendapat ilham dan membuka minda
separuh sedar anda sebelum ini.

Demikianlah mengenai rahsia mencari banyak wang, ianya dalah satu usaha yang
bersepadu atau bergabung. Satu usaha akan menguatkan usaha yang lain. Penulis
juga ingin menambah bahawa perkara-perkara diatas perlu disokong dan ditambah
dengan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama seperti berdoa, sedekah,
zakat, menolong orang, bersolat dan sebagainya.

Ini perlu kerana setiap kebaikkan akan dibalas dengan kebaikan dan semua usaha
hanyalah datang dengan berkat dan rahmat dari Allah. Kita juga harus
bertawakkal, dan sebagai orang beriman kita harus sentiasa redha dan mengkaji
setiap kebaikan dan keburukan. Mudah-mudahan Allah akan memberi rezeki yang
melimpah kepada kita. Bila ada banyak wang banyak pula kebaikan yang boleh
dilakukan.

74

Anda mungkin juga menyukai